• Tidak ada hasil yang ditemukan

01ptdmain

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "01ptdmain"

Copied!
125
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

AMARAN UNDANG-UNDANG

Naskhah ebook ini HARAM dan DILARANG untuk diedarkan semula. Ianya

adalah hakmilik kegunaan peribadi anda sebagai pembeli sahaja. Jika ada

laporan anda mengedarkan secara HARAM, nama anda akan dibawa kepada

pihak Cybercrime Bukit Aman. Tim Infokerjaya berdaftar dengan pihak

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Persatuan Usahawan Internet

Malaysia (PUIM). Semoga anda tidak termasuk dalam golongan yang GAGAL

EXAM secara automatik.

Salah seorang yang dikesan melakukan aktiviti HARAM ini

(3)

Diterbitkan oleh Infokerjaya PLT (LLP0003706 - LGN) Terbitan Pertama Januari 2016

Terbitan Kedua November 2016

H a k c i p t a T e r p e l i h a r a . Tiada mana-mana bahagian dari e-book ini boleh diterbitkan semula atau dipindahkan kepada apa-apa bentuk atau melalui apa-apa cara, elektronik atau mekanikal termasuk fotostat, rekod, atau apa-apa sistem penyimpanan dan pengeluaran maklumat kepada pihak kedua, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

Had Liabiliti. E-book ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan pembelajaran. Usaha sedaya upaya telah dilakukan untuk memastikan maklumat di dalam buku ini tepat dan benar. Penulis dan penerbit tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana individu atau kumpulan yang mengalami kerugian disebabkan oleh maklumat di dalam e-buku ini.

(4)

Faktor Kegagalan Utama Calon

Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan

naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)

(5)

Legal Notice

 

§ Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya PLT (LLP0003706-LGN) § Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah

DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta.

§ Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email [email protected] dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda.

§ Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengan kami

Disclaimer

Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Tim Infokerjaya dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat

dan sayugianya diingatkan yang kandungan pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti

kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir

(6)

Pengenalan

(Maklumat  ini  adalah  edaran  umum  di  laman  SPA)  

Kumpulan:  Pengurusan  dan  Profesional   Kem/Jab:  Jabatan  Perkhidmatan  Awam   Jadual  Gaji:   Gaji  Minimum     Gaji  Maksimum     Kadar  Kenaikan   Gaji  Tahunan   RM2,422.00   RM9,631.00   RM225.00         SYARAT  LANTIKAN  :  

1.   Calon  bagi  lantikan  hendaklah  memiliki  kelayakan  seperti  berikut:   (a)   Warganegara  Malaysia;  

(b)   Berumur  tidak  kurang  dari  18  tahun  pada  tarikh  tutup  iklan  jawatan;  dan  

       (c)  (i)   Ijazah  sarjana  muda  kepujian  yang  diiktiraf  oleh  Kerajaan  daripada  institusi  pengajian   tinggi  tempatan  atau  kelayakan  yang  diiktiraf  setaraf  dengannya.    

(Gaji  Permulaan  pada  Gred  M41  :  RM2,422.00);  atau  

(ii)  Ijazah  sarjana  yang  diiktiraf  oleh  Kerajaan  daripada  institusi  pengajian  tinggi  tempatan   atau  kelayakan  yang  diiktiraf  setaraf  dengannya.    

(Gaji  Permulaan  pada  Gred  M41  :  RM2,733.14);  atau  

(iii)  Ijazah   doktor   falsafah   (phd)   yang   diiktiraf   oleh   Kerajaan   daripada   institusi   pengajian   tinggi   tempatan   atau   kelayakan   yang   diiktiraf   setaraf   dengannya.   (Gaji   Permulaan   pada  Gred  M41  :  RM3,044.48);dan  

(d)  Lulus   peperiksaan   memasuki   perkhidmatan   Tadbir   dan   Diplomatik   yang   ditetapkan;   dan  

(e)  Hadir   dan   lulus   dengan   jayanya   Diploma   Pasca   Siswazah   Pengurusan   Awam   anjuran   Institut  tadbiran  Awam  Negara.  

   

SYARAT  KELAYAKAN  BAHASA  MELAYU  

2.   Calon  bagi  lantikan  hendaklah  memiliki  Kepujian  (sekurang-­‐kurangnya  Gred  C)  dalam   subjek  Bahasa  Melayu  pada  peringkat  Sijil  Pelajaran  Malaysia/  Sijil  Vokasional  Malaysia   atau  kelulusan  yang  diiktiraf  setaraf  dengannya  oleh  Kerajaan.  

    DESKRIPSI  TUGAS  :  

Merancang,  menggubal  dan  melaksanakan  dasar-­‐dasar  awam  mengenai  pengurusan  sumber  tenaga   manusia  dan  organisasi,  sumber  kewangan,  ekonomi,  pentadbiran  dan  pembangunan  

wilayah/daerah/tempatan/tanah,  perancangan  dan  pentadbiran  sosial,  hubungan  antarabangsa  dan   hal  ehwal  luar  negeri  (termasuk  perkhidmatan  luar  negeri)  keselamatan/ketahanan  negara  serta   pengurusan  teknologi  maklumat.  

(7)

Proses Ambilan PTD

Proses  Ambilan  PTD  2009  –  2013  

Tim   Infokerjaya   telah   membantu   calon   sejak   tahun   2009   dengan   menyediakan   calon   dengan   material   persediaan   sebelum   hadir   peperiksaan   Pegawai   Tadbir   dan   Diplomatik.   Kami   tahu   bagaimana  proses  ambilan  yang  dilakukan  dan  bagaimana  untuk  calon  sukses  dalam  proses  ambilan   ini.  Secara  ringkasnya  sejak  tahun  2009,  calon  harus  melalui  3  proses  ambilan  iaitu;  

v Peperiksaan  Bertulis  

v Sesi  Assessment  Center  yang  diuruskan  oleh  pihak  Institut  Tadbiran  Negara  (INTAN)  

v Sesi  Temuduga  

Calon   yang   lulus   temuduga   antara   tahun   2009   –   2010   ada   yang   diserap   terus   kepada   jawatan   Pegawai   Tadbir   Diplomatik   tetapi   selepas   itu   calon   yang   lulus   temuduga   ditawarkan   jawatan   PTD   Kontrak.  

Pada  tahun  2013  satu  perubahan  besar  diimplimentasikan  iaitu  semua  calon  yang  lulus  temuduga   dimasukkan   sebagai   Kadet   PTD.   Dalam   proses   ini   mereka   akan   dilatih   dan   perlu   melalui   latihan   termasuk  latihan  fizikal  di  kem-­‐kem  INTAN  terpilih  

         

 

Transformasi  PTD  2013  

Kadet   PTD   akan   menjalani   Kursus   Kadet   PTD   selama   1   tahun   termasuk   7   bulan   kursus   Diploma   Pengurusan   Awam   (DPA)   yang   dikatakan   sangat   mencabar.   Jika   anda   mengikuti   akhbar   tempatan   tahun   2014   ada   satu   berita   mengenai   tragedi   yang   menimpa   salah   seorang   calon   kadet   PTD   ini.   Tetapi   ianya   masuk   dalam   kategori   kemalangan   dan   tidak   akan   mematahkan   semangat   calon   Pegawai  Tadbir  Diplomatik.  

Ianya   adalah   satu   ujian   persediaan   dalam   melahirkan   Pegawai   PTD   yang   berkualiti   tinggi   sesuai   dengan  tugas  dan  tanggungjawab  yang  akan  dipikul  dalam  menguruskan  Negara.  

Flow  yang  sama  dimaklumkan  akan  berlaku  pada  calon  23  NOVEMBER  2016  

Tanggal  26  Mei  2013  yang  lalu,  satu  tinta  emas  telah  tercatat  dalam  lembaran   sejarah  Perkhidmatan  Awam  dan  Perkhidmatan  PTD.  Setelah  hampir  21  tahun   Kursus  Kadet  PTD  ini  tidak  diadakan,  maka  pada  tarikh  keramat  tersebut,  kita   telah  melaksanakan  semula  Kursus  Kadet  PTD  bagi  melahirkan  pemimpin  muda   masa  hadapan  yang  kompeten,  unggul  dan  menjadi  penyambung  warisan  bagi   memacu  Perkhidmatan  Awam  ke  persada  dunia  

 -­‐  Perasmian  Kadet  PTD  oleh  Ketua  Setiausaha  Negara    

(8)

RUJUKAN PANTAS

 

Nota Ringkas Ini Adalah Himpunan

Tajuk-Tajuk Penting Berkaitan Tugas, Skop

Jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik M41

 

 

Nota  #1  :  Bantuan  Lesen  1Malaysia  (BL1M)  

• Program  BL1M  kelolaan  Sekretariat  Hal  Ehwal  Bandar  (SHEB)  Pemuda  Barisan  Nasional   • Menyasarkan  membantu  500,000  pemohon  daripada  kalangan  orang  muda  untuk  mendapat  

lesen  secara  sah.  

• Pemohon  dapat  menikmati  lesen  motosikal  kelas  B2  pada  kadar  RM199.  

• Semua  warganegara  Malaysia  berumur  antara  17  -­‐  40  tahun  pada  atau  selepas  1  Januari   2013  layak  memohon.  

• Permohonan  bagi  program  BL1M  telah  ditutup  pada  Mac  2013.    

Nota  #2  :  Program  myLESEN  

• Program  myLESEN  dirangka  khusus  untuk  golongan  belia  yang  belum  memiliki  lesen   memandu  secara  sah.  Hanya  layak  untuk  kelas  B2  sahaja  (tidak  melebihi  250  cc)   • Objektif  adalah  mewujudkan  satu  program  komuniti  berbentuk  Corporate  Social  

Responsibility  (CSR)  ke  arah  :  

o Melahirkan  penunggang  kompeten,  memenuhi  peraturan  dan  berhemah  

o Memberi  manfaat  kepada  golongan  belia  dan  mereka  yang  layak  melalui  insentif  

yang  mengurangkan  bebanan  peningkatan  kos  sara  hidup.  

o Membantu  mengurangkan  kadar  kemalangan  jalan  raya  (motosikal)  melalui  

pengurangan  golongan  belia  yang  memandu  tanpa  lesen  memandu  yang  sah.  

o Menanam  rasa  hormat  dan  patuh  kepada  undang-­‐undang  sebagai  budaya  selamat  

oleh  pengguna  jalan  raya.   • Tagline  :  1Rakyat  1Lesen.  

• Satu  komitmen  kerajaan  melalui  JPJ  berdasarkan  konsep  merakyatkan  perkhidmatan  awam.   • Dilancarkan  serentak  di  seluruh  negara  pada  15  September  2015.  

(9)

Nota  #3  :  Program  Latihan  Khidmat  Negara  (PLKN)  

• PLKN  merupakan  satu  kursus    latihan  wajib  selama  3  bulan  di  pusat  PLKN  di  seluruh  negara.   • Mereka  yang  terpilih  adalah  berumur  17  tahun  ke  atas  (setelah  tamat  sekolah  menengah).   • Tujuan  :  

o Membina  sahsiah  diri  dengan  bermatlamatkan  membina  dan  mengukuhkan  

semangat  Patriotisme  di  kalangan  generasi  muda  

o Memupuk  perpaduan  kaum  serta  integriti  nasional   o Membentuk  perwatakan  positif  menerusi  nilai-­‐nilai  murni  

• Program  PLKN  ditangguhkan  pada  tahun  2015  untuk  menjimatkan  perbelanjaan  negara.   • Mereka  yang  dipilih  akan  mengikuti  beberapa  modul  latihan  :  

o Modul  Fizikal  -­‐  Kawad  kaki,  kraf  hutan,  pertolongan  cemas  dll   o Modul  Kenegaraan  -­‐  Lawatan,  subjek  kenegaraan.  

o Modul  Pembinaan  Karakter  -­‐  Aktiviti  berkumpulan   o Modul  Khidmat  Komuniti  -­‐  Terdapat  5  komponen  :  

§ Kemudahan  Awam  -­‐  cth  :  aktiviti  baikpulih  perhentian  bas   § Kejiranan  -­‐  cth  :  mengecat  dewan  orang  ramai  

§ Khidmat  Sosial     § Alam  Sekitar  

§ Penempatan  di  Jabatan    

Nota  #4  :  Apa  Itu  Hakmilik  Strata?  

• Hakmilik  yang  dikeluarkan  untuk  setiap  unit/petak  bagi  sesebuah  bangunan  berbilang   tingkat  yang  unit-­‐unitnya  telah  dijual.    

• Unit-­‐unit  ini  dikenali  sebagai  petak-­‐petak.  

• Hakmilik  strata  adalah  sama  pentingnya  dengan  hakmilik  tanah  lain  dan  ia  diperlukan  untuk   menjalankan  urusniaga  ke  atas  petak  di  dalam  skim  strata  tersebut.  

• Pemegang  hakmilik  strata  mempunyai  kepentingan  berdaftar  menurut  peruntukan  Akta   Hakmilik  Strata  1985.  

• Perbadanan  pengurusan  pula  diperlukan  untuk  menjaga  kepentingan  harta  bersama  seperti   lif,  tangga,  kolam  renang  dll.  

(10)

• Perbadanan  Pengurusan  wujud  secara  automatik  apabila  buku  daftar  strata  dibuka   (didaftarkan)  dan  walaupun  hakmilik  strata  belum  dipindah  milik  sehingga  1/3  daripada   jumlah  keseluruhan  unit  syer,  pemilik  tanah  asal/pemaju  adalah  merupakan  ahli  tunggal  bagi   perbadanan  pengurusan  tersebut  dan  hendaklah  menjalankan  kuasa  serta  tanggungjawab  di   bawah  Akta  Hakmilik  Strata  1985.  

• Hakmilik  Strata  penting  untuk  menjaga  kepentingan  pembeli  sebagai  bukti  pemilikan  bagi   tujuan  urusniaga  seperti  pindamilik,  cagaran  atau  pembahagian  pusaka.  

• Harta  Bersama  adalah  merujuk  kepada  mana-­‐mana  bahagian  lot  yang  tidak  terkandung   dalam  mana-­‐mana  petak  seperti  tempat  letak  kereta  pelawat,  lif,  tangga,  tangki  paip  utama   dan  pondok  pegawai  keselamatan.  

 

Nota  #5  :  Strategi  Lautan  Biru  Kebangsaan  (NBOS)  

• Kerajaan  menggunakan  prinsip  Strategi  Lautan  Biru  Kebangsaan  (NBOS)  untuk  mencapai   status  negara  berpendapatan  tinggi  dan  menjadi  sebuah  negara  yang  maju  yang  rakyatnya   hidup  sejahtera  serta  dapat  menikmati  kemakmuran  ekonomi  hasil  daripada  pembangunan   negara.  

• NBOS  menekankan  kepada  prinsip  impak  tinggi,  kos  rendah,  pelaksanaan  pantas  dan   mampan  dalam  program-­‐program  pembangunan  negara.  

• NBOS  adalah  asas  kepada  Strategi  Pembangunan  Nasional  Malaysia  (MyNDS)  yang   merupakan  teras  kepada  Rancangan  Malaysia  ke-­‐11  (2016  -­‐  2020).  

• MyNDS  menumpukan  kepada  pelaksanaan  projek  berimpak  tinggi  secara  pantas  dengan   penekanan  kepada  capital  economy  dan  ekonomi  rakyat  pada  kos  yang  rendah  kepada   kerajaan.  

• Capital  Economy  menekankan  kepada  pertumbuhan  KDNK,  perniagaan  besar,  projek   pelaburan  fizikal  dan  pasaran  kewangan.  

• Ekonomi  rakyat  menekankan  kepada  kesejahteraan  rakyat,  di  antaranya  pekerjaan,   perniagaan  kecil,  kos  sara  hidup,  kesejahteraan  keluarga  dan  penyertaan  sosial.   • Pembentukan  strategi  didorong  oleh  kreativiti  dan  inovasi  dan  pelaksanaan  strategi  

mematuhi  prinsip  fair  process.  

• Dengan  mengubah  sempadan  konvensional  yang  wujud  dalam  organisasi  awam  dan  swasta,   kerajaan  berupaya  meningkatkan  potensi  dan  menggandakan  sumber  negara.  

(11)

• Kos  dapat  dikurangkan  dengan  jalinan  kerjasama  di  antara  kementerian  dan  agensi  kerajaan   serta  mengagihkan  semula  secara  kreatif  sumber  yang  tidak  digunakan  dengan  optimum.    

Nota  #6  :  Ekuiti  Nasional  Berhad  (ekuinas)  

• Ekuiti  Nasional  Berhad  merupakan  sebuah  syarikat  pelaburan  modal  Malaysia  dengan  modal   awal  RM500  juta  dan  sasaran  dana  sehingga  RM10  billion  menggantikan  Jawatankuasa   Pelaburan  Asing  (FIC)  sehingga  menyebabkan  ia  tidak  berganjak  daripada  paras  19%  selama   19  tahun  (sepatutnya  berada  pada  sasaran  30%)  

• Dana  yang  diperolehi  adalah  dana  ekuiti  swasta  yang  menumpukan  pelaburan  di  dalam   sektor-­‐sektor  berpotensi  mengalami  pertumbuhan  tinggi  seperti  pelancongan,  teknologi   maklumat  dan  komunikasi,  perubatan,  minyak  dan  gas  serta  bioteknologi.  

• Ia  berbeza  dengan  Permodalan  Nasional  Berhad  (PNB)  yang  memberi  tumpuan  untuk   meningkatkan  pelaburan  syarikat  bumiputera  berpotensi  yang  mana  penyertaan  bumiputera   menerusi  Ekuinas  akan  dibuat  berasaskan  merit.  

 

Nota  #7  :  Dasar  Keselamatan  Siber  Sosial,  Infrastruktur  Maklumat  Kritikal  

Negara  (CNII)  

• Kerajaan  berusaha  untuk  menangkis  pelbagai  ancaman  dan  serangan  siber  dengan   mengukuhkan  Infrastruktur  Maklumat  Kritikal  Negara  (CNII).  

• Bagi  mencapai  maksud  ini,  Dasar  Keselamatan  Siber  Negara  telah  digubal  untuk  

memperkasakan  keselamatan  infrastruktur  CNII  yang  memberi  impak  kepada  pertumbuhan   ekonomi,  kesejahteraan  sosial  dan  kestabilan  negara.  

• Kerajaan  mengeluarkan  Arahan  MKN  24  iaitu  Mekanisme  Pengurusan  Krisis  Siber  Negara   bertujuan  untuk  mengurus  krisis  siber  meliputi  peringkat  sebelum,  semasa  dan  selepas   insiden.  

• Selain  daripada  itu,  ia  bertujuan  untuk  mencapai  satu  pendekatan  seragam  dan  proaktif  bagi   memantau  dan  menangani  ancaman  siber  secara  berkesan  dan  menetapkan  garis  panduan   untuk  agensi  kritikal  membuat  persiapan  daripada  aspek  dalam  menghadapi  sebarang   ancaman  dan  serangan  siber.  

(12)

• Kementerian  menerusi  CyberSecurity  telah  membangunkan  dan  sedang  meningkatkan   keupayaan  Pusat  Penyelidikan  Malware  yang  dikendalikan  oleh  pakar  malware.    

Nota  #8  :  Istilah  Di  Mahkamah  

§ Alibi  –  Bukti  yang  menunjukkan  bahawa  seseorang  tidak  hadir  atau  berada  di  tempat   kejadian  semasa  sesuatu  jenayah  berlaku.  

§ Afidavit  –  Dokumen  pengakuan  bersumpah  sama  ada  defendan  atau  plantif  tentang  sesuatu   hal,  sama  ada  dalam  kes  jenayah  mahupun  kes  sivil.  

§ Mandamus  –  Perintah  mahkamah  untuk  memaksa  pelaksanaan  sesuatu  kewajipan  awam  

yang  tertentu.  

§ Prima  facie  –  Mempunyai  bukti-­‐bukti  yang  kukuh  dan  kuat  untuk  memulakan  pendakwaan   atau  memulakan  perbicaraan  di  mahkamah.  

§ Habeas  Corpus  –  Arahan  mahkamah  supaya  seseorang  yang  berada  dalam  tahanan  pihak   berkuasa  dibebaskan.  

§ Waran  –  Surat  kuasa  yang  untuk  menangkap  seseorang  yang  didapati  bersalah  atau   menggeledah  sesuatu  tempat.  

§ Injuksi  –  Perintah  mahkamah  yang  dikeluarkan  untuk  menghentikan  sesuatu  kerja/perkara  

pada  masa  dan  tempat  tertentu.  

§ Writ  -­‐  Dokumen  yang  dikeluarkan  oleh  mahkamah  bagi  memerintahkan  pihak  pembela   supaya  hadir  pada  masa  dan  dalam  tempoh  yang  ditetapkan.  

§ Certiorari  –  Perintah  mahkamah  untuk  mengetepikan  keputusan  yang  dibuat  oleh   mahkamah  yang  lebih  rendah.  

§ Saman/Sapina  –  Perintah  supaya  pihak  tertuduh  hadir  ke  mahkamah.  

§ Sine  dine  –  Penangguhan  sesuatu  kes  hingga  suatu  tarikh  yang  belum  ditetapkan.    

 

Nota  #9  :  Badan  Kehakiman  Di  Malaysia  

§ Badan  Kehakiman  bertanggungjawab  dalam  menjalankan  kuasa-­‐kuasa  kehakiman  dan   berperanan  sebagai  pelindung  hak-­‐hak  asasi  manusia  daripada  pencabulan  oleh  orang   perseorangan  atau  pihak  kerajaan.  

§ Di  Malaysia,  kuasa  kehakiman  terletak  pada  2  Mahkamah  Tinggi  dan  beberapa  Mahkamah   Rendah.  

(13)

§ Mahkamah  Tinggi  :  

o Mahkamah  Tinggi  Malaya  -­‐  Semenanjung  Malaysia   o Mahkamah  Tinggi  Borneo  -­‐  Sabah  &  Sarawak  

§ Bidang  kuasa  mahkamah  adalah  :  

o Mentafsir  perlembagaan  dan  undang-­‐undang.  

o Mengisytiharkan  sesuatu  undang-­‐undang  persekutuan  dan  udang-­‐undang  negeri  

tidak  sah  dan  batal.  

o Mengisytiharkan  sesuatu  tindakan  kerajaan  tidak  sah  dan  batal  di  sisi  undang-­‐

undang.  

§ Peguam  Negara  mempunyai  kuasa  menetapkan  tempat  atau  mahkamah  bagi  perbicaraan   sesuatu  kes.  

 

Nota  #10  :  Mahkamah  Rayuan  

§ Mahkamah  Rayuan  adalah  mahkamah  perantara  antara  Mahkamah  Persekutuan  dan   Mahkamah  Tinggi.  Memutuskan  rayuan  kepada  keputusan  Mahkamah  Tinggi  bagi  kes  sivil   dan  kes  jenayah.  

§ Mahkamah  Rayuan  tidak  mempunyai  sebarang  bidang  kuasa  asal.  

§ Rayuan  kes  sivil  -­‐  Jumlah  atau  nilai  perkara  yang  terlibat  mestilah  tidak  kurang  daripada  

RM250,000.000  

 

Nota  #11  :  Mahkamah  Tinggi  

§ Mahkamah  Tinggi  mempunyai  bidang  kuasa  asal  yang  tidak  terhad  bagi  kes-­‐kes  sivil  dan   jenayah.  Mendengar  dan  menentukan  rayuan  bagi  kes-­‐kes  jenayah  dan  sivil  daripada   Mahkamah  Majistret  dan  Mahkamah  Sesyen.  

§ Mengawasi  dan  menyemak  keputusan  semua  kes  sivil  dan  jenayah  Mahkamah  Rendah.    

Nota  #12  :  Mahkamah  Sesyen  

§ Mahkamah  Sesyen  mempunyai  bidang  kuasa  pengadilan  jenayah  bagi  semua  kesalahan   kecuali  kesalahan  yang  membawa  hukuman  mati.  

§ Mempunyai  kuasa  menjatuhkan  hukuman  yang  dibenarkan  oleh  undang-­‐undang  selain   hukuman  mati.  

(14)

§ Mempunyai  kuasa  menjalankan  siasatan  permulaan  bagi  kes-­‐kes  yang  boleh  dibicarakan   oleh  Mahkamah  Tinggi.  

§ Kes  sivil  -­‐  Jumlah  nilai  yang  dituntut  tidak  melebihi  RM250,000.00    

Nota  #13  :  Mahkamah  Majistret  Kelas  1  

§ Membicarakan  kesalahan  yang  hukumannya  tidak  melebihi  10  tahun  penjara  atau  denda.   Mempunyai   kuasa   menyelenggarakan   siasatan   permulaan   atas   tuduhan-­‐tuduhan   berat   sebelum  dibawa  ke  Mahkamah  Tinggi  dari  Mahkamah  Majistret  dan  Mahkamah  Sesyen.   § Kes  sivil  -­‐  Jumlah  nilai  perkiraan  tidak  melebihi  RM25,000.00  

 

Nota  #14  :  Mahkamah  Majistret  Kelas  2  

§ Mahkamah  Tuntutan  Kecil  atau  dikenali  sebagai  Mahkamah  Majistret  Kelas  2.   § Mempunyai  kuasa  yang  kurang  berbanding  Mahkamah  Masjistret  Kelas  1.  

§ Tujuan  -­‐  Membolehkan  seseorang  memperoleh  kembali  hutang  atau  tuntutan  yang  tidak  

melebihi  RM3,000.00  

§ Segala  rayuan  dari  Mahkamah  Tuntutan  Kecil  dibicarakan  di  Mahkamah  Tinggi.    

Nota  #15  :  Mahkamah  Penghulu  

§ Mahkamah  Penghulu  adalah  mahkamah  awam  paling  rendah.  Mahkamah  ini  hanya  terdapat   di  Semenanjung  Malaysia  sahaja.  Ia  mempunyai  kuasa  membicarakan  kes  sivil  yang  

melibatkan  tuntutan  tidak  melebihi  RM50.00  

§ Kes  jenayah,  denda  maksimum  yang  boleh  dikenakan  adalah  RM25.00              

(15)

Nota  #16  :  Sistem  Mahkamah  Di  Malaysia  

                                            Mahkamah  Rayuan   Mahkamah  Persekutuan   Mahkamah  Tinggi   Malaya   Mahkamah  Sesyen   Mahkamah  Majistret   Kelas  1   Mahkamah  Tuntutan   Kecil   Mahkamah  Penghulu   Mahkamah  Sesyen   Mahkamah  Majistret   Kelas  1   Mahkamah  Tuntutan   Kecil   Mahkamah  Tinggi   Borneo  

Semenanjung  Malaysia   Sabah  &  Sarawak   Mahkamah  Atasan  

Mahkamah   Rendah  

(16)

Nota  #17  :  Kod  Etika  Hakim,  1994  

§ Seorang  Hakim  tidak  boleh  melakukan  perkara  berikut  :  

o Kurang  cekap  atau  kurang  berusaha  serta  membelakangi  tugas-­‐tugas  kehakiman.   o Tidak  jujur  hingga  mencemarkan  nama  badan  kehakiman.  

o Melengah-­‐lengahkan  kes  tanpa  sebarang  alasan  yang  munasabah.   o Tidak  mematuhi  arahan  statutori.  

o Tidak  hadir  di  mahkamah  pada  waktu  pejabat  tanpa  alasan  atau  kebenaran  daripada  

Ketua  Hakim  Negara/Presiden  Mahkamah  Rayuan/Hakim  Besar.  

o Tidak  mengisytiharkan  secara  bertulis  segala  harta  miliknya  kepada  Ketua  Hakim  

Negara.    

Nota  #18  :  Pelantikan  Hakim  

§ Ketua  badan  kehakiman  negara  adalah  Ketua  Hakim  Negara   § Berikut  adalah  dilantik  oleh  YDPA  atas  nasihat  Perdana  Menteri  :  

o Ketua  Hakim  Negara  

o Presiden  Mahkamah  Rayuan   o Hakim  Besar  Mahkamah  Tinggi   o Hakim  Mahkamah  Persekutuan   o Hakim  Mahkamah  Tinggi  

§ Perdana  Menteri  perlu  meminta  pandangan  Ketua  Hakim  Negara  sebelum  memberi  nasihat   tentang  perlantikan  seorang  hakim.  Bagi  perlantikan  Hakim  Besar,  Perdana  Menteri  perlu   berunding  dengan  Hakim-­‐Hakim  Besar  sedia  ada.  

§ Bagi  pelantikan  yang  melibatkan  Mahkamah  Tinggi  Borneo,  Perdana  Menteri  perlu  meminta   pandangan  Ketua  Menteri  Sabah  dan  Sarawak.  

§ Seorang  hakim  memegang  jawatan  sehingga  mencapai  umur  persaraan  65  tahun.  Tempoh   tersebut  boleh  dilanjutkan  sehingga  tidak  melebihi  6  bulan  selepas  mencapai  umur  65   tahun.  Beliau  boleh  meletak  jawatan  secara  sukarela  sebelum  mencapai  umur  persaraan   tersebut.  

§ Seorang  hakim  tidak  boleh  dilucutkan  jawatannya  kecuali  atas  perakuan  sebuah  tribunal   yang  ditubuhkan  oleh  YDPA  yang  diketuai  oleh  Ketua  Hakim  Negara.  

§ Perlucutan  jawatan  hakim  boleh  dilakukan  atas  sebab-­‐sebab  berikut  :  

(17)

o Dengan  asalan  kelemahan  tubuh  badan  dan  otak   o Melanggar  Kod  Etika  Hakim  1994  

o Sebab  lain  yang  boleh  menjejaskan  mereka  untuk  menjalankan  tugas  dengan  

sempurna.    

Nota  #19  :  Tugas  Perdana  Menteri  Malaysia  

§ Menjadi  penasihat  kepada  YDPA  dalam  hal  ehwal  pemerintahan  negara   § Memaklumkan  kepada  YDPA  tentang  dasar  kerajaan.  

§ Menamakan  senarai  barisan  Jemaah  Menteri  untuk  dilantik  oleh  YDPA   § Menetapkan  portfolio  bagi  menteri  dalam  kabinet.  

§ Menyembahkan  keputusan  Jemaah  Menteri  kepada  YDPA.  

§ Mempengerusikan  mesyuarat  Kabinet  yang  diadakan  setiap  minggu  dan  beberapa   jawatankuasa  penting.  

§ Menasihat  YDPA  bagi  menamatkan  perkhidmatan  Menteri,  Timbalan  Perdana  Menteri  atau   jawatan  lain  yang  gagal  melaksanakan  tugas  jika  mereka  enggan  meletak  jawatan.  

§ Memantau  tugas-­‐tugas  Menteri  dan  pelaksanaan  dasar  kerajaan.    

§ Memastikan  segala  keputusan  Jemaah  Menteri  dilaksanakan  oleh  kementerian  dan  agensi-­‐ agensi  dibawahnya.  

§ Menyelesaikan  sebarang  pertikaian  antara  kerajaan  persekutuan  dengan  kerajaan  negeri.   § Menjadi  jurucakap  utama  kerajaan  dalam  hal  ehwal  dalam  negeri  dan  pada  peringkat  

antarabangsa.  

§ Menasihati  YDPA  untuk  membubarkan  Parlimen  bagi  membolehkan  satu  pilihan  raya  baru   diadakan  apabila  masa  tiba.  

 

Nota  #20:  Hubungan  Antarabangsa  dan  Hal  Ehwal  Luar  Negeri  Malaysia  

§ Kementerian  Hal  Ehwal  Luar  mengendalikan  hubungan  luar  Malaysia.  

§ Kementerian  ini  diketuai  oleh  seorang  menteri  dikenali  sebagai  Menteri  Luar.  

§ Malaysia  mengamalkan  prinsip-­‐prinsip  asas  yang  menjadi  teras  kepada  dasar  luar  Malaysia  :  

o Saling  menghormati  kedaulatan  semua  negara   o Menjalankan  hubungan  secara  diplomasi  

o Hubungan  baik  dengan  semua  negara  tanpa  mengira  ideologi   o Menghormati  kebebasan  asasi,  Mahkamah  Antarabangsa  dan  PBB  

(18)

o Penekanan  hubungan  serantau  ASEAN  

o Memelihara  kepentingan  dan  keselamatan  negara  dan  kesejahteraan  rakyat   o Mengamalkan  prinsip  hidup  bersama.  

§ Malaysia  juga  menyertai  beberapa  petubuhan  serantau  bagi  mengeratkan  hubungan  sesama   negara  dan  untuk  kemajuan  ekonomi  dan  sosial.  Antaranya  adalah  :  

o Persatuan  Negara-­‐negara  Asia  Tenggara  (ASEAN)  -­‐  1967  

o Penjanjian  Ekonomi  Persahabatan  Negara-­‐negara  Asia  Tenggara   o Persatuan  Asia  Tenggara  (ASA)  -­‐  1967  

o Gagasan  MAPHILINDO  (Malaysia,  Filipina,  Indonesia)  -­‐  1963  

 

Nota  #21  :    Persatuan  Asia  Tenggara  (ASA)  

§ ASA  -­‐  Association  of  Southest  Asia.  Antara  negara  terlibat  -­‐  Malaysia,  Thailand,  Filipina.   Pertubuhan  ASA  cenderung  kepada  kerjasama  pembangunan  bidang  ekonomi  dan  sosial   supaya  fahaman  komunis  dapat  ditangkis  di  serantau  ini.  

§ Filipina  menarik  diri  daripada  ASA  kerana  membantah  Tanah  Melayu  memasukkan  Sabah  di   dalam  Persekutuan  Malaysia.  

§ Indonesia  enggan  menyertai  ASA  kerana  membantah  penubuhan  Malaysia.    

Nota  #22  :  Pertubuhan  MAPHILINDO  

§ Satu  pertubuhan  yang  menyatukan  ketiga-­‐tiga  negara  iaitu  Malaysia,  Filipina  dan  Indonesia   ialah  -­‐  MAPHILINDO  

§ Tujuan  penubuhan  MAPHILINDO  adalah  untuk  :  

o Mewujudkan  perpaduan  antara  ketiga-­‐tiga  negara   o Kerjasama  dalam  bidang  ekonomi,  sosial  dan  kebudayaan  

§ Negara  lain  kurang  berminat  untuk  menyertai  pertubuhan  ini.   § Manakala  perselisihan  antara  ketiga-­‐tiga  negara  masih  berlarutan.    

     

(19)

Nota  #23  :  Persatuan  Negara-­‐negara  Asia  Tenggara  (ASEAN)  

§ Selepas  rundingan  semula  antara  Malaysia,  Filipina  dan  Indonesia  bagi  menyelesaikan   perselisihan,  Persatuan  Negara-­‐negara  Asia  Tenggara  (ASEAN)  ditubuhkan  di  Bangkok  pada  8  

Ogos  1967.  

§ 5  buah  negara  menjadi  pengasas  kepada  ASEAN  iaitu  :  

o Malaysia,  Indonesia,  Thailand,  Filipina,  Singapura  

§ ASEAN  ditubuhkan  melalui  Deklarasi  Bangkok  yang  ditandatangani  oleh  :  

o Tun  Abdul  Razak  bin  Dato'  Hussein   o Adam  Malik  

o Thanat  Khoman   o Narciso  Ramos   o S.  Rajaratnam  

§ 5  negara  telah  menyertai  ASEAN  iaitu    Brunei,  Vietnam,  Laos,  Mynmar  dan  Kemboja.    

Nota  #24  :  Penglibatan  Malaysia  di  PBB,  NAM  dan  OIC  

§ 17  Sept  1957  -­‐  Malaysia  adalah  anggota  ke-­‐82  diterima  menyertai  Pertubuhan  Bangsa-­‐

bangsa  bersatu  (PBB).  

§ Penyertaan  ini  adalah  satu  usaha  Malaysia  bekerjasama  dan  menjaga  hubungan  baik  sesama   anggota  demi  keamanan  bersama.  

§ Pergerakan  Negara  Berkecuali  (NAM)  adalah  pertubuhan  negara-­‐negara  yang  tidak  

memihak  kepada  kuasa  blok  barat  atau  timur.  

§ Sebagai  sebuah  negara  Islam,  Malaysia  bergiat  cergas  dalam  Pertubuhan  Persidangan   Negara-­‐negara  Islam  (OIC).  

§ Penubuhan  OIC  adalah  untuk  mewujudkan  kerjasama  di  kalangan  negara  anggota  untuk   memupuk  perpaduan  umat  Islam  di  seluruh  dunia.  

 

Nota  #25  :  Peranan  Jabatan  Kastam  Diraja  Malaysia    

§ Memungut  Hasil  Negara  Memungut  hasil  negara  dalam  bentuk  cukai  dan  duti  Kastam  yang  

terdiri  daripada  duti  import,  duti  eksport,  duti  eksais  cukai  jualan,  cukai  perkhidmatan  dan   levi  kenderaan.      

(20)

§ Memberi  Fasilitasi  Kepada  Sektor  Perdagangan  Dan  Perindustrian.    JKDM  telah  

memainkan  peranannya  dalam  pemberian  kemudahan  dalam  bentuk  pelbagai  insentif  dan   fasilitasi  kepada  sektor  perindustrian  dan  perdagangan  yang  bertujuan  untuk  menjana   ekonomi  negara  selaras  dengan  perubahan  dasar  kerajaan  yang  lebih  mengutamakan  sektor   perindustrian.      

§ Memastikan  Pematuhan  Perundangan.    JKDM  diberi  kuasa  untuk  melaksanakan  

peruntukan  undang-­‐undang  di  bawah  Akta  Kastam  1967,  Akta  Cukai  Jualan  1972,  Akta  Cukai   Perkhidmatan  1975,  Akta  Eksais  1976,  Akta  Zon  Bebas  1990  serta  perundangan  subsidiari   berkaitan  dengan  akta-­‐akta  tersebut.  Adalah  menjadi  tanggungjawab  utama  JKDM  untuk   memastikan  semua  perundangan  yang  dikuatkuasakan  dipatuhi  sepenuhnya  oleh   pelanggan-­‐pelanggan  dan  pihak  yang  berurusan  dengannya.      

 

Nota  #26  :  Gudang  Berlesen    

§ Gudang  Berlesen  merupakan  gudang  yang  dilesenkan  di  bawah  Seksyen  65  Akta  Kastma   1967  untuk  penyimpanan  barangan  berduti  yang  mana  pembayaran  duti  dan  cukai   ditangguhkan  sehingga  barangan  dikeluarkan  untuk  penggunaan  tempatan  atau  untuk   dieksport  semula.  Terdapat  beberapa  kategori  Gudang  Berlesen  yang  ditawarkan  dan   aktiviti-­‐aktiviti  yang  diberikan.    

§ Permohonan  lesen  gudang  hendaklah  dikemukakan  kepada  Pejabat  Kastam  yang   berhampiran  dengan  premis  gudang  dan  tertakluk  kepada  syarat-­‐syarat  serta  prosedur   permohonan  yang  ditentukan.  Peringkat  pertimbangan  untuk  kelulusan  lesen  gudang  adalah   bergantung  kepada  kategori  gudang.  Gudang  Berlesen  Awam  dipertimbangkan  diperingkat  

Kementerian  Kewangan,  manakala  gudang  berlesen  persendirian  dipertimbangkan  

diperingkat  Ibu  Pejabat  Kastam,  Putrajaya  dan  gudang  PEKEMA  oleh  Pengarah  Kastam  

Negeri.  Bagi  permohonan  yang  diluluskan,  bayaran  lesen  Gudang  akan  dikenakan  sebanyak  

RM1200  setahun  dan  bagi  agensi  kerajaan  bayaran  lesen  sebanyak  RM120.00  setahun.     § Kategori  Gudang  Berlesen  :    

o Gudang  Berlesen  Awam  (GBA)       o Gudang  Berlesen  Persendirian  (GBP)       o Gudang  Berlesen  PEKEMA      

o Gudang  Berlesen  Petroleum  (Petroleum)       o Gudang  Berlesen  Awam  (Petroleum)       o Gudang  Berlesen  Persendirian  (Petroleum)      

(21)

Nota  #27  :  Keistimewaan  Diplomatik  dan  Konsular  Asing    

§ Ordinan  Diplomatik  dan  Konsular  1957  dan  Akta  Keistimewaan  Diplomatik  (Vienna   Convention  1966)  membenarkan  Perwakilan  Diplomatik  (Suruhanjaya  Tinggi/Kedutaan   Besar/Konsulat  Jeneral/Konsulat)  serta  kakitangan  Perwakilan  Diplomatik  (pegawai-­‐pegawai   diplomatik  dan  bukan  diplomatik  Negara-­‐negara  berkenaan)  dan  badan-­‐badan  antarabangsa   mengimport  atau  membeli  daripada  gudang  berlesen  atau  gudang  eksais  tanpa  bayaran   cukai/duti.    

§ Bentuk-­‐bentuk  keistimewaan  adalah  :  

o Mengimport  atau  membeli  barang-­‐barang  daripada  gudang  berlesen/gudang  eksais  

tanpa  membayar  duti/cukai  sepanjang  tempoh  bertugas  di  Malaysia  

o Semua  pengimport  yang  dibuat  atas  nama  pegawai  diplomatik  tidak  dibuka  untuk  

tujuan  pemeriksaan  kecuali  atas  sebab-­‐sebab  yang  sangat  perlu  oleh  pegawai  kanan   kastam      

 

Nota  #28  :  Zon  Bebas  di  Malaysia  

§ Zon  Bebas  adalah  mana-­‐mana  bahagian  Malaysia  yang  diisytiharkan  dibawah  peruntukan   Seksyen  3(1)  Akta  Zon  Bebas  1990  menjadi  suatu  Zon  Perdagangan  atau  Zon  Perindustrian  

Bebas.  Zon  Bebas  adalah  satu  kawasan  yang  dianggap  di  luar  Malaysia  yang  diperuntukkan  

di  bawah  Seksyen  2(1A)  Akta  KAstam  1967,  Seksyen  2  Akta  Eksais  1976,  Seksyen  2  Akta   Cukai  Jualan  1972  dan  Seksyen  2A  Akta  Cukai  Perkhidmatan  1975.    

§ Zon  Perdagangan  Bebas  dibenarkan  menjalankan  aktiviti  perdagangan,  manakala  Zon   Perindustrian  Bebas  dibenarkan  menjalan  aktiviti  pengilangan.  Permohonan  untuk  

menubuhkan  Zon  Bebas  hendaklah  dimajukan  kepada  Kementerian  Kewangan  dan  sesalinan   kepada  Bahagian  Perkastaman  Ibu  Pejabat.    

§ Bagi  syarikat  yang  ingin  menjalan  operasi  di  dalam  kawasan  zon  yang  telah  diwartakan,   permohonan  hendaklah  dikemukakan  kepada  Pihak  Berkuasa  Zon  yang  berkenaan.    

§ Syarikat  yang  beroperasi  di  dalam  Zon  Bebas  boleh  memperolehi  barang  dan  perkhidmatan   tanpa  bayaran  duti  kastam,  duti  eksais  cukai  jualan  atau  cukai  perkhidmatan  kecuali  bagi   barang  tertentu  di  bawah  Perintah  Zon  Bebas  (Pengecualian  ke  atas  barang-­‐barang  dan   perkhidmatan)  1988.  Semua  pergerakan  barang-­‐barang  keluar  masuk  dari/ke  Zon  Bebas   hendaklah  menggunakan  borang/dokumen  yang  ditetapkan.    

(22)

Nota  #29  :  Apa  Itu  Kedai  Bebas  Cukai?  

§ Kedai  Bebas  Cukai  (KBC)  ditubuhkan  di  bawah  Seksyen  65D  Akta  Kastam  1967  untuk   membolehkan  pelancong-­‐pelancong  antarabangsa,  pemegang  pas  sempadan,  anak-­‐anak   kapal  dan  warganegara  yang  memenuhi  syarat-­‐syarat  kelayakan  yang  ditetapkan  untuk   membeli  barangan  tanpa  perlu  membayar  duti/cukai.    

§ Terdapat  beberapa  kategori  Kedai  Bebas  Cukai  yang  dilesenkan  dan  tertakluk  kepada   kelayakan  dan  had  pembelian.    

§ Permohonan  lesen  KBC  hendaklah  dikemukakan  kepada  pejabat  Kastam  dimana  premis   perniagaan  akan  dijalankan  tertakluk  kepada  syarat-­‐syarat  permohonan  dan  dokumen   sokongan  yang  ditetapkan  Pertimbangan  kelulusan  adalah  diperingkat  Kementerian   Kewangan.    

§ Bagi  permohonan  yang  diluluskan  bayaran  lesen  dikenakan  sebanyak  RM600  setahun      

Nota  #30  :  Pengecualian  Perbendaharaan    

§ Pengecualian  Perbendaharaan  adalah  satu  kemudahan  pengecualian  duti/cukai  ke  atas   barang-­‐  barang  yang  diberikan  oleh  Kementerian  Kewangan  Malaysia  menurut  Seksyen   12(2)  Akta  Kastam  1967,  Seksyen  10  Akta  Cukai  Jualan  1972  dan  Seksyen  11(2)  Akta  Eksais   1976  kepada  syarikat/individu  bagi  membantu  pertumbuhan  industri  di  Malaysia  dalam   menghadapi  era  perindustrian  yang  lebih  global.    

§ Objektif  kemudahan  ini  ialah  untuk  mengurangkan  kos  pembelian  bagi  bahan  mentah,   komponen,  mesin,  peralatan,  aksesori  yang  tidak  dapat  diperolehi  dari  sumber-­‐sumber   tempatan,  menggalakkan  pertumbuhan  industry  tempatan  yang  berorientasikan  eskport  dan   mengurangkan  kos  pengeluaran  barang-­‐barang  supaya  dapat  bersaing  di  pasaran  

antarabangsa.    

§ Permohonan  boleh  dikemukakan  kepada  pihak  MIDA  (Lembaga  Kemajuan  Perindustrian   Malaysia).  Permohononan  akan  dikemukakan  seterusnya  kepada  Kementerian  Kewangan   Malaysia  untuk  pertimbangan.    

§ Pemohon  diberi  proses  dalam  tempoh  28  hari  dari  tarikh  permohonan  diterima  oleh  MIDA.      

   

(23)

Nota  #31  :  Duti  Eksais,  Sistem  e-­‐EKSAIS      

§ Duti  Eksais  adalah  duti  yang  dikenakan  bagi  barang-­‐barang  yang  dikilangkan  di  

Persekutuan  atau  yang  diimport.  Barang-­‐barang  yang  tertakluk  kepada  duti  eksais  adalah  

tersenarai  dalam  Perintah  Duti  Eksais  2004.      

§ e-­‐Eksais  adalah  satu  sistem  yang  telah  dibuat  penambahbaikan  kepada  sistem  ESS.  Sistem  ini   dibangunkan  untuk  memproses  permohonan  pelepasan  kereta  atau  motosikal  daripada   kilang/loji  pemasagan  dan  juga  untuk  memproses  pembayaran  duti  eksais  secara  Electronic   Fund  Transfer  (EFT).    

§ Sistem  ini  menghubungkan  antara  sistem  pengilang,  Sistem  Maklumat  Kastam  dan  Sistem   RHB  Bank  dengan  secara  langsung  menggunakan  leased  line.    

§ Sistem  ini  merangkumi  dua  proses  :    

§ Proses  pelepasan  kenderaan  daripada  loji  pemasangan       § Proses  pembayaran  Duti  Eksais  secara  EFT      

 

Nota  #32  :  Kerajaan  Persekutuan  Malaysia    

§ Malaysia  mengamalkan  sistem  Kerajaan  Persekutuan.  Ia  merujuk  kepada  satu  bentuk   pembahagian  kuasa  di  antara  2  peringkat  kerajaan  iaitu  Kerajaan  Pusat  dan  Kerajaan  

Negeri.  

§ Kuasa  Kerajaan  Pusat  meliputi  seluruh  negara  dan  untuk  kepentingan  seluruh  negara   manakala  Kerajaan  Negeri  terbatas  pada  peringkat  negeri  sahaja  dan  untuk  kepentingan   tempatan  sahaja.    

§ Kerajaan  Negeri  menguasai  sebahagian  besar  daripada  hal  ehwal  dalam  negeri.  Kerajaan   Pusat  bertanggungjawab  kepada  hal  ehwal  pertahanan,  luar  negara  dan  kewangan.    

Nota  #33  :  Peranan  Yang  di-­‐Pertuan  Agong  (YDPA)  

§ Badan  perundangan  di  Malaysia  adalah  Parlimen.   § Mengandungi  3  komponen  iaitu  :  

o Yang  di-­‐Pertuan  Agong   o Dewan  Negara  

(24)

§ Yang  di-­‐Pertuan  Agong  (YDPA)  berfungsi  sebagai  memberi  perkenan  kepada  rang  undang-­‐

undang  yang  telah  diluluskan,  memanggil,  memberhentikan  dan  membubarkan  persidangan  

Parlimen.  

§ YDPA  juga  memberi  titah  ucapan  dan  merasmikan  Majlis  Parlimen.    

Nota  #34  :  Dewan  Negara  (Kerajaan  Persekutuan)  

§ Dewan  Negara  adalah  dewan  yang  tertinggi  dalam  badan  perundangan  Malaysia.  

§ Ditubuhkan  untuk  membahaskan  rang  undang-­‐undang  dengan  lebih  teliti  berbanding  Dewan   Rakyat.  

§ Dewan  Negara  mempunyai  69  orang  ahli  yang  dapat  dibahagikan  kepada  3  kumpulan   utama:  

o Ahli  yang  dipilih  oleh  DUN  dan  bilangannya  ialah  2  orang  bagi  setiap  negeri.   o 2  orang  ahli  yang  dilantik  oleh  Yang  di-­‐Pertuan  Agong  untuk  mewaklii  Wilayah  

Persekutuan  Kuala  Lumpur  dan  1  orang  mewakili  Wilayah  Persekutuan  Labuan.  

o Ahli  yang  dilantik  oleh  Yang  di-­‐Pertuan  Agong  -­‐  40  orang  

§ Seorang  ahli  Dewan  Negara  tidak  boleh  mewakili  dua  buah  negeri  pada  masa  yang  sama  dan   tidak  boleh  menjadi  ahli  Dewan  Negara  melalui  proses  pelantikan  dan  mewakili  negeri   secara  serentak.  

§ Keahlian  yang  dilantik  oleh  Yang  di-­‐Pertuan  Agong  adalah  daripada  mereka  yang  memberi   sumbangan  cemerlang  dalam  perkhidmatan  awam,  pekerjaan,  perniagaan,  perusahaan,   kebajikan  dan  seni.  

§ Senator  adalah  panggilan  bagi  seorang  ahli  Dewan  Negara.  

§ Tempoh  jawatan  bagi  setiap  ahli  adalah  3  tahun  dan  jawatan  tersebut  tidak  terhenti  jika   berlaku  pembubaran  Parlimen.  

§ Ahli  yang  dipilih  atau  dilantik  bagi  menggantikan  ahli  yang  meletak  jawatan,  meninggal  dunia   atau  bercuti,  tempoh  jawatan  adalah  selama  tempoh  baki  sahaja.  

§ Had  minimum  umur  seorang  ahli  Dewan  Negara  -­‐  30  tahun.  

§ Ahli  boleh  meletak  jawatan  dengan  mengutus  surat  kepada  Yang  Dipertua  Dewan  Negara.   § Jika  berlaku  kekosongan  jawatan,  kekosongan  hendaklah  diisi  dalam  tempoh  60  hari  

daripada  tarikh  berlaku  kekosongan  tersebut.  

§ Dewan  Negara  tidak  boleh  menolak  rang  undang-­‐undang  yang  telah  diluluskan  oleh  Dewan   Rakyat,  tetapi  berkuasa  menangguhkan  rang  undang-­‐undang  yang  diluluskan  itu  

(25)

§ Rang  undang-­‐undang  kewangan,  tempoh  masa  yang  boleh  ditangguhkan  oleh  Dewan  Negara   -­‐  1  bulan  dan  rang  undang-­‐undang  lain  -­‐  1  tahun  

 

Nota  #35  :  Dewan  Rakyat  (Kerajaan  Negeri)  

§ Ahli-­‐ahli  Dewan  Rakyat  dipilih  oleh  rakyat  melalui  pilihan  raya  umum  setiap  5  tahun  sekali.   Jumlah  ahli  Dewan  Rakyat  -­‐  222  orang  seluruh  negara.  

§ Setiap  ahli  Dewan  Rakyat  mewakili  sebuah  kawasan  pilihan  raya.  

§ Seorang  ahli  Dewan  Rakyat  tidak  boleh  mewakili  dua  kawasan  Dewan  Rakyat  atau  menjadi   ahli  Dewan  Rakyat  dan  Dewan  Negara  pada  masa  yang  sama.  

§ Had  umur  minimum  ahli  Dewan  Rakyat  -­‐  21  tahun.   § Tempoh  perkhidmatan  seorang  ahli  -­‐  5  tahun  

§ Tempoh  ini  tamat  sebaik  sahaja  Parlimen  dibubarkan  oleh  YDPA  yang  diikuti  dengan  satu   pilihan  raya  umum  untuk  memilih  ahli-­‐ahli  baru.  

§ Seseorang  itu  hilang  kelayakan  sebagai  ahli  Dewan  Rakyat  jika  :  

o Diisytiharkan  sebagai  seorang  yang  tidak  sempurna  akal.   o Muflis  yang  belum  dibebaskan.  

o Memegang  jawatan  bergaji  dan  berfaedah  iaitu  jawatan  sepenuh  masa  dalam  

perkhidmatan  awam.  

o Tidak  menghadiri  persidangan  selama  6  kali  berturut-­‐turut  tanpa  keizinan  Dewan  

Rakyat.  

o Gagal  menghantar  penyata  perbelanjaan  pilihanraya  dalam  tempoh  yang  

ditetapkan  setelah  mengambil  bahagian  dalam  pilihanraya.  

o Disabitkan  dengan  kesalahan  jenayah  oleh  mahkamah  dalam  persekutuan  dan  

dihukum  penjara  tidak  kurang  daripada  satu  tahun  atau  didenda  tidak  kurang   daripada  2  ribu  ringgit  dan  tidak  mendapat  pengampunan.  

o Mendapat  kewarganegaraan  asing  secara  sukarela  dan  membuat  pengakuan  taat  

setia  kepada  negara  asing  itu.    

     

(26)

Nota  #36  :  Organisasi  Pentadbiran  Kerajaan  Persekutuan  

                                           

Yang  di-­‐Pertuan  Agong  

Parlimen   Mahkamah   Badan   Perundangan   Badan     Eksekutif   Badan  Kehakiman   Ketua  Audit   Negara   Suruhanjaya   Majlis  Raja-­‐raja   Dewan     Negara   Dewan     Rakyat   Kementerian   Jabatan  dan   Badan-­‐badan   Berkanun   Kerajaan   Kabinet  

(27)

Nota  #37  :    Keistimewaan  Ahli  Majlis  Parlimen  

§ Perlembagaan  Persekutuan  memperuntukkan  beberapa  keistimewaan  yang  dinikmati  oleh   ahli  Majlis  Parlimen  bagi  menjamin  kebebasan  bersuara  dan  berbahas.  

§ Antara  keistimewaan  ahli  Majlis  Parlimen  adalah  :  

o Kesahihan  perjalanan  dalam  Majlis  Parlimen  atau  jawatankuasanya  tidak  boleh  

dipersoalkan  dalam  mahkamah.  

o Seseorang  ahli  tidak  boleh  didakwa  dalam  mahkamah  tentang  apa  jua  yang  

dikatakan  atau  undian  yang  diberi  olehnya  apabila  mengambil  bahagian  dalam  apa-­‐ apa  prosiding  Majlis  Parlimen  atau  jawatankuasanya.  

o Seorang  ahli  Majlis  Parlimen  tidak  boleh  didakwa  dalam  mahkamah  tentang  apa-­‐

apa  yang  disiarkan  atau  di  bawah  kuasa  mana-­‐mana  Majlis  Parlimen.    

Nota  #38  :    Pembahagian  Kuasa  

§ Parlimen  diberi  kuasa  menggubal  undang-­‐undang  bagi  seluruh  persekutuan  dan  

bahagiannya.  Dewan  Undangan  Negeri  (DUN)  boleh  membuat  undang-­‐undang  bagi  negeri   masing-­‐masing.  

§ Perkara-­‐perkara  di  bawah  bidang  kuasa  Parlimen  termaktub  dalam  Senarai  Persekutuan   (senarai  pertama)  dan  terletak  di  bawah  bidang  kuasa  kerajaan  pusat.  

§ Perkara-­‐perkara  dalam  dalam  bidang  kuasa  Dewan  Undangan  Negeri  berada  dalam  Senarai   Negeri  (senarai  kedua)  dan  terletak  di  bawah  bidang  kuasa  Kerajaan  Negeri.  

§ Bidang  kuasa  yang  melibatkan  kerjasama  antara  Kerajaan  Pusat  dan  Kerajaan  Negeri  dikenali   sebagai  Senarai  Bersama  (senarai  ketiga).  

§ Pembahagian  kuasa  ini  bertujuan  bagi  melancarkan  perjalanan  Sistem  Persekutuan  dan   mengelakkan  daripada  sebarang  masalah  dan  pertelingkahan  antara  kedua-­‐duanya.    

Nota  #39  :  Kuasa  Parlimen  Dalam  Bidang  Kuasa  Kerajaan  Negeri  

§ Parlimen   diberi   kuasa   untuk   menggubal   undang-­‐undang   bagi   perkara-­‐perkara   yang   terkandung  dalam  Senarai  Negeri  bagi  tujuan  berikut  :  

I. Untuk   melaksanakan   sebarang   perjanjian   antara   persekutuan   dengan   negara   lain   atau  mematuhi  sesuatu  keputusan  sebarang  badan  antarabangsa  yang  dianggotai   oleh  persekutuan.  

(28)

II. Bagi  memastikan  keseragaman  dalam  udang-­‐undang  antara  dua  buah  negeri  atau   lebih.  

III. Jika  diminta  oleh  mana-­‐mana  Dewan  Undangan  Negeri  

§ Parlimen   juga   boleh   membenarkan   kuasa   perundangan   kerajaan   negeri   diperluas   ke   atas   perkara-­‐perkara  persekutuan.  

 

Nota  #40  :  Kuasa  Perundangan  Mengikut  Senarai  

Senarai  Persekutuan   (Senarai  Pertama)   Senarai  Negeri   (Senarai  Kedua)   Senarai  Bersama     (Senarai  Ketiga)   1.  Pilihan  Raya  Persekutuan   1.  Hari  Kelepasan  Negeri   1.  Pemulihan  Tanah  Lombong   2.  Hari  Kelepasan  Persekutuan   2.  Jentera  Pentadbiran  

Kerajaan  Negeri  

2.  Kebudayaan  dan  Sukan  

3.  Panggung  Wayang  dan  Tempat   Hiburan  

3.  Penyiasatan  Untuk   Maksud-­‐maksud  Negeri  

3.  Ternakan  Haiwan  

4.  Kebajikan  Orang  Asli   4.  Penyu  dan  Penangkapan   Ikan  di  Sungai  

4.  Kutu  Rayau  dan  Penjaja  

5.  Perumahan  Persekutuan   5.Kerja  Raya  Negeri  dan   Bekalan  Air  

5.  Perlindungan  Binatang  dan   Burung  Liar  

6.  Syarikat  Kerjasama   6.  Perkhidmatan  Tempatan   6.  Biasiswa  

7.  Ubat  dan  Kesihatan   7.  Kerajaan  Tempatan   7.  Kebajikan  Masyarakat   8.  Perdagangan  dan  Perusahaan   8.  Tanah   8.  Kesihatan  Awam   9.  Undang-­‐undang  Jenayah  dan  

Sivil  

9.  Pertanian  dan   Perhutanan  

9.  Perancangan  Bandar  dan   Kampung  

10.  Ukur   10.  Hal  Ehwal  Agama  Islam   dan  Adat  Istiadat  Orang   Melayu  

10.  Perparitan  dan  Pengairan  

(29)

12.  Kerja  Raya  Persekutuan  dan   Tenaga       13.  Pengangkutan  dan   Perkapalan       14.  Pelajaran      

15.  Buruh  dan  Keselamatan   Sosial  

   

16.  Kewarganegaraan      

17.  Kewangan      

18.  Pertahanan      

19.  Keselamatan  Dalam  Negeri       20.  Hal  Ehwal  Luar  Negara        

Nota  #41  :  Maksud  Kuasa-­‐kuasa  Baki  

§ Kuasa-­‐kuasa  Baki  -­‐  Perkara  77  Perlembagaan  Persekutuan  memberi  kuasa  kepada  DUN  bagi   meluluskan   undang-­‐undang   bagi   perkara-­‐perkara   yang   tidak   dinyatakan   dalam   Senarai   Persekutuan,  Senarai  Negeri,  Senarai  Bersama.  

§ Perkara   75,   Perlembagaan   Persekutuan   memperuntukkan   jika   undang-­‐undang   negeri   berlawanan   dengan   undang-­‐undang   persekutuan,   undang-­‐undang   persekutuan   digunakan   dan  undang-­‐undang  negeri  dianggap  terbatal  kepada  yang  berlawanan  tersebut.  

               

(30)

Nota  #42  :  Struktur  Pemerintahan  Malaysia  

           

Badan  Perundangan   Bertanggungjawab  membuat  Undang-­‐undang  

Badan  Eksekutif   Bertanggungjawab  dalam  menjalan  kuasa  pemerintahan  dan  

menguatkuasakan  undang-­‐undang  

Badan  Kehakiman   Bertanggungjawab  menjalankan  penghakiman  dan  mentafsirkan  

undang-­‐undang.   *Ketua  Negara  -­‐  Yang  di-­‐Pertuan  Agong  (YDPA)  

 

Nota  #43  :  Doktrin  Pengasingan  Kuasa  

§ Struktur  pemerintahan  di  Malaysia  melalui  Perlembagaan  Persekutuan  mengasingkan  tiga   badan  yang  terlibat  dalam  pemerintahan  negara  iaitu  :  

o Badan  Perundangan   o Badan  Eksekutif   o Badan  Kehakiman  

§ Pengasingan  ini  disebut  sebagai  Doktrin  Pengasingan  Kuasa.  

§ Tujuan  -­‐  Bagi  mengelakkan  sebarang  bentuk  pemuafakatan/komplot  antara  badan   pemerintah  dengan  badan-­‐badan  lain.  

     

Yang  di-­‐Pertuan  Agong  

Parlimen   Kabinet   Mahkamah  

Badan   Perundangan  

Badan     Eksekutif  

(31)

Nota  #44  :    Kuasa  Eksekutif  

§ Pembahagian   kuasa   eksekutif   dibuat   berpandukan   kaedah   pembahagian   kuasa   perundangan.  Kuasa  eksekutif  kerajaan  pusat  tertumpu  kepada  Senarai  Persekutuan.  Bidang   kuasa  kerajaan  negeri  terkandung  dalam  Senarai  Negeri  dan  Senarai  Bersama.  

§ Perkara   94,   Perlembagaan   Persekutuan   memperuntukkan   beberapa   perkara   yang   membolehkan   kuasa   eksekutif   kerajaan   pusat   diperluaskan   dalam   Senarai   Negeri   dan   Senarai  Bersama.  

 

Nota  #45  :    Hal  Ehwal  Tanah  

§ Hal  Ehwal  Tanah  adalah  dibawah  kuasa  kerajaan  negeri.  

§ Walaubagaimanapun  kerajaan  pusat  boleh  campur  tangan  setelah  berunding  dengan   kerajaan  negeri  mengambil  tanah  bagi  maksud-­‐maksud  persekutuan.  

§ Kerajaan  pusat  tidak  boleh  mengambil  tanah  yang  dikhaskan  bagi  maksud  negeri  kecuali   untuk  kepentingan  negara.  

§ Perlembagaan  Persekutuan,  Perkara  92,  memberi  kuasa  kepada  kerajaan  pusat  untuk   mengambil  tanah  bagi  tujuan  sesuatu  rancangan  pembangunan.  

 

Nota  #46  :  Kuasa  Kewangan  

§ Perlembagaan  Persekutuan  memperuntukkan  semua  sumber  hasil  utama  terletak  di  bawah   bidang   kuasa   kerajaan   pusat.   Kerajaan   pusat   merupakan   pihak   berkuasa   pencukaian   yang   utama.  

§ Terdapat   dua   pemberian   wajib   kerajaan   persekutuan   kepada   semua   kerajaan   negeri   pada   setiap  tahun.  

1. Pemberian  mengikut  bilangan  orang  di  sesebuah  negeri.  

o 100,000  orang  pertama  -­‐  RM20/orang   o 150,000  orang  berikutnya  -­‐  RM10/orang   o 250,000  orang  berikutnya  -­‐  RM6/orang   o Seterusnya  -­‐  RM3/orang  

(32)

o Dikira   mengikut   perbelanjaan   purata   yang   ditanggung   oleh   kerajaan   negeri   bagi  

memelihara   satu   batu   jalan   mengikut   taraf   yang   rendah   didarab   dengan   jumlah   batuan  jalan-­‐jalan  negeri  yang  layak  menerima  pemberian  itu.  

§ Segala   wang   dan   hasil   kerajaan   negeri   hendaklah   dimasukkan   ke   dalam   Kumpulan   Wang   Yang   Disatukan   dan   dibelanjakan   mengikut   peruntukan   undang-­‐undang   perbekalan   yang   diluluskan  setiap  tahun.  

§ Kerajaan   negeri   tidak   boleh   membuat   apa-­‐apa   pinjaman   kecuali   daripada   kerajaan   pusat   atau  daripada  bank  yang  diluluskan  oleh  kerajaan  pusat  (tempoh  pinjaman  tidak  melebihi  5   tahun).  

 

Nota  #47  :  Kabinet  

§ Kabinet  merupakan  satu  badan  yang  tertinggi  yang  menjalankan  kuasa  eksekutif  Kerajaan   Persekutuan.  Pembentukan  kabinet  dibentuk  oleh  parti  yang  mendapat  kerusi  majoriti  di   Dewan  Rakyat.  Kabinet  adalah  sebuah  badan  eksekutif  dan  bukannya  sebuah  badan   pentadbiran.  

§ Jentera  Pentadbiran  Kerajaan  yang  melaksanakan  dasar  dan  arahan  Kabinet.  

§ Kabinet  diketuai  oleh  seorang  Perdana  Menteri  dan  dianggotai  oleh  menteri-­‐menteri  lain   sebagai  ahlinya.  Menteri-­‐menteri  dalam  kabinet  dilantik  oleh  Yang  di-­‐Pertuan  Agong  (YDPA)   dengan  nasihat  daripada  Perdana  Menteri.  

§ Perdana  Menteri  adalah  Ketua  Kerajaan.  Beliau  bertanggungjawab  dalam  memaklumkan   kepada  YDPA  dari  semasa  ke  semasa  tentang  hal  ehwal  pentadbiran  negara.  

§ Perdana  Menteri  mempengerusikan  Kabinet  dan  memimpin  kerajaan  dalam  semua  perkara   yang  berkaitan  dengan  dasar  negara.  

§ Kabinet  sebagai  badan  penggubal  dasar  negara  yang  tertinggi  membincangkan  dan   memutuskan  sesuatu  dasar  atau  pekara  penting  dalam  mesyuarat  kabinet.  

           

(33)

Nota  #48  :  Badan  Eksekutif  Kerajaan  Persekutuan  

                         

Nota  #49  :  Kementerian,  Jabatan  dan  Badan-­‐badan  Kerajaan  

§ Beberapa  buah  kementerian,  jabatan  dan  badan-­‐badan  kerajaan  ditubuhkan  bagi  

melaksanakan  tugas-­‐tugas  eksekutif  kerajaan  pusat.  Terdapat  25  buah  kementerian  yang   diketuai  oleh  seorang  Menteri,  dibantu  oleh  Timbalan  Menteri  dan  Setiausaha  Parlimen.   § Perdana  Menteri  dan  Timbalan  Perdana  Menteri  boleh  mengetuai  sebuah  atau  beberapa  

buah  kementerian.  Timbalan  Menteri  dan  Setiausaha  Parlimen  dilantik  oleh  YDPA  atas   nasihat  Perdana  Menteri  dari  kalangan  Dewan  Rakyat  dan  Dewan  Negara.  

§ Tugas  Setiausaha  Parlimen  adalah  membantu  Menteri  untuk  menjawab  pertanyaan  lisan   dalam  sidang  Parlimen,  menerangkan  dasar-­‐dasar  kementerian  dan  mengusulkan  undang-­‐ undang  atas  nama  Menteri.  

Jabatan-­‐jabatan  

Perdana  Menteri  dan   Menteri  Kabinet  

Badan-­‐badan   Berkanun   Kementerian-­‐kementerian  

Yang  di-­‐Pertuan  Agong  

Jabatan  Perdana  Menteri   Memberi  dasar  dan  

arahan  

Melaksanakan  Dasar   dan  Arahan  

Referensi

Dokumen terkait

efektivitasnya sama sehingga jika dilakukan analisis menggunakan tabel alternatif pada tabel 6 hasilnya adalah efektivitas biaya terapi kombinasi Haloperidol lebih baik

Pada Bab III, yaitu HASIL PENELITIAN DAN PEMBAHASAN, akan menjawab tentang rumusan masalah yang diteliti yaitu tentang : Pengawasan Bank Indonesia terhadap

Model pendekatan ini dipilih karena gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen Sang Pengelana dan Teka-Teki Semesta memerlukan pembacaan yang berulang agar

Tanggal Penjualan Kembali adalah tanggal-tanggal setelah Lock in Period dan suatu tanggal setiap 3 (tiga) bulan setelah tanggal terakhir Lock In Period dimana Pemegang Unit

HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI PERAWAT DENGAN KEPATUHAN PENGGUNAAN ALAT PELINDUNG DIRI (HANDSCOON DAN MASKER) DI RSI SULTAN

dalam praktik hukum acara perdata positif yang berlaku resmi sekarang, prinsip yang dianut bukanlah prinsip hakim pasif, melainkan prinsip hakim aktif yang

Hal yang sama juga dinyatakan oleh Swasti Dian Pratiwi (2013) dalam penelitiannya bahwa komponen gaya hidup yaitu aktivitas, minat, dan opini (AIO) mempengaruhi

5 Berlatar belakang dari uraian di atas, tergugah keinginan penulis memilih gamelan gender wayang sebagai objek penelitian, karena gender wayang merupakan salah satu