• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN BERASASKAN RANAH SEMANTIK DAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDEKATAN BERASASKAN RANAH SEMANTIK DAL"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENDEKATAN BERASASKAN RANAH SEMANTIK DALAM POLISEMI LEKSIKAL KATA KERJA PERSEPSI VISUAL MELAYU: KAJIAN KES MAKNA

AKTIVITI MENTAL KATA KERJA “MELIHAT”

Rusmadi Baharudin (Malaysia)

Abstrak

Kata kerja melihat merupakan kata nuklear bagi kata kerja persepsi visual dalam bahasa

Melayu. Dakwaan ini dibuat atas alasan (dalam konteks kajian ini) bahawa kata ini bukan sahaja mendahului angka kekerapan dalam janaan konkordans di dalam pangkalan data korpus bahasa Melayu, malah kata ini memperoleh status istimewa dalam penggunaan linguistiknya, khususnya tentang kelincahan kata ini menerbitkan pelbagai struktur konseptual atau ranah semantik. Daripada ranah terasnya [PERSEPSI], iaitu yang bersifat visual fizikal dengan tumpuannya kepada objek atau perbuatan fizikal, kata melihat

berpindah penggunaannya kepada ranah [KOGNISI] yang bersifat visual mental yang memanifestasikan komponen konseptual aktiviti mental atau intelek. Berdasarkan buktian korpus dan dengan menggunakan kerangka kerja teori FrameSemantics, makalah ini

menawarkan suatu analisis tuntas kata kerja melihat dalam pemanifestasian makna

aktiviti mental ini. Kajian ini menemukan sekurang-kurangnya tujuh (7) komponen epistemik yang melibatkan aktiviti mental direalisasikan oleh kata melihat dan

penggunaan itu diparafrasakan sebagai yang berikut: (1) mengetahui; (2) menemukan; (3) memahami; (4) memikirkan; (5) membayangkan; (6) meramalkan; dan (7) menganggap. Struktur konsepsi yang menunjangi dan memotivasikan tujuh pola penggunaan kata

melihat ini pula ialah ranah [TAHU], [PERCAYA], [PEMAHAMAN], [KESEDARAN],

[JANGKAAN], [RAMALAN] dan [PENGKATEGORIAN].

Kata kunci:maknaaktiviti mental, FrameNet, Frame Semantics, kata kerjamelihat,

polisemileksikal

Abstract

Melihat is the nuclear verb of perception in Malay. In this study, the claim is made that the verb does not only dominate the concordance frequency in the Malay Bank but also has a remarkably special status because of its linguistic usages, particularly its agility in evoking a variety of semantic frames. Operating in its core frame [PERCEPTION], one related to the physical visual perception, the verb “melihat” then activates the [COGNITION] frame, one related to the mental visual perception that represents the meanings related to mental activity. Based on the evidence from the corpus and the framework of the Frame Semantics theory, the paper offers a detailed analysis of the verb “melihat” in revealing the meanings of this mental activity. The study found that at least seven epistemic interpretations are realized by this word: (1) know; (2) find; (3) understand; (4) think; (5) imagine; (6) predict; and (7) consider. The conceptual structures that underlie and motivate this pattern of usages are [BECOMING AWARE], [COMINGTO BELIEVE], [GRASP], [AWARENESS], [EXPECTATION], [PREDICTING] and [CATEGORIZATION] frames.

(2)

2 Pendahuluan

Bahasa kurniaan Tuhan memang kreatif sifatnya. Dengan sifat kreatif akal manusia sebagai makhluk unggul pula, kekreatifan bahasa ini dapat diserlahkan dalam pelbagai lambang bahasa yang sudah tentunya mengandung pelbagai makna juga. Viberg (1984) dalam kajiannya tentang profil tipologi leksikal kata kerja persepsi bagi 53 bahasa dunia mendapati bahawa sesetengah kata kerja dalam kelas semantik ini menunjukkan sifat polisemi yang tinggi darjahnya antara satu modalitas deria dengan yang lain. Kata kerja dalam kelompok deria pandang didapati berada pada kedudukan yang paling atas, diikuti oleh deria dengar, kemudian deria sentuh dan seterusnya oleh dua deria lain seperti bau dan rasa. Berdasarkan hierarki ini, beliau menjelaskan bahawa makna teras bagi kata kerja yang berada dalam kelompok modalitas yang paling tinggi kedudukannya dalam senarai ini berpotensi untuk berkembang maknanya sama ada meliputi semua atau sebahagian daripada makna yang terkandung dalam kata kerja daripada modalitas deria lain yang berada di bawahnya. Oleh itu, kata kerja persepsi visual mempunyai darjah kepolisemian yang tinggi. Dapatan Viberg ini menunjukkan keuniversalannya kerana kelompok bahasa di Australia juga mempamerkan ciri ini dalam dapatan kajian Evans dan Wilkins (2000) dan bahasa Melayu pun menampilkan perilakupolisemi yang mirip ke arah itu – sekurang-kurang oleh dapatan ringkas yang dipaparkan dalam kajian ini.

Makalah ini menyajikan topik polisemi leksikal kata kerja persepsi visual Melayu dengan mengambil kata kerja melihat sebagai kajian kesuntuk menunjukkan kembangan makna kata kerja ini dalam ranah kognisi. Dengan menggunakan pendekatan berasaskan ranah semantik danteori frame semantics(Fillmore 1982, 1992, 2003, 2010)sebagai kerangka analisisnya, kajian ini menyelisik data korpus dan mengenal pasti gelagat semantik kata kerja melihatyang merealisasikan komponen konseptual aktiviti mental.

Perbincangan makalah ini distrukturkan seperti yang berikut, iaitu penyataan masalah yang berkaitan dengan kajian ini dipaparkan dalam bahagian dua (2), penjelasan ringkas teori frame semanticsdan FrameNet, iaitu pangkalan data leksikal bahasa Inggeris kontemporari yang dirangka dengan berasaskan teori ini diberikan dalam bahagian tiga (3), pemaparan data dan penyelisikan makna dianalisis dalam bahagian empat (4).

Permasalahan Kajian

Kata kerja melihat merupakan kata nuklear bagi kata kerja persepsi visual dalam bahasa Melayu. Dakwaan ini dibuat atas alasan – sekurang-kurang oleh kajian ini – bahawa kata ini bukan sahaja mendahului angka kekerapan dalam janaan konkordans di dalam pangkalan data korpus, malah kata ini memperoleh status istimewa dalam penggunaan linguistiknya, khususnya tentang kelincahan kata ini menerbitkan pelbagai struktur konseptual atau ranah semantik. Daripada ranah terasnya [PERSEPSI], iaitu yang bersifat visual fizikal dengan tumpuannya kepada objek atau perbuatan fizikal, kata melihat berpindah penggunaannya kepada ranah yang bersifat visual mental yang memanifestasikan komponen konseptual aktiviti mental atau intelek.

(3)

3

(lihat Lampiran A), gambaran awal yang dapat diperhatikan ialah wujudnya ketidaktekalan pengelompokan makna jika sudut intrakategori (isu tentang polisemi) dibezakan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),terdapat lima (5) pecahan sensa yang dirakamkan untuk kata kerja melihat dengan sensa 1 dan 2 melibatkan makna visual fizikal, iaitu yang berkaitan dengan mata sebagai elemen teras dalam ranah persepsi visual. Sensa 3 hingga 5 pula ialah sensa yang figuratif dan yang bukan lagi berada dalam ranah persepsi visual. Sensa 3 dan 4 dapat dikelompokkan dalam ranah kognisidengan dua cabang proses/aktiviti minda, iaitu meramal (sensa 3) dan mengetahui (sensa 4)sahaja yang dirakamkan.Kamus pelajar Bahasa Malaysia(2008) turut merakamkan sensa yang berkaitan dengan kognisi, namun Kamus KBSR Dewan Bergambar(2003) pula tidak menyenaraikan sensa ini sebagai salah satu maknanya. Ketempanganleksikografis tentang pendeskripsian unit leksikal seperti ini memerlukan pembuktian empiris untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pengkon-sepsian dan penstrukturan semantik kata ini.

Dapatan kajian Sweetser (1990)pula menunjukkan bahawa daripada ranah bersifat visual fizikal yang memberikan tumpuan kepada objek atau perbuatan fizikal, kata kerja dalam kategori persepsi visual ini berpindah penggunaannya kepada ranah yang bersifat visual mental yang memanifestasikan komponen konseptual aktiviti mental atau intelek. Sweetser membuat generalisasi bahawa kata kerja pandang (sight verbs) berkembang maknanya kepada hal yang berkaitan dengan “pengetahuan” atau “visual mental”, manakala kata kerja dengar (hearing verbs) pula bercambah maknanya kepada hal yang ada hubungan dengan “sifat keterbukaan dalaman” atau “sikap kepatuhan.

Hipotesis yang dikemukakan oleh Sweetser ini telah diuji oleh Evans dan Wilkins (2000) terhadap beberapa bahasa orang asli di Australia dan mereka memperoleh dapatan atau kesimpulan yang berbeza, iaitu kata dalam kelompok “dengar” atau yang berkaitan dengan “telinga” biasanya meluas pola penggunaannya ke dalam ranah kognisi seperti kata kerja “fikir”, “tahu”, “ingat”, “faham” dan “patuh”, sedangkan kata penglihatan atau yang berkaitan dengan “mata” pula mencapah pola pemakaiannya ke dalam ranah interaksi sosial seperti (i) keinginan dan daya tarik seksual, (ii) kelangsungan dan interaksi sosial bersifat negatif, (iii) sifat mengawasi dan menyelia, dan (iv) bertemu dan melawat.Sehubungan dengan dapatan daripada kedua-dua kajian ini, makalah ini pula memaparkan dapatan daripada kajian awal terhadap bahasa Melayu, khususnya perilaku kata kerja melihat dalam konteks mencambahkan makna “aktiviti mental”.

Kerangka Teoretis

a. Teori Frame Semantics

(4)

4

berkaitan antara satu dengan yang lain atau kata dengan kata, tetapi hanya melalui hubungannya dengan ranah pengetahuan umum yang melatarinya, dan sebarang petunjuk tentang cara makna kata itu menonjolkan elemen ranah tersebut. Dengan kata lain, ranah yang terbit inilah yang merupakan struktur pengetahuan yang diperlukan untuk pemahaman dan penggunaan yang sesuai bagi setiap item leksikal atau sesuatu frasa yang tertentu. Misalnya, ranah [TELLING] dijelmakan oleh unit leksikal (UL) Inggeris, antaranya kata tell (Fillmore et al. 2003; Boas 2005, Fillmore dan Baker 2010). Menurut Boas (2010) ranah [TELLING] ini distrukturkan oleh sejumlah elemen ranah (frameelement) (ER), iaitu peran semantik khusus yang terlibat dalam pengkonseptualisasian ranah ini, iaitu [SPEAKER] berkata-kata kepada [ADDRESSEE] dengan suatu [MASSAGE] yang secara tersiratnya dapat dikategorikan sebagai [TOPIC]. Mesej biasanya diterima oleh [ADDRESSEE] daripada perucap. Manakala, [MASSAGE] pula ialah satu bentuk komunikasi yang dihasilkan oleh perucap. Elemen ranah [TOPIC] pula ialah pendeskripsian umum tentang kandungan mesej.

b. Pangkalan Data Leksikal FrameNet

FrameNet ialah pangkalan data leksikal Inggeris yang dibangunkan secara maya oleh International Computer Science Institute di University of Berkeley, California Amerika Syarikat. Datanya dapat diakses di laman sesawangnya (http://framenet.icsi.berkeley.-edu). Data leksikal yang dideskripsikan berasaskan kerangka teoretis Frame Semantics ini menyediakan maklumat semantik dan sintaksis, khususnya tentang pola valensi bagi setiap kata kerja, kata nama dan kata adjektif unit leksikal Inggeris.Sebagai produk daripada projek leksikografi komputer, unit leksikal Inggeris yang terdapat dalam pangkalan data ini dideskripsikan dengan menggunakan kerangka teori FrameSemantics, iaitu setiap kata bukanlah lagi seperti amalan perkamusan tradisional penjelasan semantiknya, sebaliknya unit pendeskripsian kata di FrameNet distruktur-kan dan dianalisisdistruktur-kan dalam bentuk ranah semantik atau semantic frames. Setiap entri leksikal dalam pangkalan data FrameNet mengandung tiga bahagian: (1) pendeskrip-sian ranah, (2) laporan entri leksikal, dan (3) anotasi ayat korpus yang menunjukkan contoh realisasi sintaksis ER dalam sesuatu konteks penggunaannya. FrameNet juga merakamkan maklumat yang dikenal sebagai komplemen lesap (null instantiations), iaitu ER tidak direalisasikan secara nyata pada peringkat sintaksis tetapi elemen ini difahami kewujudannya secara implisit. Terdapat tiga jenis komplemen lesap dalam kerangkateori ini dan dirakamkan oleh FrameNet, iaitu Constructional Null Instantiation (CNI) atau Komplemen Lesap Binaan (KLB), Definite Null instantiation (DNI) atau Komplemen Lesap Pasti (KLP) dan Indefinite Null Instantiation (INI) atau Komplemen Lesap Tak Pasti (KLT). Dua yang terakhir ini relevan dalam pendeskrip-sian leksikografi.

Data dan Analisis

a. Data

Kata kerja melihat yang dijadikan data dalam kajian ini diperoleh daripada Sistem Pangkalan Data Korpus Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Kata melihat dapat dikategorikan sebagai kata nuklear bagi kata kerja persepsi visual Melayu. Hal ini demikian kerana kata melihat, berdasarkan maklumat semantik yang dipaparkan oleh kamus1, menjadi kata prototaip ataupun superordinat kepada kata lain

1Daripadasemakanrambangterhadapentridalam KD4, kata melihatdigunakansebagai genus untuksepuluhentri kata

(5)

dalam peranggu kata pe annya dalam leksikon Melayu, iaitu kekerapa dengan kata lain yang dianggap bersin menengok hanya 114, dan nampak 4182 kali. lema lihat dan hanya dua bentuk terbitannya,

nya daripada pangkalan data korpus bagi m tan dengan aktiviti mental. Jumlah kekerapan

(6)

6

8 Kebanyakan orang melihat sastera sebagai sumber hiburan. (DB3 K10408)

9 Dikata demikian

10 Ahli nujum itu telah melihat dalam tilikannya dan mengatakan bahawa Putera Kiambang sedang

Rajah 2: Contoh ayat lihat, melihat dan dilihat daripada pangkalan data korpus.

Langkah kedua pula, pangkalan data leksikal FrameNetdirujuk dan beberapa kata kerja persepsi visual dalam bahasa Inggeris, khususnya unit leksikal see dan lookdijadikan sebagai padanan ataupun acuan untuk membuat analisis semantik kata melihat, khususnyadalam konteks sensa yang berkaitan dengan aktiviti mental. Pemilihan ini pula dibuat atas alasan kata see dan look ialah dua kata Inggeris yang diambil padanan bagi kata melihat seperti yang dirakamkan oleh dua buah kamus, iaitu Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Oxford Fajar Advanced Learner’s English Malay Dictionary.

Dengan berpandukan acuan dan data di Framenet, komponen konseptual yang membabitkan kognisi bagi kata kerja melihatdikenal pasti ciri ranahnya, iaitu: (1) ranah [TAHU]2 untuk memanifestasikan komponen konseptual “mendapat tahu tentang sesuatu dengan mata sama ada secara kebetulan atau sengaja”; (2) ranah [PERCAYA]3 untuk mengungkapkan makna “mengetahui ada maklumat berdasarkan taakulan buktian visual”; (3) ranah [PEMAHAMAN]4 untuk menjelmakan komponen makna “mengetahui atau memahami sesuatu sifat dan/atau kesignifikan sesuatu objek atau

(7)

7

situasi”; (4) ranah [KESEDARAN]5 untuk merealisasikan pengkonseptualisasian dua aktiviti mental, iaitu (a) “memikirkan, iaitu mempunyai suatu pendapat atau kepercayaan tertentu tentang seseorang atau sesuatu” dan (b) “membayangkan seseorang atau sesuatu”; (5) ranah [JANGKAAN]6 dan (6) ranah [RAMALAN]7 untuk menerbitkan komponen “meramalkan atau menduga”; dan akhir sekali (7) ranah [PENGKATEGORIAN]8 untuk melahirkan konsep mental yang diparafrasakan sebagai “menanggap seseorang atau sesuatu sebagai”.

b. Analisis

Berdasarkan buktian korpus dan ayat contoh dalam Rajah 2, kajian ini menemukan sekurang-kurangnya enam (6) komponen konseptual yang melibatkan aktiviti mental yang direalisasikan oleh kata melihat dengan diparafrasakan penggunaannya sebagai yang berikut: (1) Mengetahui; (2) Menemukan; (3) Memahami; (4) Memikirkan; (5) Membayangkan; (6) Meramalkan; dan (7) Menganggap.

i. Mengetahui

Kata melihat dalam penggunaan ini dapat diparafrasakan sebagai “mendapat tahu tentang sesuatu dengan mata”. Konsep epistemologi ini terbentuk hasil daripada pengalaman persepsi visual, sementalahan pula inilah ranah sumber bagi metafora konsepsi MELIHAT ITU MENGETAHUI9 (Sweetser 1990: 32-34; Lakoff & Johnson 1980) yang memotivasikan penggunaan metaforikal ini. Apa-apa yang dilihat itulah apa-apa yang diketahui.

Dalam konteks sensa yang dibicarakan ini, UL melihat menyertai ranah [TAHU] bersama-sama dengan kata lain seperti menyedari, mendapati, dan menemui yang dianggap sebagai sinonim untuk penggunaan ini. Kata yang menganggotai ranah ini mengungkapkan senario KOGITATOR menambah beberapa FENOMENA tentang apa-apa model atau contoh dalam dunia nyatanya. Walaupun KOGITATOR memiliki pengetahuan tentang entiti ini, namun maklumat tentang kandungan pengetahuan atau kepercayaan KOGITATOR tentang entiti ini tidaklah semestinya diberikan atau ditonjolkan. Kehadiran kata melihat dalam menerbitkan ranah ini dapat dibuktikan melalui contoh penggunaan yang berikut.

(1) [Dia KOGITATOR] terkejut apabila melihat [ada kasut FENOMENA][di bawah tangga LATAR].

(2) [Apabila tiba di tepi pantai MASA], [mereka KOGITATOR] melihat [ada sebuah perahu FENOMENA] [di situ LATAR].

(3) [Emak KOGITATOR] terperanjat melihat [badanku FENOMENA] [habis lebam sana sini BUKTI].

(4) [Kesan-kesan wujudnya kawasan tersebut FENOMENA] masih dapat dilihat [di sekitar pekan kecil Lahat BUKTI]. [KOGITATOR CNI]

(5) [Pergerakan titisan ini FENOMENA] dapat dilihat [dengan menggunakan mikroskop INTRUMEN]. [KOGITATOR CNI]

5Namaasalnya di FrameNetialah [AWARENESS] 6Namaasalnya di FrameNetialah [EXPECTATION] 7Namaasalnya di FrameNetialah [PREDICTING] 8Namaasalnya di FrameNetialah [CATEGORIZATION]

(8)

8

(6) [Orientasi jenis ini FENOMENA] dapat dilihat [dengan jelas DARJAH] [berdasarkan model BUKTI] yang dikemukakan [di muka surat 70 LATAR]. [KOGITATOR CNI]

(7) [Dokumentari ini KOGITATOR] akan [menyusur Pantai Air Manis, Jogjakarta LATAR] untuk melihat [bukti yang wujud sehingga hari ini FENOMENA][tentang Malin Kundang TOPIK].

Ayat korpus dalam 1 – 7 menunjangi pengkonseptualisasian ranah [TAHU] yang sekali gus membantu pemahaman kita tentang penggunaan yang betul kata melihat bagi mengungkapkan sensa yang sedang dibicarakan ini. Daripada contoh di atas, ER teras yang membangunkan struktur konseptual ranah ialah KOGITATOR, FENOMENA, dan TOPIK. Dalam konteks penggunaan makna kognisi ini, PENANGGAP telah bertukar peranan semantiknya menjadi KOGITATOR10 kerana dalam mengungkapkan makna ini bukan lagi elemen visual diutamakan tetapi ciri pemprosesan mental itu yang lebih menonjol. Dalam hubungan ini, KOGITATOR ialah orang yang menyedari atau mengetahui sesuatu tentang FENOMENA, iaitu elemen yang menyatakan entiti atau situasi di alam nyata yang disedari atau diketahui kehadirannya oleh kogitator. Dalam realisasi sintaksisnya, KOGITATOR muncul sebagai argumen luaran predikat, iaitu FN yang menduduki posisi subjek ayat. Dalam anotasi ayat 4 – 6 di atas, KOGITATOR tidak direalisasikan kerana ER ini bersifat CNI atau KLB dari segi konstruksinya dan lesapnya objek diizinkan dalam binaan ayat pasif seperti ini. Manakala, contoh 7 pula KOGITATOR dimanifestasikan secara metonimi. FENOMENA direalisasikan sebagai objek kepada FK dan dalam ranah ini, lazimnya, ER ini mengambil objek/perbuatan langsung yang berkaitan dengan entiti dalam dunia nyata seperti badanku (3), pergerakan titisan (5). Namun, ditemukan juga objek yang bersifat abstrak seperti FN – Kesan-kesan wujudnya kawasan tersebut (4), orientasi jenis ini (6), bukti yang wujud sehingga hari ini (7). Dalam contoh (1) dan (2) pula, FENOMENA muncul dalam bentuk komplemen kewujudan atau eksistensial yang masing-masing ditandai oleh FK – ada kasut dan ada sebuah perahu. Pengkaji berpendapat bahawa konstruksi eksistensial ini merupakan pola komplemen yang jelas menandai penggunaan sensa ini. TOPIK pula merupakan medan umum yang ditemukan bersama-sama dengan FENOMENA dan dalam contoh (7) ER ini muncul dengan ditandai oleh FP – tentang Malim Kundang. Berdasarkan data korpus, ER ini tidak ketara kemunculannya dengan kata melihat.

Selain ER teras, ada beberapa elemen pinggiran yang turut membantu pemahaman kita tentang penggunaan kata melihat dalam mengungkapkan sensa ini. Antara yang ditemukan termasuklah LATAR, iaitu latar belakang atau konteks yang menjadi wadah munculnya sesuatu fenomena yang disedari atau diketahui oleh kogitator. Dalam realisasi sintaksisnya, ER ini ditandai oleh FP lokatif seperti dalam contoh (1) di bawah tangga, di situ (2) dan di muka surat 70 (6). Elemen DARJAH yang ditandai oleh ungkapan FP – dengan jelas dalam (6) merupakan adverba yang peran semantiknya bersifat epistemik untuk menjelaskan aktiviti mental yang berlaku.

(9)

9 ii. Menemukan

Terdapat nuansa makna yang timbul dan sedikit berbeza daripada penggunaan dalam 4.4.1. Timbul daripada ranah [TAHU], yang terdahulu suatu fakta atau maklumat yang diketahui daripada fenomena tidak ditonjolkan aspek KANDUNG-AN pengetahuan, kepercayaan atau tanggapan KOGITATOR tentang entiti itu, sebaliknya yang kemudian ini pula muncul daripada ranah [PERCAYA] dengan komponen konseptualnya membabitkan penaakulan atau penalaran daripada BUKTI. Dengan kata lain, senario yang ingin diungkapkan oleh kelompok kata yang menganggotai ranah ini ialah KOGITATOR mempercayai akan sesuatu KANDUNGAN yang ada kalanya diperoleh dengan cara proses penalaran atau penakulan. Perubahan tanggapan ini dicetuskan oleh KOGITATOR sendiri ataupun melalui BUKTI lain. Kadangkala, kata dalam ranah ini disertai oleh frasa yang mengungkapkan TOPIK, iaitu yang berkaitan dengan KANDUNGAN mental.

Untuk nuansa makna ini, kata melihat dapat diparafrasakan sebagai “mengetahui ada maklumat berdasarkan taakulan buktian visual”. ER teras yang menstrukturkan ranah [PERCAYA] ialah KOGITATOR, KANDUNGAN, BUKTI, TOPIK, WAHANA dan MEDIUM. Yang berikut ialah beberapa ayat korpus yang menyokong kehadiran kata melihat dalam ranah ini sekali gus menerbitkan nuansa makna bagi sensa yang sedang dibicarakan ini.

(8) [Dayang Suria KOGITATOR] melihat [ada kebimbangan KANDUNGAN] [di wajah ibunya BUKTI].

(9) [Daripada huraian di atas BUKTI], [kita KOGITATOR] melihat [bahawa perkembangan bahasa itu terjadi secara wajar KANDUNGAN].

(10) [Apabila berbicara tentang cerpen Melayu Singapura sekarang ini TOPIK],[kami KOGITATOR] melihat [bahawa pada umumnya ada dua jalur penulisan kritik sosial KANDUNGAN]. [BUKTI INI]

(11) Di sini [kita KOGITATOR] lihat [bahawa Za'ba membuat penggolongan atau penjenisan KANDUNGAN] [berdasarkan konteks yang lebih luas, iaitu konteks ayat BUKTI]. [TOPIK INI]

(12) [Perbezaan yang wujud KANDUNGAN] dapat dilihat [berasaskan pemilihan kata yang dilakukan BUKTI]. [KOGITATOR CNI] [TOPIK INI]

Dalam contoh 8 – 10 di atas, elemen teras KOGITATOR berupa makhluk sentient, direalisasikan sebagai argumen luaran yang menduduki posisi subjek dalam konstruksi sintaksisnya dan digugurkan dalam (12) secara KLB atau CNI kerana sifat pasif ayat tersebut. Elemen KANDUNGAN menyatakan proposisi dan dalam contoh di atas, menduduki posisi objek kepada kata kerja lihat, dan melihat dan berada pada kedudukan subjek dalam konstruksi pasif dilihat seperti (12). Dalam memanipulasikan sensa ini, secara sintaksisnya, ER ini diungkapkan dalam beberapa bentuk komplemen, iaitu komplemen eksistensial seperti FK – ada kebimbangan (8); komplemen fakta11 yang ditandai oleh klausa indikatif dengan

bahawa (KLbahawa) seperti bahawa perkembangan bahasa itu terjadi secara wajar (9), bahawa pada umumnya ada dua jalur penulisan kritik sosial (10) dan bahawa Za'ba membuat penggolongan atau penjenisan (11); ditandai juga oleh FN – perbezaan yang wujud (12). Bagi elemen BUKTI pula, ER ini dimanifestasikan kehadirannya dalam ungkapan yang ditandai oleh FP lokatif seperti dalam (8) di

11MenurutDixon (2006:27),komplemenfakta (Fact complement) seringberkolokasiataumenjadikan kata

(10)

10

wajah ibunya; FP transisi seperti dalam (9)Daripada huraian di atas; dan FK- berdasarkan. Dalam (10), maklumat sumber bukti yang menjadi asas penaakulan atau kesimpulan KANDUNGAN bukan sahaja tidak hadir dalam ayat malah tidak jelas daripada konteks oleh itu ER TOPIK dalam contoh tersebut dianotasikan sebagai “komplemen lesap tidak pasti” (KLT) atau “indefinite null instantiated” (INI).

iii. Memahami

Dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya kata see dalam bahasa Inggeris, peluasan makna kata ini kepada makna “to think/understand” atau “to know” memang sudah ketahui dalam beberapa kajian terhadap perilaku semantik unit leksikal ini (Viberg 1984, 2005; Sweetser 1990; Alm-Arvius 1993; Whitt 2008). Dalam bahasa Melayu Indonesia, Mulyadi (2000) menyatakan bahawa kata melihat mempunyai elemen “memikirkan” dan “mengetahui” dalam struktur konseptualnya. Dan, berdasarkan buktian korpus, kajian ini berpendapat bahawa kata melihat turut menunjukkan komponen konseptual “memahami” di samping “mengetahui” dalam struktur semantiknya. Kedua-dua makna aktiviti mental ini dikonsepsikan strukturnya melalui ranah [PEMAHAMAN] dan secara metaforikalnya, pemanifestasian makna ini dimotivasikan oleh metafora konsepsi MEMAHAMI/MENGETAHUI ITU MELIHAT12.

Ranah [PEMAHAMAN] yang disertai oleh kata melihat ini dibangunkan oleh beberapa elemen ranah yang teras, iaitu KOGITATOR, FENOMENA dan FAKULTI dengan beberapa ER pinggiran seperti BUKTI, KATEGORI, RUJUKAN_SUDUT, KETUNTASAN, CARA dan sebagainya. KOGITATOR ialah orang memiliki pengetahuan tentang asas, signifikan atau makna suatu idea atau objek yang disebut sebagai FENOMENA. Elemen KOGITATOR ini muncul sebagai FN dan berfungsi sebagai subjek ayat. Dalam konstruksi pasif, ER ini bersifat CNI dan tidak akan direalisasikan seperti contoh (13 – 15), manakala dalam (16) pula konstruksi imperatif pedoman “instructional imperative” juga mengizinkan pelesapan ER ini.

(13) Jadi, [daripada hikayat di atas BUKTI], dapat dilihat [dengan jelas CARA] [bentuk cerita sisipan itu FENOMENA]. [KOGITATOR CNI]

(14) [Kemuncak kegiatan sains ini FENOMENA] dapat dilihat [dengan tertubuhnya Universiti Al-Azhar pada kurun ke-10 BUKTI]. [KOGITATOR CNI]

(15) [Komennya itu FENOMENA] harus dilihat [secara menyeluruh KETUNTASAN] kerana walaupun mengandungi kritikan, ada juga cadangan yang boleh diguna pakai supaya rakyat lebih menghargai tugas Ahli Parlimen. [KOGITATOR CNI])

(16) Untuk melihat [cara serta langkahnya FENOMENA], ikuti [langkah seperti di bawah BUKTI]. [KOGITATORCNI]

Pemparafrasaan kata melihat untuk menyatakan makna yang sedang dibicarakan ini banyak dibantu tafsirannya oleh ER FENOMENA yang menjadi objek kepada kata kerja ini. Kajian ini mendapati bahawa objek kata melihat dalammenerbitkan sensa ini ialah kata abstrak yang berkaitan dengan jenis pengetahuan sama ada

12Antaracontohungkapan yang merealisasikanmetaforaini: (1) maknakedua-duafrasaitukabur; (2) tafsiran yang tidakjelas (3)

(11)

11

yang bersifat prosedur ataupun yang bercirikan pengetahuan umum yang direalisasikan dalam bentuk frasa ataupun komplemen. Dalam (17) – (18), ER ini direalisasikan secara sintaksisnya dalam bentuk komplemen berstrukturkan KLwh dan KLbahawa yang proposisinya menyatakan sistem pengetahuan bersifat prosedur.

(17) Marilah [kita KOGITATOR] melihat [bagaimana dua prinsip tersebut di atas dapat dilaksanakan dalam satu pelajaran FENOMENA].

(18) [Daripada contoh tersebut BUKTI] dapat dilihat [bahawa FENOMENA] [daripada sudut keselarasan istilah RUJUKAN], [bentuk kata akar yang terdiri daripada kata kerja atau kata sifat boleh diterima sebagai dasar pemilihan kerana tidak berlaku ketakselarasan istilah apabila kaedah ini digunakan FENOMENA]. (19) [Melalui rajah di bawah ini BUKTI], kita dapat melihat [bagaimana

cembul-cembul itu diaturkan sebagaimana kehendak adat FENOMENA].

(20) [Mereka KOGITATOR] melihat [sejarah itu FENOMENA][sebagai sesuatu yang mempunyai fungsi yang realistik dan pragmatik KATEGORI].

(21) Sekali-sekala, elok [kita KOGITATOR] cuba melihat [dunia ini FENOMENA][dari pandangan anak kecil RUJUKAN].

Manakala konstruksi FK dalam (22) – (24) pula ialah contoh yang merujuk pengetahuan umum yang menjelaskan fenomena itu sendiri.

(22) Untuk melihat [setiap konsep yang tersebut di atas dan implikasinya terhadap penawaran buruh FENOMENA] [dengan lebih mendalam KETUNTASAN], maka kedua-duanya akan dibincangkan satu demi satu.

(23) [Perkembangan positif ini FENOMENA] dapat dilihat [dengan pertumbuhan industri halal yang semakin mendapat tempat sama ada di pasaran tempatan dan antarabangsa BUKTI].[KOGITATOR CNI]

(24) Masalahnya, [MCA KOGITATOR] melihat [isu ini FENOMENA] hanya [dari aspek sistem pendidikan semata-mata RUJUKAN]. [Pemuda KOGITATOR] pula melihat [isu ini FENOMENA][dengan lebih meluas lagi KETUNTASAN].

(12)

12 iv. Memikirkan dan Membayangkan13

(25) Oleh hal yang demikian, [aspek kualiti KANDUNGAN] [dalam setiap sudut TOPIK] perlu dilihat [secara bijaksana CARA][oleh pihak bertanggungjawab KOGITATOR][bagi menangani segala permasalahan ini ALASAN].

(26) Jika dilihat [secara logik CARA], [ianya KANDUNGAN] perlu [kerana ini akan meningkatkan tahap pemahaman dan keupayaan untuk bertanya dan menjawab ALASAN].[KOGITATOR CNI]

(27) Mengambil kira perkembangan semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sudah tiba masanya [pelbagai pihak KOGITATOR] melihat [tentang keperluan mengkaji semula sistem tersebut TOPIK].

(28) [Mak Haji KOGITATOR] menjenguk ke dalam dirinya sebentar, melihat [nasib yang diterimanya KANDUNGAN].

Konsep verba umum yang diungkapkan oleh melihat dalam penggunaan (25) – (28) di atas boleh dileksikalkan oleh item proposisi lain dalam bahasa Melayu, iaitu kata kerja memikirkan dan membayangkan untuk penggunaan yang berikut:

(29) Apabila ia berangan-angan pula, [ia KOGITATOR] akan melihat [dirinya KANDUNGAN][sebagai sultan sebenar dengan pakaian yang bersinar-sinar KANDUNGAN].

(30) [Anda KOGITATOR] boleh menggunakan daya imaginasi untuk melihat [situasi yang baru yang anda angan-angankan KANDUNGAN].

(31) [Cikgu Juliana KOGITATOR] yang mengajar Midun seperti tidak sanggup melihat [hukuman yang akan dilakukan oleh guru besar KANDUNGAN].

(32) Mungkin [ibu bapa KOGITATOR] melihat [dirinya sendiri dalam diri si anak, lalu mengharapkan agar si anak bersikap sebagaimana sikap mereka dahulu KANDUNGAN].

Struktur konsepsi yang menunjangi dan memotivasikan penggunaan kata melihat dalam dua senario di atas ialah ranah [KESEDARAN]. Ranah konseptual ini dibangunkan strukturnya oleh ER teras, iaitu KOGITATOR, KANDUNGAN dan TOPIK. Dalam realisasi sintaksisnya, KOGITATOR, iaitu orang mempunyai cebisan kesedaran dan pengetahuan tentang fenomena atau KANDUNGAN muncul sebagai argumen luaran dan menduduki posisi subjek ayat atau lesap secara CNI dalam konstruksi pasif (26) atau imperatif. Untuk penggunaan sensa ini, ditemukan juga ER direalisasikan secara metonimi, seperti (33). Dalam konstruksi sintaksisnya, ada beberapa kata adjektif tentang gambaran fikiran atau perasaan ditemukan sering berkolokasi dengan kata yang mengisi peranan ER ini dengan tujuan untuk memberikan gambaran sifat ER dalam situasi tertentu. Misalnya, ER berada dalam keadaan bingung, runsing, sedih, risau, bimbang dan sebagainya. Kehadiran sekelompok kata yang menggambarkan keadaan minda membantu penginterpretasian makna “memikirkan” yang dapat diparafrasakan oleh kata melihat untuk situasi penggunaan ini. Contohnya seperti yang berikut.

(33) [Hatinya KOGITATOR] sedih melihat [nasib rakyatnya yang begitu melarat KANDUNGAN].

13Olehsebabkedua-dua proses mental inidistrukturkankomponenkonseptual di bawahranahsemantik yang sama,

(13)

13

(34) Memang [dia KOGITATOR] gelisah melihat [perkembangan bangsanya yang baru belajar berdiri ini KANDUNGAN].

(35) Risau melihat [keadaan itu KANDUNGAN], [Makcik Bedah KOGITATOR] [menemui rakan lamanya, Merina Talib, mak andam tradisional yang kaya dengan petua-petua ALASAN].

Dalam memparafrasakan makna “membayangkan” pula, ER KOGITATOR dalam realisasi sintaksisnya, diberikan beberapa gambaran tambahan yang dapat dijadikan sebagai konteks penginterpretasian makna ini. Misalnya, FK berangan-angan (29) menggunakan daya imaginasi (30) mencirikan aktiviti mental dengan makna membayangkan.

ER teras KANDUNGAN merupakan objek pengetahuan KOGITATOR dan muncul sebagai FN dan menjadi objek kata kerja melihat dalam kedua-dua penggunaan ini. Dalam menyerlahkan makna “memikirkan” ditemukan dalam contoh, kata nasib sering berkolokasi dan menjadi objek kepada kata kerja melihat seperti (28) dan (33). Nasib dalam konteks sensa ini bukanlah untuk dilihat dengan mata kasar tetapi sering difikirkan atau dikenang oleh seseorang. Buktinya, kata nasib tinggi kekerapannya14 sebagai objek kata kerja memikirkan. Manakala dalam mencetuskan sensa “membayangkan” pula, komponen pengetahuan yang diungkapkan oleh ER KANDUNGAN berisi hal atau situasi dibayangkan atau digambarkan sahaja dalam fikiran tentang situasi yang baru yang anda angan-angankan (30) hukuman yang akan dilakukan oleh guru besar (31) dirinya sendiri dalam diri si anak (32). ER KANDUNGAN ini dikategorikan sebagai berstatus irrealis15ciri semantiknya, iaitu sesuatu yang tidak pasti berlakunya pada masa hadapan.

Satu lagi ER teras ranah [KESEDARAN] yang membantu mengkonseptualisasikan komponen makna “memikirkan” yang diungkapkan oleh kata melihat dalam penggunaan ini ialah TOPIK. Kehadiran ER ini dalam struktur sintaksisnya ditandai oleh kata preposisi dalam bagi FP dalam setiap sudut (25) dan tentang bagi FP tentang keperluan mengkaji semula sistem tersebut (27).

Di samping ER teras, satu ER pinggiran yang amat membantu pentafsiran makna “memikirkan” yang diungkapkan oleh kata melihat dalam penggunaan ini ialah CARA. ER ini muncul sebagai FP seperti secara bijaksana (25) dan secara logik (26). FP yang bersifat adverba cara ini dibentuk komponennya oleh kata bijaksana dan logik yang kedua-duanya dikaitkan dengan sifat mental. Dan sesuatu yang bijaksana dan logik itu tentulah datangnya daripada akal atau fikiran. Oleh itu, wajarlah kandungan proposisi penggunaan ini dapat juga dileksikalkan oleh kata memikirkan.

v. Meramalkan

Kamus ekabahasa Melayu merakamkan penggunaan kata melihat yang merujuk makna “meramalkan” dengan parafrasa yang kebanyakannya diberikan sebagai “menilik” atau “meramal nasib”. Berpandukan pendeskripsian FrameNet dan berdasarkan buktian data korpus, ada dua ranah semantik yang dikenal pasti dapat

(14)

14

disertai oleh kata melihat untuk menerbitkan sensa ini. Ranah tersebut ialah ranah [JANGKAAN] dan [RAMALAN]16.

Dalam ranah [JANGKAAN], situasi yang digambarkan ialah KOGITATOR menjangkakan atau percaya bahawa akan berlakunya suatu FENOMENA pada masa akan datang. Ranah [JANGKAAN] ini dibangunkan struktur konseptualnya oleh dua ER teras yang terdiri daripada KOGITATOR dan FENOMENA dengan beberapa ER pinggiran seperti BUKTI, MASA dan lain-lain lagi yang turut memperjelas pengkonseptualisasian ranah ini. Dalam hubungannya dengan makna “meramalkan” ini, buktian korpus menunjukkan bahawa sensa ini muncul apabila kata melihat hadir dalam beberapa pola leksiko-sintaksis yang berikut.

(36) [Beberapa orang pakar ekonomi KOGITATOR] [ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini MASA] melihat [langkah yang bakal diambil Proton itu sebagai satu tindakan yang amat baik dan bakal memberi impak positif kepada rakyat serta industri pemotoran negara FENOMENA].

(37) [Ahli nujum itu KOGITATOR] telah melihat [dalam tilikannya BUKTI] dan mengatakan [bahawa Putera Kiambang sedang pergi ke suatu tempat dan dia akan kembali pada suatu ketika nanti FENOMENA].

(38) Namun begitu, [dalam jangka pendek BUKTI], [penganalisis ekonomi KOGITATOR] melihat [pertumbuhan ekonomi AS dan global sudah mula berkembang lebih perlahan FENOMENA].

Daripada contoh (36) hingga (38) di atas, dua ER teras, iaitu KOGITATOR dan FENOMENA serta dibantu oleh satu ER pinggiran BUKTI (yang menjelaskan sumber atau asas suatu pengetahuan diperoleh atau tanggapan itu dibuat) direalisasikan dalam konstituen sintaksisnya untuk mengungkapkan sensa “meramalkan atau menjangkakan” yang dapat diparafrasakan oleh kata melihat dalam situasi penggunaan di atas. KOGITATOR muncul sebagai argumen luaran atau subjek ayat. Secara CNI pula, ER ini tidak muncul seperti dalam contoh (39) dan (40) di bawah. Manakala, FENOMENA pula terbit sebagai objek nahuan kata kerja ini dan hadir dalam bentuk FN ataupun KLbahawa (37). Komponen semantik yang terkandung dalam ER FENOMENA ini berstatus irrealis, iaitu peristiwa yang belum terjadi seperti – langkah yang bakal diambil Proton itu sebagai satu tindakan yang amat baik dan bakal memberi impak positif kepada rakyat serta industri pemotoran negara (36) atau hanya jangkaan seperti ungkapan – bahawa Putera Kiambang sedang pergi ke suatu tempat dan dia akan kembali pada suatu ketika nanti (37) dan pertumbuhan ekonomi AS dan global sudah mula berkembang lebih perlahan (38) dengan dua contoh yang kemudian ini didasarkan jangkaannya melalui ER BUKTI yang masing-masing direalisasikan secara sintaksis oleh FP – dalam tilikannya dan dalam jangka pendek atau FK – berdasarkan persembahan yang ditampilkan dalam drama lakonan mereka (39).

(39) [Tahun ini MASA], [beberapa nama FENOMENA] dilihat [akan memberikan saingan yang cukup hebat dalam kategori ini FENOMENA][berdasarkan persembahan yang ditampilkan dalam drama lakonan mereka BUKTI]. [KOGITATOR CNI]

(15)

15

(40) [Singapura pula FENOMENA] dilihat [akan berkembang pada kadar 0 hingga satu peratus berbanding 2.2 peratus FENOMENA] [pada 2002 MASA]. [KOGITATOR CNI]

Senario konseptual skematik yang mendasari penggunaan kata melihat untuk sensa ini distukturkan juga oleh ranah [RAMALAN]. Dari segi taksonomi dan hubungan ranah, FrameNet mengkategorikan [RAMALAN] sebagai anak kepada ranah [JANGKAAN] dan hubungannya bersifat “menggunakan” atau “uses”, iaitu sebahagian daripada senario yang diterbitkan oleh ranah anak [RAMALAN] terdapat atau wujud dalam ranah induk [JANGKAAN]. Dalam ranah [RAMALAN] ini, senario yang diprofilkan ialah PERUCAP berkata atau menyebutkan KEMUNGKINAN yang diramalkan berlaku pada masa hadapan berdasarkan suatu BUKTI. Yang berikut ialah contoh konstituen sintaksis yang hadir bersama-sama dengan kata melihat untuk merealisasikan dua ER teras ranah ini, iaitu PERUCAP dan KEMUNGKINAN dengan dibantu oleh beberapa ER pinggiran yang lain.

(41) [Ketua Penyelidiknya, Vincent Khoo berkata PERUCAP], [IKKL KEMUNGKINAN] dilihat [akan kembali pulih KEMUNGKINAN][ minggu ini MASAKEMUNGKINAN], selepas susut lebih kurang 250 mata dari paras tertingginya 1,392 mata pada 24 Julai lalu MASA].

(42) [BMW Malaysia PERUCAP] melihat [pasaran tempatan untuk kereta berprestij kekal berdaya tahan KEMUNGKINAN][tahun ini MASAKEMUNGKINAN]meskipun kelembapan ekonomi dunia membawa pasaran global untuk kenderaan sedemikian turun 25 peratus.

(43) Ekoran itu, [OSK PERUCAP] melihat [pertumbuhan KDNK sebenar adalah sebanyak 1.1 peratus][tahun ini MASA KEMUNGKINAN] dan [2.2 peratus KEMUNGKINAN][tahun depan MASA KEMUNGKINAN].

Dalam contoh (41) hingga (43), PERUCAP, iaitu orang yang membuat ramalan hadir sebagai argumen luaran atau subjek ayat dan dalam contoh (42) dan (43) muncul dalam bentuk metonimi. ER KEMUNGKINAN pula direalisasikan sebagai argumen dalaman atau objek kepada predikat dan peranan semantik yang dibawakan oleh ER ini adalah untuk menunjukkan peristiwa atau keadaan yang diramal atau dijangka akan berlaku pada masa mendatang. ER pinggiran MASA KEMUNGKINAN menandai ungkapan yang menunjukkan masa, iaitu waktu pada hari muka yang dijangkakan berlakunya suatu kemungkinan itu. Kehadiran ER ini memperjelas sensa yang diungkapkan oleh kata melihat dalam penggunaan ini.

vi. Menganggap

(16)

16

ITEM untuk meneliti sesuatu KRITERIA yang menjelaskan atau memenuhi ciri suatu KATEGORI.

Daripada definisi di atas, ranah [PENGKATEGORIAN] yang disertai oleh kata melihat ini dibangunkan struktur konseptualnya oleh beberapa elemen teras, iaitu:(1) KATEGORI yang menerangkan jenis atau kelas sesuatu item yang dianggap sebagai contoh bagi kategori itu; (2) KOGITATOR, iaitu orang yang membuat pengkategorian; (3) KRITERIA yang mengungkapkan ciri item yang digunakan sebagai asas pengkategorian dan KRITERIA ialah dimensi umum yang berpotensi untuk membezakan satu item dengan yang lain. Lazimnya, ER ini diungkapkan sebagai FP yang diawali oleh kata sendi oleh, dan mengikut; dan (4) ITEM ialah entiti yang ditafsirkan oleh kogitator sebagai satu contoh kategori.

Yang berikut ialah beberapa contoh ayat korpus yang menunjukkan penggunaan kata melihat dalam menerbitkan ranah [PENGKATEGORIAN] ini sekali gus menampilkan sensa yang sedang dibicarakan ini.

(44) [Mereka KOGITATOR] tidak inovatif dan tidak melihat [organisasi ITEM][sebagai gelanggang untuk membina karier KATEGORI].

(45) [Dia KOGITATOR] lebih melihat [saya ITEM][sebagai pemain kelas dunia KATEGORI].

(46) [Kebanyakan orang KOGITATOR] melihat [sastera ITEM][sebagai sumber hiburan KATEGORI].

Dalam contoh (44) hingga (46) di atas, pemanifestasian makna ini direalisasikan oleh gabungan tiga ER teras, iaitu KOGITATOR, ITEM dan KATEGORI. Dalam konstruksi di atas, KOGITATOR diungkapkan sebagai argumen luaran atau subjek ayat, manakala ER ITEM pula muncul sebagai FN yang menduduki posisi objek. Dalam ketiga-tiga konstruksi sintaksis di atas, KATEGORI diungkapkan dalam bentuk FP dengan didahului oleh kata preposisi sebagai, iaitu seperti: sebagai gelanggang untuk membina karier (44); sebagai pemain kelas dunia (45); dan sebagai sumber hiburan (46).

Dalam contoh (47) hingga (49) di bawah pula, ketiga-tiga ER teras muncul dalam realisasi sintaksis berkonstruksi pasif dengan dibantu oleh satu ER pinggiran, iaitu ALASAN (48 dan 49) yang menjelaskan sebab kogitator “menganggap” atau mengkategorikan item sebagai demikian.

(47) [Kumpulan yang belum membuat keputusan dan mengambil sikap tunggu dan lihat ITEM] sering kali dilihat [sebagai pengundi atas pagar KATEGORI].[KOGITATOR CNI]

(48) [Kemasukan Anwar Ibrahim ini ITEM] dilihat [oleh banyak pihak KOGITATOR] [sebagai satu kejayaan terbesar Dr. Mahathir KATEGORI][kerana beliau memujuk Anwar Ibrahim menyertai UMNO yang ketika itu juga sedang dipinang oleh PAS ALASAN].

(17)

17

Dalam ayat (50) hingga (52) pula, diprofilkan pula ER KRITERIA yang digabungkan dengan ITEM, KATEGORI dan KOGITATOR untuk membentuk struktur konseptual ranah ini, khususnya penggunaan melihat dalam merealisasikan kandungan proposisi ini. Ada dua bentuk konstruksi ER ini direalisasikan secara sintaksisnya, iaitu dalam (50) hadir sebagai klausa relatif - yang terdiri daripada kumpulan peraturan atau hukum-hukum yang disebut sebagai tatabahasa atau nahu, manakala dalam (50) dan (52) pula muncul sebagai FP dengan didahului oleh kata sendi dalam yang masing-masingnya – dalam kerangka keseluruhan kehidupan dan dalam soal pemakanan.

(50) Dengan pandangan ini, [bahasa ITEM] dilihat [sebagai suatu sistem KATEGORI] [yang terdiri daripada kumpulan peraturan atau hukum-hukum yang disebut sebagai tatabahasa atau nahu KRITERIA]. [KOGITATOR CNI]

(51) [Seni dan hiburan ITEM][dalam kerangka keseluruhan kehidupan KRITERIA] dilihat [oleh Islam KOGITATOR][sebagai sesuatu yang perlu ada KATEGORI]. (52) Sepanjang perbualan, [Puan Zarina ITEM] dilihat sebagai [seorang individu

yang tidak cerewet KATEGORI][dalam soal pemakanan KRITERIA]. [KOGITATOR CNI]

Kesimpulan

(18)

18 Bibliografi

Alm-Arvius, C., 1993. The English Verb See: AStudy in Multiple Meaning. Göteborg: Acta Universitas Gothoburgensis.

Boas, Hans C., 2005. “From Theory to Practice: Frame Semantics and the Design of FrameNet”dlm. Langer, S. dan D. Schnorbusch (ed.). Semantik im lexikon, hlm. 129-160 Tübingen:

Narr.http://hcb.gmc.utexas.edu/pdf-pubs/Boas_2005_FromTheoryToPractice.pdf

Boas, Hans C., (ed.) 2009. Multilingual framenets in computational lexicography: methods and applications. Berlin/New York: Mouton de Gruyter.

Boas, Hans C., 2010. “The Syntax-Lexicon Continuum in Construction Grammar: a Case Study of English Communication Verbs” dlm.Belgian Journal of Linguistics 24: 54 – 82

Dixon, R.M.W., 2005. A Semantic Approach to English Grammar. Ed. Ke-2. Oxford: OUP. Dixon, R.M.W., 2006. “Complement Causes and Complementation Strategies in Typological

Perspective”dlm. Dixon, R. M. W. & Aikhenvald, A.Y. (ed.). Complementation: ACross-Linguistic Typology, hlm 1 – 48. Oxford: OUP

Evans, Nicholas dan Wilkins, David, 2000. “In the Mind’s Ear: The Semantic Extansion of Perception Verbs in Australian Languages” dlm.Language (76): 546 – 592.

Fillmore, C.J., 1982. “Frame Semantics” dlm. Linguistic Society of Korea (ed). Linguistics in the Morning Calm, hlm. 111-137. Seoul: Hanshim Publishing Company. Diterbitkan semula dlm.Geeraerts 2006, hlm 373-400.

Fillmore, C.J., 2007. “Valency Issues in FrameNet”dlm. Herbst, Thomas dan Votteler-Götz, Katrin (ed.)Valency: Theoretical, Descriptive and Cognitive Issues, hlm. 129- 160. Berlin/New York: Mouton de Gruyter.

Fillmore, C,J. dan Atkins, B.T.S., 1992. “Towards a Frame-Based Lexicon: The Semantic of RISK and Its Neighbours”dlm. A.Lehrer dan E. Kittay (ed). Frames, Fields, and Contrasts: New Essays in Semantic and Lexical Organisation, hlm. 75 – 102. Hillsdale: Erlbaum.

Fillmore, C.J., Johnson, C.R., & Petruck, M. 2003. “Background to FrameNet” dlm.International Journal of Lexicography 16 (3): 235-250.

Fillmore, C.J., dan Baker, C.,2010. “A Frames Approach to Semantic Analysis” dlm. Heine, Bernd dan Narrog, Heiko (ed.). The Oxford Handbook of Linguistic Analysis, hlm. 313 – 339. Oxford: Oxford University Press.

Hornby, A.S., 2000. Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay Dictionary. Diterjemah oleh Asmah Haji Omar. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ibarretxe-antuñano, Iraide., 2002. “Mind-as-Body as a Cross-linguistic Conceptual

Metaphor” dlm.Miscelánea 25: 93-119

Intan Safinaz Zainudin, Nor Hashimah Jalaluddin dan Imran Ho., 2012 Entri, Makna dan Padanan dalam Kamus Dwibahasa Melayu-Inggeris: Satu Analisis Semantik Ranahan” dlm. Jurnal Bahasa12(1) Jun: 41-59.

Kamus Dewan, 2005. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Inggeris Melayu Dewan, 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus KBSR Dewan Bergambar, 2003. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lakoff, George dan Johnson, Mark, 1980. Metaphor We Live By. Chicago: Chicago University Press.

Lönneker-Rodman, Birte dan Baker, Collin F., 2009. “The FrameNet and Its Applications” dlm. Natural Language Engineering 15 (3): 415-453

(19)

19

Rusmadi Baharudin, 2008. “Menangani Sinonim dalam Kamus: Satu Pendekatan Semantik Ranahan” dlm. Norhashimah Jalaluddin dan Rusmadi Baharudin (ed.)Leksikologi dan Leksikografi Melayu, hlm 372 – 387. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sweetser, Eve, 1990. From Etymology to Pragmatics: Metaphorical dan Cultural Aspects of

Semantic Structure. Cambridge: Cambridge University Press

Viberg, Åke, 1984. “The Verbs of Perception: ATypological Study”dlm. Butterworth, B., Comrie, B dan O. Dahl (ed.) Explanations for Language Universals, hlm. 123-162. Berlin: Mouton de Gruyter

(20)

20

Lampiran

Entri “melihat” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)

melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat melihat lagi kerana matanya sudah kabur;2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai melihat kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): melihat nasib;4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah melihat raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba melihat beberapa sebab tersebut;dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: melihat orang sakit; melihat bulan datang haid;

Entri melihat dalam Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2008)

melihat1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt melihat lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk melihat anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi.

Entri melihat dalam Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua (2003)

Referensi

Dokumen terkait

Kawasan utama yang memiliki potensi untuk berkembang sebagai kawasan pusaka adalah historic urban area yang ada di zona perkantoran dan SPU karena memiliki

Omar (198:63) menjelaskan bahawa “pertanyaan itu kadang-kadang hanya bertujuan mengesahkan apa yang sudah diketahui, kadang-kadang untuk mengesahkan apa yang sudah

Saat ini istilah hijrah kembali menjadi sebuah fenomena yang cukup populer di masyarakat khususnya dikalangan anak muda, tidak sedikit masyarakat muda yang mulai

Hasil penelitian ini diharapkan dapat menambah bahan referensi khususnya tentang pengaruh senam hamil terhadap penurunan nyeri punggung pada kehamilan trimester III

China merupakan salah satu Negara yang berhasil membangun perekonomian negaranya dengan baik selama 40 terakhir. Meski didera kesulitan ekonomi, Cina

Sebaliknya dengan transplacement, kondisi replacement mensyaratkan adanya pergantian rezim secara total sehingga benar-benar terdiri dari aktor-aktor negara yang sama

Puji syukur kita panjatkan kehadirat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan laporan tugas akhir dengan judul “Aplikasi

Dalam Pasal 153 ayat (1) huruf f Undang-undang No 13 tahun 2013yang menyatakan “ pekerja/buruh mempunyai pertalian darah dan/atau ikatan perkawinan dengan pekerja/buruh