• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al q

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al q"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

MANHAJ HERMENEUTIKA DALAM MENTAFSIR A-QURAN

ABSTRAK

(2)

PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan dengan perkara yang telah mengancam akidah umat Islam. Pelbagai pertubuhan, aliran dan ilmu yang muncul atas nama Islam dengan membawa ideologi yang berbeza yang jelas tersasar dari ajaran Islam yang sebenar. Begitu juga dalam bidang tafsir, munculnya ilmu hermeneutika yang di dukung oleh golongan liberal yang menghendaki keterbukaan melampau dalam berijtihad dan mengamalkan hukum Islam.

(3)

DEFINISI METODOLOGI HERMENEUTIKA

Metod menurut kamus Maurid al-hadis bermaksud tariqah, manhaj, nizham. Manakala metodologi pula bermaksud ilmu manhaj atau kajian mengenai metod. (

ايجولودوتيم) (Munir Ba’albaki. 2009 : 721) . Hermeneutic menurut kamus Maurid al-Hadis bermaksud tafsiriy, ta’wiliy. Manakala hermeneutics bermaksud ilmu tafsir, dan khususnya tafsir kitab suci (Munir Ba’albaki. 2009 : 539). Secara harfiah, hermeneutika bermasud ‘tafsir’. Secara etimologi, istilah hermeneutika berasal dari bahasa Yunani hermeneuin yang bererti mentafsirkan. Istilah ini merujuk kepada seorang tokoh mitologi dalam metologi Yunani yang dikenal dengan nama Hermes (Mercurius). Di kalangan pendukung hermeneutika ada yang menghubungkan tokoh Hermes dengan Nabi Idris. Dalam mitologi Yunani, Hermes dikenal sebagai dewa yang bertugas menyampaikan pesan-pesan dewa kepada manusia. Dari tradisi Yunani, Hermeneutika berkembang sebagai metologi penafsiran Bible, yang di kemudian hari di kembangakan oleh para teologi dan falsafah Barat sebagai metod penafsiran secara umum dalam ilmu-ilmu sosial dan humanniora.(Adian Husaini. 2007:7-8)

Menarik juga untuk disemak bahawa ada perbezaan antara istilah ‘hermeunatic’ dan ‘hermeunatics’. Istilah yang pertama yang bermaksud sebagai kata sifat yang apabila diterjemahkan dapat diertikan sebagai suatu sifat yang terdapat dalam suatu pentafsiran. Manakala istilah yang kedua ialah sebuah kata benda dan istilah tersebut mengandungi tiga maksud iaitu :

i. Ilmu pentafsiran

ii. Ilmu untuk mengetahui maksud yang terkandung dalam kata-kata dan ungkapan penulis.

iii. Pentafsiran secara khusus menunjukkan kepada pentafsiran kitab suci (Fakhruddin Faiz.2002:21 ).

SEJARAH HERMENEUTIKA

(4)

tersebut merupakan serapan dari kata “Hermes”, yang dalam keyakinan bangsa Yunani dikatakan sebagai dewa yang diutus oleh Zeus (Tuhan) untuk menyampaikan mesej dan berita di bumi. Dalam karya logika Aristotle, kata “hermeneias” bererti ungkapan atau pernyataan sahaja. (Adian Husaini. 2004)

Secara lebih luas, hermeneutik didefinisikan oleh Zygmunt Bauman sebagai upaya menjelaskan dan menerokai mesej dan pengertian dasar sesuatu ucapan atau tulisan yang tidak jelas, rigid dan bercanggah yang menimbulkan kebingungan pendengar atau pembaca. (Mazlan Ibrahim,Achmad Yaman.2010:40)

Istilah hermeneutika dalam khazanah Islam memang tidak diketemukan, namun al-Farabi (w.339H) pernah membahaskan mengenai istilah hermeneutika menerusi dari karya Aristotle yang bertajuk Peri Hermeneias, begitu juga dengan Abu Ma`syar (272H) dalam kitab beliau yang bertajuk al-Ulf fi Buyut al-Ibadah, beliau ada menyebutkan istilah yang mirip dengan hermeneutika iaitu Hirmis, Harmes, yang diertikan dengan al-Muthalath bi al-Hikmah (tiga rangkaian aliran pemikiran), yang dijumpai dalam falsafah Yunani. (Ilyas Ibrahim. Tth)

Hermeneutika pada dasarnya adalah suatu metod atau cara untuk mentafsirkan simbol yang berupa teks untuk dicari maksud dan maknanya. Dimana metod hermeunatik ini mensyaratkan adanya kemampuan untuk mentafsirkan masa lampau yang tidak dialami, kemudian dibawa ke masa sekarang. Dalam perkembangannya, hermeunatik mengalami perkembangan dan perubahan-perubahan persepsi dan model penerapannya muncul daripada keragaman pentafsiran dan pemahaman terhadap hermeneutik. Antara perkembangan hermeunatik ada beberapa kategori seperti hermeneutik sebagai pentafsiran kitab suci, hermeunatik sebagai teori filologi (kemanusiaan), hermeneutik sebagai pemahaman linguistik dan hermeneutik sebagai metod tafsir.(Fakhruddin Faiz. 2002:22)

(5)

Di antara disiplin ilmu yang paling banyak menggunakan hermenetika adalah ilmu tafsir kitab suci, seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil. Kemudian sejarah interpretasi teks mengalami perkembangan yang sangat pesat melalui tradisi pemikiran teologi, sama ada Yahudi maupun Kristian, iaitu sekitar abad 4 dan 5 M. Seterusnya pada abad ke- 17 dan 18 hermeneutika berkembang secara luas dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan, banyak sarjana barat yang memberikan idea-idea yang berkaitan dengan hermeneutika, seperti Friedrich Schleiermacher (1768 – 1834), Wilhelm Dilthey (1833 – 1911), dan Rudolf Karl Bultman (1884 – 1976). Kemudian di abad 20, kajian hermeneutika di dunia Barat mengalami lompatan yang cukup besar, kerana perdebatannya lebih mengarah pada persoalan ontology (sebuah cabang ilmu falsafah atau metafizik yang berkaitan dengan fitrah makhluk) dan epistemologi. Lompatan hermeneutika kontemporari tersebut di pelopori oleh para filosuf besar seperti; Martin Heidegger (1889 – 1976), Paul Ricoerur (1913 – 2005) dan Hans George Gadamer (1900 – 2002). (Ilyas Ibrahim. Tth)

Friedrich Schleiermacher (1768-1834M) seorang teologi asal Jerman, yang kononya memperluas hermeneutik dari teknik pentafsiran kitab suci Bible (Biblical Hermeneutics) menjadi hermeneutik umum (general hermeneutics) yang mengkaji keadaan-keadaaan apa saja yang memungkinkan terwujudnya pemahaman atau pentafsiran yang betul terhadap suatu teks. Schleiremacher bukan hanya meneruskan usaha Semler dan Ernesti untuk membebaskan tafsir daripada doktrin agama, bahkan ia melakukan desakralisasi teks. (Mazlan Ibrahim, Achmad Yaman. 2010:40)

Dalam tradisi Bible, para pemuka Kristian memang mengakui bahawa teks-teks Bible bukanlah keseluruhannya wahyu Tuhan. Di dalamnya terdapat percampuran antara firman Tuhan dan karangan-karangan manusia, selain bahasa wahyu asal juga sudah tiada. Oleh itu dikembangkanlah juga satu metodologi pentafsiran yang di sebut sebagai hermeneutika untuk mencari kebenaran Bible itu sendiri.

(6)

[Sepanjang sejarah orang-orang Yahudi dan Kristian, tujuan utama hermeneutik dan metod tafsir yang digunakan dalam interpretasi adalah untuk mencari nilai dan kebenaran Bible]

Dakwaan ini jelas sangat berbeza dengan al-Quran, kerana para ulama’ yang mengkaji dan mentafsir Quran bukanlah untuk mencari kebenaran dalam al-Quran, kerana al-Quran itu sendiri adalah sumber kebenaran yang tidak dapat dipertikaikan. Hermeneutik bukan sekadar tafsir, melainkan satu metode tafsir tersendiri atau satu falsafah tentang penafsiran yang sangat berbeza dengan metod tafsir al-Quran. Dalam kalangan Kristian, penggunaan hermeunatik sudah sangat lazim meskipun menimbulkan perdebatan. Salah satu buku yang selalu dirujuk kalangan akademik IAIN dalam menulis hermeneutika adalah buku E.Sumaryono bertajuk “ Hermeneutika : Sebuah Metod Filsafat” (Yogyakarta penerbit kanisiua 1999). Buku ini mempunyai kesalahan yang besar dalam memandang konsep teks kitab suci agama-agama dan mengatakan tafsir al-Quran sama dengan teks hermeneutika. Beliau menulis dalam bukunya :

“Disiplin ilmu yang pertama banyak menggunakan hermeunatik ialah kitab suci. Kerana semua karya yang mendapat inspirasi Ilahi ialah al-Quran, taurat, kitab-kitab veda dan Upanishad supaya dapat difahami memerlukan intepretasi atau hermeunatik”

(7)

BENTUK-BENTUK HERMENEUTIKA

i. Hermeneutika Objektif

Dikembangkan oleh tokoh-tokoh klasik, khususnya Friedrick Schleiermacher (1768-1834), Wilhelm Dilthey (1833-1911) dan Emilio Betti (1890-1968).(Fazlur Rahman. 1985:9-10). Menurut model pertama ini, penafsiran bermaksud memahami teks sebagaimana yang difahami pengarangnya, sebab apa yang disebut teks, menurut Schleiermacher, adalah ungkapan jiwa pengarangnya, sehingga seperti juga disebutkan dalam hukum Betti, apa yang disebut makna atau tafsiran atasnya tidak didasarkan atas kesimpulan kita melainkan diturunkan dan bersifat intruktif.( Josef Bleicher.1980:29)

ii. Hermeneutika Subjektif

Dikembangkan oleh tokoh-tokoh modern khususnya Hans-Georg Gadamer (1900-2002) dan Jacques Derida (l. 1930).( Fazlur Rahman. 1985:13). Menurut model kedua ini, hermeneutika bukan usaha menemukan makna objektif yang dimaksud si penulis seperti yang digambarkan model hermeneutika objektif melainkan memahami apa yang tertera dalam teks itu sendiri. Pemikiran mereka adalah isi teks itu sendiri secara tersendiri bukan pada idea awal si penulis. Inilah perbezaan utama antara hermeneutika objektif dan subjektif.

Dalam pandangan hermeneutika subjektif, teks bersifat terbuka dan dapat diinterpretasikan oleh siapa jua, kerana itu sebuah teks diterbitkan dan dilepas, ia telah menjadi berdiri sendiri dan tidak lagi berkaitan dengan si penulis. Oleh itu, sebuah teks tidak harus difahami berdasarkan idea si pengarang melainkan berdasarkan sumber yang tertera dalam teks itu sendiri. Bahkan, penulis telah “mati” dalam pandangan kelompok ini. Karena itu pula, pemahaman atas tradisi si pengarang seperti yang disebutkan dalam hermeneutika objektif, tidak diperlukan lagi.

iii. Hermeneutika Pembebasan

(8)

subjektif, khususnya dari Gadamer. Namun, menurut para tokoh hermeneutika pembebasan ini, hermeneutika tidak hanya bermaksud ilmu penafsiran atau metode pemahaman tetapi lebih dari itu sebagai tindakan. Menurut Hanafi, dalam kaitannya dengan al-Quran, hermeneutika adalah ilmu tentang proses wahyu dari huruf sehinggalah kepada kenyataan, dari spiritual sehingga praktik, dan juga tranformasi wahyu dari fikiran Tuhan kepada kehidupan manusia. Hermeneutika sebagai sebuah proses pemahaman hanya menduduki tahap kedua dari keseluruhan proses hermeneutika. Yang pertama adalah kritik sejarah untuk menjamin keaslian teks dalam sejarah. Ini penting, kerana tidak akan terjadi pemahaman yang benar jika tidak ada kepastian bahawa yang difahami tersebut secara sejarah adalah asli. Pemahaman atas teks yang tidak asli akan menjerumuskan orang pada kesalahan.

TOKOH MUSLIM LIBERAL YANG MENGGUNAKAN TAFSIR HERMENEUTIKA

Hermeneutika mula digunakan terhadap kajian al-Quran pada abad 19 Masihi oleh para sarjana Islam, akan tetapi banyak kalangan ulama mempersoalkannya. Ini kerana hal tersebut dapat meragukan keaslian dan kesucian al-Quran. Di samping itu juga, hermeneutik telah digunapakai dalam menafsirkan Bible bagi mencari nilai kebenarannya. Namun hal ini bertolak belakang terhadap penggunaannya kepada al-Quran yang telah diakui keasliannya.

(9)

Pemahaman Teks al-Quran (Qiraah Mu`ashirah), ia adalah seorang tokoh yang banyak menimbulkan polemik, beliau berasal dari damaskus, Syiria.(Ilyas Ibrahim. Tth)

Ada juga di kalangan mereka yang kagum dengan pendapat-pendapat beliau dengan anggapan dapat memberikan semangat baru dalam dunia pemikiran islam, seperti Sultan Qaboos Kerajaan oman, beliau memberikan tanggapan yang positif serta merekomenkan kepada para menterinya untuk membaca karya Muhammad Syahrur, begitu juga para sarjana non Muslim seperti Wael B. Hallaq dan Dael F. Eickelman. (Ilyas Ibrahim. Tth)

MOHAMMED ARKOUN

Arkoun berpandangan bahawa banyak hal yang terdapat dalam Islam yang unthinkable (tak dapat difikirkan) kerana kekuatan dan pemaksaan penguasa rasmi. Sebagai contohnya adalah mushaf Utsmani yang dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Arkoun

menganjurkan free thinking (berfikir liberal) untuk mengubah unthinkable menjadi thinkable. Ia beralasan bahawa free thinking merupakan respon terhadap dua perkara utam; pertama, umat Islam perlu memikirkan masalah-masalah yang tak difikirkan sebelumnya dan kedua, umat Islam Islam perlu membuka wawasan baru melalui pendekatan sistematis lintas budaya terhadap masalah-masalah asas. Dalam konteks al-Quran, Arkoun melihat bahawa penolakan umat Islam terhadap biblical criticism kerana alasan politik dan psikologi. Alasan politik kerana mekanisme demokrasi belum berlaku dan psikologi kerana pandangan “khalq al-Qur’ân” Mu’tazilah tertolak.(Ahmad Isnaeni. tth). Arkoun juga membahagi wahyu menjadi dua peringkat:

a. Umm al-kitab. Wahyu jenis ini berada di lauh al-mahfûzh, bersifat abadi,tak terikat waktu dan mengandung kebenaran tertinggi.

b. Apa yang disebut Arkoun sebagai wahyu edisi dunia (terrestresedition). Termasuk dalam wahyu ini adalah al-Quran dan Bibel. Menurutnya wahyu edisi dunia ini telah mengalami modifikasi.

(10)

a. Masa Prophetic Discourse (610-632 M). Al-Quran zaman ini lebih suci dibanding zaman lain. Sebabnya al-Quran zaman ini berbentuk lisan yang terbuka untuk semua maksud yang mungkin.

b. Masa Official Closed Corpus (12-324 H/632-936 M). Arkoun berpendapat bahawa al-Quran di masa ini telah tereduksi dari al-kitâb al-mûhâ menjadi tak lebih dari buku biasa. Kerana itu mushaf menurutnya tidak patut untuk disucikan.

c. Masa ortodoks (324 H/936 M).

NASR HAMID ABU ZAYD

Jika Arkoun menggunakan pendekatan sejarah terhadap al-Quran, Nasr Hamid Abu Zayd memilih untuk mengaplikasikan metode analisis teksbahasa-sastra. Abu Zayd berpijak pada pendapat bahawa al-Quran walaupun ia merupakan kalam Ilahi, namun al-Quran menggunakan bahasa manusia. Kerana itu ia tak lebih dari teks-teks karangan manusia biasa. Menurut Abu Zayd, al-Quran telah terbentuk oleh realiti dan budaya Arab selama kurang lebih 20 tahun. Oleh sebab itu, ia mengatakan bahawa al-Quran merupakan hasil budaya (muntaj tsaqâfî ). Al-Quran yang terbentuk melalui realiti, budaya dan terungkapkan dalam bahasa menjadikan al-Quran sebagai teks bahasa. Sedang realiti, budaya dan bahasa itu sendiri tidak lepas dari sisi sejarah yang

melingkupinya, kerana itu al-Quran juga merupakan teks sejarah. Ia juga mengkritik paradigma penafsiran yang dipakai oleh para ulama, menurutnya, perkara metafizik yang selalu difikirkan dalam benak mereka tidak mendorong pada sikap ilmiah.(Nasr Hamid Abu Zayd. 2003.)

PENGGUNAAN HERMENEUTIKA DALAM METOD ILMU TAFSIR

(11)

bermasalah maka jelaslah tafsirannya juga ikut bermasalah. Itulah dilema yang terjadi dalam hermeneutika diberi tugas untuk memperbetulkan teks dan di sisi lain dituntut untuk memberikan penafsiran terhadap teks itu. (Ugi Suharto. 2007:27)

Secara umumnya konsep yang menjadi panduan kepada golongan liberal ini dalam mentafsirkan al-Quran ialah :

1. Relativisme Tafsir. Para pengaplikasi hermeneutik menganut fahaman relativisme tafsir. Tidak ada tafsir yang tetap. Semua tafsir dipandang sebagai produk akal manusia yang relative, kontekstual, temporal dan personal. Prof. Amin Abdullah menggambarkan fungsi hermeneutika seperti berikut.

“dengan sangat intensif hermeneutika cuba membongkar kenyataan, bahawa siapapun orangnya, dia berada dalam kelompok manapun, kalau dia seorang manusia, pasti pemikirannya terbatas pemahamannya, serta boleh sahaja keliru, perkara ini mungkin juga berkait dengan perasaan ego yang menginginkan selalu betul”

Prof. Amina Wadud seorang tokoh feminis juga menyatakan “no method of quranic exegsis fully objectives, each exegete makes some subjectives choices” (Tidak ada metod penafsiran al-Quran yang sepenuhnya objektif. Masing-masing penafsir boleh membuat pilihan yang subjektif. (Adian Husaini.2007:18)

(12)

Berdasarkan metod al-Quran, di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat qat’i dan juga ayat-ayat zanni yang merupakan ciri dan tabiat al-Quran dalam menjelaskan hukum. Umumnya, ayat qat’i mengatur tentang asas-asas ajaran Islam yang bersifat tetap (al-tsawabit) sehingga tidak berpeluang dilakukan takwil dan dirubah. Ayat zanni merupakan ayat dengan mengandungi kemungkinan beberapa makna sehingga menjadi ruang lingkup ijtihad menentukan makna mana yang dimaksudkan ayat. Ayat-ayat zanni banyak berkaitan dengan bidang muamalat.

2. Pentafsiran berdasarkan ‘kontekstual histories’ (kondisi dan masa sejarah : Dengan Hermeneutika, hukum Islam memang menjadi tidak pasti. Sebagai contoh adalah hukum perkahwinan antara agama. Dalam Islam, berdasarkan kepada surah Mumtahanah ayat 10 jelas diharamkan bahawa perempuan muslim di larang berkahwin dengan lelaki kafir ataupun sebaliknya :



































































































































 





































































 



























(13)

“ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka Allah lebih mengetahui akan iman mereka dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada `aqad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan minta lah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah Ia hukumkan diantara kamu”.

Namun Musdah menghuraikan dengan metod kontekstualnya tentang ayat ini :

“Jika kita memahami konteks waktu turunnya ayat ini, larangan pada ketika itu sangat sesuai, kerana pada ketika itu kaum kafir quraish sangat memusuhi Rasulullah dan pengikutnya. Waktu itu konteksnya adalah peperangan kaum muslim dan kafir. Kerana ayat itu harus difahami secara kontekstual. Jika kondisi peperangan itu tidak ada lagi, maka larangan itu gugur dengan sendirinya..

(14)

KONSEP-KONSEP HERMENEUTIKA MUHAMMAD SYAHRUL

Di antara konsep-konsep yang menjadi panduan para tokoh hermeneutik dalam pentafsiran terhadap al-Quran adalah: Hubungkait Tafsir, mengenepikan syari’ah dan menolak kuasa Mufassir. Sehingga sebagaimana yang penulis kutip dari seorang hermeneutik terkenal timur tengah Muhammad Syahrur dalam bukunya Qiraah Mu`asirah akan terjadi pemahaman yang sangat menghancurkan sendi-sendi Islam dari akarnya, (Ilyas Ibrahim. Tth). Antaranya adalah:

1. Penafian Sinonim Dalam Bahasa al-Quran.

Muhammad Syahrur berpendapat, bahawa pandangan yang mengatakan kalimat-kalimat al-quran memiliki makna yang sama atau mirip adalah keliru kerana menurut beliau setiap kalimat dalam al-Quran memiliki makna yang spesifik atau lebih dari satu makna, hal itu sebagai bukti kemukjizatan al-quran yang releven di setiap ruang dan waktu. Dari konsep tersebut timbullah pentafsiran baru terhadap istilah-istilah dalam al-Quran yang berlandaskan penafian sinonim. Maka seperti kata-kata kitab, Quran Dhikir, Furqan, Uluhiyyah, Risalah, al-Nubuwwah, Islam, Iman dan lain sebagainya masing-masing mempunyai makna tersendiri. Maka pentafsiran semacam ini bertentangan dengan metode tahlili1 yang telah menjadi kesepakatan para ulama, hal tersebut dapat dibuktikan dengan bentuk penafsiran lafaz seperti berikut:

           

Kata هيف بير ل ditafsirkan oleh ulama tafsir dengan هيف ككش ل , sekiranya kata Rayba tidak sama maknanya dengan kata Syak maka penafsiran tersebut sebuah kesilapan, begitu juga seperti pentafsiran dalam ayat berikut:

(15)

  

      

Kata al-Zulm pada ayat diatas ditafsirkan dengan al-Syirk, tafsiran tersebut daripada penjelasan Nabi s.a.w yang merujuk kepada ayat dalam surah Luqman, oleh sebab itu dengan penafian kepada sinonim dapat menafikan bentuk-bentuk tafsir yang telah dipraktekkan oleh nabi dan para sahabat dalam memahami al-Quran.

2. Penafian Terhadap Asbab al-Nuzul al-Quran

Al-Inzal adalah proses pemindahan maklumat yang diluar jangkauan akal manusia dari sesuatu yang abstrak menjadi dapat dipahami oleh manusia. Sedangkan al-Tanzil adalah proses pemindahan objek secara bentuk yang berlangsung diluar kesadaran manusia seperti transformasi gelombang satelit. Kemudian Muhammad Syahrur menjelaskan mengenai proses penurunan Quran dengan tiga istilah; al-Ja`l, al-Inzal dan al-Tanzil. Al-Ja`l adalah pengubahan wujud dari bentuk yang ringkas/tidak nyata kepada bentuk yang dapat dipahami oleh manusia secara relative, ini bermakna al-quran mengalami perubahan struktur eksistensi (Taghyir fi al-Sairurah), Ia mencontohkan konsep al-Inzal dan al-Tanzil dengan tayangan TV yang menyiarkan pertandingan bola sepak secara langsung dari satu tempat kemudian dilihat oleh penonton yang berada di tempat yang lain. (Ilyas Ibrahim. Tth)

3. Kemukjizatan al-Quran

Muhammad Syahrur berpendapat bahawa al-Quran mempunyai dua sisi kemukjizatan sastera dan ilmiah. Beliau menggunakan pendekatan deskriptif dan gramatis untuk kajian sastera al-Quran dan pendekatan histori untuk kajian ilmiah.

4. Dialektik dan pengetahuan dalam al-Quran

(16)

Yang terpenting di antara sekian banyak persoalan di atas adalah bahawa hermeneutika mengkonsentrasikan diri pada hubungan mufassir dengan teks. Ia berpendapat bahawa al-Quran adalah teks yang berupa bahasa (nasshun lughawiyyun). Peradaban Arab Islam tidak mungkin melupakan sentralisasi teks. Menurutnya, prinsip-prinsip, ilmu-ilmu dan juga kebudayaan Arab Islam itu tumbuh dan berdiri di atas teks. Namun demikian, teks tidak akan dapat berkesan kalau tidak ada campur tangan manusia. Ertinya, teks tidak akan mampu mengembangkan peradaban dan keilmuan Arab Islam apabila tidak mendapatkan sentuhan dari pemikiran manusia. Dalam pandangan demikian, dengan kata lain agama sebagai teks tidak akan berfungsi apabila keberadaanya tidak dipikirkan manusia. Kerananya, ia berpendapat bahawa perkembangan Islam itu sangat tergantung kepada relasi dialektis antara manusia dengan dimensi realitasnya pada satu sisi, dan teks pada sisi yang lainnya. Di sini jelas terlihat Nashr Hamid Abu Zayd menganggap Islam dan al-Quran masih harus terus didialektikkan dan harus mengikuti perubahan zaman, bukan hanya dalam tataran praktis, namun juga dalam tataran konsep, termasuk konsep mengenai metode tafsir. Oleh kerana itu kaum Ahlussunnah menyusun sumber-sumber utama pentafsiran al-Quran pada empat hal: penjelasan Rasulullah, sahabat, tabi’in, dan terakhir yaitu tafsir bahasa.

TOKOH YANG MENOLAK TAFSIR HERMENEUTIKA

Terdapat di kalangan ilmuan yang menolak idea-idea yang disusun Muhammad Syahrur di dalam bukunya (Qiraah Mu`ashirah, di antaranya: Prof. Dr. Muhammad Sa`id Ramadhan Buti dalam majalah Nahj Islam, bertajuk Khalfiyat al-Yahudiyyah li Siar Qiraah Mu`ashirah, (Disember 1990), Dr. Syauqi Abu Khalil dalam tulisannya bertajuk Taqatu`at Khatirah fi Darb al-Qiraah al-Mu`ashirah, dalam majalah Nahj Islam (maret 1991). Seluruh umat Islam sepakat bahawa lafaz al-Qur’an adalah dari Allah SWT. Setelah kesepakatan ini, maka tugas umat Islam dan para ulamanya selanjutnya adalah menafsirkannya apabila ada ayat-ayat yang perlu diperhalusi lagi. Prof. Naquib al-Attas, misalnya, pernah mengatakan:

(17)

commentary not quite identical with Greek hermeneutics, nor indeed with the hermeneutics of the Christians, nor with any ‘science’ of interpretation of sacred scripture of any other culture and civilization”. (Ugi Suharto.2008)

Sesungguhnya, ia adalah kerana sifat saintifik struktur bahasa yang sains yang pertama di kalangan umat Islam - sains tafsiran dan ulasan (tafsir) menjadi mungkin dan direalisasikan; dan jenis tafsiran dan ulasan tidak cukup serupa dengan hermeneutics Yunani, Tiada juga dengan hermeneutics orang-orang Kristian, dan tidak juga dengan mana-mana 'sains' tafsiran kitab suci mana-mana budaya dan tamadun lain.

HUJAH PENOLAKAN HERMENEUTIKA

Pertama, hermeneutika menganggap semua teks adalah sama, semuanya merupakan karya manusia. Tanggapan ini lahir dari kekecewaan mereka terhadap Bible. Teks yang semula dianggap suci itu diragukan keasliannya. Campur tangan manusia dalam Perjanjian Lama (Torah) dan Perjanjian Baru (Gospels) didapati jauh lebih banyak menyeleweng apa yang sebenarnya diwahyukan Allah kepada Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Bila diterapkan pada al-Quran, hermeneutika akan menolak status al-Quran sebagai Kalamullah, memperlekeh kebenarannya, dan menggugat ke-mutawatir-an mushaf Usmani. (Syamsuddin Arif. 2008)

Kedua, hermeneutika menganggap setiap teks sebagai ‘hasil sejarah’ iaitu sebuah andaian yang sangat tepat dalam kitab Bible, mengingat sejarahnya yang amat bermasalah. Hal ini tidak berlaku kepada al-Quran, yang kebenarannya melintasi setiap ruang dan waktu (trans-historical) dan pesan-pesannya ditujukan kepada seluruh umat manusia (hudan li-n naas).

(18)

banyak perubahan serta kesalahan redaksi (textual corruption and scribal errors). Tetapi tidak pada al-Quran yang jelas kesahihan proses penjagaanya dari zaman ke zaman.

Keempat, hermeneutika menghendaki pelakunya untuk mengikut relativisme epistemologi. Iaitu tidak ada tafsir yang mutlak, semuanya relatif. Yang benar menurut seseorang, boleh jadi salah menurut orang lain. Kebenaran terikat dan bergantung pada konteks (zaman dan tempat) tertentu. Selain mengaburkan dan menolak kebenaran, faham ini juga akan melahirkan mufassir-mufassir palsu dan pemikir-pemikir yang tidak terkendali (liar).

Hermeneutika al-Quran seperti yang diuraikan di atas wajib ditolak berdasarkan beberapa alasan berikut :

1. Hermeneutika asal-usulnya dari tradisi orang Kafir. Ianya bukan berasal dari tradisi keilmuan Islam, melainkan dari tradisi keilmuan kafir, iaitu kaum Yahudi dan Kristian, yang digunakan sebagai metode untuk menafsirkan kitab agama mereka (Bible). Allah SWT berfirman:

                 

yang bermaksud : “ Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.” (Al-Hasyr: 7)

(19)

Jika lembaran-lembaran Taurat ditolak oleh Islam, maka lebih-lebih lagi metodologi tafsirnya mengikut metode hermeneutika. Namun sebagai catatan, Islam membolehkan kita mengambil sesuatu dari orang kafir selama tidak dipenuhi pandangan hidup asing (value-free), seperti sains dan teknologi. Di sinilah makna sabda Nabi SAW : “Kamu lebih tahu urusan-urusan duniamu.” (HR Muslim).

Segala idea atau benda yang mengandungi pandangan hidup asing (value-bond/ value-laden), seperti hermeneutika, Islam tidak dapat menerimanya. Hermeneutika bukan termasuk sains dan teknologi yang bersifat universal, melainkan termasuk dalam peradaban (al-hadharah) yang sarat dengan nilai-nilai kehidupan kufur yang bertentangan dengan Islam.

2. Hermeneutika tidak sesuai untuk menafsirkan al-Quran. Hermeneutika dapat diumpamakan tongkat untuk orang buta (cacat) bagi memahami Bible. Itu memang baik dan sudah seharusnya demikian. Contoh, dalam Mazmur (Pasal) 93 ayat 1 tertulis, “Yea, the world is established, it shall never be moved.” Ayat ini menerangkan bumi tidak bergerak, yakni sebagai pusat utama suria. Ayat ini secara literal bertentangan dengan temuan Copernicus dan Galileo yang menteorikan matahari sebagai pusat tata suria. Di sinilah hermeneutika diperlukan untuk menafsirkan ayat tadi secara kiasan, bukan dalam makna literalnya yang jelas akan menimbulkan kekacauan pemahaman atau bahkan kegoncangan iman penganut Kristian. Jadi, hermeneutika mungkin memang sesuai untuk Bible. Al-Quran tidak memerlukan hermeneutika. Kerana Al-Quran masih terjaga keasliaannya, dan tidak mengalami masalah-masalah seperti yang dialami Bible. Allah SWT berfirman:



























Bermaksud: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran dan sesungghnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr : 9)

(20)

ijma’, (3) tidak adanya sekelompok manusia yang menghafal teks-teks yang telah hilang itu. Ketiga masalah besar yang dialami Bible ini, tidak dialami oleh al-Quran . Yang mengerikan adalah, ada sebagian pemikir liberal yang kemudian mencoba membuktikan bahwa Al-Qur`an juga bermasalah, sebagaimana Bible. Tujuannya supaya penggunaan hermeneutika menemukan alasannya yang rasional. Mereka menggugat teks al-Quran yang disebut-sebut sebagai hasil dari rekaan Quraisy, yang katanya bermotifkan politik belaka. Jelas ini sikap taqlid yang berbahaya. (Wan Mohd Nor Wan Daud. 2003)

3. Hermeneutika semakin menguatkan sekularisme dalam penggunaannya untuk menafsirkan al-Quran, yang seharusnya dihancurkan umat Islam, iaitu idealogi sekularisme-liberalisme di Dunia Islam. Misalnay seperti mengharamkan poligami, menyamakan bahagian waris lelaki dan perempuan, menghalalkan perkawinan dalam waktu tertentu iaitu membolehkan kahwin kontrak, menghalalkan perkawinan antara agama secara bebas dan sebagainya. Perkara ini lahir kerana metodologi yang digunakan untuk memahami al-Quran adalah hermeneutika. Dengan hermeneutika, ayat-ayat al-Quran ditundukkan pada prinsip yang merupakan idea sekularisme.

Menurut para penggagas CLD KHI, idea yang menjadi paradigma perkara itu adalah : (1) kesetaraan gender, (2) pluralisme, (3) hak asasi manusia, dan (4) demokrasi. Dari sini jelaslah pengaruh hermeneutika dalam memperlakukan ayat al-Quran di satu sisi, dengan ideologi Barat di sisi lain. Tujuan hermeneutika tidak lain dan tidak bukan adalah menyesuaikan al-Quran dengan ideologi Barat, atau menggunakan ideologi Barat dalam reality kini. Perkara inilah yang sering mereka sebut sebagai “kontekstualisasi al-Quran” untuk menyesatkan umat Islam. Hasil akhir dari aplikasi hermeneutika terhadap al-Quran adalah bukan untuk kepentingan umat Islam apalagi untuk meninggikan agama Islam. Hasil akhirnya adalah untuk menyesatkan umat Islam, menghancurkan agama Islam, dan mengokohkan dominasi sekularisme di Dunia Islam.

ANALISIS

(21)

1. Jika dilihat dari faktor munculnya hermeneutika, idea untuk menerapkan hermeneutika muncul kerana desakan rasionalisasi yang dipelopori oleh falsafah Yunani waktu itu. Syair Homer yang dianggap mengandung pesan Ilahi, di mata para ahli falsafah lebih dekat pada mitos daripada kenyataan. Hal yang sama terjadi pada kitab suci umat Yahudi dan Kristian, Bibel. Masalah yang mereka hadapi iaitu hingga kini, tidak seorangpun yang dapat memastikan siapa penulis Bibel yang sebenarnya. Malah, naskah Bibel yang asal belum ditemukan hingga hari ini. Di sisilain, pengaruh falsafah yang semakin menguat menjadikan teks Bibel berubah-rubah. Maka adalah bahawa dalam penulisan Bibel, unsure kemanusiaan para penulis masih terlibat. Bibel bukan seratus peratus dari Tuhan. Maka wajar apabila terdapat kesalahan antara satu versi Bibel dengan lainnya. Oleh itu, segala perbezaan yang terjadi antara satu versi Bibel dengan yang lainnya berpangkal dari sang penulis. Salah satunya dengan Schleiermacher menyamakan antara teks Bibel dan teks Yunani atau Romawi kuno dan menerapkan teori hermeneutika untuk mentafsirkan Bibel sebagai penjelasan kekeliruaan. Kedudukan yang berbeza kita dapati dalam al-Quran. Al-Quran tidak mengalami permasalahan dari segi sejarah, kerana al-Quran telah dihafal oleh puluhan sahabat di bawah bimbingan Rasulullah Saw. Selain itu al-Quran telah ditulis sejak turunnya dan dijaga dengan baik di masa khalifah ‘Utsmân ra Manakal dsri segi pewahyuan, al-Quran sendiri telah menjelaskan bahwa Nabi SAW dalam proses pewahyuan adalah hanya menerima wahyu tanpa merubah redaksinya sedikit pun.

2. Hermeneutika dalam hal ini adalah teori penafsiran yang hanya dapat digunakan terhadap teks-teks yang manusiawi. Hal ini keran tidak mungkin kita menyelidiki kehendak Tuhan sesuai dengan konsep Schleiermacher misalkan. Atau menelusuri komponen sejarah yang mempengaruhi Tuhan, seperti teori Dilthey. Sedang konsep al-Quran, wahyu dan sejarahnya membuktikan kebenaran bahawa al-Quran lafzhan wa ma‘nan dari Allah Swt. Kesimpulannya, konsep Hermeneutika tidak dapat diterapkan pada al-Quran. Kerana konsep ini bertujuan untuk mengurangi nilai ilahiah dalam al-Quran dan menegaskan bahawa unsur-unsur manusiawi telah tercampur di dalamnya. Nasr Hamid Abu Zayd misalkan, ia menyatakan bahawa al-Quran adalah hasil budaya (muntaj tsaqafi ). Al-Quran kerana menggunakan bahasa Arab yang tidak biasa digunakan manusia lain, maka ia telah menjadi teks bahasa. Teks ini telah melalui proses panjang berdialog dengan budaya dan masyarakat. Hubungan antara teks dan masyarakat merupakan hubungan timbal balik

(22)

a. Al-Quran bukanlah teks Arab biasa dan tidak dilahirkan oleh budaya. Hal ini sejalan dengan kesukaran para sahabat sendiri untuk memahami beberapa kosakata al-Quran. Selain itu, gaya bahasa al-Quran benar-benar khas, tidak dikenali bangsa Arab sebelumnya. Sebaliknya, al-Quran merubah konsep-konsep jahiliyah seperti kemuliaan, dan memaknakan kosakata Arab dengan maksud yang baru, seperti solat dansebagainya.

b. Pandangan Nasr Hamid bahawa al-Quran terhasil daripada budaya sekaligus melalui proses al-tasyakkul wa al-tasyill adalah racun. Ia menggabungkan dua hal yang saling bertentangan.

Idea Nasr Hamid berdasar peradaban Islam terbangun berpaksi pada teks al-Quran. Namun bukan teks itu sendiri yang membuat peradaban, budaya dan ilmu, akan tetapi proses dialog antara manusia, realiti dan teks. Penggunaan teori dialektik materialis ini mengandungi kaitan bertolak dari makna kosakata Bahasa Arab. Al-Quran dan sunnah berbahasa Arab. Tafsir bi al-ra’yi disyaratkan untuk tidak menafikan dan menyimpang jauh dari maksud yang sebenarnya. Takwil yang

dilakukan para ulama harus dengan alasan yang menyebabkan sebuah kata tidak dapat diertikan dengan makna aslinya. Dengan nas sebagai titik tolak, al-Quran terhindar dari penafsiran-penafsiran yang menyimpang. Sedangkan dalam hermeneutika, interpretasi sebuah teks saling berbeza menimbang unsur yang terlibat dalam penafsiran. Perbezaan tempat, waktu dapat menyebabkan perbezaan makna. Belum lagi perbezaan pengetahuan antara penafsir satu dengan lainnya

mengenai sejarah teks, psikologi pengarang dan sejauh mana kedua factor tersebut mempengaruhi pemikiran pengarang dalam teks. Seterusnya factor tersebut menjadikan hermeneutika lebih bernilai relatif.

(23)

PENUTUP

Setelah perbandingan-perbandingan tersebut, di penghujung makalah ini, kami menyimpulkan bahawa hermeneutika mempunyai latar belakang dan metode yang berbeza bahkan cenderung bertentangan dengan sifat al-Quran, tafsir, serta pandangan hidup Islam. Oleh kerana itu, hermeneutika tidak dapat diterapkan sebagai metode tafsir al-Quran.

Penerapan metodologi hermeneutika untuk al-Quran perlu ditolak, kerana hermeneutika berasal dari pandangan hidup kufur, tidak sesuai untuk menafsirkan al-Quran, dan akan membawa kepada pengaruh sekularisme yang bersalahan dengan budaya Islam. Oleh yang demikian, kita semua wajib berwaspada, kerana orang-orang yang mempropagandakan dan menyebarkan metode hermeneutika ini bukan sahaja orang kafir, melainkan orang-orang yang di tengah-tengah kita, yang mengikuti orang-orang kafir itu.

(24)

RUJUKAN Al-Quran al-Karim

Adian Husaini & Abdurrahman Albaghdadi. 2007. Hermeneutika Dan Tafsir Al Quran. Jakarta. : Gema Insani

Ahmad Isnaeni. t.t. Pro Kontra Hermeneutika Al-Qur’an. Artikel Indonesia.

Encyclopedia Britanica.2014.www.britannica.com

Fakhruddin Faiz. 2002. Hermeneutika Qur’ani : Antara Tek,Konteks Dan Kontekstual.Yogyakarta : Qalam.

Fazlur Rahman.1998. Islam and Modernity: Transformation of an Intelectual Tradition. Chicago London: The University of Chicago Press.

Ilyas Ibrahim. Tth. Isu-isu Kontemporari Dalam Pengajian al-Quran : Permasalahan Hermeneutika dalam Tafsir al-Quran.

Jurnal Hadhari UKM.

2013.http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/V5n12013/makalah03.pdfMazlan Ibrahim & Achmad Yaman.2010. Penyelewengan Tafsir Alquran : Kritikan Terhadap Buku Fiqih Lintas Agama.Bangi : Fakulti Pengajian Islam,Universti Kebangsaan Malaysia.

Munir Ba’albaki. 2009. al-Maurid al-Hadis : Qamus ingiliziy – ‘arabi: Dar al- ilm li al-Malayin.

Link ilyas Ibrahim : (http://arifinmalay.blogspot.com/2011/12/permasalahan-hermeneutika-dalam-tafsir.html)

(25)

Muhammad Syahrur. 1990. Al-Khitab wa Quran Qiraah Mu`asarah. Damsyiq: al-`Ahali.

Nasr Hamid Abu Zayd. 2003. Al-Quran Hermeneutika dan Kekuasaan, Dede Iswadi A. Rohman dan Ali Mursyid(terj.), Bandung: RQis (Risearch for Quranic Studies)

Sahiron Syamsuddin. 2003. Hermeneutika Al-Quran Mazhab Yogya.Yogyakarta.Islamika.

Syamsuddin Arif. 2008. Orientalis & Diabolisme Pemikiran-Bab Hermenutika dan Tafsir Al-Qur’an. Jakarta : Gema Insani Press.

Ugi Suharto.2007. Pemikiran Islam Liberal Pembahasan Isu-Isu Sentral.Selangor : Dewan Pustaka Fajar.

Referensi

Dokumen terkait

Imbal adalah salah satu istilah teknik tabuhan dalam musik tradisi Jawa (karawitan) yang dimainkan oleh dua instrumen yang saling bersahutan dengan nada

- Atas laporan transaksi yang mencurigakan yang telah diterima oleh UKPN, UKPN harus mengevaluasi untuk memastikan bahwa transaksi tersebut termasuk transaksi yang mencurigakan

Kekuatan tarik material komposit yang dihitung dengan persamaan 1 untuk beberapa harga V f yang diamati disajikan pada Gambar 4.. Hal ini sesuai dengan

Saya memohon kepada Allah tiga perkara. Dia mengabulkan dua di antaranya dan menolak yang lain. Saya memohon kepada-Nya agar umat saya tidak dibinasakan

Peserta didik diminta mengidentifikasi informasi yang telah didapat (apa yang mereka ketahui, apa yang perlu mereka ketahui, dan apa yang perlu dilakukan

Pentingnya pemenuhan kebutuhan klien akan kenyamanan dan bebas dari nyeri selama dilakukan perawatan, menarik minat penulis untuk membahas dan menyusun asuhan keperawatan

Berdasarkan uraian di atas dapat disimpulkan bahwa merger dan akuisisi tidak dapat meningkatkan rata-rata kinerja keuangan pada perusahaan yang diteliti oleh

Tema desain, yaitu buku bacaan interaktif yang dapat memancing perkembangan motorik anak dan menarik perhatian anak-anak untuk lebih suka membaca buku tanpa