• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah dan perkembangan sajak. docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah dan perkembangan sajak. docx"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1.0. Pengenalan

Zaman moden kini seakan-akan menenggelamkan kehebatan Melayu dalam dunia sastera sekali gus melupakan nama-nama tokoh yang berbakti kepada negara dalam bidang ini. Hal ini kerana, generasi pada era ini bergantung penuh dengan kecanggihan yang dinikmati semata-mata untuk melayari laman sesawang seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Kecanggihan ini melalaikan pengguna terutamanya remaja sehingga tidak mengetahui kronologi negara mencapai kemerdekaan dan tokoh-tokoh pejuang negara. Jika pejuang kemerdekaan negara tidak diketahui, pastinya tokoh bahasa juga tidak dikenali.

2.0. Konsep Kesusasteraan

Umumnya perkataan “kesusasteraan” berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu sastra. Sas-dalam perkataan sastra merupakan kata akar yang bermaksud mengarahkan, mengajar, dan memberi petunjuk. Kata –tra pula bermaksud alat atau sarana. Dengan demikian, perkataan sastra bermaksud alat untuk mengajar, buku pengajaran dan buku petunjuk (Zalila dan Jamilah, 1993).

Daripada perkataan sastera, muncul pula perkataan susastera. Awalan su- juga berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud baik atau indah (Muhd. Mansur, 1988). Oleh itu, susastera membawa maksud buku pengajaran yang baik atau indah. Bagaimanapun, perkataan susastera tidak ada dalam bahasa Sanskrit ini menunjukkan istilah dicipta dalam bahasa Nusantara sejajar dengan peredaran masa.

Seterusnya, muncul perkataan kesusasteraan yang pada asalnya ialah susastera. Berlaku penambahan imbuhan apitan ke-...-an yang memberikan makna padu dan menyeluruh, iaitu segala yang tertulis yang bernilai seni dan estetik serta memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran (Siti Hawa, 1997). Secara ringkasnya, kesusasteraan bermaksud segala hasil penciptaan indah yang menggunakan alat pertuturan atau bahasa dan tulisan sebagai alat penyampaiannya.

3.0. Sejarah dan perkembangan sajak di Malaysia

(2)

persamaan bunyi (Sahlan, 2005). Sajak bukanlah genre sastera Arab tetapi hanyalah perkataan yang memberikan beberapa ciri puisi Arab seperti nazam, rubai, berzanji dan lain-lain.

Perkembangan sajak dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman sebelum merdeka bermula dari tahun 1933 hingga 1956, dan zaman selepas merdeka iaitu selepas tahun 1957. Zaman sebelum merdeka ini merangkumi zaman sebelum Perang Dunia Kedua (1933 hingga 1941), dan zaman pemerintahan Jepun (1942 hingga 1945), serta zaman selepas pemerintahan Jepun (1946 hingga 1949) sehingga tahun 1950-an. Walaupun begitu, dua zaman yang ditentukan itu bukanlah rigid sifatnya. Zaman tersebut merupakan cara untuk lebih terarah kepada perbincangan perkembangan sajak. Seperti Dharmawijaya dalam Arba’ie (2004) yang membahagikan zaman dalam membincangkan perkembangan sajak tahun 1942 hingga 1979.

Dari aspek sejarah, Muhammad Yasin Ma’mor merupakan pelopor penulisan sajak (Masuri S. N dalam Awang Azman, 2003). Buktinya karya beliau yang berjudul “ Di Tengah Segara” yang telah disiarkan dalam Majalah Guru Jilid. 10. 12, Disember 1933 sewaktu beliau menjadi ketua pengarang dalam majalah tersebut ( Arba’ie, 2004). Beliau tidak berhenti di situ sahaja, pada Mac 1934 dalam majalah yang sama tersiar pula lima sajak nukilan Pungguk yang berjudul “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, Tak Disangka-sangka”, “Pujukan Hati” dan “Ibuku”. Sajak-sajak tersebut dikategorikan sebagai zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, ada pengkaji yang menyatakan bahawa sajak pertama di Tanah Melayu ialah sajak yang berjudul “Angan-angan dengan Gurindam” karya Omar Mustafa yang disiarkan oleh Utusan Melayu pada 18 Januari 1913 (Lim Swee Tin, 2007). Ada juga pengkaji yang meletakkan Omar Mustaffa sebagai pelopor kepada sajak. Jika sajak pertama muncul pada tahun 1913, maka kemunculan sajak di Tanah Melayu pada hari ini sudah berusia 104 tahun.

(3)

iaitu persoalan kasih sayang seorang ibu seperti sajak “Ibuku” karya Pungguk. Sajak ini berkait dengan nilai masyarakat, iaitu tanggungjawab ibu bapa dan anak yang saling memerlukan.

Zaman pendudukan Jepun pada tahun 1942 hingga 1945 mencetuskan pemikiran baharu dalam kalangan penyajak. Pyan Husayn dan Ismail Ahmad dalam Awang Azman (2003) menyatakan bahawa tema dan persoalan yang paling menonjol pada ketika ini ialah tema keberanian dan kepewiraan. Tema yang berkaitan kasih sayang, alam dan kepincangan masyarakat tidak ada lagi. Contohnya, sajak “Bisikan Jiwa” oleh Shariff Naning yang dipetik daripada majalah Matahari Memancar yang disiarkan pada 20 Jun 1942. Persoalan ini juga jelas dalam sajak “ Perajurit Negara” oleh Masuri S.N. yang tersiar dalam akhbar Berita Malai pada 12 September 1944. Sajak tersebut memuji dan memberikan sokongan kepada Jepun dalam kerjasama untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan British. Sajak ini turut memaparkan harapan penduduk di Alam Melayu untuk membentuk Asia Raya.

Pada zaman selepas merdeka pula, iaitu selepas 1957 muncul pemikiran penyajak mengenai semangat kebangsaan. Misalnya sajak “ Tanah Air” karya Usman Awang yang mengharapkan keamanan dan kemajuan negara. Penyajak merasakan tanggungjawab untuk memajukan dan memakmurkan negara ke arah keharmonian dan kesejahteraan (Awang Azman, 2003). Penyajak sehingga hari ini masih menggunakan tema kebangsaan bagi menyedarkan generasi muda agar tidak leka dan sentiasa memastikan kemerdekaan yang dirai tidak direbut musuh lagi (Lim Swee Tin, 2007).

(4)

4.0. Ciri-ciri sajak

Sajak dikatakan menyimpang dari tradisi kerana cara penulisannya yang bebas dan tidak mementingkan rima akhir dalam setiap baris (Umar Junus, 1988). Ciri-ciri sajak dapat dilihat melalui bentuknya. Terdapat dua jenis bentuk sajak, iaitu bentuk dalaman dan bentuk luaran (Nur & Ramli, 1992). Bentuk dalaman bermaksud kesan yang timbul daripada sesuatu idea itu. Bentuk luaran pula ialah bentuk yang dapat dilihat seperti ukuran rangkap sama ada seimbang ataupun tidak. Keseimbangan rangkap dapat diukur dengan melihat jumlah baris pada setiap rangkap, jumlah perkataan, jumlah suku kata pada setiap baris, dan keseimbangan bahagian awal dan bahagian akhir sajak. Bunyi rima sama ada asonasinya, hujungnya, bunyi awal atau pertengahan juga termasuk dalam bentuk luaran. Bukan itu sahaja, pemilihan lambang seperti personafikasi dan metafora juga merupakan bentuk luaran sesuatu sajak (Nur &Ramli, 1992).

Melalui bentuk-bentuk tersebut dapatlah diketahui jenis sesebuah sajak itu. Umumnya, bentuk sesuatu sajak itu dibuat berdasarkan bilangan baris bagi sesuatu rangkap. Misalnya, dua baris dalam satu rangkap tanpa mengira berapa banyak rangkap sajak itu dinamakan distikun. Ada beberapa bentuk sajak, iaitu distikun, terzina (tiga baris dalam serangkap), quatrain (empat baris dalam serangkap), quitrain (lima baris dalam serangkap), sextet (enam baris dalam serangkap), septet (tujuh baris dalam serangkap), oktat (lapan baris dalam serangkap), soneta (14 baris dalam serangkap) dan jenis bebas (jumlah baris dalam serangkap tidak tetap). Contoh setiap jenis sajak (Sila Rujuk Lampiran 1).

Sajak juga mempunyai pelbagai jenis nada. Nada ini digunakan semasa mendeklamasikan sajak. Lim Swee Tin (2007) menyatakan bahawa ada lima nada sajak, iaitu nada melankolik, nada romantik, nada patriotik, nada sinis dan nada protes. Nada ini sebenarnya terbit daripada isi sajak. Dengan kata lain, tema dan persoalan sesebuah sajak dan corak penggunaan bahasa dalam sajak tersebutlah yang menentukan nadanya. Sebagai contoh, sekiranya pendeklamasi sajak membawakan sajak “Ke Makam Bonda” karya Usman Awang, yang isinya menghibakan, iaitu kunjungan anak ke pusara bondanya. Penggunaan perkataan atau kata, atau diksi menimbulkan rasa sedih ketika menyebut dan membayangkan maksudnya. Maka, sajak seperti ini dikatakan bernada melankolik.

(5)

pihak lain yang melakukan kesalahan. Contoh sajak “Kian Kita Lupa” yang menyindir masyarakat yang semakin pelupa.

Nada protes pula digunakan untuk menyatakan ketidaksenangan seseorang terhadap sesuatu. Nada suara ini lebih tinggi, lebih lantang, dan lebih nyaring. Walau bagaimanapun, pendeklamasi sajak tidak perlulah menjerit-jerit sepanjang masa kerana orang yang mendengar tidak akan faham apa-apa. Nada yang terakhir ialah nada romantik, iaitu nada yang sederhana. Nada sederhana ialah suara yang tidak terlalu direndahkan dan tidak terlalu dilantangkan. Nada ini selalunya sesuai bagi sajak yang bertemakan kasih sayang, persahabatan, alam dan sebagainya. Contoh sajak ialah “Ibuku” karya Pungguk.

5.0. Tokoh sajak di Malaysia

Umar Junus (1988) menyatakan bahawa pada awal perkembangan sajak, tidak ada usaha yang dilakukan oleh para penyajak untuk melepaskan diri daripada tradisi, atau dapat dikatakan bahawa pada mereka tradisi bukanlah suatu perkara yang harus dihindari. Antara tokoh yang berkecimpung dalam karya puisi moden adalah seperti Lim Swee Tin, Muhammad Yassin Ma’Mor, Usman Awang dan ramai lagi (Japar, 1999 & Awang Azman, 2003).

Muhammad Yasin Ma’or merupakan penyajak yang banyak memberikan sumbanagan dalam bidang sastera sehingga telah diiktiraf sebagai pelopor puisi moden (Abdul Halim & Zuber, 2002). Beliau dikenali sebagai Pungguk. Tokoh ini dilahirkan Brickfields Kuala Lumpur dan menuntut di SITC (Sultan Idris Training College) pada tahun 1929 sehingga 1931. Kebanyakan guru dari SITC telah menjadi pelopor puisi-puisi Melayu yang mantap seterusnya maju hingga ke tahap yang dicapai pada hari ini (Rahman Shaari dalam Naffi, 2014). Antara puisinya, Di Tengah Segara, Ibuku, Keluh Kesah, Pujukan Hati dan banyak lagi. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru dan menjadi ketua pengarang dalam Majalah Guru (Arba’ie, 2004). Beliau telah meninggal pada tahun 1971.

(6)

bagaimanapun, beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili pada tahun 1936 dan di Mersing pada tahun 1937 serta di Bandar Maharani pada 1940. Beliau menerima pendidikan setakat darjah enam di Sekolah Melayu.

Beliau sempat hidup dalam zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1942. Ketika itu, beliau memerah keringat sebagai anak tani di Segamat dan menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan kembali ke Segamat dan pernah bekerja di Pejabat Tali Air Segamat. Beliau kemudiannya memasuki pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas itu, Usman Awang menjadi anggota polis apabila pihak Inggeris kembali memerintah pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor sebelum bertugas di Melaka.

Pada tahun 1951, Usman Awang berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita dan bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Kemudian pada tahun 1962, beliau bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya ialah sidang pengarang untuk majalah Dewan Sastera dan menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Pada Mei 1982, beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pembangunan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Kejayaan Usman Awang bermula apabila beliau melibatkan diri dalam dunia persuratan Melayu moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan peri kemanusiaan. Sajaknya menjadi pilihan remaja di sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang popular ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan dan Salam Benua (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). Sajak beliau sehingga kini masih menjadi bualan dalam kalangan remaja dan menjadi kajian banyak sarjana.

(7)

(Persuratan) oleh Universiti Malaya pada 11 Ogos 1983. Beliau juga dianugerahi Zamalah Sastera pada tahun 1985 untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah telah menganugerahkan gelaran kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak kepada Usman Awang pada tahun 1991.

Lim Swee Tin juga adalah antara penyajak yang sudah lama dalam bidang ini. Beliau dilahirkan pada 26 September 1952 di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Machang dan Sekolah Menengan Ismail Putera, Kota Bharu sebelum melanjutkan pendidikan ke Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Beliau mula berkarya pada tahun 1970-an. Puisi pertamanya, Seorang Anak Kecil yang disiarkan dalam Majalah Mingguan Malaysia pada 10 Oktober 1973 (Selina, 2007). Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada 1 Januari 1974 di Kuala Krai, kemudian ke Machang, Kelantan selama 15 tahun. Beliau pernah memenangi lebih daripada 24 hadiah kesusasteraan termasuklah Hadiah Sastera Malaysia 1982/1983, 1984/1985, 1988/1989, dan terbaru Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 melalui kumpulan puisi remaja ‘Memetik Mawar’. Selain itu, beliau menerima hadiah Penghargaan Anugerah Puisiputra 2 melalui kumpulan puisi ‘Akrab’. Beliau turut menerima Anugerah S.E.A. Write Award pada tahun 2000 oleh Kerajaan Diraja Thailand (Arbak, 2009).

(8)

6.0. Kepentingan dan fungsi sajak

Aristotle pernah menyatakan kesusasteraan itu dihasilkan bertujuan untuk menawan perasaan penonton, pembaca dan peminat kesusasteraan (Nur & Ramli, 1992). Roslan (2007) menyatakan bahawa sajak berfungsi untuk menghibur. Hiburan tidak dapat dipisahkan dari manusia. Tanpa hiburan bererti manusia akan terpenjara dengan kegelisahan, tekanan perasaan, takut, rendah diri atau sebagainya. Hasil kesusasteraan yang indah dapat melepaskan diri dari masalah-masalah yang dihadapi malah dapat menghalang kegelisahan. Hiburan melalui karya ini dapat dinikmati melalui bahasa yang indah. Bahasa yang indah mudah difahami dan hanya dapat dirasai oleh orang tertentu, yang peka dan tajam pemikirannya, dan tahu menghargai nilai sastera. Keindahan bahasalah yang membuatkan seseorang pembaca itu berasa seronok apabila bahasa indah digunakan ketika berucap berulang kali. Keindahan bahasa dalam puisi Usman Awang melalui sajak “Ke Makam Bonda” atau keindahan bahasa Khairil Anwar melalui sajaknya “Aku” dapat dirasa dan lebih terasa apabila dibaca berulang-ulang kali (Nur & Ramli, 1992).

Selain itu, sajak juga berfungsi untuk mendidik pembaca. Hal ini kerana pembaca akan suka kepada sajak sekali gus mendidik pembaca untuk menginsafi dan mematuhi segala isi pengajaran yang terkandung dalam sajak tersebut. Misalnya, sajak “Ibuku” yang memaparkan nilai masyarakat Melayu, iaitu tanggungjawab ibu bapa dan anak yang saling memerlukan. Jelaslah fungsi sajak sebagai pendidik kepada pembaca.

Fungsi sajak seterusnya adalah menyampaikan ilmu. Awang Azman (2003) menyatakan bahawa penyair generasi baru cenderung memasukkan ilmu pelengkap bagi memperkukuh autoriti karyanya. Melalui pembacaan dan penghayatan sajak, pembaca akan mengetahui banyak perkara. Melalui pembacaan, kita sebenarnya telah memperoleh ilmu, tetapi kadang kala kita tidak sedar bahawa kita telah mendapat ilmu. Misalnya, melalui sajak “ Angan-angan dengan Gurindam” karya Omar Mustaffa menyampaikan ilmu berkaitan ekonomi. Sajak ini menyeru bangsa Melayu agar menjadi rajin supaya mendapat kehidupan yang lebih baik. Maka, jelaslah bahawa sajak menyampaikan ilmu kepada pembaca, pendengar dan peminat sastera.

(9)

seolah-olah disuntik semangat untuk membebaskan tanah air daripada penjajah British. Sajak juga sehingga ini digunakan oleh para penyajak untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Malah ada sajak yang dicipta untuk menyindir pemerintah. Contohnya, sajak “ Kau ini Bagaimana atau Aku harus Bagaimana” oleh Mustofa Bisri yang digunakan oleh Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Zulkarnain Kamisan untuk menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat agung tahunan (Zikri Kamarulzaman, 2015).

James Liu Jo-yo dalam Toh Ling Ling (2004) berpendapat bahawa sajak berfungsi sebagai saluran untuk memupuk nilai moral dan mengkritik masyarakat. Sebagai contoh sajak “Angan-angan dengan Gurindam” oleh Omar Mustafa yang memaparkan nilai-nilai yang harus diamalkan oleh masyarakat Melayu selain mengkritik sikap orang Melayu yang kurang berusaha dan selesa dengan kerja bertani. Maka, jelaslah sajak berfungsi sebagai saluran untuk memupuk nilai moral dan mengkritik masyarakat.

Tuntasnya, sajak mempunyai banyak fungsi dan memberikan faedah kepada masyarakat. Antaranya, sebagai saluran untuk memupuk nilai moral, sebagai alat perhubungan, sebagai kritikan, sebagai hiburan, sebagai medium penyampai ilmu dan banyak lagi. Justeru, kemunculan sajak seharusnya diperkembang dan dijaga supaya tidak hilang kesan daripada peredaran zaman.

7.0. Rumusan

Kesusasteraan Melayu merupakan segala hasil ciptaan atau karya yang indah yang dihasilkan oleh alat peruturan atau bahasa Melayu dan disampaikan melalui tulisan di seluruh kawasan Nusantara. Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua, iaitu sastera tradisional dan sastera moden. Dalam sastera tradisional ada puisi tradisional dan prosa tradisional, begitu juga dalam sastera moden ada puisi moden dan prosa moden. Puisi dan prosa ini boleh disampaikan dengan dua cara sama ada secara lisan ataupun bertulis. Sajak tergolong dalam puisi moden. Dalam tugasan ini, saya telah memilih dan menghuraikan sajak dengan merujuk buku, jurnal dan internet.

(10)

di Alam Melayu memberikan kesan kepada masyarakat yang tinggal di Alam Melayu. Sejajar dengan itu, muncullah puisi moden iaitu sajak.

Sajak dikatakan dipelopori oleh Omar Mustafa dengan sajaknya “Angan-angan dengan Gurindam” yang disiarkan dalam Utusan Melayu pada 18 Januari 1913. Walau bagaimanapun, tidak ada keterangan lanjut atau puisi-puisi lain yang dihasilkan oleh Omar Mustafa sama ada hilang ataupun terbakar semasa penjajahan dan sebagainya. Sarjana lain meletakkan Muhammad Yasin Ma’mor sebagai pelopor sajak. Sajak pertamanya “Di Tengah Segara” yang disiarkan dalam Majalah Guru pada Disember 1933. Beliau tidak berhenti berkarya di situ sahaja, pada Mac 1934 dalam majalah yang sama tersiar pula lima sajak nukilan Pungguk yang berjudul “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, Tak Disangka-sangka”, “Pujukan Hati” dan “Ibuku”.

Fungsi sajak ini sebenarnya adalah sebagai hiburan, sindiran, protesan dan kritikan terhadap masyarakat. Misalnya, pada zaman sekitar 1933 hingga 1941 persoalan dan tema yang cuba disampaikan oleh penyajak berkait dengan kasih sayang, rindu akan kekasih dan nilai masyarakat seperti sajak “Ibuku” yang menyentuh tanggungjawab ibu bapa dan anak-anak dan “Pujukan Hati” yang berkait dengan kasih sayang dan “Keluh Kesah” yang berkait dengan rindu anak kepada ibu dan adik- beradiknya. Namun, pada zaman pemerintahan Jepun, tema dan persoalan yang disampaikan tiada lagi yang berkaitan dengan kasih sayang, rindu akan kekasih dan alam tetapi hanya tema dan persoalan tentang keberanian dan kepewiraan yang disampaikan oleh penyajak. Misalnya, sajak “Tanah Air” oleh Usman Awang . Pada zaman pascamerdeka, penyajak masih menggunakan tema semangat kebangsaan untuk mengingatkan generasi kini agar menghargai kemerdekaan yang telah dirai dan agar tidak membiarkan musuh merebut kemerdekaan ini.

(11)

8.0. Rujukan

Abdul Halim Ali & Zuber Zain. (2002). Balada Suluh Budiman. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zikri Kamarulzaman. (2015, Ogos 8). Puisi jadi ‘senjata’ di Parit Sulong. Malaysiakini. Diakses pada Februari 10, 2017 dari http://www.malaysiakini.com/news/307880

Arbak Othman. (2009). Puisi-puisi Lim Swee Tin: Dari Kreativiti ke Senikarya. Selangor: Citra Kurnia Enterprise.

Arba'ie Sujud. (2004). Interpretasi Pemikiran dan Teknik Pengungkapan dalam Sajak-Sajak Dewan Sastera. Unpublished degree’s thesis, Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Awang Azman Awang Pawi. (2003). Licentia Poetica Puisi Mutakhir Malaysia. Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Sastera dan Kemanusiaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Usman Awang Sasterawan Ketiga 1983. Diakses pada Februari 12, 2017, dari http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4752

Japar Ungki. (1999). Sirna: Antologi Karya Pemenang Hadiah Sastera Sabah 1988/89. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolej Universiti Selatan. (2017). Biografi Dato’ Dr.Usman Awang. Diakses pada Februari 13, 2017, dari http://www.southern.edu.my/malay/lain/koleksi%20sajak%20USMAN %20AWANG.pdf

Lim, S. T. (2007). Cakerawala Kemerdekaan. Selangor: Citra Kurnia Enterprise.

Muhd. Mansur Abdullah. (1988). Pengantar Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

(12)

Nur Dzai & Ramli Yusop. (1992). Ulasan Kritikan Sastera STPM Puisi Baru. Selangor: Mahir Publications Sdn. Bhd.

Roslan Abdul Wahid. (2007). Analisis Kepengarangan J.M Aziz dan Nilai-nilai Kemanusiaan dalam Sajak-sajak J.M Aziz Berdasarkan Pendekatan Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (Luhur, Lahir, Logik dan Lateral).

Sahlan Mohd. Saman & Shaiful Bahri Md. Radzi. (peny). (2005). Persuratan Melayu Tradisional Ke Moden. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selina S. F. Lee. (2007). Pemikiran Estetik dalam Puisi Karya Lim Swee Tin (Penerima S.E.A. Write Award,2000). Selangor: Citra Kurnia Enterprise.

Toh, L. L. (2004). Wen Yiduo (1899-1946): Penyajak, Saejana dan Reformis China Moden. Unpublished degree’s thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Umar Junus. (1988). Sastera Melayu Moden: Fakta dan Interprestasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Diantara kedelapan variabel bebas, yaitu LDR, IPR, APB, NPL, CKPN, IRR, PDN dan FBIR yang memiliki pengaruh paling dominan terhadap BOPO pada Bank Devisa triwulan 1

Sejak dari produk yang dihasilkan dari kebun untuk bahan baku, pengolahan awal, pengolahan lebih lanjut, finishing produk dilakukan oleh skala/subrantai industri yang

Hal ini mengindikasikan bahwa loyalitas pelanggan rumah sakit lebih efektif dibangun melalui kualitas pelayanan, yaitu dengan memperbaiki sikap staf karyawan (dokter dan perawat)

Mungkin aspek yang paling signifikan dan agak diabaikan adalah hubungan antara RTA dengan stabilitas politik, yang isu terakhir ini menjadi salah satu penentu

Pemerintah Jepang membidik negara-Asia Tenggara yang memiliki mayoritas agama muslim untuk diberikan pembebasan Visa di Tahun 2013 seperti Malaysia dan Thailand

Oleh karena itu diperlukan suatu tindakkan yang mampu melibatkan peran aktif siswa dalam mengikuti pembelajaran untuk mencapai tujuan pembelajaran tersebut,

Nama Obyek : Perakitan sepeda

Fungsi : Untuk menampung produk utama biodiesel. Tipe : Silinder tegak dengan tutup dish dan alas datar.. Tebal tutup bawah = c.D. 3.16). UNIVERSITAS KATOLIK