• Tidak ada hasil yang ditemukan

Burung Terbang Dipipiskan Lada

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Burung Terbang Dipipiskan Lada"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA A. SINOPSIS:

- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.

- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka dengan tujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.

- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan bahawa Tun Perak mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan memecatnya jika percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.

- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian berpihak Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermaufakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.

- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.

- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.

- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.

- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu

(2)

ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.

- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam, Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.

- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.

- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.

B. TEMA:

- Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.

- Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.

C. PERSOALAN:

1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.

2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara -Contohnya, perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya. 3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam. 4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka.

5. Keberanian menghadapi cabaran - Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.

(3)

6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju.

D. WATAK DAN PERWATAKAN:

1. Tun Perak:

- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.

- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.

- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula.

- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.

- berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengkita dengan Seri Nara diraja.

2. Sultan Muzaffar Syah:

- mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.

- perihatin - meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.

- bijaksana - mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.

- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.

- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan.

E. LATAR:

1. Latar tempat:

- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.

- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.

- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.

- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka. - Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.

2. Latar masa:

- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.

(4)

- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.

- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.

F. NILAI:

1. kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada waktu malam hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar Siam.

2. baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang persalinan.

3. bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.

4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.

5. keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.

6. Pengorbanan - Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.

G. PENGAJARAN:

1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara. Contohnya ...

2. Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan. Contohnya...

3. Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya ...

4. Kita mestilah sanggup bekeorab demi mendapatkan kebaikan. Contohnya, Sultan Muzaffar...

5. Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju. Contohnya, ...

6. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita.

(5)

PROSA KLASIK : BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA 1.0 Sinopsis

Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak menyerang kerajaan Melaka yang tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian hulubalang Melaka.

Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali sebagai Syahrunnuwi begitu kuat sehingga semua kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh Siam kecuali kerajaan Melaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffir Syah enggan memberi surat sebagai tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi Cakri membawa hulubalang dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka melalui hulu Pahang. Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari Kelang telah datang membawa bersama-sama dengan

(6)

anak isteri masing-masing. Pada masa itu, Seri Amerta dilantik oleh sultan sebagai bentara kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata.

Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk menyiasat tindakan Tun Perak tersebut. Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan sebanyak tiga kali oleh Seri Amerta. Tun Perak meminta Seri Amerta jangan mencampuri urusan orang lain. Baginda menjelaskan sekiranya orang Kelang yang datang dari jauh itu ditemani anak isteri masing-masing, mereka akan berperang dengan lebih bersemangat. Apabila hal ini disampaikan kepada Duli Yang diPertuan, baginda amat bersetuju dengan tindakan Tun Perak itu lalu menitahkan Tun Perak terus bermastautin di Melaka. Apabila serangan Siam itu telah dapat dipatahkan, Tun Perak telah dijadikan sebagai bentara di Melaka.

Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh Tun Perak menghadap kerana ada seorang orang Kelang mengadu bahawa dirinya dianiayai oleh Tun Perak. Setelah disoal siasat, Tun Perak menyatakan bahawa Seri Amerta tidak memahami tugas dan tanggungjawab diamanahkan oleh Sultan. Sultan bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf dengan Seri Nara Diraja.

Seri Nara Diraja sudah tua dan tidak mempunyai anak lelaki,hanya ada seorang anak perempuan yang bernama Tun Putih hasil perkahwinan dengan anak bendahara. Setelah isterinya itu mangkat barulah Seri Nara Diraja mengakui bahawa baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Tun Nina Madi hasil perhubungan dengan gundik istana.

Pada masa itu masyarakat Melayu telah berpecah kepada dua puak iaitu puak Paduka Raja dan puak Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Kedua-dua orang besar ini tidak dapat bekerjasama kerana berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh Sultan Muzaffir Syah, baginda amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika pembesarnya saling tidak bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan penyelesaian dengan mencai jodoh baru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya telah ditolak oleh Seri Nara Diraja sehinggalah dia dijodohkan dengan Tun Kudu anak perempuan Bendahara Seri Wak Raja, saudara kepada Paduka Raja. Justeru, hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja kembali baik apabila baginda bersetuju supaya Paduka Raja dilantik sebagai bendahara manakala Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

Tidak lama kemudian orang Siam di bawah pimpinan Awi Dicu menyerang Melaka. Sultan mengetahui hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri Bija Diraja dan segala hulubalang untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija Diraja bernama Tun Umar yang berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu pihak Siam, tiga buah perahu Siam telah dikalahkan dengan

(7)

hanya sebuah perahunya. Pihak Siam menjadi takut dan membatalkan hasrat menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja menggunakan strategi memasangkan puntung api pada pokok-pokok di sepanjang pantai seolah-olah banyak perahu perang Melaka yang dibawa untuk mempertahankan Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak Siam berundur, Bendahara Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan yang mulia.

Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahuan Paduka Bubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerang Melaka tetapi anaknya Cau Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam bersetuju lalu menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang kecil di bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila berita rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab yang mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam. Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena panahan tersebut di dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberi ganjaran yang setimpalnya.

Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah. Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.

2.0 Tema

Keghairahan Siam menyerang Melaka tanpa menilai kelemahan diri sendiri dan menyiasat kekuatan pihak lawan terlebih dahulu sebelum mengatur serangan.

3.0 Persoalan

1.

Kebijaksanaan Tun Perak dalam mengatur strategi menghalang serangan dari Siam

Contoh: Tun Perak membawa rakyat dari Kelang bersama-sama anak isteri untuk menaikkan semangat berperang

Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok nyirih dan pokok api-api di sepanjang pantai bagi menakutkan pihak musuh.

2.

Semangat tidak mudah berputus asa.

Siam mengatur serangan ke atas Melaka sebanyak tiga kali walaupun kesemua percubaan tersebut menemui kegagalan.

3.

Kepentingan permuafakatan antara pemimpin memperkukuh ketahanan negara.

(8)

Konflik antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja telah menyebabkan masyarakat berpecah yang boleh melemahkan kekuatan negara.

4.

Perkahwinan dapat mengeratkan perhubungan persaudaraan.

Contohnya, Sultan telah menjodohkan Tun Kudu anak saudara Tun Perak dengan Sri Nara Diraja.

5.

Tanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing tanpa mencampuri urusan orang lain

Tun Perak meminta Seri Amarta tidak mencampuri urusannya dan mempersoalkan sesuatu tindakan yang diambil.

6.

Merahsiakan sesuatu perkara bagi mengelakkan konflik dalam keluarga. Seri Nara Diraja merahsiakan anak hasil hubungannya dengan gundik bagi mengelakkan berkonflik dengan isteri

7.

Unsur kesaktian dalam peperangan

Sidi Arab mempunyai kesaktian dalam ilmu memanah. Beliau telah memanah dari Melaka sehingga dapat membunuh Cau Pandan yang berada di benua Siam.

KEFAHAMAN PROSA TRADISIONAL

Aktiviti:

i. Bincangkan jawapan bersama ahli kumpulan anda. ii. Bentangkan jawapan kumpulan anda di hadapan kelas.

Soalan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah, maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itupun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja, segala pohon kayu bakau dan nyarih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambah puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam itu api tiada terbilang lagi banyaknya. Maka kata hulubalang Siam, "Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang, apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita."

Maka kata Awi Dicu, "Benarlah seperti kata kamu itu, marilah kita kembali sebelum hari siang ini." Maka segala orang Siam pun kembalilah.

(9)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan "kelakuannya gila-gila bahasa"? [2 markah]

2. Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja dalam petikan di atas untuk menakutkan askar Siam itu?

[3 markah]

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah peperangan di antara dua buah negara boleh dielakkan?

[4

markah] 4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh rakyat di negara kita supaya negara kita tidak dijajah oleh kuasa asing?

[4 markah]

5. Huraikah satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai yang terdapat dalam cerita tersebut.

[4 markah]

Soalan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dan telah sudah lepas edah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka jadi maufakatlah Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."

Maka titah baginda, "Baiklah."

Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya, pertama Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu ada tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada, dan di Pasak, Orang Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

1. Beri maksud rangkai kata di bawah: [2

markah]

i. berkasih-kasihan - ii. sejalan sejadi -

2. Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis dalam ketiga-tiga negeri tersebut?

(10)

[4

markah] 3. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara merupakan seorang yang berkualiti tinggi. Pada pendapat anda mengapakah rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan oleh sesebuah negara?

[4 markah]

4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi rakyat yang berkualiti tinggi seperti bendahara Paduka Raja?

[4 markah]

5. Berdasarkan petikan di atas, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan tersebut.

[4 markah]

6. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerita tersebut.

[4 markah]

SKEMA JAWAPAN: SOALAN 1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan "kelakuannya gila-gila bahasa"? [2 markah]

2. Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja dalam petikan di atas untuk menakutkan askar Siam itu? [3 markah]

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah peperangan di antara dua buah negara boleh dielakkan?

[4 markah]

4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh rakyat di negara kita supaya negara kita tidak dijajah oleh kuasa asing? [4 markah]

5. Huraikah satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai yang terdapat dalam cerita tersebut. [4 markah]

SOALAN 2

1. Beri maksud rangkai kata di bawah: [2 markah]

i. berkasih-kasihan - berkasih-sayang/ berbaik-baik ii. sejalan sejadi - sehati sejiwa/ bersefahaman

2. Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis dalam ketiga-tiga negeri tersebut?

(11)

[4

markah]

Orang yang dianggap bijaksana di ketiga-tiga negeri tersebut ialah Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kayanan di Pasak. Di Melaka pula, mereka yang dianggap bijaksana ialah Bendahara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja.

3. Dalam petikan di atas, Paduka Raja yang dilantik sebagai bendahara merupakan seorang yang berkualiti tinggi. Pada pendapat anda mengapakah rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan oleh

sesebuah negara? [4

markah]

Rakyat yang berkualiti tinggi seperti Paduka Raja amat diperlukan oleh sesebuah negara kerana mereka dapat memimpin sesebuah negara sehingga negara menjadi kuat. Rakyat yang berkualiti juga diperlukan bagi menjaga keselamatan negara daripada dijajah oleh kuasa luar. Selain itu, rakyat yang berkualiti tinggi akan dapat membentuk rakyat supaya bersatu-padu dan keamanan negara akan terjamin. Akhir sekali, Rakyat yang berkualiti tinggi amat diperlukan bagi membangunkan ekonomi dan bidang sosial di negara tersebut.

4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi rakyat yang berkualiti tinggi seperti bendahara Paduka Raja?

[4 markah]

Untuk melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi, kita perlu memastikan orang ramai mendapatkan pendidikan yang berkualiti supaya rakyat berilmu pengetahuan tinggi. Kita juga perlu menyediakan latihan kepada rakyat agar mereka dapat menjadi tenaga kerja mahir yang boleh memajukan ekonomi negara. Selain itu, kita juga perlu menanamkan semangat patriotisme kepada mereka supaya mereka berani mempertahankan negara daripada serangan musuh. Akhir sekali, kita perlu memastikan perpaduan sentiasa terjaga supaya dapat melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi.

5. Berdasarkan petikan di atas, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan tersebut.

[4 markah]

Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah masyarakat bangsawan. Mereka adalah terdiri daripada pemerintah negara seperti Paduka Raja yang memegang jawatan sebagai bendahara. Latar masyarakat yang lain ialah askar Siam. Mereka telah diperintahkan oleh Paduka Bubunya untuk

(12)

menyerang Melaka kerana ingin menakluki Melaka yang pada masa itu sangat maju.

6. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerita tersebut.

[4 markah]

Pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita perlu bijak menggunakan strategi untuk mendapatkan kemenangan dalam sesuatu yang kita lakukan. Contohnya, Paduka Raja meletakkan unggun api pada pokok bakau untuk menakutkan askar Siam pada waktu malam. Pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerita ini ialah kita mesti menghargai pengorbanan dan jasa yang telah disumbangkan oleh orang lain. Contohnya, Sultan Muzaffar menghargai jasa askarnya yang telah mengalahkan askar Siam dengan memberi persalinan baru.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil wawancara dengan informan menjelaskan bahwa, penilaian terhadap output program bantuan bahan pustaka yaitu tujuan dalam rangka pemerataan pemberian bantuan sudah

Beberаpа kаrаkteristik dаri mаskаpаi low cost cаrrier (LCC) аtаu penerbаngаn berbiаyа murаh аdаlаh stаndrаtisаsi pаdа kаbin dаn аrmаdа pesаwаt, menghilаngkаn

Petatrnan Menteri Dalam Negeri Nomor 13 Tahun 2006 tentang Pedoman Pengelolaan Keuangan Daerah sebagaimana telatr diubah dengan Peraturan.. Menteri Dalam Negeri Nomor

Menghitung waktu antara 2 consecutive landing ( weighted time between 2 consecutive landing /MTTS), dilakukan dengan menghitung total separasi antara 2 consecutive

Hal ini menunjukkan bahwa sekitar 97% peningkatan bobot kering tanaman dipengaruhi oleh peningkatan dosis pupuk kandang sapi, sedangkan 3%nya dipengaruhi oleh hal-hal

dibandingkan dengan produksi pada tahun 2013 produksi tahun 2014 untuk tanaman kelapa mengalami penurunan yang cukup tinggi yaitu sekitar 85%,hal ini disebabkan

Tahap Uji Kinerja Bahan Bakar Solar + Bioaditif Pada Mesin Diesel LIPI Serpong……….36a. Uji

Disarankan kepada perusahaan dalam hal ini produsen Blackberry yang diwakili oleh garansi-garansi resminya harus selalu melakukan riset terus menerus untuk mengetahui