• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dauroh Khusus- JALAN DAKWAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dauroh Khusus- JALAN DAKWAH"

Copied!
45
0
0

Teks penuh

(1)

Beberapa risalah

Dakwah

Kita

Ketika manusia menjalani pelbagai jalan mereka

Kita menyusuri jalan kita

(2)

Jalan Dakwah

Konsis Networks

(3)

Kertas 1 : JALAN DAKWAH - Tabiat,

wasilah dan marhalah.

Di saring dari tulisan Al-Ustaz MM.

• Dakwah - penerusan kerja para Rasul dan rentetan dakwah awal. • Tujuan - Allah matlamat- membawa manusia semua menjadi

hamba Allah sahaja (kesah Rib’iyy bin Aamir.

• Tugas - pimpin dunia, ajar manusia. Bukan juz’iyyah dan terhad tempat, bangsa dan bidang tertentu.

• Balasan - syurga (yang lain kecil belaka), bebas dari neraka dan bersama para Nabi di akhirat.

Tabiat jalan dakwah

:

• Tidak ditaburi bunga, susah, panjang. (9:42)

• Memerlukan ketekunan, pengorbanan tanpa fikirkan pulangan. • Hanya bekerja, bukan lihat hasil (Lihat SQ.)

• Gangguan dan mehnah perkara biasa, sejak dahulu kala (Lihat Rahim Makhtum)

• mereka-reka tuduhan

• mengacau dengan tarikan lain • memujuk dengan kebendaan • dll.

• Da’I yakin kesudahan baik hak orang beriman.(11:49)

• Dakwah hari ini  sama zaman Nabi: dagang, ditindas, dikepung oleh kafir dan juga muslim, sikit bilangan pendakwah dan penerima  akhirnya dakwah menang juga.

Wasilah dakwah

:

• 3 wasilah umum : • Iman mendalam,

• takwin yang kemas dan • kerja berterusan.

• Bentuk 7 peringkat dakwah - fardu muslim…

• Tidak boleh di langkau atau ditinggalkan sebahagian dari wasilah dan bentuk.

• Kegopohan dalam kerja akan hancur dan bahaya - seperti bina bangunan.

• Amaran Al-Banna : Siapa yang ingin memetik buah sebelum masak…

Marhalah dakwah

:

• Kita sekarang sama dengan marhalah mekah.

• Marhalah sekarang ini - perlu kerja kuat dan orang yang kuat:

• Kemahuan (iradah)

• Kesetiaan (wafa’)

• Pengorbanan (tadhiyyah)

• Kefahaman (fahm)

(4)

3 Marhalah dakwah:

• Ta’rif • Takwin • Tanfiz

Berjalan serentak - da’I memilih mana yang sesuai dengan dirinya dan keadaan. Tetapi kelahirannya menurut tertib.

Taarif:

• Kefahaman terhadap Islam penting - agar tidak menyeleweng. • Kefahaman yang benar adalah pada Al-Quran - Allah

memeliharaNya.

• Pelbagai kefahaman timbul dalam dakwah - ekstrim dan lemah. • Kita bukan qadhi tapi pendakwah.

• Masyarakat yang tidak faham perlu diberi faham - bukan dicop. • Perlu jelaskan kesyumulan Islam - dosa jika hanya ceritakan

sebahagian Islam kerana takut.

• Perlu tunjukkan contoh kepada manusia - kita bersih dari kepentingan dunia.

• Hendaklah memberikan seluruh hidup adalah untuk Islam.

• Perlu memahami perkara semasa – bagi mudah terangkan Islam –

• Sampaikan hingga dirasakan Islam mudah dan bukan merumitkan.

• Perlu mengetahui keadaan orang yang diceritakan – beri ikut kemampuan.

• Da’I mesti faham apa yang dikehendaki dari percakapan dan

penyampaiannya – bukan taqlid dan mengikut buta apa yang dibuat dan diperolehi.

• Penekanan akidah sebelum furu’

Ciri-ciri ta’arif

• menyebarkan fikrah

• menggunakan cara persatuan dan organisasi terbukan jika perlu. • tugas : kebaikan untuk semua

• wasilah : Ceramah, penerangan, mendirikan platform kebajikan dll.

• dakwah untuk umum – siapa saja boleh ikut.

• siapa yang janji untuk ikut peraturan dipersilakan bagi saham • tidak perlu ketaatan penuh.

Takwin

• penapisan unsur yang baik sahaja • Bentuk : sufi dan askari

• Perlaksanaan: dalam katibah.

• Slogan : suruh dan patuh tanpa banyak soal

• Dakwah : khusus (bagi yang bersedia sahaja, tanda awal : kesediaan untuk taat)

• Target : untuk membina Individu Muslim yang melengkapi 10 sifat.

Tanfiz

• Bentuk: Jihad tanpa gentar, kerja berterusan tanpa henti dan mehnah.

• Perlukan ketaatan total

(5)

Kertas 2: TAKWIN - tuntutan dan ciri-ciri

praktik.

Disaring dari tulisan Al-Ustaz MM, AR dan SQ.

Muqaddimah

:

• Membentuk rijal lebih berat dari mendirikan kilang.

• Manusia semua tidak sama. Ada yang mampu menanggung beban dakwah dan memberi pengorbanan sepatutnya.

• Perlu kepada orang mensebatikan dakwah dengan darah dagingnya.

Di mana kedudukan takwin

?

• Taarif tanpa takwin mensia-siakan dakwah.

• Kesedaran pada ‘taarif’ perlu di pupuk untuk tindakan dan perubahan.

• Perubahan bermula dengan perubahan diri (

( …ام ريغي ل هللا نإ

ملسلا ةلود اوميقأ)

..)

• Takwin yang dikehendaki - melahirkan manusia 10 sifat (fardu muslim).

• Rijal tersebut menjadi teras gerakan Islam - benih kepada daulah Islam.

• Madrasah Rasulullah saw melahirkan rijal melalui proses takwin di rumah Arqam bin Abi Arqam.

• Proses dakwah dan ujian (mehnah) akan menjadi penapis kepada proses takwin (kesah Tolut dan Al-Sabiqun al-Awwalun).

Mengapa perlu takwin ? (Muntalaq

(

• Dakwah memerlukan kerja yang banyak dan berat.

• Tidak semua orang mampu menanggung kerja berat dan berterusan.

• Tugas pertama dakwah - memilih unsur yang baik dalam masyarakat dan men’takwin’ sebagai tenaga yang akan menjadi pekerja/kader (Islam’s Workers).

• Mereka yang tidak betul melalui takwin  memberi fitnah kepada Islam.

• Unsur ini di ‘tajmi’, di’tarbiyyah’ dan di ‘tafqih’ (M-245)

• Tidak boleh membuka medan baru dakwah tanpa ada kader yang cukup  membunuh.

• Cara tarbiyyah - berat - panjang - lambat  tetapi paling selamat. Takwin dalam sejarah dakwah Islam awal - qaidah sulbah (Lihat Zilal &

Munir Ghadban

(

• Dakwah Rasulullah saw dimulakan dengan sirr - kemudian jahr. • Nabi saw memilih anasir yang baik - eg. Abu Bakar, berdoa untuk

(6)

• Mereka tidak dibiarkan - dididik dengan Al-Quran (Jil Quran Farid) • Memandang jahiliyyah terlalu kotor dan jijik.

• Hanya Al-Quran sebagai sumber (kesah Umar dengan Taurat). • Cara talaqqi mereka dengan Al-Quran.

• Tujuan membaca Al-Quran..? Mereka meneliti Al-Quran bukan untuk:menambah pengetahuan seronok dan merasa

keindahannya dsb TETAPI membaca dengan tujuan

mengetahui apakah arahan yang ingin disampaikan oleh Allah kepada mereka, kepada jamaah mereka dan dalam hidup mereka. Mereka terus melaksanakan apa-apa yang diterima di dalam Al-Quran.

• Oleh itu tidak suka membanyakkan Al-Quran kecuali setelah dapat mengamalkan apa yang telah didengari dulu.

• Mehnah dan siksaan menapis dan mematang mereka - tidak berganjak.

• Bila bilangan telah mencukupi - Allah beri pertolongan dan kejayaan (daulah).

• Ahlu Madinah (Ansar) adalah qaedah sulbah kedua.

• Mampu kekal dan bertahan selepas kewafatan Rasul dan mehnah murtad dan kecelaruan fitnah.

Ciri-ciri marhalah takwin

:

• Bentuk : sufi dan askari • Perlaksanaan: dalam katibah.

• Slogan : suruh dan patuh tanpa banyak soal

• Dakwah : khusus (bagi yang bersedia sahaja, tanda awal : kesediaan untuk taat)

Praktikal takwin

:

1. Pemilihan

Cara pemilihan:

• Melalui program-program taarif • Dakwah fardiyyah

Unsur pemilihan

• Akal - kecerdikan, ilmu, suka belajar,

• Kejiwaan - tidak ekstrim, tidak manja, tidak terlalu sensitif. • Tabii - berani, sabar, kuat tahammul

• Sosial - mudah bergaul, peramah

• Latarbelakang - keluarga, intima’, tiada syubhat.

2. Pembentukan

Step-step pembentukan Step I

• Mengenali Islam

• Menyayangi / Intima’ dengan Islam

• Hubungan dengan Allah, Kitab Allah, Rasul dan Hadis. • Iltizam dengan Islam

• Membiasakan diri dengan adab Islam dan membuang adab-adab jahiliyyah.

(7)

Step II

• Merasai kepentingan dakwah dan bekerja untuk Islam.

• Membiasakan diri dengan mendengar dan taat dalam perkara ma’ruf.

• Merasai kepentingan bekerja secara jama’i. • Merasai kepentingan jihad.

Hubungan mas’ul dan jundiyy

• Amal jama’I memerlukan adanya hubungan yang erat antara mas’ul/ naqib dan jundiyy.

• Hubungan mengatasi kekeluargaan, keturunan dan lain-lain ikatan. • Naqib menjadi satu-satunya sumber:

• Maklumat • Arahan Ketaatan

• Sebagai latihan amal Islami dan jihad. • Hanya dalam perkara ma’ruf sahaja.

• Merangkumi segala keadaan : senang dan susah, suka dan benci dll.

• Ketaatan ini berpahala.

• Tidak menghalang untuk memberikan cadangan dan meminta penafsiran (Kesah Hubab bin Munzir dalam Ghazwah Badr)

Kerahsiaan & Kewaspadaan

• Penentangan suatu kemestian samada masyarakat atau hukumah & kedua-duanya (suatu tabiat dakwah yang benar). • Perlu ambil langkah penjagaan - perlu cermat dan objektif

(bukan emosi).

• Kurang hazar - pukulan maut.

• Lebih hazar - jumud, penakut, benci mati dll.

• Pertimbangan mesti menggunakan qaidah masolih mursalah, akbar maslahatain dan akhaf al-darurain. • Pengajaran dari Seerah Nabawi : Nabi memulakan

dakwah dengan sirr-Setengah-setengah sahabat

mengamalkan sirr (Kesah Ali dengan Abu Zarr) - Setengah sahabat disirrkan Islam mereka (Abbas).

• Maklumat diberikan sekadar keperluan. Maklumat tidak menambah kehebatan jundiyy dalam dakwah.

• Kurang maklumat lebih selamat dari terlebih maklumat. • Jundiyy tidak patut rasa disisih bila tidak diberi

maklumat.

Cara-cara praktik sirr:

Sir amal

• kerja senyap tanpa isytihar

• perbanyak hubungan fardi & kumpul ansar. • sebaran tanpa nama

• bekerja atas platform • kelas dan ceramah umum

• rehlah dan mukhayyam (atas nama atau tanpa nama). • kadar sir mengikut keadaan.

(8)

Sir Individu

• nama-nama orang bersama.

• boleh dibuka kepada mad'u yang dipercayai sahaja. • tidak menyimpan data yang boleh dipegang.

• menggunakan nama samaran dalam komunikasi.

Antara terbuka dan membuka (inkisyaf dan inkisyaf mu'tamad).

(9)

Kertas 3: WASAIL TAKWIN -

matlamat dan halatuju

Kenapa wasa’il

?

• Takwin perlukan wasail.

• Matlamat takwin satu tetapi pendekatan wasail berbeza mengikut masa, tempat, kesesuaian dan amniyyah.

• Wasail mesti merangkumi semua aspek peribadi seorang da’I (ruhiyy, aqliyy, jasadiyy).

Jenis-jenis wasail

:

1. Usrah

• Pengikat jundiyy dengan penyusunan dakwah.

• Tempat perjumpaan antara jundiyy dengan naqib/ mas’ul. • Ilmu, nasihat, masalah, perbincangan dll

• Wajib dihadiri kecuali kerana uzur syar’I 2. Katibah

• Pertemuan dengan usrah yang lain. • Ruhiyy dan ukhawiyy

3. Rehlah dan Mukhayyam

4. Jaulah, Ziarah, Qiyam, Puasa dll. Matlamat

:

• Membentuk fikrah Islami dan kesatuan fikrah dalam kerja Islam. • Mengeratkan hubungan antara mereka yang faham / mengenali

dengan lebih erat.

• Naqib mengenali apa yang perlu ditekankan kepada anak buahnya samada aqli, ruhiyy dan dll.

• Menjauhkan dari futur dan lemah semangat kerja Islam. Pengendalian Wasa’il

:

• Naqib/ mas’ul tidak jumud dengan bentuk wasa’il.

• Naqib mesti faham apa yang perlu dicapai dari tiap-tiap wasilah dan setiap kali wasilah.

• Naqib/ mas’ul boleh menyesuaikan setiap wasilah dengan cepat bagi mencapai matlamat setiap program.

Halatuju setiap wasa’il • Peringkat-peringkat • Apa yang perlu dicapai

(10)

KERTAS 4 : AMAL ISLAMI - apa

masalah kita?

1

.

Kasal Da’awi

:

• Dai lesu, tidak produktif, mandul dan tidak menggunakan peluang yang ada.

• Menjadi sama dengan orang yang tidak faham.

• Sibuk dengan perkara remeh temeh, hobi, membuang masa dan mengejar dunia.

• Sibuk dengan urusan rezeki, melebihi keperluan dakwah dan kehidupan.

• Ramai menjadi anak derhaka kepada dakwah.

Sebab:

• lemah jiwa

• persekitaran yang tidak baik • lupa akhirat

• lupa mati

• tidak jelas matlamat dakwah

• ragu-ragu dakwah akan sampai kepada matlamat

Ubat:

• Menyerah dan mengadu kepada Allah dengan solat dan sujud.

• Ingat dan berfikir tentang mati.

• Ingat nikmat Allah menjadikannya seorang ahli dakwah.

• memahami cara dan helah syaitan.

• menjaga lidah dari timbulkan masalah. selalu zikir kepada Allah.

• menyegerakan buat amalan taqwa peribadi - Quran, solat, beri makan orang miskin, duduk dengan orang solih, ziarah sahabat yang cergas dll.

2. Tiada tersusun

• Ada da’i yang bersemangat - tidak berada dalam penyusunan. • Mahu bebas melakukan kerja Islam tanpa terikat dengan

penyusunan.

• Cara masing-masing - tiada tansiq dengan pekerja Islam lain. Sepatutnya:

• Bersedia untuk disusun dalam penyusunan (spt. Kumpulan pelakon teater).

• Ibarat tentera dalam berek - menunggu arahan (Hadis: La Hijrata..) 3. Dijadikan kerja sampingan

• Dakwah perlukan kesungguhan, bukan hanya masa kosong. • Matlamat dakwah sangat besar, perlukan pekerja sepenuh masa

yang ada.

(11)

• Musuh siap perancangan, harta, tenaga, masa, penyelidekan untuk hancurkan Islam dan dakwah.

4

.

Sibuk dengan amal dhaif

Da’I perlu ada matlamat yang jelas (tahu ke mana akan pergi & tahu jauh dekat).

Apa tujuan dakwah?

• Antara kerja besar(direct pada tujuan) dan kerja sampingan. • Setakat mana kerja sampingan perlu?

• memperbaiki peribadi.

• mencegah kemungkaran dalam masyarakat. • membina bi'ah solihah

• membina masjid dan memakmurannya. • menolong faqir.

• membina sekolah Islam. • dll

Beberapa prinsip :

• Tenaga dan masa yang terhad mesti mendahulukan kerja yang berpotensi besar dan lebih hampir kepada tujuan besar. (eg. duit sedikit sedangkan yang perlukannya ramai)

• Dai tidak terlalu disibukkan dengan kerja sosial.

• Ahli boleh meninggalkan beberapa tuntutan Islam jika sibuk melakukan persediaan mencapai tujuan besar.

5

.

Tidak faham

Kemungkinan da’I tidak faham: 1. Matlamat dakwah

2. Manhaj dakwah Menyebabkan mereka:

• Sibuk dengan amal dhai’f • Tidak ada perancangan.

• Terikut dengan isu-isu semasa.

• Melakukan amal Islami mengikut akal tanpa sandaran syara’. • Bekerja tidak mengikut manhaj Nabawi untuk sampai matlamat. Penyelesaian:

• Perlu memahami Sirah Nabawi dan dasar-dasar Dakwah berdasarkan Quran dan Hadis.

• Mempelajari manhaj dakwah dari mujtahid-mujtahid dakwah yang thiqah dan mujahid yang diakui oleh ummah.

6

.

Pertelingkahan sesama pekerja Islam

• Da’I saling menuduh - menganggap orang lain tidak betul. • Tidak boleh bekerjasama.

Sebab:

• Kurang memahami Manhaj Dakwah • Taasub dengan kumpulan sendiri.

(12)

• Uslub dan bentuk dakwah suatu bidang seperti fiqh (ada perkara ijma’ dan ada ikhtilaf).

• Mereka yang layak berijtihad - boleh ijtihad. Siapa tak layak - haram.

• Tidak boleh menganggap mujtahid lain tidak betul. • Medan dakwah terlalu luas - tidak semua orang boleh

merangkumkan semua orang dan merangkumkan semua sudut (politik, tarbiyyah, rohani, budaya, pelajaran dll).

• Semua pekerja Islam yang jelas matlamat, ikhlas dan tidak menjadi alat kepada musuh Islam - kita akui dan cuba bekerjasama dalam perkara yang disepakati.

• Perkara tidak disepakati - kita bertolak ansur.

• Banyakkan bekerja dan bukan bercakap (berpublisiti).

• Serahkan niat kepada masing - tidak menuduh niat (selama tidak zahir).

(13)

Kertas 5: MANHAJ DAKWAH; PERUBAHAN

MASYARAKAT ISLAM

Muqaddimah:

• Islam adalah tunduk, patuh kepada Allah mengikut cara yang ditunjuk oleh Nabi saw.

• Islam menolak bid'ah.

• Kesemua perkara telah ditunjuk oleh Allah melalui peribadi dan perjalanan hidup Nabi saw. (Kesyumulan Islam)(

نم باتكلا ىف انطرف ام

ئش

)

• Nabi menjadi model dalam kehidupan dan manhaj manusia -(

دقل

ةنسح ةوسأ هللا لوسر ىف مكل ناك

) termasuk manhaj perubahan masyarakat dan manusia.

Keistimewaan Mengikut manhaj Nabi saw:

• Telah terbukti berjaya -bukan satu try & error (

ةملا هذه حلصي ل

هلوأ هب حلص امب لا

)

• Mendapat pahala 'ittiba'

• Cara yang terbaik, selamat dan berkemanusiaan. • Mempunyai nilai rabbani yang mententeramkan jiwa.

• Manhaj Nabi menggabungkan antara kesemua manhaj yang dilalui oleh Nabi-nabi terdahulu (disebutkan di dalam Al-Quran). • Manhaj Nabi-Nabi terdahulu kebanyakan tidak lengkap sebagai

suatu teknik perubahan masyarakat (kerana hikmah yang diketahui oleh Allah).

Apa yang perlu dalam perubahan?

• Faham apa masalah yang perlu diubah (waqi')

• Jelas kearah mana perubahan yang dikehendaki (ideal)

• Tahu bagaimana (manhaj) memindahkan masyarakat dari waqi' kepada ideal.

Suasana Masyarakat ketika pengutusan Nabi saw:

• Masalah-masalah utama masyarakat wujud: Akhlak, kebudayaan, ekonomi, politik.

• Ancaman kuasa luar : Rom, Parsi, Habasyah, Najran dll. • Ancaman ekonomi : Yahudi dan Rom.

Bagaimana Rasulullah memulakan usaha perubahan:

• Melihat punca kepada semua penyakit masyarakat. • Punca masalah terletak pada :

• Ketiadaan ketundukan penuh dan mutlak kepada kuasa Allah.

• Keangkuhan dan merasa diri bebas • Menerima tuhan lain selain Allah. • Cara perubahan pertama & utama :

• Bersih dari faham dan perasaan tersebut. • Mengenal siapa mereka sebenarnya.- hamba • Mengetahui dengan jiwa kedaulatan Allah. • Memperkenalkan La ilaha illa Allah.

(14)

Tidak menggunakan cara-cara yang tidak langsung untuk membuat perubahan:

• Menarik sokongan manusia melalui melalui pemulihan sosial, ekonomi dll

• Bersekongkol dengan jahiliyyah.

• Bertolak ansur dengan jahiliyyah (surah al-kafirun)

(15)

Teknik Pelaksanaan:

• Dakwah dimulakan dengan cara sirr dan hubungan fardiyyah (taarif)

• Mereka yang memiliki ciri-ciri tertentu dipilih dalam peringkat awal.

• Mereka yang tertarik dikumpul dan dididik dengan lebih mendalam dalam perkumpulan khusus (takwin)

• Mereka mula bersama-sama bekerja menyebarkan fikrah Islam (tanfiz)

• Dakwah mula dibuka ketika kekuatan telah ada (sebaran terbuka).

• Kekuatan bertambah dan pentarbiyyah dalaman dikukuhkan.

Sikap masyarakat dan kesannya:

• Kebanyakan yang berkepentingan akan menentang (padri, orang kaya, penguasa zalim, penjahat, yang suka kepada maksiat). Mereka merasai kedudukan dan perlakuan mereka terancam.

• Diterima oleh mereka yang terang hati, tidak berkepentingan, berjiwa bersih dan sukakan kebenaran.

• Penindasan dan kekejaman berlaku (hilang pekerjaan, dihalau, siksaan dll)

• Pujukan dan tawaran (harta, pangkat, wanita dll) terutama kepada ketua dan pimpinan.

Kebaikan : penapisan unsur-unsur kental(pati masyarakat),

penyebar luas nama gerakan dan tidak akan ada orang yang mengambil kesempatan.

• Penindasan dan kekejaman membina kekuatan.

Bermula kekalahan jahiliyyah:

• Kecekalan & ketahanan pengikut Islam menimbulkan kaguman baru dalam masyarakat.

• Sikap keadilan Nabi dan dilihat adil (tanpa taassub kepada bangsa dan keluarga) menarik kepercayaan orang ramai.

• Amanah Nabi melemahkan motivasi penentangan jahiliyyah (mengembalikan barangan wadi'ah)

• Kemenangan diberikan oleh Allah setelah jamaah Islam

memberikan sepenuh usaha yang ada dan melengkapkan ciri untuk mendapat kemenangan.

Kemenangan dan perubahan dengan kuasa:

• Daulah Islam Madinah menjadi titik perubahan masyarakat. • Islam dapat dipraktikkan secara keseluruhan (sosio-politik,

pentadbiran, pendidikan, pengadilan, ekonomi, kebudayaan,

kewangan, ketenteraan, polisi antarabangsa) Masyarakat mula lihat keindahan Islam.

• tahun 400 orang --> 10 tahun 124000.

Antara Keistimewaan perubahan Islam:

• Perubahan in-out dan out-in

• Perubahan menyeluruh (syamilah) • Berakhlak dan berkemanusiaan • Jazariyyah bukan syakliyyah

Penutup:

(16)

• Suatu yang telah berlaku tidak mustahil boleh berlaku sekali lagi dan berkali-kali. Unsur perubahan bukan pada batang tubuh Nabi tapi kepada manhaj yang diikut.

• Asas kemenangan ialah RAJUL SOLEH. (

دجو حلاصلا لجرلا دجو اذإ

اهلك حاجنلا بابسأ

)

(17)

KERTAS 6: LANGKAH-LANGKAH

DI JALAN

disaring dari buku Adwa ala toriq - Majdi Hilali

1. Dua kewajipan

• Kewajiban individu - betulkan aqidah/ akhlaq yang baik/ ibadah yang sahih/ muamalah Islam.

• Kewajiban jama’I : menjadi ahli daulah Islam- jaga hudud, menjaga syariah dll- ketika tiada daulah  wajib wujudkan daulah  caranya: dakwah  tak mungkin tanpa tanpa jamaah.

Langkah dakwah 1 - Siapa kita mulai:

• Umur - Pemuda : bersemangat/ kosong/ jauh dari masalah kehidupan/ mudah berkorban.

• Jarak: - yang dekat: tempat tinggal/ Universiti/ tempat kerja/ kerabat  tak perlu masa banyak untuk start hubungan.

• Sifat

peribadi-a) tawadhu - tidak takabbur : jauhi yang rasa dirinya cukup dan yang terlalu bakhil.

b) kurang cakap - banyak bercakap biasa tak jaga rahsia.

c) Disiplin : sedia untuk mentaati - 2 jenis kesediaan (dalaman dan yang boleh usaha).

d) Berani : bukan penakut dengan fitnah dan kesukaran dalam perjalanan.

• Bebas dari fikrah pelik-pelik: sekular atau kefahaman perjuangan Islam tidak betul.Jarak: - yang dekat: tempat tinggal/ Universiti/ tempat kerja/ kerabat  tak perlu masa banyak untuk start hubungan.

(18)

Kertas 7: Dakwah Fardiah; dasar,

praktik & pengalaman

Disadur bebas dari tulisan:

Dr. Abdul Karim Zaydan, Syeikh Mustafa Masyhur dan Syeikh Muhammad Ahmad Al-Rasyid (Masar)

I. DASAR DAKWAH Erti dakwah

• Bahasa • Istilah

• Hakikat - matlamat dakwah hari ini. Tanggungjawab dakwah:

• Wajib? - fardhu 'ain atau fardhu kifayah.

• Kenapa wajib - musuh Islam / ketiadaan daulah Sifat da'I sebenar:

• Menjadi darah daging. • Melebihi segala-galanya.

Pelbagai cara dakwah:

• Qaul dan fi'li - ceramah/ risalah/ majlis ilmu / qudwah/ dakwah fardiah dll.

• Tak semua orang sama - lakukan ikut bakat dan kemampuan. Kelebihan dakwah fardiah dari dakwah biasa:

• Tak perlu kepada Platform

• Lebih kenal mad'u - rapat dan hubungan peribadi. • Lebih tumpuan - tarbiyyah

• Boleh dilakukan oleh semua orang

• Tak terikat dengan masa dan keadaan - sir dan jahr.

• Efisien waktu - lebih cepat bila semua buat - kiraan matematik (1-2-6-18-54-162-486-9.5 juta (15 tahun)).

Saranan:

• Hadis -

ك

َ لَ ن

َ وك

ُ يَ نْأَ نْمِ كَلَ رٌيْخَ ادًحِاوَ لًجُرَ كَبِ هُلّلا ي

َ دِهْيَ ن

ْ لَ

َ هِلّلاوَفَ

م

ِ عَنّلا رُمْحُ

* (B-Manaqib)

• Bebaskan manusia dari jahiliyyah/ kejayaan tambah mujahid - dekatkan kemenangan Islam.

Contoh Dakwah fardiah: • Nabi saw

• Abu Bakr

II. PRAKTIK DAKWAH FARDIAH:

• Ingat matlamat - pindah manusia dari jahiliyyah kepada Islam - kepada amal Islami.

• Ingat marhalah dakwah - ta'arif, takwin dan tanfiz (kedudukan tajmi' dan tarkiz).

• Perlunya pemilihan anasir yang baik - kenapa perlu pilih-pilih?

a)

ةًلَحِارَ اهَيفِ ل

ُ جُرّلا دُجِيَ لَ ةٍئَامِ لٍبِإِكَ س

َ

انّلا ن

َ ود

ُ ج

ِ تَ

* (M-Manaqib

Sahabat, IM,T,A dll)

(19)

b) waktu dan tenaga terhad

• Bagaimana yang akan dipilih: mufakkir, 'amil, jari' dan muntij. • Perlu letakkan target masa; bila dan berapa?

• Ingat - perubahan adalah pada hati. Kesedaran lain dari pengetahuan (spt. Orang tidur yang dikekelilingi api).

Marhalah-marhalah: 1) Bina hubungan : • ambil berat

• tidak membuka dakwah • penentu penerimaan • perlu beberapa minggu

2) Membangun iman:

• Iman Allah, akhirat, tanggungjawab sebagai hamba, hakikat dunia dll.

• Buka secara tak langsung • Gunakan sains.

3) Biasakan ibadah dan akhlak/adab baik

• Beri buku/ ajak majlis ilmu/ ceramah/ jumpa kawan baik/ biasakan bi'ah solihah.

4) Menceritakan kesyumulan Islam 5) Tanggungjawab masyarakat • Tak cukup baik sendiri

• Buka keadaan umat Islam hari ini

• Wajibnya usaha dakwah dan ubah masyarakat • Perlunya daulah - kenapa?

6) Keperluan berjamaah:

• Kaedah -

هب لا بجاولا متي ل ام…

• W/p berat dan banyak tanggungjawab - perlu.

• Hadis-hadis perlu jamaah :

عُمْس

ّ لا ن

ّ هِبِ ينِرَمَأ

َ هُلّلا س

ٍ

مْخَبِ مْكُرُمُآ انَأَوَ مَلّس

َ وَ هِيْلَع

َ هلّلا ىلّص

َ ي

ّ بِنّلا ل

َ اقَ

دْقَفَ رٍبْش

ِ دَيقِ ةَع

َ امَجَلْا ق

َ رَافَ ن

ْ مَ هُنّإِفَ ةُع

َ امَجَلْاوَ ةُرَجْهِلْاوَ دُاهَجِلْاوَ ةُعَاط

ّ لاوَ

ن

ْ مِ هُنّإِفَ ةِيّلِهِاجَلْا ىوَع

ْ دَ ىع

َ دّا ن

ِ مَوَ عَجِرْيَ ن

ْ أَ لّإِ هِقِنُعُ ن

ْ مِ م

ِ لَس

ْ لْ

ِ ا ةَقَبْرِ عَلَخَ

مَاص

َ وَ ىلّص

َ ن

ْ إِوَ لَاقَ مَاص

َ وَ ىلّص

َ ن

ْ إِوَ هِلّلا لَوس

ُ رَ ايَ ل

ٌ جُرَ لَاقَفَ مَنّهَجَ اثَجُ

هِلّلا دَابَعِ ن

َ ينِمِؤْمُلْا ن

َ يمِلِس

ْ مُلْا م

ُ ك

ُ امّس

َ يذِلّا هِلّلا ىوَع

ْ دَبِ اوعُدْافَ

*

(T-Amthal, A)

7) Jamaah mana? • Perlu berhati-hati.. • Perlu teliti..

a) Dakwah yang ikut cara Nabi saw: bagaimana? Tarbiyyah imaniyyah/ ukhuwwah/ senjata. Pembinaan qaidah sulbah bagi menampung pembinaan daulah Islamiyyah sejagat.

b) Jamaah yang syumul

c) Mempunyai kemampuan - dawli d) Berpengalaman dan lulus tribulasi e) Rapi dan tersusun.

Keperluan dan persiapan? 1) Ilmu syarak

(20)

3) Kenal ikhwah lain

4) Sedia bantu ikhwah / akhawat lain 5) Tahu perkembangan semasa

6) Mengenali musuh dan taktik mereka.

7) Tahu nas-nas dan dalil/kaedah syarak (wajib dakwah/ wajib jamaah).

8) Kuat pemerhatian (

ةقدو ةيوق ةظحلم

)

9) Perbincangan dan bertukar pengalaman dengan mas'ul (naqib) dan ikhwah/akhawat lain.

10) Catatan - perkembangan mad'u.

III. BEBERAPA PENGALAMAN TAJMI':

• Dua jenis da'I setelah melalui pengalaman dakwah - i) putus asa… ii) terlalu bermudah

• Jahiliyyah terus bekerja siang malam - secara langsung atau tak langsung.

• Da'I nak tak nak kena turun - tapi kena ada seni kerana masyarakat sekarang kompleks.

1) Ambil kira latarbelakang mad'u:

• Jangan statik: sesuaikan ikut latarbelakang

• Sempurnakan yang kurang dan suburkan yang ada. 2) Keperluan bahan pemula:

• Risalah/ buku/ majallah/ tape dll.

• Usaha jama'I sediakan bahan - bincangkan apa keperluan. 3) Kita menentukan tajuk perbincangan:

• Jangan terlalu membiar mad'u bertanya - mereka tak tahu apa keperluan - pusingkan jawaban kepada keperluan mereka. • Tentukan standard jadual perbincangan - persediaan jadual

berpusat - tukar pengalaman dengan mas'ul dan ikhwah/ akhawat lain.

4) Ambil ikut kemampuan dan beri ikut keperluan (

ةقاطلا بسح ذخلا

ةجاحلا بسح ءاطعلاو

):

• Cuba guna semua tenaga mad'u - jangan sia-siakan - perlu tahu dan kenal kemampuan masing-masing.

• Mungkin yang tak boleh meningkat - teruskan hubungan dan gunakan.

5) Jaga semangat mad'u:

• Semangat menolak jahiliyyah dalam keluarga.

• Jangan berdakwah sebelum mahir - perlukan bimbingan. 6) Tawazun program:

• Antara aktiviti luar dan rohani.

• Kerja dakwah cepat letih - tiada habuan dunia - perlu rohani kuat.

• Aktiviti luar - hakis iman ( bi'ah jahiliyyah/ pergaulan/ terikut dengan cara puak jahiliyyah dll).

• Perlu khalwah - iktikaf dan lari dari kesibukan. 7) Pembacaan yang berkadar dan manhaji:

(21)

• Perlu pilih bahan untuk mad'u ikut manhaj dan peringkatnya.

8) Penculaan dan penyenaraian semua potensi mad'u. • Pastikan tiada yang berpotensi terlepas.

9) Jangkaan kewujudan yang gugur. • Mengelakkan kejutan.

10) Hidayah adalah dari Allah: (al-Qasas:56)

(22)

Kertas 8 : Kaedah Seni Tajmi’i (Funun

Tajmi’ie)

Noktah-noktah ringkas dari MAA

Terdapat berbagai kaedah telah diwariskan oleh ulama’ silam bagi kita mengulangi kejayaan mereka, antaranya :

Kaedah 1:

درفلا ىف عمتجملا عئابط هكرتت ىذلا ىعقاولا ىوبرتلا ديصرلا ليمكت

• Tidak bermula dari ‘zero’

• Ambil kira kesan tarbiyyah masyarakat pada individu. • Perlu kajian lengkap terhadap kesan masyarakat pada individu - seminar khusus.

• Taqlid masyarakat lain dalam langkah awal dengan mad’u adalah silap.

Kaedah 2:

ةأدابملا تايرشنب ةيعادلا ديوزت

• Sebagai medium pemula bicara, jangan biarkan cakap kosong habiskan waktu.

• Tidak biarkan setiap dai try cara sendiri sahaja. • Sepakatkan stand dai dalam peristiwa tertentu.

Kaedah 3:

وعدملا ةجاح بساني امب ملكتلل ةيعادلا ةردابم

Dai sepatutnya memilih tajuk perbualan.

Kaedah 4:

ىعامجلا لمعلا بوجول ةيعقاولا تارربملا ركذ فيثكت

• Keperluan menjelaskan kenapa perlu berjamaah dari segi waqi’ disamping disebutkan dalil-dalil syara’

• Perlu jelaskan pertarungan haq dan batil dan kejayaan batil kerana kerjasama dan kerja jama’I

• Dai kadang kala tidak sedar perancangan dalam aturcara jahiliyyah dalam akhbar, kenyataan dan media massa.

(23)

Kaedah 5:

هتجاح بسح هل ءاطعلاو هتقاط بسح وعدم لك نم ذخلا

• Semua mad’u tidak sama. Dai tidak hanya melihat kepada kemampuan intima’ pada mad’u saja.

• Perlu lihat sudut kehebatan yang mungkin boleh diguna pada masa depan (siyasi, penulis, kecerdikan, dihormati, berharta dll)

• Apa yang perlu diberi berdasarkan latarbelakangnya (sekolah tempat belajar, guru-gurunya, keluarganya, kecenderungnya, tarafhidupnya).

• Perlu buat andaian dan jangan letakkan mereka lebih atau kurang dari sepatutnya.

Kaedah 6:

هلهأ عم وعدملا ةكرعم ءاجرا

• Ada mad’u terlalu semangat mengingkari keluarganya (riba, hijab dll) hingga timbul masalah kekacauan dalam tarbiyyahnya.

• Perlu difahami mereka bukan bertanggungjawab, pandangan kita terhadapnya tidak mengambil kira keluarganya dan kita faham masyarakat adalah korban. • Mad’u perlu difahamkan dengan muwazanah baina al-masolih, tadarruj, hikmah, pemaaf dll kerana keluarga tidak faham sebagaimana kita faham.

• Ini bukan bermakna tarakkhus tetapi adalah mengambil cara yang sesuai.

Kaedah 7:

دجسملا ىف ثبللا عم ماعلا طاشنلا تاقوأ لداعت ىلع صرحلا

• Menjadikan suasana mesjid suatu program seimbang dengan program luar (sukan, rehlah, dakwah luar dll).

• Perlu dibentuk suasana menjadikan mad’u ada masa dengan dirinya sendiri (khlawah zatiyah dan tilawah Quran) tenang, memikirkan kesilapan dirinya dll.

• Da’I sekarang menjadikan kerja dakwah luar terlalu besar hingga tiada masa untuk dirinya di dalam masjid.

Kaedah 8:

ةيملسلا بتكلا نم راثكتسلا ىف وعدملا ةبغر فيفخت

• Jangan biarkan mad’u memilih buku dengan banyaknya tanpa mengikut keperluan dan kesesuaian dengan marhalahnya.

• Da’I perlu membawanya ke kedai dan perpustakaan dan tunjukkan mana buku yang perlu dan kenapa.

• Pembacaan tidak manhaji mengucar kacirkan kefahaman dan peningkatannya.

(24)

Kaedah 9:

ةيعادك هرود ءادا ىف ىنأتلا ىلع وعدملا لمح

• Mad’u baru perlu dididik beberapa bulan atau setahun sebelum lakukan dakwah secara berdepan.

• Bahaya terlalu cepat - lakukan kesalahan dan takut atau menghadapi respon syubhat yang tidak dapat dijawab.

• Tidak mengapa dia menjadi jambatan untuk menarik orang lain dan dibawa kepada da’i.

Kaedah 10:

ةركاذلا زازفتسا تاولخ للخ نم عمتجملا ىف ريخلا ةيقب ءاصحا

• Anasir baik dalam masyarakat ramai tetapi dilupai. • Perlukan analisa teliti dan senaraikan - dicuba dan berjaya.

• Ambil masa sehari dengan kertas dan panggil ingatan orang yang ada peluang untuk didekati dan dibawa ke dalam dakwah : Saudara mara, jiran, kawan semasa kecil, sekolah menengah, universiti, satu kuliah, kawasan-kawasan tertentu, jalan demi jalan, seluruh bandar, pejabat demi pejabat, kenalan ayah dan ibunya, peniaga dll.

• Dapat cara perhubungan dengan semuanya dan buang nama yang tidak dapat dihubungi.

• Bahagi kepada 3 kategori : Potensi, kurang dan agak lemah. Berikan perhatian melalui ziarah, hantar sebaran, pastikan tahu jika ada program, ajak kenduri dll.

• Boleh dibuat secara jama’I dan markazi dan simpan dalam database.

Panduan- panduan Dalam Operasi Tajmie’

1. Menampilkan teladan yang baik sebelum berdakwah

• Rasulullah adalah teladan terbaik perlaksanaan tuntutan Islam secara yang syumul.

• Menjadi kewajipan bagi para daie untuk mengkaji dan mencontohi pekerti Rasul melalui Sirah Nabawiyah. Contoh yang mulia juga ada pada para sahabat dan tabien .

• Perlu menampilkan teladan yang baik kepada anak dan isterinya sebelum kepada masyarakat. Sebelum itu ia harus bermula dengan diri sendiri dengan memaksimumkan keikhlasan dan kejujuran kepada Allah.

Syiar kita ialah “ Asleh Nafsaka Wad’u Ghairaka “ – perbaiki dirimu dan di waktu yang sama dakwahlah orang lain kepada Islam.

(25)

Begitu juga syiar “Aqim Daulatal Islam Fi Qalbika,

Taqum Fi Ardhika- Tegakkan negara Islam di dalam hatimu,

nescaya ia akan tertegak di atas muka bumi ini.

• Muaz ra berkata: Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menunai janji, melaksana amanah, menjauhi khianat, memelihara adab kejiranan, belas kepada anak yatim, berkata lembut, menyebarkan salam, beramal saleh, memendekkan angan- angan, sentiasa tetap beriman, meningkatkan kefahaman terhadap Al Quran, mencintai akhirat, merasa takut kepada hisab dan bersikap tawadhu’. Aku juga melarang kamu memaki orang yang bijaksana, mendustakan orang yang jujur, mentaati orang yang berbuat dosa, menentang pemimpin yang adil atau membuat kerosakan di muka bumi. Aku wasiatkan agar kamu bertaqwa kepada Allah ketika berada di samping batu, pepohonan dan di rumah. Hendaklah kamu perbaharui taubat bagi setiap dosa yang tersembunyi dan terang. Riwayat Abu Nuaim.

2. Menambat hati sebelum memberi penjelasan

• Risalah kita adalah risalah kasih sayang. Rasa kasih perlu didahulukan agar penjelasan selanjutnya akan berlegar di dalam ruang yang harmoni

• Pembinaan hubungan yang baik adalah kunci untuk menambat hati manusia

• Anda haruslah disenangi terlebih dahulu sebelum usaha pengislahan akan ditanggapi secara positif kerana sewaktu perhubungan yang baik itu, mereka akan mengenali anda sebagai orang yang baik dan tiada kepentingan.

• Elakkan penggunaan uslub yang keras dan memaksa.

3. Memberikan kefahaman sebelum memberi tanggungjawab

• Kefahaman adalah asas tindakan yang tepat dan betul • Pengenalan kepada Allah dan risalah harus didahulukan sebelum meminta sebarang iltizam agar perlaksanaan tuntutan berdiri di atas landasan yang benar

• Kethiqahan terhadap perjuangan akan membuahkan iltizam yang tinggi

4. Bertahap- tahap dalam memberi tanggungjawab

• Syariat Islam turun bertahap- tahap . Dakwah juga mempunyai marhalah tertentu bersesuaian dengan realiti pendakwah dan juga realiti masyarakat.

• Jangan gopoh dalam berdakwah hingga melemahkan mad’u untuk menyertai operasi dakwah

(26)

5. Mempermudah, bukan mempersulit

• Taklif Rabbani mengambil kira kaedah bermulanya taklif dari yang mudah kepada yang berat seperti pengharaman arak dll.

• Mengambil kira kemampuan dan tahap keilmuan mereka.

• Islam membenci sikap ekstrim dalam apa jua keadaan.

6. Pupuk kesepakatan isu pokok sebelum bertembung dlm

perkara kecil.

• Mendahulukan perkara- perkara asas dan utama sebelum perkara- perkara juz'ie, furu’ dan khilaf

• Kita jarang berselisih terhadap perkara yang asas tetapi sering berbeza dalam perkara juz’ie. Oleh itu mereka harus ditarbiyah agar menjiwai perkara ini.

7. Pendekatan yang mengembirakan sebelum yang

menggerunkan.

• Bermulalah dengan sesuatu yang positif, disenangi dan menyeronokkan sehingga rasa kasih kepada Alllah dan perjuangan menjadi mantap.

• Bina ketahanan dalaman yang didasari iman dan kefahaman yang betul agar kesukaran dakwah dapat dilihat sebagai sesuatu yang manis dan bermakna.

Pelebaran berimbang dan berhemat:

• Bangga dengan kebenaran walaupun keseorang (contoh Ibrahim).

• Jahiliyyah keseorangan/dagang walau ramai.

• Muslim tidak menukar fikrahnya walaupun ditolak dan tidak menang- tidak seperti jahiliyyah.

• Sayyid Qutb:

نا مهدارا امفيكو امثيحو امنيا هللا دنع ءارج

سيل ! مولعملا رجلا اوضبقو اولمع : اولمعي

ريصم ىأ ىلا ةوعدلا هجتت نأ مهيلع لو مهل

.ريجلا نأش ل رملا بحاص نأش كلذف

• Fitrah sukakan bilangan ramai dan menang.

• Mukmin suka menjadi Imam dan memimpin manusia lain dalam agama:

اماما نيقتملل انلعجاو

• Pengumpulan pengikut perlu seimbang dengan kemampuan tarbiyyah dan kuasa murabbi perlu juga penambahan ilmu dan ibadat.

• Bermudah dalam penerimaan anggota ‘takwin’ membahayakan J.

(27)

• Kita berbeza dengan parti jahiliyyah yang menggunakan ‘rajul syari’’ untuk kepentingan mereka kerana mereka pragmatisma. Islam tidak menang dengan orang spt itu.

• Kemenangan jahiliyyah sementara adalah untuk mendedahkan kelemahan mereka dan membuktikan kehebatan Islam.

Pemilihan memelihara kiok..!

• Syarat qudwah mesti ada pada pada orang yang memegang jawatan dalam dakwah walaupun tidak terlibat secara langsung dalam amal tarbiyyah.

• Mereka juga dilihat oleh pengikut dan orang bawah.

• Kedudukan qudwah perlukan orang ‘azimah’ dan menjauhi rukhsah.

• Bahaya pemilihan ketua berpandukan kebolehan bercakap, sijil, masyhur atau selalu ke depan tanpa dikenali lebih dekat. • Pemilihan perlu berpandukan iman, fiqh dakwah, kesibukan dalam kerja tajmi’ dan tarbawi dan jelas ketaatan (Umar kekalkan Ahnaf bin Qais setahun di Madinah sebelum dihantar kepada Abu Musa).

(28)

Kertas 9: VIRUS DI PERJALANAN

KITA

VIRUS 1 : GHURUR Erti

Sebab

1. Tidak cakna diri sendiri dan meninggalkan muhasabah 2. Tiada nasihat menasihati

3. Melampau dalam agama

4. Mendalami ilmu yang pelik dan masaal (tanpa amal). 5. Hanya melihat kebaikan dan lupa kepada maksiat sendiri. 6. Cenderung kepada dunia.

7. Terlalu ingin menyembunyikan kebaikan

8. Membezakan mad’u

Kesan Ghurur

• Suka berjadal

• Takabbur yang tidak sepatutnya. • Keras dengan pandangan sendiri

Tanda-tanda:

• Sentiasa merendahkan orang lain

• Sentiasa menyebutkan kebaikan sendiri • Sukar tunduk kepada peraturan dan arahan.

Ubat:

1. Ingatkan akibatnya yang buruk

2. Rasa perlu sederhana dalam semua perkara

3. Ingat bahawa amalan sahaja bukan penentu keselematan akhirat. 4. Sentiasa mentadabbur ayat-ayat Allah.

5. Membaca kesah-kesah salaf saleh yang ikhlas dan zuhud. 6. Mementingkan perkara-perkara yang besar dan usul. 7. Meninggalkan orang ghurur

8. Sentiasa menasihati shabat yang ghurur 9. Menolak kedudukan hadapan

VIRUS 2 : LEMAH SEMANGAT Erti : Futur

Sebab :

1. Tasyaddud dan melampau

2. Terlalu banyak bergeluman dengan perkara harus 3. Meninggalkan jamaah dan suka menyendiri

4. Kurang mengingati mati dan akhirat 5. Melalaikan amalan harian

6. Makan/minum atau menggunakan perkara yang haram

7. Melibatkan diri dalam kerja Islam yang juz’i.

8. Membebani badan lebih dari kemampuan. 9. Tiada bersedia menghadapi kesukaran. 10. Berkawan dengan orang yang futur.

11. Melakukan kerja Islam secara spontan dan tidak manhaji.

12. Melakukan dosa walaupun kecil dan merasa senang dengannya.

(29)

Kesan:

Kurang pahala - dan kemungkinan mati dalam keadaan begitu. Lambat sampai kepada matlamat

Ubat:

1. Menjauhkan diri dari maksiat besar dan kecil. 2. Melazimi amalan harian

3. Menghidupkan waktu yang afdhal dengan amalan. 4. Mencampakkan diri ke dalam jamaah dan rela diatur. 5. Memahami hakikat sunnatullah.

6. Memahami tabiat jalan dakwah

7. Memahami dan menuruti manhaj amal Islam yang betul. 8. Sentiasa bersama dengan orang yang berhimmah tinggi. 9. Menghiburkan diri sekali sekala.

10. Sentiasa menatapi buku seerah dan kesah salafus-soleh. 11. Mengingati mati

(30)

Kertas 10: KITA DAN WADAH

Muqaddimah

Siapa kita?

• Manusia Muslim / Khalifah / Pelajar / Ulama / Dai.. / ahli jamaah Apa tugas kita ?

• Ibadah kepada Allah / makmurkan bumi dengan Islam / belajar / sebarkan Islam / melaksanakan keputusan bersama.

Tugas besar secara praktikal/ spesifik sekarang ? 1. Belajar

• ilmu (IPT / Pondok / sendiri)

• kemahiran (hidup dalam masyarakat / libatkan diri)

Untuk apa itu semua….?

2. Dakwah

• Mengandungi dua aspek - baiki diri dan perbaiki orang lain

• Bagi mencapai kedua aspek ini perlukan 7 step dalam kerja. Tak mungkin tercapai baiki diri dan baiki orang lain kecuali dengannya. • Kerja besar - hanya dapat dilaksanakan secara jama’i.

• Setelah berada dalam jama’I maka ianya boleh dicapai melalui usaha-usaha:

1. Umum (ta’arif) - penyebaran dakwah kepada umum, aktiviti

umum, ceramah, penerbitan dll menggunakan platform tertentu atau persendirian. Dakwah boleh dibersamai oleh semua yang bersedia mematuhi peraturan umum platform.

2. Khusus (takwin) - Pembentukan mereka yang bersedia mematuhi

peraturan khusus. Ianya dijalankan secara agresif melalui usrah, katibah dll. Moto mereka ialah dengar dan taat.

3. Dakwah fardiah - dijalankan oleh individu dan mad’u dibawa

mengikut tahap sedikit demi sedikit.

Wadah - ةهجاو - platform

Maksud Wadah :

• Badan atau saluran digunakan untuk mencapai tujuan / objektif orang yang menggunakannya.

Keharusan menggunakan wadah:

• Mesti digunakan oleh da’I dalam kerjanya terutama zaman kini yang kompleks dari segi undang-undang dan sosial manusia.

Syarat-syarat:

- Wadah yang tidak syubhat.

- Ghalabuz-zan dapat di manfaati (capai objektif). - Mempunyai kemampuan tenaga ahli.

- Tidak menghilangkan keaslian.

- Tidak dianggap satu-satunya cara saluran dakwah. - Tidak dicurahkan seluruh ahli, tenaga dan masa.

Kebaikan dan keburukan wadah:

Kebaikan :

1. terbuka

(31)

2. legally

3. manipulasi kuasa 4. latihan sosial Keburukan:

1. mudah terdedah kepada tidak ikhlas 2. menggunakan banyak masa

3. terikat dengan protokol

4. masalah syar’I (keterlibatan / pergaulan dll) Panduan umum keterlibatan dalam wadah

• Tidak selamanya - terikat dengan maslahah, manfaat dan keberkesanan.

• Bukan wadah yang satu - kemungkinan pelbagai.

Memahami waqi’ kita

Peranan kolej bagi pelajar:

1. Tempat menimba ilmu  diploma. - subjek

- guru

2. Tempat latihan kehidupan  ketrampilan (susun organisasi / mesyuarat/ interpersonal / bicara / pakaian dll…)

- pergaulan - ko-ku

- persatuan/ kelab

- program sampingan kolej - tunjuk ajar pensyarah

Degree & ketrampilan untuk apa..?  kerja, pangkat, sambung belajar, kedudukan, sijil, kerjaya yang baik, masa depan yang cerah….

• Berbeza penggunaan dan maksud mengikut fikrah dan jiwa pelajar.

• Bagi kita ; diploma dan ketrampilan adalah untuk Islam.

• Dengan sijil, kedudukan, harta, pangkat, pengaruh, jawatan dan ketrampilan  kita tawarkan Islam kepada masyarakat.

• Kepentingan memantapkan fikrah Islam, toriq dakwah dan memelihara keaslian Islam.

Pengendalian wadah menurut acuan kita

• Kenapa terlibat - perancangan dan keputusan bersama. • Bila terlibat - ketika perlu / ada kekuatan secukupnya. • Tujuan terlibat - perlu faham dan jelas matlamat:

- wasilah dakwah

- halang kuasa disalahguna - latihan untuk kita.

• Jadikan sebagai alat pengumpulan ‘tajmi’ dan membina network dengan pekerja Islam lain.

Panduan membuat perancangan:

• target sebelum menentukan jenis aktiviti

• target tidak lari dari target besar dakwah - amal dhaif dan amal qawiyy

(32)

• pastikan manfaat lebih besar dari mudarat

• tansiq dengan amal pada wadah lain atau program induk

Pengurusan masalah-masalah wadah

Masa - ringkaskan dan minima semua urusan / mesyuarat /

pertemuan sosial.

Remeh temeh dan protokol - elakkan terutama sesama fikrah.

Masalah syar’I :

• Keterlibatan program yang kurang baik - elakkan kecuali yang benar-benar darurat.

• Hubungan ikhwah/akhawat atau dengan orang lain berlainan jantina - jaga batas-batas syara’ (fatawa mu’asarah - Qardhawi): (Aurat / sopan / jaga pandangan dan dipandang / pergerakan / khalwat / sekadar perlu (darurat))

(33)

Kertas 11: Apa kita perlu ada?

(di saring dari buku al-Isti’aab oleh Al-Ustaz Fathi Yakan)

Maksud Isti’aab:

• Menarik orang lain - walaupun mereka berbeza - manusia tidak sama.

• Kejayaan dai - mampu menarik orang.

• Penguasan - kemampuan peribadi, akhlak, sifat iman dan anugerah - jadi paksi.

• Tanpanya - bukan dai dan tiada dakwah. Kemampuan tidak sama:

• Tapi perlu ada minima - tanpa minima  burukkan dakwah - orang lari dari dakwah -hujjah keatas Islam - meruntuh bukan membina. • Perlu orang hidup untuk dakwah dan dakwah hidup dengannya. • Hadis manusia dengan ilmu - batu, tanah subur & tanah kontang. • Kejayaan Dakwah - perlukan penguasaan ini - sunnatullah - perlu

kayakan dakwah dengan orang yang punyai penguasaan.

• Jenis Isti’aab - dalaman dan luaran -luaran sebelum intima, dalaman selepas intima’.

• Luaran: mendapatkan bahan mentah dari luar - dalaman: memproses untuk digunakan.

• Hubungan keduanya erat.

Isti’aab luar:

Membawa orang kepada yakin dan menggabung diri - sukar -perlu tuntutan.

Beberapa syarat yang perlu ada untuk penguasaan: • Faham Islam • Qudwah • Sabar • Lemah lembut • Memudahkan • Tawadhu’ • Manis Muka

• Pemurah dan pemaaf

• Berkhidmat untuk orang lain.

1. Faham Islam

• Mesti ada kadar minima - halal haram, baik buruk, akidah dll  fikrah yang jelas.

• Al-Quran bezakan orang ada ilmu dan tidak. • Nabi suruh belajar - ilmu dengan belajar.

• Orang yang tidak mempunyai apa-apa tidak mungkin boleh memberi apa-apa.

• Perlu ditarik manusia lebih dulu kepada Islam, bukan kepada kumpulan  wala akan kepada tanzim.

• Wujud fanatik kepartian kerana ajak kepada kumpulan dan bukan ceritakan keindahan Islam.

(34)

• Sebab : jahil tentang Islam.

• Ilmu yang perlu juga - memahami realiti masyarakat dan kesesatan mereka - berbicara mengikut bahasa mereka - banyak salah faham mereka.

• Pengalaman UFY : Dai politik yang tidak tahu Islam - sesat dalam politik.

• Manusia kompleks - lebih susah dari peperangan - pelbagai ragam, ideologi, jiwa, emosi dll - spt rumah sakit besar - perlu banyak ilmu pelbagai segi.

2. Qudwah

• Bahasa perbuatan lebih kuat.

• Orang yang mengajak - tanpa dibuat sendiri - tiada mad’u.

• Pengalaman UFY : Tok Guru yang dinanti - cakap kotor, tidak wara’, mengambil duit derma dll - diusir dari sebuah negeri ke lain.

• Hujjah kepada Islam dan fitnah kepada dakwah.

• Da’I perlu istiqamah - ترمأ امك مقتساف • Ayat-ayat celaan : surah sof dll.

• Hadis-hadis: Ahli syurga melihat ahli neraka…

• Wujudnya dai jenis ini dalam dakwah- meruntuh apa yang dibina oleh sahabat da’I lain.

• Perlu bersihkan jamaah dari anasir begini - bahaya lebih besar dari manfaat.

3. Sabar

• Tidak sempit dada dan bosan - manusia pelbagai ragam.

• Manusia yang teruk - perlu dihadapi dan dipergauli - perlu masa. • Mad’u tidak memahami adab - perlu sabar.

• Pengalaman UFY : Tutup pintu, letak gagang, pilih mad’u dll - gagal dalam dakwah.

• Da’I sebenar - hidup untuk orang lain bukan untuk dirinya - menelan kepahitan hidup untuk kebahagiaan orang lain.

• Pahala dakwah dan bimbing manusia dari alam jahiliyyah besar - kerana perlukan kesabaran dan kesusahan - mendengar, menasihati, menziarahi, memberi hadiah .. tanpa jemu.

• Pengalaman UFY : Da’I dengan keluarganya penagih arak - sabar - terima - dakwah - terpikat - sakit - di hospital - ditampar - gugur sekelip mata.

• Ayat-ayat sabar : hlm. 37-39, Hadis : 39-41.

3. Lemah lembut

• Tabiat manusia - sukakan kelembutan, benci kekerasan. • بلقلا ظيلغ اظف تنك ولو…

• Tugas da’I bukan hanya menyampaikan - tapi hidup dengan fikrah- guna semua sebab yang mendorong hati manusia.

• Pelu rasa kasihan belas - lepaskan dari cengkaman jahiliyyah.

• Tidak menganggap mad’u musuh - anak murid yang perlukan belaian dan kasihsayang.

• Ayat-ayat : hlm 43

• Hadis : Allah lembut dan sukakan kelembutan. (hlm. 44-45) • Contoh kelembutan Rasulullah saw: Rasul dengan Orang Badwi,

dengan Yahudi peminta hutang.

(35)

4. Memudahkan

• Kemampuan manusia berbeza - hadis: berjalanlah mengikut yang paling lemah.

• Ada da’I suka beratkan - menyalahi manhaj Rasul - tidak bezakan hukum, melemparkan tuduhan dan label kepada orang lain.

• Perlu faham awlawiyyat (prioriti) dalam amal.

• Bukan bermakna meninggalkan prinsip dan memudah-mudah - tiada kompromi.

• Dalam perlaksanaan - boleh tadarruj - Kesah Rasul dengan berhala. • Hadis-hadis: hlm. 50-51.

• Dai mesti mudah dipergauli dan bergaul.

• Pengalaman UFY : dai yang hebat ilmu tapi hebat dalam dakwa dan didakwa di mahkamah.

• Ihsan dan pemaaf - sifat da’I juga dengan binatang.

5. Tawadhu’

• Takabbur dan ego - bina benteng dan terasing. • Tanda-tanda:

• Tidak bercampur dengan miskin. • Ambil berat pasal pakaian

• Tidak bercakap kecuali bila ramai. • Terlalu bunga bahasa - hilang maksud. • Puji diri dan bangga ilmu sendiri.

Sifat tawadhu’ da’I:

• hidup dengan semua orang • menerima semua orang • bercakap semua orang • ziarahi semua orang • kasihi semua orang

• khidmat bukan minta khidmat • tidak putus hubungan

Hadis: hlm 57-58.

Qudwah tawadhu’ Nabi:

• Salam kepada kanak-kanak.

• Hamba perempuan bawa Nabi round. • Nabi di rumah - tolong isteri.

• Lelaki tanya masalah semasa khutbah Nabi saw. • Lelaki kampung jemput Nabi makan roti gandum. • Wanita tak senonoh dengan Nabi.

Kesah tawadhu para sahabat: • Umar al-Khattab menaiki unta. • Umar naik keldai dibelakang budak. • Umar dengan air wudhu’.

• Lelaki Syam ajak Salman pikul buah tin (tak tahu Salma adalah Gabenor).

6. Manis Muka & tutur kata.

• Muka tanda hati.

• Da’I mesti latih manis muka - walaupun hati sedih dan marah. • Pandai pilih perkataan - sesuai dengan tempat.

(36)

• Pengalaman UFY : Da’I di Mesir - masa ceramah dapat surat - terus - anaknya meninggal.

• Perlu check apa yang keluar dari mulutnya. • Ayat-ayat : hlm. 64-66

• Hadis : 66-68

• Rasulullah saw orang paling manis muka dan lembut tutur katanya.

7. Pemurah dan pemaaf

• Dakwah sentiasa hadapi keadaan perlukan pengorbanan duit - rela dan tidak fikir panjang - mungkin peluang terlepas.

• Ada da’I kedekut - banyak hilang peluang.

• Dalam dakwah - semua perkara murah -dunia untuk manusia. • Melayan tetamu - perlu pemurah - kesah sahabat yang penat -

ditawar oleh sahabat ke rumahnya.

• Bertukar hadiah - bukan jalan dakwah. • Semua kebaikan Islam - perlukan pemurah. • Ayat : hlm 73-77.

• Hadis : 78-79.

8. Berkhidmat untuk orang lain.

• Masalah manusia - banyak halang dari terima Islam - da’I mesti cuba hilangkan.

• Da’I cuba setakat terdaya - kerana masalah terlalu banyak. • Dakwaan kasih dan ukhuwwah bukan hanya dakwaan.

• Da’I mesti kerja untuk kerehatan orang lain, gembira dengan gembira mereka dan sedih dengan sedih mereka.

• Mesti sentiasa berhubung dan tahu masalah -Rasul dengar semua orang untuk tahu masalah.

• Pengalaman UFY : Da’I yang jadi tempat tumpuan untuk selesaikan semua masalah - da’I lain tegur - mereka tak faham - dakwah adalah praktik, bukan teori.

• Masalah pendakwah : datang dalam majlis dan sempena sahaja. • Da’I ambil prioriti untuk selesai masalah.

• Semua kerja dan khidmatnya - mesti hubungkan dengan dakwah dan fikrah.

• Hadis-hadis: hlm 85-88.

(37)

Kertas 12 : Beberapa Konsep- konsep Umum

Amal Jamaie

( Taat, Sirri dan Alaniah, Istisyarah dan Isti’zan)

Keperluan Amal Jamaie

Islam Deen Syamil Kamil Mutakamil

• Manusia – tenaga yang terpecah-pecah & terbatas • Fitrah Kauniyyah – keseorangan akan lemah

• Hajah Basyariyyah – manusia perlu kepada Islam • Darurah Harakiyyah – musuh bekerja dalam team • Faridhah Syar’iyyah – Dalil Al Quran & Hadis

Kelebihan Amal Jamaie

• Membahagikan kerja – e.g kilang industri

• Meringankan beban kerja dakwah – terlalu berat

• Menggunakan tenaga – tiada yang ta’attol/guna semua bakat • Menggandakan pahala – e.g solat jamaah

• Saling memperlengkapkan kelemahan manusia • Menjaga keaslian – tidak mudah menyeleweng • Memperteruskan pertolongan Allah – Hadis Definasi & Syarat Amal Jamaie

Sesuatu yang diputuskan secara kolektif dalam organisasi yang munazzam mengikut manhaj tertentu dan matlamat yang tertentu.

• Di putuskan oleh perkumpulan • Kerja yang tersusun (munazzam)

• Kerja yang mengikut manhaj (manhaji) • Mempunyai tugas yang tertentu (matlamat)

Konsep taat

Taat adalah mematuhi perintah, terdapat 39 kali disebut di dalam Al Quran dan Hadis supaya setiap muslim dapat memahami kepentingan dan sempadan ketaatan.

Taat pertama kepada Allah, kedua kepada Rasulullah saw dan ketiga kepada Uli Amri selama mana mereka berpegang kepada manhaj Allah.Sempadan ketaatan kepada Uli Amri selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah. Memberi ketaatan kepada ibubapa atau mas’ul termasuk dalam syar’iyyah.

Keperluan taat dalam kehidupan manusia

• tidak taat berlaku faudha, huru-hara dalam kehidupan masyarakat.

• Dalam organisasi ketaatan amat perlu – munazzam dalam urusan dan medisplinkan perjalanannya.

(38)

• Lebih lebih lagi di dalam Organisasi Islam kerana masru’ dan menjadi ibadat serta diberi ganjaran pahala kepada orang yang taat.- kesatuan saf, terlaksana perancangan dan program, mencapai matlamat.

Perlaksanaan Taat • Individu

- tahap kesedaran & penguasaannya - kedudukannya dalam organisasi - keperibadiannya e.g menjaga rahsia

- tabiatnya e.g menerima perintah dan persediaan melaksana

• Suasana/Zuruf

- biasa [memerlukan kefahaman & Kerelaan] - gawat [tasaddud ]

• Tabiat Isu

- Isu yang memerlukan individu tertentu [tasaddud dalam arahan]

- Isu biasa [tidak masalah diketahui oleh orang lain- tawassu’ dalam arahan samada dalam memberi kefahaman atau mendapat kerelaan]

Ketaataan secara wa’iyyah, suka atau tidak suka adalah masru’ dalam organisasi Islam. Ketaatan yang diberi akan mendapat ganjaran pahala dan mendapat keredhaan Allah.

Syura/Istisyarah

Makna Syura

• Mesyuarat

• Minta pandangan atau pendapat

• Bebas memberi pandangan tanpa mujamalah Dalil As Syura

• As Syura:38 maksudnya “Dan bagi orang-orang yang menerima seruan Tuhannya dan mendirikan solat, seang urusan mereka diputuskan dengan mesyurat antara mereka, dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka”

• Ali Imran:159 maksudnya “ Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu, kerana itu maafkan mereka dan bermesyuarat dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad. Maka bertakwakal kepadaNya”

(39)

• Sabda Rasululah saw bermaksud “Berilah pandangan kepada ku wahai muslimin, apakah kamu berpandangan aku cenderung kepada keluarga dan keturunanku, mereka hendak menyekat kita dari ahli keluargaku”Bukhari

• Seerah Nabi saw – Perang Badar, Uhud, Tawanan perang dsb Perlaksanaan As Syura

• Kehidupan individu muslim – Rabbani/isytikhara’ dan meminta pandangan individu yang dipercayai, berpengalaman dan ikhlas dalam memberi pandangan [Tidak rugi sesiapa yang berisytikhara’ dan tidak menyesal sesiapa yang meminta pandangan]

• Kehidupan keluarga – tidak boleh diktatur dalam mengahwini anak perempuan sekalipun anak dara

• Masyarakat dan Negara – Al Quran dan As Sunnah menjelaskannya, ia di antara tanggungjawab Jamaah dan Negara Islam

Garis Sempadan Syura

Garis sempada syura seperti apa yang didatangkan daripada Al Quran dan As Sunnah. Tidak ada ijtihad dan tidak ada syura dalam perkara yang ada nas, melainkan ijtihad dalam memahami nas dan tafsirnya. Para sahabat ra segera meminta keterangan dari Rasulullah bila ada masalah. Mereka bertanya adakah ianya wahyu daripada Allah? Sekiranya wahyu mereka segera taat dan melaksanakan dengan bersungguh dan tegas. Sekiranya pendapat, mereka bermesyuarat dan mendengar pandangan sahabat- sahabat, ada sahabat yang sependapat dan ada yang tidak sependapat dianatara mereka. Rasullah saw menerima semua itu dari pada para sahabatnya.

Begitu juga tidak ada ijtihad dan syura dalam perkara ibadat – Sabda Rasulullah saw maksudnya “ Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, bukan dari ajaran kami, maka ia adalah ditolak”Bukhari/Muslim

Diantara perkara yang dibolehkan syura • Tanzim / Organisasi • Ekonomi • Tarbiyyah • Nasyrud Dakwah dsb. Kepentingan Syura • Berkat

• Paling hampir dengan kebenaran Antara Syura dan Isytisyarah

• Isytisyarah – ialah meminta pandangan dari orang yang dipercayai, orang yang meminta pandangan, berhak membuat keputusan dalam perkara yang diminta pandangan kecuali dengan mas’ul.

• Syura – ialah wasilah Jamaiyyah yang digunakan oleh Jamaah atau umat untuk membuat keputusan dalam isu umum atau maslahah ammah.

(40)

• Isytisyarah tidak wajib dan pandangannya tidak mulzim adapun Syura ia adalah wajib dan mulzim.

Antara Sirri dan Alani

• Surah Al Hijr:94 maksudnya “Maka sampaikanlah olehmu secara ternag-terangan segala apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang musyrik”

• Surah Nuh:9 maksudnya “kemudian sesungguhnya aku menyeru mereka lagi dengan terang-terangan dan diam-diam”

KepentinganAs Sirriyah

• Keselamatan dan Kesejahteraan Organisasi Bentuk-Bentuk As Sirriyah

• Merahsiakan Keislaman – tiga tahun pertama dakwah di Mekah.

• Kerahsiaan Amal Dakwah (strategi & Hadaf) – dakwah fardiyah, makalah tanpa nama pengarang, melalui platform dsb. • Merahsiakan organisasi – dirahsiakan dari pengetahuan musuh dan dirahsiakan sebahagiannya dari da’ie sendiri.

• Merahsiakan keperibadian da’ie sebagai anggota organisasi – perlaksanaan adalah berdasarkan suasana [kekuatan organisasi- jauh/hampir kepada hadaf]

Beberapa Kaedah dalam melaksanakan As Sirriyah

• Sabda Rasulullah saw maksudnya “ Di antara kecantikan Islam adalah apabila seseorang meninggalkan apa yang tidak ada kena mengena dengannya”

• Saidina Ali ra berkata “Tidak semua yang diketahui perlu diperkatakan. Tidak semua yang perlu diperkatakan, ada orang yang layak untuk mendengarnya. Tidak semua yang perlu diperkatakan dan ada orang yang layak mendengarnya, sudah tiba masa untuk memperkatakannya”

• Hadaf adalah kemenangan atau syahadah bukannya kesejahteraan diri, tetapi syahadah yang kita inginkan adalah syahadah memberikan pulangan kepada dakwah.

• Matlumat adalah amanah dan bukan miliknya. Matlumat yang kita sampaikan akan bergerak dan terus bergerak. Kita yang menentukan di mana ia berhenti.

Isti’zan

Surah An Nur; Ayat 62

Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya dan apabila mereka berada bersama-sama Rasullah dalam seseuatu urusan yang memerlukan pertemuan mereka tidak meningalkan Rasulullah sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu, mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana seseuatu keperluan, berilah izin kepada sesiapa yang kamu kehendaki di antara

(41)

mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Sebab turun ayat ini ; peristiwa yang berlaku dalam menggali parit dalam peperangan Khandaq.

Biar apa pun sebab turunnya ayat-ayat ini, namun ia tetap mengandungi peradaban dan tatatertib diri di antara kelompok dengan pimpinan. Urusan masyarakat akan pincang melainkan apabila peradaban-peradaban dan tatatertib ini terbit dari seluruh perasaan, sentimen dan hati nurani anggota-anggota masayarakat kemudian bertunjang kukuh di dalam kehidupan mereka sebagai satu adat yang dipatuhi dan undang-undang yang berkuatkuasa. Jika tidak ada peradaban-peradaban dan tatatertib ini maka masyarakat akan menjadi huru-hara dan kacau bilau. Maksud urusan yang memerlukan perhimpunan orang ramai ialah urusan-urusan penting yang memerlukan penyertaan ramai orang Islam atau kegiatan yang bersangkutan maslahah umum atau maslahah dakwah. Sebagai contoh seperti mesyuarat, perang, tarbiah dsb.

Sikap orang mukmin, mereka tidak boleh meninggalkan perhimpunan, melainkan setelah mendapat kebenaran dari pemimpin atau mas’ul supaya urusan itu tidak menjadi kacau bilau, tanpa kehormatan dan peraturan.

Orang mukmin mematuhi peradaban ini dan tidak akan meminta izin atau mencari berbagai alasan untuk mengundurkan diri melainkan kerana terpaksa, kerana keimanan dan adab sopan mereka yang tinggi itulah yang menghalangi mereka dari mengundurkan diri dari urusan dakwah yang sedang sibuk difikirkan.

Ayat yang terakhir dari surah ini memberi amaran yang menginsafkan hati orang-orang yang beriman dan orang-orang yang sesat bahawa Allah sentiasa melihat dan mengawasi mereka dan amalan mereka serta mengetahui segala rahsia yang disembunyikan di dalam hati mereka. Firman Allah yang bermaksud:

“Ketahuilah !!! sesungguhnya Allah itu memiliki segala isi langit dan bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan kamu sekarang ini dan keadaan pada hari seluruh manusia dikembalikan kepadaNya, dan di sana Dia akan memberitahu kepada mereka segala amalan yang telah dilakukan mereka dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

Ayat ini menghubungkan hati dan mata manusia kepada Allah dan mengingat mereka supaya takut dan bertaqwa kepada Allah, kerana taqwa itulah jaminan yang terakhir. Ia merupakan pengawal segala suruhan dan larangan dan pengawas akhlak dan peradaban yang diwajibkan oleh Allah.

Kesimpulan

Cukuplah sekadar ini perbincangan mengenai Konsep-Konsep Umum Amal Jamaie [Taat, As Sirriyah dan Alani, Isytisyarah dan Isyti’zan] sebagai langkah kita memahami dan melaksanakannya dalam usaha menjalankan dakwah dan menyelesaikan sebahagian masalah yang timbul dikalangan pendakwah. Kepada Allah kita memohon agar diberi

(42)

taufiq dan hidayah dalam menjalankan tugas kita sebagai hamba Allah. Hanya keredhaan dan kecintaan Allah menjadi matlamat kita. Kita sentiasa berdoa supaya Allah menetapkan kita di atas jalan dakwah yang dilakukan secara berorganisasi dan beramal secara kolektif. Allah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!Walillah hil Hamd.

Rujukan

1. Amal Kolektif 2. Zilal Quran 3. As Syura

4. Seerah Rahiqul Makhtum

5. Kajian Politik dalam Jamaah Ikhwanul Muslimin 6. Hadis 40 Imam Nawawi

(43)

Konsep penguasaian dalaman: (Fathi

Yakan)

Definisi

• Kemampuan utk menguasai perkara dalamn & saf da’wah dr pihak kiadah atau individu

• Dpt manfaatkn org yg berjaya ditarik ke dalm Islam utk bekerja

Kepentingan

• Analogi; bahan mentah yg berjaya dilombong (manusia) kemudian diproses melalui da’wah utk dijadikan tenaga efektif dlm semua peringkat.

Peringkat pertama: penguasaan akaidi tarbawi Elemen dalam peringkat ini:

• Harakah membersihkan diri dari kesan masa lampau dr sudut fikrah dan kebiasaan

• Membetulkan akidah, cara hidup & akhlak. Kesan akibat kecuaian dlm peringkat ini:

• Org yg kurang tarbiyah; menjadi beban & bala’ kepada da’wah

Cth: dikuasai sifat ujub, akhlak tidak baik akhirnya membawa kpd kejatuhan

• Da’wah sdiri membunuhnya disebabkan dia kurg layak (tidak melalui peringkat2 yg sepatutnya) ketika menerima tanggungjawab

• Memburukkan imej da’wah disebabkan du’at yg dihasilkan tidak bermutu

• Memejamkan mata dari keaiban seseorang menyebabkan memejamkan mata dari melihat keaiban dlm saf keseluruhannya, akhirnya saf tidak berdisiplin

Elemen penting penguasaan tarbawi:

• Pemahaman yg betul terhadap hukum syara’

• Tidak terikat dgn peringkat tertentu cth, hanya wujud di peringkat permulaan tetapi mengabaikan golongan hadapan • Penguasaan tarbawi ambil kira semua keadaan, sesuai dgn golongan yang disasarkan

• Dpt menampung seluruh keperluan fitrah, bkn hanya fikri atau rohani sahaja.

• Seimbang, diukur dgn neraca syara’

Sunnah/kaedah rasulullah dalam pembentukan Muslim: • Memerangi segala bentuk negatif, beku, jumud Cth:

Referensi

Dokumen terkait

Puji dan syukur kepada Allah SWT karena berkat rahmat, ridho , dan hidayah-Nya penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul “Anggaran Belanja Daerah dan Penanaman Modal Asing

senantiasa melimpahkan rahmat dan karunia Nya sehingga karya tulis ilmiah GHQJDQMXGXO³ Pengembangan Alat Ukur Mini-CEX (Mini Clinical Evaluation Exercise) Sebagai Alat

Ketangguhan metode adalah derajat ketertiruan hasil uji yang diperoleh dari analisis sampel yang sama dalam berbagai kondisi uji nor- mal, seperti laboratorium, analisis,

Pengorganisasian tugas dan wewenang jabatan dalam Departemen Fisioterapi merupakan salah satu unit penunjang medis yang pelayananan kesehatannya ditujukan

Pengisian evaluasi dalam rekam medis adalah hasil dari evaluasi perencanaan dan implementasi yang sudah dilakukan oleh masing-masing profesi dan ditanyakan

dan n %u %u&u &u. ;ntu& itu< &ami menghara,&an &e&urangan dan masih !auh dari &esem,urnaan.. #alah satu su% sistem &esehatan nasional

Bukan menjadi rahasia umum lagi bahwa peradaban manusia sangat ditentukan oleh kualitas pendidikan, sedangkan kualitas pendidikan salah satunya ditentukan oleh

7) Penerimaan merupakan hasil produksi dikali dengan harga jual, dinyatakan dalam satuan rupiah. 8) Keuntungan adalah selisih antara penerimaan total dan biaya total