• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan dan Penulis Melayu Baru Dala

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pembangunan dan Penulis Melayu Baru Dala"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Paper4

Pembangunan dan Penulis Melayu Baru Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum

Ding Choo Ming

Dalam perbincangan dalam makalah “Penulis sebagai Intelek Awam Dalam Karya Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum”, “Peranan Akhbar & Majalah Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum” dan “Beberapa Masalah Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum”, kita dapati kuasa-kuasa sastera, akhbar dan majalah telah digunakan oleh penulis Melayu untuk memainkan peranan penting dan yang menentukan dalam menyatukan orang Melayu daripada latar belakang sosial dan tempat yang berlainan di seluruh negara untuk sama-sama membincangkan masalah dan penyelesaiannya. Mempergunakan peluang baru dalam peningkatan pesat industri percetakan telah membuka peluang yang baru kepada Ishak Haji Muhammad, Harun Aminurashid, Ibrahimn Yaakob, Ahmad Boestaman dan Abdul Rahim Kajai yang didapati bersikap anti-penjajah British, selain risau dengan pengembangan kuasa ekonomi orang Cina, India dan Arab, dan juga Syed Syekh al-Hadi pula didapati telah menjelaskan dalam edisi perayaan ulang tahun pertama Saudara (Sep 1928) bahawa Saudara adalah untuk menjalin tali persaudaraan atau persahabatan dalam masyarakat. Ini bermakna bahawa dia ingin membentuk persaudaraan (gabungan atau kolektiviti) atas perasaan persaudaraan dan bukanlah atas dasar perkauman. Gabungan yang berasaskan persahabatan itu boleh difahami untuk membawa semua orang untuk bersama-sama melalui bon persaudaraan yang dia bayangkan. Mengenai perkara ini, Virginia (2000: 91) menjelaskan Saudara bukan sahaja mempunyai konotasi kesaksamaan dan amanah, tetapi juga meliputi konsep persaudaraan yang terdiri daripada orang yang bukan ahli keluarga, seperti adik-beradik.

(2)

dimaksudkan itu ialah jika terdapat satu golongan penulis Melayu itu anti-orang bukan Melayu, maka yang satu golongan yang lain itu adalah yang sebaliknya.

Golongan penulis Melayu yang kedua ini percaya semua orang, tanpa mengira kaum, turut menderita dalam peperangan (termasuk Perang Dunia I dan II dan masa dharurat kerana melawan pengaruh komunis), selain kemelesetan ekonomi dunia (Great Depression), lebih-lebih lagi kemiskinan memang dialami semua orang, tidak kira kaumnya, warna kulitnya, kebudayaannya dan ugamanya.

Perkembangan itu boleh difahami dengan lebih baik lagi dalam kontek sudah adanya perdebatan tentang hubungan antara sastera dengan masyarakat seperti yang sudah ditunjukkan penulis-penulis daripada kumpulan ASAS 50 tentang sama ada Seni Untuk Masyarakat atau Seni Untuk Seni. Salah seorang penulis yang terkenal masa itu yang berpegang kepada slogan Seni untuk Masyarakat adalah Keris Mas. Beliau telah memberi hujah bahawa sastera yang lahir daripada penderitaan dan perjuangan rakyat dalam masyarakat itu boleh menjadi alat yang penting untuk membimbing pemikiran dan semangat rakyatnya ke arah kemerdekaan negara yang akan membawa kemakmuran, keselamatan dan keamanan. Ini bermakna dia dan rakan seperjuangnya yang sealiran fikiran mereka telah memikirkan dengan mendalam tentang kuasa sastera sebagai alat untuk mengubah kehidupan rakyat. Sehubungan itu, mereka juga berhujah bahawa karya sastera mesti memberi penerangan kepada pembaca daripada rakyat biasa, yang bukan sahaja adalah majoriti dalam masyarakat, tetapi juga mereka itu amat mengharapkan petunjuk tentang bagaimana untuk memperbaiki hidup mereka. (Virginia 200: 184-5)

Lanjutan daripada pandangan itu banyak soalan yang berkaitan boleh diajukan di sini. Antaranya: bolehkah sastera berbohong? Adakah sastera direka untuk membuat pembaca melihat apa yang penulis sendiri mahu mereka lihat? Jika ya, tidakkah benar bahawa penulislah yang sudah mengawal, malahan menguasai, apa yang pembaca mereka boleh atau tidak boleh ikuti dalam karya sastera yang berkenaan itu?

(3)

sastera yang lain tidaklah sedemikian, kerana karya-karya itu mungkin berdasarkan gabungan imaginasi dan kreativiti, dan juga pasti adanya karya yang lain yang berasaskan penggabungan imaginasi, realiti dan fakta sejarah. Dan gugusan karya sastera yang terakhir itu adalah sebahagian besar karya sastera yang telah dikaji dalam projek penyelidikan ini.

Selain itu, walaupun ada unsur-unsur kerujukan (referentiality) kepada realiti sosial, hakikatnya adalah teks-yang-dibina-berasaskan-realiti dan realiti-yang-berasaskan-realiti sosial adalah dua perkara yang tidak sama. Ini disebabkan bukan sahaja pantulan sastera pada kehidupan yang sebenar bukanlah perkara yang sama, tetapi juga cara-cara kita melihat diri kita yang tercermin dalam karya sastera itu mungkin bukanlah yang kita mahu dan ingin lihat, walaupun terdapat bibit-bibit persamaan dan hubungan antara kedua-duanya di sana sini. Ini juga adalah disebabkan penulisan kreatif sastera lebih cenderung untuk menceritakan realiti sosial ke tahap yang tertentu sahaja. Untuk membuktikannya, akan diberi contoh yang sesuai yang dapat menunjukkan perwakilan sastera bukan sahaja tentang aspek-aspek hubungan antara kaum antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, tetapi juga bagaimana penulis Melayu generasi yang baru selepas kemerdekaan negara pada 1957 itu mimpikan dan khayalkan hubungan antara kaum itu untuk menunjukkan kuasa sastera dalam tangan penulis mereka untuk kepentingan mereka dalam rangka perbincangan kita tentang hal-hal itu dalam makalah yang lain nanti.

(4)

Muhammad Ali Yaacub dan Dari Taiping ke Syonanto (1943) Yang lebih menarik lagi ialah Muhammad Yusuf Ahmad dalam cerpenya Mencari lsteri (1929) menggesa orang Melayu untuk belajar daripada orang Cina untuk menjadi rajin, berjimat cermat dan tidak membazirkan wang ke atas perkara yang remeh temeh, seperti meminjam wang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran untuk anak-anak mereka.

Selain itu, ada banyak karya sastera Melayu mengenai perkahwinan campur antara orang Cina dengan orang Melayu, sebelum dan selepas Perang Dunia II. Antaranya ialah Melissa (1992) karya Abdullah Hussain, Syonan to 2604 (1964) daripada Arena Wati, Bibit Cinta (1975) karya Azizi Hj. Abdullah dan Perempuan Anggerik (1997) daripada Faisal Tehrani. Sehubungan itu, A. M Thani (1990: 52-53) mengatakan seolah-olah ada keinginan daripada ramainya orang Melayu untuk membina masyarakat yang baru dengan membina jambatan antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, termasuklah perkahwinan antara kaum dan keluarga Melayu menganak-bangkat bayi orang Cina.

(5)

dan Tanah (1965) daripada Ibrahim Omar; Giap Hong, Soosy dan Kuldip Singh dalam novel Sungai Mengalir Lesu (1967) karya A Samad Said; Leong, Helen atau Nona Lazaru dan De Souza dalam Kail Panjang Sejengkal (1986) hasil pena A Samad Ismail; Tuan Hess, Arumugam dan Foo Seng Kow dalam Lingkaran (1965 & 1977) nukilan Arena Wati dan Yew Seng, Yow Hock, Cing Huat dan Poh Kheng yang datang daripada sebuah keluarga bersama-sama Kim Lock, Kim Sui dnd Kok Leng dan juga Maniam, Ambika, Pilay, Perumal, Suppiah, Ramalkrishnan dan Malini dalam novel Interlok (1971) rekaan Abdullah Hussain.

Pendek kata, sudah ada perubahan yang drastik dalam dalam karya sastera Melayu dalam hubungan antara kaum dengan interaksi sesama mereka dengan banyak cara yang lain, termasuk kahwin campur, tolong-menolong di kalangan jiran tetangga dan orang bukan Melayu masuk Islam. Kesemua itu telah menggantikan rasa benci, marah, mengasingkan diri, syak wasangka, takut, permusuhan dan sikap anti orang bukan Melayu yang banyak terdapat dalam karya sastera Melayu dalam tahun 1920-an, 1930-an dan 1940-an.

Yang lebih menarik lagi ialah watak-watak orang Cina dalam karya yang tersebut tadi tidaklah seperti Cing Huat dalam Interlok, atau Ah Kau dalam Warna Biru, atau Taukeh Song Sampah dalam Anak Dibuat Denak atau Sho Ha dalam Isteri Leong Beranak atau Dolly dalam Dolly - Bidadari dari Shanghai. Sebaliknya, kesemua watak orang Cina itu adalah seperti Ling Seng Thong yang telah berjaya mengelakkan berlakunya pergaduhan malah konfrontasi antara orang Melayu dengn orang Cina dalam novel Bangsal (1991) daripada Wan Ahmad Ismail, dan Encik Tan yang mewakili pihak kelasi kapal untuk berunding dengan pihak pengurusan bagi mendapatkan ganti rugi yang mereka deritai dalam novel Sisa Laut (1964) oleh Wijaya Mala dan juga seorang wanita Cina rela menyerahkan bayi yang baru dilahirkan kepada seorang wanita muda Melayu yang baru sahaja kehilangan anaknya dalam cerpen Harapan dan Pengorbanan (1969) karya Darussalam.

(6)

interaksi, tolong-menolong dan hidup bergantungan antara satu dengan yang lain yang seterusnya telah melahirkan suasana kasih sayang yang didapati jauh lebih berkesan daripada cakap mulut dalam mempromosikan hubungan antara orang Melayu dan bukan Melayu. Sebahagian cerita itu boleh dibaca dalam cerpen Anak Sulung Terbang Jauh (1973) daripada Fahmi Kassim, Orang Baru (1973) oleh Ghazali M.A., Gantung (1973) nukilan M. Farda dan Bidan Tarik (1969) rekaan Othman Rasul, antara yang lain. Dalam cerpen Anak Sulung Terbang Jauh, dikisahkan pengaruh corak kehidupan Melayu di kampung Melayu ke atas keluarga Cina yang tinggal di kampung Melayu itu. Dalam cerpen Orang Baru diceritakan seorang guru Cina yang mengajar di sekolah di kampung Melayu sudah memeluk agama Islam dan dalam Bidan Tarik dikisahkan pertolongan yang dihulur daripada jiran orang Melayu kepada seorang wanita Cina sehingga selamat melahirkan bayi dalam saat yang paling kritikal.

Antara yang cuba ditunjukkan ialah hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu telah berubah di sekitar 1950-an, lebih-lebih lagi selepas 1957 dan 1969. Perubahan-perubahan yang dimaksudkan tadi adalah berdasarkan karya satera Melayu semata-mata.

Memikirkannya, terdapat beberapa kemungkinan berlakunya sedemikian. Pertama, sudah ada perubahan dalam suasana politik pada tahun 1957 bila Tanah Melayu diberi kemerdekaannya. Dengan itu, para pemimpin yang wewakili kumpulan etnik yang berlainan, terutamnya orang Melayu, Cina dan India yang turut memperjuangkan kemerdekaan negara secara bersama-sama itu telah berusaha bersama-sama dengan sedaya upaya mereka untuk menjadi tuan baru Malaya yang baru merdeka. Dengan kuasa dan kewibawaan baru di tangan, mereka telah menggantikan tuan penjajah British yang sudah memerintah negara ini kira-kira 500 ratus tahun lamanya. Mereka terpanggil untuk menjadi pemimpin politik baru dengan bekerjasama untuk melindungi semua rakyat di negara ini dengan menghapuskan dasar ‘Pecah dan Perintah’ yang diamalkan penjajah British sepanjang tempoh penjajahanya dahulu.

(7)

Melayu kepada orang Cina, sebagai resipi baru pentadbiran yang diharap bukan sahaja dapat menggantikan mimpi igau orang Melayu terhadap orang Cina seperti yang diceritakan dalam karya sastera penulis nasionalis Melayu dalam tahun 1920-an, 1930-an dan 1940-an, selain diharap akan membawa banyak perkembangan yang baru yang dapat merentasi perbezaan kaum.

Sehubungan itu, pada 1958 Peraduan Mengarang yang pertama kali telah diadakan untuk membuka ruang bagi penulis Melayu untuk berkongsikan kisah-kisah mereka, sekaligus menyatakan pandangan mereka seperti yang digalakkan kerajaan baru. Berdiri teguh di belakang kerajaan, penulis-penulis muda itu mahu kisah-kisah mereka dikongsi dan suara-suara daripada batin mereka kedengaran. Seperti yang dijangka, generasi muda penulis Melayu masa itu telah tampil ke depan untuk menyatakan pandangan dan fikiran mereka yang positif mengenai banyak perkara yang ada kaitan dengan pembangunan sebuah negara yang baru merdeka. Antara penulis itu tidak lain daripada yang terkemuka daripada ASAS 50 yang kebetulan juga memang menduduki jawatan editor yang tinggi dan yang berpengaruh dalam pelbagai syarikat akhbar, majalah dan penerbit. Pandangan mereka diminta pihak pemerintah, maka dihargai.

Ketiga, karya sastera daripada penulis generasi baru selepas kemerdekaan dan yang terdiri daripada wartawan, buruh, polis, guru, ulama dan lain-lain yang lahir di tengah-tengah masyarakat itu cenderung untuk memberi perhatian mereka lebih kepada aspek kemanusiaan yang tidak mengenal perbezaan warna kulit, dan kumpulan etnik, seperti yang ditunjukkan dalam cerpen Isteri Leong Beranak (1966) daripada A. Wabah Ali, lahirnya generasi baru seperti watak Yew Seng dalam novel Interlok (1971) karya Abdullah Hussain dan juga watak Basir dan Lucy yang suka cabaran dan orang muda yang berjaya mengatasi masalah mereka dalam novel Subuh daripada Atan Long.

(8)

kekayaan antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Daripada segi yang tertentu, perkembangan ekonomi yang memberi manfaat lebih kepada orang bukan Melayu daripada orang Melayu masa lalu telah juga menyemai benih tidak-harmoni antara kaum yang berkenaan.

Kelima, ada perubahan sikap editor di akhbar dan majalah Melayu. Sehubungan itu, Othman Puteh (1994: 21) menyatakan bahawa Keris Mas, Tongkat Warrant, Asraf dan lain-lain yang menjadi editor di pelbagai institusi masa itu mempunyai pengaruh mereka yang besar dalam mengawal penyiaran karya sastera dalam akhbar dan majalah yang paling berpengaruh, dari segi pengedaran yang besar dan luas, ketika itu, termasuk Utusan Zaman dan Mastika. Mereka juga telah cuba menggunakan sastera bukan sahaja sebagai alat untuk memperjuangkan kemerdekaan politik, tetapi juga sebagai jambatan perpaduan nasional (AM Thani 1990: 55-56)1.

Antara yang dimaksudkan itu tidaklah lain daripda penulis Melayu masa itu telah memainkan peranan mereka yang penting dalam menolong menyemai benih-benih perubahan dalam hubungan antara kaum dalam karya sastera mereka. Dengan adanya perubahan-perubahan tersebut, kita boleh lihat

1 Ini juga sudah ditunjukkan dalam cerpen Hamzah, Surat (Hiboran, 3

Januari 1953), yang menceritakan “ Pada seluruhnya kawan, saya katakan bahawa 1952 merupakan zaman meleset, mulanya, harga getah meleset, ko-cek, juga jadi meleset, apabila wang meleset. Segala-galanya jadi meleset, perniagaan runtuh, akhlak roboh, pekerti binasa, asrama murah, dan wanita jual diri. Diserang oleh deman kemelesetan ini, timbul faham baru, faham-faham yang meleset yang mahu melesetkan orang-orang lain. (hlm. 12). Sehubungan itu, Hamzah dalam cerpennya Kalau Kau Kebulur (Hiboran, 27

(9)

dengan jelas adanya perbezaan yang nyata antara watak-watak dalam cerita dan sikap serta pendekatan daripada penulis Melayu pada tahun 1930an, dan 1940an dengan penulis Melayu selepas 1957. Dengan itu, garis pemisahan antara kedua-dua golongan penulis itu boleh dibuat membandingkan perbezaan mesej da nisi kandungan karya-karya mereka. .

Sebahagian perbezaan yang dimaksudkan itu juga mungkin disebabkan perbezaan latar belakang sosio-ekonomi dan politik pada dua peringkat masa yang berbeza itu. Yang menarik ialah sebahagian besar penulis Melayu generasi yang baru itu tahu ramai orang Melayu dan juga orang bukan Melayu adalah mangsa keadaan dan masa. Mereka sendiri telah nampak ramai orang bukan Melayu juga adalah yang miskin, lemah, mundur dan daif seperti orang Melayu. Seperti orang Melayu, orang Cina juga telah didiskriminasi dan dipinggirkan, dan telah menderita membisu (suffer in silent). Melihat keadaan itu, penulis generasi yang baru itu telah mencuba yang terbaik untuk menulis tentang mereka ini dengan cara yang lebih positif: mendedahkan penderitaan dan nasib malang golongan miskin, tentang ketidaksamaan dan juga peperangan seperti yang terdapat dalam cerpen Kedai Sederet di Kampung Kami (1956) oleh Keris Mas dan Tulang-Tulang Berselarakan (1966) rekaan Usman Awang.

Keenam, sesetengah penulis daripada ASAS 50 telah mengatakan bahawa mereka berbeza dengan penulis masa dahulu. Dengan itu, mereka seperti Syed Syekh al-Hadi yang percaya dia sudah mengarang hikayat baru untuk cuba membawa pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu (Virginia 2000: 221 -2). Bagi mereka, orang bukan Melayu bukanlah musuh orang Melayu. Musuh orang Melayu yang sebenar adalah kemiskinan dan ketidaksamaan yang tidak mengira perbezaan kaum.

(10)

lagi penulis dari ASAS 50, sudah menerbitkan tiga buah cerpen sekitar tahun 1950-an: Mulanya Dia Menjadi Mata-Mata 1949), Setelah 1948 (1955) dan Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi (1956) tentang kemiskinan dan ketidaksamaan.

Mengimbau sekali lagi ke belakang, kita dapati penulis yang baru selepas kemerdekaan itu yakin terhadap diri tentang pentingnya untuk berinteraksi dengan orang bukan Melayu. Antaranya adalah Hasan Muhammad Ali, Keris Mas, Arena Wati. Darussalam, Abdullah Hussain, Ibrahim Omar dan A. Wabab Ali. Mereka betul-betul percaya tentang jalan penyelesaian yang konstruktif dan bukannya permusuhan untuk menyelesaikan masalah hubungan antara kaum yang boleh memecah-belahkan, malah menghancurkan negara. Mereka juga percaya sudah sampai masanya untuk orang Melayu tidak lagi mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang bukan Melayu, lebih-lebih lagi jangan lagi menunjukkan rasa benci dan marah mereka dengan memulaukan mereka.

Daripada segi politik, penulis Melayu generasi yang baru itu mendapati orang Melayu sekarang sudah menjadi lebih kuat selepas kemerdekaan Malaya, maka tidak perlu lagi mengaku kalah atau takut dengan jarum taktik yang halus dan sukar dinampak daripada orang Cina seperti dalam tahun 1930-an d1930-an 1940-1930-an. Sebaliknya, or1930-ang Melayu kini sudah cukup yakin dapat berfikir di luar kotak pemikiran politik yang lama. Oleh sebab-sebab itu, mereka tidaklah lagi perlu menggunakan taktik takut terhadap orang Cina atau merasa orang Melayu sudah dikepung dan diancam. Selain itu, sindrom menyerah diri dan 'jiwa hamba' mereka yang mereka warisi dari zaman feudal masa lalu sudah ditinggalkan mereka.

(11)

mangsa yang tidak bersalah dan tidak berdaya pada masa-masa itu. Antara cerita yang sentiasa dikaitkan dengan peristiwa pahit itu tidak lain daripada cerpen Kejadian dalam Estet (1950) dan Kedai Sederet di Kampung Kami (1956) daripada Keris Mas.

Antara contoh lain cerpen Melayu yang memperkatakan pengalaman orang Melayu yang telah berinteraksi dengan orang Cina ialah Surat Kepada Taukeh (1952) dan Cina Angkat Najis Rumah Saya (1953) daripada Asmal, Ini Kisah Saya, Tuan! (1954) karya Atma Jiwa, Tok Mat Menjadi Demang (1952) oleh Hamzah, dan Ah Khaw Masuk Syurga (1960) rekaan A. Samad Ismail.

Dalam Ah Khaw Masuk Syurga telah diceritakan kesusahan hidup akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu (termasuk Singapura) terutamanya ke atas Ah Khaw yang terpaksa mencari perlindungan di rumah Hassan untuk menyelamatkannya daripada kekejaman askar Jepun. Untuk mengabui mata askar Jepun yang memburu dan cuba menangkapnya, Ah Khaw, orang tua yang hidup dengan menarik beca dan penagih candu, telah menyamar diri sebagai orang Melayu dengan berpakaian Melayu, sementara emak Hassan pula cuba untuk ‘memasukkan’nya ke dalam ugama Islam. Kematian Ah Khaw pada malam Jumaat telah membuat ahli keluarga Melayu yang melindunginya merasa lega. Kematiannya membawa segala penderitaan dan rasa takutya tammat di situ.

Selain itu, novel Musafir (1959) oleh Hasan Muhammad Ali, Lingkaran (1965 & 1977) daripada Arena Wati, Embun dan Tanah. (1965) karya Ibrahim Omar, Interlok (1971) rekaan Abdullah Hussain, misalnya, telah juga menonjolkan hubungan yang baik dan kebergantungan hidup antara kaum.

(12)

kaum antara orang Melayu dengan orang Cina. Benih kemarahan, kebencian dan syak wasangka yang tersemai dalam karya-karya seperti itu bermungkinan akan tumbuh menjadi pohon besar kemarahan, kebencian dan syak wangka yang susah dikawal nanti dan ini akan secara tidak langsung mencetuskan konflik perkauman secara terbuka seperti yang pernah berlaku di Bahat Pahat pada 1945 and 1946, Penang pada 1958 and Kuala Lumpur pada 1969, misalnya. Kami tidak menjumpai mana-mana karya sastera yang sudah kami kaji itu dikaitkan dengan peristiwa–peristiwa yang menumpahkan darah.

Rujukan

A M Thani. Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.

A Samad Ismail. Kail Panjang Sejengkal. Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1986.

A Samad Ismail. Ah Khaw Masuk Syurga. Berita Harian, 19 Mei 1960.

A Samad Said. Sungai Mengalir Lesu. Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tahan, 1967.

A Wahab Ali. Isteri Leong Beranak. Dewan Bahasa, Ogo 1966. Abdul Rahim Kajai. Cerita Awang Putat. Utusan Zaman, 1- 8

Nov 1941.

Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971 & 2003.

Abdullah Hussain. Melissa. Dari kota Cahaya (Edisi Khas Sasterawan Negara). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

Abu Bakar Ali. Nyonya Ke Rumah Pasung. Warta Malaya 13 - 16 Jun 1938.

Arena Wati. Syonan to 2604. Berita Minggu, 20 Dis1964.

Arena. Wati. Lingkaran. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1965; Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1977.

Asmal. Surat Kepada Tauke. Utusan Zaman, 4-11 Mei 1952. Asmal. Cina Angkat Najis Rumah Saya. Mastika, Okt 1953.

Atan Long. Subuh. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964.

Atma. Jiwa. Ini Kisah Saya, Tuan! Utusan Zaman, 29.8. 1954. Azizi Haji Abdullah. Bibit Cinta. Utusan Zaman. 3.8.1975.

(13)

Fahmi Kassim. Anak Sulung Terbang Jauh. Mingguan Malaysia - 22.4.1973.

Faisal Tehrani. Perempuan Anggerik. Utusan Melayu, 1997. Ghazali M.A. Orang Baru. Berita Minggu, 18.3.1973.

Hamzah. Tuk Mat Jadi Demang. Mutiara, Jun 1952.

Harun Aminurrashid. Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing Hiburan, Nov 1946.

Hasan Muhammad Ali. Musafir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 1959 & 1989.

Ibrahim Omar. Embun dan Tanah. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1965.

Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12 – 19.6.1938.

Ishak Haji Muhammad. Istana Berembun. Warta Ahad, 3 - 10 Apr 1938.

Ishak Haji Muhammad. Dolly - Bidadari dari Shanghai. Utusan Zaman, 24 Ogo - 21 Sep 1940.

Keris Mas. Kedai Sederet di Kampung Kami. Mastika, Jan 1956. Keris Mas. Mereka Tidak Mengerti. Dewan Bahasa, Oct 1959. Keris Mas. Kejadian dalam Estet. Mastika, Apr 1950.

M Farda. Gantung. Mingguan Malaysia, 2.12.1973.

Mahmud Ahmad. Sengsara Membawa Perjodohan. Majalah Centa, Jan-Nov 1939.

Muhammad Ali Yaacub. Satu Malam di Kota Betawi. Warna Ahad, 27 Dis 1936.

Muhammad Yusof Ahmad. Mencari Isteri. Majalah Guru, 1 Ogo 1928 - 1 Mei 1929).

Noorjaya. Tewas Dalam Dunianya. Berita Minggu, 26.11.1972. Othman Puteh. Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua:

satu Analisa Tentang Pemikiran dan Struktur, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

Othman Rasul. Bidan Tarik. Mingguan Malaysia, 24.8.1969. Sidek Baba. Bila Hidup Macam Anjing. Mingguan Malaysia,

21.1. 1973.

Tongkat Warrant. Mulanya Dia Menjadi Mata-Mata. Utusan Zaman, 19 April 1949.

Tongkat Warrant. Setelah 1948. Mastika, Dis 1955.

Tongkat Warrant. Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi. Utusan Zaman, 1 Jul 1956.

(14)

Virginia Matheson Hooker. Writing a New Society: Social Change Through the Novel in Malay. Honolulu: Allen & Unwin and University of Hawaii Press, 2000.

Wan Ahmad Ismail. Bangsal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian, maka dapat direkomendasikan kepada petani kakao bahwa kegiatan usahatani kakao hendaknya dilakukan dengan baik guna meningkatkan

Dengan adanya penelitian ini, diharapkan kepada peneliti mendatang agar memperhatikan waktu, karena yang menjadi keterbatasan dalam penelitian ini adalah waktu,

Parameter penentu kerawanan longsorlahan yang digunakan dalam penelitian ini adalah kemiringan lereng, bentuklahan, tingkat pelapukan batuan, tekstur tanah, buffer jalan,

Hasil pengujian isolat berdasarkan spektrum menunjukkan penyerapan pita pada panjang gelombang maksimum untuk alkaloid sehingga dapat digambarkan bahwa daun, batang

EE-3924 has been a regular Research Scholar in the department for a period of two years from the date of his admission.. Saxena Department

Berdasarkan hasil penelitian tentang penggunaan Alat Peraga Othello dalam pembelajaran matematika yang dilaksanakan di SDN 04 KOTO RANAH Kecamatan IV Nagari Bayang

Teknometrik merupakan salah satu metode pengukuran teknologi yang digunakan untuk mengevaluasi kontribusi komponen teknologi, yang mana keempat komponen tersebut yaitu

BPPSPAM mempunyai tugas membantu Pemerintah Pusat dan Pemerintah Daerah dalam rangka meningkatkan penyelenggaraan sistem penyediaan air minum yang dilaksanakan oleh badan usaha milik