• Tidak ada hasil yang ditemukan

sejarah Islam asia id. docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "sejarah Islam asia id. docx"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pendahuluan.

Pelbagai persoalan dan teori yang dibuat telah menghasilkan pelbagai jenis pendapat dan sesetengah pendapat sarjana ada yang bertelagah antara satu sama lain dan ada juga yang mendukung di antara satu dengan yang lain. Hal ini demikian kerana teori yang dikemukakan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Apabila berlakunya kekurangan dari segi catatan, bahan rujukan dan bukti-bukti yang sahih maka ahli sejarawan tidak dapat membentuk satu kata sepakat dalam soal ini. Mencari kebenaran sesuatu teori ini bukan sahaja melibatkan persoalan berkaitan masa, tempat dan bagaimana proses itu berlaku yang menjadi kontroversi, malah melibatkan persoalan dari mana Islam itu datang. Ada ahli sejarah memberikan pendapat mereka dengan menyatakan bahawa Islam ini datang dari Tanah Arab, India dan ramai juga sejarawan yang mengeluarkan pendapat bahawa Islam ini datang dari China. Hubungan orang Cina dengan bangsa Arab telah lama terjalin sebelum perkembangan agama Islam.1

Namun dari segi geografi, Asia Tenggara terletak di pertengahan laluan perdagangan Barat dan Timur. Pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara seperti Melaka dan Aceh merupakan tempat tumpuan golongan saudagar Islam yang berdagang. Sejak awal abad Masihi sudah ada rute-rute pelayaran dan perdagangan antara kepulauan Indonesia dengan berbagai-bagai daerah di daratan Asia Tenggara. 2Hal ini

mungkin penduduk di tempat tersebut menjadi tarikan bagi mereka untuk bertumpu di kawasan tersebut. Hubungan negara-negara di Asia Tenggara seperti Melaka, Jawa dan Aceh telah lama terjalin semenjak awal kedatangan Islam melalui kegiatan perdagangan dan diplomatik. Wilayah barat Nusantara dan sekitar Melaka sejak masa kuno merupakan wilayah yang menjadi titik perhatian, terutama kerana hasil bumi yang dijual di sana menarik para pedagang, dan menjadi daerah lintasan penting antara Cina dan India.3 Oleh itu, dalam masa berdagang, saudagar Islam sekali gus

menyebarkan agama Islam ke Asia Tenggara.

2.0 Teori Kedatangan Islam dari China ke Asia Tenggara.

1 Ann Wan Seng. 2007. Rahsia Kegemilangan Islam di China. La Khauf Marketing. Selangor. Hlmn 13

2 Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusanto. 1984. Sejarah Nasional Indonesia ii. Balai Pustaka. Jakarta. Hlmn: 2

(2)

Agama Islam dipercayai telah sampai ke negara China sejak lebih 1400 tahun yang lalu.4 Pendakwahan ini dilakukan oleh beberapa orang sahabat Nabi Muhammad

dari Mekah ke Madinah untuk bergerak ke China bagi menyebarkan agama Islam atau melakukan dakwah seperti mana yang disuruh untuk umatnya. Walaupun tidak mempunyai catatan tarikh yang sahih berkaitan dengan kedatangan Islam ke China, tetapi rekod dinasti Tang telah menjelaskan bahawa hubungan diplomatik telah terjalin antara pemerintah China dengan pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin iaitu Sayidina Usman bin Affan. Rekod telah mencatatkan bagaimana awal pemerintahan dinasti Tang yang telah berlakunya ramai orang asing ke China yang berasal dari Madinah, Annam dan Kemboja.

Di bawah pemerintahan dinasti Tang berlakunya perkembangan pesat agama Islam di China. Hal ini demikian kerana China merupakan pusat perdagangan dan kegiatan ekonomi dunia sekali gus berhubung dengan dunia luar seperti Arab untuk berniaga. Apabila berlakunya kemasukan para pedagang Arab ke China, maka berlakulah perkembangan pesat penyebaran Islam di sana. Peniaga Arab mengunjungi Khan Fo, Canton dan Guang Zhou sebagai pusat perniagaan mereka. “Pernah dilaporkan bahawa pedagang-pedagang asing yang terdapat di pelabuhan-pelabuhan China dalam zaman Dinasti Sung sebahagian besarnya adalah Arab, dan mereka ini adalah orang asing yang terkaya.”5

Penduduk Islam di China juga turut melakukan aktiviti perdagangan dan perniagaan. Oleh itu, tidak hairan jika mereka telah memperkembangkan perniagaan mereka ke Asia Tenggara. Pada umumnya telah di hujah kan bahawa menjelang permulaan abad kesembilan, saudagar-saudagar dan pelaut-pelaut Arab, China dan India telah mulai menguasai perdagangan ‘Nanhai’ Perdagangan Asia Tenggara.6

China sememangnya telah lama menjalankan aktiviti perdagangan ke Asia Tenggara. Oleh itu, tidak hairan jika negara-negara di Asia Tenggara menjalinkan hubungan diplomatik dengan China akibat kerjasama perdagangannya dengan negara di Asia Tenggara.

4 Ann Wan Seng. 2007. Rahsia Kegemilangan Islam di China. La Khauf Marketing. Selangor. Hlmn: 1

5 G.R. Tibbetts. 1957. “Early Muslim Traders in South-East Asia,’ JMBRASS, vol xxx, Bah 1, No 177. Hlmn: 2

(3)

Banyak bukti yang mengaitkan Islam di Nusantara disebarkan dari China oleh saudagar Islam yang menetap di sana. Menurut Hirth dan Rockhill, “kerana usaha pedagang-pedagang Arab di Canton atau Tsuan-Chou itu yang menyebabkan bermulanya hubungan di antara negeri China dengan Borneo”7 . Namun, ada juga

beberapa ahli sejarah Arab yang mengutarakan pendapat mereka begitu juga dengan ahli sejarah tempatan yang menyokong teori kedatangan Islam adalah dibawa dari China. Seperti yang diketengahkan oleh Masdudi, beliau menyatakan bahawa ramai orang Islam yang tinggal di Canton melarikan diri ke Asia Tenggara apabila berlakunya pemberontakan di Selatan China pada tahun 877. Kemungkinan Islam tersebar ke Asia Tenggara kesan dari perpindahan tersebut oleh saudagar Islam.

Menurut Misbaha pula, dalam bukunya Pustaka Suci Islam, Islam dibawa ke Pantai Timur Tanah Melayu oleh ahli-ahli peniaga dan panglima-panglima Islam di China. Ini disebabkan kawasan tersebut menjadi laluan kapal-kapal China yang berlayar ke Lautan Hindi. Pendapat ini diperkuatkan dengan jumpaan batu Bersurat di Sungai Teresat Terengganu bertarikh 1303 yang mencatatkan peraturan undang-undang kekeluargaan dan hukuman terhadap penzina. Dipercayai juga ada kemungkinan orang-orang Islam pernah membuat penempatan awal di Kemboja, Gerisek, Pasai, Kuala Berang dan Sulu.

Ungkapan “kedatangan Islam” sebenarnya boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai-bagai makna. Ia mungkin bererti kedatangan pedagang-pedagang Islam atau ketibaan mubaligh-mubaligh Islam malah mungkin mereka bertujuan untuk mengembara ke sesuatu kawasan yang berbeza atau mencari suatu penempatan yang baru. Pengembara-pengembara Islam mungkin berjaya untuk mendirikan penempatan-penempatan untuk mereka sendiri dan mungkin pula gagal untuk mempengaruhi penduduknya untuk memeluk agama Islam.8Sejarah Dinasti Sung juga telah menyebut

kedatangan Islam di Nusantara ialah pada abad kesepuluh pada tahun 922. Satu perwakilan Raja Jawa telah membuat lawatan ke China dengan memakai pakaian Arab. Ini jelas menunjukkan bahawa orang Islam Asia Tenggara berhubung dengan Islam di China.

7 Dipetik dalam nota kaki 79 dalam buku Fatemi. op, cit. Hlmn: 67

(4)

3.0 Cara-cara Islam tersebar di Asia Tenggara. 3.1 Melalui Perdagangan.

Dipercayai masyarakat Melayu di Nusantara telah lama mempunyai hubungan perdagangan dengan China. Hubungan pertama antara penduduk di Nusantara dengan Islam ialah melalui hubungan perdagangan. Sejarah Dinasti Sung ada mencatatkan tentang ketibaan Islam di Tanah Melayu pada tahun 977. Saudagar-saudagar Islam telah menjalankan perniagaan dengan Tanah Melayu melalui pantai laut China. Selaras dengan perkembangan Islam, dengan utara Sumatera sebagai titik tolaknya, terdapat satu lagi pergerakan yang wujud sama ada lebih awal ataupun serentak dengan peluasan ini di bahagian timur Tanah Melayu.9 Walaupun pedagang-pedagang Islam telah

dialu-alukan sekali lagi untuk berdagang dengan China menjelang bahagian kedua abad kesepuluh, tetapi Kalah telah mengekalkan kepentingannya sebagai sebuah jajahan perdagangan orang Arab dan saudagar-saudagar Islam yang lain10 seperti Islam dari China dan India.

China zaman Dinasti Ming mencapai kemajuan yang pesat dalam aktiviti perdagangan dan pedagang-pedagang Islam China telah menguasai sebahagian besar aktiviti perdagangan tersebut. Mereka menjalankan perdagangan dengan negara-negara besar dan kecil termasuk negara-negara di Asia Tenggara. Ada di antara mereka yang mendirikan koloni-koloni di pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara. Mereka inilah yang dipercayai bertanggungjawab menyebarkan agama Islam kepada penduduk tempatan. Phan Rang, Patani dan Terengganu merupakan negeri yang terletak di kawasan laluan perdagangan dari China dan Hainan ke penghujung selatan Tanah Melayu.

Seperti mana yang telah diketahui bahawa sebelum peristiwa tahun 878, memang sudah wujud penempatan-penempatan saudagar Islam yang kaya

9 Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ampang, Selangor. Hlmn: 60.

(5)

di Canton dan Hainan.11 Namun, selepas tahun 878, saudagar Islam telah

melarikan diri ke kawasan Asia Tenggara berhampiran dengan tempat untuk mereka menimba kekayaan sebelumnya. Dinasti Sung telah menggalakkan para saudagar Islam untuk kembali berdagang semula ke China dan menyediakan pelabuhan utama bukan lagi Canton seperti yang sebelumnya. Ini menyebabkan saudagar Islam dari China giat melakukan aktiviti perdagangan ke tempat lain selain Arab iaitu Asia Tenggara dalam kuantiti yang sangat banyak.

Akibat dari aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh mereka, maka saudagar Islam mulai berselerak ke seluruh Asia Tenggara sehingga ada yang mendirikan penempatan di Asia Tenggara. Oleh itu, wajar untuk menyatakan bahawa suatu proses pengislaman telah bermula di kawasan pantai Timur Tanah Melayu kira-kira seawal abad ketiga belas. Ia boleh juga di andaikan sama atau sezaman dengan proses yang berlaku di bahagia utara Sumatera. Seperti yang diketengahkan oleh Tome Pires, beliau menyatakan bahawa;

Melaka adalah sebuah kota yang didirikan untuk perdagangan, lebih sempurna daripada mana-mana kota raya di dunia…Dengan kepentingannya seperti itu dan dengan kekayaannya yang melimpah, yang tidak akan berkurang, jika ditadbirkan dengan sederhana dan disenangi, Melaka seharusnya dibekalkan, dilindungi, dipuji dan digemari, dan bukan dicuaikan; kerana Melaka dikelilingi oleh orang Islam yang tidak boleh menjadi sahabat dengan kita kecuali Melaka kuat dan orang Moor itu tidak setia dengan kita kecuali dengan kekerasan, kerana mereka sentiasa berhati-hati, dan apabila mereka melihat sahaja mana-mana bahagian yang terdedah mereka akan menyerbu. Oleh sebab telah diketahui betapa untungnya Melaka daripada segi kepentingan keduniaan, apalagi daripada segi kerohanian kerana Mohammad telah disekat dan tidak boleh bergerak lebih jauh, dan melarikan diri seberapa yang boleh. Dan biarlah orang memihak ke suatu pihak, sedangkan perdagangan memihak kepada

(6)

agama kita; dan yang sebenarnya Mohammad akan dimusnahkan, dan tidak dapat dielakkan dia akan dimusnahkan.12

Di sini jelas menyatakan bahawa Islam ini disebarkan melalui perdagangan. Para saudagar Islam yang menjalankan aktiviti perniagaan turut ke Asia Tenggara dan menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa. Apabila diberi kemudahan tempat tinggal di Asia Tenggara oleh orang tempatan, maka ada juga saudagar Islam ini terpikat dengan wanita tempatan lalu mengahwini mereka. Di sini, jelas menunjukkan saudagar yang menetap di Asia Tenggara sudah pasti akan menyebarkan agama Islam kepada penduduk sekitarnya.

3.2 Hubungan Diplomatik.

Menurut catatan sejarah, pada kurun kelima belas, Melaka telah membuat hubungan diplomatik dengan China. Melaka pertama kalinya menerima utusan dari China pada tahun 1404. Pada tahun-tahun berikutnya, Melaka menerima lagi beberapa utusan. Begitu juga beberapa utusan Melaka dihantar ke China sebagai membuat lawatan balas. Melaka mengadakan hubungan baik dengan China bagi melindungi negara tersebut dari ancaman Siam. Pada awal perhubungan ini, China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam menjalin hubungan persahabatan dengan tujuan untuk melindungi negara-negara di Asia Tenggara dari ancaman Siam. Berdasarkan berita Tome Pires (1512-1515), dalam Suma Oriental-nya dapat diketahui bahawa daerah-daerah di bahagian pesisir Sumatera Utara dan timur Selat Melaka iaitu dari Aceh sampai Palembang sudah banyak terdapat masyarakat dan kerajaan-kerajaan Islam.13Akan tetapi, menurut berita itu,

daerah-daerah yang belum Islam juga masih banyak, iaitu Palembang dan daerah-daerah pedalaman.14

Dasar perlindungan China terhadap negara-negara di Asia Tenggara di samping untuk tujuan politik juga turut untuk menyebarkan Islam. Melihat makam-makam Muslim yang terdapat di situs-situs Majapahit, diketahui

12 Written in Malaccan and India in 1512-1515. 1944. The Suma Oriental of Toe Pires: Account of the East from the Red Sea to Japan. London. Vol II. Hlmn: 286

13 Dr. Badri Yatim, M.A. 1993. Sejarah Peradaban Islam. Lembaga Studi Islam dan Kemasyarakatan.(LSIK). Jakarta. Hlmn: 197

(7)

bahawa Islam sudah hadir di ibu kota Majapahit sejak kerajaan itu mencapai puncaknya.15 Perkembangan Islam di Jawa bersamaan waktunya dengan

melemahkan posisi yang diduduki oleh raja Majapahit pada masa tersebut. Di bawah pimpinan spiritual Sunan Kudus, meskipun bukan yang tertua dari Wali Songo, Demak akhirnya berhasil menggantikan Majapahit sebagai kraton pusat.16 Selain itu di bahagian Semenanjung Tanah Melayu, dasar perlindungan

yang diberikan kepada Melaka secara tidak langsung menjamin ajaran Islam dapat disebarkan dengan selamat.

Suatu babak yang agak menarik dalam pengislaman Tanah Melayu dengan terdiri nya Melaka pada sekitar tahun 1400 dan pengislaman pemerintah pada sekitar tahun 1414. Parameswara telah mengahwini seorang puteri Majapahit sebelumnya. Selepas beliau melakukan pelbagai siri pengembaraan, akhirnya beliau menetap di perkampungan nelayan yang akhirnya berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan yang agung dan dikenali di peringkat antarabangsa. Apabila Melaka menjadi pusat tumpuan perdagangan maka ramai pedagang yang datang termasuklah pedagang dari China yang beragama Islam. Sehingga itu, hubungan pemerintah Melaka dan China mulai terjalin. Usaha-usaha penyebaran Islam oleh saudagar Islam di China ke Kepulauan Melayu termasuklah Johor, Kedah, Kampar dan sebagainya dapat dijalankan dengan selamat melalui perlindungan yang diberikan oleh China kepada Melaka.

3.3 Kegiatan Dakwah.

Menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam China yang berulang alik ke Arab, Parsi dan India telah mendirikan Penempatan mereka di beberapa kawasan pinggir pantai di Nusantara. Antaranya ialah Kedah dan Palembang. Selaras dengan perkembangan Islam, dengan utara Sumatera sebagai titik tolaknya, terdapat satu lagi pergerakan yang wujud sama ada lebih awal ataupun serentak dengan peluasan ini di bahagian timur Tanah Melayu.17 Ini

15 Robson, S. O. 1981. “Java at The Crossroads: Aspects of Javanese Culture History in the 14th and 15th Centuries” dalam Bijdragen. Deel 137. Hlmn:272

16 Taufik Abdullah. “Islam dan Pembentukan Tradisi di Asia Tenggara”, dalam Taufik Abdullah dan Sharon Siddique (Ed.) 1989. Tradisi Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. LP3ES. Jakarta. Hlmn: 73

(8)

dapat dibuktikan dengan apa yang dijumpai di Kuala Berang Terengganu di mana penemuan Batu Bersurat di sana.

Selain dari menjalankan urusan perniagaan, saudagar Islam dari China juga menjadi pendakwah secara sukarelawan bagi membantu mengembangkan ajaran Islam. Pada tarikh 1303, Batu Bersurat Terengganu telah dibina, ini menunjukkan bahawa walaupun pemerintah di Terengganu belum memeluk Islam tetapi, sekurang-kurangnya di Tanah Melayu telah wujud penempatan Islam atau dagangan yang penting. Apa yang penting mengenai hal ini ialah bahawa di Patani, yang terletak berhampiran, pengislaman telah bermula sebelum pemelukan Melaka lagi iaitu sebelum permulaan abad kelima belas.18

Batu Bersurat Terengganu ditemui di Kuala Berang pada tahun 1303M manakala pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah menemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab yang bertarikh 1028M telah menunjukkan bahawa bukti Islam datang dari China. Penemuan tersebut jelas membuktikan bahawa agama Islam sampai ke pantai timur Semenanjung Tanah Arab sebelum abad ke-13 dan telah dibawa oleh golongan mubaligh Islam dari China melalui Laut China Selatan ke Phang Rang, Indochina dan ke Pekan, Pahang. Selain itu, seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa didapati sama. Masjid adalah monument yang penting di mana akan menjadi salah satu bukti kedatangan dan penyebaran Islam.

Phan Rang yang berada berhadapan dengan dua buah kerajaan Patani dan Terengganu yang menghadap ke Laut China terletak di selatan Campa purba yang berada di Indochina. Dalam dua buah kerajaan tersebut, telah dijumpai dua buah batu bersurat yang bertarikh pada tahun 1039 dan yang satu dianggarkan telah terpahat dalam tahun 1025 dan 1035. Kedua-dua batu tersebut mempunyai bukti bahawa penempatan Islam telah pun wujud di kawasan Asia Tenggara kerana kehidupan sosial dan keagamaannya amat teratur dari penyelidikan. Sangatlah menarik perhatian bahawa akibat dari penubuhan penempatan orang Islam di Kalah itu, lebih banyak lagi

(9)

penempatan didirikan di kawasan-kawasan yang berhampiran, dan berhubungan yang mesra lebih terjalin di antara orang-orang Islam asing dengan penduduk bumiputera.19

Ramai pedagang Islam ini merupakan saudagar-saudagar kaya dan mereka dihormati oleh penduduk tempatan. Dengan kelebihan yang ada pada mereka, mereka dapat mempengaruhi penduduk setempat sama ada menerima dakwah dan ajaran Islam secara terus ataupun mereka menerima Islam setelah berkahwin dengan pedagang-pedagang Islam. Apabila urusan perkahwinan berlaku, sudah pasti isteri akan mengikut suami. Maka, dengan itu, penganut agama Islam akan bercambah dan menjadi lebih banyak. Status pedagang yang dipandang tinggi akan turut menari minat penduduk tempatan untuk memeluk Islam. Hal ini demikian kerana, para pedagang Islam mempunyai sikap yang baik dan disenangi membuatkan mereka dihormati oleh penduduk tempatan. 3.4 Penghijrahan orang-orang Islam di China kerana pemberontakan di

Canton.

Canton merupakan pelabuhan di China yang pesat berkembang melalui kegiatan perdagangan. Saudagar-saudagar Arab, Parsi dan India sering menjalankan perniagaan di pelabuhan tersebut. Dipercayai pada suatu masa terdapat kira-kira 120,000 orang pedagang Islam di Canton. Pada tahun 877, satu pemberontakan besar berlaku di Canton. Apabila perdagangan Arab dengan China mulai merosot, maka China mencari pasaran lain agar mengekalkan peningkatan ekonomi negara.

Pada tahun 878, pemimpin pemberontak Huang Ch’ao telah menyingkirkan Canton dan membunuh ramai orang Muslim. Hal ini telah menyebabkan ramai saudagar asing terutama Muslim melarikan diri dari China dan beralih ke Kalah atau Kedah yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Hasil dari pelarian beramai-ramai oleh orang Islam dari China ke Kalah, maka mereka pun membina penempatan di sana. Dari Kalah, setengah-setengah pedagang ini singgah bertujuan untuk berniaga ke tempat berhampiran seperti Palembang di bahagian timur Sumatera. Sambil itu, mereka akan menyebarkan Islam di destinasi tersebut.

(10)

Ini menyebabkan ramai penduduk Muslim di Canton lari meninggalkan daerah tersebut dan dipercayai ada yang sampai ke Nusantara dan mendirikan penempatan baru di situ. Tetapi apa yang penting diperkatakan sejak selepas pelarian secara beramai-ramai dari Khanfu ialah terdiri nya penempatan-penempatan seperti perdagangan yang mulai berkembang. Mengikut Tibbetts:

Penduduk di penempatan ini, selain daripada tindakan sebagai ejen bagi pedagang di tempat sendiri, mereka juga berminat dalam perdagangan tempatan, terutama sekali dalam perdagangan di antara negeri China dengan berbagai-bagai-bagai pelabuhan di Asia Tenggara…Perdagangan tempatan inilah yang menjadi sebab kepada kelambatan penembusan perdagangan ke Asia Tenggara, hanya sampai sejauh bahagian Timur Jawa menjelang abad kesebelas.”20

Mungkin disebabkan oleh perdagangan tempatan ini Borneo telah dikenali oleh para pedagang Islam. Terdapat maklumat yang mengatakan bahawa pada tahun 977, Pu-Ni21 telah pun mengirimkan seorang duta ke

China. Sebelumnya, pada tahun yang sama, seorang saudagar bernama P’u Lu’hsieh tiba ke muara sungai Pu-Ni dari China.22

Kedah dan Pelambang merupakan dua buah kawasan yang menjadi tumpuan penempatan mereka. Golongan yang berhijrah ini membawa bersama-sama agama Islam yang mereka anuti dan disebarkan kemudian kepada masyarakat Melayu di situ dan kawasan sekitarnya. Berdasarkan data kaji purba dan huraian sejarah China dan orang Islam, dapatlah disimpulkan bahawa selain daripada pelabuhan-pelabuhan China, sudah memang terdapat sebuah perkampungan orang Islam asing di pantai barat Sumatera sejak awal tahun 674 lagi.23

Tetapi menjelang selepas tahun 878 atau sekitar tahun tersebut, beberapa tempat yang jelas dapat didefinisikan sebagai penempatan mulai

20 G.R. Tibbetts. 1957. “Early Muslim Traders in South-East Asia,’ JMBRASS, vol xxx, Bah 1, No 177. Hlmn: 43

21 Dikenali sebagai Brunei, atau Borneo, atau pantai barat Borneo yang bertentangan dengan kepulauan Karimata.

22 Cf. Tibbetts, op.cit. Hlmn: 36 dan , S.Q.Fatemi. 1963. Islam Comes to Malaysia. Singapore. Hlmn: 67-68.

(11)

memunculkan diri. Di kawasan tersebut, penempatan orang Islam berkembang pesat di Kalah dan tidak lama selepas itu, wujud penempatan di pantai barat Sumatera, begitu juga dengan Champa pada akhir abad kesepuluh. Selain itu, orang Islam juga mulai menempatkan diri di kawasan Leran ( Jawa Timur) dalam tahun 1082 dan di Terengganu pada tahun 1303. Ini membuktikan bahawa sesetengah orang Islam telah datang dan tinggal di situ dan tidak semestinya berlaku pengislaman di tempat tersebut.

4.0 Kesimpulan.

(12)

China oleh saudagar Islam di sana. Ini berdasarkan dari beberapa bukti seperti wujudnya hubungan perdagangan orang-orang Melayu dengan China semenjak abad kesembilan lagi, Batu Bersurat di Terengganu serta terdapatnya unsur-unsur seni ukir dan seni bina China pada binaan Masjid di beberapa buah negara di Nusantara dan sebagainya. Islam telah tersebar dari China oleh Muslim di sana ke Nusantara melalui perdagangan, penaklukan, hubungan diplomatik dan kegiatan dakwah. Walaupun proses Islamisasi di Nusantara pada tahap awalnya agak lambat dan perlahan kerana Islam hanya disebarkan melalui kegiatan perdagangan sahaja. Apabila tertubuhnya beberapa empayar dan kerajaan Islam seperti di Melaka, Aceh dan Demak yang memainkan peranan secara langsung telah menyebabkan Islam berkembang dengan berkesan dan begitu pesat khususnya pada abad kelima belas hingga ketujuh belas. Hasil dari kegiatan-kegiatan ini, Islam telah bertapak dengan kukuh di beberapa buah negara seperti Melaka dan Aceh pada abad kelima belas dan keenam belas. Agama Islam telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar penduduk Nusantara walaupun agama Hindu lebih awal bertapak di rantau itu. Islam telah membawa tamadun yang tinggi dan serba lengkap yang meliputi semua aspek dalam kehidupan. Peranan masyarakat Islam dari China banyak membantu dalam menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.

Bibliografi.

Ann Wan Seng. 2007. Rahsia Kegemilangan Islam di China. La Khauf Marketing. Selangor.

(13)

Ampang, Selangor.

Cf. Tibbetts, op.cit. Hlmn: 36 dan , S.Q.Fatemi. 1963. Islam Comes to Malaysia. Singapore.

Dr. Badri Yatim, M.A. 1993. Sejarah Peradaban Islam. Lembaga Studi Islam dan Kemasyarakatan.(LSIK). Jakarta.

G.R. Tibbetts. 1957. “Early Muslim Traders in South-East Asia,’ JMBRASS, vol xxx, Bah 1, No 177.

Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusanto. 1984. Sejarah Nasional Indonesia ii. Balai Pustaka. Jakarta.

Robson, S. O. 1981. “Java at The Crossroads: Aspects of Javanese Culture History in the 14th and 15th Centuries” dalam Bijdragen. Deel 137.

Taufik Abdullah. “Islam dan Pembentukan Tradisi di Asia Tenggara”, dalam Taufik Abdullah dan Sharon Siddique (Ed.) 1989. Tradisi Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. LP3ES. Jakarta.

Tjandrasasmita, Uka (Ed.). 1984. Sejarah Nasional Indonesia III. PN Balai

Pustaka. Jakarta.

W. P. Groeneveldt. 1877. Notes on The Malay Archipelago and Malacca. Chinese Sources. Batavia.

Wang Gungwu. “The Nanhai Trade: A Study of the Early History of Chinese trade in the south China Sea,” JMBRAS, vol m.s. xxxi, Part 2, No. 182. Written in Malaccan and India in 1512-1515. 1944. The Suma Oriental of Toe Pires:

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil pengamatan dan analisis sidik ragam dapat dilihat bahwa pemberian pupuk bokashi eceng gondok dan pupuk NPK 15–15–15 masing-masing menunjukkan pengaruh yang

Setelah selesai mengajar baik guru kelas maupun guru pamong memberikan arahan dan saran terhadap kegiatan pembelajaran yang telah dilaksanakan sebagai bahan

sebagai pendorong atau memotivasi kegiatan belajar siswa. Poster tidak berisi informasi namun berupa ajakan, renungan,. persuasi agar siswa memiliki dorongan yang

We distributed questionnaires to 1,514 domestic tourists from several provinces in Indonesia visiting 42 angkringan spots to determine the significance of five

184.. ahli bid'ah atau yang membela mereka, memuji mereka, menyanjung-nyanjung kitab-kitab mereka, atau ia dikenal sebagai pembantu dan penolong mereka, atau ia turut mem- benci

Pola asuh demokratis adalah bentuk pola asuh yang lebih lentur, sebab disini orang tua memberikan peraturan kepada anak dengan mempertimbangkan kondisi anak.. Orang tua

Fipronil merupakan insektisida yang bersifat sistemik yang terdaftar pada tanaman padi untuk mengendalikan penggerek batang, wereng coklat, wereng punggung putih dan

Model ini dikembangkan berdasar pada beberapa prinsip pembelajaran bagi peserta didik atau mahasiswa berkebutuhan khusus yang klasifikasinya adalah mahasiswa dengan hambatan