• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembelajaran Alam Sekitar di Sekolah Kanak-kanak Panasonic Pertandingan Hasil Karya Seni Mesra Alam (Eco Works of Art) Peringkat Kebangsaan 2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pembelajaran Alam Sekitar di Sekolah Kanak-kanak Panasonic Pertandingan Hasil Karya Seni Mesra Alam (Eco Works of Art) Peringkat Kebangsaan 2011"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1 Untuk Siaran Segera

Pembelajaran Alam Sekitar di Sekolah Kanak-kanak Panasonic

Pertandingan Hasil Karya Seni Mesra Alam (Eco Works of Art) Peringkat

Kebangsaan 2011

Anugerah Utama Jatuh kepada

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas Klang

untuk Kategori Sekolah Rendah dan

Sekolah Menengah Teknik Sepang untuk Kategori Sekolah Menengah

Kuala Lumpur, 2 November 2011   – Sebelas projek karya seni mesra alam menggunakan bahan-bahan kitar semula, tujuh dari sekolah rendah dan empat dari sekolah menengah memenangi anugerah dalam Pertandingan Hasil Karya Seni Mesra Alam Peringkat Kebangsaan 2011 sempena program Pembelajaran Alam Sekitar Kanak-kanak Panasonic. Sebanyak 30 penyertaan diterima daripada kedua-dua kategori di dalam projek perintis melibatkan 10 buah sekolah di Selangor dan 16 terpilih ke peringkat akhir.

Karya-karya ini dinilai oleh panel hakim yang arif dalam seni dan pendidikan untuk menentukan pemenang Anugerah Utama untuk kedua-dua kategori sekolah rendah dan menengah.

Untuk kategori Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas Klang memenangi Anugerah Utama untuk projek mesra alam mereka yang bertajuk “Rumah Kitar Semula Mesra Alam” (Eco Friendly Recycle House).

Rumah kitar semula mesra alam ini menggunakan tenaga boleh diperbaharui moden untuk gaya hidup hijau dalam suasana kampung sambil mempraktikkan 3R. Bekas buah dan bekas telur terbuang, karung guni, span, penyedut minuman, kulit bawang dan bahan-bahan lain dikitar semula dengan kreatif untuk membina model rumah kampung.

Menurut hakim peringkat kebangsaan Normah Nordin, seorang Aktivis Seni dan Pendidikan, model rumah kitar semula mesra alam ini telah menggunakan bahan kitar semula dengan bijak dengan kombinasi teknologi yang memberikan kesan mendalam tentang kesedaran alam sekitar kepada penonton. Projek eko ini juga memenuhi semua kehendak hasil karya seni.

(2)

2

Untuk kategori Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Teknik Sepang memenangi Anugerah Utama dengan projek mesra alam mereka bertajuk “Bunga Besi” (Metal Flower). Ciptaan kreatif ini menggunakan tin minuman aluminium kosong yang dipotong dan dibentukkan menjadi bunga besi hiasan. Bunga-bunga besi ini dipaku pada sekeping kayu untuk membuatkannya kelihatan lebih organik.

Pelajar bekerja dalam kumpulan tiga orang dengan seorang guru yang bertindak sebagai fasilitator. Contoh projek-projek seni mesra alam pelajar ialah kereta mainan, barangan hiasan yang diperbuat daripada tin minuman, model bandar 3D, jambatan dan rumah yang dilengkapi kuasa solar, lampu LED, dan sistem penuaian air hujan, dan seni kolaj. Bahan kitar semula yang digunakan termasuk penyedut minuman, botol cecair pencuci, botol plastik, surat khabar, batang aiskrim, beg plastik, kulit bawang, bekas telur, tin biskut dan banyak lagi.

“Hasil kerja seni ini mewakili kefahaman pelajar dalam mencipta nilai kepada barangan yang tidak diingini yang boleh dikitar semula atau diubah menjadi karya seni,” kata Azizah Wahid, Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Penjenamaan Panasonic Malaysia.

Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Pembelajaran Alam Sekitar Panasonic (Eco Learning - EL) di bawah Sekolah Kanak-kanak Panasonic adalah program pembelajaran tentang alam sekitar peringkat global yang mensasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah yang dimulakan oleh Panasonic untuk menyediakan pendidikan dan pembelajaran tentang alam sekitar melalui sesi bilik darjah, lawatan kilang dan projek-projek berkisar tentang alam sekitar.

Ini adalah tahun pertama program ini diperkenalkan sebagai projek perintis di 10 buah sekolah di Selangor. Seramai 1200 orang pelajar dari sekolah terlibat telah mengambil bahagian di dalam program ini dan 200 orang pelajar telah melawat ke kilang mesra alam (eco idea factory) di Shah Alam.

(3)

3

Pemenang Hasil Karya Seni Mesra Alam – KATEGORI SEKOLAH RENDAH:

Anugerah Negeri / Sekolah Tajuk Projek / Huraian Anugerah Utama Selangor

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas

Klang

RUMAH KITAR SEMULA MESRA ALAM Rumah kitar semula mesra alam ini menggunakan tenaga boleh diperbaharui moden untuk gaya hidup hijau dalam suasana kampung sambil mempraktikkan 3R. Bekas buah dan bekas telur terbuang, karung guni, span, penyedut minuman, kulit bawang dan bahan-bahan lain dikitar semula energy dengan kreatif untuk membina model rumah kampung. Naib Johan Selangor Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam

MODEL BANDAR MESRA ALAM

Sebuah model skala bandar mesra alam yang dilengkapi panel tenaga solar di bumbung untuk menghidupkan lampu, penghawa dingin dan pemanas air, manakala LED dan mentol jimat tenaga digunakan untuk pencahayaan. Saluran air dipasang di bumbung untuk menuai air hujan. Bahan yang digunakan adalah barangan kitar semula seperti botol plastik, kotak kadbod, surat khabar, tisu dan span.

Tempat Ketiga Selangor Sekolah Kebangsaan

Taman Sri Andalas Klang

JAMBATAN LONDON

Batang aiskrim, botol plastik, papan lapis dan tisu adalah antara bahan yang diguna semula untuk membina model jambatan yang dilengkapi dengan tuil pengangkat jambatan berkuasa bateri.

Saguhati Selangor Sekolah Kebangsaan

Seksyen 9, Shah Alam

RUMAH PANTAI BERKUASA SOLAR

Sebuah rumah pantai mesra alam dengan konsep ‘jimat tenaga’ menggunakan tenaga boleh diperbaharu seperti solar, angin, air dan biomass. Antara bahan kitar semula yang digunakan adalah botol plastik, lidi, penyedut minuman, kertas dan surat khabar.

(4)

4 Saguhati Selangor

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas

Klang

RUMAH API PANAKID

Papan lapis, paper mache, kotak susu dan botol air mineral plastik digunakan untuk membina struktur asas dan menara rumah api. Pelajar mengaplikasikan pengetahuan sains tentang mekanik sebuah rumah api yang dipelajari di sekolah untuk kegunaan praktikal.

Saguhati Selangor Sekolah Kebangsaan

Taman Sri Andalas Klang

KERETA LIMOSIN BERKUASA SOLAR Satu cadangan ringkas untuk pengeluar kereta menggunakan kuasa solar untuk memberi kuasa kepada kenderaan. Ini satu penyelesaian kepada masalah bahan api fosil yang semakin berkurangan dan memperolehi persekitaran yang lebih bersih dan tidak tercemar. Sebuah kotak kasut terbuang digunakan sebagai rangka kereta dan lampu LED yang digunakan dikuasakan dengan bateri 9 volt.

Anugerah Kategori Khas – Seni Kolaj

Selangor Sekolah Kebangsaan

Seksyen 9, Shah Alam

BUMIKU TERCINTA

Satu gambaran artistic tentang keadaan bumi yang menderita akibat bahaya pemanasan global berikutan kesan penebangan hutan, pembalakan haram, udara tercemar dan sisa toksik dari kilang. Plastik lutsinar, botol plastik, tisu, span dan tembaga adalah antara bahan yang digunakan untuk mencipta kolaj ini.

Pemenang Hasil Karya Seni Mesra Alam – KATEGORI SEKOLAH MENENGAH:

Anugerah Negeri / Sekolah Tajuk Projek / Huraian Anugerah Utama Selangor

Sek Men Teknik Sepang

BUNGA BESI

Ciptaan kreatif ini menggunakan tin minuman aluminium yang dipotong dan dibentukkan menjadi bunga besi hiasan. Bunga-bunga ini dipaku pada sekeping kayu untuk membuatkannya kelihatan lebih organik.

(5)

5 Naib Johan Selangor Sek Men Vokasional Shah Alam KERETA MAINAN

Kereta mainan kecil hijau ini diperbuat daripada tin aluminum kitar semula, penutup botol plastik dan getah, dan dikuasakan oleh bateri.

Tempat Ketiga Selangor Sekolah Menengah

Sri Andalas Klang

KAPAL LAYAR

Penggunaan kreatif bahan guna semula yang murah untuk membina model kapal layar menggunakan kadbod untuk membentuk badan kapal.

Saguhati Selangor Sek Men Vokasional Shah

Alam

PASU BUNGA DENGAN JAM

Tin kosong dipotong untuk membentuk daun hiasan manakala plastik beg berwarna merah dan surat khabar lama digunakan untuk membuat bunga ros dan bunga teratai. Pasu bunga diperbuat daripada tin biskut.

Tentang Program Pembelajaran Alam Sekitar di Sekolah Kanak-kanak Panasonic (Panasonic Kids School Eco Learning Programme (EL))

Pembelajaran Alam Sekitar (EL) di bawah Sekolah Kanak-kanak Panasonic (Panasonic Kids School) bermula pada tahun 2009 di Jepun. Ia adalah program pembelajaran alam sekitar (eco learning) global yang mensasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh dunia. Program ini merupakan satu inisiatif Panasonic yang menyediakan pendidikan dan pembelajaran tentang alam sekitar melalui sesi bilik darjah, lawatan kilang dan projek-projek berasaskan alam sekitar.

EL kini telah berkembang ke banyak negara dan wilayah di seluruh dunia. Kira-kira 19,000 orang pelajar telah mengambil bahagian di Asia Pasifik termasuk di India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Malaysia. Di peringkat global pula, seramai 200,000 orang pelajar telah mengambil bahagian.

(6)

6

Ia direka untuk membantu kanak-kanak belajar tentang cara melindungi alam sekitar dan kemampanan dalam cara yang menyeronokkan dan menghiburkan.

Di Malaysia, Panasonic bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menggalakkan idea-idea mesra alam di sekolah atau di rumah; kefahaman dan pendedahan tentang isu-isu alam sekitar. Ia menggabungkan pendidikan alam sekitar melalui modul pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning) di dalam kelas; aktiviti bersama di Kilang berasaskan ‘idea eko’ – Panasonic AVC Networks Malaysia; hasil karya mesra alam (EWA); diari gambar eko (EPD) dengan kemuncak pertandingan dan anugerah global yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk belajar sambil melawat (study trips) dan integrasi dengan pelajar-pelajar antarabangsa.

Tentang Panasonic Malaysia Sdn Bhd

Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah sebuah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke bateri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-5543 7600.

Untuk siaran akhbar dan gambar, sila muat turun dari www.pmpressroom.com Perhubungan Media:

Azizah Wahid

Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan

Tel: 03 7809 7876 Fax: 03 7955 1857 Mobile: 019 217 2730 Emel: [email protected]

Referensi

Dokumen terkait

“Makna Simbolik Upacara Adat Bajo Duai Boe di Desa Seraya Marannu Kecamatan Komodo Kabupaten Manggarai Barat (Kajian Semiotika)”. Jurusan Pendidikan Guru Bahasa dan Sastra

pada elemen street furniture khususnya lampu penerangan jalan pada kawasan zona komersial I dan II sangat berpengaruh terhadap daya hidup fungsi kawasan terutama pada

nd Edition ” (2010, 2), Game adalah salah satu jenis aktifitas bermain, yang didalamnya dilakukan dalam konteks berpura-pura namun terlihat seperti realitas, yang

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui adanya pengaruh persepsi tentang fasilitas belajardan motivasi berprestasi peserta didik terhadap prestasi belajar mata

Berdasarkan hasil analisis data yang telah dilakukan menunjukan bahwa variabel external powerfull others menunjukan peran positif yang signifikan terhadap arousal

Hasil dari penelitian memperlihatkan bahwa BMT EL-MIZAN ANNAFII telah menjalankan perannya secara umum sebagai koperasi syariah yang mampu membuat kegiatan ekonomi dan

Berdasarkan fakta-fakta yang telah penulis gambarkan tersebut, jelas dalam penegakan hukum yang dilakukan oleh institusi peradilan pidana di Indonesia masih kental

Untuk membuktikan kebenaran hipotesis, peneliti menggunakan uji F yaitu kelayakan model untuk mengetahui pengaruh variabel-variabel independen Current Ratio, Return On