• Tidak ada hasil yang ditemukan

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BIMBINGAN DAN KAUNSELING"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

122

Tajuk 9

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sinopsis:

Tajuk ini secara keseluruhannya akan membincangkan mengenai konsep Bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi. Disamping itu juga, matlamat bimbingan dan kaunseling, prinsip serta kepentingan juga akan dibincangkan. Kemahiran asas Bimbingan dan kaunseling, Bimbingan individu dan kelompok, jenis-jenis terapi dalam bimbingan kaunseling serta peranan guru biasa sebagai guru pembimbing juga akan dihuraikan.

Hasil Pembelajaran:

Setelah mempelajari tajuk dalam modul ini, adalah diharapkan pelajar akan dapat:

 Memahami konsep, prinsip, dan pendekatan dalam bimbingan dan kaunseling

 Memahami dan mengetahui konsep kemahiran asas bimbingan dan kaunseling dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk komunikasi interpersonal yang aktif.  Mengenal pasti dan memahami jenis-jenis terapi dalam bimbingan dan kaunseling  Mengetahui dan memahami pendekatan bimbingan dan peranan guru-guru kelas

(2)

123 KERANGKA KURSUS

9.1 Konsep Asas Bimbingan, Kaunseling Dan Psikoterapi

Bimbingan atau guidance dalam bahasa Inggeris membawa erti memberi bimbingan atau nasihat kepada seseorang. Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan.

Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik, dan masalah emosi-sosial. Di dalam proses bimbingan pelajar yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.

Manakala, kaunseling, mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Menurut Arbuckle (1965), Kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya, potensi dan keupayaannya.

Bimbingan & Kaunseling

Matlamat Bimb.& Kaunseling

Prinsip Bimb. & Kaunseling

Kepentingan Bimb. & Kaunseling Konsep Asas Bimb

Kaunseling & Psikoterapi

Kemahiran Asas Bimb. & Kaunseling

Peranan Guru Biasa Sbg Guru Pembimbing

Jenis-Jenis Terapi Dalam Bimb & Kaunseling

Bimb. Individu & Kelompok

(3)

124

Manakala Patterson dan Eisenberg (1983), menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya. Menurut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.

Manakala Konsep Psikoterapi pula ialah penekanan kepada pemulihan penyakit mental yang serius. Di samping itu psikoterapi juga ialah menyelesaikan masalah perubahan reconstruktive dalam individu di samping pertumbuhan. Psikoterapi juga mengambil masa yang panjang yakni outpatient dan inpatient.

Objektif-objektif Bimbingan

 Bantu murid menyedari tentang potensi diri daripada aspek kekuatan dan kelemahan diri.

 Bantu murid fahami diri sendiri & orang lain dengan mendalam & fahami tujuan hidup.

 Bantu murid rancang hala tuju hidup dengan jelas.

 Bantu murid membuat penyesuaian diri dalam kehidupan bermasyarakat selaras dengan konsep masyarakat majmuk.

 Wujudkan murid yang berketrampilan, tegas, yakin dan mampu bina hubungan sosial dengan individu lain.

Prinsip-prinsip Bimbingan

 Setiap murid berpeluang dan punyai hak yang sama untuk dapatkan bimbingan apabila diperlukan.

 Berdasarkan kepercayaan setiap murid mempunyai kebolehan dan kesanggupan utk perkembangan diri.

 Proses bersifat mendidik yang berterusan.

 Proses ke arah persetujuan bersama, bekerjasama & bukan bersifat paksaan (compulsion).

(4)

125

Mesti dipraktikkan berdasarkan etika, untuk jamin kebaikan & kebebasan murid agar tidak teraniaya

Objektif Perkhidmatan Kaunseling

 Mengajar klien bertanggung jawab ke atas dirinya & tidak salahkan orang lain.

 Menolong klien menyesuaikan diri dengan orang lain & persekitaran untuk kurangkan ketegangan konflik.

 Bimbing klien bentuk imej positif agar wujud kestabilan & kesempurnaan personaliti.  Bantu klien fahami diri, jadi berani hadapi risiko & cabaran hidup & bijak menangani

masalah.

 Bantu klien jadi lebih produktif, tidak statik & terus berusaha mencapai cita-cita,

Prinsip-prinsip Kaunseling

 Diberi kepada individu yang normal & sedang hadapi masalah.

 Wujud interaksi antara kaunselor & klien berdasarkan kemesraan & kepercayaan.  Menolong klien membuat keputusan berdasarkan masalah yang dihadapi.

 Orientasi kaunseling mesti ke arah persetujuan bersama & bekerjasama & bukan paksaan.

 Perlu bijak gunakan kaedah & pendekatan yang sesuai.

 Proses mempengaruhi perubahan tingkah laku klien secara sukarela.  Berdasarkan etika kaunseling yang baik.

Matlamat Utama Bimbingan & Kaunseling

 Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan yang meliputi aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan & pengalaman, selaras dengan kemampuan & potensi murid.

 Memberi khidmat pencegahan, hindarkan murid daripada terlibat dengan perbuatan salah laku & tidak berdisiplin.

 Memberi khidmat bersifat pemulihan & orientasi semula kepada murid bermasalah peribadi, akademik, kerjaya & sosial agar mampu hadapi & menangani masalah.  Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukannya.

(5)

126

KEPENTINGAN, BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan kaunseling membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran. Secara umumnya, terdapat beberapa kepentingan bimbingan dan kaunseling. Pertamanya, ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka.

Kedua-kedua bimbingan dan kaunseling membantu individu untuk mengetahui tentang. diri kendiri untuk menyesuaikan diri dengan orang laindan persekitaran mereka supaya mereka menjadi manusia seimbang. Sebagai seorang kaunselor di sekolah menengah, ia

berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan

Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses

perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya.

Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.

(6)

127

9.2 KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kemahiran asas bimbingan dan kauseling ialah komunikasi interpersonal yang berlaku di antara klien dan kaunselor. Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan.

Komunikasi Interpersonal kadangkala dipanggil juga komunikasi muka ke muka atau

komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan

Saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk menanggap maklumat, mesej dan tindakbalas yang dihasilkan. Tindakbalas dalam situasi komunikasi begini adalah pantas, rancak dan segera (Mansor,1984). Komunikasi Interpersonal berlaku atas pelbagai sebab iaitu untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi (Pearson, 2000).

Terdapat beberapa ciri-ciri interpersonal yang yang harus seseorang kaunselor

mengamalkan supaya sesi kaunseling menjadi lebih efektif. Pertamanya komunikasi berlaku secara bersemuka supaya banyak yang boleh diperhatikan semasa sesi kaunseling berlaku.

Seterusnya komunikasi interpersonal biasanya berlangsung dalam suasana informal. Dengan demikian, apabila komunikasi itu berlangsung antara murid dan guru pebimbing, murid lebih percayakan dan berkongsi maklumat sengan guru pebimbing.

(7)

128

KONSEP KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MEMBINA HUBUNGAN

Pertamanya adalah hubungan sihat antara kaunselor dan murid. Hubungan diantara guru bimbingan dan kaunseling dengan murid lemah perlulah baik, sihat dan positif. Untuk membina hubungan sihat antara guru bimbingan dan kaunseling , kita perlu ekspresi

keindividuan yang baik serta mempromosikan pertumbuhan kendiri yang baik kepada murid kita. Selain itu, kita juga perlu berasa empati terhadap murid lemah tersebut. Apabila murid berprestasi lemah menceritakan masalah yang dihadapi dalam pembelajarannya kepada guru bimbingan dan kaunseling, kita perlu memikirkan kaedah penyelesaian masalah dalam kedudukan murid tersebut. Sebelum guru bimbingan dan kaunseling memberikan cara penyelesaian sesuatu masalah untukmurid berprestasi rendah, beliau perlu lebih memahami implikasi masalah yang akan dihadapi oleh murid tersebut samaada masalah tersebut diselesaikan dengan segera atau mengambil jangka masa yang lama. Contohya, jika keluarga murid tersebut kekurangan wang, bagaimanakah ibubapa hantar anak, kita perlu memikirkan cara penyelesaian yang sesuai. Ia mungkin mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya. Jika murid-murid datang ke sekolah dengan lambat, kita tidak perlu marah mereka, malahan kita perlu bersifat empati dan menanyakan masalah murid tersebut.

Justeru, semasa guru bimbingan dan kaunseling berbincang tentang masalahpembelajaran dengan murid berprestasi rendah, guru tersebut mestilah ikhlas bagimembantu murid berprestasi lemah untuk meningkatkan prestasi murid tersebut.Seterusnya, guru bimbingan dan kaunseling perlu bersifat terbuka semasa berbicang dengan murid berprestasi rendah. Apabila guru bimbingan dan kaunseling bersikap terbuka , klien(murid) akan cuba

menceritakan masalah pembelajaran tanpa rasa segan atau malu. Jika murid tersebut menceritakan masalah yang dihadapinya dalam pembelajaran, ia memudahkan guru bimbingan dan kaunseling mencari jalan penyelesaian yang sesuai dengan masalah tersebut. Ada segelintir ibubapa tidak pedulikan pencapaian akademik anak-anak mereka. Sebagai contonya, seorang bapayang minum-minuman beralkohol mendera anak mereka sehingga ketenteramananak-anak mereka terjejas. Oleh itu, jika kita bersifat terbuka,kita dapat mengambil keputusan atau mencari penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid lemah.

Kaunselor perlu empati terhadap memahami dan memikirkan perspektif klien.Bersifat terbuka supaya murid juga akan bersifat terbuka dan ini bantu membina hubungan yang positif dengan murid. Kaunselor juga mesti mendedahkan pandangan murid sendiri dan

(8)

129

berkongsi perasaan.Sifat terbuka juga dapat menjalin hubungan yang saling percaya. Murid rasa lebih selesa jika rasa saling percaya terhadap kaunselor. Kaunselor juga harus tunjuk rasa hormat dan terima seperti yang sedia ada Ini merupakan cari yang yang penting dalam membina hubungan dengna klien. Murid bermasalah akan rasa selamat sekiranya dapat membina hubungan dan penerimaan yang sihat.

Kaunselor perlu memberi perhatian dan mendengar daripada klien dan memahami kenapa beliau datang kepada kaunselor, menilai klien dan melihat sesuatu yang relevan dengan personaliti klien.Memerhati tindakan dan membawa sesi kaunseling ke tahap seterusnya.

Memberi Perhatian

Kaunselor mesti berikan perhatian yang secukupnya kepada muri-murid semasa kaunseling. Mereka boleh buat ini dengan menyemai kebolehan murid-murid dan melihat sesuatu

masalah persektif murid. Satu lagi cara kaunselor boleh beri perhatian kepada klien mereka ialah dengan menunjukkan minat secara “peramah” kepada semua klien. Sifat peramah ialah kebolehan untuk menunjukkan kemesraan dan perhatian serta menunjukan perasaan autentik untuk kebaikan orang lain. Seorang kaunselor yang peramah akan selalu

menunjukkan senyuman yang mesra kepada klien-klien. Perasaan peramah boleh dipupuk dengan mendengar secara aktif dan prihatin kepada masalah dan perasaan klien-klien. Kaunselor boleh mencapai ini dengan berkomunikasi semua respom klien dengan empati, berkongsi perasaan dan pengalaman klien dengan sesuai dan menilai perasaan dan pendapat orang lain. Dalam aspek memberi perhatian, seorang kaunselor juga perlu menunjukkan beberpara ciri-ciri penting. Antaranya ialah selalu jelas dan spesifik,

mengambil masa untuk membuat refleksi tentang masalah klien, berfokus kepada tindakan, perasaan dan sikap klien serta rela untuk bertolak ansur untuk mencari jalan penyelesaian yang paling memuaskan antara kaunselor dan klien.

Mendengar Secara Aktif

Mendengar secara aktif memerlukan seorang kaunselor untuk memegang balik “ tanggapan kendiri” beliau supaya dia menjadi lebih terbuka untuk memberi masa dan galakan untuk mendengar pesanan sebenar klien. Kemahiran mendengar secara aktif yang kaunselor perlu memperolehi adalah:

 Bersedia untuk mendengar

(9)

130

 Mencari makna dalam apa seseorang klien itu berkata

Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor untuk memberi perhatian kepada kedua-dua pesanan “verbal” dan tingkah laku “ bukan verbal” kliennya.. Kemahiran ini sangat penting apabila kaunselor berurusan dengan seorang klien yang marah. Dalam proses mendengar secara aktif dan memberikan respon kepada klien, para kaunselor juga perlu menunjukkan mereka berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai ( termauk suara dan ekspresi muka serta bahasa yang sesuai).

Menggunakan Bahasa yang Sesuai

Kaunselor perlu memastikan mereka menggunakan bahasa yang sesuai bila berhadapan dengan klien mereka. Kaunselor juga perlu memastikan ibubapa diberitahu dalam bahasa yang mereka faham mengenai pencapaian akademik dan perancangan masa depan murid-murid.

Bahasa kaunselor mesti “konsisten” atau “kongruen” dengan segala tindakan beliau. Sebagai contoh, “ Jika seorang kaunselor mengatakan, “ Saya sangat gembira untuk

bercakap dengan kamu,” nada suara beliau dan pergerakan badannya mesti menyampaikan suasana positif tersebut semasa menerima kliennya.

Memahami Pergerakan Badan

Kesedaran visual merupakan satu aspek penting dalam pergerakan badan. Kesedaran visual melibatkan membaca pergerakan badan klien menggunakan “isyarat” bukan “verbal” seperti ekspresi muka dan postur. Ia juga boleh merangkumi pandangan/pandangan

keliru/anggukan kepala/kesilapan dan penegasan suara dalam sesi soal jawab antara kaunselor dengan klien.

Kemahiran-kemahiran buka verbal yang lain ialah seperti tingkah laku, ekspresi muka, kontak mata, orientasi, sentuhan dan kedekatan dengan klien merupakan cara-cara

komunikasi yang penting apabila kaunselor-kaunselor mengendalikan satu sesi kaunseling yang berkesan. Mereka juga perlu selesa dan menggunakan kontak mata dengan lebih kerap dengan klien-klien..

Jika kaunselor menunjukkan muka yang serius atau ekspresi bosan, klien-klien mungkin tidak berminat untuk menerangkan dengan lebih lanjut atau berkomunikasi dengan

kaunselor. Lain-lain pergerakan badan yang tidak senonoh yang ditunjukkan oleh kaunselor seperti badan bongkok, membuat bunyi dengan jari kaki/tangan, bermain dengan tangan atau rambut mereka yang membolehkan klien merasa tidak selesa.

(10)

131 Memberi Maklum Balas yang Sesuai

Maklum balas ialah seperti sebuah cermin dalam proses komunikasi. Maklum balas mencerminkan pesanan yang si penghantar telah menyampaikan kepada si penerima. Maklum balas juga merangkumi apa yang sipenerima manghantar balik kepada si penghantar pesanan seperti apa yang ditanggapi oleh beliau. Tanpa maklum balas, komunikasi hanya sehala sahaja.

Maklum balas boleh berlaku dalam pelbagai cara. Bila kaunselor bertanya klien untuk mengulangi apa yang beliau telah perkatakan; yakni, untuk mengulangi arahan yang dia berikan, merupakan satu cara langsung untuk mendapatkan maklum balas daripada kliennya. Klien-klien juga perlu menanya soalan-soalan yang tepat dan betul yang boleh digunakan secara berfaedah untuk mendapatkan maklum balas positif daripada kaunselor. Tujuan utama mendapatkan maklum balas yang sesuai oleh seorang kaunselor dalam sesi Bimbingan dan kaunseling ialah untuk:

 Mendapatkan maklumat untuk memberikan elaborasi kepada respon-respon klien;  Untuk menolong mencadangkan tindakan alternatif dalam cara-cara klien melihat

diri mereka dan situasi mereka untuk membantu memfokus kepada perasaan mereka; dan

 Untuk menyemak persepsi dan untuk meringkaskan apa yang telah dipelopori oleh kaunselor dan klien.

Mengelak Halangan-Halangan Dalam Komunikasi Interpersonal.

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling, guru-guru mesti memastikan bahawa segala halangan yang boleh wujud dalam proses komunikasi dielaki. ini ialah kerana satu aduan yang biasa diterima daripada klien-klien yang terlibat dalam proses “mediasi” dan sesi bimbingan dan kaunseling ialah mereka tidak dapat berkomunikasi dengan kaunselor-kaunselor yang telah dilatih. Dalam mediasi, langkah pertama dalam menyelesaikan konflik ialah kaunselor memahami pandangan setiap klien dan juga untuk memastikan semua pihak yang terlibat memahami satu sama lain.

Kemahiran komunikasi yang paling baik ialah kemahiran saling menghormati di antara satu sama lain. Oleh itu, kaunselor mesti menunjukan rasa hormat kepada klien, Kalau tidak, halangan-halangan dalam proses komunikasi akan berlaku. Berapa halangan komunikasi ialah:

 Halangan Fizikal  Halangan Psikologikal

(11)

132  Halangan Persekitaran

 Halangan Sosial; dan  Halangan bahasa Halangan Fizikal

Halangan fizikal merujuk kepada benda-benda fizikal yang boleh mengganggu proses komunikasi. Ia juga merujuk kepada apa sahaja jenis benda-benda dalam persekitaran yang boleh mengganggu komunikasi dan menyebabkan maklumat penting hilang dan tidak boleh diakses ataupun yang boleh membuat pesanan asal hilang. Berapa contoh halangan fizikal merupakan telefon, meja, tempat perjumpaan yang tidak selesa dan bunyi seperti bunyi trafik, bunyi kuat, laluan keretapi dan lain-lain. Kaunselor yang duduk di belakang mejanya semasa bercakap dengan klien merentasi meja tersebut mewujudkan satu halangan fizikal

Halangan Psikologi

Halangan psikologi merujuk kepada halangan dalam proses komunikasi yang disebabkan oleh faktor-faktor emosi, persepsi dan pemilihan. Satu sebab halangan psikologi ialah klien yang menghadapi tekanan emosi dan tidak bersedia untuk memberitahu masalahnya kepada kaunselor. Blok emosi juga boleh berlaku bila kaunselor sedang berkomunikasi dengan klien tetapi klien tidak dapat menginterpretasi apa yang diperkatakan oleh kaunselor kerana dia tidak dapat memfokus pada masa itu.

Beberapa situasi blok emosi ialah:

 Seorang klien yang tidak dapat memfokus dengan tepat dan ini mungkin menjadi halangan psikologi dalam proses komunikasi

 Klien yang hanya mendengar dengan minda kosong sahaja; dan

 Klien yang memberikan jawapan yang tidak jelas atau salah kepada kaunselor. Satu lagi jenis halangan psikologi ialah “stereotaiping”. Proses “stereotaiping” menyebabkan kaunselor untuk melabelkan orang, kejadian atau sesuatu situasi. Justeru itu kaunselor mesti memastikan yang klien-klien dapat menjawab soalan-soalan seperti berikut supaya tidak menyebabkan halangan psikologikal dalam proses kaunseling;

 Adakah saya didengari?;

 Adakah saya akan diambil secara serius?;

 Bolehkah saya dipercayai,adakah kaunselor akan beritahu sesiapa?;  Adakah saya diberikan nasihat yang bernas?.

(12)

133

Justeru itu, ahli kaunselor mesti cuba mengatasi segala halangan psikologi yang dialami dalam proses bimbingan dan kaunseling. Satu lagi halangan kepada proses komunikasi ialah halangan persekitaran.

Halangan Persekitaran

Halangan persekitaran merujuk kepada aktiviti-aktiviti dan simulasi dalam persekitaran yang berubah yang boleh mempengaruhi corak komunikasi dan kemahiran interpersonal dalam proses kaunseling. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan halangan persekitaran dalam komunikasi murid ialah seperti berikut:

 Persekitaran yang bising;

 Persekitaran yang tidak membenarkan kejayaan;  Persekitaran yang menghalang komunikasi;

 Persekitaran yang menggalak tingkh laku sosial pasif;

 Persekiaran di mana masa yang secukupnya tidak diperuntukan untuk satu aktiviti pembelajaran;

 Persekitaran di mana murid-murid selalu dikritik; dan

 Persekitaran di mana murid-murid disuruh membuat kerja sekolah yang terlalu sukar.

Murid-murid yang selalu terdedah kepada beberapa persekitaran yang tertera di atas akan menyebabkan mereka memiliki konsep kendiri yang rendah. Konsep kendiri yang rendah ini akan menyebabkan mereka mengalami masalah sosial dan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain dan mengganggu komunikasi khasnya dalam proses Bimbingan dan kaunseling.

Halangan Sosial

Halangan sosial dan budaya melalui tingkah laku bukan “verbal” ialah satu lagi sumber konflik dan kesalahfahaman yang boleh berlaku dalam proses bimbingan dan

kaunseling.Sebagai contoh dalam setengah budaya-budaya negara barat, kontak mata antara seorang kaunselor dengan kliennya dianggap sebagai satu tanda yang menunjukkan minat, kejujuran dan kredebiliti. Namun bagi budaya timur, kontak mata yang tidak

bertentangan merupakan satu simbol hormat dan sopan santun. Oleh itu jika kaunselor sedar tentang perbezaan tersebut, maka ia akan mengurangkan kesan halangan-halangan komunikasi dalam proses bimbingan dan kaunseling.

(13)

134

Justeru itu kumpulan sosial yang berlainan mempunyai keperluan sosial dan corak komunikasi yang berlainan akibat daripada norma-norma sosial, adat, peraturan, kepercayaan, latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Justeru itu, kaunselor tidak boleh membuat penilaian orang lain berdasarkan kepercayaan, adat, ugama dan nilai-nilai sosial mereka.

Halangan Bahasa

Halangan bahasa boleh menyebabkan kekeliruan dalam pesanan/mesej di anatara kaunselor dan klien dalam sesuatu sesi bimbingan dan kaunseling. Pesanan keliru akibat penggunaan bahasa yang salah merupakan satu bentuk halangan dalam komunikasi kerana pesanan si penghantar menyebabkan si penerima tidak jelas dengan maksud sebenar si penghantar. Oleh itu, maklum balas daripada si penerima ialah cara yang paling baik untuk si penghantar pasti yang pesanannya terang dan jelas.

Kaunselor perlu menggunakan teknik-teknik kaunseling yang efektif untuk mengelak masalah halangan bahasa. Mereka perlu menggunakan pelbagai kaedah komunikasi seperti:

 Bahan tulisan dan visual untuk menjelaskan lagi kandungan lisan; poster, risalah dan brosur juga boleh memperjelaskan pesanan kepada klien; dan  Mereka juga perlu respon kepada apa yang diperkatakan dan memerakui

semua pandangan dan pendapat klien.

Untuk mengatasi halangan bahasa, kaunselor juga perlu menggunakan teknik-teknik berikut:  Gunakan bahasa yang sesuai;

 Tidak boleh gunakan bahasa pasar dan memberikan penjelasan serta bercakap mengenai topik lain pada satu masa yang sama;

 Menggunakan ayat-ayat mudah dan biasa serta mengulangi pesanan penting bila perlu;

 Menyemak untuk kefahaman dengan menanya klien secara kerap untuk menyatakan semula poin-poin yang utama; dan

 Sentiasa menanya untuk penerangan sebelum membuat andaian khasnya apabila beliau tidak berapa pasti dengan apa yang klien sedang memperkatakan

Justeru itu, kaunselor perlu melatih kemahiran komunikasi dengan klien-klien mereka untuk mengelak halangan-halangan komunikasi serta mewujudkan kemahiran komunikasi

(14)

135

9.3 BIMBINGAN INDIVIDU DAN BIMBINGAN KELOMPOK

Bimbingan Individu

Bimbingan individu adalah interaksi antara dua individu yang berlaku antara kaunselor dan klien. Kaunselor bekerja bersama-sama dengan klien yang mungkin mempunyai konflik kendiri, masalah dalam perhubungan dengan orang lain, masalah psikologikal ataupun masalah akademik.

Gambar 1: Bimbingan individu melibatkan interaksi antara dua individu iaitu

kaunselor dan klien.

Menjalinkan satu perhubungan terapeutik dalam sesi bimbingan individu adalah sangat penting kerana ia menggalak individu untuk mendalami kesusahan yang dialami. Kaunselor perlu mengambil kira keperluan perkembangan dan keperluan khas murid-murid, sebagai contohnya, mereka yang matang, bermasalah, sedih, miskin dan sebagainya.

Permasalahan yang boleh dibincangkan dalam kaunseling individu adalah seperti masalah penyesuaian diri daripada satu tahap kepada tahap lain, masalah perhubungan dan kekeluargaan, kematian, kebimbangan, kemurungan, masalah pemakanan, penderaan seksual, identiti seksual, pemikiran untuk membunuh diri, masalah akademik dan imej kendiri serta masalah konsep kendiri.

(15)

136

Rajah 1: Masalah-masalah yang boleh dibincangkan dalam kaunseling individu.

Dalam bimbingan individu, peranan guru ialah bukan untuk memberikan nasihat tetapi untuk menolong murid-murid untuk menguasai diri mereka sendiri. Guru bimbingan perlu memberikan bimbingan individu kepada murid-murid yang mempunyai konsep kendiri rendah atau mereka yang pemalu. Justeru itu, peranan seorang guru pembimbing ialah untuk membantu murid-murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah secara individu dengan menyuruh mereka untuk menerangkan sesuatu situasi semasa dan perasaan yang mereka merasai mengenainya, melafazkan semua emosi yang mereka merasai, menjawab secara jujur mengenai maslah-masalah semasa mereka serta menyuarakan keperluan-keperluan semasa dan masa depan mereka.

Gambar 2: Guru memberi bimbingan kepada murid yang mempunyai konsep kendiri

rendah.

Bimbingan Kelompok

(16)

137

Bimbingan kelompok adalah satu bentuk kaunseling yang mencabar dan dinamik yang memerlukan kemahiran professional yang lengkap daripada kaunselor. Satu kumpulan kaunseling kelompok biasanya terdiri daripada lima hingga lapan individu atau murid yang dibimbing oleh seorang guru konselor. Murid-murid bertemu secara konsisten untuk mengenali satu sama lain. Dan bagaimana mereka berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Kaunseling kelompok membuka jalan kepada individu mengubah sikap dan tingkahlakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok. Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya.

Matlamat kaunseling berkumpulan ini adalah untuk membantu pertumbuhan murid dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat. Selain itu, mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara individu dan mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih seronok di sekolah. Kaunseling berkumpulan ini mampu menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar untuk megurangkan jual mahal atau tarik diri. Serta memberi kesedaran dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang. Dan membolehkan seseorang itu sabar terhadap sebarang kesusahan.

Gambar 3: Bimbingan berkumpulan melibatkan lima atau lapan individu yang

mempunyai masalah yang sama.

Ciri-ciri kaunseling berkumpulan ini adalah memberi fokus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku. Penyertaan haruslah secara sukarela. Peserta harus bersedia berkongsi pengalaman dan bersedia mengubah diri. Sebelum menjadi peserta, penerangan yang jelas tentang objektif kelompok harus diberi kepada peserta dan pentadbir. Bentuk kelompok yang beraneka jenis ideal jika mempunyai 8 hingga 10 ahli yang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama 1 hingga 1½ jam dalam 3 hingga 5 sesi. Jumlah sesi bergantung kepada keperluan peserta serta kemampuan kaunselor.

(17)

138

Peranan seorang peserta kelompok amat penting dalam keberkesanan kelompok. Seseorang peserta mempunyai sumber teraputik untuk menolong peserta-peserta lain. Kerahsiaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok. Aktiviti kaunseling hendaklah dirancanng dengan baik. Setiap ahli kelompok boleh mencadangkan sesuatu yang boleh member kebaikan bersama. Seelok-eloknya ahli kelompok terdiri daripada mereka yang sama peringkat kematangan umur. Seorang kaunselor mungkin sebagai pemehati sahaja.

Dalam bimbingan kelompok, murid-murid dengan masalah yang sama bertemu untuk berbincang masalah mereka dan berkongsi pengalaman mereka. Lama kelamaan dengan fasilitasi dan konsultasi daripada kaunselor, mereka dapat menyelesaikan isu-isu yang dihadapi. Bimbingan kumpulan merupakan satu alatan yang sangat berguna untuk pembelajaran kendiridan untuk mendedahkan murid-murid kepada cara-cara yang berbeza bagaimana rakan-rakan sebaya bertindak.

Antara kebaikan bimbingan kelompok ialah untuk memberikan murid-murid kekuatan untuk menjadi lebih bersikap terbuka dan berkeyakinan tinggi. Selain itu, bimbingan berkumpulan ini dapat menolong murid-murid untuk memahami diri mereka sebagai individu dan memperkembangkan kesedaran emosi murid-murid serta membantu murid-murid supaya menjadi lebih kuat dan berkeyakinan

.

Selain daripada itu, faedah bimbingan berkumpulan ini dapat mengatasi faedah yang diperolehi dari sesi kaunseling individu dalam cara-cara seperti murid-murid dapat mendengar dan belajar daripada pengalaman dan idea-idea rakan sebaya dan ini menolong membangun perasaan komitmen dan kekitaan kepada bimbingan kumpulan melalui proses berkongsi pengalaman, masalah dan idea-idea yang hamper sama. Murid- murid juga dapat membantu diri mereka dan rakan sebaya yang lain dengan berada dalam satu perhubungan

(18)

139

yang sama dalam kumpulan ini. Ini juga membantu mereka untuk membentuk satu kefahaman mengenai individu-individu lain. Selain itu, murid-murid akan melibatkan diri dalam proses memberi dan menerima maklum balas dan ini membantu mereka dalam proses memahami dan membantu diri sendiri.

Gambar 4: Individu akan mendengar dan belajar daripada pengalaman dan

idea-idea rakan sebaya

Kelebihan kaunseling kumpulan ini di antaranya ialah sangat praktik kerana dapat mengurangkan bebanan kaunselor dan dapat menyelesai masalah yang sama di antara klien – kliennya. Klien mendapat kebebasan untuk meneroka masalah interpersonal dan bebas meluahkan perasaannya.Selain itu, klien akan mendapat maklum balas yang positif dari ahli kumpulannya. Klien juga akan dapat mencuba tingkah laku baru dalam keadaan yang selamat. Serta dapat memupuk perasaan percaya mempercayai dan hormat menghormati di antara klien. Kaunseling kumpulan ini dapat mewujudkan satu sistem sokongan bagi ahli kelompok. dan meningkatkan konsep kendiri klien.

Manakala kelemahan kaunseling kelompok ini adalah kadang kala kaunseling jenis ini tidak sesuai untuk semua klien. Klien berasa tertekan apabila berhadapan dengan orang lain. Klien juga mingkin sukar meluahkan perasaannya kepada orang lain jika masalahnya terlalu peribadi.

9.4 JENIS – JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tugas membimbing adalah tanggungjawab bersama kerana setiap orang berperanan melaksanakan tugas nasihat menasihati antara satu sama lain dalam usaha mencari kebahagian dan kejayaan hidup. Terdapat banyak cara dalam membantu dan membimbing orang manusia. Antaranya memberi nasihat, membimbing, kaunseling dan mungkin melalui

(19)

140

proses psikoterapi. Konsep-konsep membimbing ini wajar di fahami kerana melalui kefahaman, pembimbing dapat memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai penasihat, pembimbing, kaunselor berdasarkan keupayaan masing-masing.

Dalam surah Al-Asr ayat 1-3, Allah S.W.T berfirman, “demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.

Terapi dalam bimbingan dan kaunseling berdasarkan bahawa manusia mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk perkembangan kan diri mereka. Manakala ciri dalam sistem sekolah pula merupakan satu proses yang berterusan, bersifat pendidikan, berdasarkan pada tingkah laku dan menyedari konsep kendiri dan peranan klien yang mempunyai hak untuk memilih. Justeru itu, fokus utama terapi dalam bimbingan dan kaunseling ialah berdasarkan prinsip harga diri individu adalah paling mutlak, setiap individu adalah unik, sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas di mana seorang individu bertindak. Prinsip lain ialah Individu – individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. Seterusnya ialah individu – individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh di bantu untuk membuat keputusan yang akan membawa mereka kepada proses arah kendiri. Hal ini juga akan membuatkan mereka lebih serasi dengan persekitaran mereka. Prinsip terakhir terapi dalam bimbingan dan kaunseling ialah individu – individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Terapi dalam bimbingan dan kaunseling mesti dijalankan berdasarkan amalan terbaik bimbingan dan kaunseling. Setiap individu mungkin pada masa tertentu memerlukan maklumat dan bantuan kendiri yang hanya boleh diberikan oleh seorang kaunselor profesional yang cekap. Kebimbangan utama proses bimbingan dan kaunseling ialah bagaimana individu – individu berfungsi di dalam persekitaran sosial mereka. Justeru, tujuan utama ialah untuk menolong individu – individu untuk menjadi manusia seimbang dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling membolehkan seseorang untuk menjadi individu integrasi dan mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika dibimbing dengan baik setiap individu boleh mencapai potensi optimumnya. Untuk mencapai tujuan yang murni ini terapi dalam bimbingan dan kaunseling merangkumi jenis –

(20)

141

jenis terapi seperti berikut terapi perkembangan, terapi pencegahan, terapi pemulihan dan

terapi

RAJAH 1 : JENIS - JENIS TERAPI

RAJAH 2 : TERAPI PERKEMBANGAN

Jenis terapi pertama ialah terapi perkembangan yang Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka

(21)

142

contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi. Perkembangan bimbingan merujuk kepada program-program yang direka untuk meningkatkan fungsi dan perkembangan potensi individu dan kumpulan yang sihat. Fokus pendekatan ini adalah untuk membantu murid-murid memperolehi pertumbuhan peribadi yang positif menerusi pelbagai peringkat dalam kehidupan mereka. Bimbingan merangkumi kompetensi murid atau hasil yang perlu dicapai bagi setiap daripada tiga domain perkembangan, iaitu, akademik, kerjaya dan peribadi/sosial. Adakah anda tahu apakah keperluan perkembangan bimbingan bagi murid-murid ? Ianya adalah seperti berikut :

Tahap

sekolah

Perkembangan

Akademik

Perkembangan

Kerjaya

Perkembangan

Peribadi/Sosial

1

Murid-murid perlu

dibantu dalam

perkembangan berikut:

·

Kemahiran asas yang

mereka perlukan untuk

berjaya di sekolah (3M)

·

Menjelaskan bagaimana

mereka belajar sesuatu,

bagaimana mereka

mengingat kembali

maklumat, dan

bagaimana mereka

merancang untuk

menyelesaikan tugasan.

·

Keupayaan untuk

mengenalpasti situasi di

mana pembelajaran

adalah mudah atau sukar

Murid-murid perlu

dibantu dalam

perkembangan berikut:

·

Kebolehan untuk

menjelaskan pekerjaan di

pelbagai latar, jenis

pekerjaan dalam ahli

keluarga,.

·

Kebolehan untuk

menjelaskan apa yang

mereka suka lakukan dan

bagaimana mereka

berubah dari tahun ke

tahun

·

Kesedaran tentang

perbezaan antara rakan

sebaya dan diri mereka.

·

Kesedaran tentang

kemahiran yang mereka

ada

Murid-murid perlu

dibantu dalam

perkembangan berikut:

·

Kesedaran kendiri,

keyakinan dan

kompetensi

·

Kemahiran dalam

menjelaskan

perhubungan dan proses

dalam menjalin dan

mengekalkan

persahabatan

·

Gambaran positif tentang

attribut dan keunikan

kualiti bagi diri sendiri

dan orang lain.

·

Tanggungjawab terhadap

tugasan di rumah,

sekolah dan penjagaan

diri serta hak milik

2

Murid-murid perlu

dibantu dalam

perkembangan berikut:

·

Strategi yang membantu

murid belajar seperti

mengambil nota,

mengamalkan kemahiran

mengingat, menetapkan

matlamat dan bersedia

untuk ujian

·

Memahami bagaimana

pembelajaran berlaku

secara berbeza terhadap

individu yang berbeza

dan bagaimana ianya

Murid-murid perlu

dibantu dalam

perkembangan berikut:

·

Pengiktirafan terhadap

pilihan yang dibuat oleh

manusia terhadap

pekerjaan serta peranan

lain dalam hidup mereka

·

Kebolehan untuk

menghuraikan pekerjaan

yang dilakukan oleh

lelaki dan perempuan,

dan hubungan antara

minat dan keupayaan

untuk bekerja

Murid-murid perlu

dibantu dalam

perkembangan berikut:

·

Menjelaskan tentang diri

mereka, kekuatan

mereka

·

Mengena lpasti akibat

daripada tindakan

mereka ke atas orang lain

dan adanya kesan dari

pilihan tersebut

·

Memahami bagaimana

trait berkembang

·

Keupayaan untuk

(22)

143

Tahap

sekolah

Perkembangan

Akademik

Perkembangan

Kerjaya

Perkembangan

Peribadi/Sosial

berlaku serentak di

dalam dan di luar

sekolah.

·

Kebolehan untuk

mengaplikasi kemahiran

berbeza bagi

matapelajaran dan latar

sekolah yang berbeza

·

Kebolehan untuk

menghuraikan perkara

yang dipelajari berkaitan

diri mereka dengan

mengambil ujian

·

Kebolehan untuk

menjelaskan bagaimana

kehidupan mereka pada

masa akan datang

kepada orang lain di atas

kualiti diri mereka yang

unik

·

Keupayaan untuk

mengetahui bila

perubahan mungkin atau

tidak mungkin berlaku

·

Keupayaan untuk

mengenal pasti dan

melahirkan perasaan

dalam adab yang

diterima

Ciri-ciri perkembangan bimbingan adalah seperti berikut iaitu merupakan usaha jangka panjang, berbentuk kumulatif ( terkumpul ), ia juga tertumpu kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan ia juga menekankan tugasan kes individu, perundingan, koordinasi, memprogram, kaunseling dan kerja kumpulan. Berbagai teknik dapat digunakan dalam pendekatan ini seperti mengajar, tukar informasi, bermain peran, melatih, tutorial dan kaunseling. Di dalam pendekatan perkembangan, keterampilan dan pengalaman belajar yang menjadi kebutuhan anak didik akan dirumuskan ke dalam suatu kurikulum bimbingan (guidance curriculum). Pendekatan perkembangan bertolak dari pemikiran bahawa perkembangan yang sihat akan berlangsung dalam interaksi yang sihat antara anak didik dengan lingkungannya. Kemahiran – kemahiran yang meliputi dalam satu program terapi perkembangan hasil pembelajaran murid – murid dalam tiga bidang iaitu perkembangan kendiri atau sosial, perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya. Kemahiran – kemahiran ini boleh dicapai melalui mod – mod seperti pengajaran bilik darjah, kaedah bimbingan kumpulan dan program atau projek. Guru – guru bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alatan penilaian pencapaian untuk mengukur tahap kejayaan murid – murid yang terlibat dalam terapi perkembangan. Antaranya ialah hasil pembelajaran perkembangan yang berintergrasi dan berperingkat, penilaian yang berdasarkan proses – proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, resos – resos profesional dan pendidikan pos sekolah menengah dan bahan – bahan dan program – program yang berkaitan dengan kerjaya.

(23)

144

RAJAH 3 : TERAPI PENCEGAHAN

Terapi pencegahan pula terapi kedua yang berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS, taklimat persediaan menghadapi peperiksaan, ceramah motivasi dan kem waja diri. Pencegahan adalah berkaitan dengan kemahiran mengenal pasti apa yang diperlukan sekarang atau yang diperlukan pada masa akan datang serta cara memperolehi kemahiran tersebut. Tujuannya adalah untuk menangani masalah pada masa depan dan untuk dialih bagi mencegahnya dengan menyediakan individu atau kumpulan kemahiran yang diperlukan atau dengan menghasilkan perubahan di persekitaran. Usaha mencegah berlaku sebelum sesuatu masalah dikenal pasti. Pencegahan hanya berlaku apabila usaha dilakukan bagi memastikan masalah kecil tidak menjadi semakin serius. Usaha bagi mencegah kesukaran belajar mempunyai matlamat iaitu mengelakkan sepenuhnya dari masalah.

Bimbingan pencegahan menekankan jangkaan masalah akan datang dan menyediakan maklumat dan latihan kemahiran yang perlu bagi mencegah masalah yang mungkin timbul. Pencegahan selalunya proaktif, iaitu langkah permulaan, jangkaan, menghadapinya secara aktif dan sasaran adalah ditumpukan kepada satu kumpulan besar manusia bukan secara individu, dalam menjangka masalah kehidupan yang melemahkan. Sasaran kumpulan terhadap program pencegahan secara amnya dianggap berisiko, atau mudah dipengaruhi dan kadang kala mengalami keadaan kecelaruan dalam jangka masa terdekat. Objektif utama adalah untuk menyampaikan aktiviti-aktiviti dan program-program yang boleh mencegah atau sekurang-kurangnya dapat meminimakan insiden kecelaruan

(24)

145

terhadap populasi yang berisiko ini. Sebagai contoh, program pencegahan penagihan dadah untuk murid-murid di sekolah rendah.

Kaunselor bimbingan melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan kerjaya pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi – strategi seperti intervensi awal dan memberikan respon dengan serta merta kepada murid – murid yang sedang menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka. Namun untuk mencapai matlamat – matlamat terapi pencegahan, seseorang kaunselor perlu menggunakan strategi –strategi berikut pula iaitu menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah – masalah yang dihadapi oelh klien. Strategi lain pula ialah bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan serta konsultasi dengan guru – guru lain dan ibu bapa dan juga merekomodasikan masalah klien kepada pakar – pakar lain dan ibu bapa. Sesetengah daripada alat penilaian pencapaian yang digunakan oleh ahli –ahli kaunselor dalam terapi pencegahan pada tahp rendah, menengah dan peringkat pra-universiti termasuk penilaian individu, aktiviti-aktiviti pembelajaran sokongan yang dikordinasikan oleh murid – murid dan juga perancangan sistematik dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagi murid – murid yang menghadapi masalah akademik dan masalah penyesuaian yang serius, kaunselor bimbingan perlu menggunakan terapi pemulihan untuk membantu mereka.

RAJAH 4 : TERAPI PEMULIHAN

Terapi ketiga pula jenis Pemulihan. Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama terapi pemulihan ialah untuk menggunakan teknik – teknik bimbingan dan kaunseling untuk

(25)

146

membantu murid – murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan dan akan memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu. Tujuan sampingannya ialah untuk mengurangkan masalah pendidikan antara murid – murid dan sekolah.

Pemulihan adalah satu proses yang diapplikasikan selepas penemuan masalah yang bertujuan untuk mendorong modifikasikan tingkah laku yang bermasalah. Terapi ini bergantung kepada diagnosis lengkap dan kajian terhadap individu dan masalahnya, diikuti dengan membuat keputusan apakah bentuk kejadian yang dapat memperkukuhkan tingkah laku yang dikehendaki dan memansuhkan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Murid-murid yang tidak boleh berfungsi semasa berada dalam keadaan sekolah yang normal boleh dibantu untuk memodifikasikan tingkah lakunya melalui penggunaan teknik-teknik tertentu supaya dapat kembali ke bilik darjah normal.

Pemulihan adalah menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid yang menghadapi masalah yang spesifik. Rekabentuk program pemulihan memfokuskan cara menggalakkan murid-murid membuat pilihan yang sihat dan bersesuaian serta berkebolehan untuk menggunakan strategi yang berkesan. Guru pembimbing menggunakan pendekatan pendidikan pemulihan terhadap murid-murid yang belum berkembang atau mendemonstrasikan kemahiran membuat pilihan yang sihat dan untuk mereka yang memerlukan bantuan dalam menangani situasi yang sukar.

Terdapat beberapa sokongan pendidikan oleh ahli –ahlu kaunselor dalam proses terapi pemulihan di antaranya ialah merancang aktiviti –aktiviti kelab, menstrukturkan trancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran pemulihan. Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam bimbingan ini dan ia merupakan satu jenis pengajaran yang berbeza daripada pengajaran biasa dari perspektif – perspektif seperti tugasan – tugasan kendiri, penggunaan masa individu dan sesi – sesi bimbingan dan kaunseling dan juga sebelum seorang murid dinilai sebagai mempunyai pencapaian akademik yang rendah, dia mesti dibberikan peluang untuk melibatkan diri dalam pengajran pemulihan. Pengajran pemulihan boleh dijalankan sama ada dalam masa sisitem persekolahn ataupun di luar masa persekolahan.

(26)

147

Aspek – aspek penting yang lain yang diliputi dalam proses terapi [pemulihan ialah membekalkan kemahiran belajar, menyiasat dan menyemak kehadiran murid –murid ke sekolah, meningkatkan ilmu kendiri, membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan dan membincangkan profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja. Dalam membimbing murid – murid yang lemah dalam bidang akademik, kaunselor mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibi bapa atau pakar – pakar pendidikn yang dapat menyumbang kepada penyelesaian spesifik yang dihadapi oleh murid – murid sekolah.

RAJAH 5 : TERAPI INTERVENSI KRISIS

Terapi terakhir ialah terapi intervensi Krisis yang mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.

Guru pembimbing juga terlibat dalam perhubungan berorientasikan krisis dengan murid-murid dan keadaan ini mengukuhkan proses permulaan yang terus dirujuk kepada mereka yang profesional dan agensi-agensi lain di dalam komuniti. Pendekatan krisis selalunya berbentuk arahan dan berorientasikan tindakan. Apabila murid-murid menghadapi krisis, guru pembimbing tidak mempunyai masa yang banyak untuk membenarkan murid-murid membuat refleksi-kendiri, penerokaan dalaman terhadap persepsi dan aspek tumpuan.

(27)

148

Biasanya murid-murid yang dilanda krisis memerlukan panduan, dan sehingga mereka berada dalam keadaan stabil serta selamat maka mereka dianggap bertanggungjawab untuk membuat keputusan. Tanggungjawab ini datang secara beransur-ansur, setelah pelan tindakan awal diperkukuhkan dan murid-murid telah mengalami kejayaan peringkat awal. Terapi intervensi krisis dalam bimbingan dan kaunseling juga memandu seorang kaunselor untuk menolong klien – klien untukmengendalikan situasi – situasi kritikal atau kejadian – kejadian yang belaku dalam kehidupan. Sebuah krisis didefinisikan sebagai satu situasi atau kejadian di mana seorang individu rasa tertekan atau mempunyai maslah menyesuaiakan diri dalam sesuatu situasi.

Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kematian ahli keluarga, kehilangan pekerjaan atau penamatan sesuatu perhubungan persahabatan. Pada masa ini, seseorang individu akan mengalami pelbagai perasaan dan setiap individu mempunyai respon yang berbeza kepada sesuatu krisis. Adalah biasa untuk murid – murid merasai takut, bimbing atau sedih pada masa yang sama. Kebanyakkan guru – guru bimbingan mendapati bahawa murid – murid yang mempunyai krisis mental mungkin menunjukkan ciri – ciri berikut iaitu tidak boleh menyebut perkataan dengan tepat, todak boleh menyusun perkataan untuk membina ayat dengan tepat, membaca dengan kadar lambat, tidak boleh membaca langsung dan jangkamasa penumpuan perhatian murid – murid semasa guru mengajar adalah terlalu singkat.

Oleh itu, guru –guru bimbingan dan kaunseling perlu bersedia menghadapi krisis di kalangan murid – murid sekolah. Ahli – ahli kaunselor perlu menyediakan sokongan dan bimbingan kepada individu – individu atau kepada kumpulan – kumpulan seperti keluarga atau komuniti semasa sesuatu krisis. Tujuan – tujuan utama terapi intervensi krisis seperti mengurangkan kesakitan emosi, menentukan bahawa individu dalam krisis rasa selamat dam membantu satu rancangan untuk mengendalikan krisis tersebut. Kemahiran, maklumat dan perkhidmatan sokongan yang diperolehi daripada terapi intervensi krisis kaunseling juga boleh membantu seseorang atau satu kumpulan individu untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup mereka. Justeru itu, kaunseling krisis dan intervensi sangat berguna dan perlu dalam sesuatu krisis.

Dalam terapi intervensi krisis ini mrnggunakan sembilan langkah iaitu yang pertama ialah pendidikan. Seorang kaunselor krisis yang efektif akan membekalkan pendidikan melalui maklumat, aktiviti dan struktur yang akan menolong seorang individu untuk memilih dan bergerak daripada krisis.langkah kedua ialah pemerhatian dan kesedaran. Satu lagi

(28)

149

fungsi spesifik kaunselor ialah untuk meningkatkan tahap pemerhatian dan kesedaran individu. Hal ini akan membawa pilihan kepada individu untuk menggalak proses pemulihan semula. Langkah ketiga ialah menggunakan potensi individu. Kaunselor akan membimbing murid – murid untuk memahami bahawa setiap krisis memberi satu peluang untuk pertumbuhan kendiri. Justeru, adalah penting bagi mereka untuk memahami supaya menggunakan sesuatau krisis untuk menemui potensi tertinggi kendiri. Langkah keempat pula ialah memahami masalah. Kaunselor akan membantu klien –klien untuk memahami cara –cara yang pailing penting dalam menyelesaikan masalah peribadi dengan resos – resos dan kebolekan yang ada semasa sesuatu krisis berlaku. Langkah kelima adalah mewujudkan struktur yang berkaitan. Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara –cara untuk menamatkan sesuatu krisis. Langkah yang keenam ialah mencabar kepercayaan yang tidak rasional. Kaunselor akan menyakinkan murid –muid untuk menenrima kenyatan bahawa krisis ialah masa kesedihan dan cara mereka respon adalah penting. Murid murid akan merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah, kegelisahan mereka akan hilang. Langkah ketujuh ialah menghapukan tingkah laku adiktif. Kaunselor boleh menasihati individu yang setengah masalah krisis adalah hasil daripada adiksi. Mereka juga boleh menasihati klien supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan dadah, minum arak atau pun pengaruh – pengaruh negatif yang lain. Langkah kelapan pula ialah mencipta penggantungan sementara. Kaunselor boleh membimbing individu – individu untuk membentuk perhubungan ringkas dengan orang lain untuk mendapat sokongan. Penggantungan sihat ini hanya sementara dan boleh menolong mereka untuk berkonsi kepedihan dan kesakitan mereka. Langkah yang terakhir ialah menghadpai ketakutan dan kesakitan emosi. Dalam langkah akhir, kaunselor akan mengingkatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi ialah respon yang paling sihat semasa sesuatu krisis berlaku.

Kesimpulanya, perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu yang mempraktikkannya tetapi inti pati tugas seorang kaunselor terhadap kliennya sama ada dari kelompok kecil atau individu yang bermasalah dan memerlukan bantuan adalah sama-sama memikirkan cara penyelesaian kesulitan dan kekusutan yang dialami seterusnya memilih alternatif-alternatif yang sesuai dan dengan bantuan kaunselor mereka melaksanakan jalan penyelesaian yang dipilih.

Kesediaan kaunselor dan klien mahupun situasi dan tempat untuk memulakan sesi kaunseling adalah penting untuk memastikan kaunseling dapat berjalan dengan lancar. Dalam hal ini kaunselor seharusnya bijak meyakinkan kliennya bahawa dia benar-benar bersedia dan bersungguh-sungguh ingin membantunya dan mengambil berat masalah yang

(29)

150

dibawa, secara jujur dan ikhlas sama ada dinyatakan secara lisan atau gerak tubuh di samping menyediakan fasiliti yang sesuai dalam memulakan sesi kaunseling.

Penstrukturan sesi kaunseling perlu dilaksanakan agar masa yang diperuntukkan kepada klien dapat digunakan sepenuhnya dengan topik perbincangan yang relevan dengan pokok perbincangan yang dibawa. Penstrukturan ini juga perlu dijelaskan peranan kaunselor sebagai fasilitator dan klien yang dapat menerima dan membuat pilihan alternatif berpaksikan matlamatnya bertemu dengan kaunselor di mana kaunselor bertindak berdasarkan etika kaunseling secara professional.

Matlamat sesi pertama adalah penting bagi klien membina kepercayaannya kepada kaunselor yang akan sentiasa memerhatikan segala apa yang dilakukan oleh klien semasa perbincangan tersebut di mana matlamat utamanya adalah mengasaskan satu hubungan yang baik, supaya perbincangan selanjutnya akan lebih mudah dan mesra.

Penjelasan di atas menunjukkan bahawa proses kaunseling merupakan satu proses yang berterusan dan melalui fasa-fasa tertentu apabila wujud persetujuan dan kata sepakat antara kaunselor dan klien yang membolehkan pelaksanaan proses tersebut berjalan seterusnya. Walau bagaimanapun, persetujuan ini boleh berubah-ubah mengikut keadaan masa dan juga kehendak klien sendiri dan boleh ditamatkan apabila klien telah memperoleh jalan penyelesaian berdasarkan beberapa alternatif terhadap pokok perbincangan yang dibawa kepada kaunselor. Proses kaunseling juga boleh diberhentikan segera, sekiranya kaunselor mendapati tiada jalan lain untuk membantu klien dan lazimnya ia akan merujuk kepada pakar lain untuk meneruskan proses tersebut yang gagal dilaksanakan dengan sempurna. Biar bagaimana sekalipun proses ini patut ditamatkan seharusnya kaunselor bertindak secara bijaksana dan professional agar semua pihak yang terlibat dalam pertemuan ini berpuas hati.

9.5

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING

Proses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem bertanggungjawab bersama antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa, rakan sebaya dan ahli-ahli dalam sistem sekolah. Akan tetapi, bukan semua sekolah mempunyai seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru itu, kadang-kadang guru biasa juga perlu

(30)

151

menjalankan fungsi-fungsi seorang guru bimbingan dan kaunseling. Peranan guru-guru biasa adalah sangat penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah semua murid-murid mereka.

Peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kauseling adalah seperti meneliti kedua-dua keperluan intelektual dan psikologi murid-murid. Guru-guru juga perlu memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah yang berkaitan dengan konsep kendiri yang rendah. Sebagai guru bimbingan, mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling supaya mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam bilik darjah

.

Guru juga perlu bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan menggendalikan sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa. Selain daripada itu, mereka perlu mengendalikan penyelidikan dalam sekolah yang membantu mereka untuk membantu keperluan dan profil murid-murid mereka. Mereka juga perlu menjadi individu-individu yang kritikal dan pembantu-pembantu yang efektif serta mempunyai kesedaran kendiri dalam aspek nilai dan pandangan dunia berkaitan dengan prosedur-prosedur bimbingan dan kaunseling.

Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan prosedur-prosedur berikut:

(a) Pertama sekali, mengenalpasti murid-murid yang memiliki konsep kendiri yang rendah atau mereka yang menunjukkan tingkah lalu bermasalah di dalam bilik darjah.

(b) Kedua, mengumpul data mengenai murid-murid bermasalah yang berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau dan

(31)

152

(c) Akhir sekali, memberikan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah secara individu atau pun secara kumpulan.

Rajah 1: Prosedur dalam proses bimbingan dan kaunseling

Peranan pertama: Sebagai Pengurus Bilik Darjah

Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah:

Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan kerusi-eja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Tujuan pengurusannya ialah supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bili darjah yang bersih kemas dan teratur. Di antaranya ialah kerja yang boleh guru membimbing murid-murid ialah:

(32)

153

(1)

Menyapu lantai dan beranda.

(2) Membersihkan papan kapur. (3) Menyusun kerusi-meja.

(4) Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.

(5) Menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan. (6) Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan. (7) Menjaga penggunaan lampu dan kipas.

(8) Mengelap cermin tigkap dan menghias meja kerusi.

Untuk menjamin murid-murid menjalankan tugas-tugas tersebut, guru hendaklah menyediakan satu jadual kerja supaya setiap murid dapat melibatkan diri dalam pelaksanaan tugas menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Prinsip pembahagian kerja-kerja tersebut ialah tanggungjawab untuk setiap murid hendaklah adil dan saksama supaya mereka dapat menjalankan kerja tanpa sebarang rungutan.

Pengurusan Persekitaran Pengajaran-Pembelajaran:

Organisasi bilik darjah KBSR dan KBSM mengandungi satu keistimewaan iaitu di samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan. Sehubungan itu, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik, Pendidikan seni, ruang bacaan dan sebagaiya.

Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan dalam sudut atau pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan , aktiviti bacaan tambahan, perbincangan dan sebagainya. Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.

Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran , guru haruslah membimbing dan memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul.

(33)

154

Pengurusan Peraturan Bilik Darjah:

Peraturan bilik darjah yang ditetapkan hendaklah jelas, ringkas serta mudah diikuti. Untuk memastikan semua pelajar mematuhi peraturan bilik darjah, guru hendaklah membimbing dan bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan tersebut. Sekiranya semua murid bekerjasama dan rela mematuhi segala peraturan bilik darjah yang ditetapkan, masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat dikurangkan.

Peranan Kedua: Sebagai perancang

Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan.

Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid murid mencapai objektif pelajaran mereka.

Pemilhan strategi dan kaedah megajar pua berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid mencapai objetif pelajaran yang dikehendaki.

Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik , lebih bermaknadan lebih berkesan.

Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran.

(34)

155

Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistemaik, ia akan melicinkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang positif justerunya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan

.

Peranan ketiga: Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah

Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek, membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya.

Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa, bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan supaya mereka dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain.

Sekiranya murid menghadapi masalah kelurga, guru perlu cuba menasihati dan berbincang dengan murid untuk mencari punca berlakunya masalah keluarga. Guru boleh membimbing murid sekiranya murid tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri .Jika masalah adalah serius dan perjumpaan ibu-bapa perlu dilaksanakan..

Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi masalah , guru perlu sebagai pembimbing , membimbing murid mencari cara menyelesaikan masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak menumpu perhatian semasa p& p dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli murid lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu murid menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya proses p& p dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai.

Gambar

Gambar  1: Bimbingan individu melibatkan interaksi antara dua individu iaitu  kaunselor dan klien
Gambar 2: Guru memberi bimbingan kepada murid yang mempunyai konsep kendiri                      rendah
Gambar 3: Bimbingan berkumpulan melibatkan lima atau lapan individu yang  mempunyai masalah yang sama
Gambar 4: Individu akan mendengar dan belajar daripada pengalaman dan  idea-idea rakan sebaya

Referensi

Dokumen terkait

Sehubungan itu, untuk memastikan proses penyeliaan dapat memenuhi keperluan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa yang berada di tahap perkembangan yang berbeza,

Matlamat kaunseling juga membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien dengan memberi peluang kepada klien untuk mempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan

 Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka

Murid berjaya mengenal pasti nombor yang perlu diselesaikan dalam siri nombor (Kemahiran Komputasional Algoritma) dengan bimbingan guru.. Murid berjaya mengenal pasti

Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus dalam membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan menyusun program dengan

4.2 Biarpun SK Bukit Naning tidak layak mendapat guru kaunseling rasmi buat masa kini (atas sebab jumlah murid), namun segala ilmu berkaitan bimbingan dan

kaunselor sekolah juga perlu percaya bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah salah satu aktiviti pendidikan yang bersifat tidak langsung dalam

Sebenarnya pihak Kementerian Pelajar Malaysia telah menyelaraskan program-program yang perlu dilaksanakan oleh guru kaunseling di sekolah rendah