• Tidak ada hasil yang ditemukan

Team Cahaya News and Announcements

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Team Cahaya News and Announcements"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Announcements

TEAM BUILDING ROADSHOW

Pengalaman berkumpul dengan teammate dari Meru, Klang, Rawang dan Batang Berjuntai merupakan satu pengalaman yang penuh dengan keseronokan. Hari kami bermula dengan perjumpaan di Taman Kepong Metropolitan untuk sesi suai kenal diikuti dengan perbincangan secara berkumpulan mengenai perasaan kita jika kita menjadi pesakit. Banyak topik menarik yang telah kami bincangkan beserta dengan pelbagai jalan penyelesaian, menjadikan perjumpaan ini sebagai satu perjumpaan yang amat bermakna. Kami meneruskan aktiviti dengan berpandukan kepada konsep kerjasama berpasukan, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah. Terima kasih kepada setiap teammate kerana menunjukkan semangat dan keterujaan sepanjang aktiviti dijalankan.

(2)

DAVITA WAY DAY 2019

Pada 25hb Ogos, kami telah mengadakan DaVita Way Day. Hari tersebut telah diraikan dengan kehadiran sebanyak lebih kurang 350 teammate dari seluruh negara, dan berlangsung di Kuala Lumpur.

Tahun ini, kami memberi tumpuan kepada Core Value yang berunsurkan kebertanggungjawaban (Accountability) dan integriti (Integrity). Banyak sesi perkongsian pendapat dan perbincangan berkumpulan yang berkaitan dengan Core Value ini telah berlangsung dan hasilnya amat membanggakan. Turut juga diadakan berbagai aktiviti yang mendapat sambutan dan kerjasama daripada teammate.

Aktiviti pada sesi pagi adalah acara Village Social 2019. Pada tahun ini, pasukan kami telah berjaya memasang sebanyak 40 buah basikal untuk diberi kepada anak-anak ibu/bapa tunggal

yang berpendapatan rendah. Aktiviti ini adalah hasil daripada kerjasama dengan NGO Parents Without Partners (PWP). Encik Adrian Ong, pengarah kepada PWP turut hadir semasa acara penyerahan basikal kepada anak-anak bertuah ini. Syabas kepada semua teammate yang menjayakan aktiviti ini!

DaVita Way Day berakhir dengan pegumuman pemenang kepada kuiz Compliance, pengumuman cabutan bertuah, dan persembahan daripada artis DaVita kami, Amzar dari centre SPU dan Musliadi dari centre KK.

Terima kasih kepada semua teammate yang menyertai kami di DaVita Way Day tahun ini. Kami berharap agar anda berpuas hati dengan segala aktiviti yang dijalankan dan pulang dengan perasaan yang gembira.

(3)
(4)

NIGHT OF HONOUR 2019

Aktiviti yang paling dinanti-nantikan pada setiap tahun adalah Night of Honour di mana kami akan meraikan setiap teammate yang menyerlah dengan sifat tanggungjawab semasa menjalankan tugasan harian mereka. Night of Honour tahun ini agak istimewa kerana kami turut disertai oleh Robert Lang (Presiden DaVita Antarabangsa) dan Dr Joseph Soon (Ketua APAC dan Business Development). Malam penghargaan kami bermula dengan lagu tradisi Bridge diikuti dengan sidang penganugerahan. Malam yang gemilang ini berakhir dengan perkongsian sepucuk surat

penghargaan daripada salah seorang pesakit yang dibaca oleh Joseph, diikuti dengan ucapan penutupan oleh Robert. Sorakan tradisi ‘One for All’ mengakhiri malam yang penuh gemilang ini. Tahniah kepada para pemenang Anugerah Core Value dan Shining Star. Kami amat berbangga dengan pencapaian anda dan berharap agar anda akan teruskan usaha anda di dalam memberi

perkhidmatan yang cemerlang kepada para pesakit kami, di samping bekerjasama dengan teammate yang lain.

(5)

NIGHT OF HONOUR 2019

Nor Majidah HQ

REGIONAL OPERATIONS MANAGER

INTEGRITY Wendy G. Asin

Kota Kinabalu STAFF NURSE TEAM Suria Mahmud Seremban FACILITY ADMINISTRATOR SERVICE EXCELLENCE Hanim Zakaria Alor Setar FACILITY ADMINISTRATOR CONTINOUS IMPROVEMENT Mohamad Ali Hafizi Bin Abd Kadir Sungai Petani Utara

STAFF NURSE SHINING STAR Dian Hartini Batu Berendam STAFF NURSE ACCOUNTABILITY Rosnida Awang Sungai Petani Utara

FACILITY ADMINISTRATOR

FULFILLMENT

Tahniah kepada para pemenang!

Teammate Negeri Sembilan kerana menunjukkan Core Value bertanggungjawab (Accountability) semasa krisis Mawar.

(6)

Teammate Terbaik bagi Suku Tahunan

15

Penjagaan Diri

YANG BOLEH DIUTAMAKAN

BERKATA TIDAK

MEMBUAT SENARAI POSITIF

RENUNGKAN APA

YANG ANDA BERSYUKUR

MASUKKAN HUMOR

REHAT SECUKUPNYA

MENDENGAR MUZIK

MAKAN DENGAN SEIMBANG

LUASKAN PEMANDANGAN

HASILKAN SESUATU

DENGAN TANGAN ANDA

BERSENAM

JANGAN LUPA

DERIA BAU ANDA

DAPATKAN BANTUAN

ATURKAN PERSEKITARAN ANDA

BELAJAR SESUATU

YANG BAHARU

BERHUBUNG DENGAN

ORANG LAIN

Tahniah kepada Mohamad Qhairul Aizam Bin Ramli,

FA Rembau kerana berjaya memenangi anugerah

Teammate Contoh untuk suku tahun ke-3 2019!

“Banyak perubahan yang berlaku semenjak FA Qhairul memegang jawatan. Semua teammate Rembau sangat berkerjasama dan memahami tugasan masing-masing. Seorang yang boleh menyelesaikan masalah dan tidak berkira dalam tugasan sebagai ketua. Memainkan peranan sebagai ketua bagi memastikan teammate berkerjasama dan tidak berkira dalam tugasan yang diberikan”

Tahniah Qhairul! Kami amat berbangga dengan pencapaian anda. Teruskan bersinar dan menjadi idola untuk Misi dan Visi kami. Anda merupakan bintang harapan kami!

(7)

Para Pemenang Core Value Pins

Tahniah kepada pemenang pin core values untuk suku tahun ini! Teruskan kerja hebat anda. Kami amat berbangga dengan anda!

Service Excellence

Hasanudin Bin Amrah (Sungai Besar) Mohd Syazwan Bin Ismail (Kangar) Questal Chia (HQ)

Integrity

Thavamalar Manikam (Bangi)

Team

Nurliyana Binti Ramli (Landmark)

Bhanu Lakhsmi A/P Ganeswaran (Sungai Siput) Nur Hasniyah Binti Radzi (Kuala Pilah)

Continuous Improvement

Radhiah Hanim Binti Mohd Shuaib (Jerantut) Norhanisah Binti Muklas (Meru)

Siti Mariam Binti Nayan (Seberang Perai) Siti Hasmah Binti Emran (HQ)

Accountability

Mohd Ammar Bin Jamari (Sri Rampai)

Normah Binti Mohamed Ali Hanafiah (Puchong)

Shahilah Bte Mohamed (HQ)

Fulfillment

Norhaslinda Binti Baharudin (Rembau) Farah Jayos (HQ)

Fun

Musliadi Bin Toning (Kota Kinabalu)

Siti Noorqiah Binti Ramlee (Seremban)

BAHAGIAN CORE VALUE

Penambahbaikan yang Berterusan

(Continuous Improvement)

Kami tidak pernah berasa puas dengan usaha dan kejayaan kami. Kami sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri kami sebagai seorang individu atau secara berpasukan. Kami sering bertanya kepada diri kami, “Bagaimana boleh kami perbaiki lagi keadaan ini?” Kemudian kami akan menggunakan pendekatan yang sistematik untuk bertindak. Konsep penambahbaikan yang berterusan bukan sahaja diguna pakai di alam pekerjaan malah ianya turut diberi perhatian di dalam kehidupan harian. Kita harus berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik berbanding dengan diri kita di hari semalam. Kita cuma akan gagal apabila kita mengalah. Kita harus menjadikan setiap kesalahan sebagai satu peluang untuk memperbaiki diri dan bertanya kepada diri sendiri, “Apakah cara lain yang boleh saya ambil?” Penambahbaikan yang berterusan harus dijadikan sebahagian dari hidup kita dan bukan satu matlamat yang kita akan berhenti membuat selepas mencapainya. Sungguh pun keadaan berjalan dengan lancar seperti yang kita harapkan, kita tidak harus berhenti setakat di situ. Kita harus sentiasa mengembangkan minda mencari jalan untuk membuat yang lebih baik di masa akan datang.

Ruang untuk memperbaiki diri sentiasa terbuka - kunci kepada kejayaan adalah dengan membuat sesuatu perkara itu berulang kali agar kita menjadi yang terbaik untuk diri kita. Cuba kaedah ini: BERHENTI, MULA dan TERUSKAN.

Ini adalah antara cara yang anda dan pasukan anda boleh cuba untuk memperbaiki diri. Cubalah cara ini dan beritahu kami pendapat anda!

“Ruang yang paling besar di dalam dunia ini adalah

ruang untuk memperbaiki diri”

MULA:

Fikirkan cara untuk memperbaiki

kesalahan kita atau sesuatu yang mungkin kita

lupa tapi patut di buat untuk lain kali.

BERHENTI:

Fikirkan keadaan yang boleh

membawa kepada kegagalan atau fikirkan

isu-isu dulu. Isu-isu itu akan berada di bawah

kategori ini.

TERUSKAN:

Apa yang di buat yang

membawa kepada kejayaan? Cara-cara

pencapaian kejayaan itu akan berada di dalam

kategori ini.

Team Cahaya - Sila ambil

perhatian!

Anda kini boleh mengetahui wawasan para pemimpin DaVita secara percuma dengan melayari DaVita Leadership Insights Podcasts. Anda boleh menjadi sebahagian daripada DaVita Podcaster dengan cara melanggan, mendengar dan berkongsi pendapat anda. Hantarkan sebarang pendapat atau pertanyaan anda di sini.

Episod-episod di bawah adalah antara episod yang menarik dan boleh membantu anda. Luangkan sedikit masa anda untuk mendengar episod-episod di bawah sama ada ketika di dalam perjalanan, di rumah, di tempat kerja atau ketika bersama dengan teammate anda yang lain.

Episod 21: Berusaha untuk mencapai matlamat,

Cara DaVita

Episod 19: Bagaimana Untuk Mencapai

Matlamat Tersebut

Episod 13: Berlatih Menggunakan Cara

Kebertanggungjawaban

Untuk

mendegar,

sila ke Intranet,

Spotify, Apple

Podcast,

RadioPublic,

atau Stitcher.

(8)

ENGAGEMENT ACTION PLAN

Tumpuan anda semasa di tempat kerja adalah perkara penting bagi kami. Seperti yang telah anda ketahui, kami telah membuat Engagement Action Plan ini berdasarkan Engagement Survey 2018 dan maklum balas yang kami perolehi pada tahun lepas. Antara aktiviti yang telah kami jalankan dengan harapan agar ianya dapat meningkatkan semangat daya usaha teammate adalah: • The teambuilding roadshow

New Hire Orientation online and at HQ • Quarterly Newsletter

• Mengubahsuai program penganugerahan dengan memuatkan Core Value Pin • Voice of the Village dan suku tahunan Town Halls

• Pertandingan Boling Team Cahaya

Untuk senarai penuh pelan kami, sila rujuk di bawah.

Bidang Tugasan

Komunikasi

Aktiviti Core Values dan homeroom bulanan

Menggalakkan kesemua 40 buah klinik untuk turut serta dan menyuarakan pendapat mereka semasa sesi Voice of the Village bersama dengan HQ (waktu yang tetap pada setiap

bulan – setiap Khamis pada minggu ke-2)

Bengkel komunikasi efektif untuk HQ

Pasukan Jerayawara Pembangunan Berpasukan (Teambuilding roadshow)

Mengadakan Pertandingan Persahabatan (contoh: Pertandingan Boling Team Cahaya)

Penghargaan Menyusun semula program yang melibatkan penganugerahan penghargaan (We Are Here, pemenang teammate terbaik untuk suku tahun, pemenang core value pins, Night Of Honour, penerbitan buletin berkala pada setiap suku tahun, pengiktirafan rakan sejawat)

Nilai Teras Menyediakan ruangan mengenai panduan nilai teras di buletin berkala pada setiap suku tahun

Aktiviti core values semasa homeroom

Kursus Dalaman

Kursus dalaman di HQ pada setiap suku tahun untuk teammate baru

Kursus dalaman di atas talian pada setiap dua minggu

Sokongan selepas kursus dalaman (mentorship)

Pembelajaran dan Perkembangan FAST, DWOT, Leadership Fundamentals, Webinar dan Workshop

Menyediakan sokongan kerja untuk teammate – seperti seminar berdasarkan web dan latihan

melalui video

Kami akan meneruskan usaha kami untuk meningkatkan semangat kerjasama di antara teammate dan kami berharap agar anda dapat melihat perkembangan hasil usaha kami. Kami juga berharap agar anda akan terus bekerjasama dengan kami untuk menjadikan Village ini sebagai tempat yang istimewa untuk semua.

(9)

ADMAN 2019

DaVita Malaysia merupakan salah satu daripada penaja utama untuk Persidangan Tahunan Dialisis 2019 yang ke-18. Ianya dianjurkan oleh Association of Dialysis Medical Assistants and Nurses Malaysia (ADMAN). Tema pada tahun ini adalah Kemajuan Di Dalam Dialisis untuk Rawatan Yang Selamat dan Berkesan, berlangsung di The Zenith Hotel Kuantan, Pahang pada 21hb – 22hb September 2019. Sebanyak 33 orang jururawat kita menyertai persidangan tersebut dan kita turut membuka booth promosi untuk memperkenalkan perkhidmatan kita dan juga membuka peluang pekerjaan bersama dengan kita untuk yang berminat.

Kami sangat bangga dengan CMO kami, Dr Rosnawati Yahya dan Ketua Jururawat kami Deby Rai, yang telah di jemput menjadi penceramah jemputan di persidangan tersebut.

(10)

TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Perpindahan

CENTRES UPDATES : Expansion

PUSAT DIALISIS KANGAR

Sebelum

Selepas

Kami ingin mengumumkan bahawa DaVita Kangar, DaVita Bangsar dan DaVita Masjid Tanah telah berpindah ke tempat baru. Kami mengambil peluang ini untuk memperbaiki lagi perkhidmatan kami agar kami dapat membantu pesakit-pesakit kami dengan perkhidmatan yang lebih baik di tempat yang lebih selesa.

(11)

PUSAT DIALISIS BANGSAR

Sebelum

Selepas

(12)

PUSAT DIALISIS MASJID TANAH

Sebelum

Selepas

(13)

PUSAT DIALISIS KOTA KINABALU

Sebelum

Selepas

TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengubahsuaian

DaVita Kota Kinabalu dan DaVita Jerantut kini tampak lebih menarik dan selesa dengan ubah suai yang dijalankan baru-baru ini untuk membesarkan lagi pusat berkenaan.

(14)

PUSAT DIALISIS JERANTUT

Sebelum

Selepas

(15)

Jangan lupa untuk mengambil

bahagian dalam Engagement

Survey yang akan bermula

pada 7 Oktober 2019

.

Pautan akan dihantar

menerusi e-mel dan WhatsApp.

Pastikan anda periksa.

Survey akan berakhir pada 18 Oktober 2019

Jawapan anda

adalah rahsia

3-5 minit

sahaja

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Farah Jayos (farahimani.jayos@davita.com) atau Melissa Ng (Melissa.Ng@davita.com)

TEAMMATE

ENGAGEMENT

SURVEY

PENDAPAT ANDA

BERMAKNA!

Anda boleh mengambil

survey ini melalui:

(16)

PROGRAM VASCULAR OUTREACH

(-v1†Ѵ-u†|u;-1_uo]u-lbvom;o= -(b|-Ľvr-ঞ;m|

-vvbv|-m1;ruo]u-lvĺ|-blv|oruoˆb7;Cm-m1b-Ѵ-b7

|or-ঞ;m|v‰_o-u;1†uu;m|Ѵ‹omķ-m7-u;†m-0Ѵ;

|oCm-m1;|_;buCv|†Ѵ-1u;-ঞom-||_;v;Ѵ;1|;7

hospital.

-ঞ;m|v-u;;Ѵb]b0Ѵ;|o-rrѴ‹=ou(-v1†Ѵ-u†|u;-1_

Program if:

Applicant is currently on IJC and has not done

Arteriovenous Fistula (AVF) before

uboub|‹‰bѴѴ0;]bˆ;m|ov;Ѵ=Ŋr-‹bm]r-ঞ;m|v

Your household income not more than RM4,000

per month

$_bvruo]u-lbvor;m|o-ѴѴ;Ѵb]b0Ѵ;r-ঞ;m|vo=

-(b|-‰_o-u;bmm;;7o=(1u;-ঞomv†u];u‹ĺ!;-1_o†|

|oo†um†uv;v-|‹o†u1;m|;u=ouu;]bv|u-ঞomĺ=‹o†

_-ˆ;-m‹t†;vঞomv-0o†||_;(-v1†Ѵ-u†|u;-1_

uo]u-lķrѴ;-v;1om|-1|†v-|

1 800 180 780

.

Ŗ-ঞ;m|v‰bѴѴ0;;ˆ-Ѵ†-|;7om-Cuv|1ol;Cuv|v;uˆ;0-vbvĺ

Program Vascular Outreach adalah salah satu daripada

program bantuan pesakit yang terdapat di DaVita. Program

ini bertujuan memberi bantuan kewangan kepada pesakit

‹-m]l;m]]†m-h-mĶ7-mࢼ7-h7-r-|l;l0b-‹-b

r;l0;7-_-mCv|†Ѳ-l;u;h-7b_ovrb|-Ѳ|;urbѲb_ĸ

Pesakit layak memohon Program Vascular Outreach jika:

;lo_omv;7-m]l;m]]†m-h-m7-mࢼ7-hr;um-_

l;l0†-|r;l0;7-_-mu|;uboˆ;mo†vbv|†Ѳ-Ŏ(ŏ

v;0;Ѳ†lbmb

;†|-l--m-h-m7b0;ubh-mh;r-7-r;v-hb|‹-m]

l;l0-‹-uv;m7bub

;m7-r-|-mbvbu†l-_-m7-ࢼ7-hl;Ѳ;0b_b!ƑĶƍƍƍ

v;0†Ѳ-m

Program ini terbuka kepada semua pesakit DaVita yang layak

yang memerlukan pembedahan AVF. Sila rujuk kepada

f†u†u-‰-|h-lb7br†v-|-m7-†m|†hr;m7-[-u-mĸ";hbu-m‹-anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program

Vascular Outreach, sila hubungi kami di

ƎѴƍƍƎѴƍƓѴƍ

.

(17)

ONLINE

DaVita Malaysia

DaVita Malaysia

DaVita.com/MY

Referensi

Dokumen terkait

merupakan salah satu cara untuk menjadikan manusia yang berkualitas baik jasmani maupun rohani. Untuk mencapai tujuan tersebut tentu bukan hal yang mudah, menjadikan manusia

Untuk mengatasinya, salah satu metode yang digunakan adalah dengan memperbaiki citra digital dengan metode regresi ridge (ridge regression), yaitu metode dengan menjadikan

merupakan salah satu cara untuk menjadikan manusia yang berkualitas baik jasmani maupun rohani. Untuk mencapai tujuan tersebut tentu bukan hal yang mudah, menjadikan manusia

Salah satu peluang untuk mencapai tujuan itu adalah dengan memanfaatkan sektor Usaha Mikro, Kecil dan Menengah (UMKM) yang selama ini telah berperan besar dalam

 Waktu perbaikan kesalahan program, yaitu pemakai tidak dapat memperkirakan berapa lama waktu yang dibutuhkan untuk memperbaiki sebuah kesalahan informasi, barangkali satu jam

Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti perbezaan kesan kaedah penyampaian maklum balas tambahan iaitu, maklumat kesalahan perlakuan E, maklumat cara memperbaiki kesalahan C dan

Salah satu cara untuk ‘merancakkan’ pasaran saham pada masa itu adalah melalui beberapa cadangan penambahbaikan kualiti pasaran saham itu sendiri, antaranya dengan memperkenalkan sistem

Anda bisa membaca dan mengkoreksi jika ada kesalahan penulisan dengan cara klik tombol “Sebelumnya” untuk memperbaiki data yang salah kemudian klik tombol Validasi untuk melakukan