• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sila klik Ctrl+1 atau Ctrl+2 mengikut keselesaan mata tuan-puan ketika membaca ebook ini.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sila klik Ctrl+1 atau Ctrl+2 mengikut keselesaan mata tuan-puan ketika membaca ebook ini."

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Sila klik Ctrl+1 atau Ctrl+2 mengikut keselesaan mata tuan-puan ketika membaca ebook ini.

“Saya yakin, orang yang membaca ini adalah orang yang jujur & tidak akan menyebarkan ebook ini tanpa kebenaran daripada penulis ebook;

Faris Osman”

(3)

Lumrah kehidupan!

Baik lawannya jahat. Lelaki lawannya perempuan. Bila suka lawannya benci.

Kalau kita tak dapat tahu apa yang mereka suka, cuba kenal pasti apa yang mereka tak suka.

Ia saling berkait antara satu sama lain! Nampak mudahkan?

Tapi, nak mengorek jawapan sebenar, itu bukan perkara yang senang. Persoalannya utama dalam ebook ini;

“Kenapa prospek tak beli produk/servis daripada kita? Setelah

mereka berminat nak beli … ”

Insya-allah, dalam ebook ini.

Saya beri 77 punca utama orang tak beli produk kita berdasarkan soal selidik yang saya telah saya buat di dalam group tertutup.

Ini bukan jawapan ilham yang boleh dapat melalui mimpi.

Ini jawapan daripada mulut 79 responden yang sama-sama menjayakan soal selidik ini.

Dah sedia untuk tahu? Jom teruskan membaca.

(4)

Pada 25 Februari 2015,

Saya ada buat satu soal selidik tentang masalah ini dalam sebuah group tertutup. Maka wujudlah perbualan antara kami.

Soalannya seperti di bawah:

Alhamdulillah,

Saya catit satu per satu jawapan sebenar daripada 79 responden yang turut serta.

Saya dapat mengumpulkan jawapan daripada hati mereka lebih daripada 100 jawapan.

(5)

Jawapan-jawapan tersebut saya kumpulkan & buat analisa.

Agar mudah difahami sewaktu di baca dalam ebook ini. Ini sebahagian screen shotnya daripada perbualan kami.

(6)

Kemudian saya copy+paste jawapan dalam ruangan komen ke dalam satu notepad.

Seperti gambar di bawah:

Setelah itu, saya baca semula satu per satu.

Dan saya buat analisa daripada segi kekerapan jawapan yang sama berulang kali.

Untuk mengetahui faktor utama yang menjadi punca mereka terbantut nak membeli. Ini hasilnya:

(7)

Sekarang saya persembahkan kepada tuan-puan untuk tahu lebih mudah,

Penyebab & punca sebenar kenapa mereka tak membeli dari kita? Semoga 77 punca ini membantu bisnes tuan-puan.

Amin.

1. Penjual lambat respon bila prospek tanya.

Ini punca nafsu membeli terbantut. Saya faham, mungkin kita agak sibuk dengan urusan lain.

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Sediakan satu sahaja platform pertanyaan yang kita mampu untuk jawab serta-merta.

Jika kita rasa PM fb adalah jalan terbaik. Maka, fokus kepada PM di FB sahaja untuk proses pertanyaan.

Kalau saya e-mel, sebab saya lebih banyak berinteraksi di e-mel berbanding di FB.

2. Penjual jawab mesej tak mesra.

Bila jawab pertanyaan, jawab dengan kebijaksanaan. Bayangkan setiap jawapan kita, kita dapat RM1 juta.

Sudah tentu kita akan lebih berhati-hati bukan? Bagaimana atasi masalah ini?

Mulakan dengan salam & perkenalkan diri. Kemudian tanya apa yang mereka mahu kita bantu.

Bila mereka jawab, jangan ‘potong’ cakap mereka. Biar mereka puas beritahu dahulu. Kita dengar & catat. Banyakkan senyum. 

(8)

3. Hanya survey harga sahaja.

Sebilangan mereka hanya nak survey harga sahaja. Jadi untuk mengatasi masalah ini.

Kita survey dahulu harga pesaing kita.

Jadi kita boleh beritahu siap-siap harga pasaran untuk produk/servis kita di luar sana.

Nota: Jangan burukkan nama pesaing anda. Sebab ia secara tidak langsung, menonjolkan keburukan diri anda sendiri.

4. Buat perbandingan dengan penjual lain.

Bukan sahaja harga. Ramai ingat, bila buat perbandingan. Prospek akan banding kan harga.

Prospek akan bandingkan banyak perkara. Antaranya, kualiti, keberkesanan, servis, dll.

Jadi ketahui perkara utama yang prospek kita nak inginkan terlebih dahulul. Cipta keunikan dalam industri tuan-puan.

Boleh baca artikel ini untuk cipta keunikan tentang produk/servis.

5. Mahal. (harga tak berbaloi, tak relevan).

Duit adalah tukaran nilai. Medium pertukaran. Jika kita nak duit yang banyak, pastikan nilai yang kita beri lebih banyak.

Orang tak akan rasa mahal bila nilai yang diberi lebih daripada nilai duit itu sendiri.

Kenapa ada orang sanggup beli BMW walaupun harganya mahal? Sebab nilainya lebih tinggi daripada harga kereta tersebut.

(9)

6. Tak percaya produk/penjual.

Tak percaya produk, sebab ragu-ragu dengan manfaat produk. Jadi, tunjuklah testimoni untuk menghilangkan keraguan itu. Tak percaya penjual, sebab ragu-ragu dengan kredebiliti. Jadi tunjukkan sebab kenapa kita layak bantu mereka.

Manusia akan berkata dalam hati;

“Ok aku percaya dengan produk kau, tapi kau ni boleh percaya ke?”

Atau;

“Aku percaya dekat kau, tapi produk kau ni aku belum yakin lagi lah boleh bantu aku ke tidak?”

7. Proses pembayaran terlalu panjang.

Punca tak beli, sebab leceh nak buat bayaran. Jadi,

penyelesaiannnya adalah permudahkan aktiviti pembayaran. Jika dulu banyak sangat langkahnya, sekarang permudahkan dengan beberapa langkah sahaja.

Jika dulu kena masuk shopping cart, sekarang cuba guna

whatsapp atau SMS. Mana tahu, mereka lebih selesa dengan cari ni.

8. Manfaat produk tak jelas.

Sebenarnya bukan tak jelas. Tapi, manfaat tu tak kena dengan diri prospek kita. Itu sahaja.

Prospek kita nak air milo, tapi kita sibuk cerita kebaikan air sirap. Walaupun kita cerita punya baik, tetap dia tak akan beli.

(10)

9. Penjual sombong.

Lebih kurang punca nombor dua. Jadi penjual jangan sombong sangat. Cuba mesra sikit.

Perkara pertama kalau saya nak ‘charge’ seseorang itu sombong atau tidak.

Saya akan lihat muka profil mereka. Muka tak pernah nak senyum. Cuba senyum sikit, insyaallah ada rezeki masuk hari-hari.

Banyakkan guna icon ini  

10. Tak rasa produk tu perlu.

Ramai juga yang jawab jawapan ini. Sebenarnya bukan mereka rasa tak perlu.

Tapi kita tersalah sasarkan audien. Kita nak jual boot kasut bola dengan mak-mak. Memang mereka rasa tak perlu.

Jual ubat sakit jantung dekat orang kencing manis. Ikut logik pun kita boleh tahu kenapa mereka rasa produk ini tak perlu.

11. Tak kenal penjual.

Jawapannya, kena perkenalkan diri. Macam kita baru jumpa orang yang kita tak kenal.

Seeloknya beritahu dahulu nama kita, dari mana, tanya dia soalan, dengar jawapan dia, beri pandangan kita.

Macam bual-bual. Jika dia tulis status, cuba komen status mereka. Nanti mereka suka dengan cara kita.

(11)

12. Copywriting iklan lemah.

Lemah sebab kita tak tahu nak letak apa dalam ayat copywriting tu. Tak tahu apa yang pelanggan nak.

Ayat copywriting adalah himpunan jawapan yang prospek kita nak tahu. Jika cukup, maka kuatlah ayat copywriting kita tu.

Antara yang sedang hot sekarang ada satu panduan copywriting yang saya rasa sangat sesuai untuk newbie & orang lama.

Bukan saya tulis, tapi ada ‘somebody’ yang telah banyak hasilkan jutaan ringgit dalam industri online ini.

13. Ayat tawaran tak menarik.

Ini satu bab yang besar bila nak dibahaskan. Namun apa yang saya boleh kongsikan.

Kita kena buat split test. Mula-mula iklan A buat ayat tawaran limited time offer (beli sebelum tarikh tertentu). Lihat ada sambutan atau tidak.

Jika kurang sambutan, buat ayat tawaran berserta tambahan bonus pula. (free gift)

14. Penjual terlalu mendesak.

Jangan gelojoh sangat nak duit. Kita kena beri (ilmu & info) dahulu, baru terima (duit).

Sebelum kita bertindak sesuatu perkara, cuba fikir baik-baik.

“Kalau aku nak beli barang, aku suka ke tidak kalau penjual tu buat benda yang sama yang aku buat ni?”

Jika kita nak dilayan baik, begitulah juga prospek kita.  Betul ke betul?

(12)

15. Gambar menarik, konten panjang sangat.

Beritahu apa yang perlu diberitahu sahaja dalam ayat jualan. Manusia ni malas nak baca panjang-panjang…

Kecuali mereka dah tahu siapa penulisnya & mereka adalah follower kepada si penulis.

Jika kita yang baru-baru ni, tulis apa yang perlu sahaja dalam ayat iklan. Boleh baca ebook percuma ni untuk tahu.

16. Lupa nak beli.

Punca tak jadi beli sebab lupa. Maka, tugas kita follow-up. Cara follow-up mudah sahaja.

“Salam cik, ikut nota kami, cik berminat nak beli xxx pada (tarikh). Boleh saya tahu, cik minat lagi ke tak ya?”

Dah itu sahaja ayatnya. Jika lupa menjadi punca tak jadi beli, insyaallah, follow-up boleh membantu.

17. Tiada testimoni.

Untuk prospek percaya keberkesanan produk. Wajib ada testimoni. Jika tiada testimoni, ada-kan lah ya.

Caranya mudah, beri sample percuma kepada rakan atau keluarga kita.

Kemudian, minta respon mereka tentang produk kita. Lepas itu, rekod testimoni mereka dalam ayat jualan kita.

(13)

18. Page tak selalu update.

Jika berniaga di Facebook menggunakan page. Tahukah anda, ini antara penyebab prospek tak beli daripada anda.

Maka, sentiasanya update info-info terkini dalam page.

Sehari sekali atau dua kali. Jika taka da idea nak update apa, ambik gambar & upload dalam page.

Macam saya, saya lebih banyak gunakan facebook group & platform e-mel sebagai alat pemasaran saya.

19. Tak ada jaminan pulangan wang.

Setiap manusia ada pengalaman lalu. Ada sebahagiannya mungkin pernah ditipu dengan janji manis bergula.

Jadi, untuk menghapuskan keraguan mereka terhadap keberkesanan & kualiti produk kita.

Tawarkan jaminan pulangan wang kepada mereka. Kita tak boleh jamin keberkesanan, tapi boleh jamin jika tak berkesan.

(Baca: Lafaz jualan tak patut syariah)

20. Takut tak berbaloi bila beli

Sama macam saya kata sebelum ini. Setiap manusia ada pengalaman yang pahit dalam hidup mereka.

Mungkin pernah tertipu dengan produk online.

Jadi tugas kita dalah terangkan sejelas-jelasnya apa yang bakal mereka terima.

(14)

21. Tak taruk harga dalam iklan.

Jika mereka betul-betul minat, pasti mereka akan tanya harga. Jadi, kalau yang tak tanya. Kita dah boleh tapis awal-awal dia ni tak betul-betul berminat dengan produk kita.

Ada banyak mazhab. Ada yang suruh letak. Ada yang cakap jangan letak. Kalau tanya saya, jika tuan-puan masih baru dalam menulis iklan ni.

Better jangan letak dulu. Kita hanya letak bila sudah yakin, copywriting kita sudah bagus untuk hasilkan jualan.

22. Manfaat produk tak logik.

Bila memberikan nilai, biar logik dek akal. Ayat hype sangat pun belum tentu bagus.

Contoh ayat hype: “Sapu krim hari ini, esok hilang 5 kg”

Aduhai, ini melampau sangat. Ayat biar rasional dengan lumrah alam.

23. Info produk tak lengkap.

Info produk tak lengkap ni sebenarnya berasal daripada kita. Kita tak betul-betul faham produk yang kita jual.

Kita tak boleh relatekan manfaat produk kita dengan masalah bakal pembeli kita.

Jika kita tahu masalah mereka & kita tahu manfaat produk kita. Insya-allah, masalah ini tidak timbul.

(15)

24. Tak ada bajet.

Ini masalah targeting salah.

Kita sasarkan kepada kelompok yang tak mampu nak beli produk kita. Itu sebabnya mereka kata taka da bajet.

25. Banyak kontroversi buruk tentang produk.

Bila ada kontroversi, kenal pasti daripada mana kontroversi itu datang.

Bincang elok-elok dengan pencetus kontroversi. Dan minta perdamaian dengan mereka.

Mungkin kita ada silap, tapi kita tak perasan. Caranya adalah dengan memohon maaf & beri sedikit hadiah @ ganjaran.

26. Tak yakin dengan hasil pelaburan.

Beri testimoni yang menunjukkan produk kita telah ramai yang guna & mereka dapat apa yang kita janjikan.

Ceritakan bagaimana produk kita ini boleh bantu mereka. Ceritakan secara terperinci, bagaimana ia boleh diselesaikan.

27. Tiada benda yang suruh cepat beli (urgency)

Bila kita nak suruh mereka lakukan sesuatu perkara. Pastikan ada ganjaran yang setimpal dengan suruhan tersebut.

Orang akan buat sesuatu perkara jika ada ganjaran atau ancaman.

(16)

28. Tak nampak beza (unik) dengan produk lain.

Unik bukan bermaksud kita jual lain daripada lain.

Mungkin artikel ini membantu selesaikan masalah mencari USP. USP – Unique Selling Proposition.

Apa yang uniknya anda berbanding orang lain?

29. Penjual masih newbie.

Jangan mengaku diri kita newbie. Orang tak akan tahu kita newbie, melainkan kita yang beritahu.

Yang dah lepas biarkan berlalu. Yang akan datang ni, jangan kita pula yang ngaku newbie. Boleh mengurangkan kredebiliti.

30. CTA tak ada atau terlalu banyak.

CTA – Call to action. (suruhan bertindak)

Jika mereka berminat, apa yang kita nak mereka lakukan. Ke mana kita nak bawa mereka. (SMS, PM, Bawa ke minisite, dll)

1 iklan paling banyak pun dua sahaja. Bergantung pada tujuan kita tulis iklan tersebut.

31. Hari bukan gaji.

Jika produk kita mahal, lepas ni iklan pada musim gaji.

32. Ramai jual benda yang sama.

Sebab itu kita kena ada kelainan berbanding produk lain. Kita kena master dengan produk kita & tahu kelebihan produk.

Jika orang lain jual seluruh Malaysia, kita jual dekat kawasan daerah kita sahaja. Lepas tu sediakan perkhidmatan COD.

(17)

33. Tiada free gift.

Jika tiada free gift, wujudkan free gift tersebut. Banyak perkara boleh dijadikan free gift. Antaranya:

1. Group Support After Sale. (fb, whatsapp, dll) 2. Kupon belian kedua.

3. Free consultation. 4. Banyak lagi.

34. Ada orang lain jual lagi murah.

Orang lain mungkin boleh jual lagi murah, tapi kita boleh berikan lebih berbanding orang lain.

Jika orang lain jual harga lebih murah, kita tingkatkan bonus atau servis yang lebih berkualiti.

Tak ada sebab kita nak jual murah macam orang tu. Rugi je.

35. Tak buat follow-up.

Maka buatlah follow-up. Prospek ni kadangkala manja sikit. Mereka suka di follow-up.

Mereka suka sentiasa diingatkan. Tapi bukan memaksa. Boleh baca poin ke 16 sebelum ini tentang ayat follow-up.

36. Takut barang tak sampai.

Sentiasa follow-up pelanggan lama tentang barang dah sampai ke belum.

Jika mereka jawab dah sampai, tanya barang ok ke tidak. Jika mereka puji perkhidmatan kita.

Kita hanya perlu rekod & tunjukkan kepada prospek yang takut barang tak sampai.

(18)

37. Page tak nampak profesional.

Jika berniaga guna FB. Design Timeline umpama signboard kedai kita. Upah orang yang pakar lebih elok.

Jika blog, pastikan template blog kita kelihatan profesional. Ia secara tidak langsung menjawab persoalan orang yang terlalu pentingkan profesional ni. Namun ia bukanlah satu kewajipan.

38. Penjual tak pandai jawab soalan.

Kita boleh jawab benda yang kita tahu. Jadi, banyakkan ambil tahu tentang soalan yang selalu ditanya.

Jika hari ini kita terima soalan baru yang tak boleh nak jawab. Pastikan akan datang, bila soalan yang sama ditanya. Kita mampu untuk jawab. Caranya, tingkatkan ilmu.

39. Malas isi borang tempahan.

Harus sediakan paling tidak 2 pilihan.

Ada orang yang suka tempeh guna boring online. Sebab malas nak banyak tanya dengan penjual.

Ada pula yang suka banyak tanya & lemah bab-bab komputer ni. Jadi, orang macam ini seeloknya kita suruh mereka SMS sahaja. Ia lebih memudahkan prospek untuk membeli.

40. Salah target prospek berpendapatan sederhana.

Jika produk kita atas RM100. Ya, kita boleh terima sebab ini. Tapi jika bawah RM100.

Sebenarnya bukan kita salah target berpendapatan sederhana. Tapi kita salah target orang yang ada masalah itu.

(19)

41. Gambar dalam fan page/blog tak banyak.

Solusinya, perbanyakkan gambar. Jika kita ada produk yang banyak, jangan sekali upload terus banyak.

Hari ini upload produk 1. Esok produk 2. Esok upload gambar pergi pejabat pos. Gambar testimoni.

Upload gambar aktiviti harian kita pun tidak menjadi masalah.

42. Tak ada diskaun langsung.

Jika produk kita fixed price dan tak boleh nak dikurangkan. Maka, alternatif lain adalah tambah bonus.

Bonus tidak semestinya memerlukan tambahan kos. Boleh rujuk poin nombor 33 dan 34 dalam ebook ini.

43. Penjual tak prihatin dengan masalah prospek.

Ini masalah diri penjual itu. Sama-ada dia jenis yang tak prihatin atau dia tak tahu cara nak prihatin.

Nasihat saya begini, jika kita jadi penjual. Kita kena letakkan diri kita di tempat prospek. Selalukan bertanya;

“Aku suka tak kalau orang lain perlakukan begini kepada aku?”

44. Ayat terlampau skema.

Kenali dialek bahasa penggunaan prospek anda. Iklan macam kita bual-bual dengan orang.

Bila kita dah siap tulis iklan. Cuba baca semula iklan tersebut. Rasa macam berbual atau baca buku teks? 

(20)

45. Seller susah nak beritahu harga.

Ia bergantung pada ayat iklan kita.

Jika kita yakin kita dah menjawab semua persoalan mereka dalam ayat iklan.

Beritahu sahaja harga + dengan bonus yang kita tawarkan. Nanti mesti ada soalan lain jika mereka rasa berminat dengan harga itu.

46. Nak cari yang boleh COD.

Jika dekat boleh lah COD. Jika jauh, apakan daya.

Mampu katakana mampu, jika kita tak mampu katakan kita tak mampu.

Sambil-sambil bual tu, selitkan gambar testimoni barang dah sampai kepada pelanggan terdahulu. 

47. Ada barang lain yang lebih perlu di beli.

Minta data mereka. Minta izin mereka untuk follow-up jika ada promosi terbaru nanti.

Jadi, sekurang-kurangnya kita sudah ada data untuk kita berhubung.

Jika mereka bagi data mereka. Itu tanda mereka berminat, tapi tak kena dengan hari kita buat iklan.

48. Robot yang handle close sale.

Nak guna robot tak kisah. Tapi jangan sampai nampak macam robot. Boleh faham ayat saya?

Nak balas mesej guna sistem tak salah, tapi jangan ayat mesej kita yang macam robot. Binalah ayat seperti manusia sedang berbual.

(21)

49. Penjual tak tahu benda tentang produk.

Ia seperti saya terangkan dalam poin ke 38. Orang hardware boleh jual skrew sebab dia tahu jenis skrew dan kegunaannya.

Jadi, pastikan kita ada ilmu tentang produk yang kita jual. Jika produk teknikal, pastikan kita tahu nak guna. Jika produk kesihatan, kecantikan, pastikan kita tahu keberkesanannya.

50. Nak buat research terlebih dulu.

Tanda orang yang jenis suka buat research, dia akan tanya. Produk ini diperbuat daripada apa?

Ada kelulusan KKM tak? Ada cap halal tak?

Sebelum mereka buat research, kita tolong beritahu research yang mereka nak cari.

Mudahkan mereka dengan aktiviti research tu.

51. Keputusan pembeli pada pasangan. (suami/isteri)

“Nanti I tanya husband I dulu ea” – Say gud bye. Kalau boleh jangan sampai dia tanya suami.

Kita berikan insentif jika dia bertindak cepat.

52. Penjual berlainan jantina.

Wallahua’lam. Bagi saya tak perlu nak menyamar. Jadi diri kita sebaik mungkin, insyaallah mereka akan terima kita seadanya.

53. Produk kurang femes.

Banyakkan update tentang perniagaan kita untuk femes. Taka da orang yang tiba-tiba jadi femes. Ia dimulakan dengan usaha.

(22)

54. Belum masanya untuk beli.

Sama macam poin 47. Kita minta data mereka & beritahu mereka yang kita akan follow-up bila ada promosi baru.

Insyaallah, mereka boleh faham.

55. Tiada manual penggunaan.

Jika tiada, rakam video cara menggunakan produk. Pakai handphone pun boleh asalkan jelas.

Jika jual sistem, antivirus, software. Rakam guna Camtasia. Jika tak mampu nak buat, upah orang.

Modal sekali, tapi kita telah selesaikan masalah untuk prospek kita berkali-kali.

56. Produk terlalu banyak manfaat.

Fokus satu iklan, satu manfaat. Mana ada orang pergi kedai makan nak order semua resepi.

Dia order apa yang dia nak sahaja. Jadi, penting untuk kita tahu apa yang prospek kita nak.

57. Tiada cap kelulusan pihak tertentu.

Jika tiada, kena mohon. Jika orang tanya, cakap kita sedang dalam proses permohonan.

(23)

58. Tak pernah dengar nama produk.

Kena banyak update tentang produk. Prospek tak pernah dengar nama produk kita hari ini, sebab dia belum pernah jumpa sebelum ni.

Jadi, kena selalu update supaya dia selalu dengar nam produk kita.

Hari ini dia tak pernah dengar, tak kan esok pun dia tak pernah dengar lagi.

59. Tak ada kawan yang rekemen.

Banyakkan testimoni dan minta orang yang beri testimoni tersebut rekemenkan siapa yang patut guna.

Contoh; “Akak puas hati dengan produk ni. Akak rekemen orang yang ada masalah xxx guna. Insyaallah berkesan”

60. Guna short-form sampai tak faham.

Jangan guna short form sms masa kita dengan kawan-kawan sekolah. Ada orang boleh faham, ada yang tak boleh.

Seeloknya guna perkataan penuh. Yang boleh dieja.

61. Struktur iklan berterabur.

Jika tuan-puan pernah dengar ebook mazhab, ebook ini ada tunjuk cara susun iklan kasi kemas.

Kadang-kala kita bukan tak tahu nak tulis apa, cuma kita tak reti nak susun yang mana dulu. Itu masalah kita. 

(24)

62. Pakejing tak menarik, tak professional.

Jika kita orang baru, nak pakejing ni satu hal jugak. Jadi, jika ada prospek yang macam ni.

Cuba tarik perhatian mereka kea rah lain. Pakejing tak menarik, tapi yang penting isinya.

Beri sekali testimoni pelanggan lama kita.

63. Ayat berbunga sangat, tak straight to the point.

Kita bukan sasterawan yang menghadiri ujibakat penulisan cerpen. Kita nak tulis iklan sahaja.

Jadi ayat tak perlu nak berbunga sangat. Guna ayat yang biasa majoriti masyarakat kita guna.

Jika kita dah biasa dengan istilah inggeris. Guna sahaja istilah tersebut tanpa diterjemah. Cth: design – Reka bentuk. 

64. Iklan harga lain, bayar harga lain.

Jika niat kita nak sembunyikan harga sebenar di dalam ayat iklan kita. Itu memang silap kita.

Jujur dalam memberi tawaran itu penting untuk membina kepercayan prospek kepada kita.

Jika takut letak harga, tak perlu letak. Beritahu harga semasa proses rundingan.

65. Ada pilihan lagi menarik.

Itu sebab kita tak tunjukkan apa yang menarik tentang produk & servis kita.

(25)

66. Tawaran terlalu hype. (tak logik & menakutkan)

Sama macam poin nombor 22. Bila kita nak tawarkan sesuatu, kita mesti rasional (logik).

Sebab kita berurusan dengan manusia, mereka mempunyai akal & fikiran. Tawaran yang melampau akan menyebabkan iklan kita nampak seperti:

“Too good to be true” 

67. Lambat re-stock.

Jika ia berlaku pada pihak pembekal. Kita tidak boleh berbuat apa-apa melainkan selalu follow-up pembekal kita.

Seseorang akan rasa lambat bila dia rasa tertunggu-tunggu. Dia tidak akan rasa lambat, bila kita dia tak dapat pada masa yang dijanjikan.

Jadi, sebelum berjanji. Pastikan kita boleh penuhinya.

68. Tak yakin dengan produk.

Ia sama macam saya beritahu sebelum ini dalam poin ke 6. Biasanya prospek tak percaya produk sebab taka da testimoni. Atau kita tak cerita habis tentang produk. Atau dia ada nak tanya sesuatu tentang produk, tapi tak tertanya.

Berikan mereka luang yang selesa untuk tanya apa sahaja kepada kita tentang produk & servis kita. 

(26)

69. Ayat reply macam robot.

Sebelum ini dalam poin ke 48 saya ada beritahu tentang ayat robot. Mohon elakkan guna reply automatik, jika kita belum biasa dengan pertanyaan pelanggan.

Guna manual sahaja dulu. Dapatkan personal touch dengan kita. Prospek akan rasa lebih dihargai.

Nanti dah biasa, baru guna sistem. Ada kalanya kita kena berpenat dahulu untuk berjaya. 

70. Ada jenama yang lebih baik.

Bila kita bersaing dengan jenama yang sudah terkenal. Jangan risau, aka nada lubuk-lubuk pasaran yang mereka belum terokai. Boleh baca artikel berkaitan USP untuk tahu cara menjadi unik dicelah-celah gergasi industri.

Insyaallah, tuan-puan akan jumpa USP tuan-puan. 

71. Rasa bila beli nanti tak akan guna.

Sebab itu kita kena beritahu siap-siap, kita ada after sale support yang akan follow-up kita untuk guna & amalkan.

Saya percaya, servis after sale support ini antara benda yang

syarikat besar jarang beri. Sebab ia perlukan komitmen yang tinggi. Jadi, gunakanlah ya. 

72. Tunggu gaji lepas tu lupa.

Ambil data (telefon, e-mel, catat nama FB mereka). Kemudian follow-up sebelum 25 hari bulan.

(27)

73. Sebab kedekut nak keluar duit.

Sebenarnya tiada istilah kedekut nak keluar duit bila sesuatu produk itu perlu untuk mereka.

Sama ada kita salah target market atau kita tak terang dengan jelas apa yang mereka mahu.

Mereka tak nampak nilai, sebab itu mereka kedekut nak keluar duit.

74. Terlalu murah, takut scam.

Jika barang itu branded, jangan sesekali jual murah. Tuan-puan akan dituduh scammer.

Jual iphone 6, harga RM300. Memang scammer lah.

Jual sahaja harga biasa atau lagi mahal. Lepas tu tambah assesories sebagai free gift.

75. Suka bertangguh.

Jika jumpa yang suka cakap; “Nanti I fikir ea”, “nanti dulu lah, offer ni lama lagi kan”

Nasihat saya, beri deadline masa offer.

“Offer tamat sehingga xxx, selepas itu bonus akan ditarik balik” Berikan sebab kenapa mereka kena bertindak segera. 

(28)

76. Takut konten sama dengan produk sebelum ni. (produk info)

Beritahu mereka ini lain daripada lain. Ceritakan sekali konten yang mungkin sama dengan produk kita.

Lepas tu terangkan apa yang lain tu. Berikan sebab kepada mereka yang konten kita pada kali ini lain. 

77. Testimoni tak kena pada diri mereka.

Jika mereka ragu-ragu dengan kualiti produk, beri testimoni yang sokong kualiti produk kita.

Jika mereka ragu-ragu barang tak sampai, beri testimoni yang menunjukkan barang kita sampai.

Tersalah beri testimoni, ia tak akan membantu langsung. Ibarat kita nak nasi goreng, tapi penjual bagi testimoni sup kambing. 

~ Tamat ~

Saya doakan tuan-puan berjaya dalam bisnes selepas tahu sebab-sebab ini. Insyaallah 

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulan yang diperoleh adalah : (1) Motivasi belajar berpengaruh positif terhadap kemandirian belajar mahasiswa pendidikan akuntansi angkatan 2017 Universitas

Sebagai studi ilmiah tentang kejahatan, kriminologi tumbuh dan berkembang sebagai rekasi dari “kekacauan” dan ketidak tertiban di Negara- negara Eropa abad 18 dan

Sebagai contohnya, banyaknya masyarakat Sunda yang tidak mampu berbahasa Sunda adalah salah satu contoh real dari ketidakberhasilan pendidikan bahasa sejak dini,

 Guru hendaknya banyak memberikan rangsangan kepada peserta didik agar mau berinteraksi dengan lingkungan secara aktif, mencari dan menemukan berbagai hal dari lingkungan...

Perbedaan hasil dari penelitian sebelumnya maka peneliti tertarik untuk meneliti secara komprehensif kemungkinan pengaruh profitabilitas, managerial ownership ,

8-15 Gambar 8.6-11 Marka untuk temporarily displaced threshold karena. pekerjaan pada runway selama 5 hari atau

Dari rumusan tujuan pendidikan nasional kita dapat menyimpulkan bahwa manusia Dari rumusan tujuan pendidikan nasional kita dapat menyimpulkan bahwa manusia yang

bahwa untuk mendukung kelancaran pelaksanaan Peraturan Daerah di maksud serta sebagai tindak lanjut ketentuan pasal 2 ayat (3) Peraturan Pemerintah Nomor 41 Tahun 2007 tercantum