• Tidak ada hasil yang ditemukan

DSKP PSSAS KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Tahun 6

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "DSKP PSSAS KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Tahun 6"

Copied!
48
0
0

Teks penuh

(1)

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL

DAN ALAM SEKITAR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TAHUN ENAM

(2)
(3)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL

DAN ALAM SEKITAR

TAHUN ENAM

(4)

Cetakan Pertama 2014

© Kementerian Pendidikan Malaysia

(5)
(6)
(7)

KANDUNGAN

MUKA SURAT

RUKUN NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT OBJEKTIF

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4 FOKUS MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR 5 PELAKSANAAN PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 7 PENTAKSIRAN SEKOLAH

(8)

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;

....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada: i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran

ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti iii susunan aktiviti; dan

iv bahan bantu mengajar

... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran

supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

MATLAMAT

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna

(9)

2

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi v. Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

(10)

3

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

Standard Prestasi

Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti di Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta  Menghasilkan idea atau produk atau kaedah

yang kreatif dan inovatif Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata pelajaran.

(11)

4

menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara

tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti yang positif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

 Mengamalkan sikap keusahawanan;

 Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;

 Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan

 Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

(12)

5

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:

 Belajar mengenai TMK

 Belajar melalui TMK

 Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar(PSSAS) mula diperkenalkan di Tahun 4 (Tahap 2) bagi murid pendidikan khas (Masalah Pembelajaran). Matapelajaran PSSAS merupakan gabungan empat disiplin ilmu iaitu Sains, Geografi/ Alam Sekitar, Sejarah dan Kemahiran Sosial.

Matlamat

Matlamat matapelajaran PSSAS adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan asas sains, menghargai alam

sekitar, mempunyai semangat patriotisme dan mampu berinteraksi secara positif dalam kehidupan harian.

Objektif

Matapelajaran Pendidikan Sains,Sosial dan Alam Sekitar bertujuan untuk:

i. Menyemai minat murid bagi menguasai ilmu sains melalui pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan ii. Memberi peluang murid menguasai kemahiran

saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

iii. Membolehkan murid mengenali dan menghargai alam sekitar.

iv. Memberi kefahaman tentang jati diri.

v. Membolehkan murid mengaplikasi kemahiran komunikasi dan interaksi sosial yang positif

vi. Membimbing murid dengan sikap dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Disiplin Ilmu

Matapelajaran ini melibatkan kepada empat disiplin ilmu iaitu Sains,(40%),Geografi/ Alam Sekitar (20%), Sejarah(20%) dan Kemahiran Sosial (20%).

i. Sains

(13)

6

ii. Geografi/ Alam Sekitar

Mengembangkan pemikiran agar peka tentang alam sekitar,mengetahui punca pencemaran yang mengakibatkan bencana serta mengambil langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

iii. Sejarah

Memberi pengetahuan asas tentang sejarah Malaysia,mengenali identiti negara, mengetahui negeri-negeri dan masyarakat di Malaysia serta memupuk dan menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara.

iv. Kemahiran Sosial

Melatih dan membimbing murid dengan kemahiran komunikasi dan mengaplikasi interaksi sosial yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

PELAKSANAAN PANDUAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

i. Panduan Pengajaran

Panduan pengajaran disediakan berpandukan Standard Kurikulum untuk membantu guru mengajar dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai teknik dan strategi pengajaran mengikut keperluan murid. Penglibatan murid yang aktif dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi murid.

ii. Panduan Pembelajaran

Panduan pembelajaran juga disediakan untuk kegunaan murid. Panduan ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan kebolehan murid bagi mencapai Standard Kandungan dan StandardPembelajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, antaranya adalah:

 Inkuiri

 Analisis Tugasan

 Belajar Melalui Bermain

 Pengajaran Bertema

 Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)

 Konstruktivisme

 Multi Sensori

 Pembelajaran Kontekstual

 Pembelajaran Interaktif

 Pembelajaran Koperatif

 Simulasi

 Pembelajaran Masteri

(14)

7

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Rancangan Pendidikan Individu (RPI):

…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran

sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan pendidikan khas.

( Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013) ...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,

2000)

RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

(15)

8

 Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;

 Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;

 Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

 Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

 Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

 Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan. Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran PSSAS.

Tafsiran Umum

TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD

TAFSIRAN UMUM

1 Tahu

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 Tahu dan Faham

Murid menunjukkan

kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta

(16)

9 kemahiran pada suatu situasi. sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.

6 dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

Tafsiran Mata Pelajaran

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1

Murid tahu perkara berkaitan atau boleh memberi respons pada sebarang perkara berkaitan. 2

Murid tahu dan faham perkara yang dipelajari atau boleh memberi respons pada perkara yang dipelajari . 3

Murid tahu dan faham perkara yang dipelajari dan boleh mengaplikasikannya pada situasi sebenar.

4

Murid tahu, faham dan boleh mengaplikasikan perkara yang dipelajari dengan beradab iaitu boleh mengikut cara yang betul.

5

Murid boleh menguasai dan mengaplikasi

pengetahuan dan kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(17)

10

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran Sekolah

Setiap guru perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif.Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.

(18)

11

(19)
(20)

13

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Mengenal pasti peringkat tumbesaran manusia

1.1.1 Menyatakan peringkat tumbesaran manusia

i. bayi

ii. kanak-kanak

iii. remaja

iv. dewasa

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tumbesaran

manusia.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai peringkat tumbesaran manusia dengan berpandukan bahan bantu mengajar.

3 Menyatakan mengenai peringkat tumbesaran manusia.dengan

memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Memilih dan menyusun gambar-gambar mengikut peringkat

tumbesaran manusia dengan cara yang betul.

5

(21)

14

6

(22)

15

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1.2 Memerihalkan mengenai makanan seimbang untuk tumbesaran

i. menamakan jenis-jenis

makanan seimbang

ii. mengelaskan jenis-jenis

makanan seimbang berpandukan piramid makanan

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai makanan

seimbang untuk tumbesaran.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan keperluan-keperluan makanan seimbang untuk tumbesaran dengan berpandukan piramid makanan

3 Menama dan mengelaskan jenis-jenis makanan seimbang untuk

tumbesaran dengan berpandukan piramid makanan.

4 Menyatakan jenis-jenis makanan yang seimbang untuk tumbesaran

dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai jenis-jenis makanan seimbang untuk tumbesaran pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(23)

16

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.1 Mengetahui jenis- jenis haiwan

2.1.1. Menyatakan cara pembiakan haiwan

i. beranak ii. bertelur

2.1.2 Menerangkan proses kitaran hidup haiwan yang :

i. beranak

ii. bertelur

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai haiwan.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan cara pembiakan haiwan dan proses kitaran hidup haiwan dengan

berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai jenis-jenis haiwan yang beranak dan bertelur

serta proses kitaran hidupnya.

4 Membanding beza jenis-jenis haiwan yang beranak dengan bertelur

serta proses kitaran hidupnya dengan betul.

5

(24)

17

6

(25)

18

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI (murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.2 Memahami kepentingan haiwan kepada manusia

2.2.1 Menerangkan kepentingan haiwan kepada manusia

i. sumber makanan

ii. pakaian

iii. pengangkutan

iv. pertanian

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kepentingan

haiwan kepada manusia.

2 Memberi respons terhadap apa yang dipelajari berkaitan kepentingan

haiwan kepada manusia dengan berpandukan bahan bantu mengajar.

3 Menerangkan mengenai kepentingan haiwan kepada manusia dengan

memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membanding beza haiwan mengikut kepentingnnya kepada manusia

dengan cara yang betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran mengenai haiwan dan kepentingannya kepada manusia pada situasi baharu dengan mengikut cara yang betul serta tekal dan bersikap postitif.

6

(26)

19

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Mengetahui

permintaan secara sopan

ii. berbalas ucapan

iii. memberi ucapan

penghargaan

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kemahiran sosial

di tempat awam.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan cara-cara berkomunikasi di perhentian bas atau stesen komuter atau jeti dengan bantuan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan cara-cara berkomunikasi ketika di perhentian bas atau

stesen komuter atau jeti

4 Membandingbeza cara-cara berkomunikasi yang betul ketika di

perhentian bas atau stesen komuter atau jeti.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi yang betul ketika di perhatian bas atau stesen komuter atau jeti dengan tempat-tempat awam yang lain pada situasi baharu, tekal dan bersikap positif.

6

(27)

20 (murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.2 Mengaplikasi kemahiran

3.2.1 Menyatakan cara yang betul ketika menaiki bas atau komuter atau bot atau feri

3.2.2 Melaksanakan aktiviti menaiki bas atau komuter atau bot atau feri sambil menggunakan ucapan

bertatasusila dan bertingkah laku yang bersesuaian.

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cara-cara

menaiki kenderaan awam.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan cara-cara menaiki bas atau komuter atau bot atau feri dengan menggunakan ucapan bertatasusila dan bertingkah laku yang bersesuaian.

3

Menunjukcara menaiki bas atau komuter atau bot atau feri dengan menggunakan pengucapan bertatasusila dan perlakuan yang betul.

4

Membanding beza cara berkomunikasi yang betul ketika menaiki bas atau komuter atau bot atau feri.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi serta perlakuan yang betul ketika melaksanakan aktiviti menaiki bas atau komuter atau bot atau feri pada situasi baharu dengan cara tekal dan bersikap positif

6

(28)

21

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.3 Menjelaskan dengan contoh keadaan di perhentian bas atau stesen komuter atau jeti

3.3.1 Mengenal pasti kemudahan yang terdapat di perhentian bas atau stesen komuter atau jeti

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai keadaan di

perhentian bas atau stesen komuter atau jeti. .

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai

keadaan dan kemudahan yang terdapat di perhentian bas atau stesen komuter atau jeti dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Menceritakan mengenai keadaan dan kegunaan kemudahan yang terdapat di perhentian bas atau stesen komuter atau jeti serta memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4

Membanding beza keadaan dan kemudahan yang terdapat di perhentian bas atau stesen komuter atau jeti dengan tempat-tempat awam yang lain dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai keadaan di perhentian bas atau stesen komuter atau jeti pada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran social ketika di tempat awam pada situasi baharu secara kreatif dan boleh berbicara

(29)

22

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.1 Mengenali hutan

4.1.1 Menamakan hidupan hutan I. flora

II. fauna

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai hidupan hutan.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan dengan

hidupan hutan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai hidupan hutan serta memberi contoh-contoh

yang berkaitan dengannya.

4 Membanding bezakan antara hidupan hutan flora dan fauna dengan

betul

5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai hidupan hutan pada masa

dahulu dan kini dengan betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(30)

23

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.2 Mengetahui kepentingan memelihara dan

memulihara alam

4.2.1 Menyatakan cara memelihara

dan memulihara hutan 1

Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

2 Memberi respons mengenai kepentingan memelihara dan memulihara

hutan dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Menyatakan kepentingan memelihara dan memulihara hutan kepada manusia dan persekitaran serta memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membandingkan antara memelihara dan memulihara hutan serta

kepentinganya kepada manusia dan persekitaran dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai cara-cara memelihara dan memulihara hutan serta kepentinganya kepada manusia dan persekitaran dengan betul serta tekal dan birsekap positif.

6

Menggabungkan pengetahuan mengenai cara-cara memelihara dan memulihara hutan serta kepentinganya kepada manusia dan persekitaran dengan betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan

(31)

24

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.1 Mengenal pasti pokok kelapa sawit

5.1.1 Menamakan bahagian-bahagian utama pokok kelapa sawit

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai pokok kelapa sawit.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan pokok

kelapa sawit dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Menerangkan mengenai bahagian-bahaian utama pokok kelapa sawit dan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4

Menyatakan mengenai bahagian-bahagian utama pokok kelapa sawit dengan betul.

5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai pokok kelapa sawit dengan

pokok-pokok lain dengan betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(32)

25

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.2 Mengetahui kepentingan kelapa sawit

5.2.1 Menyatakan kegunaan kelapa sawit.

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai pokok kelapa sawit.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan kegunaan kelapa sawit dalam kehidupan dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Menerangkan tentang kelapa sawit dan kegunaannya dalam kehidupan seharian

.

4

Menyusun gambar-gambar yang berkaitan dengan kepentingan dan kegunaan kelapa sawit dalam kehidupan seharian dengan betul

5

Menghubungkaitkan pengetahuan berkaitan kelapa sawit dan kepentingannya dalam kehidupan seharian dengan betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(33)

26

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6.1 Mengetahui tokoh negara

6.1.1 Menamakan pemimpin negara i. DYMM Yang Di

Pertuan Agong Ii, Perdana Menteri

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai pemimpin

negara.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan

pemimpin negara dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menamakan jawatan dan pemimpin negera semasa.

4 Membanding beza peranan toko negara DYMM Yang Dipertuan

Agong dengan Perdana Menteri Malaysia dengan betul.

5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenali pemimpin negara sendiri

dengan betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(34)

27

STANDARD KANDUNGAN

(muriddibimbinguntuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

7.1 Mengetahui prinsip Rukun Negara

7.1.1 Membaca prinsip Rukun Negara.

7.1.2 Menyatakan cara-cara yang betul melafazkan ikrar prinsip Rukun Negara

7.1.3 Melafazkan ikrar prinsip Rukun Negara mengikut susunan

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai Rukun Negara.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan prinsip Rukun

Negara dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan dan melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan

menunjukkan cara-cara melafazkannya mengikut susunannya.

4 Melafazkan ikrar prinsip Rukun Negara dengan betul.

5 Menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran melafazkan ikrar prinsip –

prinsip Rukun Negara dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6 Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran melafazkan ikrar prinsip –

(35)

28

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

8.1 Memahami proses tumbesaran tumbuhan

8.1.1 Memerihalkan keperluan tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis

i. cahaya matahari

ii. air iii. udara

1 Memberi respons pada sebarang persoalan berkaitan proses

tumbesaran tumbuhan.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan proses

tumbesaran tumbuhan dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Menerangkan mengenai proses tumbesaran tumbuhan dan keperluannya ketika menjalankan proses fotosentisis dengan menggunakan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membanding bezakan antara keperluan-keperluan tumbuhan semasa

proses fotosintesis dan membuat inferens mengenainya.

5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai proses tumbesaran

tumbuhan secara kreatif, tekal dan bersikap positif.

6

(36)

29

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

8.2 Mengenal cara pembiakan tumbuhan

8.2.1 Menyatakan cara pembiakan tumbuh-tumbuhan

i. biji benih ii. anak pokok iii. keratan batang iv. daun

v. batang bawah tanah vi. spora

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cara-cara

pembiakan tumbuh-tumbuhan.

2 Memberi respons terhadap apa yang dipelajari berkaitan cara-cara

pembiakan tumbuhan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menyatakan cara-cara pembiakan tumbuh-tumbuhan dengan

memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membanding beza cara-cara pembiakan antara tumbuh-tumbuhan

dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai cara-cara pembiakan tumbuh-tumbuhan ada situasi baharu dengan cara yang betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(37)

30

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

8.3 Memahami kepentingan tumbuhan kepada manusia

8.3.1 Menyenaraikan kepentingan tumbuhan kepada manusia:

i. sumber makanan

ii. perubatan

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kepentingan

tumbuhan kepada manusia.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan

kepentingan tumbuhan kepada manusia dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai kepentingan tumbuhan kepada manusia dengan

menggunakan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membandingbeza antara kepentingan tumbuhan kepada manusia

dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai pelbagai tumbuhan dan kepentingannya kepada manusia pada situasi baharu dengan betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(38)

31

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

9.1 Memahami ciri- ciri bahan

9.1.1 Mengelaskan bahan yang : i. larut dan tidak

larut dalam air

ii. berrmagnet dan tidak bermagnet

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai bahan yang

larut dan bermagnet.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan ciri-ciri

bahan dengan berpandukan gambar atau video.

3 Mengelaskan bahan mengikut ciri-cirinya dengan menggunakan

contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membanding beza bahan mengikut ciri-cirinya dengan betul.

5

.

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai ciri-ciri bahan pada situasi baharu dengan betul serta tekal dan bersikap positif..

6

Menggabungkan pengetahuan mengenai ciri-ciri bahan pada situasi baharu dengan betul, kreatif dan boleh berbicara mengenainya dengan menggunakan ayat yang sesuai serta boleh dicontohi.

(39)

32

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

10.1Mengetahui sumber haba

10.1.1 Menyatakan kepentingan sumber haba kepada manusia

i. matahari

ii. bahan api seperti petroleum dan gas

iii. makanan

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai sumber haba.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai

kepentingan sumber haba kepada manusia dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menceritakan mengenai kepentingan sumber haba kepada manusia

dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membanding beza antara sumber-sumber haba kepada manusia dengan

betul.

5

Menghubungkait pengetahuan mengenai sumber haba dan

kepentingannya kepada manusia dengan betul dan tekal serta bersikap positif

6

(40)

33

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

10.2 Mengetahui

alat penyukat haba

10.2.1 Mengenali termometer sebagai alat penyukat haba

10.2.2 Menjalankan aktiviti menyukat haba dengan menggunakan termometer.

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai alat penyukat

haba.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan

thermometer dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menunjukcara menggunakan termometer untuk menyukat haba dengan

memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Membandingbezakan antara suhu-suhu haba dengan menggunakan

termometer melalui akiviti menyukat suhu dengan cara betul.

5 Menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran menyukat haba

dengan termometer pada situasi baharu dan tekal serta bersikap positif..

6

(41)

34

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

10.3 Memahami

10.3.1 Memerihalkan kepentingan tenaga elektrik kepada manusia

10.3.2 Menjelaskan kepentingan menggunakan tenaga elektrik secara berhemah.

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tenaga elektrik.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai tenaga elektrik dan kepentingannya kepada manusia dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai kepentingan tenaga elektrik kepada manusia

dan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

4 Menyusun gambar-gambar berkaitan tenaga elektrik dan kepentingannya

kepada manusia serta cara-cara menggunakannya dengan betul.

.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kepentingan tenaga elektrik kepada manusia dan cara-cara menggunakan dengan cara yang betul dan tekal serta bersikap positif.

6

(42)

35

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

11.1 Memahami kejadian ribut

11.1.1 Memerihalkan kejadian ribut

11.1.2 Menjelaskan situasi ketika kejadian ribut

11.1.3 Menerangkan kesan kejadian ribut

11.1.4 Menerangkan langkah- langkah keselamatan apabila berlaku kejadian ribut

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kejadian ribut.

2 Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari mengenai kejadian

ribut dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menerangkan mengenai kejadian ribut dan memberi contoh-contoh situasi

yang berkaitan dengannya serta langkah langkah keselamatan.

4

Menyusun gambar-gambar mengenai kejadian ribut dan situasi yang berkaitan dengannya serta langkah-lanagkah keselamatan apabila berlaku kejadian ribut dengan betul.

5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kejadian ribut pada situasi

baharu dengan betul serta tekal dan bersikap positif.

6

(43)

36

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

12.1 Mengetahui kepentingan tanaman

12.1.1 Membezakan tanaman: i. berbunga

ii. tidak berbunga iii. berbuah

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai kepentingan

tanaman.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan kepentingan tanaman dalam kehidupan dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Membezakan antara tanaman berbunga, tidak berbunga dan berbuah serta kepentingannya kepada manusia.

.

4

Membanding beza jenis tanaman dan kepentingannya dalam kehidupan seharian dengan betul

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai tanaman dan

kepentinganya dalam kehidupan seharian dengan betul dan tekal serta bersikap positif.

6

(44)

37

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

12.2 Aplikasi projek penghijauan kawasan sekolah

12.2.1 Menanam tumbuh-tumbuhan

12.2.2 Menjaga tanaman

i. menyiram

ii. merumput

iii. menggembur

iv. membaja

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai cara menanam dan

menjaga tumbuh-tumbuhan.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan cara menanam dan menjaga tumbuhan dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3 Menyedia dan menghasilkan projek penghijauan kawasan sekolah

.

4 Menjalankan projek penghijauan kawasan sekolah dengan terancang.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran mengenai penanaman dan penjagaan tumbuhan dengan cara yang betul dalam projek penghijauan kawasan sekolah.

6

(45)

38

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

13.1 Mengenal tempat- tempat

menarik di Malaysia

13.1.1 Menamakan tempat-tempat menarik di Malaysia

i. tempat bersejarah ii. tempat pelancongan

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai tempat-tempat

menarik di Malaysia.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan tempat-tempat menarik di Malaysia dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Menghasilkan buku skrap mengenai tempat bersejarah dan tempat perlancongan yang menarik di Malaysia.

.

4

Membanding beza antara tempat bersejarah dan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia denga betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia dengan menggunakan contoh-contoh yang berkaitan secara tekal dan bersikap positif.

6

(46)

39

STANDARD KANDUNGAN

(murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk …….)

STANDARD PRESTASI

(murid boleh…..)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

14.1 Mengetahui

14.1.1 Menyatakan perayaan -perayaan utama masyarakat di Malaysia.

i. Hari Raya Aidilfitri

ii. Tahun Baru Cina

iii. Deepavali

iv. Hari Krismas

v. Pesta Keamatan

vi. Hari Gawai

1 Memberi respons pada sebarang persoalan mengenai

perayaan-perayaan utama masyarakat di Malaysia.

2

Memberi respons terhadap apa yang telah dipelajari berkaitan perayaan-perayaan utama masyarakat di Malaysia dengan berpandukan bahan bantu belajar.

3

Menghasilkan buku skrap mengenai perayaan-perayaan utama masyarakat di Malaysia.

.

4

Membanding beza antara perayaan-perayaan utama masyarakat di Malaysia dengan betul.

5

Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman mengenai perayaan-perayaan utama masyarakat di Malaysia dengan betul,tekal dan bersikap positif

6

(47)
(48)

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

Referensi

Dokumen terkait

Instrumen pengukuran kognitif Mini Mental Status Examination (MMSE) Mini Mental Status Examination merupakana pemeriksaan status mental singkat dan mudah diaplikasikan yang

Pencemaran juga bisa berarti berubahnya tatanan (komposisi) air atau udara oleh kegiatan manusia dan proses alam, sehingga kualitas air/ udara menjadi kurang atau tidak

Magnet permanen adalah suatu bahan yang dapat menghasilkan medan magnet yang besarnya tetap tanpa adanya pengaruh dari luar atau disebut magnet alam karena

Bahwa posita angka 4.2 gugatan Penggugat adalah tidak benar karena pada.. dasarnya Tergugat menyetujui Penggugat bekerja sejak pagi sampai

(A chemical compound is a substance that consists of atoms of two or more different elements bonded together.) In the chemical formula for water the letters H and O are the

Penggunaan bahan pengganti sebagian semen (SCM) melalui komposisi campuran yang inovatif akan mengurangi jumlah semen yang digunakan sehingga dapat mengurangi emisi gas-gas rumah

Timah Hitam berakumulasi di rambut sehingga dapat dipakai sebagai indikator untuk memperkirakan tingkat pemajanan atau kandungan Pb dalam tubuh Anak-anak merupakan kelompok

A minor character is someone with a lot of parts and important to the story, but not fully needed and still interact with or grab the attention of those main