• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR"

Copied!
46
0
0

Teks penuh

(1)

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL

DAN ALAM SEKITAR

TAHUN LIMA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(2)
(3)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL

DAN ALAM SEKITAR

TAHUN LIMA

(4)

Cetakan Pertama 2014

© Kementerian Pendidikan Malaysia

(5)
(6)
(7)

KANDUNGAN

MUKA SURAT

RUKUN NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KANDUNGAN

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR 5

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6

PENTAKSIRAN SEKOLAH 7

(8)
(9)

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip

pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara

menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;

....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada: i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran

ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti iii susunan aktiviti; dan

iv bahan bantu mengajar

... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran

supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

MATLAMAT

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

berdikari dalam kehidupan seharian

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri

dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

(10)

2

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan iv. Sains dan Teknologi

v. Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam

bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

(11)

3

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

Standard Prestasi

Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti di Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara.

Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan.

Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi.

Mencipta  Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif.

Jadual 1: Penerangan KBAT

(12)

4 KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah

diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan

dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti yang positif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020

adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

 Mengamalkan sikap keusahawanan;

 Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan;

 Memformulasikan konsep, proses atau produk

keusahawanan; dan

 Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam

keusahawanan.

(13)

5

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk

memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:

 Belajar mengenai TMK

 Belajar melalui TMK

 Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar(PSSAS) mula diperkenalkan di Tahun 4 (Tahap 2) bagi murid pendidikan khas (Masalah Pembelajaran). Matapelajaran PSSAS merupakan gabungan empat disiplin ilmu iaitu Sains, Geografi/ Alam Sekitar, Sejarah dan Kemahiran Sosial.

Matlamat

Matlamat matapelajaran PSSAS adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan asas sains, menghargai alam

sekitar, mempunyai semangat patriotisme dan mampu berinteraksi secara positif dalam kehidupan harian.

Objektif

Matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar bertujuan untuk:

i. Menyemai minat murid bagi menguasai ilmu sains

melalui pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan

ii. Memberi peluang murid menguasai kemahiran

saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

iii. Membolehkan murid mengenali dan menghargai

alam sekitar.

iv. Memberi kefahaman tentang jati diri.

v. Membolehkan murid mengaplikasi kemahiran

komunikasi dan interaksi sosial yang positif

vi. Membimbing murid dengan sikap dan nilai-nilai

murni dalam kehidupan seharian.

Disiplin Ilmu

Matapelajaran ini melibatkan empat disiplin ilmu iaitu Sains, (40%),Geografi/ Alam Sekitar (20%),Sejarah(20%) dan Kemahiran Sosial(20%).

i. Sains

(14)

6

ii. Geografi/ Alam Sekitar

Mengembangkan pemikiran agar peka tentang alam sekitar,

mengetahui punca pencemaran yang mengakibatkan

bencana serta mengambil langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

iii. Sejarah

Memberi pengetahuan asas tentang sejarah Malaysia, mengenali identiti negara, mengetahui negeri-negeri dan masyarakat di Malaysia serta memupuk dan menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara.

iv. Kemahiran Sosial

Melatih dan membimbing murid dengan kemahiran komunikasi dan mengaplikasi interaksi sosial yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Rancangan Pendidikan Individu (RPI):

…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran

sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan pendidikan khas.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000

(15)

7 peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan

pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

 Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh

tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;

 Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring

dengan PdP;

 Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

 Merujuk standard prestasi yang dibina

berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

 Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

 Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang

murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.

Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian

(16)

8 balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan. Jadual 2 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 3 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran

Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar.

Tafsiran Umum

Jadual 2: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

MAKSUD TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN UMUM

Tahu 1

Murid tahu perkara asas, atau boleh

melakukan kemahiran asas atau

memberi respons terhadap perkara yang asas.

Tahu dan

Faham 2

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

Tahu, Faham dan Boleh

Buat

3

Murid menggunakan pengetahuan

untuk melaksanakan sesuatu

kemahiran pada suatu situasi. Tahu, Faham

dan Boleh Buat dengan

Beradab

4

Murid melaksanakan sesuatu

kemahiran dengan beradab, iaitu

mengikut prosedur atau secara

sistematik.

Murid melaksanakan sesuatu

kemahiran pada situasi baharu,

dengan mengikut prosedur atau

secara sistematik, serta tekal, dan

Murid berupaya menggunakan

(17)

9

Tafsiran Mata Pelajaran

Jadual 3: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran Sekolah

Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1

Murid tahu perkara berkaitan atau boleh memberi respons pada sebarang perkara berkaitan.

2 Murid tahu dan faham perkara yang dipelajari atau boleh memberi respons pada perkara yang dipelajari

3 Murid tahu dan faham perkara yang dipelajari dan boleh mengaplikasikannya pada situasi sebenar.

4

Murid tahu, faham dan boleh mengaplikasikan perkara yang dipelajari dengan beradab iaitu boleh mengikut cara yang betul.

5

Murid boleh menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(18)

10

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

(19)

11

(20)
(21)

13 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Mengetahui keperluan asas manusia

1.1.1 Menyatakan dan menghargai keperluan asas manusia untuk hidup:

i. makanan

ii. air

iii. udara

iv. tempat perlindungan

1.1.2 Menyata dan memerihalkan kepentingan air, makanan, udara dan tempat

perlindungan

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluan

asas manusia untuk hidup.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan keperluan asas manusia untuk hidup dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3

Menyatakan mengenai keperluan asas manusia untuk hidup dan kepentingannya kepada manusia dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Memilih gambar-gambar yang berkaitan keperluan asas manusia

untuk hidup dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asas manusia dan kepentingannya dalam kehidupan seharian pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betlul sera tekal dan bersikap positif.

6

(22)

14

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.1 Mengetahui keperluan asas haiwan

2.1.1 Menyebut keperluan asas haiwan untuk hidup:

i. makanan

ii. air

iii. udara

iv. tempat perlindungan

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluan

asas haiwan untuk hidup.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan keperluan asas haiwan untuk hidup dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menyatakan mengenai keperluan asas haiwan untuk hidup dengan

memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Memilih gambar-gambar haiwan dan keperluan asas haiwan untuk

hidup dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asas haiwan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

Menggabungkan pengetahuan berkenaan keperluan asas haiwan pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

(23)

15 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.2 Memahami jenis haiwan

2.2.1 Mengelaskan jenis haiwan mengikut makanan yang

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai haiwan.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan haiwan dan makanan yang dimakannya serta habitatnya dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Membezakan haiwan mengikut makanan yang dimakan serta habitatnya dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Mengasingkan gambar-gambar haiwan mengikut makanan yang

dimakan dan habitatnya dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai jenis haiwan mengikut makanan yang dimakan dan habitatnya pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(24)

16 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Mengetahui keperluan asas tumbuhan

3.1.1 Menyatakan keperluan asas tumbuhan untuk hidup

i. air ii. udara

iii. cahaya matahari

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keperluan

asas tumbuhan untuk hidup.

2

Memberi respons terhadap apa yang dipelajari berkaitan keperluan asas tumbuhan untuk hidup dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai keperluan asas tumbuhan untuk hidup

dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Mengasingkan gambar-gambar tumbuhan dan keperluan asas

tumbuhan untuk hidup dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keperluan asas tumbuhan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

Menggabungkan pengetahuan berkenaan keperluan asas

(25)

17 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.2 Memahami kepelbagaian tumbuhan

3.2.1 Membezakan tumbuhan

di darat dan air 1

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tumbuhan di darat dan air.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan tumbuhan yang tumbuh di darat dan air dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Membezakan antara tumbuhan di darat dan air dengan memberi

contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Mengasingkan gambar-gambar tumbuhan mengikut tempatnya

samada di darat atau di air dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kepelbagaian

tumbuhan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(26)

18

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.1 Mengetahui

4.1.1 Menyatakan cara

berkomunikasi di pejabat pos atau bank

i. membuat permintaan

secara sopan

ii. berbalas ucapan

iii. memberi ucapan

penghargaan

4.2.1 Melaksanakan aktiviti-aktiviti di pejabat pos atau bank dengan menggunakan ucapan bertatasusila dan tingkah laku yang

bersesuaian.

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cara-cara

berkomunikasi dan perlakuan di tempat awam

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan cara-cara berkomunikasi dan perlakuan yang betul ketika berada di pejabat pos/ bank dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Menyata dan mengapalikasikan kemahiran sosial melalui

pengucapan bertatasusila dan perlakuan yang betul ketika berada di pejabat pos/ bank .

4 Membandingbeza cara berkomunikasi dan perlakuan yang betul

dengan tidak betul ketika berada di pejabat pos/ bank.

5 Menghubungkaitkan pengetahun dan kemahiran sosial yang betul

ketika di pejabat pos/ bank pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(27)

19

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.3 Menjelaskan dengan contoh keadaan di pejabat pos atau bank

4.3.1 Menyatakan keadaan di

pejabat pos atau bank 1

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keadaan di pejabat pos/ bank.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai keadaan di pejabat pos/ bank dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menceritakan keadaan di pejabat pos atau bank dengan memberi

contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Menyatakan perbezaan keadaan di pejabat pos/ bank dengan

tempat awam yang lain dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keadaan di pejabat pos/ bank pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran sosial ketika di pejabat pos/bank pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan

(28)

20

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.1 Mengetahui

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai Bulan, Bumi

dan Matahari.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan dengan Bulan, Bumi dan Matahari dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai sistem suria dengan memberi

contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4

Membandingbeza gambar Bulan, Bumi dan Matahari daripada segi bentuk, saiznya dan kedudukannya secara sistemetik dalam sistem suria.

5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenal pasti sistem suria

pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(29)

21 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.2 Mengetahui kejadian siang dan malam

5.2.1 Memerihalkan kejadian siang

dan malam 1

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kejadian siang dan malam.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai kejadian siang dan malam dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai kejadian siang dan malam dan memberi

contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Mengelaskan kejadian siang dan malam berdasarkan

gambar-yang berkaitan dengannya mengikut cara betul. .

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kejadian siang dan malam pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(30)

22 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.3 Memahami unsur cuaca

5.3.1 Memerihalkan unsur cuaca

i. cahaya matahari

ii. hujan

iii. angin

iv. suhu

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cuaca.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai

cuaca dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Memberi respons/ menerangkan mengenai cuaca dan memberi

contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan cuaca dan

unsur-unsurnya dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai cuaca dan

kepentingannya dalam kehidupan seharian pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(31)

23 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.4 Mengetahui iklim di Malaysia

5.4.1 Memerihalkan ciri-ciri iklim Khatulistiwa

i. panas dan lembab sepanjang tahun

ii. suhu sekata 27ºC-32ºC

1 Memberi respons secara pada sebarang persoalan mengenai iklim

di Malaysia.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan iklim

di Malaysia dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai iklim di Malaysia dengan memberi

contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan iklim di Malaysia

dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai iklim di Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(32)

24

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6.1 Mengetahui

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai petroleum.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan kepentingan petroleum dalam kehidupan dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menghasilkan buku skrap mengenai petroleum dan kegunaannya

dalam kehidupan.

4 Mengelas gambar-gambar berkaitan petroleum dan

kepentingannya dalam kehidupan seharian dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai petroleum dan kegunaanya dalam kehidupan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

Menggabungkan pengetahuan berkenaan kepentingan petroleum dalam kehidupan pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan

(33)

25

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

7.1 Mengetahui

1 Memberi respons secara pada sebarang persoalan mengenai

sejarah Malaysia.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan sejarah penubuhan Malaysia berdasarkan tarikh dan peristiwa dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai sejarah penubuhan Malaysia dengan

memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Memilih gambar-gambarberkaitan dengan sejarah penubuhan

Malaysia dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(34)

26 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

8.1 Mengetahui identiti Malaysia

8.1.1 Menamakan identiti Malaysia

i. bunga kebangsaan

ii. bahasa kebangsaan

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai identiti

Malaysia.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan bunga kebangsaan dan bahasa kebangsaan dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai bunga dan bahasa kebangsaan dengan

memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membandingbezakan identiti Malaysia dengan identiti

negera-negera lain.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai identiti Malaysia dengan semangat patriotisme pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(35)

27 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

9.1 Mengetahui ciri fizikal objek

9.1.1 Menamakan objek yang timbul dan objek yang tenggelam di dalam air

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai objek yang

timbul dan yang tenggelam di dalam air .

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan ciri fizikal objek yang timbul dan tenggelam di dalam air dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Membezakan antara objek yang timbul dengan yang tenggelam

serta memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membandingbezakan antara objek yang timbul dengan objek yang

tenggelam dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai konsep tenggelam dan timbul sesuatu objek pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(36)

28 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

9.1.2 Menamakan objek yang menyerap dan objek yang tidak menyerap air.

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenaiobjek yang

menyerap air dan yang tidak menyerap air.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan ciri fizikal objek yang menyerap air dan tidak menyerap air dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3

Membezakan antara objek yang menyerap dengan yang tidak menyerap air serta memberi contoh-contoh yang berkaitan

dengannya.

4 Membandingbezakan antara objek yang menyerap atau tidak

menyerap air dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai konsep penyerapan sesuatu objek pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(37)

29 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

10.1 Mengetahui tentang tenaga elektrik

10.1.1 Mengenal pasti sumber tenaga elektrik

i. bateri

ii. dinamo

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tenaga

elektrik.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan sumber tenaga elektrik dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai sumber tenaga elektrik dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membandingbeza antara sumber tenaga elektrik dari bateri dan

dinamo dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai sumber tenaga

elektrik dan kepentingannya dalam kehidupan pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(38)

30 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

10.1.2 Membina litar ringkas elektrik dengan menggunakan bateri dan mentol

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai litar ringkas

elektrik.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan litar ringkas elektrik dan komponennya dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Membina litar ringkas elektrik yang lengkap.

4 Memilih komponen-komponen yang berkaitan dengan pembinaan

litar ringkas elektrik dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenaii litar elektrik pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(39)

31

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

10.2 Mengetahui

konduktor dan

penebat elektrik

10.2.1 Menamakan konduktor elektrik

i. logam

ii. air

10.2.2 Menyenaraikan bahan penebat elektrik

i. kayu

ii. getah

iii. kain

iv. kaca

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenaikonduktor

dan bahan penebat elektrik.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan konduktor dan penebat elektrik dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai konduktor dan penebat elektrik dengan

memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membezakan antara konduktor dan penebat elektrik berdasarkan

bahannya dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kegunaan konduktor dan penebat elektrik pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(40)

32 STANDARD

KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

11.1 Memahami kejadian jerebu

11.1.1 Memerihalkan kejadian jerebu

11.1.2 Menyenaraikan punca jerebu

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kejadian jerebu.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan

kejadian jerebu dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai kejadian dan punca jerebu dan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membandingbeza antara keadaan sebelum dengan selepas

kejadian jerebu berdasarkan gambar yang betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai kejadian dan punca jerebu dengan menggunakan pelbagai sumber secara tekal.

6

(41)

33

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

11.1.3 Menyatakan kesan kejadian jerebu

11.1.4 Menyatakan langkah- langkah keselamatan apabila berlaku jerebu

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kesan

kejadian jerebu kepada manusia dan persekitaran.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan kesan kejadian jelebu dan langkah langkah keselamatan apabila berlaku jerebu dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Menyatakan mengenai kesan jerebu dan langkah-langkah keselamatan apabila berlakunya kejadian jerebu serta memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membandingbezakan antara kesan kejadian jerebu dengan kejadian banjir/ tanah runtuh dengan menggunakan gambar yang betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kesan jerebu serta langkah-langkah keselamatan ketika kejadian jerebu pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(42)

34

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

12.1 Mengetahui kepentingan teknologi hijau

12.1.1 Menamakan aktiviti-aktiviti berkaitan teknologi hijau,

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai teknologi

hijau.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan kepentingan teknologi hijau dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menyatakan kepentingan dan aktiviti -aktiviti yang berkaitan

dengan teknologi hijau.

4 Mengelas gambar-gambar mengenai aktiviti-aktiviti yang berkaitan

teknologi hijau mengikut kepentingannya dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kepentingan teknologi hijau ke atas alam sekitar pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(43)

35

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

13.1 Mengetahui bendera negeri- negeri di Malaysia

13.1.1 Mengenal bendera negeri-

negeri di Malaysia 1

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai bendera negeri-negeri di Malaysia.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan bendera negeri-negeri di Malaysia dengan menggunakan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai bendera negeri-negeri di Malaysia dengan

memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membandingbezakan antara bendera-bendera negeri di Malaysia

dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai bendera negeri-negeri di Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(44)

36

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

14.1 Mengetahui

14.1.1 Menyatakan agama-agama utama masyarakat Malaysia

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai

agama-agama utama masyarakat Malaysia.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan tempat beribadat dan agama-agama utama masyarakat di Malaysia dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Menyatakan mengenai tempat beribadat dan agama-agama utama masyarakat di Malaysia dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Mengelaskan agama-agama utama masyarakat Malaysia mengikut

tempat-tempat beribadatnya dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai agama-agama utama masyarakat Malaysia pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

Menggabungkan pengetahuan berkenaan agama–agama utama

(45)
(46)

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

Referensi

Dokumen terkait

The extraction technique using different solvent polarity (n- hexane, chloroform, ethyl acetate and buthanol, respectively) was applied for the isolation of the

[r]

Judul Penelitian : Pengetahuan dan sikap kelompok resiko Lelaki Seks Lelaki (LSL) dalam pencegahan penularan HIV/AIDS. Nama :

Pencemaran juga bisa berarti berubahnya tatanan (komposisi) air atau udara oleh kegiatan manusia dan proses alam, sehingga kualitas air/ udara menjadi kurang atau tidak

Bahwa posita angka 4.2 gugatan Penggugat adalah tidak benar karena pada.. dasarnya Tergugat menyetujui Penggugat bekerja sejak pagi sampai

32 Tahun 2009 dijelaskan polusi atau pencemaran lingkungan adalah masuknya atau dimasukkannya makhluk hidup, zat energi, dan atau komponen lain ke

Kerangka kerja Pemanfaatan TIK sebagai media pemberdayaan perempuan di kampung cyber RT 36, Taman Sari, Kelurahan Patehan, diterapkan dengan menggunakan metode Partisipasi

JUDUL SKRIPSI: ALAT PENCETAK PAKAN IKAN DALAM BENTUK PELLET.. Menyatakan bahwa skripsi tersebut di atas bebas