• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aspek Sejarah Kaum Kadazan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Aspek Sejarah Kaum Kadazan"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1 SEJARAH ASAL-USUL KAUM DUSUN DI SABAH

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.

Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Kaum Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu „Kadazan‟ dan „Dusun‟ namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum „Kadazan‟ dengan kaum „Dusun‟ satu

(2)

2

istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu „Kadazan-Dusun‟. Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

Kadazan dan Dusun berkongsi bahasa, budaya meskipun terdapat perbezaan dalam dialek percakapan. Perbezaan kedua-dua kaum ini hanyalah pada kedudukan geografi/tempat . Kadazan biasanya mendiami kawasan delta/lembah dan menjalankan aktiviti pertanian, manakala Dusun pula mendiami kawasan berbukit/gunung serta menjalankan aktiviti Pertanian.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka.

Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; ·

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Diakui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk Ragang, iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tompios" dalam daerah Ranau pada hari ini.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang

(3)

3

mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah.  Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan

China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965). Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun.

 Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965).

 Teori Ketiga, Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220).

 Teori Keempat, Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.  Teori kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan.

Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja. Ekoran daripada kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik.

Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman. Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada :

 warisan cara hidup tradisi dari segi adat

 sistem kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian.

(4)

4 LAGENDA NUNUK RAGANG

Dari segi asal-usul, Kaum Kadazan-Dusun menceritakan tentang kelahiran kaum ini dari lagenda “Nunuk Ragang” yang berusia ribuan tahun sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran Kaum ini ke seluruh Negeri Sabah diBawah Bayu.

Kaum ini juga telah mempengaruhi perjalanan sosio-budaya negeri Sabah itu sendiri dan membentuk kuasa politik bagi mempertahankan hak, warisan dan budaya kaum mereka dan seterusnya mengangkat martabat Kadazan-Dusun itu sendiri.

Pada masa kini, kaum Kadazan dikaitkan dengan kaum Dusun serta pelbagai lagi pribumi lain dibawah istilah “kadazan-dusun”. Istilah ini diterima-pakai setelah dipersetujui oleh satu badan bukan politik ( NGO ) , KCA (Kadazan Cultural Association) dalam mensyuarat ke-5 mereka dan kemudianya ditukar menjadi Kadazan-Dusun Cultural Association (KDCA).

Dalam mesyuarat pada 4 dan 5 Nov. 1989, telah diputuskan bahawa ini cara terbaik dalam menyelesaikan krisis identiti Kadazan dan Dusun yang telah melumpuhkan pertumbuhan dan pembangunan etnik-etnik Kadazan-Dusun dari segi Sosio-Budaya,

(5)

5

Ekonomi dan Politik sejak sentimen perkauman Kadazan dan Dusun dipolitikkan dalam era 1960-an.

Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.

Teori sains sosial

Sejarah awal kewujudan kaum Kadazandusun dikatakan wujud melalui cerita lisan iaitu melalui kisah Nunuk Ragang.Tempat ini terletak di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Kogibangan (arah kiri) dan Sungai Kawananan(arah kanan) dan bercantum menjadi sungai yang lebih besar iaitu Sungai liwogu(dalam dan tenang).Terdapat banyak lembaga "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" yang memenuhi bawah pohon,tebing sungai dan sepanjang juntaian akar nunuk.

Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk - penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.

Tanggapan bahawa Nunuk itu merah atau Nunuk Ragang menggambarkan betapa ramainya lembaga merah sedang berpesta ria di kawasan Nunuk itu.Sebenarnya manusia yang ramai yang dikatakan sebagai 'warna merah' apabila dilihat dari jarak jauh itu kurang tepat kerana bukan pokok Nunuk itu yang berwarna merah sebaliknya warna merah itu datang daripada pantulan cahaya matahari. Sejak itu, Nunuk Ragang menjadi identiti masyarakat Kadazandusun kerana mengikut pandangan masyarakat Kadazandusun, mereka kononnya berasal dari kawasan ini.

Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.

Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke

(6)

6

sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya.

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut.

Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".

Tugu Nunuk Ragang

(7)

7 Kehidupan masyarakat nunuk ragang

Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini.

Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menambah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll).

Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).

(8)

8 LAGENDA PESTA KEAMATAN

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

ASAL USUL MAGAVAU

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.

(9)

9

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

TARAF PRIBUMI

Menjadi Pribumi Sabah, sebahagian daripada Malaysia, kaum Kadazan-dusun mempunyai hak politik yang sama, hak-hak ekonomi dan pendidikan sama seperti orang Melayu Malaysia dan pribumi lain. Taraf ini digelar Bumiputra (dari Sanskrit Bhumiputra), sepatah perkataan Melayu, yang diterjemahkan untuk 'Anak-anak Bumi/penduduk asal'

(10)

10

Orang Kadazan Dusun yang tertumpu di pantai barat seperti Kudat, Tempasuk, Tuaran, Penampang, Papar, dan lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau hidup sebagai petani tradisi. Mereka mengamalkan pertanian swidden dengan menanam padi sawah dan huma, ubi kayu dan tembakau. Sambil menternak haiwan, menangkap ikan sungai, memburu, dan memungut tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan liar.

Peralatan yang digunakan untuk:

• pertanian: ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu • perikanan:tundalo, siud, bangkala, tambong,bubu sawak

• perternakan: lukung, gading

• memburu: sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos

Walaubagaimanapun,kini semakin ramai masyarakat kadazandusun yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan,perkhidmatan kerajaan dan sebagainya.

Referensi

Dokumen terkait

Bagaimanapun, pada bulan Mei 1961, Britain dan Tanah Melayu telah mencadangkan sebuah persekutuan Malaysia, yang mana dari perspektif keselamatan, orang-orang Melayu sebagai kaum

Tahap berhutang bagi kaum India dan Melayu adalah lebih tinggi daripada tahap hutang purata rakyat Malaysia yang dilaporkan oleh BNM pada tahun 2014 iaitu

14.Mengalurkan perkembangan parti politik di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963 15.Menjelaskan kepentingan pindaan

Melayu Malaysia yang disebut Kaum Melayu adalah masyarakat Melayu berintikan orang Melayu asli. tanah Semenanjung Malaya (Melayu Anak Jati), ditambah suku-suku pendatang dari

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Contohnya

Sejarah pemikiran ekonomi Kaum Klasik sangat penting untuk dipelajari guna menambah pengetahuan mengenai sejarahnya perekonomian yang sampai saat ini kita temui

Langkah-langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi dasar ekonomi British yang.. meminggirkan

266 | Sejarah Sekolah Kartini Dari Gagasan Hingga Pendidikan Kaum Perempuan Di Semarang 1912-1928 Humanisme Belanda, pemuda pribumi dan pemerintah Belanda pada tahun 1913