• Tidak ada hasil yang ditemukan

26/10/2015 KENEGARAAN TOPIK 7 SISTEM PERSEKUTUAN HASIL PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "26/10/2015 KENEGARAAN TOPIK 7 SISTEM PERSEKUTUAN HASIL PEMBELAJARAN"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Dr Murni Wan Mohd Nor

KENEGARAAN TOPIK 7

SISTEM PERSEKUTUAN

Konsep asas persekutuan

Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri

Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan konsep persekutuan

Menghuraikan pelaksanaan sistem persekutuan di Malaysia

Menjelaskan struktur kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

Membincangkan isu dan masalah dalam hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri

Menyedari kepentingan peranan kerajaan tempatan

(2)

JENIS SISTEM PEMERINTAHAN

1. Kerajaan Persekutuan

satu bentuk pembahagian kuasa di antara dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Contoh: Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Australia 2. Kerajaan Kesatuan(unitary): satu bentuk penyusunan politik dengan

segala kuasa tertumpu kepada kerajaan pusat.

Kerajaan Pusat berkuasa penuh dalam undang-undang

Negeri atau kerajaan tempatan tiada kuasa besar

Contoh: UK, New Zealand, Sweden, China, Indonesia, Perancis 3. Kerajaan Gabungan/konfederasi

kebanyakan kuasa tertumpu kepada kerajaan-kerajaan negeri/Kebanyakan kuasa pada Kerajaan negeri

Ikatan yang longgar antara kerajaan. Contoh: Empayar Jerman abad ke 19, Kesatuan Eropah, PBB, OIC

KONSEP PERSEKUTUAN

(LATIN) Fides : ikatan atau perjanjian sukarela di antara pihak yang terlibat dalam membentuk negara

Foedus : perjanjian, persetujuan atau perikatan

K.C. Wheare - sistem persekutuan merujuk kepada satu penyusunan politik dalam mana wujudnya dua peringkat kerajaan iaitu sebuah kerajaan pusat dengan dua atau lebih kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini dihadkan bidang kuasa masing-masing, dan dalam pada itu mempunyai sifat sedarjat (co-

equal) serta bebas daripada campur tangan antara satu sama lain.

KONSEP PERSEKUTUAN

Sistem yang merujuk kepada satu penyusunan politik dengan kewujudan dua peringkat kerajaan – sebuah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri mempunyai sebahagian besar kuasa yang bersifat tempatan seperti pengurusan sumber (tanah, air , perparitan)

Kerajaan Persekutuan/Pusat mempunyai kuasa untuk perkara-

perkara yang berkepentingan luas dan bersifat umum

seperti menyediakan kemudahan am dan kebajikan serta menjaga

keselamatan; Pertahanan, Pendidikan, Keselamatan, Dasar Luar dll

(3)

CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN

Kebiasaannya - pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis :

fungsi kerajaan – sekurang-kurangnya satu bidang perkara bagi satu kerajaan – perlembagaan rigid bagi memastikan kedua-dua kerajaan pusat dan negeri tidak berpeluang mengambil kuasa antara satu sama lain.

Sempadan negeri dan persekutuan ditentukan dengan jelas

Sebuah kerajaan mempunyai bidang kuasa yang tinggi ke atas bidang yang diagihkan kepadanya

CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN

Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya

Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat

Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan yang ditentukan oleh perlembagaan dengan sendiri

Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa sendiri - wilayah persekutuan – kawasan pentadbiran atau ibu kota

Wujud kecenderungan untuk berlaku ketidakseimbangan pembangunan dan kemajuan antara negeri-negeri

KELEBIHAN SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN

Negeri yang kecil boleh bergabung dengan negeri yang besar tanpa kehilangan kebebasan dan hak untuk membuat ketetapan sendiri.

Apabila berlaku gabungan negeri, negara persekutuan akan menjadi lebih kuat dari segi kedudukan ekonomi, penduduk dan politik.

Corak pemerintahan persekutuan membolehkan kepentingan tempatan disuarakan dan disalurkan kepada peringkat kerajaan pusat untuk penyelesaian.

Boleh memudahkan keseragaman dasar bagi seluruh negara

Membolehkan kepentingan tempatan diselesaikan.

Dapat mengawal kerajaan pusat supaya tidak terlalu kuat dan

menjejas kepentingan kerajaan negeri (“check and balance”).

(4)

KELEMAHAN CORAK PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN

Mudah wujud masalah persaingan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, misalnya isu sumbangan kewangan kepada kerajaan pusat.

Kemungkinan negeri-negeri berkenaan akan mengamalkan dasar tertentu untuk melindungi kepentingan negerinya.

Pemerintahan persekutuan dianggap sebagai satu corak pemerintahan yang mahal dan rumit untuk dikendalikan, kerana institusi pentadbiran yang sama/cawangan perlu diwujudkan di setiap negeri persekutuan.

Sering wujud rasa kurang berpuas hati dalam kalangan anggota negeri menyertai persekutuan.

SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA

1. Fasa konfederasi (sebelum 1895)

Pulau Pinang, Melaka dan Singapura – Gabenor Inggeris

Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang – sistem Residen

2. Fasa persekutuan (1895 – 1946)

NNMB

NNMTB

Fasa kesatuan

NNS

Kesatuan Malaya (Januari 1946 – Julai 1946) 4. Fasa persekutuan

PTM 1948

Persekutuan Malaya 1957

Persekutuan Malaysia 1963 hingga kini

SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN

Malaysia mempunyai kecondongan pusat (central bias) kepada Kerajaan Pusat

Suruhanjaya Reid (sebelum Merdeka) berpendapat bahawa Persekutuan Malaya (pada masa itu) memerlukan kerajaan pusat yang kuat

Penting untuk

menyatupadukan negeri-negeri

Megatasi masalah perebutan kuasa

Mengatasi masalah pentadbiran

Meningkatkan dan menyelaraskan sistem pertahanan (Jepun

dapat menyusup masuk ke Tanah Melayu kerana sistem

pertahanan yang lemah)

(5)

PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA

TIGA ASPEK UTAMA:

Pengagihan bidang kuasa : Kuasa perundangan dan kuasa eksekutif

Bidang kuasa kewangan (kuasa kerajaan pusat)

Kedudukan perlembagaan kerajaan persekutuan

PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA

Wujud pembahagian kuasa di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

Pembahagian kuasa kerajaan berdasarkan peruntukan

Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 73 :

“Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang bagi seluruh Persekutuan dan mana-mana bahagiannya, manakala Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau sebahagian negeri itu sahaja.

Kuasa dan pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan peruntukan perlembagaan

PEMBAHAGIAN KUASA

1. KUASA PERUNDANGAN (kuasa Parlimen dan DUN :

Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan; Senarai Pertama (Persekutuan), Kedua (Negeri) dan Ketiga (Bersama)

Senarai Tambahan : Kuasa kerajaan Sabah & Sarawak

diberi kuasa kuasa tambahan meliputi undang-undang dan adat Bumiputera, Mahkamah Bumiputera dan kereta api Sabah di Sabah.

Dibawah Akta Imigresen 1963 – kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa – untuk mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman di negeri-negeri itu.

Kuasa baki perundangan/residual (Perkara 77) : Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk meluluskan undang-undang bagi perkara-perkara yang tidak disebut dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama – dikenali sebagai Kuasa-kuasa Baki.

(6)

Senarai (I) Persekutuan

Senarai (II) Negeri Senarai (III) Bersama)

Hal-Ehwal Luar Negara

Keselamatan Dalam Negeri

Pertahanan

Kewangan

Kewarganegaraan

Buruh dan Keselamatan Sosial

Pelajaran

Pengangkutan dan Perkapalan

Kerja Raya Persekutuan dan Tenaga

Penerbitan dan Penapisan

Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu

Pertanian dan Perhutanan

Tanah

Kerajaan Tempatan

Perkhidmatan Tempatan

Kerja Raya Negeri dan Bekalan Air

Hari Kelepasan Negeri

Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri

Biasiswa

Kebajikan Masyarakat

Kesihatan Awam

Perancangan Bandar dan Kampung

Perparitan dan Pengairan

Pengembaraan

Pemulihan Tanah Lombong

Kebudayaan dan Sukan

Ternakan Haiwan

Kutu Rayau dan Penjaja

Ukur

Undang-undang Jenayah dan Sivil

Perdagangan dan Perusahaan

Ubat dan Kesihatan

Pilihanraya Persekutuan

Hari Kelepasan Persekutuan

Panggung Wayang dan Tempat Hiburan

Kebajikan Orang Asli

Perumahan Persekutuan

Syarikat Kerjasama

Penyiasatan untuk maksud Negeri

Penyu dan Penangkapan Ikan di Sungai

Perlindungan Binatang Negeri dan Burung Liar

Pengurusan Air

PENGAGIHAN KUASA

2. KUASA EKSEKUTIF

Kuasa kerajaan Persekutuan tertumpu kepada Senarai Persekutuan.

Kuasa kerajaan negeri terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Perkara 94 –memperuntukkan kerajaan persekutuan mempunyai kuasa eksekutif meliputi perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Ini boleh dilakukan bagi maksud-maksud tertentu iaitu:

mengumpulkan perangkaan

menjalankan penyiasatan dan kajian

menyediakan kemudahan pendidikan, bantuan teknikal dan nasihat

menjalankan pemeriksaan ke atas kegiatan mana-mana jabatan kerajaan negeri dengan tujuan untuk membuat laporan kepada kerajaan persekutuan

PENGAGIHAN KUASA

Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri.

(1) Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa menjalankan penyelidikan, mengadakan dan menyenggarakan stesen percubaan dan stesen tunjuk cara, memberikan nasihat dan bantuan teknikal kepada Kerajaan mana-mana Negeri, dan mengadakan pendidikan, publisiti dan tunjuk cara bagi penduduk mana-mana Negeri, berkenaan dengan mana-mana perkara yang mengenainya Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang;

dan pegawai pertanian dan pegawai perhutanan mana-mana Negeri hendaklah menerima apa-apa nasihat profesional yang diberikan kepada Kerajaan Negeri itu di bawah Fasal ini.

(3) Tiada apa-apa jua dalam Perlembangan ini boleh menghalang Kerajaan Persekutuan daripada menubuhkan Kementerian atau Jabatan Kerajaan untuk menjalankan fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 93 dan Perkara ini berhubung dengan perkara yang

termasuk dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri, dan perkara yang sedemikian bolehlah termasuk pemuliharaan tanah, kerajaan tempatan dan perancangan bandar dan desa.

(7)

PENGAGIHAN KUASA

KUASA KEWANGAN

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua sumber hasil yang utama terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan – kerajaan negeri bergantung pada sumber kewangan daripada kerajaan persekutuan

Satu perempat daripada hasil kerajaan negeri diperoleh daripada pemberian kerajaan persekutuan

2 jenis pemberian wajib persekutuan kepada negeri

 Perkara 109 (1a) – „pemberian mengikut bilangan orang‟ di sesebuah negeri

 Perkara 109 (1b) „ pemberian jalan negeri‟ - berasaskan kepanjangan jalan negeri yang berkenaan

PENGAGIHAN KUASA

KUASA KEWANGAN

Segala wang dan hasil kerajaan negeri hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak dibenarkan mengenakan sebarang cukai, kecuali mengikut kuasa undang- undang

Negeri Sabah dan Sarawak diberi pemberian khas tambahan yang tertentu.

Kerajaan negeri tidak boleh membuat apa-apa pinjaman, kecuali kerajaan persekutuan atau daripada sesebuah bank yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan – tempoh pinjaman adalah tidak melebihi lima tahun.

Kuasa Kerajaan Persekutuan Mengatasi Kerajaan Negeri

Peruntukan berikut menunjukkan bahawa kuasa kerajaan Persekutuan mengatasi kuasa kerajaan negeri

i.

mengubah undang-undang sempadan negeri (Per. 2b)

ii.

perlembagaan persekutuan undang-undang utama (Per. 4

fasal 1)

iii.

undang-undang negeri akan terbatal jika didapati

bercanggah dengan undang-undang persekutuan (Per. 75)

iv.

kuasa persekutuan membuat undang-undang (Per. 73)

v.

kuasa persekutuan ke atas Senarai Negeri (Per. 76)

(8)

Kuasa Kerajaan Persekutuan Mengatasi Kerajaan Negeri

Perkara 111. Sekatan untuk meminjam.

(1) Persekutuan tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang persekutuan.

(2) Sesuatu Negeri tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri, dan undang-undang Negeri tidak boleh memberi kuasa sesuatu Negeri untuk meminjam kecuali daripada Persekutuan atau, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun, daripada suatu bank atau sumber kewangan lain yang diluluskan bagi maksud itu oleh Kerajaan Persekutuan, dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.

3) Sesuatu Negeri tidak boleh memberikan apa-apa jaminan kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri, dan jaminan itu tidak boleh diberikan kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan olehnya.

Kuasa Kerajaan Persekutuan Mengatasi Kerajaan Negeri

Kes-kes mahkamah untuk diteliti dan dibincangkan:-

The Government of State of Kelantan v The Government of the Federation of Malaya And Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj [1963]

MLJ 355 :- mahkamah memutuskan bahawa persetujuan negeri tidak diperlukan untuk membolehkan negeri lain memasuki Persekutuan.

Government of Malaysia v Government of the State of Kelantan [1968] 1 MLJ 129 :-Kerajaan Negeri membuat persetujuan kewangan dengan Timbermine Industrial Corp. Co. Ltd. Kerajaan Pusat tidak bersetuju dan mendakwa persetujuan Kerajaan Pusat diperlukan sebelum Kerajaan Negeri membuat pinjaman kewangan. Mahkamah Persekutuan memutuskan persetujuan kewangan antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Timbermine untuk menjana dana sbyk rm2.5milion bukan “pinjaman,” maka tidak bertentangan dgn Perkara 111(2).

PENTADBIRAN NEGERI

Sejarah pentadbiran negeri

Sistem dan struktur pentadbiran negeri

Kuasa Pemerintahan

Badan Eksekutif Negeri

Badan Perundangan Negeri

Penyelarasan Pentadbiran

Jentera pentadbiran negeri

a. Perkhidmatan Awam Negeri b. Jabatan Kerajaan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Pejabat Kewangan Negeri

Penasihat Undang-Undang Negeri

Unit Perancangan Ekonomi Negeri

Peringkat Pentadbiran Negeri

Pentadbiran Daerah

Pentadbiran Mukim

Pentadbiran Kampung

Kerajaan Tempatan / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

(9)

PELAKSANAAN PERSEKUTUAN DI MALAYSIA

Kuasa diagihkan mengikut bidang kuasa

PERLEMBAGAAN

Kerajaan persekutuan

/pusat

Kerajaan negeri

Kerajaan tempatan

SEJARAH PENTADBIRAN NEGERI:

Pentadbiran Inggeris

Negeri- negeri Selat 1826

Perjanjian

Pangkor 1874 NNMB 1895

NNMTB 1909

Inggeris menguasai pentadbiran negeri kecuali hal ehwal agama Islam dan adat Melayu Rakyat tempatan tiada peluang untuk mentadbir

PTM 1948

Bentuk pemerintahan setiap negeri sama kecuali Singapura - Setiap negeri ada perlembagaan sendiri - Kuasa pemerintahan pada sultan negeri masing-masing dan dibantu

Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri - Struktur pentadbiran di N9 berbeza

PENTADBIRAN NEGERI

Kuasa pemerintahan negeri (berdasarkan perlembagaan)

-Senarai Negeri

-Senarai Bersama

-Kuasa Residual

(10)

Jaminan Persekutuan ke atas perlembagaan negeri

Perkara 71 - Parlimen mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan peruntukan perlu di negeri jika negeri tidak melaksanakan atau mempunyai peruntukan yang berlawanan

Jadual Kelapan Perkara 71 (peruntukan perlu)

Bahagian I: Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan

Bahagian II: Peruntukan sementara

Bahagian II: Berkaitan dengan Melaka dan Pulau Pinang

Contoh Peruntukan tetap:

Raja atau Yang Di Pertua Negeri (YDN)

Pemerintahan – YDN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan

Perundangan – YDN dan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Kewangan – Berdasarkan peraturan persekutuan

PENTADBIRAN NEGERI

Badan Eksekutif/Pemerintahan:

Diketuai oleh Raja/YDPN

Kuasa dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau MMK (peranan hampir sama kabinet di peringkat pusat) yang di ketuai oleh MB/KM

Ahli MMK

MB/KM sebagai ketua

Empat hingga 12 orang yang dilantik dari kalangan ahli DUN

3 orang pegawai kerajaan (SUK, Penasihat Undang-undang Negeri dab Penasihat Kewangan)

PENTADBIRAN NEGERI:

Sistem badan eksekutif/kabinet negeri

Sistem Pentadbiran Berjawatankuasa

MMK terdiri daripada jawatankuasa-jawatankuasa tertentu

Jawatankuasa diketuai/dipengerusikan oleh ahli MMK/Exco dan setiausaha adalah pegawai kerajaan (dari SUK)

Setiap jawatankuasa akan mengawasi pelaksanaan dasar oleh agensi di negeri

Sistem Pentadbiran Bermenteri

MMK berbentuk kementerian dan menyerupai sistem kabinet pusat

Sabah-kabinet negeri

Sarawak-Majlis Tertinggi

Seorang menteri bertanggungjawab ke atas satu kementerian

dibantu oleh menteri muda

(11)

PENTADBIRAN NEGERI:

Badan perundangan negeri

Dewan Undangan Negeri

membuat undang-undang negeri

bidang tugas, kuasa & keanggotaan ditentukan oleh perlembagaan negeri

satu dewan sahaja

ahli dari pilihanraya DUN

3 orang ahli dari kerajaan negeri(ex-officio): Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri

Jabatan Kerajaan Negeri

Pej. SUK

Pej. Kewangan Negeri

Penasihat Undang-undang Negeri

Unit Perancang Ekonomi Negeri

Perkhidmatan Awam Negeri/Personel Awam Negeri

PENYELARASAN PENTADBIRAN KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI

Hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri disalurkan melalui:

Majlis Raja-raja

Majlis Kewangan Kebangsaan

Majlis Tanah Kebangsaan

Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan

Dewan Negara

Mesyuarat Menteri-menteri/Ketua-ketua Menteri

(12)

Struktur Jentera Pentadbiran Negeri (ringkas)

Pejabat MB/KM

Pejabat SUK

Pejabat Daerah

Pentadbiran Bahagian (Sarawak)

Pentadbiran Mukim

Pentadbiran Kampung

Pentadbiran Daerah

cara pentadbiran kawasan / wilayah yang jauh dari pusat bandar

sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa (disentralisasi kuasa)

Devolusi (penurunan kuasa) kuasa membuat keputusan dalam

daerah/wilayah diserahkan kepada badan yang mentadbir

wilayah tersebut spt pihak berkuasa tempatan

Dikonsentrasi (perkongsian kuasa) Kuasa membuat keputusan pentadbiran diberikan kepada suatu unit atau organisasi dengan

izin pentadbiran pusat spt pentadbiran daerah Kerajaan

Tempatan Pentadbiran Daerah

KERAJAAN TEMPATAN

Tujuan penubuhan kerajaan tempatan - Memberi

autonomi/peluang kepada penduduk tempatan untuk mentadbir wilayah sendiri

 Membantu peningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan

 Memberi peluang penyertaan rakyat tempatan dalam pengurusan hal ehwal dan kepentingan mereka

 Berfungsi - Memberikan kemudahan sosial dan perkhidmatan perbandaran seperti; penjagaan kebersihan awam, memungut sampah, kesihatan am, menyediakan sistem pembentungan dll. Badan yang menyediakan perkhidmatan ini – PENGUASA TEMPATAN/PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

 Bidang kuasa kecil: punyai kuasa untuk membuat undang-undang (by laws), mendakwa, memiliki harta, membuat kontrak, mengutip sewa dan cukai dll

 Kawalan kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(13)

KERAJAAN TEMPATAN

Selepas Akta 1976 /

Diluluskan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-60 pada 3 Jun 2008

PBT Lokasi Ketua

Eksekutif

Kriteria

1.Majlis Bandar Raya Bandar raya

Datuk Bandar Penduduk:

lebih 500 ribu orang Hasil tahunan:

lebih RM100 juta 2.Majlis

Perbandaran

Bandar Yang di

Pertua Majlis Perbandaran

Penduduk:

lebih 150 ribu orang Hasil tahunan:

lebih RM20 juta 3.Majlis Daerah Luar

bandar

Yang di- Pertua Majlis Daerah

Penduduk:

Kurang 150 ribu orang Hasil tahunan:

Kurang RM20 juta

PENGUASA TEMPATAN/PBT

Fungsi penguasa tempatan berdasarkan prinsip 1. ultra-vires – penguasa tempatan hanya berfungsi mengikut tugas dan

tanggungjawab yang ditetapka undang-undang

2. general competence – memberi kuasa kepada penguasa tempatan menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat mampu untuk membiayai kegiatan tersebut.

FUNGSI UTAMA PBT DI MALAYSIA

 Mengawal pembangunan tanah dan bangunan dalam kawasan pentadbirannya

 Memberikan perkhidmatan sanitari dan pembersihan seperti mengutip sampah

 Menjaga dan mengawal kesihatan awam, mengurus pasar dan gerai serta mengutip cukai seperti cukai pintu

 Membina dan menyelenggarakan kemudahan awam dan rekreasi seperti taman awam

 Membina, menyelenggarakan dan membaiki jalan-jalan awam, pembentungan, parit dan saluran air

PENGUASA TEMPATAN/PBT

Sumber pendapatan PBT

Sumber utama – cukai taksiran yang dikenakan atas harta dalam kawasan pentadbiran masing-masing

Punca lain :

Sewa dan bayaran lesen serta lain-lain caj yang dibayar kepada PBT Contoh: lesen perniagaan.

Caj atau keuntungan daripada apa-apa perdagangan, perkhidmatan atau perusahaan yang dikendalikan oleh PBT

Bunga terhadap wang yang dilaburkan oleh PBT dan semua pendapatan yang dikutip daripada harta tak alih dan harta alih PBT

Semua hasil PBT daripada kerajaan persekutuan

(14)

Contoh undang-undang Kecil yang digubal mengikut Akta Kerajaan Tempatan Undang-undang Kecil :

Pasar

Penjaja

Kedai Gunting Rambut

Iklan

Kolam

Pembuangan pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah

Tandas awam

Pelesenan dan tempat letak kereta

Anjing

Kolam renang

Contoh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor

Majlis Bandaraya Shah Alam

MP Ampang Jaya

MP Kajang

MP Klang

MP Petaling Jaya

MP Selayang

MP Subang Jaya

MD Hulu Selangor

MD Kuala Langat

MD Kuala Selangor

MD Sabak Bernam

MD Sepang

Isu Dalam Pentadbiran Negeri

Isu penyelarasan

Maklumat tidak sampai/sistematik

Kelemahan perancangan ekonomi negeri

Tenaga kerja berkemahiran

Penyelarasan projek pembangunan

Masalah pentadbiran tanah

Prosedur dan peraturan/Birokrasi yang lemah

Kerjasama

MASALAH/ISU UTAMA DALAM HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI

a. Isu keluar dari persekutuan

b. Isu darurat

c. Perbezaan ideologi politik- Kerajaan negeri dipimpin parti pembangkang

d. Isu kewangan

e. Kemajuan yang tidak seimbang?

(15)

FIKIRKAN…

Bagaimanakah sistem Persekutuan dilaksanakan di Malaysia?

Adakah Malaysia mengamalkan satu sistem persekutuan yang baik?

Sejauhmanakah sistem persekutuan di Malaysia memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak (kerajaan pusat dan negeri)?

Apakah isu-isu semasa mengenai sistem persekutuan Malaysia

masa kini?

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini untuk memenuhi hak dasar masyarakat (publik) terhadap pemerintah yaitu hak untuk mengetahui ( right to know), hak untuk diberi informasi ( right to

Dalam mempelajari Agroforestri, mahasiswa perlu dibekali Dalam mempelajari Agroforestri, mahasiswa perlu dibekali dengan pengetahuan yang cukup tidak hanya berasal dari

Jangka sorong dipakai untuk mengukur suatu benda dengan panjang.. Skala terkecil atau tingkat ketelitian pengukurannya sampai dengan 0,01 cm atau 0,1 mm. Umumnya, jangka

Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya RuhKu, Maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Yakni Allah telah tiupkan ke

Hasil analisis ragam menunjukkan bahwa nilai kesukaan panelis terhadap penampakan antar sampel tahu berbeda nyata (α = 0.05 %).Penampakan tahu yang paling disukai oleh para

Bertolak dari uraian permasalahan yang telah dipaparkan, maka penulis melakukan penelitian di Kampus Bumi Siliwangi Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)