• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bimbingan dan kaunseling sekolah rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bimbingan dan kaunseling sekolah rendah"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Bimbingan dan kaunseling sekolah rendah

Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menjayakan agenda pembangunan insan. Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan pembimbing, pemegang amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan penggerak pembangunan kemajuan sekolah. Mereka seharusnya dilihat sebagai satu kerjaya mulia. Dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang secara total, ianya tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong dengan kesungguhan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Tanngungjawab sebagai seorang guru adalah melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memainkan peranan yang sewajarnya dalam usaha mencapai kecemerlangan agar transformasi sosial yang kita inginkan menjadi kenyataan. Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu dan berpendidikan tinggi tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan sahsiah setiap individu.. Hasrat untuk melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi JERI seperti mana dalam falsafah pendidikan boleh dicapai sekiranya Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah komited, berdedikasi dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas dan bersedia melaksanakan perubahan.

Baik di sekolah menengah mahu pun di sekolah rendah panggilan untuk guru ini ada pelbagai seperti guru kaunseling, kaunselor dan sebagainya. Kementerian Pelajaran telah menyelaraskan dari segi panggilan ini sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Melalui surat-surat pemberitahuan, Kementerian telah menjelaskan nama dan tugas serta peranan sebenar guru bimbingan dan kaunseling.

Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah memberikan perkhidmatan secara sepenuh masa dalam bidang bimbingan dan kaunseling di sekolah seperti mana guru-guru matapelajaran yang lain. Guru matapelajaran lain mengajar subjek masing-masing dan dalam Guru Bimbingan dan Kaunseling mereka sepatutnya secara sepenuh masa menjalankan tugas mereka membimbing dan kaunseling murid-murid. Antara tugas dan tanggungjawab mereka adalah menjalan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok, kerjaya, akademik, psikososial, kesejahteraan mental, keibubapaan, pembangunan diri murid, pendidikan pencegahan dadah-rokok-HIV-AIDS serta pengurusan dan kaunseling.

(2)

Referensi

Dokumen terkait

Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama 8.. Menconteng, Melukis Kata-kata Lucah

Para guru yang mengajar Darjah 4 mendapati bahawa murid lebih gemar berbahasa Inggeris dan sebahagian daripada mereka terdiri daripada murid yang bukan berbangsa Melayu. Kosa

Nilai model fit indices ini menunjukkan bahawa model pengukuran bagi kumpulan guru juga mempunyai padanan yang memuaskan dengan data. Jadual

MKK yang dibina oleh pengkaji adalah sebuah modul motivasi berbantukan fasilitator untuk memudahkan guru bimbingan dan kaunseling sekolah melaksanakan program

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa lima penyataan iaitu (1) “Saya minat dalam memberi bimbingan kepada pelajar”, (2) “Pelajar sentiasa berjumpa saya untuk

Kajian ini mengenal pasti sama ada efikasi kendiri dan sikap merupakan faktor peramal kepada kesediaan guru kaunseling serta mengkaji secara lebih mendalam

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN KEBUN REKOD DAFTAR SESI KAUNSELING KELOMPOK. Bil Nama Klien Tahun Tarikh Masa

Berdasarkan teori ini Unit Bimbingan dan Kaunseling telah memperkenalkan program Lots Of Love di bawah Amalan Guru Penyayang bagi memenuhi keperluan tersebut. Apabila kita