• Tidak ada hasil yang ditemukan

assignment bimbingan kaunseling

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "assignment bimbingan kaunseling"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

1.0

(2)

1.0 Pengenalan Bimbingan dan

Kaunseling

Definisi Bimbingan

Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Definisi kaunseling

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan

diri dengan

jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kini mula mendapat tempat di serata negeri di Malaysia. Ia diguna pakai oleh semua badan kerajaan serta bukan kerajaan. Keadaan ini terjadi kerana semua rakyat malaysia kini mula sedar mengenai tujuan dan objektif perkhidmatan ini dijalankan oleh semua rakyat. Tidak terkecuali ia turut ditekankan dalam mata pelajarn EDU 3107 di semua institut perguruan. Jadi beberapa kajian terperinci harus dilaksanakan oleh semua pelajar semester 7 di dalam subjek Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak. Sedia maklum dimana pelajar semester 7 sudah menjalani

(3)

ditengahkan dan memerlukan kajian yang praktikal untuk memahami dengan jelas maklumat-maklumat yang berikatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Sejarah penubuhan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di

Malaysia

(4)

1939 : sebuah buku telah dikeluarkan oleh Jabatan

Pelajaran Negeri-Negeri Selat

1939 : sebuah buku telah dikeluarkan oleh Jabatan

Pelajaran Negeri-Negeri Selat

1959 : profesion kaunseling berkembang dengan pesat 1959 : profesion kaunseling

berkembang dengan pesat

1960 : Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling 1960 : Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling 1969 : seramai 275 orang giri dipilih menghadiri

kursus mengenai bimbingan selama 6 hari 1969 : seramai 275 orang

giri dipilih menghadiri kursus mengenai bimbingan selama 6 hari

1979 : persatian Kaunselor Malaysia (PERKAMA) ditubuhkan 1979 : persatian Kaunselor Malaysia (PERKAMA) ditubuhkan sebelum 1996 : amalan biasa di sekolah pengetua

atau guru besar akan memilih 2 atau 3 guru

untuk memberikan bimbingan dan khidmat

nasihat kepada murid sebelum 1996 : amalan biasa di sekolah pengetua

atau guru besar akan memilih 2 atau 3 guru

untuk memberikan bimbingan dan khidmat

nasihat kepada murid

1996 : berlaku satu perubahan dalam dunia pendidikan.setiap personel

bimbingan dan kaunseling perlu memberikan komitmen dan sinergi yang

diperolehi dari pensyarah yang bekemahiran. 1996 : berlaku satu perubahan dalam dunia pendidikan.setiap personel

bimbingan dan kaunseling perlu memberikan komitmen dan sinergi yang

diperolehi dari pensyarah yang bekemahiran.

Carta alir 1 : sejarah perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia

(5)

1.1.1 Konsep Bimbingan

Bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu seseorang individu meningkatkan pemahaman dan kkemahiran bagi menangani isu-isu dan cabaran serta masalah yang adir atau timbul di dalam kehidupan secara berkesan. Beberapa konsep penting dalam bimbingan ini antaranya adalah bimbingan itu ialah sesuatu proses.

Selain itu, bimbingan juga boleh dilihat sebagai satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya demi kepentingan masyarakat amnya dan individu khasnya (Forum Kebangsaan Bimbingan,2005) dalam Choong Lean Keow,2010.

Di sekolah pula bimbingan ini dilihat sebagai suatu tunjuk ajar, nasihat serta panduan yang dilakukan terutama oleh seorang guru mahupun seorang pelajar yang mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam sesuatu bidang membantu individu yang kurang pakar atau menghadapi masalah untuk menjadi lebih baik.

Menurut Mathewson (1962) dalam Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan labih baik lagi dengan keperluan

, dan peluang sosial mengikut

nilai-nilai moral dan sosial.

1.1.2 Konsep Kaunseling

Kaunseling adalah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi.Kaunseling juga adalah salah satu cabang daripada psikologi. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan

(6)

profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Menurut E.G. Lewis (1970) dalam Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) menyatakan maksud kaunseling ialah suatu proses apabila seseorang yang terganggu (klien) ditolong merasa dan bertingkah laku dengan cara yang lebih memuaskan daripada segi peribadi dengan cara berinteraksi dengan orang yang tidak terlibat (kaunselor) yang memberikan maklumat dan reaksi untuk meransangkan klien untuk mengembangkan tingkah laku agar membolehkannya menghadapi dirinya dan persekitarannya dengan lebih berkesan lagi.

Dustin dan George pula memperkatan bahawa kaunseling ialah suatu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku penyesuaian dan mengurangkan tingkah laku salah penyesuaian.

1.1.3

Konsep Bimbingan Dan Kaunseling

Di sekolah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat diperlukan kerana setiap murid memerlukan bantuan dalam mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar serta pemudah cara. Seorang individu yang pakar di dalam bidang ini diperlukan agar suatu usaha atau tindakan yang diambil oleh dapat membentuk keperibadian yang mulia disamping memperkembangkan potensi diri kearah yang lebih baik serta mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan dan menghadapi masalah kehidupan dengan cara dan kemahiran yang betul

.

(7)

1.2 Matlamat Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Jadual 1 : Tang (1987)menyatakan ada 6 matlamat bimbingan.

MATLAMAT BIMBINGAN

1.

Menolong perubahan perlakuan.

2.

Menambah kemahiran klien untuk mengendalikan kehidupannya sendiri.

3.

Menambah kemahiran membuat keputusan.

4.

Membaiki hubungan dengan masyarakat.

5.

Membantu perkembangan bakat klien

Jadual 2 : George dan Christiani 1981 menyatakan matlamat bimbingan ialah :

MATLAMAT BIMBINGAN

1.

Bimbingan menolong pelajar-pelajar mempelajari, memahami pengalaman.

Nilai, sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyakat majmuk

Malaysia.

2.

Bimbingan adalah melayan keperluan-keperluan pelajar bagi perkembangan

potensi dan kebolehan mereka.

3

Bimbingan menolong pelajar-pelajar memilih dan merancang hidup mereka

dengan berkesan.

4

Menolong mereka menyedari kekuatan dan kelemahan mereka dan memberi

fokus kepada pengukuhan kekuatan-kekuatan yang ada.

5.

Bimbingan menjadikan pelajar-pelajar lebih tegas diri, dapat menyesuaikan diri

dalam situasi alam sekitar.

(8)

Matlamat bimbingan ini adalah secara umum. Matlamat bimbingan dan kaunseling di sekolah pula merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara yang dimana pendidikan di Malaysia ini mahu melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta dapat memenuhi aspirasi dan kehendak serta keperluan individu, masyarakat dan negara. Berdasarkan matlamat inilah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah sedikit sebanyak dapat membantu mendokong hasrat pendidikan di Malaysia. Melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ia dapat membantu murid-murid di sekolah memperkembangkan lagi potensi diri dan sekaligus dapat membantu murid dalam mengatasi dan menghadapi masalah atau kekangan dengan sikap yang tenang, optimis jua positif. Menurut falsafah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pula bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Terdapat tiga matlamat Bimbingan dan Kaunseling pertama, memupuk kemahiran menyelesaikan masalah kendiri.kedua pula membantu klien menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri. Dan yang terakhir menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang ada untuk mencapai prestasi lebih baik

Menurut Choong Lean Keow (2010) pula secara amnya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ditawarkan di sekolah rendah mempunyai dua matlamat seperti di bawah:

i. Memberi sokongan psikologi dari pelbagai aspek termasuk: - Penyesuaian diri

- Kesihatan mental yang positif - Penerimaan kendiri

- Keberkesanan peribadi

ii. Menyediakan kanak-kanak untuk bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat, seterusnya meningkatkan kebolehan mereka untuk memahami dan menerima kesan dan akibat pilihan tersebut (Gibson,dlm Lunenburg,2010)

Secara keseluruhanya, matlamat BNK haruslah selari dengan kandungan Falsafah Pendidikan Negara. Supaya murid yang dihasilkan oleh pendidikan Negara mencapai tahap atau hasrat yang telah terkandung dalamnya. Sekaligus murid di sekolah dapat meningkatkan potensi di dalam diri untuk menjadi lebih baik dan seimbang dari pelbagai aspek terutama lima aspek yang difokuskan iaitu JERIS.

(9)

1.3 Keperluan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di

Sekolah

Menurut Sapora dan Hapsah (2003), perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam agenda pendidikan negara terutama bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyahut cabaran Wawasan 2020.

Boleh dilihat berdasarkan pernyataan diatas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat diperlukan di sekolah. Walaupun sekolah itu dikategrikan sebagai sekolah kurang murid atau sekolah pendalaman perkhidmatan BNK sangat diperlukan.

Menurut Suradi (2001) dalam Malek Muhamat said (2007) menyenaraikan beberapa sebab kenapa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diperlukan oleh pelajar di sekolah. Antaranya ialah:

1. Membantu pelajar berkembang dalam semua bidang.

2. Membolehkan pelajar membuat pilihan yang sesuai pada semua peringkat persekolahan mereka.

3. Menolong pelajar membuat pilihan kerjaya dan membuat persediaan yang sesuai sebelum memasuki kerjaya yang dipilih.

4. Menolong pelajar dalam perkembangan kerjayanya.

5. Menolong pelajar membuat penyesuaian terbaik sama ada di sekolah dan juga di luar sekolah.

6. Menambah usaha yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah.

Kesimpulannya kita boleh lihat dimana keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat penting di setiap sekolah. Ini adalah kerana kebanyakkan di sekolah-sekolah sekitar Malaysia mengalamai banyak isu permasalahan pelajar, desakan daripada ibu bapa dan masyarakat yangsentiasa inginkan keputusan cemerlang dalam pencapaian akademik. Dengan tertubuhnya perkhidmatan Bimbingan dan kanuseling di sekolah-sekolah dapat membantu menghadapi situasi-situasi seperti ini.

(10)

2.0 PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN

KAUNSELING DI

SEKOLAH RENDAH

(11)

2.0

Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling Di Sekolah Rendah

2.1 Jenis- jenis perkhidmatan yang disediakan di bilik

bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah

Jenis perkhidmatanadalah tidak sama seperti bidang tugas guru bimbingan dan kaunseling. Dalam paparan ini, perkhidmatan akan dibincangkan satu persatu bagi memudahkan kefahaman. Susunan perkhidmatan yang dipaparkan bukanlah satu yang rigid.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah perlu dilaksanakan dengan serius, terancang , komprehensif dan menyeluruh oleh semua pegawai yang diberi tanggungjawab secara lansung untuk memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dalam aspek kerohanian, jasmani, emosi, intelek, sosial, akhlak dan estetika.

Berikut merupakan jenis-jenis dan tugas yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :

(12)

1. MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN INVENTORI DAN REKOD

* Mengendalikan fail bimbingan dan kaunseling bagi setiap pelajar * Mengumpul dan merekod butiran ujian dan penilaian diri pelajar * Mengemaskini rekod kaunseling pelajar

* Mentafsir data untuk tujuan pembangunan diri pelajar

2. KHIDMAT PENGUMPULAN DAN MEMBERI MAKLUMAT

* Menyebarkan maklumat pendidikan dan kerjaya

* Menyebarkan maklumat mengenai pendidikan dan pencegahan

3. PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

* Melaksanakan khidmat krisis kaunseling * Kaunseling Individu

* Kaunseling Kelompok

* Kaunseling Pengembangan Diri * Kaunseling Kerjaya

4. KHIDMAT PENEMPATAN

* Membantu pelajar dalam penempatan kelas dan aliran

5. KHIDMAT PENCEGAHAN

* Memberi maklumat mengenai elemen mengenai yang membahayakan diri dan masyarakat secara individu dan kelompok

6. KHIDMAT KONSULTASI DAN RUJUKAN

* Memberi khidmat konsultasi kepada guru, pentadbir dan ibu bapa.

* Merujuk pelajar kepada pihak yang tertentu untuk mendapatkan khidmat pakar dan lanjutan.

7. KONFERENSI DENGAN IBUBAPA

* Mengadakan hubungan dengan penjaga mengenai kemajuan pelajar * Mendapat kerjasama ibubapa dengan program pembangunan diri pelajar

8. KHIDMAT PENILAIAN

* Membuat penilaian program bimbingan dan kaunseling yang disediakan secara formatif dan sumatif.

9. BIMBINGAN DALAM BILIK DARJAH

Perkhidmatan ini haruslah dimasukkan ke dalam penjadualan utama sekolah (Pendidikan Moral)

(13)

10.TAJUK CADANGAN BIMBINGAN DI DALAM KELAS:

• Pendidikan dan kerjaya-kerjaya • Trait personaliti dan kerja

• Pembangunan diri dan kemahiran berkomunikasi • Ujian personaliti

• Mental yang sihat • Hubungan guru-murid

• Bahaya dadah, arak dan rokok

• Kemahiran belajar dan pengurusan masa

10. KONFERENSI KES

Merupakan strategi dalam memberikan bimbingan dan memberikan kebajikan kepada para pelajar. Permasalahan murid akan dibincangkan bersama oleh pakar-pakar iaitu yang teridiri daripada : - guru kelas

- guru disiplin

- doktor dan jururawat

- pegawai kebajikan masyarakat - guru besar

- kaunselor sebagai penyelaras

Bertujuan untuk menyemak dan menganalisis sesuatu kes dan merancang kaedah pertolongan dan bimbingan yang diperlukan oleh pelajar.

11. KHIDMAT INVENTORI DAN REKOD

* Mengendalikan fail bimbingan dan kaunseling

(14)

Pemerhatian tingkah

laku murid

Meramal masalah

yang dihadapi murid

Mengkaji pencapaian

akademik murid

sepanjang pengajian

Membuat hipotesis

terhadap masalah

murid tersebut dengan

melihat kepada sebab

dan kesan

Bertindak dengan

mengkaji latar

belakang murid

(keluarga dan rakan

sebaya)

Melaksanakan sesi

kaunseling dengan

murid

Merancang

cara

membantu

menyelesaik

an masalah

murid

Perbincangan guru

bersama ibu bapa dan

rakan murid

Membuat tindakan

susulan

2.2 Langkah- langkah guru biasa mengenalpasti murid-murid

yang bermasalah.

(15)

3.0 TEORI

KAUNSELING

BEHAVIORIS

(16)

3.0

Teori Kaunseling Behaviorisme

3.1 Kejayaan dan keberkesanan Teori Kaunseling Behaviorisme

terhadap murid bermasalah di sekolah

Pendekatan ketingkahlakuan atau behavioral approach dalam kaunseling mempunyai sejarah bermula daripada tiga komponen iaitu :

Komponen Pertama

Komponen pertama dipetik daripada prinsip pelaziman klasikal, atau kadang-kadang disebut juga sebagai pelaziman responden yang diasaskan dari hasil kajian Pavlov (1960), dan Hull (1943). Dalam sebuah kajian, John B. Watson (1920) telah menggunakan prinsip Pavlov, iaitu prinsip pelaziman klasikal, untuk melatih Little Albert takutkan kepada tikus putih, kapas putih dan rambut Watson yang putih. yang kuat), yang digandingkan dengan rangsangan dilazimkan (tikus putih). Ini mengakibatkan respon terlazim (terperanjat dan rasa takut). Contoh ini penting untuk difahami kerana ia menjadi asas kefahaman teori behaviorisme, dan ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran.

Komponen Kedua

Komponen kedua ialah pelaziman operan yang telah diasaskan oleh B. F.Skinner (1953). Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah laku berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh peneguhan positif ialah wang atau pujian. Contoh peneguhan negatif ialah seperti menghilangkan ransangan yang negatif seperti kejutan elektrik atau bunyi loceng yang kuat. Peneguhan negatif juga menguatkan ulangan sesuatu tingkah laku. Contoh peneguhan negatif ialah menghilangkan bunyi loceng yang kuat setiap kali tikus menekan palang. Tikus akan kerap menekan palang apabila bunyi loceng dihilangkan secara beransur. Hukuman dan pelupusan (extinction) mengurangkan tingkah laku berulang. Hukuman ialah menambahkan ransangan yang menyakitkan atau yang tidak selesa. Contohnya seperti dikenakan kejutan elektrik selepas menghisap rokok. Pelupusan ialah untuk mengurangkan

(17)

mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki ini memadai dibiarkan sahaja atau tidak diberi sebarang respon

pada orang yang menyampuk. Penggunaan prinsip pelaziman operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku seseorang dinamakan teknik modifikasi tingkah laku atau behaviour modification. Dari segi pelaksanaan, teknik ini kadang-kadang disamakan dengan teknik terapi ketingkahlakuan. Skinner menggunakan modifikasi tingkah laku ke atas individu atau terhadap satu kumpulan kecil. Kalau anda perhatikan, kedua-dua prinsip tersebut adalah prinsip pembelajaran asas yang telah dibincangkan dalam modul Psikologi Pendidikan.

Komponen Ketiga

Komponen ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif atau cognitive behaviour therapy. Terapi ini adalah gabungan daripada dua aliran pemikiran yang berbeza, iaitu satu pendekatan yang berunsur ketingkahlakuan sahaja, dan yang satu lagi berunsurkan kognitif. Kita tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari perspektif ketingkahlakuan sahaja, tetapi kita juga perlu mengambil kira proses pemikiran. Proses pemikiran itu adalah proses kognitif.

PROSES KAUNSELING

Semasa saya menjalani Praktikum ketiga di sekolah, saya telah mendapati seorang murid yang bermasalah dalam semasa saya menalanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mengenal pasti bahawa murid tersebut mempunyai tingkah laku yang mana beliau akan sentiasa meminta untuk ke tandas sepanjang proses pembelajaran. Beliau akan menggunakan alasan yang sama untuk melarikan diri semasa sesi pembelajaran. Oleh itu, saya telah menggunakan teori behaviorisme untuk membantu murid ini. Apabila menjalankan proses kaunseling, seperti yang terdapat dalam sistem kaunseling yang lain, kaunselor behaviorisme mesti juga menunjukkan kemahirannya dalam perkara-perkara berikut, iaitu:

o mendengar dengan tepat; o menghargai kliennya; o sikap menerima; dan

o memahami bahawa klien seorang yang unik.

Dalam hal ini, murid akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang, memproses dan menilai program pengurusan tingkah laku dirinya. Saya akan cuba melupuskan bermacam-macam tingkah laku yang selama ini dianggap maladaptif, dan di samping itu, murid pula mempelajari tingkah laku yang adaptif yang akan berterusan sebagaimana yang telah dirancang. Tugas saya ialah menggalak dan

(18)

membantu murid membuat perubahan. Untuk melaksanakan proses kaunseling behaviorisme ini, saya mestilah telah mendapat latihan dan pengalaman dalam modifikasi tingkah laku manusia, dan sanggup menjadi konsultan, guru, penasihat, pemberi peneguhan dan menjadi fasilitator. Dari segi sahsiah, saya perlu mempunyai ciri-ciri mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas.

Apakah tugas-tugas saya? Pertama, supaya dapat membantu murid bersama-sama menganalisis tingkah lakunya, kedua untuk mentakrif masalah, dan seterusnya memilih satu matlamat yang ingin dicapai. Proses kaunseling akan menjadi lebih mudah dan membantu sekiranya saya dan murid dapat mewujudkan cara berkomunikasi yang berkesan antara satu sama lain, saling mempercayai dan bekerjasama. Faktor perhubungan yang baik ini harus berterusan selama murid dan saya mencari jalan menolong klien membuat perubahan.

MATLAMAT TEORI BEHAVIORIS

Kaunselor teori behavioris sentiasa berpandangan bahawa hampir semua tingkah laku manusia kecuali pergerakan otot adalah dipelajari, baik yang sesuai mahupun yang kurang sesuai. Teori behavioris adalah untuk menyediakan keadaan-keadaan dan persekitaran agar tingkah laku yang kurang sesuai itu boleh dihapuskan. Seterusnya, klien atau murid akan diajar untuk menguasai tingkah laku yang baru dan yang lebih sesuai bagi menggantikan tingkah laku yang sesuai.

Matlamat hendaklak dituju adalah ditentukan oleh klien atau murid itu sendiri. Peranan guru hanya membantu murid memilih matlamat yang hendak ditujui agar bersesuaian bagi dirinya dan dapat diterima oleh orang sekeliling. Matlamat behavioris juga menekankan kepada kejayaan tertentu yang boleh dilihat, dinilai, dan diukur.

STRATEGI MEMBANTU KLIEN

Guru boleh menggunakan strategi yang dipilih untuk tujuan menggalakkan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki atau menghilangkan yang tidak dikehendaki. Yang ditekankan di sini ialah penglibatan dan kerjasama antara murid dan guru perlu berterusan. Strategi yang dipilih dan diterangkan di bawah ialah berkaitan dengan pengubahan tingkah laku zahir sahaja seperti:

 role play  latihan asertif  token ekonomi  pengurusan kendiri  pemantauan kendiri  peneguhan kendiri  modelling

(19)

 teknik implosif  teknik aversif

Berdasarkan beberapa teknik dan strategi yang telah digariskan dalam teori behavioris ini, saya telah memilih strategi latihan asertif ke atas murid saya yang mempunyai masalah semasa dalam proses pembelajaran. Latihan asertif adalah satu teknik untuk mengajar murid menambahkan keyakinan diri berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya. Harus diingat bahawa teknik ini bukan untuk mengajar murid menjadi seorang yang lansang atau agresif.

Teknik ini juga mengajar murid saya yang mempunyi masalah murung, lambat dalam pelajaran, tidak bergaul supaya mendapat kemahiran-kemahiran sosial seperti berkawan, cara berinteraksi dengan berkesan. Murid dapat berkomunikasi dengan rakan sejawat dengan baik.

Latihan ini diberikan kepada murid yang :  Tidak dapat melepaskan geramnya.  Sukar menolak permintaan orang lain.

 Terlalu tertib dan selalu dieksploitasi oleh orang lain.

 Tidak dapat menyatakan isi hati, perasaan, dan menunjukkan gerak balas yang positif.

 Rasa tidak mempunyai hak untuk menyatakan buah fikiran, kepercayaan, dan perasaan mereka. Strategi yang saya gunakan semasa menjalankan sesi bimbingan terhadap murid yang bermasalah di dalam kelas.

 Arahan : Saya menerangkan kepada murid tentang tingkah laku yang diharapkan.

 Maklum balas : Saya memberi maklum balas positif dan negatif kepada murid berhubung dengan tingkah laku setelah diberi arahan.

 Contoh : Saya menunjukkan contoh tingkah laku yang positif yang sepatutnya kepada murid.  Raptai : Murid akan berlatih melalui role tingkah laku tertentu dan saya memberi komen terhadap

role tersebut.

 Peneguhan sosial : Murid dipuji dari semasa ke semasa sekiranya dapat menunjukkan tingkah laku positif.

 Tugasan : Murid diberi tugasan tertentu untuk dilaksanakan dalam kebanyakan sesi dan selepas sesi dijalankan.

Matlamat asas latihan asertif ialah:

• Memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa memberi kecederaan fizikal dan emosi terhadap orang lain.

(20)

• Mengajar murid yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi, supaya mencari alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif. Ramai guru mendapati bahawa murid mereka perlu membina kemahiran asertif untuk meningkatkan kebolehan pengurusan diri dan penyelesaian masalah. Murid boleh hilang penghargaan kendiri (self-esteem) dengan membiarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya; tidak berupaya menghadapi ibubapa, majikan, suami/isteri atau orang lain dengan cara yang betul; atau menimbulkan respon yang tidak diingini oleh orang lain, jika murid bersikap agresif dan bukan asertif.

Latihan asertif biasanya dilaksanakan dengan cara-cara berikut:

• Role-play dan melakonkan (modeling) situasi-situasi pasif, agresif dan asertif yang biasa dihadapi oleh murid

• Melalui penerokaan masalah dan mentakrif masalah

• Mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali

• Role-reversal, iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca murid tidak boleh melakukan tingkah laku asertif

• Melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit (successive approximation). Dengan cara-cara yang disebutkan tadi, murid bukan sahaja dapat membentuk tingkah laku baru dalam suasana selamat dengan gurunya, tetapi ia juga dapat bersama-sama dengan guru untuk menganalisis perlakuan-perlakuan yang perlu dibentuk secara sedikit demi sedikit. Apabila murid sudah merasa selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru ini, barulah boleh dicubanya di luar bilik darjah, iaitu dalam keadaan seharian. Apabila saya menjalankan sesi role-play, murid sedikit sebanyak telah menunjukkan perubahan positif dari hari ke hari.

3.2 Kelebihan dan kekurangan Teori Behaviorisme

Dua sumbangan teori ini termasuklah memberi lebih penekanan keoada pengukuran , penilaian, dan penyelidikan (result oriented). Penekanan sebegini memberikan kita peluang untuk menilai kemajuan dan kemunduran dalam usaha kita membantu klien.

(21)

Teori behavioris mempunyai pelbagai teknik, tatacara, dan strategi dalam sesi-sesi kaunseling. Dengan wujudnya penggemblengan antara teknik behavioris, teori ini akan lebih berjaya merawati pelbagao masalah yang dihadapi oleh klien. ( Amir Awang, 1987).

Walau bagaimanapun, menurut Corey (2005) terdapat beberapa limitasi yang akan dilihat memberi impak kepada perlaksanaan teori dan teknik behavioris isitu :

a) Teori behavioris hanya memfokus kepada perubahan tingkah laku dan bukannya perasaan atau pemikiran kognitif klien. Terdapat kritikan yang menyatakan bahawa perasaan mesti diubah terlebih dahulu sebelum perubahan tingkah laku diubah.

b) Teori behavioris kurang mementingkan isu hubungan mesra atau yang lebih kondusif dan teraputik antara kaunselor dan klien semasa sesi dijalankan. Sebaliknya, lebih tertumpu kepada pelbagai teknik behavioris yang diamalkan ke atas klien sahaja.

c) Teori behavioris ini kurang mendorong klien kepada pencapaian celik akal secara peribadi. Sebaliknya perubahan tingkah laku adalah lebih menjurus kepada tingkah laku yang ingin diubah sahaja tanpa menerapkan unsur-unsur kognitif atau kesedaran dalaman klien.

d) Teori ini lebih fokus kepada rawatan tanda-tanda luaran pada klien dan bukan punca penyebab masalah tersebut.

e) Teori ini juga mengetepikan faktor-faktor sejarah (dulu) yang mungkin merupakan penyebab kepada masalah tingkah laku klien sekarang.

(22)
(23)

5.0 KESIMPULAN

5.0

Kesimpulan

Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah merupakan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab membimbing murid-murid yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti pengayaan, perkembangan, pemulihan diri dan sikap dan sebagainya.

Bimbingan ialah suatu bentuk di sekolah bimbingan adalah suatu tunjuk ajar, nasihat , panduan dan pencegahan yang dilakukan individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam sesuatu bidang kepada individu lain yang baru dalam sesuatu bidang yang sama bagi menolong mereka untuk

(24)

melakukan dengan lebih baik. Konsep ini disokong oleh Mathewson (1962) dalam Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Menurut Mathewson bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami cirri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan labih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai moral dan sosial.

Kaunseling pula merupakan satu langkah yang diambil bagi membantu murid meyelesaikan yang mana tidak mampu diselesaikan oleh murid dan membantu seseorang yang di dalam masalah sehingga tidak dapat menjalani kehidupan dengan baik disebabkan persepsi dan pemikiran yang negetif sehingga menyekat perkembangan diri dan tingkah laku yang baik.

Terdapat perbezaan yang ketara antara guru bimbingan dan guru bimbingan dan kaunseling dari pelbagai aspek dalam bidang tugas dan peranan masing-masing. Perbezaan ini perlu diketahui supaya murid tahu siapa yang perlu di cari jika mempunyai sesuatu masalah dalam kehidupan atau pembelajaran.

Salah faham terhadap guru bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu aspek yang menyebabkan profession ini menjadi lambat keberkesanannya dan menjadikan khidmat ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Menyelesaikan masalah klien yang dirujuk merupakan satu perkara yang mencabar bagi seorang guru bimbingan dan kaunseling kerana ianya memerlukan perhatian dan tindakan yang lebih berhati-hati supaya klien itu akan berlembut hati untuk memberi kerjasama dan mempunyai semangat untuk terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

(25)

6.0 REFLEKSI

6.0

Refleksi

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah dapat menyempurnakan tugasan bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (EDU 3107) ini dengan baik. Penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah En. Mohd Sufian Bin Abd. Mutalib yang telah mengajar dan membimbing saya dengan begitu baik untuk menyiapkan tugasan ini serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga.

Pada sesi awal saya mendapat tugasan ini di dalam fikiran saya, saya mampu membuat tugasan tersebut, kerana bagi saya soalan tugasan ini mudah untuk difahami dan mampu untuk dicari.

(26)

Walaubagaimanapun apabila saya mencari serba sedikit maklumat di dalam internet dan buku, boleh kira bahawa tugasan tersebut agar sukar dan payah.

Jadi di sini, saya mengakui bahawa En .Sufian telah memberi saya pengalaman baru yang amat bermanfaat untuk saya jadikan pegangan dan panduan dalam membuat tugasan dan kajian tindakan yang akan saya laksanakan juga pada semester ini dan semester depan. Ini kerana banyak maklumat yang saya perolehi juga adalah daripada pensyarah juga. Selain itu juga bantuan dari guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah saya berpraktikum juga sedikit sebanyak membantu melancarkan lagi tugasan saya ini.

Sepanjang saya merealisasikan tugasan ini, saya mendapati banyak teori serta strategi yang boleh digunakan bagi membantu murid yang bermasalah sama ada masalah pembelajaran, emosi, tingkah laku, berkeperluan khas, masalah keluarga dan sebagainya. Saya juga telah banyak melihat kepada masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah. Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk bertidak sebagai pembimbing bukan sahaja dalam akademik malah dari segi emosi dan tingkah laku. Saya telah cuba untuk mendalami jiwa anak-anak murid dan cuba menyelami masalah yang mereka hadapi. Saya juga dapati setelah sesi bimbingan dijalankan ke atas murid, beberepa perubahan positif telah ditunjukkan ke atas tingkah laku murid tersebut.

Selain itu, saya juga berpengalaman untuk membina satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan unsur-unsur terapi bermain. Apabila saya menjalankan aktiviti ini dalam kelas, saya dapati murid yang selama ini kelihatan murung dan tidak berminat mula menunjukkan respon yang postif dan mula melibatkan diri. Saya berharap agar saya dapat menggunakan segala ilmu yang saya peroleh apabila keluar mngajar kelak.

Perkara yang paling saya hargai ialah pendedahan, pengalaman dan pengetahuan yang saya dapati ketika melaksanakan tugasan ini ialah amat membantu saya dalam persediaan menjadi guru sebenar nanti. Hal ini kerana, di setiap sekolah yang saya pergi saya sentiasa menghadapi suasana serta kejutan yang pelbagai tentang sikap dan perangai murid di samping keadaan persekitaran dan social sekolah. Melalui pengetahuan yang dipelajari saya banyak membantu diri menghadapi masalah dengan bantuan daripada teori-teori yang telah dipelajari tentang tingkah laku dan pemikiran manusia.

Saya juga dapat menggunakan pengetahuan dan pendedahan yang saya dapati untuk menyiapkan atau melaksanakan kajian tindakan yang perlu saya lakukan sebagai satu syarat untuk saya mendapatkan pengiktirafan sebagai seorang pelajar ijazah nanti.

Saya berharap agar setiap ilmu pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi ketika menyiapkan tugasan ini akan terus membantu saya untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang

(27)
(28)

7.0 RUJUKAN

7.0 Rujukan

1.

Berita Harian, 1997, 29 Mac

(29)

3.

Choong Lean Keow (2010). bimbingan dan kaunseling kanak-kanak untuk Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selangor, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

4.

Ee Ah Meng (2003). Bimbingan dan Kunseling ll : Edisi kedua (Semester Iv).

Selangor , Fajar Bakti Sdn.Bhd.

5.

Malek muhamat Said (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.

PTS Profesional Publising Sdn. Bhd.

6.

Suradi salim (1992), the need for a more affective guidance programme for Malaysia

youth Y.C. simhadri (ed.). peace Global Youth and Development : the role of science

and technology in modern society. Delhi, India: Ajanta Books International.

7.

Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986). Psikologi Pendidikan ll. Kuala Lumpur Heinemann

(Malaysia) Sdn.Bhd.

8.

RUJUKAN INTERNET/JURNAL

9.

sapora sipon (1998) dalam kertas kerja bengkel pengurusan dan perkhimatan

kaunseling.

10.

Sapora sipon. Kepimpinan professional kaunselor sekolah : reality atau mitos,

university Malaysia sabah dimuat turun dari

http://www.ddms.usim.edu.my

.

11.

http://notapadatimann.blogspot.com/2009/03/hbef-2203-bimbingan-dan-kaunseling.html

12.

http://pkmains.mmu.edu.my/artikel/kaunseling_kepimpinan.html

13.

(30)

Referensi

Dokumen terkait

Dari beberapa program yang diajukan oleh BPBD Kabupaten Pacitan Tahun 2018 yang akan dilaksanakan dalam penyelenggaraan pelayanan penanggulangan bencana pada

Ada pengaruh pemberian tumbukan daun sirih terhadap percepatan proses penyembuhan luka insisi pada hewan coba mencit dengan tepi luka yang seluruh bagiannya menyatu pada

Kemudahan informasi sumber belajar melalui internet adalah langkah tempuh yang cepat dalam mendapatkan informasi lewat akses internet. Indikator yang digunakan

Hal ini didukung faktor lain yang membuat perkembangbiakan vektor semakin pesat antara lain : perubahan lingkungan fisik seperti pertambangan, industri dan

Ekstraksi adalah mengam#il suatu 8at terlarut dari dalam larutan air oleh suatu plarut yang tak dapat #ercampur dengan air sehingga dapat dipisahkan+ Ekstraksi adalah suatu produk

Individu dengan disposisi bersyukur yang kuat kemungkinan akan merasa bersyukur pada keluarga, pekerjaan, kesehatan, dan kehidupan dengan variasi yang berbeda

Teori –teori keperawatan seringkali didasari dan dipengaruhi oleh suatu proses dan teori-teori lain yang dapat digunakan secara luas.. Ide-ide dan teori-teori tersebut