• Tidak ada hasil yang ditemukan

13 Kertas kerja Nisah Haron.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "13 Kertas kerja Nisah Haron.docx"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

IMAM SEBAGAI KARYA KANON

Nisah Haron Abstrak

Kesusasteraan menjadi penanda aras kepada tahap ketamadunan dan pemikiran sesuatu bangsa. Untuk lebih mengenali bangsa di dunia, lihat pada khazanah kesusasteraan yang ditinggalkan sama ada kesusasteraan lisan mahukan kesusasteraan bertulis. Dalam kesusasteraan itu sendiri mempunyai tingkat-tingkat tertentu yang memberikan hierarki kepada sesuatu karya. Imam merupakan karya penting dalam kesusasteraan Melayu. Persoalannya, sama ada Imam juga sebuah Karya Kanun Melayu mengikut kerangka Barat dan juga kerangka Yayasan Karyawan. Imam dilihat mampu mengisi kesemua ciri-ciri yang digariskan.

Pengenalan

Kesusasteraan menjadi penanda aras kepada tahap ketamadunan dan pemikiran sesuatu bangsa. Untuk lebih mengenali bangsa di dunia, lihat pada khazanah kesusasteraan yang ditinggalkan sama ada kesusasteraan lisan mahukan kesusasteraan bertulis. Di dalam kesusasteraan itu sendiri mempunyai tingkat-tingkat tertentu yang memberikan hierarki kepada sesuatu karya. Hierarki ini bukanlah bermakna memberikan kasta dalam konteks kasta orang Hindu yang bererti ada karya yang akan direndahkan kedudukannya berbanding dengan karya yang lain. Walau bagaimanapun, sesebuah karya yang diwarisi dalam ketamadunan sesebuah bangsa harus memiliki suatu penanda aras yang boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada generasi yang berikut.

Penandaan menjadi bertambah penting kini apabila masyarakat kini melihat a karya sastera seolah-olah sesuatu yang mengkhayalkan dan tidak memberikan makna dan input positif kepada pembaca. Sastera dianggap sesuatu yang mudah, angan-angan kosong yang tidak memberi manfaat kecuali mengisi masa lapang. Kesan daripada

(2)

2

perkembangan buku-buku bersifat popular di pasaran, buku-buku sastera sering dimasukkan dalam ciri-ciri stereotaip sebuah novel biasa yang sekali gus menjadikan karya sastera yang mempunyai wibawa itu sama arasnya dengan karya-karya lain yang bersifat ringan atau santai. Atas kesedaran tersebut, kertas ini membincangkan novel Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang berjudul Imam, dengan memperlihatkan sama ada novel ini menepati ciri-ciri sebuah karya kanun dan seterusnya dapat diangkat sebagai Karya Kanun Melayu.

Definisi Kanun Karya Kanun Barat

Menurut Ungku Maimunah Mohd Tahir, penggunaan istilah kanun banyak dipengaruhi oleh sumber Yunani.1 Penggunaannya disifatkan meluas di dalam the scared text atau teks sakral iaitu Kitab Suci Kristian.

Dari segi istilah, perkataan “kanun” berasal daripada perkataan Yunani “kanon” yang bermakna rod iaitu sesuatu yang lurus2

yang biasanya digunakan sebagai alat pengukur. Kemudiannya penggunaan perkataan “kanon” itu berkembang kepada peraturan atau undang-undang. Pengaruh penggunaan perkataan “kanon” ini juga dilihat sampai kepada Bahasa Arab yang turut meletakkan qanun bermaksud undang-undang. Dengan erti kata yang lain, qanun di dalam Bahasa Arab ialah sesuatu yang mesti dipatuhi; sebarang perlanggaran kepada peraturan akan mengakibatkan hukuman (sanction).

Selain itu, penggunaan istilah “kanon” ini juga merujuk kepada alat yang menjadi panduan seperti kayu yang digunakan dalam timbang, semacam pembaris atau pengukur atau tali-ladung (plumb

1

Ungku Maimunah Mohd Tahir. “Kanun dan Pembentukan Kanun : Satu Perbincangan Awal” dalam Dewan Sastera, Februari 1999 hlm. 13.

2 Guillory , John. (1995). “Canon” dlm. Critical Terms for Literary Study. 2nd Ed. Chicago

(3)

3 line) yang digunakan tukang kayu dan juga tukang batu.3 K. Von Fritz menghujahkan bahawa persamaan yang menjadi dasar penggunaan alat-alat di atas ialah sifatnya yang lurus (straightness).4 Atas faktor sifatnya yang lurus dan semangatnya yang sama, penggunaan perkataan yardstick dan milestone biasa ditemukan sebagai alat pengukur walaupun dalam genre sastera. Di dalam bahasa Melayu, perkataan ini biasanya digantikan dengan “pengukur” atau “penanda aras”.

Oleh sebab sifatnya yang menjadi “pengukur” kepada sesuatu, seharusnya menjadi yang terbaik kerana penanda aras yang rendah mutunya akan meletakkan nilai hal-hal yang lain itu jauh lebih rendah daripadanya.

Hanya selepas abad keempat selepas Masihi, barulah canon digunakan sebagai suatu penyenaraian teks atau pengarang, khususnya buku-buku berkenaan Kitab Injil dan ahli agama terawal dalam agama Kristian.5 Menurut John Guillory, canon di dalam konteks ini membawa konotasi suatu prinsip dalam membuat pemilihan teks atau pengarang yang mana teks dan pengarang ini perlu diberikan lebih penelitian dan perhatian berbanding yang lain.6

Senarai teks dan pengarang dalam canon ini haruslah eksklusif sifatnya. Ini disebabkan penerimaan canon sebagai teks yang terhad jumlahnya ini telah menarik perhatian suatu prinsip yang dinamakan exclusionary.7 Dengan prinsip ini teks atau pengarang yang tidak disenaraikan dengan sendirinya tertolak atau dipinggirkan serta dinafikan kemasukannya. Hal ini bermakna teks yang tidak tersenarai itu tidak akan diterima.

Pengabsahan ini wajar kerana pada ketika itu, hanya teks-teks sakral seperti The Biblical Canon atau Canon of the New Testament, Kitab Taurat yang dipanggil Law ialah teks yang dianggap kitab yang sempurna. Sejajar dengan kesempurnaan itu, kitab ini mempunyai

3 Ungku Maimunah, ibid. 4

Gorak, Jan. (1991) “More Than Just A Rule : The Early History of the Canon” dlm. The

Making of The Modern Canon – Genesis and Crisis of Literary Idea. London : The

Anthlone Press Ltd.

5

Guillory, John. Ibid.

6 Guillory, John. Ibid. 7

(4)

4

autoriti dan dianggap sebagai perjanjian atau waad antara manusia dengan Tuhan yang sahih lagi mengikat.8 Lantas, canon menjadi bukan sahaja panduan malah pedoman kepada sekumpulan manusia yang mengamalkannya.

Berdasarkan kepada perkembangan ini dan sifat yang ada pada istilah “kanun” itu sendiri, dalam sastera Inggeris muncul kanun sastera atau literary canon yang merupakan satu bentuk penyenaraian eksklusif tentang pengarang dan karya yang biasanya dimasukkan dalam senarai kursus sastera, buku teks dan karya yang selalunya dibincangkan dalam kritikan tentang sastera, sejarah sastera, bibliografinya, seperti yang disebutkan oleh Paul Lauter9:

“... „[T}he American literary canon‟ that set of authors and works generally included in basic American literature collect courses and textbooks, and those ordinarily discussed in standard volumes of literary history, bibliography, or criticism. Many such books are also available in widely marketed in paperback series of „classics‟. Obviously, no conclave of cultural cardinals establishes a literary canon, but for all that it exercises substantial influence. For it encodes a set of social norms and values; and these, by virtue of its cultural standing, it helps endow with force and continuity. ... The literary canon is, in short, a means by which culture validates social power.” (Lauter, 23)

Walau bagaimanapun, kanun sastera Inggeris dimulakan oleh Dr. Samuel Johnson melalui bukunya Lives of the Poets (1777) sebanyak sembilan jilid. Meskipun kandungan penyenaraian pengarang pilihannya itu kemudiannya dipertikaikan, kumpulan tulisannya itu telah

8

Ungku Maimunah, ibid.

9

(5)

5

memulakan langkah pertama dalam proses mengangkat karya kanun Inggeris.

“Tulisan tersebut bukan sahaja memulakan kanun sastera Inggeris bahkan kekal tanpa banyak perubahan hingga ke hari ini, dan „kanun‟ ditiru dan diperpanjangkan melalui sistem pendidikan. Seterusnya kanun ini atau senarai yang dipelopori oleh Johnson inilah yang menjadi punca pertikaian.” (Ungku Maimunah)

Lives of the Poets mengandungi senarai 52 orang pengarang Inggeris seperti yang berikut:

Sir John

Denham John Milton

Samuel Butler (Hudibras) John Wilmot, Earl of Rochester Wentworth Dillon, Earl of Roscommon Thomas Otway Edmund Waller John Pomfret Charles Sackville, Earl of Dorset George Stepney John Philips William Walsh John Dryden Edmund Smith Richard Duke William King Thomas Sprat Charles Montague, Earl of Halifax Thomas Parnell Samuel Garth Nicholas Rowe Joseph Addison John Hughes John Sheffield, Duke of Buckingham Matthew Prior William Congreve Sir Richard Blackmore Elijah

Fenton John Gay

George Granville, Lord Lansdown Thomas Yalden Thomas Tickell James Hammond James Hammond William Somervile Richard Savage Jonathan Swift William Broome Alexander Pope Christopher Pitt

(6)

6

Thomson Philips Collins

John Dyer William Shenstone

Edward

Young David Mallet

Mark Akenside Thomas Gray George Lord Lyttelton Abraham Cowley

Harold Bloom di dalam bukunya The Western Canon10 pula telah memberikan satu lagi senarai yang kemudiannya mencetuskan kontroversi antara dua kumpulan iaitu pihak yang menyokong Bloom dan satu lagi yang Bloom namakan sebagai The School of Resentment (Kumpulan Yang Menolak).

Mereka yang termasuk di dalam senarai Bloom ialah:

Dante Geoffrey Chaucer William Shakespeare

Miguel de Cervantes Michel de Montaigne Moliere

John Milton Samuel Johnson Goethe

William Wordsworth Jane Austen Walt Whitman

Emily Dickinson Charles Dickens George Eliot

Leo Tolstoy Henrik Ibsen Sigmund Freud

Marcel Proust James Joyce Virginia Woolf

Franz Kafka Jorge Luis Borges Pablo Neruda

Fernando Pessoa Samuel Beckett

Berdasarkan 26 orang pengarang yang dibarisi oleh Bloom, dapat disimpulkan bahawa kriteria pemilihan karya setiap seorang daripada mereka ialah :

• keaslian • kelainan • estetika • selektif

Bloom menerima pelbagai tentangan oleh pihak “school of resentment” ini. Mereka mempertikaikan misalnya, di mana karya wanita berkulit hitam? Kumpulan yang menentang ini juga percaya bahawa jalan untuk sampai ke takah karya kanun itu boleh direntas, jika

10

(7)

7

menurut beberapa langkah yang sesuai, antaranya, menerbitkan karya dengan penerbit kecil, kemudian ke penerbit berpengaruh, mendapat ulasan dalam wadah penting seperti New York Times Book Review, diulas dalam jurnal intelektual, dan karya pengarang itu dikaji melalui tesis ijazah kedoktoran.11 Hal ini dibuktikan oleh Kaplan dan Rose yang telah memilih dua orang penulis yang “dipinggirkan” oleh profil kanun Amerika untuk diketengahkan.

Mereka ialah Doris Lessing dan Alice Walker yang masing-masing kini telah memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan (2007) dan Hadiah Pulitzer (1983). Kajian mereka membuktikan bahawa walaupun laluan untuk menjadi penulis yang mendapat perhatian sarjana itu bukanlah laluan yang sukar, namun masih dapat direntas melalui cara yang telah dibuktikan oleh kajian tersebut. Sehingga hari ini, polemik dua kumpulan besar ini masih lagi berlangsung.

Karya Kanun Melayu

Menurut Datuk Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, gagasan untuk mewujudkan satu projek penerbitan kajian dan penerbitan “karya agung” Melayu telah dicetuskan sejak tahun 1980-an lagi. Hanya pada tahun 1996, mereka mengambil langkah untuk mendaftarkan yayasan ini di bawah Akta Syarikat.12

Terdahulu daripada itu, belum ada institusi yang mengambil inisiatif secara tersusun dalam menerbitkan khazanah yang dinamakan sebagai Karya Agung Melayu.13 Datuk Hassan Ahmad sekali lagi bertegas bahawa Yayasan Karyawan menekankan istilah ini berbanding dengan “Karya Agung Dunia Melayu”. Menurut beliau, Karya Agung Melayu bermaksud:

“Karya yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dll) dalam

11

Ungku Maimunah, Ibid.

12

Wawancara Datuk Hassan Ahmad. “Yayasan Karyawan : Menobatkan Karya Agung” dlm. Dewan Sastera, Oktober 1999.

13 2000. Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan. Kuala

(8)

8

bahasa Melayu, tidak mengambil kira perbezaan kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini – sama ada orang/bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain – yang menghasilkan karya itu.”14

Penekanan ini jelas pada aspek bahasa dengan yang demikian menolak mana-mana naskhah yang boleh dinilai sebagai Karya Agung Melayu, namun tertolak dari sudut bahasa. Walau bagaimanapun, beliau tidak membuat penolakan secara total dalam konteks eksklusiviti yang pernah dibincangkan oleh Harold Bloom ketika memilih karya untuk The Western Canon, kerana menurut Datuk Hassan Ahmad lagi,

“Negarakertagama atau Serat Centhini yang ditulis dalam bahawa Jawa atau La Galigo karya bangsa Bugis yang ditulis dalam bahasa Bugis ... jikalau sesuai dengan takrif kita, boleh diterima sebagai Karya Agung Dunia Melayu dan bolehlah dimasukkan ke dalam rancangan Yayasan Karyawan untuk dikaji, diperkenalkan dan diterbitkan dalam bahasa Melayu (melalui terjemahan).”

Menerus kenyataan ini, dapatlah dibayangkan bahawa bakal terbit dua kategori Karya Agung iaitu:

• Karya Agung Melayu • Karya Agung Dunia Melayu

Menurut Ungku Maimunah, Yayasan Karyawan telah memutuskan lima kategori Karya Agung yang diberikan perhatian iaitu:

a) Karya agung dunia Melayu b) Karya agung Islam

14

(9)

9

c) Karya agung tamadun Asia (misalnya karya agung Cina, India, Jepun, Korea dan sebagainya

d) Karya agung tamadun Barat

e) Karya sezaman yang dianggap sudah menjadi modern classics.15

Apakah hal ini, khususnya perkara (e) di atas digugurkan setelah buku Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan diterbitkan pada tahun 2000 setelah menimbangkan hujahan Ungku Maimunah di dalam artikelnya itu.16 Sekiranya Yayasan Karyawan menamakan “karya sezaman” iaitu modern classic sebagai satu daripada kriteria bahan yang bakal diterbitkan oleh pihak mereka, maka Yayasan Karyawan pernah mempertimbangkan untuk memasukkan karya sastera moden (yang telah dianggap klasik) ke dalam senarai tersebut.

Penjelasan yang tidak selaras ini telah digunakan oleh Ungku Maimunah yang mempertikaikan penggunaan istilah Great Works yang disamakan sebagai Karya Agung17 oleh Yayasan Karyawan di dalam buku Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan. Menurut Ungku Maimunah:

“Sehubungan dengan hal ini, soalan yang wajar diajukan ialah adakah hal ini mencerminkan pandangan Barat terhadap konsep Great Works dan classics, khususnya apabila dipadakan istilah tersebut dengan istilah canon/literary canon atau kanun/kanun sastera.”18

15Ungku Maimunah Mohd Tahir, “Karya Agung Melayu dan Hubungannya dengan Kanun Melayu” dalam Dewan Sastera, Oktober 1999 hlm. 84 merujuk kepada kertas kerja oleh Datuk Hassan Ahmad yang berjudul “Rancangan Penerbitan Karya Agung dalam Bahasa Melayu” yang dibentangkan di Bengkel Mempermudahkan Karya Sastera, Petaling Jaya, 5 Disember 1996.

16 Ibid. 17

2000. Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan, hlm. 11.

18

Ungku Maimunah Mohd Tahir, “Karya Agung Melayu dan Hubungannya dengan Kanun Melayu” dalam Dewan Sastera, Oktober 1999 hlm. 85.

(10)

10

Konsep karya kanun Barat yang juga dinamakan Great Works ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan istilah Great Works yang disebut oleh Yayasan Karyawan. Terdahulu sudah diterangkan maksud dan senarai karya kanun yang dinobatkan oleh Harold Bloom (1994) dan juga pendapat tentang literary canon yang dinyatakan oleh Paul Lauter (1991).

Walau bagaimanapun, Datuk Hassan kemudiannya turut menyebut bahawa dalam konteks penerbitan Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan, karya yang terpilih adalah teks tradisional. Beliau turut menambah bahawa karya Sasterawan Negara juga belum boleh dikategorikan sebagai karya agung.19 Perkara ini turut ditambah oleh S. Othman Kelantan yang menyetujui pendapat Hashim Awang bahawa:

“Sememangnya karya yang demikian sudah wujud. Hanya seperti yang disebutkan oleh Hashim Awang bahawa yang „agung‟ belum boleh dikatakan secara mutlak selagi penulisnya masih hidup. Karya agung itu bukan sahaja membantutkan kreativiti penulisnya yang masih hidup itu, tetapi boleh menimbulkan pelbagai implikasi. Puisi-puisi hebat dan menggembirakan kerana pengalaman masyarakat sendiri dan pengaruh peradaban dunia seperti yang diciptakan oleh A. Latiff Mohidin, adalah karya besar. Puisi Latiff Mohidin, misalnya “Sungai Mekong” adalah pengalaman dunia luar dari alam tamadun Melayu, tetapi membawa mesej yang tepat dengan apa yang berlaku di dunia Indochina itu. Tetapi tidak pula bertujuan untuk contoh-contohan!”20

Takrif “agung” dalam konteks Karya Agung Melayu ialah mahakarya atau adikarya ataupun magnum opus seseorang pengarang. Daripada penerangan yang diberikan, dapat diungkapkan bahawa Karya Agung Melayu yang dicari oleh Yayasan Karyawan ialah

19 “Karyawan Moden Belum Apa-apa” dalam Berita Harian, 30 Disember 1996. 20

(11)

11

karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh pengarang semasa hayatnya. Oleh yang demikian, selagi pengarang itu masih hidup, tidak wajarlah penobatan itu dilakukan. Apatah lagi, pengarang tersebut berkemungkinan mampu menghasilkan sebuah lagi karya yang lebih baik daripada yang telah dinobatkan sebagai Karya Agung Melayu. Lantas, jika yang terbaharu ini lebih baik, apa pula yang mahu dinamakan ke atas karya yang lebih baik ini (jika ia lebih baik)? Atas pertimbangan tersebut, dapat dinyatakan bahawa Yayasan Karyawan sebagai satu-satunya institusi yang dilantik untuk melestarikan Karya Agung Melayu, tidak memasukkan karya moden oleh pengarang yang masih hidup di dalam senarainya.

Persoalannya, bagaimana pula dengan karya pengarang yang sudah meninggal dunia seperti Sasterawan Negara Keris Mas atau Usman Awang? Bagaimana pula dengan karyawan yang sudah meletakkan pena seperti Abdullah Hussain lantaran faktor usia?

Yayasan Karyawan turut menolak penggunaan istilah “karya kanun” kerana menurut beliau, kayu ukur yang digunakan bukanlah melalui nilai Barat:

“Karya Kanun” itu apa? Daripada perkataan Inggeris „canon‟kah? Saya tidak menggunakan nilai Barat. Karya agung Melayu lahir daripada alam budaya dan sosial Melayu. Inilah latar belakang karya agung Melayu; inilah „milieu‟ karya itu. Nilai ketamadunannya unik walaupun manusia sering memaparkan nilai sejagat dalam karya seni, sastera dan ilmu mereka.” 21

Setelah menolak karya moden, Yayasan Karyawan seterusnya mengukuhkan hujah mereka tentang aspek periodisasi (penjangkalaan) dengan menambah di dalam definisi istilah Karya Agung Melayu sebagai “karya yang tertulis pada „zaman purba‟ yang telah meninggalkan kesan yang cukup berpengaruh kepada zaman-zaman berikutnya.”22

Walaupun mengambil makna classic dari Barat, Yayasan

21

Wawancara Datuk Hassan Ahmad. “Yayasan Karyawan : Menobatkan Karya Agung” dlm. Dewan Sastera, Oktober 1999.

22

2000. Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan, hlm. 11.

(12)

12

Karyawan tidak bersetuju dengan pengecualian tentang karya lisan atau folk literature yang ditolak oleh Barat dalam kategori ini. Yayasan Karyawan memperakukan bahawa Karya Agung Melayu termasuk juga karya lisan yang telah wujud sebagai “sastera masyarakat pratulisan yang dikaitkan dengan kehidupan sosial dan ekonomi yang mudah atau primitif”23

Ringkasnya, kedudukan Yayasan Karyawan sebagai institusi seolah-olah memberikan suatu kuasa veto dan teks yang dinamakan itu sekali gus secara de facto merupakan Karya Agung mengikut kayu ukur institusi ini. Dengan perkataan yang lebih mudah, Karya Agung ialah teks yang disebut secara rasmi oleh Yayasan Karyawan sebagai Karya Agung.

Oleh yang demikian, Yayasan Karyawan mengeluarkan kayu ukurnya sendiri dengan memberikan ciri-ciri khusus Karya Agung Melayu. Faktor utama yang merangsang penghasilan Karya Agung dalam Bahasa Melayu disebutkan sebagai a) kekuatan Bahasa Melayu; b) pengaruh Islam; dan c) peranan istana dan sekolah pondok/pesantren.24

Ciri-ciri Khusus Karya Agung Melayu

Sebelum sesuatu teks itu dipilih sebagai Karya Agung, ada lima aspek yang dikaji berdasarkan ciri-ciri yang telah digariskan oleh pihak Yayasan Karyawan25:

i) lambang dan pesanan

ii) nilai budaya atau pandangan hidup iii) nilai ilmu

iv) teknik kepengarangan v) seni bahasa

Pihak Yayasan Karyawan turut menyebutkan dan mengakui bahawa tiada ukuran yang piawai atau sejagat bagi mengukur setiap

23

Ibid. hlm. 12.

24 Ibid. hlm. 14. 25 Ibid. hlm. 20

(13)

13

karya kerana setiap karya itu lahir daripada tradisi, budaya dan tamadun yang berbeza-beza yang melahirkan idiomnya, metafora dan nilainya yang tersendiri, sesuai dengan tempat dan sejarah lahirnya karya itu.26

Karya Agung Melayu haruslah membawa lambang dan pesanan yang besar. Ini digambarkan oleh Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin yang mengangkat institusi raja-raja Melayu serta sekali gus mengangkat kisah suatu pihak yang diberikan kuasa. Kelahirannya sahaja diberikan suatu gambaran bahawa raja-raja itu manusia luar biasa dan ditambah pula dengan pelbagai kejadian dan episod aneh bagi mewajarkan kedudukan mereka.

Melalui karya juga pembaca dapat memperlihatkan nilai budaya atau pandangan hidup yang terdapat pada zaman kisah tersebut diangkat. Nilai budaya ini bukan sahaja dapat dilihat dari aspek bahasa, malah pakaian, adat, adab dan kesantunan serta sikap yang diambil melalui perlakuan watak-watak.

Nilai ilmu turut terpancar di dalam Karya-karya Agung apabila karya ini bukan sahaja memberikan sebuah cerita tetapi terdapat wacana termasuklah perbincangan dan perdebatan tentang ilmu, khususnya teologi di dalam karya-karya Hamzah Fansuri dan Nuruddin Ar-Raniri.27

Tidak ketinggalan Yayasan Karyawan menggariskan teknik kepengarangan dan seni bahasa sebagai ciri-ciri yang memungkinkan sesebuah teks dinobatkan sebagai Karya Agung.

“Ciri yang menonjol ialah „teknik warisan bercerita‟

yang digunakan oleh pengarang. Dia

memanfaatkan berbagai-bagai kaedah, misalnya dengan menggunakan unsur jenaka/lucu, unsur „ingin mengetahui cerita selanjutnya‟, unsur romantik, realisme dan idealisme, semuanya bantu-membantu (bersatu) untuk melahirkan hikayat yang dapat menawan dan menghibur pembaca atau pendengarnya. Tetapi teknik yang

26 Ibid. 27

(14)

14

lebih halus digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan maksud atau pesanan (mesej)nya. Sama ada pada cerita seluruhnya atau pada episod-episod tertentu pengarang menggunakan teknik kias ibarat, gabungan prosa dan puisi bergantung pada tema dan topik, dan teknik didaktik (misalnya, melalui nasihat raja kepada anaknya)”28

Gambar Rajah 1 : Perbandingan umum Karya Kanun (Bloom) dengan

Karya Agung (Yayasan Karyawan)

Secara keseluruhannya, perbandingan antara Karya Kanun dan Karya Agung Melayu dapat diringkaskan kepada Gambar Rajah 1. Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang dapat dilihat

28

Ibid. hlm. 42

Perbandingan Ciri Karya Kanun

/ Karya Agung Harold Bloom Keanehan / kelainan Keaslian Estetika Selektif Yayasan Karyawan Lambang dan pesanan Nilai budaya/ pandangan hidup Nilai ilmu Seni bahasa Teknik kepengarangan

(15)

15

berdasarkan perbandingan tersebut. Bloom, misalnya, tidak melihat aspek nilai, sama ada nilai budaya atau pandangan hidup. Estetika yang dilihat lebih kepada estetika bentuk dan bukanlah estetika makna. Hal ini telah dinyatakan oleh Bloom:

“One breaks into the canon only by aesthetic strength, which is constituted primarily of an amalgam : mastery of figurative language, originality, cognitive power, knowledge, exuverance of diction.”29

Sedangkan Karya Agung Melayu memecahkan antara nilai ilmu dan seni bahasa sebagai dua aspek yang berbeza. Di dalam nilai ilmu dan nilai budaya serta lambang dan pesanan mengandungi estetika makna yang merangkumi keseluruhan karya. Seni bahasa dan teknik kepengarangan merupakan estetika bentuk yang bersangkut kepada hal-hal luaran karya berbanding estetika makna yang menekankan aspek dalaman yang tidak mampu dicapai oleh pembaca sekiranya teks itu tidak disempurnakan pembacaannya atau dibaca secara “tebuk-tebuk” atau tidak mengikut urutannya.

Berkenaan pemilihan karya, kedua-dua Bloom dan Yayasan Karyawan amat selektif dan mempertahankan prinsip eksklusif kerana saringan dan pemilihan yang ketat ini akan menjadikan karya tersebut berada pada tahap yang berbeza dengan karya-karya biasa.

Berdasarkan kedua-dua pendapat yang telah dibincangkan, tulisan ini seterusnya akan melihat kedudukan novel Imam karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain sama ada karya itu layak dimasukkan ke dalam kategori Karya Kanun Melayu. Walaupun setakat ini, belum ada satu senarai ala Bloom yang terdapat di Malaysia, namun berdasarkan pandangan Lauter, karya-karya yang sudah disaring dan dipilih untuk dibincangkan di peringkat universiti, dijadikan teks dan dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran secara tidak langsung telah menjadikan karya tersebut sebagai “kanun” dengan sendirinya.

29

Bloom, Harold (1994) “An Elegy for the Canon” dalam The Western Canon. New York : Harcourt Brace & Co. hlm. 29.

(16)

16 Imam dan karya-karya sastera moden yang lain seperti Hujan Pagi (A. Samad Said), Sukma Angin (Arena Wati) dan Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) merupakan teks pilihan untuk kursus SKMM 6033 Karya Kanun Melayu yang ditawarkan oleh Pusat Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM. Seperti hujah Lauter, secara tidak langsung memberikan petunjuk bahawa karya-karya ini layak dipanggil Karya Kanun Melayu. Ini ditambah pula dengan kedudukan semua pengarang ini merupakan Sasterawan Negara.

Imam Sebagai Karya Kanun

Sebelum memperkatakan kedudukan Imam sebagai Karya Kanun Melayu, perlu dikenal pasti. Apa kayu ukur yang akan digunakan? Imam sebagai karya kanun menurut kaca mata Barat dan juga menurut Yayasan Karyawan. Perbandingan ini seharusnya dapat membuktikan dengan dua bentuk pertimbangan sama ada karya ini sewajarnya diberikan kedudukannya sebagai Karya Kanun Melayu.

Oleh sebab definisi kanun menurut sejarahnya yang disebut sebagai mahakarya atau masterpiece, persoalan pertama yang dibangkitkan ialah sama ada Imam ialah sebuah karya yang mesti dicontohi. Hal ini mengambil penerangan maksud Canon tulisan Polycletus yang telah membuat suatu ukiran yang persis seperti yang telah diterangkan oleh pengkritik Jerman C.O. Muller:

“whether this was the intention of the artist, or… the judgement of posterity, became a canon of the proportions of the human frame.”30

Persoalan berikutnya pula sama ada Imam merupakan sebuah karya yang wajar diwarisi dan mengandungi identiti. Persoalan ini timbul senada dengan implikasi yang timbul apabila perkataan “kanon” mengalami proses anjakan makna pada tahun 90 Selepas Masihi. Pada ketika itu, makna “kanon” bukan lagi seperti yang telah berlaku pada

30

Gorak, Jan. (1991) “More Than Just A Rule : The Early History of the Canon” dlm. The Making of The Modern Canon – Genesis and Crisis of Literary Idea. London: The Anthlone Press Ltd. hlm. 11.

(17)

17

abad-abad sebelumnya. Zaman tersebut merupakan kelahiran istilah Biblical Canon atau Kanun Kitab Suci. Hal ini telah menyebabkan Kanun Kitab Suci seperti Bible dan Torah menjadi penentu dan penyatu kepada sesebuah komuniti atas dasar kitab suci yang sama.31 Di sinilah juga punca kemasukan konsep identiti dan tradisi dalam karya kanun.

Pengambilan makna yang dimaksudkan di sini bukanlah bererti meletakkan novel Imam sama taraf dengan sebuah kitab suci. Namun, yang diperkatakan ialah makna Kanun Kitab Suci iaitu penerimaan “kanun” dengan makna ini telah memberikan implikasi bahawa wujudnya prinsip exclusionary.32 Oleh sebab sifatnya yang eksklusif itu, prinsip ini menolak, meminggir dan menafikan teks lain yang dianggap bukan sebahagian daripada kanun yang diterima.

“Dengan kata lain, tersirat dalam pengertian „kanun‟ ialah fahaman bahawa adalah wajar dipastikan keutuhan kumpulan teks yang sedia ada dengan cara „menolak‟ atau „menafikan‟ kemasukan teks lain. Kanun kini membawa pengertian exclusive.”33

Sinopsis Imam

Secara ringkasnya, Imam ialah kisah perjuangan seorang pemimpin agama bernama Imam Mihad yang pulang semula ke kampungnya setelah meninggalkan tempat itu sekitar 20 tahun. Beliau sudah pun dianggap mati kerana dikatakan tertangkap dan terbunuh sewaktu konfrontasi Malaysia-Indonesia. Kepulangan Imam Mihad mencetuskan pelbagai reaksi: ada antara sahabatnya yang sangat teruja dengan kepulangannya, tidak kurang juga yang berasa syak dan skeptikal dengannya apatah lagi, setelah dilantik sebagai imam, beliau membawa

31

Ungku Maimunah Mohd Tahir. “Kanun dan Pembentukan Kanun : Satu

Perbincangan Awal” dalam Dewan Sastera, Februari 1999 hlm. 14. 32

Ibid.

33 Ibid.

(18)

18

banyak perubahan. Ada beberapa perubahan yang tidak disenangi segelintir penduduk kampung.

Imam berpusat kepada watak utamanya Imam Mihad yang menjadi watak sentral kerana setiap bab memberikan ruang yang cukup luas untuk watak ini berkisar. Kecuali pada Bab Mukadimah dan Bab Penutup, lima bab yang lain menumpukan sepenuhnya kepada watak Imam Mihad.

Pembahagian bab dibuat seperti yang berikut:  Mukadimah  Imam  Interviu  Inquisisi  Jihad  Tragedi  Penutup

Novel yang mengandungi 690 halaman (705 halaman, jika dimasukkan bahagian nota kaki dan bibliografi) ini sarat dengan perjuangan Imam Mihad untuk membawa perspektif baharu kepada ahli-ahli kariah yang sudah sangat selesa hidup dengan cara mendapatkan bantuan wang wakaf. Pada peringkat awal, ramai menolak pembaharuan yang dibawakan oleh Imam Mihad kerana mereka sudah dibiasakan dengan cara hidup demikian dan jika ada sebarang kesusahan, mereka akan berdoa dan bertawakal tanpa melakukan sebarang usaha.

Perkara pertama yang ditekankan oleh Imam Mihad sewaktu beliau mula-mula memegang jawatan itu ialah membetulkan solat masing-masing dan hal ini dibuat melalui khutbah Jumaat. Imam Mihad membawa pendekatan yang berbeza dalam khutbahnya kerana beliau sangat percaya bahawa apa yang mahu diperkatakan di dalam khutbah haruslah mengikut kesesuaian khalayak yang mendengar Oleh itu, beliau tidak lagi menggunakan teks khutbah yang disediakan oleh pihak Majlis, dan bertindak menulis khutbahnya sendiri.

Persoalan menulis khutbah sendiri ini telah menjadi antara punca yang mencetus kontroversi di kalangan segelintir ahli kariah yang tidak bersetuju dan selanjutnya melaporkan hal tersebut kepada pihak Majlis. Antara mereka yang tidak bersetuju ialah Haji Syamsuri (sepupu Imam Mihad) dan Haji Abdul Rahman (imam tua yang telah

(19)

19

melepaskan jawatannya kepada Imam Mihad) serta pengikutnya yang kebanyakannya ialah orang yang terhutang budi kepada Haji Syamsuri kerana beliau sering memberikan bantuan kewangan (yang diambil daripada wang wakaf) kepada sesiapa yang meminta.

Pihak yang tidak berpuas hati dengan pembaharuan yang telah dibawa oleh Imam Mihad telah membuat aduan rasmi kepada pihak Majlis. Kandungan aduan tersebut menyebut bahawa Imam Mihad telah membawa ajaran yang menyeleweng dan ini menyebabkan wakil daripada Majlis telah dihantar untuk menyiasat perkara tersebut.

Wakil daripada Majlis telah berjumpa dengan ahli-ahli kariah yang boleh memberikan pendapat terhadap Imam Mahdi dan daripada situ, pembaca dapat melihat perkembangan watak ini menurut perspektif watak yang lain. Mereka yang telah ditemu ramah dalam Bab Interviu untuk mendapat „Laporan Ringkas Kasus Haji Mihad, Imam Masjid Haji Salih‟ ialah:

1. Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Halim (Imam tua)

2. Haji Syamsuri bin Haji Mustafa (sepupu dan bekas timbalan imam)

3. Haji Qamar bin Nyak Banta (petani dan bekas kelasi kapal) 4. Naina Mohammed Mohidin Kutty (tauke restoran)

5. Tuan Haji Ismail bin Haji Basir (Penghulu Mukim XII) 6. Syahidan Abdul Mukti (guru dan sasterawan)

7. Lau Ping Sum @ Sufi Lau (peniaga)

8. James Burtons @ Ahmad Burtons (pengurus estet) 9. Lebai Saat bin Lebai Akup (guru silat dan petani)

Konflik bertambah di kampung itu apabila ada penemuan emas di tepi sungai tidak jauh dengan Masjid Haji Salih. Penemuan itu telah menambah masalah sedia ada di kampung itu antaranya ialah ancaman terhadap masjid itu sendiri. Terdapat cadangan untuk mengalihkan masjid itu ke lokasi yang lain kerana terdapat emas yang dikenal pasti berada di bawah masjid itu sendiri. Persoalannya masjid itu dibina di atas tanah wakaf dan apakah yang lebih penting sama ada tanah wakaf atau keselamatan kedudukan masjid yang telah diancam oleh pencari emas.

Sementara itu kedudukan Imam Mihad terus diancam oleh kelompok yang berkepentingan kerana ada pihak yang bimbangkan

(20)

20

rahsia dan sejarah lama yang mungkin dibongkar oleh Imam Mihad. Kemuncak novel ini ialah peristiwa Imam Mihad ditemui mati terbunuh dan pada hari beliau mahu dikebumikan, Masjid Haji Salih roboh kerana pencari emas telah menggali sehingga ke bahagian bawah masjid.

Kesudahan novel ini membongkar angkara pihak yang telah menjadi dalang di sebalik kekecohan di kampung itu sehingga ada yang tergamak membunuh Imam Mihad. Kematian Imam Mihad telah mencetuskan lebih banyak kesedaran ke atas segala perubahan yang cuba dibawa kepada ahli-ahli kariah. Masjid Haji Salih dipindahkan ke lokasi yang baharu dan imam muda bernama Debok yang juga pangkat sepupu kepada Imam Mihad telah dilantik sebagai imam yang baharu. Tapak masjid yang telah roboh digantikan dengan projek pembinaan yang belum dipastikan sama ada rumah kedai, rumah kediaman atau kedua-duanya sekali tetapi sesuatu yang boleh mendatangkan hasil tetap kepada kedudukan kewangan wakaf.

Imam Sebagai Karya Kanun Mengikut Pendapat Harold Bloom

Terdapat empat perkara utama yang dilihat oleh Harold Bloom apabila beliau menyenaraikan 26 buah karya kanun menurut kaca mata Barat di dalam bukunya The Western Canon. Perkara tersebut ialah:

a) keanehan / kelainan (strangeness) b) keaslian

c) estetika d) selektif

Imam bukan sekadar sebuah karya kreatif. Imam ialah sebuah karya yang sarat dengan fakta tetapi disampaikan dalam bentuk yang kreatif. Inilah suatu kelainan yang dari segi fizikalnya. Menyimpang daripada tradisi lumrah penulisan kreatif, novel ini dilengkapi dengan nota hujung dan bibliografi. Kaedah begini biasa dikaitkan dengan tulisan akademik.

Menurut Ungku Maimunah kaedah penulisan novel yang bercirikan kaedah akademik ini harus dilihat sebagai satu ciri kelainan dan harus dinilai sebagai bahagian yang penting daripada novel tersebut:

(21)

21

“Hakikat bahawa nota akhir ini meliputi semua bab melainkan bab „Mukadimah‟ dan „Penutup‟ iaitu bab-bab terpendek dalam novel ini, menunjukkan bahawa konvensi ini mendasari seluruh novel ini dan muncul sebagai satu ciri yang integral bagi novel ini.”34

Apabila sesuatu teks disebut mempunyai ciri “ilmiah”, justeru novel ini dengan sendirinya membawa beberapa keadaan iaitu sumber yang dirujuk melalui nota hujung menunjukkan bahawa sumbernya sahih, tepat dan mempunyai wibawa. Oleh yang demikian, diksi pengarang sekali gus bukanlah sesuatu yang direka-reka. Malah, diksi pengarang ialah suatu fakta yang disampaikan melalui teknik yang kreatif.

Selain teknik nota hujung dan bibliografi yang memberikan nuansa ilmiah kepada Imam, novel ini juga memanfaatkan teknik wawancara yang dilaporkan semula oleh watak wakil Majlis. Hal ini ditulis dalam bentuk “tanya dan jawab” sepenuhnya melalui bab “Interviu”. Seramai sembilan orang telah ditanya oleh wakil Majlis tentang pandangan mereka terhadap Imam Mihad dan aspek perubahan yang telah dibawa ke Kampung Anggerik Desa. Kaedah laporan wawancara ini sekali lagi mencampurkan fakta dan juga penyampaian secara kreatif oleh wakil Majlis sehingga dikomen beberapa kali oleh Yang Dipertua:

“Pegawai penyelidik kita itu, buat laporan macam mahu tulis novel. Tapi boleh tahan juga. Nanti kalau dia ada, suruh dia masuk.”

(Imam: halaman 244) Yang Dipertua lalu menutup kulit fail itu dengan satu keluhan panjang seperti terasa lega sesudah dapat menyelesaikan bacaan laporan yang begitu panjang.

“Macam baca novel saja,” katanya perlahan kepada dirinya. (Imam: halaman 315)

34

Ungku Maimunah Mohd Tahir, “Imam Abdullah Hussain: Jati diri Pemimpin Agama” dalam Dewan Sastera, April 1996.

(22)

22

Pengarang dengan sengaja “membiarkan” laporan yang sepatutnya hanya memasukkan fakta tentang kes Imam Mihad dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek khutbah yang ditulisnya sendiri melebar kepada perkara-perkara lain.

Terdapat juga hal sastera Islam yang disentuh apabila dia mewawancara Cikgu Syahidan yang sekali gus guru dan sasterawan di kampung itu. Gambaran ini mewajarkan segala bentuk penyimpangan dalam hal menulis laporan kerana wakil daripada Majlis itu digambarkan sebagai meminati bacaan novel dan perbincangannya dengan Cikgu Syahidan sengaja dibawa berkaitan topik sastera Islam sebelum masuk ke bahagian tentang Imam Mihad secara khusus. Pengarang telah menggunakan ruang ini untuk memperjelaskan pendapatnya sendiri menerusi kedua-dua watak ini dengan begitu baik.

Kelainan yang paling ketara di dalam novel ini terdapat di dalam bab “Inquisisi”. Jelas pengarang hanya mahu memaparkan idea dan wacana berbanding dengan cerita dan perincian tentang watak dan tempat. Imam Mihad akhirnya berhadapan dengan Yang Dipertua dan dua orang pembantunya iaitu “Datuk yang berbaju Melayu bersongkok hitam” dan “orang yang berserban putih berkopiah merah”. Tiada perkara lain yang disebut mengenai perincian fizikal watak ini, kecuali kredibiliti mereka sebagai tokoh yang telah mendapat pendidikan bertahan-tahun dari Timur Tengah.

Teknik penceritaan ini mementingkan isu yang mahu disampaikan di dalam bab ini berbanding dengan perincian watak dan tempat yang berlebihan. Di sinilah berlakunya suatu perbincangan yang penuh kontroversi mengenai Imam Mihad dengan tokoh-tokoh agama yang lain itu.

“Imam memang mengundang pertikaian yang berlarutan, dan sekali gus membuka jalan bagi penggemblengan idea sebagai elemen cerita yang sah. Dalam Imam pembaca disogokkan dengan beberapa masalah dan persoalan yang berkaitan dengan agama Islam yang dihadapi oleh orang Melayu dalam kehidupannya sehari-hari. Ini termasuklah soal akidah, amalan mazhab, Wahabi, Syiah dan sebagainya. Walaupun

(23)

23

persoalan ini bukanlah baru dan sering pula diperkatakan dan bagi yang arif dalam hal agama mungkin boleh dikatakan perkara biasa, namun dengan kehadiran idea-idea ini mengangkat Imam dari tahap naratif semata-mata ke tahap yang lebih berbobot. Dengan kata lain, dalam novel ini, „kandungan idea‟ atau idea content tidak terabai.”35

(Laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1996) Peranan idea dalam pembinaan cerita ini turut dilihat melalui penggunaan watak imam itu sendiri sebagai watak utama. Hal ini telah mewajarkan banyak perkara, misalnya, watak seorang imam ialah watak yang mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pendapat tentang hal-hal berkaitan dengan hukum-hakam dan juga imam ialah seorang yang biasanya berkhutbah dalam menyampaikan maksudnya.

Oleh itu, pada bab yang berjudul “Imam” terdapat sebuah khutbah dan khutbah ini menjadi sebahagian daripada unsur penting kepada bab tersebut. Seperti yang disebutkan oleh Ungku Maimunah:

“Dalam konteks penulisan novel dewasa ini, teknik khutbah ini dianggap kurang subtle atau mendadak dan ketinggalan zaman. Namun penggunaan khutbah dalam Imam tidak terasa janggal kerana ia sesuai dengan fokus cerita yang memang mengetengahkan tokoh imam yang antara tugasnya ialah memberi khutbah, nasihat dan tunjuk ajar. Sesungguhnya dalam novel ini teknik khutbah menjadi wajar.”36

35

Panel Anugerah Sastera Negara 1996, Zeti Akhtar (Penyusun) (2008) “Abdullah Hussain Sasterawan Negara”. Dalam Abdullah Hussain dalam Esei dan Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka hlm. 27 – 28.

36

Ungku Maimunah Mohd Tahir, “Imam Abdullah Hussain: Jatidiri Pemimpin Agama” dalam Dewan Sastera, April 1996 hlm. 71.

(24)

24

Malah, persoalan khutbah dan penulisan khutbah sendiri oleh Imam Mihad telah menjadi peristiwa yang mencetuskan semua konflik di dalam Imam. Oleh yang demikian, teknik penyampaian cerita dan maklumat melalui khutbah ini telah mewajarkan Imam Mihad mengeluarkan idea terhadap persoalan yang ditimbulkan kepadanya serta muncul sebagai pertimbangan penting dalam pembinaan cerita.

Keaslian, menurut Bloom, ialah sesuatu karya yang pernah disampaikan dengan cara yang demikian sebelum ini. Keaslian menjadi sesuatu kekuatan kepada karya yang tidak boleh dinafikan:

“Originality is the great scandal that resentment cannot accommodate, and Shakespeare remains the most original writer we will ever know… All strong literary originality becames canonical.”37

Novel Imam menjadi sebuah karya yang mendahului zamannya dan sekali gus mampu menjadi novel yang tahan zaman. Persoalan yang dibawa melalui novel ini bukan sahaja sarat dengan ilmu malah ilmu turut diangkat sebagai subjek cerita yang tidak terpisah-pisah sifatnya. Tidak mungkin ilmu yang terkandung di dalam Imam itu dikeluarkan begitu sahaja tanpa membawa bersama-sama Imam Mihad kerana dialah yang membawa ilmu, membincangkan ilmu dan ketokohannya sebagai Imam turut terserlah kerana ilmu agama dan ilmu-ilmu sampingan yang dimiliki (Imam Mihad juga pernah bertugas sebagai tentera dan berpengalaman luas di Indonesia) yang membolehkan beliau melalui empat siri “Inquisisi” dengan baik dan memberikan hujah balas serta penegasan dan menangkis serangan terhadap kredibilitinya sebagai imam dan juga pengetahuan ilmu agamanya.

Penggemblengan ilmu dan idea di dalam Imam yang telah diperkukuh oleh tulisan dengan gaya ilmiah telah menjadi dasar kepada novel ini. Hal ini menjadi petunjuk kepada aspek keaslian dan estetika. Ilmulah yang menjadi penanda aras kepada kedua-dua aspek ini. Keindahannya bukanlah gaya bahasa tetapi keindahan itu harus dilihat secara intrinsik iaitu kedudukan ilmu dalam masyarakat dan juga

37

(25)

25

kedudukan ilmu dalam diri setiap watak. Tahap ilmu telah mengangkat seseorang itu ke tempat yang sewajarnya. Ilmu telah meletakkan Imam Mihad sebagai ketua agama. Ilmu juga telah menjadikan Debok daripada seorang remaja yang berpenyakit dan dibenci Haji Syamsuri, abang iparnya kepada seorang yang berkarisma apabila pulang sebagai ahli agama dan seterusnya beliau diletakkan juga pada kedudukan yang tinggi, imam yang menggantikan Imam Mihad.

Persoalan ilmu di dalam novel ini turut disokong oleh watak-watak yang tidak kurang pentingnya seperti Haji Qamar, bekas kelasi yang mempunyai perpustakaan sendiri di rumah dan perbincangannya yang Cikgu Syahidan yang suka bertandang ke rumahnya kerana mahu membaca buku-buku milik Haji Qamar.

Keaslian dalam penyampaian idea inilah yang menjadikan Imam mempunyai strata yang tinggi berbanding dengan novel-novel lain yang mungkin menyentuh hal-hal luaran mengenai agama dan tidak terjun sepenuhnya seperti yang telah Imam lakukan. Idea-idea perubahan yang disampaikan dengan cara yang dramatik sehingga menggegarkan pemikiran ahli-ahli kariah inilah yang menjurus terus kepada klimaks iaitu pembunuhan Imam Mihad.

Sesuai dengan novel yang membawa pemikiran melalui khutbah, penyelesaian novel ini bersifat didaktik. Novel ini ditutup oleh tulisan Cikgu Syahidan yang bersifat seperti sebuah epilog iaitu apakah yang terjadi kepada watak-watak lain selepas kematian Imam Mihad? Namun yang paling menarik ialah konklusi yang digariskan oleh pengarang melalui ungkapan Cikgu Syahidan:

“Tragedi yang berlaku di Kampung Anggerik Desa bukan kerana penemuan emas di tanah kawasan Masjid Haji Salih seperti yang menjadi anggapan ramai tetapi kerana segelintir penduduk tidak sanggup menerima perubahan yang dibawa Haji Mihad. Apakah perubahan itu datangnya terlalu mendadak ataupun penduduk yang berkenaan belum bersedia melepaskan nilai-nilai lama yang sudah lapuk, masih perlu kepada satu kajian sosiosaintifik yang mendalam. Penemuan emas hanya merupakan satu sebab sampingan yang meruntuhkan nilai-nilai lama sambil membawa

(26)

26

hanyut bersama-samanya Haji Mihad yang menjadi pelopor kepada perubahan baru ini. Memang sesuatu perubahan selalunya membawa korban dan korban perubahan yang datang ke Kampung Anggerik Desa terlalu mahal harganya.” (Imam : halaman 686)

Kematian Imam Mihad pula bukan bermakna segala perubahan yang telah dibawanya kembali kepada keadaan asal. Malah kematian Imam Mihad telah menghalang satu lagi bentuk yang boleh berlaku ialah ketakjuban kepada pemimpin. Jika Imam Mihad dibiarkan hidup, kemungkinan itu boleh berlaku. Hal ini akan terus membina jurang antara dua kelompok yang sedia retak di kampung itu. Kematian Imam Mihad telah menyebabkan lahirnya tenaga baharu untuk menggantikan serta meneruskan perjuangannya iaitu Imam Debok dan mengajak orang kampung berfikir sama ada mahu terus berada di takuk yang lama ataupun maju bersama-sama dengan perubahan yang telah dilakukan. Setelah membawa orang kampung sejauh itu, mereka sudah boleh belayar sendiri, ibarat sebuah kapal yang sudah dituntun meninggalkan dermaga dan sudah mempunyai angin dan kuasa yang cukup untuk mandiri.

Sifat novel Imam seperti yang telah dibincangkan ini meletakkan kedudukannya sebagai karya yang mempunyai kelas yang tersendiri. Justeru, hal ini menepati kehendak Bloom bahawa karya kanun haruslah ada sifat exclusionary iaitu meminggirkan karya-karya yang lain kerana karya ini begitu menonjol. Kedudukannya yang selektif ini pula disokong bahawa novel ini bukan sahaja memenangi tempat pertama dalam sebuah sayembara nasional iaitu Hadiah Novel Nasional 1992/1994 – sempena mengenang Allahyarham Pak Sako, malah novel ini juga terbit sebagai novel yang memberi sumbangan terhadap pemilihan Abdullah Hussain sebagai Sasterawan Negara.

Atas semua faktor yang dinyatakan di atas, Imam sudah pun mempunyai ciri-ciri yang digambarkan oleh Bloom sebagai karya kanun dan ditambah lagi oleh Lauter bahawa karya yang sering diungkap, disebut dan dibincangkan selain dimasukkan ke dalam silibus di universiti ialah karya kanun.

(27)

27 Imam Sebagai Karya Agung Mengikut Pendapat Yayasan Karyawan

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, Yayasan Karyawan telah menolak semua karya moden untuk disenaraikan sebagai Karya Agung. Alasannya, karya moden sudah cukup merit untuk diberikan pengelasan yang demikian tinggi. Oleh yang demikian, Yayasan Karyawan menutup laluan bagi karya moden untuk diberikan gelaran Karya Agung.

Pendapat Hashim Awang yang sudah dinyatakan juga menyokong perkara ini kerana seseorang pengkarya yang masih hidup diandaikan mungkin akan menulis lagi. Oleh itu, apa-apa karya yang dianggap “agung” semasa hayatnya mempunyai dua kemungkinan: pengarang itu tidak akan menulis lagi kerana dia sudah menghasilkan yang sehabis baik (agung) ataupun dia mungkin menghasilkan sesuatu yang lebih “agung” lantas menjadikan karya yang sudah dinobatkan terdahulunya sebagai agung itu sudah tidak agung lagi.

Meskipun Yayasan Karyawan sama sekali tidak menerima karya moden di dalam pemilihan Karya Agung, namun penilaian terhadap karya moden juga boleh dinilai menggunakan ciri-ciri yang telah diberikan oleh institusi ini.

Imam mempunyai lambang dan pesanan yang mewakili keseluruhan cerita. Antara lambang yang mengangkat novel ini ialah imam itu sendiri, emas dan masjid. Imam ialah lambang kepada ketua atau pemimpin. Di dalam novel ini, peranan imam dan fungsinya juga diberikan melalui perkembangan watak Imam Mihad yang mendominasi keseluruhan novel ini. Hanya bab “Mukadimah” dan “Penutup” sahaja yang menggunakan sudut pandangan orang lain.

Imam sebagai watak yang sentral bukan sahaja mewakili jawatan imam secara per se. Imam ialah simbol kepada segala bentuk kepimpinan walau dalam setiap peringkat. Pemimpin itu boleh jadi pemimpin di dalam keluarga, pentadbir, pemimpin politik dan sebagainya. Hubungan imam dengan ahli kariahnya menunjukkan tautan pemimpin dan pengikut digambarkan lagi melalui solat Jumaat yang menghimpunkan sekalian jemaah lelaki dan betapa kuatnya peranan institusi masjid jika ditadbir dengan sebaik-baiknya oleh seorang imam yang berwibawa.

(28)

28

Simbol masjid pula ialah lambang perpaduan orang Islam. Jika pada hari ini fungsi masjid dijadikan lokasi ibadah khusus, Imam menawarkan fungsi masjid boleh sahaja diperluas sehingga menjadi suatu daya pemujuk kepada anak-anak muda yang liar dan liat untuk ke masjid. Imam Mihad telah menawarkan satu tapak gelanggang untuk anak-anak muda bermain tidak jauh dari masjid tetapi masih lagi di dalam kawasannya dan jika masuk waktu solat, mereka telah berada dekat dengan masjid dan tidak dapat mengelak untuk bersolat.

Simbol emas yang ditemui di kawasan Masjid Haji Salih menjadi lambang ketamakan manusia, lambang materialistik yang telah membutakan manusia sehingga sanggup menggali sehingga ke bawah masjid. Natijahnya, masjid itu runtuh dan meragut sekian banyak nyawa.

Simbol-simbol ini pula bukan sahaja berdiri begitu sahaja, malah menjadi sebahagian daripada novel yang sifatnya bersepadu (intergrated) dan tidak boleh dipisahkan.

Pesanan ialah bahagian yang sangat besar di dalam novel ini. Bermula dengan bab “Imam”, pembaca telah dibawa ke “daerah” pesan-pesanan apabila Imam Mihad memulakan khutbahnya di dalam bentuk peringatan kepada umat Islam, khususnya kepada ahli kariah. Persoalan solat menjadi pesanan yang utama kepada ahli kariah dan menjadi mesej kepada pembaca melalui novel ini. Persoalan solat sebagai tiang agama diungkapkan di dalam bab ini sepenuhnya.

Nilai budaya atau pandangan hidup penduduk Kampung Anggerik Desa telah berubah dengan kedatangan Imam Mihad. Mereka yang selama ini hidup ala subsidi iaitu menggunakan wang wakaf yang telah ditinggalkan oleh Haji Salih berubah menjadi masyarakat yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Senario ini telah dipimpin oleh Imam Mihad. Selama ini penduduk kampung menghadapi musim kemarau hanya melalui doa dan solat hajat. Kini Imam Mihad telah mengajak mereka membina irigasi dan kemudian bersolat hajat dengan dimulakan dengan berpuasa selama tiga hari berturut-turut. Tindakan ini ialah falsafah berusaha sebelum bertawakal yang menjadi budaya orang Islam dan bukannya budaya selesa (complacent) yang sering menjadi budaya orang Melayu khususnya.

Pandangan tentang budaya orang Melayu ini juga disampaikan oleh watak James Burton @ Ahmad Burton terhadap orang Melayu yang bukannya malas tetapi oleh sebab mereka hidup di tanah yang

(29)

29

subur dan apa-apa yang dicucuknya “menjadi”, maka orang Melayu tidak ada sebab untuk berusaha lebih dan selesa sekadar dapat makan, dapat pakai, dan dapat menjalankan aktiviti seharian seperti biasa.

Nilai ilmu, seni bahasa dan teknik kepengarangan yang digariskan oleh pihak Yayasan Karyawan sebagai ciri penting di dalam menentukan sesebuah Karya Agung tidak jauh bezanya dengan isu yang telah diungkapkan sebelum ini tentang estetika, kelainan dan keaslian oleh Bloom. Perbincangan yang senada ini boleh tidak banyak beza dengan apa-apa yang telah diungkapkan.

Keseluruhannya nilai ilmu amat padat di dalam novel ini, malah bahagian ilmu amat mendominasi dan pengukuhannya yang begitu bertubi-tubi dan jitu itu tidak dapat tiada berhasil memperakukan kedudukan ilmu dalam pembentukan watak seorang imam. Dengan yang demikian, ia telah menggariskan ilmu sebagai jati diri seorang imam.38

Teknik kepengarangan yang jarang-jarang diungkapkan oleh pengarang sebelum ini memberikan suatu penyampaian yang bersifat genius dalam penyampaian ilmu agama dengan cara yang kreatif, berhemah dan berseni seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Kesimpulan

Imam tidak syak lagi ialah sebuah Karya Kanun Melayu. Dengan segala penghujahan mengikut kerangka Barat dan juga kerangka Yayasan Karyawan, Imam telah mengisi kesemua ciri yang digariskan. Menurut Ungku Maimunah lagi, “budaya sastera kita juga memperlihatkan amalan-amalan yang dapat dikaitkan dengan pembentukan kanun dalam erti kata „mengenengahkan‟ sesuatu karya.”39

Perkara-perkara yang dimaksudkan itu ialah sayembara, ulasan sarjana sastera yang berwibawa dan juga anugerah penulisan.

Ketiga-tiga perkara tersebut dilalui oleh Imam dan Abdullah Hussain. Novel ini bukan sahaja memenangi sayembara Novel

38 Ungku Maimunah Mohd Tahir, “Imam Abdullah Hussain: Jatidiri Pemimpin Agama”

dalam Dewan Sastera, April 1996 hlm. 73.

39

Ungku Maimunah Mohd Tahir, “Kanun dan Pembentukan Kanun: Satu Perbincangan Awal” dalam Dewan Sastera, Februari 1999 hlm. 22.

(30)

30

Nasional, telah diulas oleh sarjana sastera dan akhirnya Abdullah Hussain telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1996.

Yayasan Karyawan harus membuka laluan kepada satu lagi kategori Karya Agung untuk membolehkan karya-karya kontemporari turut diberikan pengiktirafan. Pemilihan karya tidak harus dibatasi oleh masa. Ciri-ciri yang dibekalkan itu apabila didapati sesuai dan mencukupi haruslah mewajarkan sesebuah karya sebagai Karya Agung sekali gus karya kanun.

Paling tidak, novel ini bahkan wajib diberikan kepada para pelajar aliran agama sebagai bahan bacaan tambahan sama ada di sekolah agama, fakulti pengajian Islam dan juga diletakkan di madrasah, surau dan masjid.

Sebuah novel yang bermutu tinggi tidak akan terikat oleh zaman. Tidak kurang dengan itu, novel yang bermutu seperti Imam masih relevan pada semua zaman, tidak kiralah pada zaman novel itu dihasilkan sehinggalah pada masa hadapan.

Latar belakang pengarang dan kajian yang telah dilakukan oleh pengarang menunjukkan kesungguhannya menulis Imam yang pada asalnya bukanlah sebuah karya yang ditulis bagi tujuan memenangi apa-apa hadiah. Keputusan terakhir untuk menyertai Hadiah Novel Nasional – Sako merupakan satu cara untuk mencari kayu ukur bagi pembaca menilai karya tersebut. Menurut Abdullah Hussain lagi, novel ini hampir sahaja tidak diterbitkan kerana tiada penerbit yang sanggup untuk menerbitkan karya yang demikian tebal pada waktu itu. Malah, beliau sudah pun meninggalkan wasiat kepada anak-anaknya supaya mengusahakan penerbitan novel itu jika beliau meninggal dunia dan novel itu tidak dapat diterbitkan.40 Kesungguhan inilah yang membezakan sebuah novel yang ditulis khusus untuk sayembara berbanding sebuah novel yang ditulis khusus dengan niat untuk berdakwah dan meninggalkan sesuatu yang baik kepada pembaca tanpa memandang kepada wang ganjaran yang disediakan.

Novel ini juga wajar diterbitkan semula di dalam edisi kulit tebal, mewah dan sesuai dengan kedudukannya sebagai karya Sasterawan

40

Abdullah Hussain. 2010. Proses Kreatif: Satu Pengalaman Rohani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka hlm. 144 – 159.

(31)

31

Negara dan juga kedudukannya sebagai karya yang sangat layak dikalungkan sebagai karya kanun Melayu.

Bibliografi

2000. Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Abdullah Hussain. 1995. Imam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hussain. 2010. Proses Kreatif: Satu Pengalaman Rohani. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anon. 1996. Karyawan Moden Belum Apa-apa. Berita Harian, 30 Disember.

Bloom, Harold. 1994. The Western Canon. New York: Harcourt Brace & Co.

Gorak, Jan. 1991 “More Than Just A Rule: The Early History of the Canon” dlm. The Making of The Modern Canon – Genesis and Crisis of Literary Idea. London : The Anthlone Press Ltd.

Guillory, John. 1995. “Canon” dlm. Critical Terms for Literary Study. 2nd Ed. Chicago: University of Chicago Press.

Lauter, Paul. 1991. Canons and Contexts. New York: Oxford University Press. 2000.

Panel Anugerah Sastera Negara 1996. 2008. Abdullah Hussain Sasterawan Negara. Dlm. Zeti Akhtar (Penyusun) Abdullah Hussain dalam Esei dan Kritikan. hlm. 27 – 28. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rozninah Abd. Azib. 1999. Wawancara Datuk Hassan Ahmad. “Yayasan Karyawan: Menobatkan Karya Agung” Dewan Sastera, Oktober 88 – 90.

S. Othman Kelantan. 1996. Karya Agung yang Bagaimana? Dewan Sastera, Mac 63 – 65.

(32)

32

Ungku Maimunah Mohd Tahir. 1996 Imam Abdullah Hussain: Jati diri Pemimpin Agama. Dewan Sastera, April 68 – 73.

Ungku Maimunah Mohd Tahir. 1999 . Kanun dan Pembentukan Kanun: Satu Perbincangan Awal. Dewan Sastera, Februari 13 – 23.

Ungku Maimunah Mohd Tahir. 1999. Karya Agung Melayu dan Hubungannya dengan Kanun Melayu. Dewan Sastera, Oktober 83 – 87.

Referensi

Dokumen terkait

Misalnya, hubungan guru dan murid dan aktivitas belajarnya tidak lagi bergantung pada satu sumber belajar yang tersedia di lingkungan sekolah, akan tetapi juga mau tidak mau

System terhadap pengaruh debit dan jumlah tumbuhan yang berbeda maka dapat dilihat bahwa terjadi kenaikan efisiensi yang cukup besar pada COD dengan debit terkecil

Berdasarkan temuan data yang telah diperoleh, maka peneliti mencoba memberikan saran mengenai pelayanan yang diberikan petugas kepada lansia, Dari informasi yang

Perlindungan dari ekploitasi, meliputi: (1) perlindungan dari gangguan kehidupan pribadi; (2) perlindungan dari keterlibatan dalam pekerjaan yang mengancam

Misal, ketika salah seorang siswi kelas kecantikan SMKN 2 Lumajang menonton tayangan youtube beauty vlogger yang videonya menjelaskan atau menginformasikan mengenai

Elaboration Likehood Theory merupakan teori persuasi yang populer dan dikemukakan oleh Richard Petty & John Cacioppo (1986) yang berasumsi bahwa orang

Nyatakan satu cara untuk mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan bagi eksperimen ini.. [1 mark] [1

untuk menggambarkan, mendalami dan mewartakan kebenaran Kristus sebagai satu-satunya Pengantara antara Allah dan manusia, dan sebagai satu-satunya Penebus dunia. 69 Misi