KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL
DAN ALAM SEKITAR
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
TAHUN EMPAT
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL
DAN ALAM SEKITAR
TAHUN EMPAT
Cetakan Pertama 2013
© Kementerian Pendidikan Malaysia
KANDUNGAN
MUKA SURAT
RUKUN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA KANDUNGAN
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR 5
Matlamat Objektif Disiplin Ilmu
PELAKSANAAN PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6
PENTAKSIRAN SEKOLAH 7
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan;
“ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat
Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat di kembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
2
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri
Rajah 1 : Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
3
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran.
4
aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan.Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam menangani cabaran abad ke-21.Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan.Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaranTeknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan
secara tersurat.Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
5
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar(PSSAS) mula diperkenalkan di Tahun 4 (Tahap 2) bagi murid pendidikan khas (Masalah Pembelajaran). Mata pelajaran PSSAS merupakan gabungan empat disiplin ilmu iaitu Sains, Geografi/ Alam Sekitar, Sejarah dan Kemahiran Sosial.
Matlamat
Matlamat mata pelajaran PSSAS adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan asas sains, menghargai alam sekitar, mempunyai semangat patriotisme dan mampu berinteraksi secara positif dalam kehidupan harian.
Objektif
Mata pelajaran Pendidikan Sains,Sosial dan Alam Sekitar bertujuan untuk:
i. Menyemai minat murid bagi menguasai ilmu sains melalui pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan ii. Memberi peluang murid menguasai kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
iii. Membolehkan murid mengenali dan menghargai alam sekitar.
iv. Memberi kefahaman tentang jati diri.
v. Membolehkan murid mengaplikasi kemahiran komunikasi dan interaksi sosial yang positif
vi. Membimbing murid dengan sikap dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Disiplin Ilmu
Mata pelajaran ini melibatkan kepada empat disiplin ilmu iaitu Sains, (40%),Geografi/ Alam Sekitar (20%),Sejarah(20%) dan Kemahiran Sosial(20%).
i. Sains
Menyemai minat murid terhadap ilmu sains melalui pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan. Sains juga dapat mendidik murid dengan kemahiran saintifik dan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
ii. Geografi/ Alam Sekitar
6
bencana serta mengambil langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
iii. Sejarah
Memberi pengetahuan asas tentang sejarah Malaysia,mengenali identiti negara, mengetahui negeri-negeri dan masyarakat di Malaysia serta memupuk dan menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara.
iv. Kemahiran Sosial
Melatih dan membimbing murid dengan kemahiran komunikasi dan mengaplikasi interaksi sosial yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
PELAKSANAAN PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
i. Panduan Pengajaran
Panduan pengajaran disediakan berpandukan Standard Kurikulum untuk membantu guru mengajar dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai teknik dan strategi pengajaran mengikut keperluan murid. Penglibatan murid yang aktif dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi murid.
ii. Panduan Pembelajaran
Panduan pembelajaran juga disediakan untuk kegunaan murid. Panduan ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan kebolehan murid bagi mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, antaranya adalah:
Inkuiri
Analisis Tugasan
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran Bertema
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Definisi Rancangan Pendidikan Individu
Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
7
RPI ialah suatu rancangan pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas.RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan.Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang.PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
8
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan. Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran PSSAS.
Tafsiran Umum
TAHAP
PENGUASAAN MAKSUD
TAFSIRAN UMUM
1 Tahu
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 Tahu dan Faham
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
Tahu, Faham dan Boleh
Buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
9
Terpuji secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.
6
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.
Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
Tafsiran mata pelajaran
Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1
Murid tahu pengetahuan asas dalam disiplin ilmu PSSAS
2
Murid tahu dan faham pengetahuan asas dalam disiplin ilmu PSSAS
3
Murid tahu dan faham pengetahuan asas dalam disiplin ilmu PSSAS dan boleh mengaplikasikannya dalam situasi yang sebenar.
4
Murid tahu, faham dan boleh mengenalpasti perbezaan dan perhubungan antara komponen pengetahuan asas dalam disiplin ilmu PSSAS.
5
Murid boleh menguasai dan mengaplikasi pengetahuan asas dalam disiplin ilmu PSSAS dengan menggunakan pelbagai sumber dan strategi dalam situasi baru.
6
Murid berupaya menguasai dan mengaplikasi
10
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran Sekolah
Setiap guru perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif.Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.
13
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
( murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 1.1 Mengetahui
benda-benda di sekeliling
1.1.1 Mengenal pasti benda-benda di sekeliling: i. benda hidup ii benda bukan hidup 1.1.2 Menyenaraikan benda
hidup dan benda bukan hidup di persekitaran: i. sekolah ii. rumah
1 Menunjukkan/ menamakan/ menyebut nama benda-benda hidup dan bukan hidup di sekeliling.
2 Menerang/ membezakan benda-benda hidup dan bukan hidup di sekeliling.
3 Menjelaskan mengenai benda-benda hidup dan bukan hidup dengan menggunakan contoh-contoh benda di sekeliling.
4 Membanding bezakan/ mengelaskan benda-benda hidup dan bukan hidup di sekeliling berdasarkan pengalaman sedia ada.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai benda-benda hidup dan bukan hidup di sekeliling dengan menggunakan pelbagai sumber.
14
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 1.2 Mengetahui ciri-ciri
benda hidup dan benda bukan hidup
1.2.1 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup:
i. bernafas
ii. makan dan minum iii. bergerak
iv. membesar v. membiak
1 Menyatakan secara am ciri –ciri benda hidup dan benda bukan hidup.
2 Menerangkan/ menjelaskan/ membezakan ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.
3 Menunjukkan/ mengelaskan benda hidup dan benda bukan hidup berdasarkan ciri-cirinya.
4 Menjelaskan mengenai ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai ciri-ciri benda hidup dan bukan hidup dengan menggunakan pelbagai cara.
6
15
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 2.1 Mengetahui fungsi
deria manusia
2.1.1 Menamakan anggota deria manusia:
2.1.2 Menyatakan fungsi anggota deria manusia:
i. mata : melihat ii. telinga : mendengar iii. hidung : menghidu iv. lidah: merasa
v. kulit : sentuhan
1 Mengecam /menunjukkan /menamakan anggota deria manusia
fungsi anggota deria manusia
2 Menerangkan/ menyatakan nama anggota dan fungsinya kepada manusia.
3 Menunjukkan/menentukan/ menyatakan nama anggota deria manusia dan menjelaskan fungsinya kepada manusia.
4 Membanding bezakan anggota,dan fungsi deria manusia dengan haiwan.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai anggota dan fungsi deria manusia dengan benda-benda lain.
6 Menggabungkan pengetahuan mengenai
16
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 3.1 Mengetahui tentang
haiwan dan bahagian tubuh haiwan
3.1.1 Mengenal haiwan peliharaan dan haiwan liar:
i. nama haiwan ii. bunyi haiwan iii. pergerakan haiwan iv. tempat tinggal haiwan
1
Mengecam/menamakan/ menunjukkan gambar haiwan peliharaandan haiwan liar secara rawak berdasarkan:
Menyatakan nama /memadankan gambar haiwan peliharaan dan haiwan liar berdasarkan
bunyi haiwan
tempat tinggal haiwan
3 Menunjukcara pergerakkan dan bunyi haiwan peliharaan dan haiwan liar berdasarkan gambar atau video.
4 Membanding bezakan haiwan peliharaan dan haiwan liar berdasarkan tempat tinggal dan persekitarannya.
17
6 Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran mengenal haiwan dengan benda-benda lain secara kreatif dan inovatif dalam situasi yang baru.
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 3.1.2 Menama dan melabelkan
bahagian tubuh haiwan: i. ikan
ii. burung iii. lembu
1 Mengecam/menamakan/ menunjukkan gambar bahagian-bahagiantubuh haiwan
2 Memadan/melabelkan/ menerangkan mengenai bahagian-bahagian tubuh haiwan.
3
Melukis / melabel bahagian tubuh haiwan.
4 Membezakan antara bahagian tubuh haiwan dengan haiwan yang lain.
5 Menghubung kaitkan pengetahuan tentang
bahagian-bahagian tubuh haiwan dengan haiwan-haiwan lain dalam situasi yang baru.
18
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 4.1 Mengetahui asas
kemahiran sosial
4.1.1 Meyatakan keadaan di pasar raya atau pasar mini.
4.1.3 Memerihal cara
berkomunikasi di pasar raya atau pasar mini.
1 Menyatakan/memerihalkan keadaan persekitaran serta menunjukkan perlakuan yang sesuai di pasar raya atau pasar mini.
2 Memerihal/ menerangkan keadaan dan cara
berkomunikasi yang sesuai di pasar raya atau pasar mini.
3 Melakonkan/ menunjukkan cara-cara berkomunikasi di pasar raya atau pasar mini.
4 Membezakan keadaan di pasar raya atau pasar mini dengan tempat lain serta cara-cara berkomunikasi yang sepatutnya.
5 Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi di pasar raya atau pasar mini dalam persekitaran yang baru.
6 Mengadaptasi keadaan persekitaran dan
19
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN (murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 1.1 4.1.2 Mengenal pasti
1.2 kemudahan yang 1.3 terdapat di pasar raya 1.4 atau pasar mini
1 Menyatakan/ memerihalkan secara am tentang kemudahan-kemudahanyang terdapat di pasar raya atau pasar mini.
2 Menerangkan/ menjelaskan tentang kemudahan-kemudahan yang terdapat di pasar raya atau pasar mini.
3
Menjelaskan tentang kemudahan-kemudahan lain yang terdapat dipasar raya atau pasar mini
dengan menggunakan contoh-contoh yang berkaitan.
4 Membezakan kemudahan-kemudahan yang terdapatdi pasar raya dengan pasar mini.
5
Merencana/mencadangkan kemudahan-kemudahan lainyang perlu disediakan di pasar raya atau pasar mini dan sebab-sebab
keperluannya kepada manusia.
20
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 4.2 Mengaplikasi
kemahiran
sosial di pasar raya atau pasar mini
4.2.1 Melaksanakan aktiviti membeli belah di pasar raya atau pasar mini.
4.2.2 Menunjukkan tingkahlaku yang bersesuaian mengikut
i. membuat permintaan secara sopan
ii. berbalas ucapan iii. memberi ucapan
penghargaan
4.2.4 Menggunakan panggilan yang bersesuaian mengikut situasi.
1 Menyatakan perlakuan, pengucapan dan panggilan yang biasa dilakukan ketika membeli belah di pasar raya atau pasar mini.
2 Menunjukkan perlakuan, pengucapan bertatsusila dan panggilan yang sesuai ketika membeli belah di pasar raya atau di pasar mini.
3
Melaksanakan perlakuan, pengucapan
bertatasusila dan panggilan yang bersesuaian ketika membeli belah di pasar raya atau di pasar mini.
4
Membanding bezakan perlakuan, pengucapan bertatasusila dan panggilan yang bersesuaian ketika membeli belah di pasar raya atau di pasar mini dengan tempat-tempat lain.
5
21
22
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI (murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 5.1 Mengetahui bentuk
muka bumi
5.2 Menghargai pengetahuan tentangbentuk muka bumi
5.1.1 Menamakan bentuk muka bumi
i. tanah tinggi seperti gunung dan bukit ii. tanah pamah seperti
lembangan sungai, paya dan tasik
iii. pinggir laut seperti pantai dan tebing tinggi
5.2.1 Memerihal kepentingan bentuk muka bumi
5.2.2 Menghasilkan model bentuk muka bumi seperti tanah tinggi atau tanah pamah atau pinggir laut
1 Menyebut/ menunjukkan gambar/ menamakan bentuk muka bumi di tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut.
2
Menerangkan/ menjelaskan tentang bentuk muka bumi di di tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut dan kepentinganya kepada manusia.
3 Melabelkan/ mengelaskan bentuk muka bumi di tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut mengikut kepentingannya.
4 Membandingbezakan bentuk muka bumi di antara tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut
5 Memerihalkan kepentingan bentuk muka bumi di tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut kepada manusia dan alam sekitar.
6
23
6. SUMBER
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 6.1 Mengetahui
kegunaan air
6.1.1 Menyenaraikan sumber air 6.1.2 Menyatakan kepentingan air
1 Menunjukkan gambar mengenai sumber-sumber air dan menyatakan kepentingannya.
2 Menerangkan/ menjelaskan mengenai sumber-sumber air dan kepentingannya kepada
manusia.
3 Mengelas/ membezakan antara
sumber-sumber air dan kegunaan serta kepentingannya kepada alam sekitar.
4 Membanding bezakan kegunaan dan kepentingan air dalam kehidupan seharian.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan tentang punca air dan kegunaannya dalam pelbagai situasi kehidupan manusia.
6
24
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 6.2 Mengetahui perihal
pencemaran air
6.2.1 Menyenaraikan punca pencemaran air
6.2.2 Menyatakan kesan pencemaran air 6.2.3 Memerihalkan cara mengawal
pencemaran air
1 Menyatakan/ memerihalkan punca dan kesan pencemaran air.
2 Menjelaskan/ menerangkan mengenai punca-punca dan kesan-kesan pencemaran air.
3 Melabelkankan punca-punca dan kesan-kesan pencemaran air kepada manusia dengan betul.
4 Membanding bezakan punca dan kesan pencemaran air kepada manusia dan alam sekitar.
5
Menghubungkaitkan punca dan kesan pencemaran air dan cara mengawal
pencemaran air dengan menggunakan pelbagai contoh.
25
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 7.1 Mengetahui sejarah
kemerdekaan negara
7.1.1.Memerihalkan kemerdekaan negara
i. tarikh ii. tempat iii. tokoh
1 Melabelkan/ memadankan/ menyatakan secara am mengenai sejarah kemerdekaan negara.
2 Memerihalkan/ menerangkan mengenaisejarah kemerdekaan negara berdasarkan tarikh dan tempat.
3 Menjelaskan tentang sejarah kemerdekaan negara dengan merujuk kepada tarikh, tempat dan tokoh kemerdekaan.
4 Menghuraikan perihalkan kemerdekaan negara dengan menggunakan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai sejarah kemerdekaan dan semangat cintakan negaradengan menggunakan pelbagai sumber.
6
26
8. IDENTITI MALAYSIA
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 8.1 Mengetahui identiti
Malaysia
8.1.1 Menyatakan maksud Jalur Gemilang
i. warna ii. jalur iii. lambang 8.1.2 Menyanyikan lagu
kebangsaan
1 Mengecam/ menunjukkan/menamakan bendera Malaysia.
Menyebut lirik lagu kebangsan.
2
Memerihalkan/ menerangkan ciri-ciri Jalur Gemilang berdasarkan warna, jalur dan lambangnya.
Menerangkan maksud lagu kebangsaan‘Negaraku’
3
Melukis dan mewarna/ menghuraikan/ menjelaskan maksud Jalur Gemilang
Menyanyikan lagu Negaraku dengan betul.
4
Melukis, mewarna dan mempamerkan Jalur Gemilang mengikut kreativiti.
Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat sambil memerhatikan Jalur Gemilang.
5 Menghubungkaitkan Jalur Gemilang dengan lagu Negaraku dan semangat patriotik.
6
27
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 9.1 Mengetahui
tentang tumbuhan dan bahagian tumbuhan
9.1.1 Mengenal pasti tumbuhan yang terdapat di sekeliling seperti rumput, paku pakis, pokok bunga, pokok pisang dan pokok kelapa 9.1.2 Menama dan melabelkan
1 Mengecam/menunjuk/menamakan tumbuhan dan bahagian-bahagiannya secara am.
2 Menyatakan/menerangkan nama dan bahagian tumbuhan dengan berpandukan gambar atau video.
3 Melukis/melabelkan/ memadankan bahagian-bahagian tumbuhan dengan tumbuhan.
4 Membandingbezakan tumbuhan dan bahagian-bahagiannya dengan tumbuhan-tumbuhan lain.
5 Menulis laporan / teks ringkas dan melukis gambar mengenai tumbuhan dan bahagian tumbuhan yang ada di persekitaran.
28
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI (murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 9.2 Memahami
kepelbagaian tumbuhan
9.2.1 Mengenal pasti tumbuhan mengikut ciri:
i. berduri ii. berbunga iii. batang berkayu iv. batang tidak
berkayu
1 Menamakan/ menyebut nama pelbagai tumbuhan mengikut ciri-cirinya secara rawak
2 Memerihalkan / menerangkan mengenai kepelbagaian tumbuhan mengikut ciri-cirinya.
3 Menjelas / mengelaskan tumbuhan mengikut ciri-cirinya.
4 Membezakan kepelbagaian tumbuhan dengan berpandukan ciri-cirinya.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kepelbagaian tumbuhan dengan tumbuhan lain dalam persekitaran yang berbeza.
29
10. OBJEK
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 10.1 Mengetahui ciri
fizikal objek
10.1.1 Mengenalpasti ciri fizikal objek:
i. bentuk asas bongkah: kubus, kuboid, kon, silinder, piramid dan
sfera
ii. saiz: besar dan kecil, tinggi dan rendah, panjang dan pendek
1 Mengecam/menunjukkan objek mengikut bentuk, saiz, ketinggian dan kepanjangan secara rawak.
2 Menjelas/melabel objek mengikut bentuk, saiz, ketinggian dan kepanjangan.
3 Membezakan objek mengikut bentuk, saiz, ketinggian dan kepanjangan.
4 Menjelas/melabel / mengelaskan bentuk, saiz, ketinggian dan kepanjangan objek.
5
Menghubungkaitkan pengetahuan dan
kemahiran mengenal ciri-ciri fizikal objek dengan objek-objek yang lain dalam persekitaran yang baru.
30
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 11.1 Mengetahui tentang
sumber cahaya
11.1.1 Mengenal pasti sumber cahaya
i. matahari ii. lampu iii. lampu suluh iv api
11.1.2 Membezakan keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan
1 Mengecam/ menama/ menunjukkan sumber-sumber cahaya secara am.
2
Menunjuk/melabelkan sumber-sumber cahaya dengan berpandukan gambar.
3
Menerangkan mengenai/menggunakan sumber-sumber cahaya.
4
Membezakan antara sumber-sumber cahaya dengan tahap keterangannya.
5 Menguji dan membuat andaian tentang perkaitan antara cahaya dengan keadaan persekitaran melalui penyiasatan.
6
31
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 11.2 Mengaplikasi
pengetahuan tentang pembentukan bayang-bayang
11.2.1Menentukan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti
11.2.2Mencipta permainan bayang-bayang dengan menggunakan tangan
1 Menamakan secara am rupa-rupa yang boleh dihasilkan melalui permainan bayang-bayang.
2 Memerihal/menjelaskanbagaimana pembentukan bayang-bayang boleh terjadi dengan bimbingan guru.
3 Menunjukkan cara untuk menghasilkan bayang-bayang melalui permainan bayang-bayang-bayang-bayang.
4 Menghurai/menerangkan bagaimana bayang-bayang boleh dihasilkan.
5 Mentaksir rupa-rupa yang dihasilkan melalui aktiviti permainan bayang-bayang.
32
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 12.1 Memahami
kejadian banjir dan tanah runtuh
2.1.1 Memerihalkan kejadian banjir dan tanah runtuh 12.1.2 Menyenaraikan punca kejadian banjir dan tanah runtuh
1 Menyatakan secara am kejadian dan punca-punca kejadian banjir dan tanah runtuh melalui pengalaman atau gambar.
2 Memperihalkan kejadian dan punca-punca banjir dan tanah runtuh melalui gambar.
3 Menerangkan mengenai kejadian dan punca-punca banjir dan tanah runtuh dengan berpandukan gambar atau video.
4 Menjelaskan dengan menggunakan gambar mengenai kejadian dan punca banjir dan tanah runtuh.
5 Menghubungkaitkan kejadian dan punca banjir dan tanah runtuh dengan menggunakan pelbagai bahan sokongan dalam situasi yang berbeza.
33
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
12.1.3 Menyatakan kesan kejadian banjir dan tanah runtuh
1 Menyatakan secara am kesan kejadian banjir dan tanah runtuh kepada manusia dan persekitaran.
2 Memerihalkan kesan kejadian banjir dan tanah runtuh dengan beerpandukan gambar.
3 Membezakan keadaan sebelum dan selepas kejadian banjir dantanah runtuh dengan berpandukan gambar.
4
Menghuraikan/ menulis cerita pendek mengenai kejadian dan punca-punca banjir dan tanah runtuh serta kesannya kepada manusia dan alam sekitar.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan mengenai kejadian banjir dan tanah runtuh serta cara-cara untuk mengatasinya dari berlaku.
6 Menggabungkan pengetahuan mengenai kejadian banjir dan tanah runtuh dengan
34
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 13.1 Memahami
kepentingan kitar semula
13.1.1 Mengenal pasti bahan kitar semula
1 Mengecam/menamakan secara am bahan yang boleh dikitar semula serta simbol dan warna tong kitar semula.
2 Menunjukkan/ melabelkan/ memberi contoh bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan kegunaannya kepada manusia.
3
Menggumpulkan bahan-bahan kitar semula mengikut jenis bahan dan memasukkannya ke dalam tong kitar semula mengikut warna tongnya.
4
Mengasing/mengkategorikan bahan-bahan kitar semula dan menyatakan kepentingan aktiviti kitar semula kepada manusia dan kehidupan alam sekitar.
35
36
STANDARD KANDUNGAN
(murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 14.1 Mengetahui ibu
negara dan negeri-negeri di Malaysia
14.1.1 Menamakan ibu negara Malaysia
14.1.2 Menamakan negeri-negeri di Malaysia
1 Menamakan/ menunjukkan ibu negara dan negeri-negeri di Malaysia dengan secara rawak berpandukan peta Malaysia atau gambar.
2 Menerang/memerihalkan secara am mengenai lokasi ibu negara dan negeri-negeri di
Malaysia.
3 Menyenarai/melabelkan nama ibu negara dan negeri-negeri di Malaysia dengan berpandukan gambar atau peta Malaysia.
4 Membezakan peranan ibu negara dengan ibu negeri-negeri di Malaysia.
5 Menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai Malaysia dengan menggunakan pelbagai sumber.
6
Menggabungkan pengetahuan dan
37
(murid berupaya untuk …)
STANDARD PRESTASI
(murid boleh…..)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN 15.1 Mengetahui kaum
utama di Malaysia
15.1.1 Mengenal kaum utama di Malaysia
i. Melayu ii. Cina iii. India iv. Pribumi
15.1.2 Mengenali kepelbagaian adat resam kaum utama di Malaysia seperti jenis makanan, adab makan dan adab bertatasusila
1 Mengecam/menamakan kaum-kaum utama dan kepelbagaian adat resam kaum-kaum utama di Malaysia secara rawak.
2 Memerihalkan kaum-kaum utama dan kepelbagaian adat resam kaum-kaum utama di Malaysia dengan berpandukan gambar atau video.
3 Menjelaskan mengenai adat-adat resam kaum-kaum utama rakyat Malaysia yang biasa
diamalkan.
4 Membanding beza adat resam antara kaum-kaum utama di Malaysia dan mengaitkannya dengan negara lain.
5 Menghubungkait pengetahuan mengenai kaum-kaum dan adat resam rakyat Malaysia dengan menggunakan pelbagai sumber dan
pengalaman sedia ada.
6
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA