Volume 1, Issue 1 Jul - Sept 2014
Pada 08 hingga 10 September 2014 yang lalu ULPL & Unit Peperiksaan t e l a h m e n g a n j ur k a n K ur s us Pembinaan Soalan dan Peraturan Pemarkahan bertempat di Bilik Kuliah 2 Unit Fasiliti.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Ketua -ketua Program, Penyelaras Peperiksaan Jabatan serta para pensyarah telah mengikuti kursus tersebut. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang teknik pembinaan soalan yang betul mengikut aras kesukaran yang telah digariskan di dalam silibus setiap kursus.
Penceramah bagi kursus ini ialah Prof Madya Dr Asri bin Selamat, Dekan Pusat Pembangunan dan
Perkembangan Pelajar UTHM.
Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bi- dang analisis item dan pen- taksiran soalan.
Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini ternyata mem- berikan kepuasan kepada para peserta yang mendapat ilmu dan pengalaman hands-on membuat soalan. Para peserta juga tidak kering gusi dengan gelak tawa dengan cara penyampaian penceramah yang santai dan sangat bersahaja. Di akhir kursus ini para peserta telah menghasilkan satu modul pembinaan soalan yang boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang,
Kursus Pembinaan
Soalan 1
Bengkel Asas Pertolongan Cemas 2 Dari Meja Editor 2
Bengkel Pemurnian
Item 3
Kursus Auditor Dala- man ISO 9001:200 3 Bengkel Audit
kendiri MQA
3
Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
4
Intipati Berita
Kursus Pembinaan Soalan Dan Peraturan Pemarkahan
Buletin Cemara
Garapan Berita & Cerminan Aktiviti ULPL
Prof Madya Dr Asri bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Politeknik Nilai dan peserta kursus
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Nilai telah menganjurkan Bengkel Asas Pertolongan Cemas oleh penceramah jemputan iaitu Mr Tan Yeong Kwan jurulatih St John Ambulans Malaysia pada 25 Ogos 2014 yang lalu.
Bengkel ini telah disertai oleh 30 orang staf Politeknik Nilai.
Bengkel sehari ini telah d im ul ak an d engan s esi pendaftaran para peserta seawal jam 8.00 pagi yang dikendalikan oleh Puan Shamariza Binti Maarof.
Bengkel yang dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada semua peserta tentang bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan. Di antara
pengisian yang ditunjukkan adalah taklimat dan demo berkaitan pertolongan cemas, penerangan item dan cara penggunaan First Aid Box, CPR, cara menggunakan kain anduh, persediaan menghadapi s it uas i kr itik al s epe rti kemalangan kecil, luka, pengsan, pitam, keracunan dan
lain-lain lagi. Sepanjang aktiviti dijalankan, semua p e s e r t a m e n u n j u k k a n komitmen dan kerjasama yang baik untuk latihan amali yang dijalankan. Semoga input yang diperoleh memberi manfaat yang besar kepada warga PNS.
Bengkel Asas Pertolongan Cemas
Dari Meja Editor….
Assalamualaikum w.b.k
Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya juga merealisasikan harapan untuk menerbit- kan senaskah buletin dari Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Nilai.
Walaupun terlewat dari sasaran namun berkat semangat yang membara, ULPL berjaya juga mengekori langkah Jab- atan-Jabatan Akademik dan Unit Sokongan lain yang telah berjaya menghasilkan buletin mereka terlebih dahulu.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah Politeknik Nilai yang sentiasa memberikan dorongan, cabartan dan peringatan mesra agar se-
tiap Jabatan dan Unit Sokongan dapat menghasilkan buletin bagi memastikan sebarang berita dan aktiviti yang dil- akukan dapat dikongsi dan dihebahkan kepada semua warga Politeknik Nilai khasnya dan pihak luar amnya.
Buletin Cemara adalah garapan berita- berita serta rangkuman aktiviti yang dilaksanakan oleh staf Politeknik Nilai serta dianjurkan oleh pihak ULPL khu- susnya. Semoga buletin yang berbentuk santai dan ringkas ini menjadi satu wa- dah yang dapat menjadi perantara kepa- da warga Politeknik Nilai serta pihak luar untukmengetahui setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan.
Ketua Editor Buletin Cemara
Page 2 Buletin Cemara
Ketua Editor Zaiton
Editor
Shamariza, Khairil Zainal & Hazwani
Politeknik Nilai telah menjadi lokasi pilihan oleh Politeknik Jeli Kelantan(PJK) dan Politeknik Sandakan Sabah (PSS) untuk mengadakan Bengkel Pemurnian Item So- alan.
Bengkel tersebut telah diada- kan pada 17 –19 Sept 2014 ber- tempat di Bilik Kuliah 1 & 2 Unit Fasiliti. Seramai 26 peserta dari kedua -dua politeknik tersebut telah menginap di Lodge Cemara Inn
Politeknik Nilai sepanjang bengkel tersebut berlangsung.
Menurut pegawai peperiksaan PJK, Pn. Rugayah, secara keseluruhannya beliau selaku urusetia berasa amat berpuas hati dengan perjalanan bengkel tersebut termasuk kemudahan penginapan dan kemudahan fasiliti lain yang disediakan oleh pihak Politeknik Nilai.
Bengkel ini juga turut disertai oleh Timbalan Pengarah PJK dan PSS serta panel penilai lu-
ar. Beliau turut tidak menolak kemungkinan akan mengada- kan bengkel seumpama ini lagi di Politeknik nilai pada masa akan datang.
Kendiri bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan penyediaan dokumen MQA.
Hari pertama bengkel tersebut telah dikendalikan oleh En.
Suhairi Yunus yang dijemput khas dari Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, manakala hari kedua dan ketiga pula para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan per- tama yang diketuai oleh Pn.
Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Program serta para pensyarah yang terpilih telah mengikuti Bengkel Audit kendiri MQA pada 10 –12 Sept 2014 yang la- lu.
Menurut Pn Azalinda Mat Saad, Pegawai Penyelaras MQA Politeknik Nilai, bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk melakukan Audit
Siti Jariah bt Ibrahim telah melakukan audit kendiri di J a b a t a n K e j u r u t e r a a n Mekanikal (JKM) manakala kumpulan kedua yang diketuai oleh Pn Kalsom Sailan pula melakukan audit kendiri di Jabatan Agroteknologi dan Bio Industri (JAB).
Hasil dapatan audit kendiri ini telah dibentangkan di hadapan Ahli Mesyuarat Pengurusan yang turut dihadiri oleh Tuan Pengarah pada petang Jumaat di bilik mesyuarat Raflesia.
Bengkel Pemurnian Item Soalan Politeknik Jeli dan Politeknik Sandakan
Bengkel Audit Kendiri MQA
Ketua Unit Jaminan Kualiti, pemilihan peserta adalah me- rentas jabatan serta mengambil kira pengalaman mereka yang kebanyakannya terdiri da- ripada pensyarah yang telah biasa dengan sistem kualiti di politeknik di mana mereka pernah bertugas sebelum berhijrah ke Politeknik Nilai dahulu.
Kursus ini dikendalikan oleh
Dr Nor Asikin bt Salleh dari Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini merupakan salah satu agen- da penting yang akan memban- tu usaha Politeknik Nilai untuk m e r e a l i s a s i k a n h a s r a t mendapatkan persijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun ini juga.
Kursus Auditor Dalaman MS ISO 9001:2008 telah berlang- sung di Bilik Seminar Unit Fasiliti pada 08 –10 Sept yang lalu. Kursus anjuran Unit Jaminan Kualiti (UJK) dengan Kerjasama ULPL ini telah disertai oleh 27 orang peserta yang bakal menjadi Auditor Dalaman MS ISO 9001:2008 di Politeknik Nilai.
Menurut Pn Quyrul Zeta Ishak,
Kursus Auditor Dalaman MS ISO 9001:2008
27 peserta terlibat bakal menjadi Auditor Dalaman MS
ISO 2008 di Politeknik Nilai
Garapan Berita & Cerminan Aktiviti ULPL Page 3
Peserta bengkel bergambar di hadapan pintu masuk Lodge Cemara Inn
Satu kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) iaitu Kursus Asas Fermentasi Pembuatan Tempe telah di- anj ur k a n o l e h J abat an Agroteknologi dan Bio-industri pada 26 Sept 2014.
Kursus yang bertempat di Makmal Agroteknologi, JAB ini bermula pada pukul 3 petang dan tamat pada jam 5 petang.
Tenaga pengajarnya, Cik Norshazila binti Senawi telah menunjukcara langkah-langkah
menghasilkan tempe seperti teknik rebusan kacang soya, pengeringan, pencampuran in- okulum dan pemeraman.
Diakhir kursus peserta telah berjaya menghasilkan tempe sendiri dan turut menerima kit tempe untuk membuat tempe di rumah. Kursus yang dihadiri 8 orang ahli PUSPANITA ini di- harap akan dapat menjadikan pembelajaran sepanjang hayat dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama yang membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress.
Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress,
'tension' atau tegang. Bagigolongan dewasa, stress sering- kali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.
Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan bersama Unit Psikologi dan Kaunseling, Politeknik Nilai Negeri Sembilan pada 22 Ogos 2014 yang lalu.
Kursus ini dianjurkan sejajar dengan program pengupayaan kendiri untuk staf atau kakitangan sesebuah organisasi bagi membantu mereka dalam pembangunan kendiri. Seringkali
Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan kakitangan sokongan telah terpilih bagi mengikuti kursus ini.
Di akhir kursus ini peserta diharapkan telah dapat menggunakan teknik relaksasi, teknik psikologi dan secara minda untuk berdepan dengan masalah stress.
Kursus Asas Fermentasi Pembuatan Tempe
Kursus Asas Pembangunan Diri: Pemantapan Pengurusan Daya Tindak; ‘Seronoknya Stress…’
Lodge Cemara Inn Politeknik Nilai sekali lagi telah menjadi lokasi pilihan oleh para pelajar Politeknik METrO Kuala Lum- pur untuk menjalani latihan amali pada 22 September yang lalu. Seramai 30 orang pelajar Semester Tiga Program Diploma Pengurusan Hotel dan Katering telah melakukan kelas amali di beberapa buah bilik penginapan di Lodge Cemara Inn.
Kelas Amali Pelajar Program Diploma Pengurusan Hotel & Katering PMKL
Garapan Berita & Cerminan Aktiviti ULPL Page 4
Peserta kursus mempelajari teknik pembuatan tempe
Para pelajar PMKL bersama pensyarah kursus Pn Nor Zairina di Lobby Cemara
Inn Para pelajar sedang membuat amali housekeeping
Seminar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
Page 5 Buletin Cemara
Pada 20 Jun 2014 yang lalu ULPL telah menganjurkan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ber- tempat di Dewan Kuliah 1.
Semua para pensyarah telah mengikuti kursus tersebut.
K ur s us i ni di adak an bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang betapa p e n t i n g n y a m e n j a g a keselamatan dan kesihatan sepanjang mengendalikan tugas yang diberikan.
Penceramah bagi kursus ini ialah En Nazaruddin dan En Syazwan Shah, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan.
Mereka berpengalaman luas dalam bidang Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan.
Kursus yang berlangsung selama sehari ini ternyata memberikan kepuasan kepa- da para peserta yang m e n d a p a t i l m u d a n p e n g a l a m a n t e n t a n g keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Para peserta juga didedahkan dengan pelbagai isu yang berkait dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Di akhir kursus ini para peserta dapat me- mahami dengan jelas dan be-
tapa peri pentingnya tentang Keselamatan dan Kesihatan
dalam pekerjaan.
FAKTA DAN STATISTIK
BILANGAN HARI BERKURSUS STAF PNS
(Sehingga Tarikh 30 Sept 2014)
4.0%
41.0%
55.0%
Kurang 7 Hari 7-10 Hari
>10 Hari
Garapan Berita & Cerminan Aktiviti ULPL Page 6
Keselesaan Penginapan Bertaraf Berbintang-bintang Pada Kadar Harga Hotel Tidak Berbintang