ISLAM DAN DUNIA SAINTIFIK
Islam bukan sebuah agama, Islam adalah cara hidup juga peradaban luhur manusia.
Peradaban luhur ini bukan sahaja meliputi soal ibadah dan ketuhanan sematamata, tetapi
merangkumi soal hidup manusia.
Maka, peradaban luhur inilah menjadikan manusia sebagai yang berakal selagimana bersumberkan kepada kalam Allah yakni Al Quran.
Di Tanah Arab, sebelum kemunculan Islam, masyarakatnya tidak mempunyai sebuah peradaban yang unggul dan tidak mampu menyaingi kebudayaan Rom dan Parsi pada ketika itu.
Keadaan yang kering kontang dan pemikiran rendahan menjadikan sebahagian besar masyarakat Arab pada ketika itu menjadikan berhala sebagai Tuhan, sembahan pertolongan mereka.
Namun begitu, pemikiran rendahan ini berubah apabila Islam membawa suatu peradaban yang unggul sehingga menjadikan Tanah Arab sebuah tamadun yang saintifik.
Hal ini kerana, Islam telah membawa revolusi pemikiran manusia dan mendorong ke arah ilmu dan kaedah ilmiah, berbanding pengamalan tahyul dan perkaraperkara ajaib.
Sepertimana ayat Quran menyatakan bahawa Islam itulah yang membawa kebenaran dan menolak kepalsuan, tahyul dan soalsoal ajaib serta tidak logik.
Sepertimana dalam firman Tuhan:
“Dan istiharkanlah: Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus. Sesungguhnya kepalsuan pasti hilang” (17: 81)
Nabi Muhammad dan Mukjizat
Kebanyakan umat Islam mempercayai bahawa Nabi Muhammad mempunyai pelbagai mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah Azza Wa Jalla. Hakikatnya, satusatunya mukjizat yang nyata dihadapan umat manusia ialah Al Quran.
Jika para Nabi sebelum Nabi Muhammad, Allah Jalla telah mengkurniakan pelbagai mukjizat, sebaliknya Allah Jalla mengkurniakan Nabi Muhammad sebuah kitab agung yakni Al Quran!
Hal ini kerana Al Quran itu terpelihara dan dilindungi kalamnya oleh Allah Azza Wa Jalla sendiri sehinggalah dunia mengalami kehancuran.
“Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al Qur'an yang mulia, yang terpelihara dalam Lauh Mahfuzh” (85: 2122).
Maka tidak hairanlah jika sarjana Islam, Muhammad Iqbal mengakui bahawa era Nabi Muhammad sebagai bermulanya zaman saintifik.
Hal ini berbeda dengan kebanyakan sarjana yang mengiktiraf bahawa era saintifik dimulakan oleh tamadun Eropah khususnya tamadun Yunani.
Walhal, fakta sejarah menjelaskan bahawa kaedah penyelidikan saintifik, penyiasatan, pemerhatian dan pengumpulan data yang terperinci itu dipinjam daripada tamadun Islam sendiri.
Sebaliknya, sebelum kedatangan tamadun Islam, tamadun Yunani hanyalah memahami sistem, kesimpulan umum, dan kebanyakkannya adalah teori sematamata.
Hal ini dijelaskan sendiri oleh Robert Briffault dalam karyanya The Making Of Humanity (1919) menyatakan keberhutangan tamadun Eropah terhadap tamadun IslamArab.
Oleh itu, mukjizat yakni Al Quran ini sama sekali menolak perkaraperkara tahyul dan khurafat yang berlaku pada tamadun Arab.
Sebaliknya dalam ayatayat Al Quran sendiri mengajar umat Islam supaya berfikir secara kritis dan kritikal dalam memahami kehendakkehendak zaman.
Perkara ini direkodkan dalam dua bukti; pertama, dalam perjalanan sejarah; kedua, dalam ayat ayat Quran.
Dalam ayatayat Quran mengajar umat Islam supaya melakukan kaedah penyelidikan sama ada dalam bentuk umum atau khusus. Sepertimana dalam Surah Al Isra:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”. (17: 36)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa pengajaran umat Islam supaya tidak bertindak secara melulu tanpa asas pengetahuan yang kukuh. Jika tidak mengetahui sesuatu perkara maka lakukan penyiasatan.
Bahkan, Al Quran juga telah mengajar umat Islam supaya melakukan penyiasatan yang kritikal sama ada dengan menggunakan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah Jalla.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga tidak dipergunakannya untuk mendengar (7: 179).
Maka, dengan dua ayat ini (ulangan: terdapat banyak lagi ayatayat lain) jelas menunjukkan bahawa Al Quran ini merupakan kalam pengetahuan manusia.
Hal ini kerana hanya melalui mukjizat Muhammad ini sahajalah yang mampu merungkai pemikiran manusia supaya menjadi lebih saintifik dan tidak terburuburu dengan teori yang mengharu birukan umat manusia.
Bahkan ia juga mengajar supaya manusia menjadi cermat dan berhatihati dalam menyampaikan sesuatu pengetahun kepada manusia yang lain.
Secara tidak langsung, mukjizat ini menyeru umat manusia supaya mempunyai leluhur dalam pengetahuan dan menjadi sebuah generasi yang saintifik sama ada dari sudut nilai ekstrinsik dan nilai intristik.
18 Ogos 2016, Pulau Pinang