• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Pemetaan Metafora Unsur Flora d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Analisis Pemetaan Metafora Unsur Flora d"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

Analisis Pemetaan Metafora Unsur Flora dan Fauna Dalam Pantun Melayu : Satu Tinjauan Awal

MUHAMAD FADZLLAH BIN HJ ZAINI

Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam amatfaz@gmail.com

ABSTRAK

Pantun merupakan bicara kesantunan yang mempunyai pelbagai rahsia. Apabila diungkapkan tidak tergambar oleh pemikiran manusia, jika dianalisis daripada sudut pandangan yang berbeza ternyata pantun ini ibarat satu kod yang boleh dipecahkan untuk mencari sesuatu jawapan kepada maksud yang ingin dinyatakan oleh penciptanya. Kertas ini, melihat kepada unsur flora dan fauna serta kaitan dengan manusia. Bagaimana masyarakat Melayu dahulu menyatakan unsur alam dan manusia ini rapat? Persoalan ini timbul tatkala kajian ke atas pantun ini dijalankan. Pertama, kertas ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti unsur flora dan fauna yang terdapat dalam pantun Melayu ini. Keduanya, menganalisis unsur flora dan fauna dalam pantun Melayu melalui pemetaan semantik, dalam pada masa yang sama melihat perubahan tatatingkat Metafora Rantaian Utama Mahkluk (RUM). Dalam kertas ini lebih menumpukan nilai kasih sayang yang ada dalam pantun Melayu dan kaitan hubungan yang ada di antara manusia dan unsur flora dan fauna. Analisis mendapati dalam pantun Melayu, mencerminkan nilai kasih sayang itu pelbagai bukan sahaja melahirkan rasa cinta, tetapi terdapat juga dalam konteks negatif. Jika kita sedar pantun Melayu ini merupakan cerita pendek yang dihasilkan bagi menyampaikan satu pengajaran kepada manusia. Pemetaan yang dibuat menghasilkan tatatingkat hubungan manusia dan unsur alam.

(2)

2

PENGENALAN

Pantun dan masyarakat mempunyai hubungan yang begitu akrab. Masyarakat Melayu menyatakan pantun ialah penyataan orang Melayu. Pantun Melayu menyerlahkan pemikiran, emosi, pengalaman, harapan dan sentimen manusia Melayu, baik melalui satu kuplet, satu rangkap, mahupun keseluruhan pengisian pantun berkenaan, misalnya dalam himpunan, koleksi atau antologi (Harun, 2001: i).

Menurut Francois-Rene Daillie (1988: 6, dlm Harun, 2001) “This brief poem is an epitome of life and a universe in a grain of sand”. Secara ringkasnya, puisi atau pantun ini melambangkan kehidupan dan meliputi seisi alam. Sebagai contoh, dalam kehidupan masyarakat melayu terdapat, tanah, kebun, sawah, sungai, lautan atau hutan, pokok, buah-buahan, haiwan, burung, ikan, pekerjaan harian, adat, tradisi, cinta antara manusia dan juga nilai kecintaan terhadap tuhan.

Sesungguhnya gambaran dan penyataan yang diserlahkan melalui sesebuah pantun itu amat banyak dan pelbagai. Secara keseluruhan dapat dikatakan pantun adalah Melayu dari segi manusia dan hidupnya. Ini menepati pendapat para sarjana terdahulu bahawa tidak lengkap pengetahuan seseorang pengkaji tamadun Melayu jika tidak meneliti dan memahami pantun-pantunnya (Winstedt,1969:202-203; Daillie,1988:2-3; dlm Harun,2001:ii).

Pengkajian pantun Melayu yang dilakukan oleh para sarjana dari dahulu hingga kini, pelbagai aspek telah diterokai; misalnya teori tentang asal usulnya, aspek estetika dan etika serta analisis tentang pemikiran, fungsi dan penyebarannya. Suatu aspek yang cukup mengkagumkan, terutama kepada para pengkaji Barat, ialah tentang proses penciptaan pantun; bagaimana pantun dicipta dengan begitu indah, secara spontan oleh anggota masyarakat yang umumnya tidak terpelajar, malah sebagai masyarakat illterate atau tidak meengenal aksara (Harun, 2001:v).

Aspek yang menarik di sini bukan sahaja bentuk dan keindahan pantun tersebut, tetapi juga ciri-ciri dalamannya yang tepat, mengandungi pengertian, pemikiran dan falsafah yang keseluruhannya terkandung dalam sebuah ungkapan, serangkap pantun, baik yang serdahana, pendek dan spontan, mahupun yang lebih panjang lebih kompleks sebagai karya ciptaan yang dihasilkan secara serius (Harun, 2001:v).

(3)

3

keindahan orang Melayu (Braginsky,1993 dlm Siti Hajar Che Man, 2013:79), yang indah itu kerana sifat-sifat indahnya, mempunyai kesan yang kuat ke atas struktur jiwa, menjadikannya terpesona, berahi, dan mudah tertawan (melembut dan mengalah).

Ilmu dan pengetahuan yang luas merupakan pelengkap kepada penciptaan pantun Melayu. Menurut Siti Hajar (2013:79), menyatakan pembayang maksud membawa masuk bukan sahaja pengetahuan tentang unsur dan fenomena alam. Namun terdapat unsur geografi, sejarah dan budaya. Perkembangan penciptaan pantun Melayu ini merupakan penyampaian cerita yang berlapik dan menjaga air muka.

Kajian ini meneliti aspek ialah flora dan fauna. Dalam pantun Melayu tidak lari daripada unsur flora dan fauna yang sentiasa menjadi bahan rujukan penting. Masyarakat Melayu dahulu mencipta pantun berdasarkan pemerhatian yang terdapat disekeliling mereka. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mengikut laras biologi; fauna bermaksud seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Manakala, keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Secara konseptualnya, unsur flora dan fauna ini saling melengkapi dan saling bergantungan. Kajian ini akan meliputi kajian berkenaan dengan semantik dan akal budi Melayu yang memperlihatkan penggunaan flora dan fauna dalam pantun Melayu. Penggunaan pemetaan semantik sebagai salah satu teori yang bakal memperlihatkan pecahan semantik bagi unsur flora dan fauna.

PERMASALAHAN KAJIAN

(4)

4

Keduanya, masyarakat Melayu tidak berbangga dengan berbahasa Melayu. Jika dilihat Siti Hajar (2013) juga menyatakan mereka yang pergi belajar atau berkerja ke luar negara khususnya kalau balik ke tanah air sudah tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik, bahkan soal sastera, persuratan dan sebagainya berkenaan dengan puisi mereka tidak mahu menunjukkan minat. Hal ini dikuatkan lagi dengan penyataan Ungku Aziz (2011:7 dlm Siti Hajar (2013 :76), Kalau ada yang berminat mereka “terpaksa” atau sememangnya suka belajar jurusan atau kajian sastera dan budaya Melayu. Hal ini dikukuhkan lagi menerusi Rais Yatim (2013), yang telah mendapat maklum balas berkenaan dengan pantun dari satu penyampaian ringkas (SMS) iaitu yang menyuruh beliau berhenti untuk berpantun kerana zaman berpantun sudah berlalu dan pengirim tersebut menyatakan mereka tidak menggunakan bahasa tersebut.

Di samping itu, terdapat juga permasalah yang timbul apabila daripada sudut nilai terhadap hubungan diantara alam dengan manusia. Bagaimanakah hubungan di antara manusia dan alam sekitar terjalin? Nor Hashimah (2014) Nurul Aminah dan Hasnah (2014) menyatakan masyarakat melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar, namun kurang pembuktian yang kukuh dan releven. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat bagi melihat hubungan yang ada di antara alam dan manusia.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kajian ini, terdapat dua objektif utama yang menjadi tunjang kepada kajian ini, iaitu; Mengenal pasti unsur flora dan fauna dalam pantun Melayu, dan; Menganalisis unsur flora dan fauna dalam pantun Melayu berdasarkan pemetaan semantik

KAJIAN LITERATUR

(5)

5

membentuk pemikiran yang mencipta kepelbagai pantun berdasarkan alam sekeliling masyarakat Melayu. Namun, pengkaji terdahulu tidak menunjukkan hubungan antara masyarakat Melayu dengan alam. Bagaimanakah hubungan itu wujud? Mengapa ada kewujudan tapi kurang pembuktian? Walaupun pengkaji dahulu mengaitkan pantun dengan akal budi Melayu. Apabila mengkaji akal budi Melayu segala berkenaan pemikiran, sifat, nilai dan cara hidup masyarakat Melayu dahulu boleh dirungkai. Kesinambungan akal budi Melayu ini akan berhubung dari satu generasi ke generasi seterusnya. Setiap kali bahan atau data kajian dikupas, pelbagai jawapan dapat dilihat. Umum mengetahui sebenarnya pantun ini bukan sahaja menyampaikan maksud yang ada sahaja, tetapi merupakan penceritaan, kod akal budi Melayu dan rahsia sesuatu perkara secara langsung serta tidak langsung. Perkara ini penting dan perlu dipandang serius. Bukan sekadar hubungan alam tetapi penglahiran pelbagai cerita dahulu dipendekan berbentuk pantun.

(6)

6

demikian. Dalam kajian ini juga akan menunjukan interpretasi serta penggunaan sebenar unsur flora dan fauna yang akan dianalisis.

Manakala bagi pemetaan sematik pula, pengkaji terdahulu iaitu Imran Ho-Abdullah (2011) dan Hishamudin Isam & Nor Diyana Saupi (2012), hanya melihat pemetaan Metafora Rantaian Utama Mahkluk dan Metonimi Speksifik Melambangkan Yang Generik dalam semantik dikaji menerusi peribahasa Melayu bersumberkan anjing. Metafora RUM berasaskan satu pandangan budaya rakyat (flok culture) tentang hieraki mahkluk dalam dunia hakiki. Teori ini digunapakai semula dalam kajian ini tetapi penambahbaikan dibuat bagi melengkapi teori ini. Metafora konsepsi juga digunakan bagi melihat nilai makna yang terdapat dalam pantun selari dengan nilai manusia. Penggunaan Metafora RUM ini akan membantu dalam melihat hubungan manusia dengan alam serta perkaitan hubungan yang lain berpandukan hieraki mahkluk. Kedua kajian ini juga melihat penggunaan Metonimi SPESIFIK MEWAKILI YANG GENERIK, yang melihat proses interpretasi semantik yang digunakan berdasarkan peribahasa dan lagu dikir serta digunakan pakai bagai perkaitan hubungan melalui RUM. Kajian menggunakan data pantun ini sama dengan peribahasa dan lagu dikir tetapi berlainan interpretasinya. Susunan pelan kajian akan berlainan kerana lihat penggunaa>interpretasi>metaforikal>metafora RUM.

METODOLOGI

(7)

7

Selain itu, kertas kerja ini menggunakan metafora umum yang dijuga dikenali sebagai Metafora Rantaian Utama Makhluk merupakan kunci kepada makna dan interprestasi pantun Melayu berkaitan dengan unsur flora dan fauna. Mengenai Rantaian Utama Makhluk (RUM) ini dibincangkan oleh Lovejoy (1936, dalam Imran Ho-Abdullah, 2011:128) dalam konteks sejarah falsafah barat. Menurut beliau, RUM ini satu model rakyat (folk model) atau model budaya (cultural model) yang menguasai dan menentukan pandangan hidup atau weltanschauung manusia sejak baharian klasik (Yunani dan Rom), Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan Renaissance di Eropah.

Menurut model ini, segala objek dan entiti RUM membentuk satu sistem berhieraki dengan setiap makhluk dan benda pada satu kedudukan sewajarnya yang tidak berubah pada rantaian itu. Tuhan berada pada tahap yang paling tinggi dalam rantaian itu, diikuti oleh Malaikat, Manusia, Haiwan, Tumbuhan dan objek kompleks serta objek alam fizikal dan sebagainya (Krikmann, 2007 dalam Imran Ho-Abdullah, 2011:128).

Rajah 1.0 : Metafora Rantaian Utama Mahkluk

(8)

8

dinyatakan bahawa penggunaan data yang dianalisis dipengaruhi teori atau pendekatan yang digunakan seterusnya memberi dapatan yang diperlukan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kertas kerja ini akan membincangkan unsur flora dan fauna yang terdapat dalam pantun Melayu melalui pendekatan Metaforan Rantaian Utama Mahkluk (RUM), daripada sudut pandang terhadap masyarakat Melayu terkenal dengan kepelbagaian unsur flora dan fauna yang terdapat dalam pantun Melayu. Menurut Nurul Aminah & Hasnah (2014), Mereka menggunakan unsur alam yang dekat dengan kehidupan mereka. Tempat kediaman dan alatan kelengkapan bersumberkan flora. Sumber makanan utama juga bergantung kepada flora dan fauna. Oleh hal demikian, akal budi Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan alam sekeliling (flora dan fauna).

Penggunaan unsur flora dan fauna yang terdapat dalam pantun Melayu ini memberi gambaran sifat kasih sayang dan sebab wujudnya sifat tersebut. Interprestasi pantun ini memerlukan ekstensi penggunaan metafora Rantaian Utama yang berasaskan metafora konsepsi. Menurut Hassan Ahmad (2003), yang menyatakan kajian hubungan antara B (pemaksud) dan A (pembayang) dalam pantun dapat dianggap sebagai skema kognitif yang sangat kompleks bentuk/strukturnya. Gambaran B membantu penceritaan A. Hal ini dapat dilihat menerusi analisis kajian pantun ini. Berikut merupakan contoh yang dianalisis;

Data 1 (2077: 261)

Rumah bertiang dinding papan,

Tanam selasih di tengah laman, Biar hilang segala harapan,

(9)

9

Menerusi Data 1, unsur flora yang diketengahkan ialah “papan” dan “selasih”.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1138) papan bermaksud kepingan kayu yang nipis atau lebar. Penggunaan papan penting dalam seni bina rumah Melayu. Menurut Ima Idris (1991), kayu adalah bahan yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan pembinaan rumah-rumah tradisional Melayu. Hal ini kerana, kayu merupakan bahan binaan yang paling utama yang digunakan sejak dahulu lagi sebagai bahan binaan. Bagi, selasih pula merupakan sejenis pokok ulaman yang boleh ditanam menggunakan biji benihnya. Selasih boleh ditanam diatas batas. Selasih memberi banyak kebaikkan untuk kesihatan manusia disebabkan itu ianya penting dan antara pokok yang selalu berada disekitar rumah masyarakat Melayu.

Interprestasi daripada unsur objek (asal flora) yang digunakan ialah melihat kepada kepentingan “papan” yang berperanan sebagai dinding. Dalam masyarakat Melayu dinding penting bagi menghalang daripada orang melihat isi rumah atau menghadkan pembahagian rumah. Bagi menjaga sesuatu perkara yang penting ianya perlu dilindungi. Papan ini ibarat harapan yang menjaga rumah yang tegak berdiri dengan adanya tiang yang menjadi asas dalam memperkukuhkan nilai tersebut. Manakala, penggunaan unsur flora selasih menjadi aspek penting kerana selasih yang menjadi penawar kepada sesuatu perkara yang buruk seperti penyakit. Oleh yang demikian, menjadikan perkara utama sebagai keperluan. Dalam hidup manusia terdapat keperluan dan kehendak, dua perkara ini berlainan dan mempunyai ciri tersendiri. Keperluan ialah perkara yang perlu ada dan kehendak pula ialah perkara yang tidak perlu (jika ada).

Berikut merupakan Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang menerusi Data 1:

SUMBER SASARAN

Rumah bertiang dinding papan Harapan diantara Manusia

(10)

10

Selasih Keperluan Sebagai Penawar

Rajah 1: Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang (Data 2)

Metafora konsepsi kasih sayang yang ditunjukan dalam pantun Melayu (Data 1) ialah

KASIH SAYANG ADALAH MELENGKAPI. Dalam Data 1, menunjukan Metafora

Rantaian Utama Mahkluk menerusi unsur flora yang mengambil peranan utama dalam mewujudkan hubungan diantara manusia dan flora. Setelah dianalisis, hubungan flora dengan manusia dilihat rapat kerana perubahan tatatingkat RUM dimana flora berada dibawah manusia. Data ini tidak melibatkan unsur fauna kerana tiada kewujudan unsur fauna dalam pantun tersebut.

Data 2 (2023:254)

Putik pauh tangkainya mangga,

Disambar buaya sambil berenang, Sudah jauh dipandang mata,

Hati mana dapat tak senang.

Berdasarkan Data 2, unsur flora yang terlibat ialah “putik pauh” dan “tangkainya

mangga”. Manakala unsur fauna pula ialah “buaya”. Secara umumnya, buah pauh merupakan spesis mangga. Masyarakat Melayu menganggap buah puah sama seperti buah mangga. Namun, tangkai dan keserupaan dengan pokok mangga mempunyai persamaan. Dalam masyarakat Melayu dahulu menamam pokok buah pauh ini selalunya ditepi sungai atau tepian kuala. Secara signifikan, apabila buah ini gugur di tepi kuala sungai, maka tidak boleh diambil kerana jarak di antara tebing dan permukaan air sungai selalunya jauh dan dalam.

(11)

11

air. Kebanyakan buaya hidup di sungai terutamanya di Malaysia. Buaya ini mempunyai ciri yang ganas dan berdarah panas. Dalam konteks masyarakat Melayu, haiwan jenis ini sentiasa menjadi bualan dan menjadi ancaman kepada penduduk yang menetap di tepian kuala, tanjung yang berhampiran dengan sungai.

Dalam analisis ini, unsur flora yang dinyatakan membawa nilai positif iaitu “putik pauh tangkainya mangga” yang memberi penilaian terhadap hubungan yang rapat walaupun

berlainan jenis. Kalau diperhatikan tangkai mangga sama seperti tangkai buah pauh. Walaupun dipandang sama, namun ianya berlainan. Manakala, unsur fauna iaitu buaya bersifat negatif “disambar buaya sambil berenang”, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

(2013:1378), disambar merupakan perbuatan menangkap( merempas, menyamun, menyerang dll). Dalam konteks ini, kesan emosi digunakan kerana masyarakat Melayu akan berasa ketakutan apabila berserempak dengan buaya dan perasaan hati tidak akan tenteram.

Berikut merupakan skema metaforikal pantun Kasih Sayang ;

SUMBER SASARAN

Putik pauh tangkainya mangga Hubungan

Disambar Gangguan Hubungan

Buaya Emosi Ketakutan/Terganggu

Rajah 2: Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang (Data 2)

(12)

12

sebagai emosi ketakutan atau menganggu perasaan yang ada seperti perasaan was-was. Jelas, kasih sayang yang digambarkan dalam pantun Melayu daripada Data 2 ini menunjukan walaupun sedang bercinta dan mempunyai hubungan yang rapat, namun perasaan masih terganggu. Metafora konsepsi yang boleh disimpulkan ialah KASIH SAYANG ADALAH KEGUSARAN. Interprestasi unsur flora dan fauna ini mempunyai hubungan yang rapat kerana berdasarkan Metafora Rantaian Utama Mahkluk, manusia berada diatas haiwan, manakala tumbuhan berada dibawah haiwan. Sifat yang ditonjolkan dalam pantun ini menunjukan gambaran sifat atasan iaitu manusia.

Seterusnya analisis Data 3;

Data 3 (1959:246)

Pucuk pauh delima batu,

Ikan Sembilang (Air sembilan) di tapak tangan,

Tuan jauh negeri satu,

Hilang di mata di hati jangan.

(13)

13

terdapat kesalahan iaitu penyalinan semula dari tulisan jawi ke tulisan rumi dalam perkataan asal ialah Air Sembilan digunakan). Penggunaan elemen air dalam data 3 ini menunjukkan Air Sembilan yang digunakan dalam memandikan jenazah. Perkataan mandian “Air

Sembilan” yang dikata melepaskan yang wajib bagi mayat, ada tersebut di dalam kitab yang bernama “Baghiyatutollab” oleh Sheik Daud Bin Abdullah Al Fatani dari Petani, Thailand yang ditulis kira-kira pada pertengahan abad yang ke-18. Perkataan “Air Sembilan” ini tidak asing lagi bagi pemandi-pemandi mayat yang mengikut kitab ini, bahkan telah menjadi “Mandian Al-Fatani” ini sebagai mandian mayat yang lazim bagi masyarakat Melayu Nusantara yang berlandaskan kepada hukum Syarak (Mohd Ismail Mohd Hashim, 2014).

Jadi, interprestasi yang dibuat berdasarkan data yang dianalisis, pucuk pauh dan delima batu ini merupakan bahan yang digunakan dalam menghilangkan bau hanyir jenazah atau makna yang ingin disampaikan ialah peranan isteri yang menunjukkan ketaatkan dan kasih sayang buat suami hingga ke akhir hayat. Dalam Islam, Jika jenazah itu lelaki, hendaklah orang lelaki yang memandikannya. Tidak boleh jenazah lelaki dimandikan oleh orang perempuan kecuali isteri dan mahram (Said Ibrahim, 2012: 15-16). Kemudian air sembilan merujuk kepada 9 kali air digunakan dalam memandikan jenazah. Unsur flora dan elemen air ini melambangkan kematian. Dalam menganalisis unsur yang terdapat dalam data pantun ini, pemaksud yang berada dibawah juga membantu dalam melengkapkan jalan cerita pantun ini.

Berikut merupakan Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang Data 3;

SUMBER SASARAN

Putik pauh delima batu Penawar/Isteri

(14)

14

Negeri Satu Akhirat

Hilang Dimata Dihati Jangan Pengekalan

Rajah 3: Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang (Data 3)

Pemetaan yang dibuat menunjukan kepentingan nilai kasih sayang dalam diri seseorang. Dalam pemetaan metafora konsepsi ialah KASIH SAYANG ADALAH KEKAL ABADI. Berdasarkan pemetaan dibuat, putik pauh delima batu menunjukan bahan yang menghilangkan sesuatu perkara buruk supaya berbau wangi, ditambah pula dengan Air Sembilan yang digunakan untuk membersihkan jenazah. Negeri yang satu membantu dalam melengkapkan nilai kasih sayang ini iaitu akhirat yang menjadi tempat yang bakal dituju oleh semua manusia. Hilang dimata dihati jangan menunjukan pengekalan nilai kasih sayang itu. Walaupun pasangan manusia itu mati tapi kasih sayang sentiasa berkekalan. Menerusi Metafora RUM, jelas menunjukan bahawa rantaian diantara flora-manusia-Tuhan amat rapat, kepentingan flora meningkatkan peringkat tatatingkat dalam Rantaian Utama Mahkluk. Flora berada dekat dengan Manusia seterusnya mempunyai kaitan dengan Malaikat dan Tuhan.

Akhir sekali, analisis Data 4;

Data 4 (621:79)

Burung merbuk burung merpati,

Terbang berpusing hal bendang, Wajah elok menawan hati,

Siang malam hamba terkenang,

(15)

15

burung daratan dan mencari makanannya di padang rumput dan ladang. Unsur flora yang terdapat dalam data 4 ialah Bendang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013: 160) bendang ialah sawah sama dengan tanah (tanah sawah). Sawah merupakan tempat tanam padi.

Interprestasi unsur fauna dibuat berdasarkan ciri burung merbuk yang merupakan golongan burung merpati. Menurut Kevin P. Johnson et. al (2001), burung ini tidak begitu suka berkelompok dan biasanya hidup bersendirian atau dalam pasangan. Burung ini jinak dan jika ada bunyi-bunyi yang mengejutkan boleh menyebabkan burung ini terbang.

Berikut merupakan Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang Data 4;

SUMBER SASARAN

Burung Merbuk Burung Merpati Pasangan Kekasih

Terbang Perasaan yang tidak terhingga

Berpusing Masa (perlambangan jam)

Bendang Tempat Bermain/Makan

Rajah 4: Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang (Data 4)

(16)

16

sentiasa menjadi kunjungan burung ini, hal ini boleh dikuatkan lagi dengan adanya peribahasa “tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat bermain” sekali gus menunjukan

sifat kerinduan dalam pada masa yang sama. Metafora Rantaian Utama Mahkluk yang terdapat dalam data 4 ini menunjukan hubungan yang berkaitan diantara Flora-Fauna-Manusia. Penggabungan ini memperlihatkan susunan RUM terbukti menyatakan tatatingkat yang seragam dalam membezakan peranan tapi ianya berkaitan dengan sifat manusia.

IMPLIKASI

Konsep pemetaan semantik yang dijalankan terhadap pantun Melayu membincangkan mekanisme kognitif yang membolehkan manusia mencipta pantun atau membentuk dengan melibatkan unsur flora dan fauna dari sudut linguistik kognitif. Khususnya, peranan metafora Rantaian Mahkluk Utama (RUM) dalam semantik pantun Melayu berkaitan dengan unsur flora dan fauna. Oleh yang demikian, kajian ini penting dilakukan bagi memperlihatkan semantik yang pelbagai dalam Pantun Melayu.

Adalah diharapkan dengan mengenal pasti dan menganalisis kajian berkenaan dengan pemetaan metafora unsur flora dan fauna dalam pantun Melayu dapat menonjolkan kemahiran akal budi Melayu dalam mencipta pantun Melayu. Kajian ini memberikan beberapa implikasi;

(17)

17

fauna dengan kehidupan masyarakat Melayu. Hubungan yang ditunjukkan ialah Manusia-Flora, Manusia-Fauna, dan Manusia-Flora-Tuhan.

2. Inovasi dalam kajian pantun juga berlaku apabila analisis dibuat iaitu pantun dicipta berdasarkan unsur flora dan fauna yang mempunyai sebab dan akibat. Di samping itu, pantun boleh dizahir mengikut persekitaran masyarakat dan tidak perlu melihat metafora dahulu tetapi gaya penyampaian pantun masih kekal seperti dahulu. Akal budi Melayu yang mencorak pembentukkan pantun Melayu. Oleh hal demikian, generasi sekarang boleh mengaplikasikan kosa kata yang sentiasa digunakan dalam membentuk metafora bagi pantun Melayu. Metafora yang digunakan dalam pantun Melayu perlu mempunyai nilai yang tersendiri dan memberi kesan kepada penyampaian maksud sesebuah pantun.

3. Penambahan makna kasih sayang dalam pantun mengikut konsepsi yang telah dianalisis. Kajian makna ini telah menghasilkan pelbagai makna kasih sayang yang terperinci yang ditunjukkan secara berlainan mengikut penceritaan pembayang dan pemaksud. Maka, masyarakat menyedari bahawa pelbagai makna kasih sayang yang ingin disampaikan dalam pantun Melayu.

(18)

18

Oleh hal demikian, kajian seterusnya boleh mengaplikasikan Teori Metafora RUM dan Metafora Konsepsi bagi unsur yang lain dan digabungkan dengan unsur flora dan fauna bagi melihat dan mengenal pasti keserasian dan menjaga kelestarian pantun Melayu.

KESIMPULAN

Berdasarkan kesemua analisis yang telah dibuat menunjukan sifat kasih sayang yang ditonjolkan dalam pantun Melayu ini membawa definisi yang pelbagai berpandukan unsur flora dan fauna. Dalam mencipta pantun, masyarakat Melayu dahulu mengambil penting mengenai unsur flora, fauna, tanah, angin, air dan pelbagai lagi. Hal ini kerana, masyarakat Melayu hidup berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh mereka serta ikhtibar alam yang mengajar mereka erti kehidupan. Kepentingan setiap unsur ini sebenarnya mencerminkan keperibadian sesuatu sifat manusia. Perkaitan sifat manusia dengan unsur alam ditunjukan melalui Metafora Rantaian Utama Mahkluk dan diikuti dengan pembuktian unsur alam dan sifat manusia. Hubungan unsur alam ini berbeza, jika unsur alam seperti flora dan fauna digabungkan dalam pantun, maka hubungan diantara flora berada dibawah fauna dan manusia berada diatas. Jika fauna bersifat negatif, flora mendahului tatatingkat fauna (flora akan berada dibawah manusia). Jika flora dan terdapat ciri keagamaan ianya melibatkan Tuhan menunjukan bahawa flora berada dibawah manusia dan Tuhan sentiasa diatas. Hubungan unsur alam- manusia-malaikat-Tuhan, penting bagi melihat batas yang ada dalam sesebuah kehidupan. Pantun ialah cerminan peribadai masyarakat Melayu.

BIBLIOGRAFI

Braginsky (1993, dlm Siti Hajar Che Man.(2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan

Leluhur Bangsa Dulu,Kini dan Selamanya dlm. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 1(1),2013:75-8

(19)

19

Harun Mat Piah (2001). Pantun Melayu Bingkisan Permata. (siri Penerbitan Karya Agung) Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan

Hassan Ahmad.(2003).Metafora Melayu : Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistemologinya. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia

Hishamudin Isam & Nor Diyana Saupi (2012). Kekayaan Unsur Anthropomorphisme

Dalam Lagu Dikir : Analisis Berasaskan Linguistik Kognitif dlm Jurnal Rampak Serantau.

Ima Idris .(1991). Penggunaan Kayu Sebagai Bahan Binaan Utama Di Dalam Rumah Tradisional Melayu. Shah Alam : Universiti Teknologi MARA

Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat (2013: 160) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1378) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:210) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1138) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kevin P. Johnson, Selvino De Kort, Karen Dinwoodey, A.C. Mateman, Carel Ten Cate,

C.M.Lessells, & Dale H.Clayton. (2001). A Melecular Phylogeny Of The Dove Genera Streptopelia and Columba dlm. The Auk 118(4):874-887,2001

Krikmann, 2007 dalam Imran Ho-Abdullah, 2011:128).Analisis Konitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris) dlm. Gema OnlineTM Journal of Language Studies Vol 11(1) 2011: 125-140. (Atas Talian) Telah dimuat turun 26 Mac 2015 dari http://ejournals.ukm.my

Kurik Kundi Merah Saga : Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua.(2009). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Lakoff & Turner, (1989:166-170) dlm Imran Ho-Abdullah, (2012: 128).Analisis Konitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris) dlm. Gema OnlineTM Journal of Language Studies Vol 11(1) 2011: 125-140. (Atas Talian) Telah dimuat turun 26 Mac 2015 dari http://ejournals.ukm.my

Lovejoy (1936, dalam Imran Ho-Abdullah, 2011:128).Analisis Konitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris) dlm. Gema OnlineTM Journal of Language Studies Vol 11(1) 2011: 125-140. (Atas Talian) Telah dimuat turun 26 Mac 2015 dari http://ejournals.ukm.my

Mohd Ismail Mohd Hashim .(2014). Air Sembilan Yang Disebut Dalam Kitab Al Banjari dan Al Fatani. Capaian : http://islamicundertaker.blogspot.com/2014/07/air-sembilan-yang-disebut-dalam-kitab.html (25 Mei 2015)

Mohd Rashid Md Idris.(2012).Nilai Kebijaksanaan Melayu Dalam Pantun dlm.‘Ulum Islamiyyah Journal Vol.9 (pp 1-16) ,December 2012.

Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurul Aminah & Hasnah.(2014).Interpretasi Pantun daripada Perspektif Semiotik dlm. Jurnal Linguistik Vol.18(1) Jun.2014: 001-009

Siti Hajar Che Man.(2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu,Kini dan Selamanya dlm. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 1(1),2013:75-81

(20)

20

Tran Thuy Anh (2013). The Association between “pembayang” and “pemaksud” of

Malay Pantun dlm International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 1(3) 2013:69-75. (Atas Talian) Telah dimuat turun 23 Mac 2015 dari http://ukm.my/iman

Windstedt (dlm Norehan Aziz, 1994:17 dlm Nurul Aminah Basharuddin & Hasnah

Mohamad, 2014). Interpretasi Pantun daripada Perspektif Semiotik dlm. Jurnal Linguistik Vol.18(1) Jun.2014: 001-009

Windstedt (1969:202-203; Daillie,1988:2-3; dlm Harun Mat Piah (2001). Pantun

Melayu Bingkisan Permata. (siri Penerbitan Karya Agung) Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan

BIODATA

Referensi

Dokumen terkait

Dalam kes Mohd Hashim bin Mohd Noor v Hamsati bt Samori (2009), Rokiah bt Sali lwn Ahmad Bostamam bin Yaacob (2010), Marziana bt Marzuki lwn Mohd Afandi bin

4.1 Pengelolaan pembentukan karakter melalui program pendidikan ketarunaan di SMK Negeri 2 Sragen. 1) Perencanaan pendidikan ketarunaan dilakukan pada awal tahun

2 Ekspresi Musikal Tempo Mahasiswa Jurusan Musik ISI Yogyakarta mampu bermain dengan tempo yang sama dengan teman kelompok, serta dalam situasi konser mereka mampu

Uji Efek Antiulcer Perasan Umbi Ganyong (Canna edulis ker) pada Tikus Putih Jantan Galur Wistar, Surakarta: Universitas Muhammadiyah Surakarta.. Gangguan Lambung

Hasil uji multikolinearitas yang pada tampilan tabel 1 terlihat bahwa pengaruh kapasitas sumber daya manusia, sistem pengendalian intern dan pengawasan keuangan

mengembangan video tutorial lalu di validasi oleh ahli materi dan ahli media , implementasi (implementation) media pembelajaran video tutorial pembuatan aksesoris di uji cobakan ke

Tujuan pembuatan iklan bersambung sirup Marjan Boudoin edisi Ramadhan 2012 versi lomba dayung sendiri adalah untuk mengingkatkan kembali konsumen terhadap merek produk yang