• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODEL-MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA (WORK BASED LEARNING) DAN PELAKSANAAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MODEL-MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA (WORK BASED LEARNING) DAN PELAKSANAAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

MODEL-MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA (WORK BASED LEARNING) DAN PELAKSANAAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Shaipul Anuar Bin Mohamed Zainudin1, Mohd Amiruddin Bin Ab Aziz2 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Azlan Shah, 35950 Behrang, Perak

shaipul@psas.edu.my mohd_amiruddin@psas.edu.my

Abstrak

Sistem pendidikan dipoliteknik Malaysia telah bergerak maju dari kaedah tradisional iaitu pembelajaran didalam bilik kuliah ke pembelajaran berasaskan tempat kerja. Pembelajaran berasaskan kerja atau dikenali sebagai Work Based Learning (WBL) merupakan pendekatan pembelajaran yang mengabungjalinkan pembelajaran dipoliteknik dengan pembelajaran di industri dan bagi mewujudkan pengalaman bersepadu (teori dan praktikal) kepada pelajar. Pada asasnya, WBL adalah pendekatan pembelajaran yang menggunakan tempat kerja sebagai medium untuk memindahkan ilmu dan pengetahuan dalam pembelajaran. Artikel ini membincangkan model - model WBL yang digunapakai untuk mengenal pasti ciri-ciri, kaedah, elemen dan pihak yang terlibat dalam melaksanakan WBL. Artikel ini juga membincangkan perlaksanaan WBL di Politeknik Sultan Azlan Shah bagi program Sarjana Muda Teknologi Pembuatan (Rekabentuk Automotif). Kesimpulan yang diperolehi daripada analisis model-model WBL adalah, kerjasama yang erat antara politeknik dan industri amatlah penting dalam memastikan kejayaan WBL. Selain itu politeknik, industri dan pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan WBL. Manakala elemen-elemen yang perlu diberi perhatian yang serius dalam menjalankan WBL adalah kurikulum, matlamat pembelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan kaedah perlaksanaan.

Kata Kunci: Pembelajaran bersaskan kerja, industri, institusi pendidikan, matlamat pembelajaran

1.0 Pengenalan

Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Kominiti (JPPKK) telah mengadakan Dialog Industri yang pertama pada September 2006 (Department of Polytechnic Education, 2017). Kesimpulan dari dialog ini, kerjasama antara institusi pendidikan dan industri secara aktif dan dinamik adalah perlu bagi meningkatkan bilangan tenaga kerja yang berkelayakan, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Maka Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengambil inisiatif menjalankan program pengajian secara Work based Learning (WBL). Program pengajian secara WBL dimulakan pada tahun 2007 di beberapa kolej komuniti terpilih bagi pengajian peringkat diploma. Manakala politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah adalah politeknik pertama menjalankan program pengajian secara WBL pada tahun 2008 pada peringkat diploma lanjutan (Department of Polytechnic Education, 2017).

Pada tahun 2010 Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) memulakan program pengajian secara WBL bagi program Diploma Lanjutan Rekabentuk Automotif dan Kejuruteraan Pembuatan dengan kerjasama PROTON Holding Berhad. Program Pengajian pada peringkat diploma lanjutan ini ditamatkan pada pada tuhun 2013 dan dinaik taraf ke peringkat sarjana muda. Pada tahun 2014, PSAS telah mengorak langkah dengan menjalankan program pengajian di peringkat sarjana muda secara WBL. Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Automotif) telah membuat pengambilan pelajar pada bulan September 2014 dan program ini dijalankan secara Work-based Learning (WBL) dengan kerjasama industri automotif.

(2)

Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) merupakan salah satu pendekatan pembelajaran yang telah lama diamalkan di seluruh dunia sejak beberapa dekad yang lalu. Pembelajaran berasaskan kerja atau work-based learning (WBL) merupakan pendekatan pembelajaran yang menjurus kearah teori konstruktivisme. Pendekatan teori konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri (Biggs, 1996). Kaedah WBL sesuai digunapakai dalam pendidikan tinggi terutama dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (Brennan & Little, 1996).

2.0 Konsep WBL

Secara umumnya bahawa strategi Pembelajaran Berasaskan kerja (WBL) adalah satu cara atau kaedah yang berterusan dalam pembangunan tenaga kerja. Menurut (Lemanski, Mewis, & Overton, 2011) pembelajaran berasaskan kerja adalah program kerjasama universiti dan industri dalam mewujudkan peluang – peluang pembelajaran yang baru di tempat kerja. (Lemanski et al., 2011) juga telah mengenalpasti tiga elemen utama yang melibatkan pembelajaran WBL iaitu Pembelajaran melalui kerja, belajar untuk bekerja dan belajar di tempat kerja. WBL adalah pendekatan pembelajaran yang merangkumi pengalaman kerja di mana pelajar perlu melalui proses pembelajaran di institusi dan mendapatkan pengalaman dan kemahiran dalam industri yang berkaitan mengikut apa yang diperlukan dalam persekitaran kerja.

Ini membolehkan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan peralihan dari institusi pendidikan ke industri untuk bekerja dan mendedahkan pelajar kepada realiti persekitaran kerja yang membolehkan mereka membuat pilihan kerjaya yang terbaik (Brennan & Little, 1996). Program pengajian yang dijalankan secara WBL dilihat berbeza dari kaedah pengajian biasa kerana ia menggabungkan pengajian secara konvensional dan pembelajaran dipersekitaran kerja dimana secara langsung menghasilkan pengalaman sebenar ditempat kerja (Seufert, 2000).

(Little, 2006) menjelaskan bahawa work based learning sebagai pendekatan pembelajaran yang berlaku hasil dari aktiviti ditempat kerja. Pembelajaran Berasaskan Kerja adalah satu pendekatan yang menumpukan perhatian kepada praktikal pembelajaran dan oleh itu secara langsung berkaitan dengan pelajar dan persekitaran kerja mereka. Pendekatan WBL bagi proses pembelajaran boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan keadaan dan tidak terhad kepada pembelajaran dalam kelas atau bilik kuliah sahaja. Menurut Jabatan Pengajian Politeknik (2012) dalam (Abdullah, 2017) WBL adalah satu pendekatan pembelajaran berstruktur yang menggabungkan pembelajaran di kelas dengan pengalaman pembelajaran di tempat kerja. Ia melibatkan proses memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kerja sama ada di institusi pengajian dan di tempat kerja dengan penglibatan secara formal atau tidak formal.

Disamping itu, pelajar boleh membina dan meningkatkan kemahiran semasa WBL dalam bidang yang mereka ceburi ke tahap yang lebih tinggi. Ini dinyatakan oleh (Raelin, 1998) WBL adalah pendekatan pembelajaan yang menjadikan di tempat kerja (industri) sebagai medium untuk memindahkan pengetahuan dan kemahiran. Terdapat pelbagai model WBL yang telah diperkenalkan dalam menjalankan sesuatu program pengajian di peringkat pengajian tinggi.

3.0 Model – Model Work Based learning 3.1 Model Work Based Learning Arizona

Menurut (Ismail, Mohamad, Omar, Heong, & Kiong, 2014) Model Arizona menekankan kepada hubungan dua hala antara intitusi pendidikan dan industri. Kedua – dua pihak ini perlu bekerjasama dalam menyediakan sumber dan aktiviti pendidikan yang akan membantu setiap pelajar untuk mengembangkan potensi diri mereka. Menurut (Ismail et al., 2014) lagi, perlaksanaannya memerlukan

(3)

aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dan terancang bagi meningkatkan tahap pembelajaran pelajar. Rajah 1 menunjukkan Model Work Based Learning Arizona.

Rajah 1. Model Work Based Learning Arizona (Ismail et al., 2014)

Model Arizona (Arizona State Dept. of Education, 1997) menegaskan aktiviti WBL yang dilakukan sepatutnya boleh mengintegrasikan kemahiran akademik yang dipelajari di dalam institusi pendidikan dengan kemahiran berasaskan kerja yang dipelajari di industri. Penekanannya adalah pada pembinaan kemahiran, pemindahan kemahiran, bekerja Sebagai ahli pasukan, mewujudkan perhubungan, etika dan moral, kebolehan untuk meneroka peluang kerjaya.

Model Arizona membahagikan aktiviti WBL kepada dua kategori iaitu aktiviti WBL berasaskan institusi pendidikan dan aktiviti WBL berasaskan industri. Antara aktiviti berasaskan institusi yang dinyakatan adalah pendidikan profesional/teknikal, latihan kesediaan kerja, Kesedaran dan penerokaan kerjaya, Hari Kerjaya/Pameran Kerjaya, Simulasi tempat kerja, Makmal simulasi kerja, Integrasi kemahiran akademik dan pekerjaan. Manakala aktiviti berasakan industri pula adalah pementoran, pengalaman kerja sebenar, praktikum, pengalaman klinikal dan perantisan. Sumber dan sistem sokongan diperlukan dalam menghubungkan aktiviti di institusi dan industri dan ianya boleh dilakukan melalui garispanduan, pangkalan data industri, jawatankuasa penasihat, memorandum persefahaman, kurukulum kursus yang berasaskan industri dan badan - badan profesianal dan jabatan pendidikan (Arizona State Dept. of Education, 1997).

3.2 Model Work Based Learning Edmunds

Model Edmund menurut (Ismail et al., 2014) WBL adalah hubungan antara tiga pihak iaitu industri, institusi pendidikan dan pelajar. Pada pandangan (Ismail et al., 2014) Model Edmund menghubungkan pelajar dan institusi pendidikan melalui pendidikan, pelajar dan industri melalui latihan dan industri dan institusi pendidikan melalui kodifikasi pengetahuan. Rajah 2 menunjukkan Model WBL Edmund.

Rajah 2. Model WBL Edmund (Ismail et al., 2014)

Seterusnya (Ismail et al., 2014) menyatakan Edmund mendifinasikan pembelajaran WBL sebagai proses membina pengetahuan dan kemahiran melalui pengelibatkan dan penyertaan aktif pelajar, industri dan institusi pendidikan yang melaksanakan kurikulum yang dipersetujui untuk faedah

Institusi Pendidik (Sumber dan Aktiviti)

Industri (Sumber dan Aktiviti) Institusi Pendidik

(Sumber dan Aktiviti)

Pendidikan Latihan WBL Kodifikasi Pengetahuan Industri Institusi Pendidikan Pelajar

(4)

bersama. Ianya adalah gabungan antara pembelajaran secara tradisonal dan latihan di tempat kerja yang sebenar.

Edmunds dalam (Ismail et al., 2014) mendifinasikan pembelajaran WBL sebagai pengetahuan dan kemahiran yang terhasil dalam konteks aktiviti yang melibatkan penyertaan aktif seseorang pelajar, organisasi yang memberi latihan (industri) dan institusi pendidikan yang melaksanakan kurikulum yang dipersetujui untuk faedah bersama. Secara ringkasnya (Edmunds, 2007) menyatakan bahawa, pengetahuan dan kemahiran dalam pembelajaran WBL adalah proses berterusan dan dibina dan berkembang melalui aktiviti-aktiviti harian.

Seterusnya (Edmunds, 2007) mengariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian dalam Model WBL Edmunds iaitu :

i. Membina hubungan antara majikan, pelajar, institusi pendidikan dan badan profesional yang terlibat.

ii. Meneroka sejauh mana pembelajaran dapat disepadukan dalam perkerjaan serta melibatkan semua pihak berkepentingan.

iii. Menjadikan tempat kerja (industri) sebagai tempat untuk pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan. iv. WBL dilaksakan atas dasar kepentingan bersama iaitu semua pihak terlibat mendapat faedah

3.3 Model Hubungan Antara Industri dan Institusi Pendidikan (Ontario)

Model Hubungan Antara Industri dan Institusi Pendidikan (Council of Ontario Universities, 1998) dalam (Ismail et al., 2014) menyatakan model ini menggambarkan hubungan antara industri dan institusi pendidikan teknik dan vokasional. Institusi pendidikan adalah sumber utama dalam membekalkan sumber manusia baru dalam pelbagai bidang pekerjaan. Pada pandangan (Ismail et al., 2014), Model Hubungan Antara Industri dan Institusi Pendidikan memberi hak kepada majikan mengakses aktiviti pendidikan dan menilai produk yang dihasilkan oleh institusi pendidikan iaitu graduan. Rajah 3 Hubungan Antara Industri dan Institusi Pendidikan.

Rajah 3. Hubungan Antara Industri dan Institusi Pendidikan (Ismail et al., 2014)

Menurut (Ismail et al., 2014) hubungan dua hala institusi pendidikan dan industri adalah penting dan memberi manafaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat, terutamanya dalam menghasilkan pekerja yang berpengetahuan dan berkebolehan serta memenuhi kehendak industri semasa. Seterusnya Industri akan mendapat manafaat dari sistem pendidikan jika sekiranya pendidikan yang dilaksanakan oleh institusi sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.

3.4 Model Work Based Learning Affirmatif

Model Work Based Learning Affirmatif menurut (Brown, Harte, & Warnes, 2007) adalah berkaitan dengan pembangunan tenaga kerja mahir yang mampu menjalankan tugas dengan baik untuk mencapai tahap keberkesanan dan kecekapan yang efektik bagi memenuhi keperluan industri. (Brown et al., 2007) menegaskan bahawa pelajar yang dihasilkan dari perlaksanaan kurikulum WBL ini dapat

Institusi Pendidikan Industri -Bilangan lulusan -Kurikulum -Latihan kemahiran

(5)

memenuhi pelbagai kemahiran dan kecekapan yang telah ditetapkan terlebih dahulu berdasarkan kehendak semasa industri. Kaedah pembelajaran dan pengajaran WBL yang digunakan dalam Model Work Based Learning Affirmatif berkonsepkan kepada pemindahan pengetahuan melalui pementoran dan latihan kerja dari orang-orang yang mahir dan telah menguasai kemahiran kepada pelajar atau pelatih. Rajah 4 menunjukkan Model Work-Based Learning Affirmatif.

Rajah 4. Model Work-Based Learning Affirmatif (Brown et al., 2007)

Program pengajian yang mengadaptasi Model Work Based Learning Affirmatif menurut (Brown, Harte, & Warnes, 2007) adalah program yang menggunapakai kurikulum yang direkabentuk secara menyeluruh memenuhi kehendak industri dan dapat memindahkan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar secara efektif. Model Work Based Learning Affirmatif menekankan empat perkara dalam melaksanakannya iaitu pembinaan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian pelajar dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

Menurut (Brodie dan Irving, 2006) dalam (Brown et al., 2007), pengajaran dan pembelajaran mestilah berkaitan amalan di industri dan pelajar dinilai melalui kebolehan mereka menghubungkan teori dan praktikal semasa di industri. Penilain WBL mestilah berdasarkan kepada keupayaan pelajar mengadaptasi apa yang telah dipelajari antara kaedahnya adalah penulisan buku log, refleksi dan portfolio.

3.5 Model Work Based Learning Tranformatif

Menurut (Brown et al., 2007) Model WBL Transformatif menjurus kepada pembangunan sumber manusia yang boleh menjadi ejen kepada perubahan, pemimpin dan pemikir yang analitik. Model WBL Tranformative tidak menetapkan terlebih dahulu matlamat yang hendak dicapai sebaliknya melibatkan pelajar dalam perancangan dan pekerjaan secara dinamik. Strategi pembelajarannya direkabentuk untuk menyiapkan pelajar untuk berubah kearah yang lebih inovatif dan kreatif. Rajah 5 menunjukkan Model Work-Based Learning Transformatif.

(6)

Rajah 5. Model Work-Based Learning Transformatif (Brown et al., 2007)

Model ini telah digunakan oleh Jabatan Kejururawatan di UCLAN dalam program peningkatan kepimpinan dalam bidang kejururawatan, dimana pelajarnya terdiri daripada jururawat yang bertauliah dengan pengalaman yang berbeza-beza. Mereka dilatih untuk mengenal pasti bidang-bidang yang perlu dilakukan penambaikan dan membuat pembaharuan dalam perkhidmatan kejururawatan. Pembelajaran melalui Model WBL Transformatif meningkatkan kemahiran para pelajar melalui refleksi dan proses yang berulang-ulang. Keadaan in menyediakan setiap individu dengan kebolehan untuk membangunkan peribadi dan profesional mereka, (Mc Gill dan Beaty, 2003) dalam (Brown et al., 2007).

3.6 Model Work Based Learning SkiVes

Menurut (Ridhuan, 2016) pembinaan Model WBL SkiVes adalah bersandarkan kepada model latihan SIM (Sequential Iterative Model) dan model kurikulum TABA. Gabungan kedua-dua model ini menghasilkan komponen utama dalam Model WBL SkiVes iaitu objektif latihan, kandungan latihan, bahan bantu latihan, strategi pengajaran dan penilaian. (Ridhuan, 2016) menfokuskan Model WBL SkiVes kepada proses melatih dan menerapkan kemahiran generik dan nilai terhadap pelajar kejuruteraan Politeknik Malaysia.

Menurut (Ahmad Rizal, et. al 2008) dalam (Ridhuan, 2016) industri di Malaysia amat memerlukan pekerja yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan kepelbagaian kemahiran terutaman kemahiran interpersonal, maka ianya adalah sejajar dengan elemen utama Model WBL Skives penerapan kemahiran generik. Rajah 6 menunjukkan Model Work based Learning SkiVes.

(7)

Rajah 6. Model Work based Learning SkiVes (Ridhuan, 2016)

3.7 Model Work Based Learning Raelin

(Raelin, 1997) menyatakan model pembelajaran WBL at Individual Level ini di adaptasi daripada Iventori Gaya Pembelajaran David Kolb. Maka konsep WBL yang berteraskan kepada kerja dan pembelajaran dari pengalaman adalah selari dengan iventori gaya pembelajaran David Kolb. Menurut (Kolb dan Plovnick 1977) dalam (Raelin, 1997) Iventory Gaya Pembelajaran Kolb direkabentuk sebagai cara untuk memahami gaya pembelajaran seseorang dan mengesan minat pelajar tersebut. Menurut (Raelin, 1997) lagi, model WBL sedia ada tidak banyak menumpu kepada gaya pembelajaran yang bercirikan individu yang boleh menjurus kepada pembelajaran yang berkesan dan kritis di tempat kerja. Bagi (Raelin, 1997) tidak mencukupi untuk belajar hanya melalui teori semata-mata tanpa melibatkan pelajar dengan pengalaman situasi dan keadaan yang sebenar. Menurut (Raelin, 1997) lagi pengusaan pembelajaran akan lebih cepat dan berkesan melalui pengalaman dan membuat refleksi secara berterusan. Rajah 7 menunjukkan Model Work Based Learning Raelin.

(8)

Rajah 7. Model Work Based Learning Raelin (Raelin, 1997)

3.8 Model WBL Politeknik (Edisi 2014)

Model WBL politeknik menurut (Muhammad, Tahir, Kassim, Razali, & Siraj, 2014). WBL yang digunakan di politeknik merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berstruktur yang melibatkan pengalaman kerja dan persekitaran industri berasaskan tiga teras utama iaitu pelajar, institusi dan industri. Ketiga-tiga teras ini akan saling berkait bagi mencapai objektif dalam melahirkan pelajar berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam memenuhi kehendak industri masa kini. Model ini dibangunkan berdasarkan pandangan (Brennan & Little, 1996) yang menyatakan bahawa untuk menjalankan program WBL, tiga pihak yang berkepentingan ini iaitu institusi pendidikan, industri dan pelajar perlu digabungkan dan bekerjasama bersama secara. Rajah 8 menunjukkan Model Work Based learning Politeknik (Edisi 2014).

Rajah 8. Model Work Based Learning Politeknik (Edisi 2014)

Menurut (Muhammad et al., 2014), berdasarkan Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) (1999), pembelajaran WBL ialah pendekatan pembelajaran secara integrasi antara industri dan institusi yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman harian individu di industri dan alam pekerjaan yang sebenar. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

KNOWLEDGE EXPLICIT TACIT L E A R N I N G

THEORY Conseptualization Experimentatio n

(9)

3.9 Model Work Based Learning Politeknik Malaysia (Edisi 2017)

Menurut (Abdullah, 2017) Model WBL Politeknik yang dibentangkan dalam Bengkel Semakan Semula Garis Panduan WBL Politeknik adalah penambahan baikkan kepada model yang sedia ada yang digunakan sejak tahun 2014. WBL Politeknik adalah pendekatan pembelajaran yang memberi pengalaman praktikal kepada pelajar melalui program kerjasama bersama industri yang diperkukuhkan melalui konsep pementoran oleh pengamal industri. Ini adalah selaras dengan inisiatif politeknik untuk menjenamakan WBL@Polytechnic ™ untuk menjadikan Work Based Learning Politeknik sebagai jenama dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.

Model ini masih mengekalkan pandangan Brennan dan (Brennan & Little, 1996) yang menyatakan bahawa untuk menjalankan program WBL, tiga pihak yang berkepentingan ini iaitu institusi pendidikan, industri dan pelajar perlu digabungkan dan bekerjasama bersama secara. Perlaksanaanya model ini menekankan kepada hubungan pensyarah-pelajar, pensyarah-mentor dan mentor-pelajar. Bagi hubungan pensyarah dan pelajar, ianya melibatkan pengajaran dan pembelajaran, pemantauan, pentaksiran dan bimbingan. Hubungan mentor pelajar pula melibatkan pementoran dan menilai pelajar. Manakala hubungan pensyarah dan mentor melibatkan perhubungan dua hala, penyelarasan sebarang aktiviti dalam membantukan meningkatkan keberkesan WBL yang dijalankan. Rajah 9 menunjukkan Model WBL Politeknik (Edisi 2017).

Rajah 9. Model Work Based Learning Politeknik (Edisi 2017)

4.0 Perlaksanaan Work Based Learning di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

Implimentasi Work-based learning (WBL) yang dilaksanakan oleh PSAS melibatkan pihak industri, PSAS dan pelajar. Ini merupakan aktiviti kerjasama PSAS dan industri dalam menyediakan modal insan yang berkebolehan dan berkemahiran yang menerapkan pembelajaran di tempat kerja. Bagi melaksana dan menjayakan WBL, antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah perancangan, penyelarasan, pentaksiran, bimbingan, pementoran dan perhubungan. WBL yang dijalankan di PSAS adalah mengikut model WBL yang dicadangkan oleh (Muhammad et al., 2014) dan (Abdullah, 2017).

Teras utama dalam menjayakan program WBL ialah kerjasama antara pemberi pengajian tinggi iaitu PSAS dan organisasi yang menerima pelajar untuk menjalani WBL iaitu pihak industri. Menurut Whittington dan Ferrandez dalam (Reina, Kekale, & Devins, 2015), kualiti hubungan dan interaksi antara pemberi pengajian tinggi dan industri adalah penting dalam membina dan melaksana program WBL. Elemen utama bagi program WBL adalah industri dan inilah yang membezakan program

(10)

pengajian secara tradisional dari program Work Based Learning (WBL) dan kandungan pembelajaran mestilah berasaskan kepada industri. Proses pembelajaran dijalakan di industri dan industri juga perlu berfungsi sebagai satu elemen yang menghubungkan tiga pihak iaitu pelajar, pemberi pengajian tinggi dan majikan, (McEwen, O’Connor, Williams, & Higson, 2010)

Pemberi pengajian tinggi iaitu PSAS pula bertindak sebagai pengelaras kepada program WBL. PSAS bertanggungjawab untuk memastikan program berfungsi dengan baik mengikut garis panduan yang disediakan dan program pengajian mendapat pengiktirafan dari Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). Dalam erti kata lain PSAS bertanggungjawab untuk memastikan program yang dijalankan mencapaian piawaian yang ditetapkan oleh ETAC dan proses pembelajaran berlaku dengan berkesan di industri.

Prinsip-prinsip Pembelajaran berasaskan Kerja dalam konteks rangka kerja PSAS adalah berdasarkan ciri – ciri utama seperti dinyatakan oleh Boud dan Solomon dalam (Northumbria University, 2005) dan diolah semula seperti di bawah:

1. Satu perkongsian antara PSAS dan Industri untuk memupuk pembelajaran 2. Pelajar adalah dianggap sebagai pekerja semasa aktiviti WBL di industri 3. Aktiviti WBL berpandukan silibus yang telah disediakan

4. Elemen penting program ini adalah melalui pembelajaran yang dilaksanakan di tempat kerja

5. PSAS dan Industri bersama sama terlibat dalam menilai pencapaian pelajar

6. PSAS menerima pandangan dan cadangan dari industri dalam menambahbaik program

Oleh itu PSAS memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar berkaitan pembelajaran mereka dan PSAS menyediakan borang maklumbalas bagi sebarang komen, cadangan dan teguran. Maklumbalas ini amatlah diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan program. Seterusnya dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan, pemahaman dan potensi diri pelajar.

WBL adalah salah satu daripada beberapa inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam aspek pendidikan lepasan menengah yang cuba untuk melibatkan diri secara serius dengan tuntutan ekonomi, sosial dan pendidikan zaman kini. Dengan berbuat demikian ia menyediakan cabaran asas kepada amalan sedia ada dan menyediakan kemungkinan baru untuk pedagogi dan pendidikan lepasan menengah’. Bould dan solomon, dalam (Northumbria University, 2005)

5.0 Kesimpulan

Penelitian daripada model-model work based learning yang dibincangkan didapati penumpuan yang berlainan diberikan oleh model-model ini. Model WBL Arizona menekankan kepada perhubungan antara institusi pendidikan dan industri, dari segi perlaksanaanya pula Model Arizona menitikberatkan kepada aktiviti dan sumber. Model WBL Edmunds, menyatakan bahawa tiga pihak yang perlu memaikan peranan dalam mejayakan WBL iaitu institusi pendidikan, industri dan pelajar. Edmunds juga telah memberikan perincikan berkenaan bentuk perhubungan antara tiga pihak terbabik.Model Hubungan Antara Industri dan Institusi Pendidikan (Ontario), juga memberi penekanan kepada hubungan yang erat antara institusi pendidikan, Industri dan pelajar. Dari segi perlaksanaannya Model Ontario meekankan kepada pembinaan kurukulum, latihan dan kemahiran yang hendak dicapai.

Model WBL Affirmatif menekankan konsep pementoran dan pemindahan kemahiran dalam suasana pekerjaan. Model Affirmatif dilaksanakan berdasarkan kepada perancangan, peningkatan

(11)

penyelidakan dan semakan semula. Model Affirmatif juga menekankan aspek kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan hasil pembelajaran. Model WBL Tranformatif hampir sama dengan Model WBL Affirmatif yang perlaksanaannya berdasarkan kepada perancangan, peningkatan penyelidakan dan semakan semula. Namun begitu, pelajar diberikan peranan dalam menentukan isi kandungan dan perancangan WBL untuk memenuhi keperluan dalam tenaga kerja.

Model WBL SkiVes yang dibangunkan oleh (Ridhuan, 2016) lebih menitikberatkan kepada pembangunan kemahiran generik kepada pelajar. Manakala perlaksanaannya menumpukan elemen okjektif, kandungan, bahan bantu mengajar, strategi pengajaran dan penilaian. Model WBL Raelin, menumpukan kepada konsep Iventori Gaya Pembelajaran David kolb dimana kaedah perlaksanaannya mementingkan gaya pembelajaran secara individu. Raelin percaya kepada pembelajaran melalui pengalaman akan meningkatkan tahap pengusaan dan kemahiran pelajar dengan lebih cepat dan berkesan.

Model WBL Politeknik Edisi 2014 mengariskan WBL adalah pembelajaran berstruktur dipersekitaran industri yang melibatkan industri, pelajar dan politeknik. Model ini menggabungan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman pekerjaan harian di industri dan mementingan kepada hand-on. Model WBL politeknik edisi 2017 adalah kesinambungan model edisi 2014 dari segi dan konsep perlaksanaannya. Namun begitu penekanan diberikan kepada hubungan pensyarah politeknik, pelajar dan mentor diindustri.

Secara keseluruhannya, kesemua model yang dibincnagkan memerlukan penglibatan dan kerjasama insitusi pendidikan dan industri dalam menyediakan pelajar yang berkemahiran dan bagi memenuhi keperluan indutri. Menurut (Ismail, Mohamad, Omar, Heong, & Kiong, 2014) work based learning sememangnya memerlukan perhubungan dua hala yang erat diantara institusi pendidikan dan juga industri. Hubungan yang erat ini akan menjamin kejayaan perlaksanaan kaedah pembelajaran secara work based learning di Malaysia.

Menurut (Ismail et al., 2014) lagi pelajar yang mempunyai nilai tambah ini akan mendapat permintaan yang tinggi dari industri kerana industri memerlukan pekerja yang berkemahiran yang akan menjadi aset kepada syarikat itu. Kaedah pembelajaran WBL dalam sistem pendidikan negara, diharap akan memberi manfaat kepada ketiga-tiga pihak, iaitu pelajar, institusi pendidikan dan industri. Pada masa kini institusi yang menawarkan program pengajian secara WBL adalah Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Rujukan

Abdullah, S. (2017). Halatuju WBL Politeknik: Bengkel Semakan Semula Garis Panduan WBL Politeknik. Retrieved from https://drive.google.com/drive/folders/0B-NEkZVKkS87bTZJUDdjY0QyUzg

Arizona State Dept. of Education. (1997). Arizona Work Based Learning: An Educator’s Guide. ERIC. Retrieved from http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED417316.pdf

Biggs, J. (1996). Enhancing teaching through constructive alignment. Higher Education, 32(3), 347– 364.

Brennan, J., & Little, B. (1996). A Review of Work Based Learning in Higher Education. Department

for Education and Employment, The Open University. Retrieved from

http://oro.open.ac.uk/11309/1/A_review_of_work_based_learning_in_higher_education.pdf Brown, B. A., Harte, J., & Warnes, A. (2007). Developing the health care workforce A comparison of

(12)

Council of Ontario Universities. (1998). Sectoral Skill Needs and The Role of Universities. ERIC. Retrieved from https://eric.ed.gov/?id=ED420264

Department of Polytechnic Education. (2017). Polytechnic WBL Success Stories. Department Of Polytechnic Education. Retrieved from https://drive.google.com/drive/folders/0B-NEkZVKkS87VVVkQUppc3FDdGM

Edmunds, J. (2007). A Personal View of Work based Learning: Policy and Practice from both ends of telescope. In Work-based Learning Futures Conference (pp. 125–139).

Ismail, S., Mohamad, M. M., Omar, N., Heong, Y. M., & Kiong, T. T. (2014). A Comparison of the Work-based Learning Models and Implementation in Training Institutions. Procedia - Social and

Behavioral Sciences, 204(November 2014), 282–289. Retrieved from

http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S1877042815048016

Lemanski, T., Mewis, R., & Overton, T. (2011). An Introduction to Work-Based Learning: A Physical Sciences Practice Guide. UK Physical Sciences Centre.

Little, B. (2006). Employability and work-based learning. Learning & Employability Series One. McEwen, L., O’Connor, K., Williams, C., & Higson, H. (2010). Engaging employers as partners in

work-based learning assessment: proposal for a quality enhancement framework. Learning and Teaching in Higher Education, (4), 62–89.

Muhammad, R., Tahir, K. M., Kassim, I., Razali, H., & Siraj, H. (2014). Pengenalan & Konsep Work-Based Learning. In Work Work-Based Learning : Perlaksanaan di Politeknik Malaysia Edisi Pengenalan. Putrajaya: Jabatan Pengajian Politeknik.

Northumbria University. (2005). Work-Based Learning Framework Handbook for University Staff. Retrieved from https://www.northumbria.ac.uk/static/worddocuments/ardocs/436647.doc%0A Raelin, J. A. (1997). A Model of Work-Based Learning. Organization Science, 8(6), 563–578. Raelin, J. A. (1998). Work-based learning in practice. Journal of Workplace Learning, 10, 280–283. Reina, F.-B., Kekale, T., & Devins, D. (2015). A framework for work-based learning: basic pillars and

the interactions between them. Higher Education, Skills and Work-Based Learning, Vol. 6(No 1), pp35-54.

Ridhuan, M. (2016). Pembangunan Model Kurikulum Latihan SkiVes bagi program Pengajian Kejuruteraan Pembelajaran berasaskan Kerja. Thsesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Malaya.

Seufert, S. (2000). Work-Based Learning and Knowledge Management: An Integrated Concept of Organizational Learning. In ECIS (pp. 1413–1420).

Referensi

Dokumen terkait

Profesionalisme guru Pkn dalam mengembangkan model pembelajaran work-based learning di Jurusan Teknik Mesin SMK Negeri 8 Bandung ……….. Hambatan guru PKn dalam mengembangkan

Adanya hubungan yang signifikan antara pelaksanaan model pembelajaran brain based learning terhadap aktivitas belajar siswa di bidang studi Ilmu Pengetahuan Alam, Hal

Mengenalpasti kewujudan perbezaan di antara pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif dari segi penguasaan pengetahuan, penguasaan pedagogi dan

Finkle dan Torp, Problem Based Learning merupakan pengembangan kurikulum dan sistem pengajaran yang mengembangkan secara simultan strategi pemecahan masalah dan

Keywords Malaysia, Education, Entrepreneurship, Work-Based Learning Paper typeConceptual paper Introduction By learning the principles of entrepreneurship in a real-world environment

Model Pembelajaran Project Based Learning PjBL Model project based learning PjBL dalam penelitian ini adalah model pembelajaran yang digunakan dalam pembelajaran bahasa Indonesia,

Kertas kerja ini disusun seperti berikut: dalam Topik 2 dinyatakan ulasan kajian lepas secara ringkas berkaitan dasar dan polisi kerajaan yang terkini, berkaitan menyokong perlunya

The mean of students’ achievement motivation which taught by using the WBL model with concept of service learning was significantly higher than the mean of student’s achievement