• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA DAN SYARAT. d. Jawapan yang betul. (Contoh; Gambar Bukti Pembelian/Resit, , Daniel Bin Ashraf, Betul/Salah)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "TERMA DAN SYARAT. d. Jawapan yang betul. (Contoh; Gambar Bukti Pembelian/Resit, , Daniel Bin Ashraf, Betul/Salah)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Page 1 of 6 TERMA DAN SYARAT

Penganjur Dutch Lady Milk Industries Berhad (No. Pendaftaran: 196301000165 ( 5063-V)) Peraduan Peraduan Mango-Go Gold Beli, Minum dan Menang!

Tempoh Peraduan Peraduan ini bermula jam 00:00:00 pada 4 Januari 2021 dan ditutup jam 23:59:59 pada 7 Mac 2021.

Kelayakan Peraduan ini terbuka kepada semua individu yang bermastautin secara sah di Malaysia dan Warganegara Malaysia yang berusia lapan belas (18) tahun dan ke atas pada 4 Januari 2021.

Golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:

a) Pekerja-pekerja pihak Penganjur dan kumpulan syarikatnya dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik beradik, dan pasangan mereka);

b) Pekerja-pekerja agensi Penganjur yang berkaitan dengan Peraduan dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka).

Kaedah Penyertaan Penyertaan Melalui Aplikasi WhatsApp

1. Beli RM5.00 atau lebih mana-mana perisa produk Dutch Lady Juicy Milk 200ml yang mengambil bahagian ("Produk-produk Turut Serta") di dalam satu resit ("Bukti Pembelian") semasa Tempoh Peraduan di mana-mana kedai 7-Eleven yang mengambil bahagian.

2. Hantarkan gambar yang jelas bukti pembelian anda melalui aplikasi WhatsApp beserta maklumat berikut ke 018- 2426388

a. Gambar yang jelas Bukti Pembelian/ Resit b. Nombor MyKad/MyPR

c. Nama Penuh d. Jawapan yang betul

Soalan Peraduan : Juicy Milk mempunyai jus buah sebenar dengan kelazatan susu?

Betul atau Salah

(Contoh; Gambar Bukti Pembelian/Resit, 771108-10-5677, Daniel Bin Ashraf , Betul/Salah)

3. Setiap penyertaan yang sah, mestilah mengandungi gambar resit Bukti Pembelian yang lengkap, memenuhi syarat pembelian, maklumat peribadi dan jawapan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Promosi akan diberikan nombor bersiri secara berturutan oleh Penganjur. Bagi setiap RM5.00 pembelian produk yang mengambil bahagian didalam satu resit, satu (1) nombor siri akan diberikan kepada penyertaan tersebut. Sebagai contoh;

a) Satu Bukti Pembelian mengandungi pembelian Produk -produk Turut Serta minimum RM10.00, dua (02) nombor bersiri akan diperuntukkan.

b) Satu Bukti Pembelian mengandungi pembelian Produk – produk Turut Serta minimum RM15.00, tiga (03) nombor bersiri akan diperuntukkan.

4. Tiada had jumlah penyertaan dengan pembelian yang sah sepanjang Tempoh Peraduan.

5. Simpan Resit atau Bukti Pembelian asal untuk tujuan pengesahan.

(2)

Page 2 of 6 Tarikh Akhir

Penyertaan

Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 pada 7 Mac 2021.

Untuk hadiah Mingguan, Penyertaan yang diterima sebelum atau pada 23:59:59 pada hari terakhir Minggu Promosi seperti jadual dibawah.

Perincian Pengadilan Pengesahan Penyertaan

1. Bukti Pembelian Asal yang jelas menunjukkan Produk, Harga, Nombor Resit, Tarikh Pembelian yang Sah dan nama Kedai.

2. Semua butiran peribadi yang diperlukan 3. Jawapan yang betul

4. Tiada duplikasi Bukti Pembelian

5. Tiada perubahan Bukti Pembelian di dalam apa-apa jua bentuk.

6. Bukti Pembelian Tulisan Tangan, Pesanan Pembelian dan Nota Penghantaran Invois tidak akan diterima sebagai Bukti Pembelian.

Berikut adalah Jadual Tabulasi untuk Hadiah Mingguan ("Minggu Promosi"):

§ Week 1 : 4 Januari 2021 – 10 Januari 2021

§ Week 2 : 11 Januari 2021 – 17 Januari 2021

§ Week 3 : 18 Januari 2021 – 24 Januari 2021

§ Week 4 : 25 Januari 2021 – 31 Januari 2021

§ Week 5 : 1 Februari 2021 – 7 Februari 2021

§ Week 6 : 8 Februari 2021 – 14 Februari 2021

§ Week 7 : 15 Februari 2021 – 21 Februari 2021

§ Week 8 : 22 Februari 2021 – 28 Februari 2021

§ Week 9 : 1 Mac 2021 – 7 Mac 2021 Pemilihan Pemenang :

Setiap peserta, hanya boleh memenangi maksimum dua (02) hadiah sepanjang Tempoh Peraduan ;

• 1 x Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama, atau

• 1 x Hadiah Mingguan dan Hadiah Pertama, atau

• 1 x Hadiah Mingguan dan Hadiah Kedua,

Pihak Penganjur akan menghubungi semua para pemenang yang disenarai pendek melalui aplikasi WhatsApp atau Nombor Telefon yang diberi melalui Penyertaan.

Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab. Pemenang lain akan dipilih jika lebih daripada 5 panggilan tidak dijawab atau melebihi tempoh masa yang ditetapkan untuk pengesahan.

Hadiah Mingguan : 50 Pemenang x 9 Minggu (RM30.00 Touch ‘n GO e-Wallet pin tambah nilai) Terdapat lima puluh (50) Hadiah Mingguan seminggu untuk dimenangi sepanjang sembilan (9) minggu. ( Jumlah 450 Pemenang Mingguan)

Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan nombor bersiri yang sah diterima dalam Tempoh Minggu Promosi, contohnya: jika terdapat 1,000 penyertaan layak yang diterima sepanjang Minggu Promosi, jumlah ini akan dibahagikan dengan 50. Ilustrasi perhitungan adalah seperti berikut:

1,000 ÷ 50 = 20

(3)

Page 3 of 6 Seramai lima puluh (50) peserta dengan nombor bersiri dengan gandaan 20 akan dipilih sebagai pemenang mingguan. Contoh nombor siri pemenang: : 20*, 40*,60*,80*,100*,120*,140*160*,180*,200* dan seterusnya akan dipilih sebagai Pemenang Mingguan.

Formula pembundaran ke bawah akan dilakukan jika terdapat nilai perpuluhan dalam pengiraan ke nombor digit tunggal yang terdekat dan gandaan nombor bersiri tersebut akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah Utama: 3 X Play Station 5 (PS5)

Terdapat tiga [3] Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan nombor bersiri yang sah diterima dalam Tempoh Promosi, contohnya: jika terdapat 3,500 penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi, jumlah ini akan dibahagikan dengan 3.

Ilustrasi perhitungan adalah seperti berikut:

3,500 ÷3 = 1,166.66.

Sebanyak tiga (3) peserta dengan nombor bersiri dalam gandaan 1,166 akan dikira sebagai pemenang Hadiah Utama, Contoh nombor bersiri yang menang: 1,166*, 2,332* & 3,498* akan dikira sebagai pemenang Pemenang Hadiah Utama.

Formula pembundaran akan dilakukan jika terdapat nilai perpuluhan dalam pengiraan ke nombor digit tunggal yang terdekat dan gandaan nombor bersiri tersebut akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah Pertama : 4 x Nintendo Switch

Terdapat empat (4) Hadiah Pertama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan nombor bersiri yang sah diterima sepanjang Tempoh Promosi, contohnya: jika terdapat 3,500 penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi, jumlah ini akan ditolak dengan Pemenang Hadiah Utama dan dibahagikan dengan 4. Ilustrasi perhitungan adalah seperti berikut:

3,500 – (3) = 3497 ÷4 = 874.2

Sebanyak empat (4) peserta dengan nombor bersiri dalam gandaan 874 akan dikira sebagai pemenang Hadiah Pertama, Contoh nombor bersiri yang menang: 874*, 1748*, 2622*,3496*akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Pertama.

Formula pembundaran akan dilakukan jika terdapat nilai perpuluhan dalam pengiraan ke nombor digit tunggal yang terdekat dan gandaan nombor bersiri tersebut akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah Kedua: 6 x Huawei Y7a SmartPhone

Terdapat enam (6) Hadiah Kedua untuk dimenangi sepanjang Tempoh Promosi.

(4)

Page 4 of 6 Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan nombor bersiri yang sah diterima sepanjang Tempoh Promosi, contohnya: jika terdapat 3,500 penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Promosi, jumlah ini akan ditolak dengan Pemenang Hadiah Utama, ditolak Hadiah Pertama dan dibahagi kepada 6. Ilustrasi perhitungan adalah seperti berikut:

3,500 – (3+5) = 3,492 ÷ 6= 582

Sebanyak enam (6) peserta dengan nombor bersiri dalam gandaan 582 akan dipilih sebagai pemenang Hadiah Kedua, Contoh nombor bersiri yang menang: : 582*,1164*,1746*,2328*,2910* dan 3492*akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Kedua

Formula pembundaran akan dilakukan jika terdapat nilai perpuluhan dalam pengiraan ke nombor digit tunggal yang terdekat dan gandaan nombor bersiri tersebut akan dipilih sebagai pemenang.

Komunikasi Dengan Pemenang

Pemenang akan dihubungi melalui aplikasi WhatsApp. Senarai para pemenang juga akan diumumkan di laman sosial dan laman sesawang Penganjur di https://www.dutchlady.com.my/events-promotions/

Pihak Penganjur berhak untuk meminta Bukti Pembelian asal untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menghasilkan salinan Bukti Pembelian atas permintaan akan mengakibatkan kehilangan kelayakan dan pelupusan hadiah.

Hadiah Hadiah Utama:

3 x Play Station 5 (PS5)

Hadiah Pertama : 4 x Nintendo Switch Hadiah Kedua:

6 x Huawei Y7a SmartPhone Hadiah Mingguan

50 Pemenang x 9 Minggu (RM30.00 Touch ‘n GO eWallet pin tambah nilai) (Sejumlah 450 Pemenang Mingguan)

Tarikh

Tuntutan/Serahan Hadiah

1 Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap mana- mana Peserta yang gagal menuntut Hadiah menurut ketetapan Tuntutan Hadiah/Tarikh Penghantaran dalam apa keadaan sekalipun.

2 Hadiah sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Penganjur.

3 Hadiah (Touch ‘n GO eWallet pin) akan dihantar kepada Para Pemenang melalui

applikasi Whatsapp dalam tempoh 14 hari selepas dari tarikh pengumuman

(5)

Page 5 of 6 Pemenang Peraduan. Pihak Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah Fasal ini atas alasan di luar kawalan Penganjur.

4 Hadiah akan diproses untuk penghantaran atau kutipan selepas 14 hari dari tarikh Pengumuman Pemenang Peraduan.

5 Didalam hal diluar jangkaan, Penganjur tidak dapat menyediakan hadiah seperti yang dinyatakan pada Bahagian Hadiah atas apa juga sebab, Penganjur mempunyai hak untuk menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah lain dengan nilai yang sama pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

6 Hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat atau pengumuman atau notis tuntutan hadiah yang mana lebih awal .

7 Hadiah hendaklah digunakan/diambil sepenuhnya atas risiko Peserta dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan undang- undang.

8 Penganjur berhak menentukan pengurusan Hadiah yang tidak dituntut.

Syarat Tambahan 1 Penganjur berhak mengikut budi bicara, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Peraduan, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan secara keseluruhan atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa Penyertaan berterusan mereka dalam Peraduan akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah).

2 Penganjur, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Peserta berhubung dengan sebarang kerugian atau kerosakan dan sebagainya yang ditanggung, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian secara tidak langsung atau berlanjutan, atau untuk kecederaan peribadi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta yang timbul daripada atau berhubung dengan penyertaan Peserta dalam Peraduan ini, dan juga penebusan dan/atau penggunaan sebarang Hadiah yang dimenangi.

3 Keputusan Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Peserta. Sebarang surat menyurat atau rayuan berkaitan pengadilan dan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.

4 Peserta bersetuju bahawa segala hak milik harta intelek dalam sebarang

kandungan dan/atau material yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta

berhubung dengan Peraduan ini dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul

daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat menjadi hak, kepunyaan dan

milik Penganjur. Penganjur berhak menggunakan dan mengubah suai material

atau hasil kerja tersebut dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa

pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan segala haknya ke atas

material atau hasil kerja tersebut.

(6)

Page 6 of 6 5 Dengan mengemukakan penyertaan untuk Peraduan ini, Peserta dianggap sudah

memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.

6 Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi kami di https://www.dutchlady.com.my/privacy-policy/

Penganjur berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa

7 Peserta mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada:

Dutch Lady Careline Telephone No.: 1-800-88-1191

E-mail address: dutchladycareline@frieslandcampina.com

Referensi

Dokumen terkait

Adapun simpulan yang dapat diambil dari penelitian ini adalah Faktor individu seperti usia dan indeks massa tubuh (IMT) memiliki hubungan yang

Bentuk angket dapat tertutup (berstruktur) atau terbuka (tidak berstruktur). Isinya sangat tergantung pada kebutuhan peneliti. Butir butir angket.. merupakan indikator

Setelah mengikuti mata kuliah Hubungan Tanah, Air dan Tanaman dengan metode STARS, diharapkan mahasiswa dapat menjelaskan proses aliran air dari dalam tanah, ke

Formulir pemesanan pembelian Unit Penyertaan yang telah terisi dan ditandatangani serta dilengkapi dengan bukti pembayaran dan fotocopy bukti jati diri yang

Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah keseluruhan nombor bersiri yang diperuntukkan berdasarkan Penyertaan Layak yang diterima untuk sepanjang Tempoh Peraduan,

Pemanfaatan dan penyaluran dana yang paling pokok adalah untuk digunakan dalam berbagai macam pembiayaan sesuai dengan undang- undang hukum gadai. Dana yang berhasil

Dengan melakukan pemberian petunjuk teknis kepada para pedagang mengenai tata cara penggunaan dan pengisian kuesioner di media google form berdasarkan ANEKA serta kedudukan

Analisis dari permasalahan ini yaitu bagaimana actio pauliana dapat diupayakan oleh kurator dalam hal terjadi kasus perbuatan dengan itikad tidak baik yang dilakukan oleh