• Tidak ada hasil yang ditemukan

Oleh: YBhg. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Profesor Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Oleh: YBhg. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Profesor Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1

S

S

E

E

M

M

I

I

N

N

A

A

R

R

F

F

I

I

Q

Q

H

H

A

A

L

L

-

-

A

A

W

W

L

L

A

A

W

W

I

I

Y

Y

Y

Y

A

A

T

T

(

(

K

K

E

E

U

U

T

T

A

A

M

M

A

A

A

A

N

N

)

)

D

D

A

A

L

L

A

A

M

M

M

M

E

E

N

N

D

D

E

E

P

P

A

A

N

N

I

I

I

I

S

S

U

U

S

S

E

E

M

M

A

A

S

S

A

A

U

U

M

M

A

A

T

T

I

I

S

S

L

L

A

A

M

M

Tarikh

: 10 April 2010 / 25 Rabiul Akhir 1431H

Tempat

: Auditorium Intim, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh,

Perak Darul Ridzuan

P

P

E

E

R

R

L

L

A

A

K

K

S

S

A

A

N

N

A

A

A

A

N

N

S

S

Y

Y

A

A

R

R

I

I

A

A

H

H

I

I

S

S

L

L

A

A

M

M

I

I

Y

Y

Y

Y

A

A

H

H

D

D

I

I

M

M

A

A

N

N

A

A

K

K

A

A

H

H

K

K

E

E

U

U

T

T

A

A

M

M

A

A

A

A

N

N

N

N

Y

Y

A

A

?

?

Oleh:

YBhg. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

Profesor Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

aabari2008@yahoo.com

Anjuran

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Perak Dan

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

(2)

2 Abstrak

Perlaksanaan syariat dalam konteks negara perlu dibuat dalam kerangka perlembagaan dan dalam soal ini perlembagaan telah menyediakan ruang yang cukup untuk maksud tersebut. Meskipun begitu pengalaman selama ini memberi isyarat bahawa apa yang lebih kritikal ialah sokongan dan

dokongan rakyat. Tanpa faktor ini amat sukar untuk sesuatu dasar atau program itu dapat dilaksanakan dengan berjaya dan berkesan. Inilah yang menuntut kita membuat rangka kerja yang

meletakkan keutamaan yang betul.

I. PENGENALAN

Kerangka perlembagaan merujuk kepada peruntukan dan batasan yang terkandung di dalam perlembagaan, baik persekutuan dan negeri. Perlu dinyatakan bahawa kerangka ini muncul berdasarkan sejarah dan kenyataan yang ada di negara kita.

Islam adalah sebahagian yang penting daripada perlembagaan kita. Kenyataan ini perlu diterima oleh semua orang, baik umat Islam atau sebaliknya. Dalam kerangka yang ada ini Islam diberikan kedudukan yang istimewa berbanding dengan agama-agama lain. Bagaimanapun ini tidak disenangi kerana ia dilihat sebagai sesuatu yang tidak selaras dengan konsep sama rata dan dengan itu tidak adil.

Pelaksanaan syariat Islam, khususnya hukum Islam, perlu dilakukan melalui kerangka perlembagaan. Ini kerana ia memerlukan dana dan kuasa pelaksana yang ditentukan di situ. Ini semua dengan sendirinya menuntut kita memperolehi mandat rakyat; sesuatu yang tidak mudah untuk didapati dalam suasana dan landskap politik sekarang. Bagaimanapun ini sahaja pendekatan yang lebih sesuai dan ini dengan sendirinya menuntut kita faham dan bersabar dalam merancang strategi yang betul.

II. ISLAM DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN

Islam mempunyai kedudukan Islam yang tertentu di dalam perlembagaan. Dan ini telah bermula sejak merdeka lagi. Setengahnya malah telah wujud lama sebelum itu. Kenyataan ini dengan sendirinya menekankan bahawa ruang yang ada itu cukup dan bergantung kepada sejauh mana kreativiti dan komitmen kita dalam bekerja untuk mencari dan memperguna ruang untuk melaksanakan Islam.

(3)

3

Dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan itu Malaysia tidak boleh dikatakan negara sekular; sama ada dalam konteks yang represif atau agnostik. Tetapi setakat mana negara dan perlembagaan ini adalah benar-benak Islamik bergantung kepada kualiti dan komitmen umat Islam sendiri. Tetapi walau apa pun jika dibandingkan antara program yang dibuat pada awal merdeka dengan apa yang ada sekarang memang nampak ada perbezaan; baik dari segi konsep maupun kuantitinya. Ini sahaja sudah cukup untuk kita mengatakan bahawa dalam keadaan kerangka yang tidak berubah itu pun begitu banyak perubahan sudah dibuat sehingga ada pihak-pihak tertentu yang melihat bahawa negara ini sudah semakin jauh dari landasan asal yang mereka anggap sekular.

Walau apa pun kedudukan dan ruang-lingkup Islam tidak harus disempitkan kepada Per.3 semata-mata. Islam harus menyerap dan meresap ke seluruh kerangka perlembagaan melalui pelaksanaannya. Perlu disebut bahawa pelaksanaan Islam tidak semestinya dibuat melalui program-program khusus atas nama Islam. Pelaksanaan Islam boleh juga dilakukan atas nama membasmi kemiskinan, pendidikan, reformasi undang-undang dan sebagainya. Dengan kata lain kita tidak harus wujud obsesi yang keterlaluan terhadap warna dan label sesuatu program itu. Pendekatan yang seperti ini bukan sahaja menyelamatkan Islam dari terus menjadi bahan debat dan kontroversi yang tidak berkesudahan tetapi juga boleh menunjukkan bahawa Islam adalah untuk semua. Bahawa Islam adalah rahmat untuk sekelian alam.

Ini tidak bermakna bahawa kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana yang diisytiharkan oleh Per.3 itu tidak penting. Perisytiharan ini tetap penting kerana peruntukan tersebut sebenarnya adalah jatidiri, sejarah dan sifat sebenar negara ini. Begitu juga dengan peruntukan-peruntukan lain seperti Islam dalam konteks hak kebebasan agama di bawah Per.11, keistimewaan Islam dalam konteks penggunaan wang awam dalam Per.12 dan juga kedudukan mahkamah syariah di bawah Per.121(1A). Kedudukan negeri di dalam persekutuan juga penting ditekankan kerana Islam adalah hak dan bidang kuasa negeri.

Peruntukan-peruntukan di atas sebenarnya tidak terancam atau di dalam bahaya sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu sekarang. Kita percaya bahawa di dalam kerangka perlembagaan yang ada peruntukan-peruntukan itu akan kekal kerana adalah tidak mungkin bagi Majlis Raja-Raja membenarkan pindaan apalagi pemansuhan. Apa yang lebih kritikal sebenarnya ialah pengisian, bukan sekadar mempertahankan peruntukan-peruntukan berkenaan. Sebenarnya sejak merdeka tidak ada peruntukan mengenai Islam yang telah dimansuhkan. Bahkan, jika dilihat dalam konteks Per.121(1A) dan beberapa inisiatif lain di dalam pentadbiran, sebenarnya telah ada pertambahan dan kemajuan.

(4)

4 III. KEUTAMAAN MASAKINI

Perlembagaan hanya menyediakan kerangka untuk pelaksanaan dasar dan program. Dengan itu tidak timbul soal meminda kerana banyak komplikasi yang akan timbul. Selain itu isu tersebut boleh menyebabkan sokongan bukan Islam menurun. Kita telah tekankan bahawa kerangka yang ada ini – sekiranya sokongan rakyat bersama kita – boleh digunakan untuk melaksanakan Islam.

Dalam rangka itulah kita berasa bahawa apa yang lebih penting buat masa ini ialah pemerkasaan rakyat. Dalam pada itu umat Islam mereka perlu menunjukkan contoh yang baik. Tanpa prasyarat ini sukar untuk rakyat menerima Islam. Kepemimpinan yang selama ini mewakili umat Islam jelas gagal dan mereka perlu digantikan. Tetapi ini harus dilakukan atas tema lain; contohnya pemerkasaan hak rakyat, perlunya mempertahankan kerangka federalisme dan juga perlu diwujudkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbiran. Dalam keadaan pentabdiran Islam juga tidak menampakkan ciri-ciri yang terpuji adalah tidak taktikal untuk membawa isu dan soal Islam dalam politik sekarang. Imej Islam yang tertayang di Malaysia sekarang ialah Islam yang tidak positif kerana di sana tidak kelihatan kehebatan yang ada di dalam sejarah Islam.

Pelaksanaan undang-undang di kalangan umat Islam perlu diperkasa dan diperkemaskan. Kelihatannya hanya badan-badan tertentu sahaja yang mengambil peduli ke atas aspek ini. Yang lain lebih menumpukan kepada retorik untuk menegakkan ‘Islam yang sebenar dan menyeluruh’. Meskipun ini wajar ia menampakkan tidak wujudnya kesedaran tentang perlunya kedudukan dan kebajikan umat Islam diambilkira. Kemiskinan, keruntuhan keluarga dan seumpamanya perlu diberi perhatian berat. Buat masa ini apa yang jelas kelihatan ialah bahawa Islam tidak dilihat menyediakan penyelesaian dan ini harus diakui sebagai kelemahan; bukan kelemahan agama tetapi kelemahan umat dan kepemimpinannya. Untuk menangani isu-isu ini dengan lebih berkesan pendokong gerakan Islam perlu melihat dan mempelajari kerangka dan sistem yang ada; bukan menghentam dan meremehkannya dengan hujah simplistik: mereka tidak ikut Islam sebab itu ada masalah!

(5)

5

Bagi para pendokong Islam yang terlibat dengan politik mereka perlu sedar bahawa peranan mereka ialah untuk menunjukkan bahawa kelompok Islam mampu memerintah. Dalam rangka itu mereka perlu memahami isu dan keperluan semasa; sesuatu yang jelas belum diperlihatkan. Wacana tertentu seperti desakan untuk mengembalikan pilihan raya PBT jelas menunjukkan kelemahan kita. Dalam pada itu ada yang lebih selesa untuk terus kekal menjadi pembangkang dan membenarkan pihak lain – yang terbukti korup dan gagal menjunjung amanah umat – untuk terus berkuasa atas nama Melayu dan perpaduan umat. Inilah sebenarnya yang berlaku apabila ada di kalangan pendokong gerakan yang berjinak-jinak dengan gagasan kerajaan perpaduan yang kabur itu. Akhirnya ia jelas tidak kemana; ayam terlepas tangan bahu tahi! Apa yang berlaku sebenarnya ialah kelesuan minda dan kegagalan untuk menangkis godaan kemewahan dunia yang sementara.

Akhir-akhir ini nampak beberapa perkembangan positif yang selaras dengan kehendak Islam. Ini termasuk cadangan pengasingan gerabak untuk lelaki dan perempuan oleh KTM. Ini adalah satu contoh yang menunjukkan bahawa apabila masyarakat sedara kebaikan sistem Islam mereka akan melaksanakannya sendiri. Tetapi perlu diakui bahawa tidak semua, termasuk yang melaksanakan Islam di dalam sistem yang ada sekarang, faham keutamaan yang sebenar. Setengahnya slogan yang dipakai pun tidak menunjukkan kebijaksanaan dan kepedulian mereka. Mereka lebih pentingkan label dan gambar dari isi dan kesannya kepada masyarakat. Contohnya “Syariah tonggak keadilan”. Tidakkah lebih baik dan lebih menarik jika dikatakan “keadilan tonggak syariah”? Slogan yang kedua ini jelas lebih inklusif kerana ia menekankan keadilan; khususnya bagi masyarakat biasa yang tidak memahami syariah dengan mendalam. Apalagi masyarakat bukan Islam yang masih sangsi dan skeptikal kepada Islam dan segala kandungannya.

(6)

6 IV. PENUTUP

Pelaksanaan syariat adalah satu proses yang panjang dan penuh liku dan ia bermula dengan penerimaan kepemimpinan Islam. Untuk itu para pendokong gerakan Islam perlu tampil memimpin masyarakat. Dalam rangka itu mereka perlu inklusif terlebih dahulu. Sebab itu mereka tidak harus terjebak dengan gerakan dan laungan yang bersifat eksklusif. Setengah daripada gerakan Islam jelas tidak peduli dan tidak sedar kepada pertimbangan ini. Mereka lupa gambar besar perjuangan kita. Mereka terperosok dan syok sendiri dalam dunia mereka sendiri.

Pendokong gerakan Islam yang sebenar harus sedar tentang perlunya anjakan paradigma berlaku. Dalam rangka itu mereka tidak harus gabrah dan terikut-ikut dengan rentak permainan dan retorik gerakan Islam jadian yang tiba-tiba muncul terpekik terlolong mempertahankan Islam sedangkan sebelum ini mereka entah di mana.

Mereka juga bercakap tentang kedudukan Islam dalam perlembagaan. Tetapi mereka lebih kepada menggunakan kedudukan itu sebagai sesuatu yang eksklusif dan rasis yang menakutkan golongan bukan Islam. ini perlu dielakkan oleh pendokong gerakan yang berpandangan jauh; yang sedar bahawa gerakan ini perlu diberikan asas yang kuat untuk dapat diteruskan oleh generasi akan datang.

Bacaan lanjut:

1. Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001

2. Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, Kuala Lumpur: The Other Press, 2003

3. Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publications, 2005

Referensi

Dokumen terkait

Beberapa saran yang dapat dijadikan bahan pertimbangan bagi pihak produsen UKM adalah para produsen yang aktif memasarkan produknya melalui jejaring sosial

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui strategi dan kendala KSPPS Nuri cabang Pasongsongan dalam mengendalikan Non Performing Financing, Jenis data yang digunakan

Saat ini, PT Pembangunan Jaya Ancol Tbk (Perseroan) menjalankan usaha di bidang properti, pariwisata, perdagangan dan jasa, yang meliputi pengembangan; hunian

Menimbang, bahwa setelah Pengadilan Tinggi mempelajari dengan seksama berkas perkara yang dimohonkan banding oleh Jaksa Penuntut Umum yang terdiri dari Berita Acara

babwa untuk melaksanakan Pasal68 Undang-undang Nomor 22 Tabun 1999 tentang Pemerintahan Daerab, maka susunan Organisasi Perangkat Daerah ditetapkan dengan Peraturan Daerah sesuai

Pada bab ini akan dibahas secara detail mengenai elektron dalam struktur quantum well, quantum wires, dan quantum dot (ukuran devais lebih kecil dari panjang gelombang de

Indikator keberhasilan dalam penelitian ini adalah minimal 80% dari jumlah siswa telah memperoleh nilai minimal 70.Hasil yang diperoleh dalam penelitian ini

Bekisting yang dipakai dalam proses pengecoran ini dibuat sebaik mungkin dengan menggunakan bahan papan plywood karena asumsinya akan dipakai untuk proses pengecoran