SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN
PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
NO. SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
JADUAL KANDUNGAN
PERKARA
NO. DOKUMEN
MUKA
SURAT
NOTIS SEBUT HARGA
1
3
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
2
4
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
3
7
JADUAL HARGA
4*
12
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA
5*
14
SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA
6*
15
JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL
7
17
JADUAL CADANGAN SPESIFIKASI SEBUT HARGA
YANG DIBEKALKAN
8**
19
JADUAL PENGHANTARAN / PELAKSANAAN
9**
21
KAEDAH PELAKSANAAN
INTEGRITY PACT
10
22
SURAT AKUAN PEMBIDA
Lampiran A1**
23
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
Lampiran A2
24
* Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL PERTAMA” bersama Salinan
Sijil Pendaftaran Syarikat dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan.
** Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL KEDUA”
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
NOTIS SEBUT HARGA
DOKUMEN 1
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1. Sebut harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang yang berkaitan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa di bawah bidang Kod 210101 untuk Perolehan Toner Bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
2. Dokumen Sebut Harga boleh didapati secara atas talian di Portal Rasmi ePerolehan Kerajaan Malaysia (untuk pembekal / Penyebutharga yang berdaftar dengan sistem eP sahaja).
3. Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar melalui dua (2) cara iaitu melalui Sistem ePerolehan dan dimasukkan ke peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur.
4. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana sebut harga.
5. Tawaran ini ditutup pada 5 September 2017, Jam 12.00 tengahari.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
DOKUMEN 2
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1. Penyebutharga diwajibkan menawarkan keseluruhan item yang dinyatakan, tawaran sebahagian (partial) adalah tidak diterima
2. Jika sebut harga tidak dihantar sendiri, Penyebutharga hendaklah mengatur dan memastikan supaya sebut harganya dan lain-lain dokumen jika dikirim melalui pos sampai pada tarikh, waktu dan tempat yang ditetapkan.
3. Walau apapun alasan yang diberikan, sebarang sebut harga yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
4. Jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh mana-mana Penyebutharga dalam menyediakan dan penyerahan tawaran sebut harga ini tanpa mengambilkira samada hasil proses sebut harga ini berjaya atau sebaliknya.
5. Penyebutharga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan penyediaan sebut harga ini ke dalam harga sebut harga yang ditawarkan.
6. Tiap-tiap Penyebutharga adalah bertanggungjawab meneliti setiap dokumen sebut harga yang dibekalkan dan hendaklah memastikan bahawa dokumen itu adalah sama seperti Jadual Kandungan Dokumen Sebut Harga. Jika terdapat kesilapan di dalam dokumen sebut harga yang dibekalkan kepada Penyebutharga, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab Penyebutharga memohon kepada pegawai yang mengeluarkan dokumen sebut harga untuk membetulkan kesilapan tersebut sebelum tarikh tamat penyerahan sebut harga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
7. Sebut harga hendaklah sah laku selama 90 hari daripada tarikh penyerahan sebut harga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga dan Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebut harganya dalam tempoh tersebut.
8. Penyebutharga mestilah membuat tawaran terhadap kesemua spesifikasi toner yang terdapat di dalam Sebut Harga mengikut kepakaran Penyebutharga.
10. Penyebutharga yang berjaya (jika ada) akan diberitahu melalui surat. Penyebutharga mestilah menandatangani surat setuju terima dan surat akuan pembida berjaya.
11. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah berhak untuk meminda atau membatalkan mana-mana syarat yang terkandung dalam pelawaan sebut harga ini pada bila-bila masa selepas pelawaan sebut harga ini dikeluarkan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
12. Keengganan mematuhi syarat-syarat di atas akan menyebabkan sebut harga ditolak.
13. Pertanyaan berkaitan dengan butiran sebut harga ini bolehlah dimajukan kepada :
Ketua Pengarah Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur
( U.P. : En. Mohd Farid bin Mahfar, No. Tel : 03-26164435)
14. Menandakan dan mengirimkan sebut harga.
14.1 Tiap-tiap sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri (sealed) dan ditanda pada bahagian atas sampul surat itu dengan
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
NO. CADANGAN : Y03511101011601XXXX*
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
(*Lengkapkan No. Cadangan berdasarkan nombor yang dijana daripada sistem ePerolehan)
14.2 Semua sebut harga hendaklah dialamatkan kepada :-
Ketua Pengarah Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur
14.3 Semua sebut harga hendaklah sampai ke Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak lewat daripada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
14.5 Kesemua butiran dan dokumen yang dihantar ke peti sebut harga mestilah sama dengan kesemua butiran dan dokumen yang dihantar ke dalam sistem ePerolehan. Jika terdapat butiran atau dokumen yang tidak sama antara keduanya, maka sebut harga akan ditolak
15. Sebut harga yang dibuat dengan tidak mengikut arahan-arahan di atas tidak akan dipertimbangkan.
16. Peringatan mengenai kesalahan rasuah di dalam dokumen perolehan kerajaan.
16.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada atau daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
16.2 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada perkakasan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
DOKUMEN 3
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1. AM
1.1 Sebut harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (salinan sijil perlu dikembarkan) di dalam Kod Bidang 210101 serta pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa untuk membekal dan menghantar toner bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
1.2 Penyebutharga juga mestilah telah berdaftar dengan e-Perolehan.
1.3 Penyebutharga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki pengalaman yang memuaskan di dalam bidang yang berkaitan.
1.4 Sebut harga yang tidak dibuat dengan menggunakan format yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.
1.5 Kesemua dokumen sebut harga yang disertakan hendaklah ditaip dengan jelas menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya kecuali bagi terma-terma tertentu dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris mengikut format sebut harga yang disediakan oleh Jabatan. Dokumen yang tidak terang dan tidak boleh dibaca atau yang dibuat sebarang pindaan akan ditolak.
1.6 Penyebutharga perlu mendapatkan (download) dokumen sebut harga secara atas talian di Portal Rasmi ePerolehan Kerajaan Malaysia.
1.7 Keengganan Penyebutharga mematuhi syarat-syarat sebut harga boleh menyebabkan sebut harganya ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
2. Tarikh Tutup
2.1 Sebut harga ini ditutup pada pukul 12.00 tengahari, 5 September 2017
3. Penyerahan Sebut Harga
3.2 Sebut harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri (sealed) iaitu:
i) Sampul surat pertama MESTILAH mengandungi:
a. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor, Kem. Kewangan; b. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (jika ada); c. Salinan Surat Pendaftaran GST (untuk yang berdaftar);
d. Jadual Harga (Dokumen 4) ;
e. Keterangan Mengenai Penyebutharga (Dokumen 5); f. Surat Jaminan Penyebutharga (Dokumen 6);
g. Surat Akuan Pembida (Lampiran A1); h. Lampiran Q (Arahan Perbendaharaan 170)
ii) Sampul surat kedua MESTILAH mengandungi:
a. Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Yang Dibekalkan (Dokumen 8) b. Jadual Penghantaran / Pelaksanaan (Dokumen 9) ;
Penyebutharga tidak dibenarkan menulis nama syarikat didalam mana-mana dokumen didalam sampul kedua. Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada alamat seperti yang dinyatakan di dalam Arahan kepada Penyebutharga.
3.3 Sebut harga hendaklah dimasukkan sendiri ke Peti Sebut Harga di :
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Sebut harga yang dikirimkan melalui pos hendaklah didaftarkan dan dialamatkan kepada:
4. Harga
4.1 Semua harga sebut harga mestilah dalam RINGGIT MALAYSIA.
4.2 Harga yang disebutkan dalam sebut harga hendaklah sah laku dalam tempoh tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh tutup sebut harga.
4.3 Harga yang dikemukakan hendaklah mengambil kira pengenaan fi perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 8 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2005 iaitu pengenaan fi sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%) mengikut setiap invois yang dikemukakan kepada Kerajaan.
4.4 Harga yang ditawarkan oleh penyebutharga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST.
4.5 Setiap Penyebutharga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran (sama ada telah berdaftar ataupun tidak) dan mengemukakan nombor pendaftaran GST (bagi yang berdaftar) kepada Jabatan. Maklumat ini perlu dinyatakan di Dokumen 5.
4.6 Bagi Penyebutharga yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan ini, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Jabatan berkenaan perubahan tersebut di bawah Akta GST. Syarikat hendaklah membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga kenaan GST akan dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.
4.7 Syarikat yang Berjaya dan berdaftar GST dengan JKDM, akan menerima surat setuju terima perolehan daripada Jabatan dengan harga tawaran termasuk kenaan GST
4.8 Setiap Penyebutharga adalah diperlukan mengisi semua ruang dalam Jadual Harga mengikut format yang telah disediakan di Dokumen 4.
5. Tempoh Sah Tawaran
5.1 Tawaran Penyebutharga mestilah sah untuk tempoh tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh sebut harga ditutup.
6. Spesifikasi Sebut Harga
6.1 Penentuan perkakasan dan perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah seperti di Jadual Penentuan Teknikal (Dokumen 7) yang dikembarkan.
6.3 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat perbezaan antara tafsiran Penyebutharga dengan tafsiran Jabatan ini mengenai penentuan tersebut.
7. Pembayaran
7.1 Pembayaran bagi pembekalan ini akan dibuat dalam RINGGIT MALAYSIA.
7.2 Pembayaran sepenuhnya akan dibuat setelah perkakasan, perkhidmatan dan kelengkapan diakuterima oleh Kerajaan.
8. Perakuan Penerimaan Perkakasan
8.1 Perakuan penerimaan toner hanya akan dibuat setelah toner yang dibekalkan diperiksa oleh pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang diberi kuasa.
8.2 Pegawai tersebut berhak membuat penolakan terhadap bekalan toner yang rosak, rendah kualiti atau yang tidak mengikut Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga Yang Dibekalkan. Penyebutharga yang tidak mengikut Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga Yang Dibekalkan hendaklah menggantikan toner yang ditolak tersebut. Kos perbelanjaan yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga.
8.3 Toner yang dibekalkan hendaklah dijamin dari kecacatannya untuk tempoh seperti yang dicatatkan di dalam Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Yang Dibekalkan dan dalam tempoh itu Penyebutharga hendaklah memberi perkhidmatan penggantian dengan percuma.
8.4 Setiap butir mengenai toner yang dicadangkan dalam Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Yang Dibekalkan dan Jadual Penentuan Teknikal mestilah dinyatakan dengan jelas, jika tidak sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
9. Tempoh dan Jadual Penghantaran / Pelaksanaan
9.1 Penyebutharga yang berjaya mestilah menyempurnakan pembekalan dan penghantaran di dalam tempoh 45 hari daripada tarikh setuju terima dan melengkapkan jadual penghantaran / pelaksanaan seperti di dalam Dokumen 9.
9.2 Penyebutharga boleh mengemukakan jadual pelaksananaan yang lebih terperinci bagi setiap item yang dimaksudkan.
10. Prestasi Perkakasan
10.1 Penyebutharga mestilah menjamin bahawa semua toner yang dicadangkan adalah baru dan belum digunakan. Kesemua toner MESTILAH TULEN (original) dan pihak Jabatan berhak memanggil dan mendapatkan pengesahan daripada wakil HP untuk membuat semakan ketulenan toner berkenaan. Pihak Jabatan berhak untuk tidak menerima sebarang toner yang disahkan tidak tulen.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL HARGA
DOKUMEN 4
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
Bil Perihalan Kuantiti Harga Seunit (RM)
Jumlah Harga (RM)
22 CE740A - Black 9
23 CF226X 10
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA
DOKUMEN 5
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1. NAMA PENYEBUTHARGA : ________________________________
2. ALAMAT PEJABAT : ________________________________
3. NO. TELEFON : ________________________________
4. NO. PENDAFTARAN SYARIKAT : __________________________
5. NO PENDAFTARAN KEMENTERIAN
KEWANGAN : __________________________
(SERTAKAN SALINAN SIJIL)
6. STATUS PENDAFTARAN GST : (BERDAFTAR / TIDAK BERDAFTAR)
(GARISKAN YANG BERKENAAN)
7. NO. PENDAFTARAN GST : __________________________
(UNTUK YANG BERDAFTAR & SERTAKAN SALINAN SURAT PENDAFTARAN GST)
8. MODAL BERBAYAR : RM _______________________
9. MODAL DIBENAR : RM _______________________
10. JUMLAH TAWARAN : RM _______________________
11. PEMBEKALAN : Tempoh pembekalan tersebut : ______ hari
Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.
Tandatangan Penyebutharga : _________________________________
Nama : _________________________________
No. Kad. Pengenalan : _________________________________
Jawatan : _________________________________
Tarikh : _________________________________
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA
DOKUMEN 6
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
Surat ini hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan di dalam sampul surat pertama.
SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA, JH (SH) 87/2017.
Saya / kami tertakluk kepada syarat-syarat sebut harga ini, menawar untuk membekal dan menghantar pelbagai jenis toner jenama HP seperti yang terdapat dalam Jadual Harga berkembar dengan harga sebanyak : RM _________________________ (Ringgit Malaysia : _____________________________________________________________________________).
1. Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa kualiti toner yang akan dibekalkan adalah setanding dengan :
i. Contoh toner yang menjadi asas kepada penawaran seburharga ini.
ii. Kualiti yang telah diberikan dalam Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga Yang Dibekalkan dan Jadual Penentuan Teknikal.
3. Mana-mana toner yang rosak atau yang tidak menepati senarai butir-butir yang telah ditetapkan akan menjadi hak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau dipulangkan kepada penyebutharga jika terdapat bukti semua cukai Kerajaan telah dibayar.
4. Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa kesemua toner yang dicadangkan ini adalah toner yang tulen daripada pihak prinsipal dan saya / kami akan menggantikan sebarang toner yang didapati tidak tulen oleh pihak prinsipal kepada toner yang tulen tanpa apa-apa bayaran tambahan.
5. Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa saya / kami akan menyempurnakan bekalan / perkhidmatan dalam tempoh masa seperti yang terdapat di dalam Keterangan Mengenai Penyebutharga.
6. Jika sebut harga ini diterima saya / kami bersetuju untuk menandatangani surat setuju terima didalam masa tujuh (7) hari dari tarikh surat tawaran sebut harga dihantar.
7. Saya / kami bersetuju bahawa tempoh sah laku sebut harga ini akan dibuka selama 90 hari daripada tarikh sebut harga ditutup dan dalam tempoh tersebut saya / kami tidak boleh menarik balik tawaran sebut harga tersebut.
( Tandatangan Penyebutharga )
Nama : _____________________
No. K.P : ____________________
Jawatan : ____________________
Alamat Penyebutharga :
Tarikh : _____________________
( Tandatangan Saksi )
Nama : ______________________
No. K.P : _____________________
Jawatan : ____________________
Alamat Saksi :
Tarikh : ______________________
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL
DOKUMEN 7
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
Bil Perihalan / Kod Toner Jenama HP Kuantiti
Bil Perihalan / Kod Toner Jenama HP Kuantiti
23 CF226X 10
Kesemua toner MESTILAH TULEN (original) dan pihak Jabatan berhak memanggil dan mendapatkan pengesahan daripada pihak HP untuk membuat semakan ketulenan toner berkenaan.
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL
CADANGAN
SPESIFIKASI
SEBUT HARGA YANG DIBEKALKAN
DOKUMEN 8
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
Bil Perihalan / Kod Toner Spesifikasi Dicadangkan Kuantiti
Bil Perihalan / Kod Toner Spesifikasi Dicadangkan Kuantiti
22 CE740A - Black
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL PENGHANTARAN / PELAKSANAAN
DOKUMEN 9
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
Sila nyatakan tempoh penghantaran / pelaksanaan
Bil
Perihalan
Kuantiti
Tempoh penghantaran
(Hari)
1
Pelbagai Jenis Toner jenama HP
137
Lokasi penghantaran adalah di :
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3, Bangunan Chengal,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
KAEDAH PELAKSANAAN
INTEGRITY PACT
DOKUMEN 10
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1. Peringkat Pertama – Semasa penghantaran dokumen tawaran oleh penender / penyebut harga
Kesemua penender / penyebut harga yang menghantar dokumen tender / Sebut Harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawarkan atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di
Lampiran A1. Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penender / penyebut harga.
2. Peringkat Kedua – Semasa mengembalikan Surat Setuju Terima oleh penender / penyebut harga Berjaya
LAMPIRAN A1
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
JH (SH) 87/2017
Saya, ____________________________________ nombor K.P._____________________ yang mewakili _____________________________________________________ nombor Pendaftaran ____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan
3. Sekiranya terdapat mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
--- Nama :
No. KP:
Tidak perlu diisi
LAMPIRAN A2
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
Bagi
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
JH (SH) 87/2017
Saya, _____________________________________ nombor K.P.____________________ yang mewakili ______________________________________________________ nombor Pendaftaran ____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan
3. Sekiranya terdapat mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
--- Nama :
No. KP: