• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1

GARIS PANDUAN PENCALONAN

ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

1. Latar Belakang

Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengajian Tinggi Bil. 11/2014 bertarikh 7 Julai 2014 telah bersetuju untuk mengadakan Higher Education Week Malaysia (HEWM) pada bulan Ogos 2015. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan masyarakat umum dalam kepelbagaian aspek pendidikan dengan konsep “Bukan Sekadar Segulung Ijazah”. Unit NBOS, Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar KPM telah merancang beberapa acara untuk minggu tersebut dengan penglibatan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) IPTA antaranya Pelancaran 101 Edutourism Package, Market UCTC, Pameran UCTC, Sidang Selari dan Majlis Anugerah Penghargaan UCTC.

2. Tujuan

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada program-program komuniti-universiti yang cemerlang dalam mengaplikasikan prinsip-prinsip NBOS iaitu Impak Tinggi, Kos Minima (Keberkesanan Kos), Pelaksanaan Pantas dan Mampan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat dari segi sosio-ekonomi, pendidikan, kesihatan, persekitaran, teknologi dan lain-lain.

3. Syarat dan Prosedur Penyertaan

3.1 Terbuka kepada Universiti Awam (UA) & Universiti Swasta (US) yang mempunyai Pusat/Pejabat/Sekretariat UCTC.

3.2 Penyertaan adalah tidak terhad kepada projek komuniti yang menerima dana induk UCTC.

3.3 Penyertaan adalah berdasarkan projek komuniti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2013, 2014 atau 2015 sahaja, dan projek tersebut mestilah selesai dalam tempoh 2014 dan 2015 sahaja. Projek yang bermula sebelum tahun 2013 tidak akan diambil kira untuk penyertaan.

3.4 Sebanyak 11 kategori anugerah dipertandingkan. Maksima 3 penyertaan boleh diterima daripada setiap universiti untuk setiap kategori anugerah. 3.5 Ketua Projek hendaklah mengisi borang penyertaan Anugerah Penghargaan

UCTC mengikut kategori dengan lengkap. Setiap projek hanya boleh dipertandingkan bagi SATU kategori sahaja.

3.6 Borang penyertaan yang lengkap berserta pembuktian perlu dihantar ke UCTC di universiti masing-masing.

▸ Baca selengkapnya: jenis anugerah pelajar prasekolah

(2)

2

3.7.1 Gambar projek/ aktiviti yang telah dijalankan (5 gambar beresolusi

tinggi beserta “caption” yang bersesuaian)

3.7.1 Ringkasan Eksekutif projek / aktiviti (maksima 300 patah perkataan, menggunakan font Arial saiz 12 pt, langkau sebaris “double spacing”) 3.7.2 Rakaman video ringkas atau montaj gambar sebelum dan selepas

pelaksanaan projek/aktiviti (maksima 1 minit)

- Bagi 3 projek terbaik dalam setiap kategori, bahan-bahan pembuktian akan digunakan bagi tujuan penerbitan Buku Projek UCTC dan tayangan multimedia UCTC semasa Majlis Anugerah UCTC. Bahan tersebut juga akan digunakan untuk tujuan promosi UCTC oleh pihak NBOS KPM.

3.8 Penyelarasan dan saringan 3 projek terbaik setiap kategori akan dilakukan oleh UCTC di peringkat universiti dan di perakui oleh Ketua UCTC universiti berkenan.

3.9 Semua penyertaan yang telah diperakui perlu dihantar kepada Urus Setia di UCTC UKM sebelum tarikh tutup penyertaan.

3.10 Penyertaan projek bagi Anugerah UCTC akan dibuka dari 1 Jun 2015 sehingga 30 Jun 2015.

3.11 Borang penyertaan dan contoh rakaman video projek UCTC boleh dimuat-turun di laman web UCTC induk dan di Facebook UCTC UKM.

4. Jenis, Kategori dan Hadiah Anugerah

Anugerah akan dipertandingkan mengikut 4 (empat) kategori utama seperti dalam (4.1) – (4.4) di bawah:

4.1 Anugerah Projek UCTC Cemerlang mengikut Bidang (11 Bidang)

Anugerah dipertandingkan dalam 11 bidang yang diperincikan di bawah. Hadiah bagi Pemenang Projek UCTC Cemerlang dalam setiap bidang merupakan wang tunai RM3000, plak dan sijil.

i. Pembangunan Alam Sekitar

- Projek yang lestari, meningkatkan peserkitaran berkualiti serta mempunyai ciri-ciri pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

ii. Kesihatan

- Projek yang meningkatkan taraf kesihatan dan kehidupan komuniti serta menunjukkan peningkatan kesejahteraan komuniti dari aspek kesihatan.

iii. ICT dan Teknologi

- Projek yang membangun dan mempertingkatkan teknologi bagi membangunkan kualiti hidup komuniti.

iv. Keusahawanan

- Projek yang membantu membangunkan keusahawanan, menunjukkan peningkatan penempatan, kesejahteraan, taraf hidup dan pendapatan komuniti.

(3)

3

v. Pendidikan

- Projek yang telah menunjukkan inovasi dalam penyebaran ilmu di peringkat sekolah dan juga kolej.

vi. Pengurusan Risiko & Bantuan Bencana

- Projek yang telah meningkatkan persediaan dan pelaksanaan menghadapi serta pencegahan risiko / bencana termasukla aktiviti bantuan serta pembangunan ketika, selepas dan juga pasca bencana.

vii. Memelihara Warisan & Kebudayaan Negara

- Projek yang memelihara serta memulihara warisan dan kebudayaan Negara.

viii. Sukan & Rekreasi

- Projek yang membangunkan prasarana sukan/rekreasi dan telah meningkatkan kesejahteraan hidup komuniti melalui sukan dan rekreasi.

-

ix. Kebajikan Sosial

- Projek yang melibatkan dan menjaga kebajikan OKU, Ibu Tunggal, Warga Emas, Orang Asli dan Belia Berisiko.

x. Projek Khas UCTC-RTC

- Projek yang dijalankan aktiviti melibatkan bersama RTC dan memberi manfaat kepada warga komuniti.

xi. EduTourism

- Projek yang menjadikan tempat pelancongan dan tempat menarik di dalam kampus terutamanya sebagai satu pakej pelancongan yang dapat ditawarkan kepada warga komuniti. 4.2 Anugerah Projek UCTC Cemerlang Keseluruhan

Pemenang Anugerah Projek UCTC Cemerlang dalam setiap bidang secara automatik layak bertanding untuk mendapat Anugerah Projek UCTC Cemerlang Keseluruhan. Hadiah merupakan wang tunai RM2000, plak dan sijil

4.3 Anugerah Penghargaan UCTC

Semua UCTC di UA & US akan diiktiraf sumbangannya dan diberi anugerah penghargaan dalam bentuk wang tunai RM500, plak dan sijil

4.3 Anugerah Rakan UCTC Cemerlang

Setiap universiti boleh mencalonkan 1 rakan UCTC yang cemerlang dan memenuhi justifikasi pencalonan untuk setiap kategori rakan seperti berikut. Pemenang dalam setiap kategori rakan akan menerima hadiah plak dan sijil. Pemenang kategori Persatuan Pelajar akan menerima dana RM5000 untuk aktiviti mereka (melalui UCTC di universiti yang berkenaan)

(4)

4

i. NGO

ii. Komuniti

iii. Industri/Korporat iv. Agensi Kerajaan

v. Persatuan Pelajar 5. Kriteria Pemilihan

5.1. Projek-projek di dalam setiap kategori akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria NBOS seperti berikut:

a) Impak Tinggi – Projek membawa impak yang tinggi ke arah mentransformasikan masyarakat setempat. (Definisi impak: satu proses / kaedah baru pihak universiti menyediakan perkhidmatan atau tindakan yang memberi impak yang tinggi dari sudut perspektif komuniti.)

Perlu dinyatakan impak projek terhadap komuniti dari segi: a. Bilangan penerima manfaat

b. Kekerapan dan tempoh menerima manfaat

c. Potensi skala untuk meningkatkan penerima manfaat d. Keutamaan manfaat kepada komuniti

Bidang keutamaan projek hendaklah memberikan impak dalam mana-mana kaedah seperti berikut:

a. Meningkatan pendapatan b. Mengurangkan kos sara hidup c. Meningkatkan produktiviti

d. Meningkatkan perlindungan dan keselamatan e. Menambah kemudahan

f. Memupuk kebanggaan negara

b) Pelaksanaan Pantas – Objektif projek dapat dicapai dalam tempoh 9 – 12 bulan, dan impak projek sampai ke komuniti sasaran.

c) Kos Minima (Keberkesanan Kos) – Projek menjimatkan perbelanjaan berbanding dengan kaedah konvensional, melalui aplikasi prinsip NBOS

d) Kelestarian/Mampan– Projek mempunyai potensi untuk kesinambungan selepas tamat dan kesesuaian untuk diadaptasi dan dilaksanakan di tempat lain.

5.2. Kriteria-kriteria berikut juga akan diambil kira untuk penilaian:

e) Multi-stakeholder & multi-disiplin – Penglibatan pelbagai pihak berkepentingan (industry/komuniti/NGO/agensi kerajaan) dan perkongsian kepakaran merentas disiplin untuk berkongsi/mengurangkan kos pelaksanaan dan meningkatkan impak kepada komuniti

(5)

5

f) Perkongsian ilmu / teknologi – Projek memperkasakan komuniti sasaran melalui

perkongsian ilmu / teknologi yang relevan di universiti

g) Keternampakkan (visibility) – Projek-projek komuniti yang meningkatkan keternampakkan UCTC pada pandangan umum

5.3. Bagi Anugerah Rakan UCTC Cemerlang, anugerah khas akan diberikan untuk mengiktiraf rakan NGO, komuniti, industri/korporat, agensi kerajaan dan persatuan pelajar di universiti masing-masing, yang telah menyumbang ke arah kejayaan pelaksanaan projek UCTC tertentu melalui mana-mana kaedah berikut:

 sumbangan tenaga atau sumbangan kewangan/in-kind yang signifikan,  penglibatan dan sokongan yang aktif & lestari sepanjang projek,

 perkongsian kepakaran / ilmu yang meningkatkan impak projek kepada komuniti

5.4. Setiap universiti boleh mencalonkan 1 Rakan UCTC Cemerlang yang memenuhi justifikasi pencalonan di atas bagi setiap kategori rakan berikut:

i. NGO ii. Komuniti

iii. Industri/Korporat iv. Agensi Kerajaan

v. Persatuan Pelajar

6. Penilaian

6.1. Penilaian pencalonan dan pemilihan pemenang anugerah dalam setiap kategori adalah berdasarkan kriteria dan pemberat yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Anugerah UCTC 2015.

6.2. Jawatankuasa Majlis Anugerah UCTC 2015 terdiri daripada wakil-wakil dari semua UCTC di UA dan US yang dijemput khas.

7. Urus Setia

Semua pertanyaan lanjut dan penyertaan yang telah diperakui di peringkat UCTC Universiti masing-masing perlu dihantar kepada Urus Setia Induk Majlis Anugerah UCTC di alamat berikut:

Urus Setia

Anugerah Penghargaan UCTC

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UKM) Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim

Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi 43600 Selangor.

Tel: 03-8921 4655/3355 (En. Mohd Fauzi bin Hamzah) Faks: 03-8921 4652

Referensi

Dokumen terkait

Mengingat Indonesia merupakan salah satu negara yang memiliki julukan mega biodiversity tentunya akan menjadi penting apabila ada rezim yang memayungi hukum tentang

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui potensi-potensi terjadinya tindakan kekerasan terhadap perempuan yang terjadi di kota Yogyakarta, serta meninjau upaya

Diagnosis CMV pada bayi baru lahir dapat dilakukan bergantung pada ada tidaknya virus dari pemeriksaan isolasi virus melalui urin, identifikasi DNA CMV dengan pemerik- saan

Berdasarkan uraian di atas maka tujuan di lakukannya penelitian ini adalah: (1) menganalisis pengaruh penerapan IFR terhadap frekuensi perdagangan saham perusahaan

Pengguna Informasi Publik wajib mencantumkan sumber dari mana ia memperoleh Informasi Publik, baik yang digunakan untuk kepentingan sendiri maupun untuk keperluan publikasi

Panwaslu : Merupakan singkatan istilah dari kalimat Panitia Pengawas Pemilu Umum Kabupaten Sumenep. Yang berfungsi sebagai lembaga yang mengawasi, menerima laporan

Dengan demikan, berdasarkan kondisi saat ini yang dihadapi oleh PT Telkom Divre IV Jateng dan DIY dan literatur yang menyebutkan bahwa terdapat hubungan antara kepemimpinan

Dalam penelitian juga didapatkan bahwa perlakuan fraksi etil asetat 0,1 mg kulit manggis (A3) tidak menurunkan kadar dari ICAM-1 serum pada mencit yang