Satu Hari Dalam Hidup Saya
Nama saya Nur Khairun Insyirah Bt Noor Azre. Saya berusia 16 tahun dan merupakan seorang pelajar dari Pemasaran 1 di Kolej Vokasional
Gombak. Saya bermula bersekolah di kolej ini pada 20 Januari 2014. Kini saya masih belajar di kolej dan berazam untuk mendapatkan sijil diploma.
Satu hari dalam hidup saya ialah, pada minggu persekolahan saya akan bangun dari tidur pada pukul 5.00 pagi untuk mengemas katil dan mandi. Pada pukul 6.30 pagi saya akan menunaikan solat subuh dan pada pukul 7.10 pagi saya mula bertolak ke sekolah dengan adik lelaki saya. Pada pukul 7.30 pagi saya sampai ke kolej dan memulakan pelajaran pada pukul 8.00 pagi. Di Kolej Vokasional Gombak, mereka menawarkan khusus-khusus seperti Pemasaran, Perakaunan, Peruncitan, Insuran dan Setiausaha.
Pelajaran kami bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga ke pukul 1.00 petang. Pada pukul 1.00 petang hingga pukul 2.00 petang kami akan berehat dan menunaikan solat zuhur di surau. Pada waktu ini, pelajar diberi rehat kerana ingin membiasakan diri pelajar sebagai pekerja apabila mereka sudah berkerja nanti. Kemudian, kami sambung pelajaran pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang.
Seterusnya, saya pulang ke rumah pada pukul 6.05 petang. Pada pukul 6.15 petang saya akan mandi dan menunaikan solat asar, sambil itu saya berehat dan makan petang. Kemudian, pada pukul 7.23 malam saya akan menunaikan solat maghrib dan membasuh baju sekolah saya. Saya