BBM 3206 Semantik
Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Semantik leksikal menekankan kajian makna pada tingkat kata.
Leksem– unit asas/minimum yang bermakna bagi kosa kata sesuatu bahasa (unit tatabahasa iaitu morfem,
dan unit semantik iaitusemem). Contoh kata dasar : lari,
berlari, melarikan, pelarian ialah bentuk terbitan daripada leksemlari.
Leksikologi– cabang linguistik yang mengkaji dan menganalisis butir kosa kata sesuatu bahasa berserta dengan makna dan evolusinya.
2 Zazh/UPM
Sambung…
Leksikon –1. Sekumpulan kosa kata bagi sesuatu bahasa
atau dialek, contoh senarai perkataan umum dalam kamus dan senarai perkataan khusus dalam glosari.
- 2. Komponen bahasa yang mengandungi segala maklumat yang berkaitan dengan
perkataan, iaitu makna dan penggunaannya.
Leksis – Tahap analisis linguistik (yang tidak bersifat fonologi atau tatabahasa) yang biasanya terdiri daripada butir kosa kata atau makna leksikal atau semantiknya dalam konteks tertentu.
Leksikal- makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat
penggunaannya dalam ayat)
1. bersangkutan dengan bentuk dasar (atau leksem)
2. bersangkutan dengan kata
3. bersangkutan dengan leksikon, tetapi bukan
1) satuan-satuan bermakna bergabung untuk
membentuk satuan-satuan yang lebih besar.
2) Gramatika terbahagi kepada morfologi dan sintaksis
dan terpisah daripada fonologi, semantik dan leksikon.
3) TG – seluruh sistem hubungan struktural dalam
bahasa di dalamnya tercakup pula fonologi dan semantik.
4) Pemerian secara sistematik tentang satuan-satuan bermakna
Makna dalam leksem – bentuk yang sudah dapat diperhitungkan sebagai kata. Contoh: kunci – dikunci, mengunci
pagar – dipagari, memagari
Katakuncidan pagar– telah memilki makna leksikal
5 Zazh/UPM
Denotasi - Aspek makna suatu kata atau kumpulan kata yang berdasarkan rujukan jelas Contohnya meja seperti yang terakam dalam
kamus ialah perkakas rumah (diperbuat daripada papan, batu marmar dan lain-lain, dan berkaki.
Disebut juga makna kamus /makna kognitif
6 Zazh/UPM
Makna yang bersangkutan dengan kata.
Makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan
yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.
Contohnya lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian,
pelari dan pelarian telah memiliki makna leksikal.
Urutan huruf se, ber, ber..an, an dll tidak memiliki makna
leksikal melainkan memiliki makna gramatis.
Makna leksikal dapat dirujuk dalam kamus.
Aspek makna suatu kata atau kumpulan kata yang berdasarkan perasaan dan tanggapan yang timbul dalam pemikiran penutur atau penulis, dan pendengar atau pembaca.
Contoh:
kancil membawa konotasi cerdik.
melukut membawa konotasi tidak dihargai
Eufemia- ungkapan yang lebih halus. Contohnya pembantu rumah untuk orang gaji.
Disfemia- pemilihan bentuk-bentuk bahasa atau ragam bahasa yang kasar dan kesat.
Bentuk
Halus Bentuk kasar Bentuk kesat meninggal mati mampus manusia orang binatang Bilik air tandas jamban
9 Zazh/UPM
Dalam kelompok kata, makna yang ingin
disampaikan merupakan jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan yang lain dalam kelompok kata tersebut.
Contoh: a. lima ekor. b. lima ekor lembu.
a. Bahawa ekor ada lima tetapi tidak menyatakan ekor apa.
b. Lembu ada lima ekor atau ekor lembu ada lima. c. Contoh lain : kaki
Dia membeli lapan kaki cendawan. Rumah Pak Mail di kaki gunung.
Gambar senja di kaki langit itu lukisannya.
10 Zazh/UPM
c. air mata mata air d. gigi air tanah air
e. air mata kucing air mata buaya
Susunan perkataan sangat penting dalam bahasa Melayu
kerana dalam susunan yang sama pun maknanya boleh berbeza apatah lagi jika susunan perkataan tersebut berlainan.
Contoh: tidur ayam, ayam tidur
katil besi, besi katil
hamba fesyen, fesyen hamba
Dalam kelompok kata,maknanya saling bersambungan antara
satu perkataan dengan perkataan lainmelalui hubungan luaran.
Dalamkata paduan, perkataan itu memiliki satu makna yang padu
atau disebut juga hubungan dalaman.
Contoh: kereta api rumah api bunga api
Hal ini menjelaskan setiap makna tidak digambarkan dengan satu
perkataan tetapi pada dua perkataan yang dipadu. Walaupun terdiri daripada dua perkataan atau lebih, dan memiliki maknanya masing-masing tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu
Perkataan "kaki" tidaklah menunjukkan perbezaan yang besar sebaliknya perbezaannya kecil sahaja dan makna intinya dapat dikesan dengan mudah.
kaki bangku, kaki kerusi, kaki meja, kaki bukit, kaki langit
Makna inti bagi perkataan "kaki" dalam contoh di atas ialah "bahagian sebelah bawah sesuatu". Jadi, jelas bahawa ayat boleh menyebabkan sesuatu perkataan itu berbeza maknanya atau boleh mengubah terus maknanya. Satu hal yang perlu dinyatakan mengenai makna dalam ayat ini ialah
wujudnya ayat yang kabur maknanya. Lihat contoh-contoh ayat yang berikut: 1. Dia buang air.
2. Hatinya hancur. 3. Dia ke tandas.
Ketiga-tiga ayat ini boleh membawa lebih daripada satu makna. Ayat 1 (a) Dia mencurahkan air untuk dibuang, atau (b) Dia membuang air
kecil.
Ayat 2(a)Dia kecewa atau terlalu sedih atau (b) Hatinya (satu daripada organ dalam tubuh) rosak (disebabkan penyakit atau kemalangan).
Ayat 3 (a) Dia (hanya) ke tandas atau (b) Dia ke tandas dan buang air.
13 Zazh/UPM
Bahasa kiasan ialah bentuk bahasa yang
memperkatakan sesuatu dengan mengiaskannya kepada perkara yang lain, sama ada dengan menyebutkan bandingannya ataupun tidak.
Bahasa kiasan yang luas dan masyhur
pemakaiannya akhirnya menjadi simpulan bahasa.
14 Zazh/UPM
Simpulan bahasa ialah ungkapan atau rangkaian perkataan yang
tersusun dalam susunan yang khas, membawa pengertian yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan asalnya.
Makna dalam simpulan bahasa sudah tersimpul. Makna luaran ialah erti
biasa, dan makna dalaman merupakan erti simpulan bahasa.
Makna sesuatu simpulan bahasa berbeza sama sekali daripada
perkataan-perkataan yang membentuknya iaitu tidak ada perkaitan langsung antara rangkaian kata itu dengan sesuatu yang dirujuk.
Wujudnya simpulan bahasa bagi memenuhi kehendak masyarakat, yang
ingin menyampaikan sesuatu secara analogi atau perbandingan.
simpulan bahasa dihasilkan untuk menyampaikan sesuatu maksud
secara tidak langsung.
Simpulan bahasa mungkin berasal daripada bahasa kiasan.
1 Berat mulut 2 Puteri lilin 3 Kutu embun 4 Telinga nipis 5 Lipas kudung
Simpulan bahasa juga berasal daripada cerita-cerita yang
masyhur atau kejadian-kejadian yang luar biasa yang dijadikan perbandingan. Contoh :
Pak Pandir, Lebai Malang, Abu Nawas,
Simpulan bahasa hasil daripada pemerhatian
terhadap benda-benda yang ada dalam
kehidupan mereka sehari-hari;
Contoh: "kaki ayam", "buah tangan", "kaki bangku", dan lain-lain.
akibat daripada kepercayaan kepada sesuatu kuasa yang luar biasa,
Contoh: seperti "buruk siku", "dimakan bulan“ daripada pertuturan-pertuturan biasa dalam
kehidupan sehari-hari. Contoh:
"ringan tulang", "bodoh sombong", "kepala angin", dan lain-lain.
17 Zazh/UPM
Contoh SB kaki bangku - ditujukan kepada orang yang tidak tahu bermain.
Perbandingan ini timbul memandangkan keadaan kaki bangku yang tidak boleh bergerak-gerak, sama keadaannya dengan orang yang tidak mahu melakukan sebarang aktiviti permainan.
18 Zazh/UPM
mempunyai maksud yang berlainan daripada
perkataan-perkataan yang membentuknya. Mempunyai makna dua lapis
kadang-kadang menyebutkan bandingannya dan
kadang-kadang tidak.
Menggunakan perkataan ‘bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti, dan umpama.
Contoh: 1) Yang menyebutkan bandingan: (a) Seperti katak di bawah tempurung. (b) Seperti rusa masuk kampung. (c) Seperti kera mendapat bunga. (d) Seperti pungguk merindukan bulan. (e) Bagai anak ayam kehilangan ibu.
2) Yang tidak menyebutkan bandingan: (a) Jong pecah yu kenyang.
(b) Rumah sudah, pahat berbunyi. (c) Memasang jerat di pergentingan.
Bidalan, iaitu susunan kata-kata yang telah umum dipakai orang, di dalamnya terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran (makna selapis). Contoh:
(a) Berani kerana benar, takut kerana salah. (b) Alah membeli menang memakai. (c) Yang bongkok juga dimakan sarung (d) Hati hendak semua jadi.
(e) Tepuk dada tanya selera. (f) Terdorong gajah kerana besarnya (g) Telaga kering hilanglah timba (h) Sebelum tercapai pantang surut
21 Zazh/UPM
Pepatah merupakan peribahasa yang berangkap, iaitu
mempunyai rangkaian perkataan yang berkerat-kerat atau berpatah-patah.
menyatakan penegasan, falsafah atau unsur-unsur
pengajaran yang hendak disampaikan.
Contoh:
(a) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (b) Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di
tengah-tengah
(c) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. (d) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
(e) Lain yang bengkak lain bernanah; lain yang untut lain yang mengesot
22 Zazh/UPM
Perbilangan ialah susunan kata-kata yang terdiri daripada
ungkapan berkerat-kerat, diucapkan seperti orang membilang sesuatu.
bersangkut-paut dengan adat (adat perpatih).
mengandungi undang-undang tidak bertulis bagi masyarakat di
Minangkabau pada abad yang ke-15. Contoh:
1) Hukum berdiri dengan saksi Adat berdiri dengan tanda. 2) Biar mati anak, jangan mati adat. 3) Siapa menjala siapa terjun
Siapa berhutang siapa membayar Siapa salah siapa bertimbang Siapa membunuh siapa kena bunuh. 4) Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah
Lidah pendeta ialah kata-kata pujangga atau ulama atau ahli-ahli bijak pandai.
Lidah pendeta dijadikan pedoman hidup dan
menjadi percakapan umum di kalangan ramai. Contoh-contoh lidah pendeta:
1) Kita mesti menanti waktu. Waktu tidak menanti kita. 2) Bersetia jaya, bercerai merbahaya.
3) Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang.
Menurut Za’ba, bahasa kiasan boleh dibahagikan kepada kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan permanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat, kias ibarat, tamsil ibarat dan cerita ibarat atau cerita kiasan.
25 Zazh/UPM
Bahasa kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Jenis kiasan ini
menggunakan kata-kata perbandingan seperti, ibarat, umpama, laksana, bagai, macam dan bak. Contoh;
Merah macam biji saga
Berlari pantas seperti dikejar anjing Hancur hati bagai kaca terhempas ke batu.
26 Zazh/UPM
Kiasan berpindah tidak menggunakan kata-kata perbandingan dan kata-kata yang hendak dibandingkan itu terus dicantumkan dengan benda yang dibuat perbandingan.
kiasan berpindah memberikan kesan yang lebih kuat kerana dua benda yang disamakan tanpa kata perbandingan itu menghasilkan satu makna utuh dan konkrit.
Bahasa kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu:
a. Kiasan sandarialah kiasan yang dikaitkan dengan benda lain kerana keupayaan sifat atau perbuatan benda tersebut mempunyai persamaan dengan
perkara yang hendak dikiaskan. Contoh: mandi
kerbau, tidur ayam, hangat-hangat tahi ayam, jinak merpati,pening lalat dan sebagainya.
b. Kiasan terusialah kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain. Contoh: harimau berantai, kutu embun, ayam tambatan, pisau cukur.
c. Kiasan berangkap ialah kiasan yang menunjukkan
perbandingan secara berirama atau mempunyai
pertentangan bunyi antara perkara yang
diperkatakan dengan benda yang dikiaskan. Contoh:
sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan
binasa,
tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak
kata,
banyak udang banyak garam, banyak orang
banyak ragam.
d. Kiasan berbunga ialah kiasan yang menggunakan perkataan-perkataan yang berbunga-bunga dan indah. Contoh:
Angin lembut, merah menyala-nyala, ruan
menyambar meriak air tenang.
29 Zazh/UPM
e. Kiasan pemanisatau gayang ialah kiasan untuk melindungi seseorang daripada memperkatakan sesuatu yang kurang elok atau manis jika disebut secara terus terang. Contoh nafkah batin, orang rumah, meninggal dunia, membuang air besar dan sebagainya.
f. Kiasan melompatialah kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara yang sebenarnya. Contoh minum kopi, menanak nasi, mencucuk atap, menjahit baju.
g. Kiasan melaratialah kiasan daripada perkataan yang sudah menyimpang jauh daripada maksud asal perkataan tersebut. Contoh kaki botol, memotong cakap orang, mengambil berat, badan berisi dan sebagainya.
30 Zazh/UPM
Kiasan ini menggunakan objek yang tidak bernyawa dan diberikan sifat atau perlakuan manusia.
juga dikenali sebagai personifikasi. Contoh:
sungai itu mengalir lesu,
tiupan angin menyampaikan salamku, lamunanku melambai sekejap
dan sebagainya.
Kiasan yang boleh menimbulkan kekeliruan
kerana mengandungi fakta-fakta yang
bertentangan antara satu sama lain.
Contoh nafsunya merentak-rentak seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lautan cinta berahi.
Kata gabungan ialah dua atau lebih
perkataan yang mengandungi satu makna
tetapi
deretan
perkataan
tersebut
menyimpang daripada deretan perkataan
yang umum dalam bahasa Melayu.
Contoh: maha + luas, tinggi, siswa
anak + watan, negeri, kampung
bumi + putera
33 Zazh/UPM
Makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam
bentuk ayat.
Namun kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok
kata, tidak semuanya hanya memiliki satu makna.
Ada perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang
memiliki tiga makna. Ada pula perkataan yang tidak memiliki makna tetapi hanya mengandungi makna.
ada perkataan yang boleh dikelompokkan ke dalam golongan
kata nama dan kata kerja, kata nama arah dan kata sifat.
Makna ayat terbahagi 3, iaitu makna tersurat, makna terselindung, dan makna tersirat.
34 Zazh/UPM
Makna yang diperoleh semata-mata daripada makna
yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja .
Tetapi makna ayat juga kurang tepat jika:
1. Para pelajar yang dihormati sekalian.
2. Mereka yang berminat sila datan berjumpa saya. 3. Emak membeli enam ekor ayam.
4. Mereka berehat di bawah sebatang pokok mangga.
5. Burung itu hinggap di atas pokok. 6. Burung itu terbang di atas pokok.
Penggunaan kata jamak, kata bilangan, penjodoh bilangan menentukan makna ayat.
Perkara itu ada dalam pengetahuan saya. Pengetahuan itu di luar pengetahuan saya. Di atas sebab-sebab yang tertentu, saya mohon
tarik diri dari menyertai kumpulan itu.
Penggunaan kata arah dan kata sendi nama juga
Makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan.
Walaupun sesuatu perkataan itu tidak hadir tetapi maknanya dapat dikesan pembaca atau pendengar. Contoh:
1. Adik ke kedai Pak Ali. 2. Mariam di rumah nenek . 3. Pak Hamid di sawah sejak tadi.
Kata kerja yang terselindung (pergi, bermain, berada, merumput, membajak dsb).
37 Zazh/UPM
1. Cikgu Ahmad guru Matematik di sekolah itu. 2. Aku aku. Anak kampung seberang yang
berjiwa merdeka.
3. Pergi dari sini sekarang juga.
4. Nyamuk lah. Pergi pasang ubat nyamuk. 5. Makan.
Yang terselindung ialah kata pemeri, kata ganti nama diri, kata permintaan.
38 Zazh/UPM
Makna yang diperoleh berbeza daripada
makna yang tertulis atau makna yang
diujarkan.
wujud dalam masyarakat Melayu atas
keinginan mereka menyatakan sesuatu
dengan maksud yang lain.
Contoh:
Masa lalu hitam di dalam hidupku Dapatkah ku jadikan putih (MTBH)
Kehampaan yang melanda Di titian kehidupan (LP)
Contoh makna peribahasa, dan kiasan:
Peribahasa Makna
Umpama cincin di tangan, ada
berbatu ada tidak Nasib yang tidak serupa
Laksana antah melukut, lapar
sangat baru berguna Sesuatu yang tidak berhargaakan berguna juga apabila diperlukan
Menguak-nguak bagai hidung
gajah Nafas orang yang termengah-mengah atau semput, kembang
kuncup hidungnya Ibarat burung di sangkar emas,
Kategori Leksikal.ppt
41 Zazh/UPM
Terangkan makna istilah yang berikut dan berikan contoh setiap satu:
Eufemia, disfemia
Denotasi, konotasi
Bahasa terselindung
Bahasa tersirat
Bahasa tersurat
Kata paduan
Setiap jenis kiasan
42 Zazh/UPM
Latihan 11 Engkau Semakin Jauh VLC MP.ppt