• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERLEMBAGAAN PPIM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERLEMBAGAAN PPIM"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PERLEMBAGAAN PPIM

Fasal 1 : Nama dan Alamat.

i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama ... ...

ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini

adalah ... ...

Fasal 2 : Tujuan Persatuan

i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.

ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid. iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.

Fasal 3 : Keahlian

i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah. ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.

iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi pelajar bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.

i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan.

ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

(2)

Fasal 5 : Mesyuarat.

Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: - memilih Ahli Jawatan Kuasa persatuan.

- kewangan

- ucapan penangguhan - cadangan-cadangan

ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada: a. Pengerusi

b. Setiausaha c. Bendahari d. Enam orang AJK

iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan. iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.

v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli. vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa. Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan

i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mensyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.

ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.

iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan

i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui : a. wang SUWA (Kokurikulum).

b. sumbangan PIBG.

(3)

ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan

i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuara agung. ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran

i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah

muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran

i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir sekolah.

... (NAMA & T.TANGAN PENGETUA)

(4)

... (NAMA & T.TANGAN PEN KANAN HEM)

PENUBUHAN DAN PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PPIM DI SEKOLAH

1. Guru Pemimpin mendapatkan senarai pelajar yang berminat untuk menjadi ahli PPIM.

2. a) Menguruskan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan mengisi borang pendaftaran penubuhan PPIM dalam 5 salinan:

Salinan 1 dihantar terus ke Ibu Pejabat PPIM (u.p. Setiausaha Kehormat PPIM)

Salinan 2 kepada Setiausaha Perhubungan Negeri Salinan 3 kepada Setiausaha Daerah

Salinan 4 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Salinan 5 untuk fail sekolah

b) Borang Pendaftaran boleh diperolehi daripada PPIM Kebangsaan beralamat: Setiausaha Kehormat,

Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Bangunan Tunku Puan Besar Kursiah, Jalan Pantai Baru,

Kuala Lumpur.

3. a) Ibu pejabat PPIM akan menghantar surat Pengesahan Pendaftaran, Kad Perakuan Pendaftaran (Berserta nombor pendaftaran) bersama-sama sukatan pelajaran.

b) Kad Perakuan Pendaftaran dikeluarkan hanya sekali sahaja. Ia merupakan 'PERMIT' dan perlu disimpan di sekolah dengan selamat. Adalah lebih baik jika dipamerkan di Bilik Kokurikulum.

4. Pendaftaran Ahli:

a) Borang Kebenaran Ibu bapa:

(5)

b) Borang Ahli (Lampiran F)

Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor Pendaftaran. Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah.

c) Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform (Lampiran G) Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform) - Lampiran G. Borang hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPIM. 5. a) Yuran Ahli

i. Murid:

Yuran dikenakan RM2.00 setahun Agihan adalah seperti

Sekolah - 70 sen Daerah - 10 sen Negeri - 10 sen Pusat/kebangsaan - 10 sen ii. Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform: Yuran dikenakan RM2.00 setahun

Agihan adalah seperti Ibu Pejabat PPIM RM0.50 Perhubungan Negeri/BPG RM1.50

Yuran hendaklah dijelaskan melalui 'money order/postal order/cek' di atas nama Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan dijelaskan sebelum bulan Mac setiap tahun.

b) Yuran Tahunan (Lampiran I)

Setiap ahli (murid) perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM1.00 dengan menggunakan Borang Yuran Tahunan (Lampiran I)

Agihan yuran sama seperti (i)

Yuran ahli Tidak Beruniform, Pensyarah dan Guru

Pemimpin adalah sebanyak RM2.00 dan agihan sama seperti (ii) Perhatian: Pastikan perkara-perkara berikut dihantar kepada:

a) Ibu Pejabat PPIM (Kebangsaan)

i Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E ii Senarai nama ahli - Lampiran H

(6)

iii Yuran - 10 sen bagi setiap ahli b) Perhubungan Negeri

i Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E ii Borang ahli - Lampiran F

iii Senarai nama ahli - Lampiran H iv Yuran - 10 sen setiap ahli c) Perhubungan Daerah

i Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E ii Senarai nama ahli - Lampiran H

iii Yuran ahli - 10 sen setiap ahli d) Jabatan Pendidikan Negeri ( u.p. Unit Kokurikulum)

i Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E

ii Surat Pengesahan Pendaftaran dari Ibu Pejabat PPIM

6. Pembahagian ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan

a) Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada beberapa kumpulan.

b) Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.

c) Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.

d) Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut format

Contohnya:

Pada tahun 1988 Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan ahlinya seramai 85 orang.

7. Menyediakan Keperluan Asas

Pensyarah Pemimpin/Ketua Guru Pemimpin/Guru Pemimpin /Guru Pemimpin perlu membeli: a) Buku Perlembagaan

b) Bendera PPIM c) Kaset lagu PPIM

d) Lencana Pemimpin dan Puteri e) Kad Ahli

f) Uniform - Kain merah jambu g) Buku Panduan Pemimpin

(7)

h) Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM i) Sukatan Pelajaran

8. Menyediakan Keperluan Asas

a) Buku/Rekod Pendaftaran Ahli - Lampiran K (Nama dan butir-butir peribadi)

b) Buku/Rekod Kehadiran Pasukan - Lampiran L c) Buku/Rekod Yuran Ahli - Lampiran M

d) Buku/Akaun (Penyata Kewangan) Lain-lain Keperluan:

fail-fail Buku Stok Cop-cop

9. Cara Pembahagian Ahli

Pasukan 1 ada 45 orang - Kumpulan 1 - 15 orang Kumpulan 2 - 15 orang Kumpulan 3 - 15 orang Pasukan 2 ada 40 orang - Kumpulan 4 - 15 orang Kumpulan 5 - 15 orang Kumpulan 6 - 15 orang 10. Cara Menamakan Pasukan/Kumpulan

Pasukan 1 SSP (M) WPKL/1/88 Kumpulan 1 - Kumpulan Mawar Kumpulan 2 - Kumpulan Anggerik Kumpulan 3 - Kumpulan Kemboja Pasukan 2 SSP (M) WPKL/2/88 Kumpulan 4 - Kumpulan Melati Kumpulan 5 - Kumpulan Teratai

Pada tahun 1990, bilangan ahli baru bertambah di Sekolah Seri Puteri seramai 40 orang lagi. Ini bermakna pertambahan 1 pasukan lagi, iaitu 3 kumpulan.

11. Cara Pembahagian Ahli dan Menamakan Pasukan/Kumpulan Pasukan 3 - SSP (M) WPKL/30/90

(8)

Kumpulan 8 - Kumpulan Matahari - 15 orang Kumpulan 9 - Kumpulan Cempaka -10 orang Jumlah ahli baru 40 orang

Dengan lain perkataan, PPIM di sekolah Seri Puteri Bilangan Pasukan - 3

Bilangan Kumpulan - 9

Bilangan ahli PPIM - 125 orang

12. Peringkat Penglibatan

Di peringkat sekolah pula, penglibatan sepenuhnya adakah dengan unit Kokurikulum dan

Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) yang diwujudkan berdasarkan Pekeliling Iktisas Bil 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985.

13. Mengemas kini Rekod dan Pengumpulan Maklumat i Statistik

a) Keahlian

i. Bilangan ahli PPIM, mengikut sekolah/daerah/negeri/kebangsaan.

ii. Bilangan ahli tidak beruniform mengikut sekolah/daerah/negeri/kebangsaan. b) Maklumat Guru

i. Bilangan Guru-Guru Pemimpin, mengikut sekolah/daerah/negeri/kebangsaan. ii. Rekod guru-guru yang telah menghadiri kursus peringkat

daerah/negeri/kebangsaan.

iii. Rekod guru-guru yang telah mengikuti perkhemahan di peringkat sekolah/daerah/negeri/kebangsaan.

c) Lain-lain Maklumat

i. Rekod Hari Puteri/Tokoh Puteri dan Biodata mengikut tahun.

ii. Rekod aktiviti PPIM

iii. Penyertaan perwakilan PPIM (ahli dan Pemimpin) ke seminar, bengkel, simposium, perhimpunan, persidangan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

iv. Senarai perwakilan PPIM sebagai Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia dan Majlis Negeri serta Daerah.

(9)

vi. Senarai AJK Pentadbir Peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah atau Jawatankuasa Peringkat Sekolah.

LATAR BELAKANG PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

(10)

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.

Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

(11)

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

(12)
(13)

Baju kawad

PAKAIAN

SERAGAM AHLI DAN

(14)

Baju pemimpin

(15)

Baju Puteri

(16)

Referensi

Dokumen terkait

1) Guru sebagai pengajar, menyampaikan ilmu pengetahuan, perlu memiliki keterampilan memberikan informasi kepada siswa. 2) Guru sebagai pemimpin kelas, perlu

(c) Sekiranya dipersetujui dengan suara terbanyak oleh ahli-ahli yang hadir, perkara-perkara yang tidak dimasukkan dalam agenda mesyuarat biasa boleh dikemukakan untuk

(c) Dokumen persyaratan pendaftaran BPJS Ketenagakerjaan dan BPJS Kesehatan, yakni e-KTP dan Kartu Keluarga, menjadi kendala bagi PMI untuk mendaftar sebagai

Dalam proses pelayanan hukum yang diberikan oleh Analis Hukum Ahli Pertama dalam pendaftaran kewarganegaraan bagi anak, Analis Hukum Ahli Pertama perlu memeriksa dokumen yang

c. Penilaian angket ahli bidang media, ahli bidang materi, uji coba siswa dan validasi desain akhir oleh guru mata pelajaran Kimia dengan menggunakan instrumen angket tertutup

Seterusnya, aspek kompetensi yang perlu dicapai oleh guru sekolah rendah Indonesia menurut Undang-Undang Guru dan Pensyarah (2005), Peraturan Pemerintah (2005) dan

Pada peringkat pendidikan, guru-guru dan pensyarah hendaklah berkemahiran dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mengikut perkembangan semasa.Seharusnya,

1.0 Login pengguna Pengguna perlu login kepada portal pengguna awam untuk membuat permohonan yang berkaitan: o Permohonan Pendaftaran Pepasangan Baru Pengguna yang telah mendaftar