Pendahuluan
Satu morfem yang mempunyai sebutan yang berlainan berdasarkan konteks atau lingkungan yang berbeza
dinamakan alternasi.
Setiap varian penyebutan itu dikenali sebagai alternan atau alomorf bagi morfem tersebut.
Bagi menjelaskan proses alternasi, alternan dasarnya (bentuk dalaman) hendaklah ditentukan terlebih
dahulu.
Kemudian dijelaskan rumus fonologi yang
merealisasikan alternan terbitan (bentuk permukaan) daripada alternan dasar tersebut.
Pendahuluan (Samb.)
Misalnya:
Kata dasar Kata terbitan
[gu.n] 'guna‘ [gu.na.an] 'gunaan'
Jika [] dalam [gu.n] dianggap sebagai alternan dasar, maka [a] dalam [gu.na.an] adalah alternan terbitan dan sebaliknya jika [a] dalam [gu.na.an] itu dianggap sebagai alternan dasar, maka [] dalam [gu.n] adalah alternan terbitan.
Kriteria Umum Menentukan
Representasi Dalaman
Langkah pertama: Kenal pasti segmen yang mengalami proses alternasi dan dilingkungan manakah ia berlaku.
Misalnya:
[gu.n] 'guna' [gu.na.an] 'gunaan'
Dalam contoh di atas [] dalam [gu.n] beralternasi dengan [a] dalam [gu.na.an].
[] di lingkungan akhir kata (#), dan [a] di lingkungan [a] pada imbuhan awalan [an].
Langkah kedua: Tentukan bentuk dalaman dan nyatakan rumus fonologi yang beroperasi
Kriteria Umum Menentukan
Representasi Dalaman (Samb.)
Dalam hal ini, secara teorinya, terdapat empat pilihan yangmunasabah.
1. Jika [] dipilih sebagai bentuk dalaman maka rumus fonologi yang beroperasi ialah:
a / __ a
Rumus di atas menunjukkan bahawa // direalisasikan sebagai [a] apabila diikuti oleh [a]. Contoh: /gun-an/ [gu.na.an]
2. Jika [a] dipilih sebagai bentuk dalaman, maka rumus fonologi yang beroperasi ialah:
a / __ #
Rumus di atas menunjukkan bahawa /a/ direalisasikan sebagai [] apabila diikuti oleh sempadan kata. Contoh: /guna/ [gu.n]
Kriteria Umum Menentukan
Representasi Dalaman (Samb.)
3. Kedua-dua varian fonetik [] dan [a] diterbitkan daripada segmen dalaman yang lain, misalnya [], maka rumus fonologi yang beroperasi ialah:
* / __ # a a
*Rumus di atas menunjukkan bahawa //
direalisasikan sebagai [] apabila diikuti oleh sempadan kata, dan direalisasikan sebagai [a]
apabila dikuti oleh vokal [a]. Rumus seperti ini tidak berlaku dalam BM.
Kriteria Umum Menentukan
Representasi Dalaman (Samb.)
4. Kedua-dua // dan /a/ dimasukkan ke dalam representasi dalaman, dan kemudian terdapat
rumus yang menggugurkan /a/ di lingkungan #, dan // di lingkungan /a/, maka rumus fonologi yang
beroperasi ialah: a / __ # a
Rumus di atas menunjukkan bahawa /a/
digugurkan apabila diikuti oleh sempadan kata, dan // digugurkan apabila diikuti oleh /a/. Rumus
Pemilihan Kriteria Umum dalam Menentukan
Representasi Dalaman
Dalam teori FG terdapat sekurang-kurangnya lima kriteria yang perlu dijadikan landasan untuk
menentukan bentuk dalaman, iaitu:
Kebolehramalan
Kealamiahan
Kesederhanaan
Keselarasan pola
Kebolehramalan
Rumus fonologi yang digunakan mampu membuat
ramalan yang tepat secara fonologisnya tentang proses alternasi yang berlaku.
Misalnya, proses alternasi antara konsonan tertentu (K) dengan segmen kosong () dalam bahasa Maori seperti berikut:
Kebolehramalan
Data bahasa Maori
KK Pasif Gerund Erti
hopu hopukia hopukaa ‘tangkap’ aru arumia arumaa ‘ikut’
tohu tohuia tohuaa ‘tunjuk’ maatu maaturia maaturaa ‘tahu’
Kebolehramalan
Alternasi 1: Bentuk Pasif sebagai bentuk dalaman / alternan dasar
K / __ # (K boleh diramal)
Alternasi 2: Kata Kerja Aktif sebagai bentuk dalaman
K / u__i (K tak boleh diramal)
Kemunasabahan/kealamiahan
Biasanya merujuk kepada kealamiahan fonetik yang bertujuan memudahkan artikulasi.
Rumus yang alamiah bersifat sejagat seperti yang berlaku dlm bahasa berikut:
Kemunasabahan/kealamiahan
Kala Kini K. Lamp K. Depan Erti lamasa lamai lamasu ‘pergi’ putasa putai putasu ‘datang’ mipaka mipaki mipaku ‘tulis’ kutula kutuli kutulu ‘lukis’
Kemunasabahan/kealamiahan
alternasi 1: Pilih /s/ sebagai alternan dasar
s / __i (lebih munasabah / alamiah kerana /s/ berasimilasi /i/ dari segi ciri depan untuk
merealisasikan [], dan /s/ sebagai bentuk dalaman bersifat sejagat – terdapat dalam kebanyakan bahasa)
alternasi 2: Pilih // sebagai alternan dasar
s / __ (u/a)
Ekonomi
Merupakan satu pengukuran kuantitatif dengan
menggunakan jumlah mekanisme sama ada jumlah bilangan fonem, rumus fonologi, dan sebagainya yang minimum.
Keselarasan Pola
Pola inventori fonem sesuatu bahasa memperlihatkan satu taburan yang simetri. Contohnya: Jika /m/
bersimetri dengan /p/, /n/ bersimetri dengan /t/,
maka // seharusnya bersimetri dengan /k/. Oleh itu, /k/ adalah fonem kepada bahasa tersebut mengikut kriteria ini.
Penyebaran
Kriteria ini biasanya digunakan untuk memilih
segmen dasar bagi segmen-segmen yang mempunyai penyebaran saling melengkapi.
Segmen dasar pada umumnya boleh hadir dalam pelbagai konteks atau dalam lingkungan yang lebih besar.
Misalnya, // tidak dianggap fonem kerana
penyebarannya terhad dan kehadirannya mudah diramal.
Beberapa Masalah dalam Menentukan
Representasi Dalaman
Walaupun terdapat kriteria pemilihan dalam representasi dalaman, namun masalah untuk
membuat pemilihan yang tepat tetap wujud kerana setiap pilihan itu mempunyai kelebihan dan
kekurangannya yang tersendiri.
Misalnya, pemilihan x sebagai varian dasar menepati kriteria kebolehramalan dan kealamiahan, tetapi tidak menepati kriteria ekonomi, manakala pemilihan
varian y pula menepati kriteria kebolehramalan dan ekonomi, tetapi tidak menepati kriteria kealamiahan.
Masalah Pemilihan antara varian
/a/ atau /
/
Dalam Dialek Melayu Perak (DMP), kata tunggal yang berakhir dengan vokal [] didapati beralternasi
dengan vokal [a] dalam bentuk terbitannya seperti [u.n] dan [u.na.an].
Dalam FG, dua atau lebih bentuk permukaan yang
sama maknanya, mempunyai satu bentuk representasi dalaman sahaja.
Oleh itu, salah satu varian perlu dipilih sebagai varian dasar berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Masalah Pemilihan antara varian
/a/ atau /
/ (Samb.)
Jika varian yang berakhir dengan /a/ dipilih sebagai bentuk dasar, maka rumusnya adalah seperti berikut:
(8) a / __ #
Rumus di atas bermaksud vokal /a/ direalisasikan sebagai [] di lingkungan akhir kata.
Jika varian yang berakhir dengan vokal // dipilih sebagai bentuk dasar, maka rumusnya adalah seperti berikut:
(9) a / __ a
Rumus di atas menyatakan bahawa vokal // direalisasikan sebagai [a] apabila diikuti oleh vokal /a/.
Masalah Pemilihan antara varian
/a/ atau /
/ (Samb.)
Kedua-dua rumus di atas memenuhi kriteria
kebolehramalan, tetapi rumus (9) lebih alamiah daripada rumus (8) kerana memperlihatkan satu proses asimilasi vokal.
Namun begitu, pemilihan varian yang berakhir dengan vokal // tak ekonomi kerana selain rumus (9), satu
lagi rumus fonologi diperlukan, iaitu rumus
penyisipan glotis yang menyisipkan [] di antara dua vokal yang identikal seperti berikut:
(10) / V __ V [F] [F]
Masalah Pemilihan antara varian
/a/ atau /
/ (Samb.)
Sebaliknya, jika varian yang berakhir dengan /a/ dipilih sebagai bentuk dasar, hanya rumus (10)
diperlukan bagi menjelaskan fenomena yang berlaku dalam kata terbitan DMP (7) (lihat Zaharani 1993 hlm. 72).
Kesimpulan
Oleh sebab kesemua kriteria bagi menentukan representasi dalaman itu sama pentingnya dan
mempunyai motivasi yang tersendiri dalam analisis fonologi, maka permasalahan ini agak sukar untuk diselesaikan.
Akibatnya, muncul pelbagai teori baru seperti autosegmental dan optimaliti.