• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tanggapan yang luar biasa dengan Wong Ch

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tanggapan yang luar biasa dengan Wong Ch"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Tanggapan yang luar biasa dengan Wong Chin Huat: Ancaman dana asing

Oleh Ding Jo-Ann

Mengapa badan pertubuhan sivil tidak mendaftar sebagai pertubuhan sosial di Malaysia, sebaliknya beralih untuk disenaraikan sebagai syarikat? Dan tidakkah rakyat Malaysia patut mencurigai kumpulan yang sangat kritis terhadap kerajaan dan yang dilonjakkan oleh dana asing?

Menurut kedua-dua sumber negara dan media nasional, rakyat Malaysia harus menaruh rasa curiga. Laporan muka depan New Straits Times 21 Sept 2012 menyebutnya langsung – wujud “rencana untuk menumbangkan kerajaan”. Dan kalangan di balik tabir yang mengatur rancangan ini adalah kumpulan hak asasi manusia – diterajui Suaram -, badan pertubuhan sivil, dan portal berita Malaysiakini bersandarkan fakta, yang terlihat, bahawa mereka memperoleh dana asing, antaranya, tak lain dari George Soros.

Tidakkah kerajaan dan media mempunyai setiap hak untuk mendakwa kumpulan ini bertanggungjawab dengan cara yang sama kumpulan ini sering meletakkan negara yang bertanggungjawab? Nut Graph bercakap dengan penganalisis politik Wong Chin Huat tentang isu yang sedang dibongkar bersabit pertubuhan-pertubuhan di Malaysia dan perolehan dana asingnya, dan ancaman yang dihadapkannya yang berpotensi menggugat bangsa.

NG: Mengapa Suaram tidak harus disiasat? Jika ia berdaftar sebagai syarikat, tidakkah wajar ia dilayan di bawah akta syarikat seperti mana-mana syarikat yang lain? Hanya kerana ia memperjuangkan isu–isu hak asasi, patutkah ia diberi layanan yang istimewa?

WCH: Pertanyaan yang pertama kali harus kita utarakan adalah: mengapa sebuah NGO berdaftar sebagai syarikat. Sebuah syarikat mungkin dapat menghindari cukai jika ia didaftarkan sebagai NGO. Tetapi apa faedah yang diraih oleh NGO dengan mendaftar sebagai syarikat? Tak lain selain berhasil mendaftar!

Faktanya adalah untuk mendaftarkan sebuah NGO di bawah Akta Pertubuhan telah dipersulit dan hampir mustahil bagi badan pertubuhan sivil. Mengapa? Kerana, pada saya, pendaftar pertubuhan (ROS) setia bukan kepada negara, hak kerakyatannya dan perlembagaan persekutuan yang menjamin kita kebebasan untuk berkumpulan, tetapi kepada parti pemerintah. Kumpulan – baik NGO atau parti politik – yang dicap tidak mesra kepada parti pemerintah pusat sering dinafikan pendaftaran. Sebagai contoh, Parti Sosialis Malaysia dinafikan pendaftaran selama bertahun tetapi proses pendaftaran Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) [Parti Progresif Demokratik Sarawak] dilunaskan dalam beberapa hari.

(2)

Ya, Suaram sepatutnya tidak menikmati sebarang diskriminasi yang istimewa. Dalam waktu yang sama, seandainya kita mahu bercakap tentang pelayanan yang adil seluruhnya, maka NGO yang mempromosi hak asasi harus menikmati kebebasan berkumpulan sebanyak yang dikecapi oleh kumpulan yang menentang hak asasi. Adakah itu terlalu banyak untuk diminta dari perdana menteri kita, Najib yang moderat?

Kita sering mengadu tentang ketidakcekapan kerajaan. Dalam kes penyiasatan yang berlanjutan ke atas Suaram, tidakkah harus kita memuji kecekapan agensi multi kerajaan?

Saya merayu untuk berbeza pandangan tentang pendakwaan ini berhubung ketidakcekapan kerajaan yang umum di Malaysia. Ini adalah fitnah dari gerombolan yang dengki dengan pencapaian negara kita! Saya memohon maaf jika saya, juga, telah dengan tidak sengaja menyumbang kepada persepsi herot ini pada waktu lampau. Kerajaan kita tentunya agak cekap ketika mana ia mahu bikinkan. Contohnya, dalam mengkompromi keadilan; menyalakan kebencian; merampok tanah; menggeledah hutan belantara; melayeni kepentingan asing; memperkayakan kroni; mencabul hak asasi dan akhirnya; memadamkan semua tindakan ini dengan menapis media dan memburu pemberi maklumat. Mereka sememangnya sangat bagus dalam kompetensi yang utama ini.

Mengapa tidak kumpulan seperti Suaram, Centre for Independent Journalism (Pusat Kewartawanan Bebas), dan LoyarBurok, dan pergerakan seperti Bersih 2.0 mengutip dana dari sumber tempatan. Mengapa mereka perlu mendapatkan dana asing?

Sekiranya anda dicap sebagai mesra kerajaan, maka anda dapat meraih dana yang mudah dari syarikat perniagaan yang besar dan tentunya, dari kerajaan sendiri.

Jika anda dicap anti-kerajaan, anda mungkin menerima sumbangan dari beberapa rakyat Malaysia yang lain tetapi hanya jika anda berkembang dengan cukup besar untuk dilihat sebagai ancaman kepada kerajaan. Dalam pengertian itu, parti pembangkang yang besar dan NGO berlatar etnik-agama yang vokal secara amnya tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan dana.

Masalah dana juga diselesaikan ketika seseorang menjadi sasaran pemburuan oleh kerajaan. Misalnya, Bersih 2.0 mengumpulkan dana yang diperlukan untuk menganjurkan Bersih 2.0 dan 3.0 yang dihimpunkan sepenuhnya dari sumbangan derma dari rakyat Malaysia di dalam dan luar negara.

Jadi, kerja NGO jenis apa yang perlukan dana asing? Mereka yang dianggap mengancam regim tetapi tidak cukup “seksi” untuk mengaut dana awam yang pro-perubahan. Misalnya, dana yang bersih 2.0 terima dari National Democratic Institute for International Affairs (NDI) dan Open Society Institute (OSI) adalah bagi mengkaji persempadanan semula wilayah konstituensi. Pada waktu itu, Bersih 2.0 masih remaja dan belum meraih perhatian publik yang meluas.

(3)

salah satu dokumentasi yang paling penting tentang perkembangan politik di Malaysia. Berapa banyak mereka yang menderma kepada Suaram untuk membuka kes pendakwaan Scorpene hanya untuk melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke mahkamah Perancis, membelanjakan jumlah wang yang sama bagi penerbitan tahunan NGO tersebut?

Secara fundamentalnya, kita harus bertanya diri kita: sekiranya kerja tersebut baik, apa salahnya jika ia didanai oleh sumber asing? Misalnya, mengingat Jepun adalah kuasa ekonomi dunia yang ketiga terbesar, patutkah kita berdendam dengan rakyat Jepun kerana bantuan dana asing yang diterimanya akibat malapetaka tsunami tahun lepas? Atau, melihat pencapaian GDP per kapita kita hanya sekadar 20% dari Jepun, adakah kita mempunyai motif luaran untuk menggulingkan kerajaan di situ ketika kita menderma kepada Jepun?

Apa salahnya jika Malaysian Aids Council, yang ditaja oleh Kerajaan Malaysia, juga menerima RM450,000 dari Open Society Foundation kepunyaan Soros bagi menjalankan program pencegahan HIV di kalangan mereka yang berisiko tinggi seperti penagih dadah. Adakah ini plot “jahat penyangak mata wang Yahudi” untuk menggalakkan penagihan dadah dengan mengurangkan kadar risikonya?

Tidakkah mengestrak wang dari sumber luar meletakkan pertubuhan ini terdedah untuk dipengaruhi dan diarahkan oleh kepentingan asing? Bagaimana kita dapat mengetahui pertubuhan yang menerima dana asing bertindak untuk kepentingan Malaysia yang terbaik dan bukan kepentingan pendana mereka?

Terdapat dua sudut untuk menangani premis bahawa menerima dana asing bermakna terdedah kepada pengaruh asing dan malah kawalan asing.

Pertama, jika ini benar, maka kerajaan Malaysia akan menjadi paling bersalah kerana berwatak reseptif terhadap kepentingan asing. Berapa banyak geran dan pinjaman murah kerajaan kita terima dari Amerika, Jepun, Eropah dan negara Arab di samping Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia? Bagaimana kita dapat mengetahui bahawa menteri-menteri kita dan pegawai rasmi kerajaan tidak menjual kepentingan nasional kita? Adakah mereka mempunyai rekod tentang integriti dan akal budi?

Kedua, menjual negara anda dapat berlaku sama ada anda menerima wang dari atau memberi wang kepada pihak asing. Ambil sebagai contoh, projek Loji Nadir Bumi Lynas (Lynas Advance Material Plant) di Kuantan yang menerima habuan yang lumayan 12 tahun kelepasan cukai untuk mengusahakan tanaman yang terlalu mahal untuk beroperasi di Australia sekiranya ia memenuhi undang-undang alam sekitar di sana.

Ini seperti menawarkan rumah anda kepada jiran yang kaya sebagai tempat pembuangan sampah mereka tanpa sebarang bayaran, ketimbang dari mencaj mereka dengan sebutir bom sebagai pampasan. Justeru, Lynas sebenarnya menerima dana asing dari kerajaan Malaysia! Jadi, adakah kita fikir kerajaan Malaysia lantaran itu dalam posisi untuk mengambil kesempatan dari Australia atau yang sebaliknya?

(4)

kita? Cara yang terbaik untuk mengetahui sama ada NGO, parti politik atau kerajaan menjual kepentingan nasional kita adalah dengan memeriksa apa yang mereka buat dan kesan dari pekerjaan mereka. Bukti pengambilan puding adalah dari pengunyahan.

Media seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star dan Bernama Radio telah menyorot isu ini dengan meluas. Laporan mereka telah dikritik sebagai herot. Tidakkah mereka hanya memainkan peranan dalam menanggungjawabkan organisasi dan gerakan yang dapat mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap kerajaan dan berpotensi menjejaskan kestabilannya?

Mereka akan tampil bertanggungawab sekiranya mereka melaporkan kenyataan sebagaimana wartawan professional bertindak. Apabila mereka melaporkan berita setengah-benar dan pembohongan tanpa menawarkan parti yang terlibat hak untuk menjawab, memanggil mereka media adalah penghinaan kepada wartawan yang asli di luar sana dan kepada pohon yang ditebang untuk mencetak propaganda mereka.

Referensi

Dokumen terkait

Setelah kita mengetahui betapa tinggi perhatian Islam terhadap ilmu pengetahuan dan betapa Allah SWT mewajibkan kepada kaum muslimin untuk belajar dan terus belajar, maka Islampun

Dalam peraturan Rektor Universitas Negeri Semarang Nomor 14 Tahun 2012 tentang “Pedoman Praktik Pengalaman Lapangan Bagi Mahasiswa Program Kependidikan Universitas

Pengalaman Lapangan (PPL) adalah semua kegiatan intrakurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan, sebagai pelatihan untuk menerapkan teori yang diperoleh

Belanja modal antara lain untuk kebutuhan pembangunan/perluasan/penambahan gedung kantor/rumah jabatan/rumah dinas, pengadaan perlengkapan/peralatan rumah jabatan

Penelitian dengan menggunakan media tiga dimensi yang dilakukan di kelas IIIC memiliki tujuan Penelitian sebagai berikut: 1.Mendiskripsikan aktivitas guru dengan

– Zat atau obat yg berasal dari tanaman a bukan tanaman, sintetis a semi sintetis yg dapat menyebabkan penurunan atau perubahan kesadaran, hilangnya rasa, mengurangi

Merupakan sistem periodik pertama yang disusun dalam bentuk tabel yang terdiri dari delapan lajur vertikal atau golongan dan tujuh deret horizontal atau periode.. Selanjutnya

tidak terpisah antara rawat jalan dan rawat inap digabungkan, jadikan memang sementara bentuk rekam medik kita dirumah sakit haji inikan belum instalasi kalau kita