• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN MTUN COMMERCIALISATION FUND (MCF)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN MTUN COMMERCIALISATION FUND (MCF)"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN GERAN

MTUN

COMMERCIALISATION FUND

(MCF)

PUSAT INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN (ICC) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

(2)

SENARAI KANDUNGAN MUKASURAT

BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3

1.1 Falsafah 3

1.2 Definisi dan tujuan 3

1.3 Bidang Penyelidikan 4 1.4 Syarat-syarat Permohonan 4 1.5 Peraturan Permohonan 5 1.6 Kriteria Penilaian 6 1.7 Peraturan Kewangan 7 1.8 Hasil Penyelidikan 7

1.9 Pengumuman Tarikh Permohonan 8

BAHAGIAN 2 (KEPUTUSAN)

2.1 Pemberitahuan Keputusan dan Pengagihan Peruntukan 8 BAHAGIAN 3 (PEMANTAUAN)

3.1 Implementasi Projek 8

3.2 Pengawalan Projek 9

BAHAGIAN 4 (PERANAN)

4.1 Peranan Penyelidik 10

4.2 Peranan Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) 10 4.3 Peranan Jawatankuasa Teknikal Inovasi, Pengkomersialan dan

Perundingan 11

4.4 Peranan Jawatankuasa Teknikal Pengkomersialan 11 BAHAGIAN 5 (PENAMATAN PROJEK)

(3)

BAHAGIAN 1 – PERMOHONAN

1.1 FALSAFAH

1.1.1 Kebanyakan hasil penyelidikan tidak dapat dikomersilkan kerana hasil penyelidikan tidak mempunyai peruntukan untuk pengeluaran.

1.1.2 Untuk kesinambungan, Geran MTUN Commercialization Fund (seterusnya dalam dokumen disingkatkan sebagai MCF) diwujudkan untuk membantu penyelidik berupaya mengeluarkan dan memasarkan penemuan penyelidikan dan pengkomersialan bagi tujuan penciptaan teknologi baru selaras dengan matlamat universiti untuk mengkomersilkan produk penyelidikan dan inovasi universiti.

1.1.3 Pihak universiti berhak membuat perubahan ke atas Garis Panduan ini pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa.

1.2 TAFSIRAN DEFINISI DAN TUJUAN

ICC - Pusat Inovasi dan Pengkomersialan MCF - MTUN Commercial Fund

TRL - Technology Readiness Level merujuk kepada Klausa 1.2.3 UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

1.2.1 MCF merupakan dana yang diwujudkan bagi pengkomersialan produk selaras dengan matlamat universiti untuk mengkomersilkan produk penyelidikan dan inovasi universiti.

1.2.2 MCF berperanan untuk membantu penyelidik menjalankan aktiviti pengkomersialan.

1.2.3 Aktiviti yang tergolong dalam MCF berdasarkan kriteria kesediaan teknologi yang terdapat di dalam TRL peringkat 7, 8 atau 9 sahaja.

Peringkat Keterangan

TRL 7 Sistem atau prototaip boleh didemonstrasikan mengikut keadaan operasi sebenar

TRL 8 Teknologi telah siap dan telah menjalankan proses ujian dan demonstasi

TRL 9

Teknologi telah siap sepenuhnya dan telah berjaya digunakan dalam keadaan sebenar penggunaannya

(4)

1.2.4 Aktiviti yang tergolong dalam MCF termasuk pembuatan (manufacturing), pembangunan sistem (system development), ujian pasaran (market testing), pembungkusan (packaging) dan panduan penggunaan (user manual).

1.2.5 Dana ini akan dikira mengikut jumlah sebenar dalam pengiraan kos untuk tujuan pengkomersialan.

1.3 BIDANG PENYELIDIKAN

1.3.1 Terbuka untuk semua bidang penyelidikan yang telah mempunyai hasil penemuan yang memerlukan penghasilan produk akhir.

1.3.2 Produk yang ingin dihasilkan ialah dalam bentuk produk fizikal, sistem, teknologi, modul atau lain-lain bentuk yang difikirkan munasabah oleh Panel Penilai.

1.3.3 Mempunyai harta intelek berdaftar di bawah UTHM adalah satu kelebihan.

1.4 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.4.1 MCF terbuka kepada semua staf tetap dan staf kontrak UTHM yang aktif dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi.

1.4.2 Keutamaan akan diberikan kepada projek yang mempunyai hubungan kerjasama sekurang-kurangnya selama 6 bulan dengan pihak luar atau industri dan Universiti MTUN yang lain dimana pihak luar atau industri berminat dan bersetuju untuk mengkomersialkan produk tersebut. (bukti MOA perlu dilampirkan)

1.4.3 Staf yang bercuti belajar tidak dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik. Walau bagaimanapun, beliau boleh menjadi ahli didalam kumpulan penyelidikan.

1.4.4 MCF mestilah digunakan dalam Negara sahaja.

1.4.5 Pemohon hanya dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik bagi satu projek dan hanya satu permohonan projek sahaja akan diperakukan pada tiap-tiap satu masa.

(5)

1.4.6 Ketua Penyelidik yang berpindah atau berhenti daripada universiti atau melanjutkan pengajian sepenuh masa hendaklah melepaskan kedudukannya sebagai ketua projek dan digantikan dengan ahli penyelidik dalam projek yang sama atau mana-mana yang dipersetujui oleh ketua projek asal.

1.4.7 Kos yang digunakan dalam MCF ini akan dianggap sebagai ”overhead cost” projek dan akan dikira dalam pengiraan kos untuk pengkomersialan. Walaubagaimanapun, pengiraannya bukanlah dalam bentuk ”lump sum”, tetapi berdasarkan nisbah ”break-even” yang akan ditentukan oleh ICC mengikut sifat produk dan teknologi yang dikomersialkan.

1.4.8 Perjanjian perlesenan komersial diwajibkan untuk setiap penamatan geran. Sekiranya tiada sebarang pengkomersialan berlaku setelah tamat geran, penyelidik akan dikenakan denda dengan jumlah denda bergantung kepada keputusan jawatankuasa yang dilantik.

1.5 PROSES PERMOHONAN

1.5.1 Proses permohonan MCF adalah seperti carta alir dalam Lampiran A. 1.5.2 Permohonan untuk MCF perlu menggunakan Borang

UTHM.ICC.GRN.002/2018 yang terkini dari Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UTHM.

1.5.3 Hanya borang permohonan yang lengkap dan jelas akan diproses dan dinilai.

1.5.4 Permohonan mestilah tidak melebihi siling MCF iaitu RM50,000.

1.5.5 Kesemua permohonan akan menjalani proses saringan dan akan dinilai oleh panel penilai yang dipengerusikan oleh Pengarah ICC bersama panel yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Pengerusi Pengarah ICC

Ahli

Timbalan Pengarah ICC

Pengarah atau Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan (RMC)

3 orang penilai dalam kalangan Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan)

(6)

1.5.6 Sekiranya ada di kalangan ahli yang tidak hadir, pengerusi berhak untuk melantik sesiapa yang layak sebagai penganti.

1.5.7 Permohonan yang berjaya akan diluluskan oleh pengerusi panel penilai dan dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Inovasi, Pengkomersialan dan Perundingan (JTIPP).

1.5.8 Pengecualian saringan akan diberikan kepada peserta yang telah menyertai mana-mana pertandingan penyelidikan dan inovasi di peringkat antarabangsa dan telah melalui proses pemilihan dan saringan di ICC dan memenuhi kriteria TRL yang ditetapkan.

1.6 KRITERIA PENILAIAN

1.6.1 Permohonan mestilah melibatkan penghasilan sekurang-kurangnya satu perkara berikut:

i. Pembuatan product (Product manufacturing) ii. Pembangunan sistem (System develpment) iii. Ujian pasaran (Market testing)

iv. Pembungkusan (packaging),

v. Panduan penggunaan (user manual),

vi. Video promosi produk (Product promotional video) 1.6.2 Kritieria yang akan dinilai adalah seperti berikut:

i. Telah tamat proses penyelidikan dengan mengemukakan bukti penutupan geran fundamental oleh penyelidik atau ahli kumpulan (dengan kebenaran).

ii. Tahap minimum Technology Readiness Level (TRL) ialah tujuh (7) iaitu telah menyelesaikan semua eksperimen penyelidikan, mempunyai satu prototaip awal yang berfungsi dan telah menjalani beberapa ujian pengesahan awalan.

iii. Sasaran pasaran produk yang jelas.

iv. Mempunyai industri kerjasama yang benar-benar berminat adalah satu kelebihan.

v. Mempunyai Business Model Canvas (BMC).

vi. Telah membuat anggaran pengiraan keseluruhan kos dan keuntungan untuk pengkomersialan.

1.6.3 Produk yang ingin dihasilkan mestilah:

(7)

ii. Berpotensi untuk menjana industri berasaskan ilmu/pengetahuan baru; dan

iii. Berpotensi untuk menyumbang kepada penjanaan pendapatan universiti.

1.7 PERATURAN KEWANGAN

1.7.1 Geran MCF boleh digunakan bagi tujuan pemasaran dan promosi produk di dalam negara. Ia juga boleh digunakan untuk pembangunan produk akhir agar menepati kualiti dan keperluan pasaran.

1.7.2 Walaubagaimanapun, Geran MCF TIDAK BOLEH digunakan bagi perkara berikut:

i. permohonan dan pendaftaran Harta Intelek ii. pameran dan promosi produk luar negara

iii. pembentangan persidangan di dalam atau di luar negara

1.7.3 Vot 11000 Tiada peruntukan. Upah dan Elaun adalah di bawah Vot 29000.

1.7.4 Vot 21000 Perjalanan dan Pengangkutan – Perjalanan domestik yang berkaitan dengan projek tidak melebihi 15% daripada jumlah geran. Sekiranya melebihi 15%, penyelidik perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Penilaian.

1.7.5 Vot 24000 Sewaan – Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan pembangunan produk.

1.7.6 Vot 27000 Bekalan dan Penghasilan Produk– Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan pengeluaran produk sahaja dibenarkan.

1.7.7 Vot 29000 Perkhidmatan Ikhtisas – Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan panduan penggunaan produk, hospitaliti, perkhidmatan profesional, konsultansi, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan pengkomersialan produk. Ia juga termasuk pembayaran upah dan elaun Pembantu Kerja Lapangan (PKL)/pembantu penyelidik (RA)/pembantu penyelidik siswazah (GRA). Upah dan Elaun pembantu harus tidak melebihi 20% dari jumlah geran.

(8)

1.8 HASIL PENGELUARAN PRODUK

Hasil yang disebutkan di sini merujuk kepada hasil pengeluaran produk yang dibiayai oleh MCF.

1.8.1 Output projek haruslah mempunyai perkara berikut:

i. satu produk, proses atau pengetahuan teknologi yang boleh dikomersialkan;

ii. Manual produk/teknologi; dan

iii. Video Penambahbaikkan Produk dan Produk Akhir berdurasi 3 – 5 minit).

1.8.2 Hasil adalah hakmilik UTHM. Walaubagaimanapun pihak Pereka/Penyelidik berhak menggunakannya untuk sebarang tujuan pengkomersialan. Pereka/Penyelidik TIDAK BERHAK untuk berbincang mengenai harga untuk tujuan pengkomersialan tanpa merujuk kepada ICC.

1.8.3 Hasil pengkomersialan perlulah diagihkan mengikut Polisi Pengkomersialan yang berkuatkuasa.

1.8.4 KPI utama ialah ”Pengkomersialan” samada melalui Jualan, Perjanjian Perlesenan, Perjanjian Jualan Terus atau mana-mana kaedah lain yang difikirkan sesuai.

1.9 PENGUMUMAN TARIKH PERMOHONAN

Tarikh buka dan tutup permohonan MCF akan dimaklumkan secara rasmi kepada semua staf UTHM secara bertulis dan atas talian oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan.

BAHAGIAN 2 - KEPUTUSAN

2.1 PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN DAN PENGAGIHAN PERUNTUKAN

2.1.1 Surat kelulusan MCF akan disampaikan kepada pemohon dan sesalinan surat kelulusan akan dimajukan kepada Timbalan Naib Canselor ( P&I) oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan.

2.1.2 Pembukaan vot projek akan dibuat oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan kepada pemohon setelah surat kelulusan dikeluarkan berdasarkan jumlah peruntukan yang diluluskan Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi(JKPI).

(9)

BAHAGIAN 3 – PEMANTAUAN

3.1 IMPLEMENTASI PROJEK

3.1.1 Semua projek yang diluluskan di bawah MCF perlu dipantau dari aspek:

i. Prestasi projek ii. Prestasi kewangan

iii. Kesempurnaan produk yang dihasilkan 3.2 PENGAWALAN PROJEK

3.2.1 Laporan Prestasi Projek Pengkomersialan Produk mengikut milestone dan bulanan hendaklah dikemukakan kepada Pusat Inovasi dan Pengkomersialan pada setiap 6 bulan iaitu dalam tempoh seminggu selepas setiap 6 bulan.

3.2.2 Pengurusan, pemantauan dan penilaian projek adalah dipertanggungjawabkan kepada Pusat Inovasi dan Pengkomersialan. 3.2.3 Pusat Inovasi dan Pengkomersialan berhak menggantung geran dan

menahan sebarang permohonan sekiranya laporan tidak dihantar tepat pada masa yang ditentukan.

3.2.4 Perolehan yang melibatkan pembelian asset atau inventori tidak akan dilaksanakan sebulan sebelum tarikh tamat projek.

3.2.5 Pihak ICC akan membuat lawatan tapak projek sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang tempoh projek berjalan iaitu pada pertengahan projek dan sebelum projek tamat tertakluk kepada keperluan pemantauan.

3.3 PELANJUTAN PROJEK

3.3.1 Penyelidik boleh memohon pelanjutan tempoh projek dengan sebab-sebab berikut:

i. Terdapat faktor luar yang menyebabkan kelewatan projek seperti, tiada pembekal yang layak atau sanggup membekal; ii. Kelewatan bukan disebabkan oleh penyelidik sendiri;

iii. Terdapat perubahan spesifikasi produk yang tidak dapat dielakkan; dan

iv. Kelewatan bahan mentah untuk dibekalkan bagi menghasilkan produk.

(10)

3.3.2 Permohonan pelanjutan perlu dibuat melalui borang UTHM.ICC.GRN.018/2019 dalam masa 30 hari sebelum tamat tempoh projek dan sebarang kelewatan permohonan tidak akan dilayan.

3.3.3 Tempoh maksimum pelanjutan adalah selama 6 bulan dan ianya tertakluk kepada kelulusan Pengarah ICC.

BAHAGIAN 4 – PERANAN

4.1 PERANAN PENYELIDIK

4.1.1 Memastikan borang-borang permohonan/ kemajuan/ pemantauan diisi dengan lengkap dan sempurna dan dihantar mengikut jadual.

4.1.2 Melaksanakan projek dengan baik, beretika dan bertintegriti serta memenuhi tatacara yang ditetapkan.

4.1.3 Memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut jadual dan dikomersialkan dalam tempoh yang ditetapkan.

4.1.4 Melengkapkan diri dengan pengetahuan/kesedaran tentang keperluan harta intelek.

4.1.5 Bekerjasama dengan Pusat Inovasi dan Pengkomersialan dalam semua proses dan keperluan pemantauan projek termasuk menyediakan laporan yang lengkap mengenai projek dari masa ke semasa.

4.1.6 Membudayakan minda perintis, keusahawanan, inovatif dan kolaboratif.

4.2 PERANAN PUSAT INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN (ICC) 4.2.1 Menghebahkan maklumat mengenai MCF kepada penyelidik.

4.2.2 Membentuk jawatankuasa penilaian yang khas untuk MCF yang dianggotai oleh pakar bidang dari fakulti masing-masing.

4.2.3 Memastikan penilaian dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

(11)

4.2.5 Menerima dan mengurus sesi penilaian permohonan baru yang mempunyai kebolehjayaan komersil yang tinggi.

4.2.6 Memantau kemajuan projek.

4.2.7 Membantu penyelidik sekiranya penyelidik mempunyai sebarang masalah yang sukar untuk diselesaikan sendiri.

4.3 PERANAN PANEL PENILAIAN

4.3.1 Menilai permohonan MCF mengikut kriteria yang telah ditulis dalam Klausa 1.6.

4.3.2 Memberi kritikan membina dan memberi motivasi kepada penyelidik.

4.4 PERANAN JAWATANKUASA TEKNIKAL INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN (JTIPP)

4.4.1 Memperakukan projek yang telah diluluskan oleh Panel Penilai.

4.4.2 Memberi sebarang cadangan bagi penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap perlaksanaan MCF.

BAHAGIAN 5 - PENAMATAN PROJEK

5.1 PENAMATAN PROJEK

5.1.1 Projek akan tamat seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran, kecuali penyelidik ingin menyambung pelanjutan seperti yang dinyatakan di dalam perkara 3.3.

5.1.2 Dokumen yang perlu dihantar semasa penamatan projek adalah seperti berikut dibawah:

i.

Laporan Akhir Projek;

ii.

Borang Permohonan Penutupan Vot;

iii.

Borang Deklarasi Aset (sekiranya ada);

iv.

Borang Senarai Aset (sekiranya ada);

v.

Borang Mengemaskini Produk;

vi.

Laporan Teknikal (5 – 10 muka surat); dan

vii.

Video Pembangunan Produk dan Produk Akhir (Berdurasi 3 – 5 minit.)

(12)

Carta Alir Pelaksanaan Geran MCF

TANGGUNGJAWAB PROSES KERJA

ICC PP ICC JTIPP PT(P/O) Setiausaha Pejabat PT(P/O) PT(P/O) Ya Tidak Ya Tidak PT(P/O)

Makluman mesy. JTIPP Semakan

Saringan

Terima Borang Permohonan Mula

Permohonan No. Vot

Makluman kepada pemohon

Kemaskini RMS

(13)

Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 86400 Parit Raja

Tel : 07 4538525 | 8526 8528 Email: icc.oricc@uthm.edu.my

GRANT APPLICATION FORM

1. TYPE OF GRANT (Plese tick where applicable)

PRODUCT DEVELOPMENT GRANT

INNOVATION AND COMMERCIALIZATION INCUBATOR GRANT MTUN COMMERCIALISATION FUND

2. PRINCIPAL APPLICANT Name : Position : Faculty/ Center: Contact Number: E-Mail : 3. TEAM MEMBERS

Name Affiliation E-Mail Contact No

4. PRODUCT INFORMATION a) NAME OF PRODUCT

b) PAST OR ON-GOING RESEARCH RELATED TO THIS PRODUCT

(14)

c) FUNCTION OF THE PRODUCT

d) PROVIDE BRIEF DESCRIPTION OF THE PRODUCT WITH SUITABLE PICTURE / DIAGRAM

(include attachment, but NOT more than one A4 page)

e) INTELLECTUAL PROPERTY REGISTRATION INFORMATION (Please tick / )

Application submitted to ICC

Patent filed (Patent Pending No :________________)

Patent Granted (Patent Granted No :_____________)

CR / Trademark / Others (No : __________________)

f) WHAT IS THE PRODUCT NICHE IN MARKET

g) DESCRIBE THE BUSINESS INTENT AND MARKET NEED OF THE PRODUCT

(15)

i) INDUSTRIAL COLLABORATION (YES OR NO)

j) AMOUNT APPLIED

Bil Details of Expenses Justification

Amount Requested (RM) Amount Approved (RM) 1 V11000

(Wages & Allowance) <= 10%

2 V21000 (Mileage & Transportation) <= 15% 3 V24000 (Rental) 4 V27000 (Research Material) <= 75% 6 V29000 (Professional Services) TOTAL AMOUNT AMOUNT APPLIED RM_________

k) INCLUDE GANTT CHART WITH MILESTONE (Attach separately)

l) DECLARATION

I hereby declared that the grant shall be used for the activities related to this project only.

Signature: Date:

(16)

Contact number : _______________ E-mail :______________________

5. FACULTY DEPUTY DEAN OF RESEARCH, DEVELOPMENT AND PUBLICATION

Please tick ( / ) :

Recommended Not Recommended

Comment :

Date: ________________

___________________________ Signature & Official Stamp

6. DIRECTOR OF INNOVATION AND COMMERCIALISATION CENTRE

Please tick ( / ) :

Verify Not Verify

Comment:

_____________________ Date:____________________ Signature & Official Stamp

7. DEPUTY VICE - CHANCELLOR (RESEARCH AND INNOVATION)

Please tick ( / ) :

Approved Not Approved

(17)

_____________________ Date:____________________ Signature & Official Stamp

Notes :

1. Principal applicant must be a permanent / contract staff of UTHM.

2. Team members can include academic or non-academic UTHM staffs,

researchers from outside UTHM, undergraduate or postgraduate students of UTHM, and industry partners.

(18)

Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 86400 Parit Raja

Tel : 07 4538525 | 8526 8528 Email: icc.oricc@uthm.edu.my

RESEARCH COLLABORATION FORM

RE: LETTER OF INTENTION

We _______________________________________________________________ (Company) hereby, in principle commits to collaborate with Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) through_________________________________________ (Researcher) in a product development project entitles ______________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

This collaborative intention shall follow with a Memorandum of Understanding (MoU) between the Company and UTHM.

Signed, ……… Name : Designation : (Director/Manager) Tel. No. : Email: Company Official Stamp:

Referensi

Dokumen terkait

Keberhasilan penerapan standar operasi yang tinggi telah membuahkan berbagai penghargaan antara lain; Penghargaan Patra Nirbhaya Karya Utama dari Kementerian Energi dan Sumber

Pembayaran klaim pelayanan kesehatan adalah pembayaran dari Pemerintah Daerah kepada pemberi pelayanan kesehatan (Puskesmas Perawatan dan Rumah sakit) atas pelayanan rawat inap

Untuk menguji pengaruh yang signifikan prestasi akademik dan pengalaman bekerja terhadap profesi akuntan Mahasiswa Jurusan Akuntansi Di Universitas Islam Sultan

Seksi Bimbingan Kemasyarakatan dan Perawatan yang berfungsi selain sebagai bentuk pelayanan kesehatan kuratif juga sebagai sarana rehabilitasi bagi para narapidana terkait

Pola ladrang adalah suatu pola gendhing alit yang dalam satu rangkaian notasi balungan gendhing sebanyak sak gongan (satu kali gong dibunyikan), disusun atas

Partisipan sudah memiliki kesadaran akan timbulnya perilaku konsumtif yang ditimbulkan oleh pemakaian dompet digital, namun belum melakukan tindakan untuk mengurangi

Sebagai contoh bila Y berasal dari data sensus atau survey, dapat saja ada bagian dari populasi yang tidak tercacah.. Memang ada faktor yang bersifat acak,

Dalam hal ini dapat dihubungkan dengan Pasal 1868 KUHPerdata yang menyatakan bahwa ”Suatu akta otentik adalah suatu akta yang dibuat dalam bentuk yang ditentukan oleh