• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pada masa kini, orang ramai tidak memanfaatkan barangan kitar semula yang ada. Contoh yang paling nyata ialah selepas mereka minum air tin, mereka akan terus membuang tin itu samada di tempat yang di sediakan atau membuangnya merata-rata walaupun pada hakikatnya mereka mengetahui bahawa barang tersebut boleh dikitar semula.

Dianggarkan kira-kira satu juta tin minuman aluminium dibuang dalam masa sehari. Ini membuatkan sampah sarap di Malaysia di merata-rata tempat. Pelbagai kaedah digunakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai serta masyarakat setempat terhadap permasalahan ini. Antara cara yang sedang di jalankan sekarang adalah kempen kitar semula. Kempen itu dilaksanakan dengan meletakkan tong-tong sampah khas yang berlainan warna serta label untuk memudahkan pengguna mengasingkan barang yang boleh dikitar semula. Maka dengan ini, dapatlah seluruh rakyat Malaysia menyahut seruan kerajaan untuk kempen kitar semula dan dapat membantu diri sendiri dalam membasmi longgokan sampah sarap di mereta-rata tempat yang boleh mencemarkan imej Malaysia.

Daripada permasalahan itu tercetuslah satu idea untuk menghasilkan alat Pengemik Tin Minuman. Ia dapat membantu untuk mengatasi masalah itu dengan memampatkan tin dengan selamat dan menjimatkan tenaga. Alat ini dapat memudahkan segala kerja memampatkan tin minuman.

(2)

2 1.2 PENYATAAN MASALAH

Pada masa kini, banyak yang kita lihat pengguna mempunyai masalah untuk mengitar semula tin dengan betul. Sesetengah pengguna yang tidak bertanggungjawab selepas menggunakan tin minuman ini mereka tidak memijak tin minuman dengan betul. Hal ini menampakkan, tin itu tidak menjadi rata dan nampak berterabur. Keadaan ini kadang-kala boleh menyebabkan orang menjadi luka. Pada realitinya memang tidak dapat kita nafikan bahawa tiada kesedaran pada pengguna yang menggunakan tin minuman. Pada waktu yang sama, kita dapat mewujudkan kesedaran pengguna untuk mengitar semula tin minuman. Dengan adanya mesin ini dapat memberi kesedaran kepada pengguna masa kini dan akan datang.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

a) Merekabentuk alat yang boleh mengitar tin semula dengan mudah

b) Menghasilkan alat pemampat tin minuman menggunakan sistem car manual jack

c) Menganalisis tahap keselamatan pengguna.

1.4 SKOP KAJIAN

Setiap projek dan konsep yang hendak dihasilkan memerlukan penghasilan yang efektif,bermutu tinggi dan berinovasi dari segi fungsi dan reka bentuknya. Bagi mencapai objektif ini, kami telah menyatakan beberapa skop projek seperti di bawah:

a) Mesin ini sesuai digunapakai untuk kegunaan ramai b) Menggunakan sistem car manual jack

c) Tinggi mesin maksimum 33m d) Tinggi maksimum tin ialah 168mm

(3)

3 1.5 RUMUSAN BAB

Begitulah serba sedikit pengenalan tentang mesin ini. Seterusnya, kajian diteruskan dengan bab 2 iaitu kajian literatur.

(4)

4

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Di mana-mana pun seringkali kita mendengar orang mengatakan bahawa tin minuman boleh menghasilkan duit jika dikumpulkan dengan banyak. Dengan hanya menjadikan hobi mengutip tin minuman kosong yang terbuang kita mampu menjana kewangan dalam kehidupan seharian.

Tin-tin minuman yang dikutip biasanya akan dikumpulkan dan dilonggokkan di suatu tempat tertentu sehingga menjadi satu longgokan yang besar. Kemudian tin-tin ini akan diketuk menggunakan peralatan seperti kayu, tukul atau hanya dengan menggunakan kaki. Perbuatan ini sememangnya boleh dilakukan dan menjimatkan kos namun ianya boleh mengundang bahaya, merugikan masa dan memenatkan. Bila-bila sahaja kemalangan kecil boleh berlaku. Mungkin tangan yang akan terluka semasa aktiviti mengetuk tin dilakukan dan mungkin juga kaki yang akan terluka sewaktu memijak tin minuman untuk memampatkan tin minuman tersebut.

2.2 KAJIAN YANG PERNAH DIJALANKAN OLEH PENYELIDIK TERDAHULU

Tin kitar semula adalah sebahagian penting dalam program kitar semula keluarga dan masyarakat. Kitar semula aluminium adalah salah satu daripada perkara termudah yang boleh anda lakukan untuk membantu alam sekitar. Jenis penghancur yang paling biasa pada hari ini pada dasarnya digunakan untuk membantu orang.Reka bentuk jenis ini membolehkan mereka menghancurkan mengikut jenis penghancur dan kemudian menghancurkan dengan secepat mungkin. Jenis-jenis penghancur ialah jaw crusher, gyratory crusher and impact crusher.

(5)

5 Rajah 2.2.1 Jaw Crusher

(6)

6 Rajah 2.2.3 Impact crusher

(7)

7 2.3 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN

Jenis Produk Berat(kg) Kelebihan Harga(RM)

2.2 a) Aplikasi yang

fleksibel

b) Mempunyai reka bentuk pemutar yang lasak c) Tukul yang unik

untuk mengunci peranti

300.00

1.5 a) Sesuai untuk tin yang bersaiz keluli b) Pengemek ini mudah digunakan c) Dikendalikan oleh kaki 230.00

0.9 a) Produk ini mesra alam

b) Mudah dikendalikan

215.00

(8)

8 2.4 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

Rajah 2.4.1 Mild Steel

Keluli tahan karat adalah sejenis keluli karbon dengan jumlah karbon yang rendah - ia sebenarnya juga dikenali sebagai "keluli karbon rendah." Walaupun julat berbeza bergantung kepada sumbernya, jumlah karbon yang biasanya didapati dalam keluli ringan adalah 0,05% hingga 0,25% mengikut berat, manakala keluli karbon yang lebih tinggi biasanya digambarkan sebagai mempunyai kandungan karbon dari 0.30% hingga 2.0%. Jika ada lebih banyak karbon daripada yang ditambahkan, keluli akan dikelaskan sebagai besi tuang. Oleh kerana kandungan karbon dan pengaloiannya agak rendah, terdapat beberapa sifat yang membezakannya daripada keluli karbon dan aloi yang lebih tinggi.

(9)

9 Rajah 2.4.2 Plat Keluli

Dari sudut alam sekitar, bahan pembinaan daripada keluli boleh dikitar semula, menyebabkan kos yang murah dan tidak menghasilkan pencemaran bunyi serta habuk yang tinggi. Besi sebagaimana kebanyakan logam, biasanya tidak dijumpai dalam kerak bumi dalam bentuk unsur. Besi hanya boleh didapati dalam kerak bumi dalam bentuk sebatian dengan oksigen dan belerang.

Rajah 2.4.3 Bolt dan Nat

Ia digunakan untuk mengikat dua komponen atau lebih.Mempunyai pelbagai saiz dan sesuai digunakan untuk mengikat komponen.Ia boleh ditanggalkan dengan mudah berbanding ikatan kimpalan.Komponen ini paling banyak digunakan dlaam projek ini.

(10)

10 Rajah 2.4.4 Car Hydraulic Jack

Sebuah jack, screwjack adalah peranti mekanikal yang digunakan sebagai peranti mengangkat untuk mengangkat beban berat atau untuk menggunakan kekuatan yang hebat. Sebuah jentera mekanikal menggunakan bebenang skru untuk mengangkat peralatan berat.

Rajah 2.4.5 Engsel

Engsel adalah peranti mekanikal yang digunakan untuk menyambung dua pepejal dan membolehkan putaran relatif antara dua pepejal.

(11)

11 2.5 PERALATAN PROJEK

Peralatan peralatan yang digunakan untuk menjayakan sebuah mesin pengemek tin adalah seperti berikut :

Rajah 2.5.1 Mesin kimpalan MIG

Kimpalan Arka Logam gas atau Gas Metal Arc Welding (GMAW) dikenali juga sebagai Kimpalan Arka Logam Gas Lengai atau Metal Arc Welding (MIG) Kimpalan MIG digunakan secara meluas dalam industri kerana mudah dikendalikan serta boleh mengimpal berbagai jenis logam dan berbagai ketebalan logam. Kimpalan MIG banyak digunakan dalam industri pembuatan, industri automotif dan lain-lain.selain keluli karbon, kimpalan MIG juga boleh digunakan untuk mengimpal aluminium dan keluli kalis karat (Stainless steel). Elektrod kimpalan MIG dibekalkan dalam bentuk gelungan dawai berbeza dengan elektrod kimpalan yang lain yang dibekalkan secara batang atau rod.

MIG digunakan secara meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi , contohnya dalam kilang pembuatan. Antara kelebihan MIG:

(12)

12 a) Proses lebih cepat

b) Proses boleh diautomasikan

c) Mendapat hasil kimpalan yang tinggi

d) Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan

Rajah 2.5.2 Mesin Larik Menegak

Mesin larik digunakan untuk melarik sesuatu bahan yang akan menghasilkan bentuk silinder dengan memutarkannya pada mata pemotong.

(13)

13 Rajah 2.5.3 Mesin pemotong mudah alih (grinder)

Mesin grinder adalah salah satu mesin perkakas yang digunakan untuk mengasah/memotong benda kerja dengan tujuan tertentu. Prinsip kerja mesin grinder adalah batu grinder berputar bersentuhan dengan benda kerja sehingga terjadi pengikisan, penajaman, pengasahan, atau pemotongan.

Rajah 2.5.4 Bench drill machine

Merupakan suatu alat pembuat lubang, alur atau bisa untuk peluasan dan penghalusan suatu lubang yang efisien.

(14)

14 Rajah 2.5.5 Mesin pencanai tangan

Ia digunakan untuk mencanai bahagian yang tidak rata setelah proses penyambungan kimpalan dilakukan . Kumai yang berbukit akan dicanai menggunakan pencanai tangan ini supaya permukaan kumai menjadi rata dan melicinkan lagi permukaan yang dikimpal.

Rajah 2.5.6 Lathe machine

Digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti memotong selari permukaan sebelah luar ataudalam, menggerudi, memotong benang skru, melulas, menggerek,memotong tirus, melorek, mencanai, mengilap dan lain-lain.Pemotongan dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong kearah bahan kerja yang sedang berpusing. Suapan mata alat dilakukansama ada selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja. Mataalat pemotong boleh juga di suapkan bersudut dengan paksi bahankerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.

(15)

15 Rajah 2.5.7 Penyembur

Penyembur digunakan dalam proses mengecat rangka projek. Ia mudah digunakan untuk mengecat pada kedudukan atau sudut yang berbeza.

Rajah 2.5.8 Welding mask

Menunjukkan alat keselamatan yang digunakan semasa kerja pengimpalan dilakukan bagi membantu pengimpal untuk melihat dan juga untuk melindungi bahagian muka pengimpal daripada tercedera.

(16)

16 Rajah 2.5.9 Sarung tangan

Digunakan untuk mengelakkan tangan daripada terkena benda kerja yang sama.Diperbuat daripada kain berkualiti tebal dan tahan rintangan panas.

Rajah 2.5.10 Mata Gerudi Besi

Rajah 2.5.11 ialah mata gerudi yang digunakan ialah jenis stainless steel. Ia sesuai digunakan untuk membuat lubang pada pelbagai jenis besi samada lembut mahupun besi keras.

(17)

17 Kerja-kerja mengukur

Rajah 2.5.11 Penggarit

a) Digunakan untuk menggarit garisan pada muka logam b) Garisan potong biasa dilukis oleh penggarit

Rajah 2.5.12 Sesiku L

a) Alat ini berbentuk seperti L, satu bilah logam dan pemegang diletakkan secara ribet

b) Sesiku ini banyak digunakan dalam kerja yang berkaitan dengan proses menanda dan menguji kerataan serta ketepatan.

(18)

18 Rajah 2.5.13 Angkup Vernier

a) Digunakan untuk mengukur dimensi bagi diameter luar dan dalam,lebar,panjang dan tinggi

b) Mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier

c) Memberi ketepatan bacaan sehingga 0.1mm atau 0.02 mm atau 0.05mm

2.6 KESIMPULAN

Bab ini menerangkan secara terperinci tentang mesin pengemek tin yang ada dan yang terdapat di pasaran. Selain itu, dalam bab ini juga menerangkan fungsi-fungsi komponen dan bahan asas yang digunakan untuk menyiapkan projek ini. Segala kajian yang pernah dijalankan sewaktu dahulu telah banyak menerangkan bagaimana sebuah mesin itu berfungsi.

(19)

19

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN BAB

Metodologi bermaksud proses penghasilan sesuatu produk bermula dari peringkat penciptaan idea-idea konsep sehingga proses pembuatan. Penjanaan idea konsep ini bertujuan mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Pemilihan idea konsep tersebut berdasarkan ciri-ciri bersesuaian dengan produk yang akan dihasilkan.

Proses pembuatan bermula dengan pemilihan bahan-bahan yang sesuai untuk komponen-komponen produk.Selepas itu , semua bahan tadi dicantumkan bagi menghasilkan rekabentuk yang dikehendaki. Semua proses tadi dilakukan mengikut prosedur yang telah dirancang dan projek akan disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ini kerana setiap prosedur kerja tersebut mempunyai keseinambungan dengan objektif projek ini.

Dalam menghasilkan atau melaksanakan sesuatu,perancangan awal yang teliti perlu dibuat bagi menghasilkan projek yang berkualiti tinggi , berkeadaan baik, berfungsi dengan baik,kemas dan lebih teratur. Proses ini merupakan langkah yang paling awal dijalankan sebelum memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek.

Selain itu,pemilihan projek yang bersesuaian membantu meningkatkan daya pemikiran yang kreatif dan inovatif disamping ia melambangkan caa pemikiran seseorang individu tersebut dalam aspek elektrik dan system pneumatik. Tajuk yang dipilih juga mestilah dapat menarik perhatian agar menjadi contoh kepada pelajar lain untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek tersebut dan lebih teliti.

(20)

20 3.2 CARTA ALIR PROSES PERLAKSANAAN PROJEK

No

Yes

No

Yes

Y a Mula Pernyataan Masalah Rekabentuk

Rekabentuk 1 Rekabentuk 2 Rekabentuk 3

Rekabentuk Akhir

Fabrikasi

Tamat Analisis Matrik

(21)

21 Jadual 3.2.1 Carta Alir Perlaksanaan Projek

Carta alir adalah sejenis rajah yang mewakili sesuatu proses di mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan anak panah. Gambarajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara selangkah demi selangkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan anak panah yang menghubungkannya pula mewakili aliran kawalan data. Aliran data tidak selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gamba rajah aliran data sebaliknya,mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta aliran telah digunakan dalam menganalisis, mereka bentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program dalam pelbagai bidang.

Pada permulaan, telah dibincang untuk memilih tajuk projek. Pemilihan projek ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku dipersekitaran yang mendatangkan kepayahan pada seseorang. Selepas banyak idea yang diperkenalkan dan dibincangkan dengan penyelia, persepakatan untuk menghasilkan satu produk dihasilkan. Selepas itu, mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek. Skop dan objektif ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku. Pembentangan projek 1 melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek, skop, objektif, penyataan masalah, kajian literasi, metodologi, lukisan berbantu computer dan lain-lain. Selepas projek diluluskan, pelaksanaan aktiviti projek seperti proses merekabentuk dibuat untuk penghasilan projek. Apabila projek telah siap, semakan projek dilakukan oleh penyelia supaya projek yang dilakukan berfungsi seperti yang dirancangkan. Penghasilan laporan projek untuk menganalisis data-data yang terdapat pada projek yang dicipta. Selepas penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk mengetahui tentang pelaksanaan rojek. Penyerahan projekk dan laporan akhir adalah proses akhir selepas pembentangan kedua.

(22)

22 3.3 KONSEP KERJA PRIME (PRIME CONCEPT)

Projek ini menggunakan konsep kerja PRIME. 3.3.1 P – Problem Statement (Pernyataan Masalah) 3.3.2 R – Research (Penyelidikan)

3.3.3 I – Invention (Ciptaan / Pembuatan) 3.3.4 M – Modification (Pengubahsuaian) 3.3.5 E – Evaluation (Penilaian)

3.3.1 Pernyataan Masalah (Problem statement)

a) – Penyataan Masalah

Proses mengenal pasti masalah dilakukan terlebih dahulu supaya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna tin minuman. Kebanyakan pengguna mesin tin minuman mempunyai masalah untuk memijak tin minuman dengan baik, mempunyai masalah untuk mengitar semula tin dengan betul, serta menampakkan tin itu berterabur. Ini bertujuan untuk memastikan segala masalah yang ada pada tin minuman dapat direka bentuk semula menjadi lebih baik dengan memberi imej baru kepadanya.

3.3.2 Penyelidikan (RESEARCH)

a) - Penyelidikan

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan. Instrumen kajian ini digunakan sebagai asas untuk memperoleh data seperti mana yang dikehendaki untuk mencapai objektif. Kaedah yang digunakan ialah dengan kaedah soal selidik. Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif dijalankan melalui boring soal selidik dan kualitatif dijalankan melalui temubual dan pemerhatian untuk memperoleh data yang lebih tepat.

(23)

23 3.3.3 Ciptaan/Pembuatan (INVENTION)

Memulakan projek dengan maklumat yang ada melalui hasil pencarian yang dilakukan:

a) Pemilihan idea

b) Jadual Penilaian Bermatrik

Pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan konsep dengan konsep rujukan(Datum). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan dengan menilai setiap konsep yang terdapat untuk menentukan konsep yang terbaik. Langkah ini dinamakan Matrix Evaluation Method (Jalil, M.K.A, 2000) seperti yang ditunjukkan di jadual 3.3.3 dibawah. Lakaran-lakaran dibawah menunjukkan perbandingan di antara rekabentuk konsep 1, 2 dan 3.

a) Pemilihan idea

(24)

24 Rajah 3.3.3.2 Lakaran 2

(25)

25

Bil.

Kriteria

Kriteria

Minat

Konsep

1

Konsep

2

Konsep

3

1

Rekabentuk Komersial

4

4

5

3

2

Kos

5

4

3

5

3

Mudah Alih

5

5

4

3

4

Saiz

4

4

3

5

5

Berat

4

3

3

5

6

Bahan

4

4

4

5

7

Jumlah keseluruhan

23

24

26

3.3.3 Jadual Penilaian Bermatrik

3.3.4 Pengubahsuaian (MODIFICATION)

Pengubahsuaian dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pada mesin. Pengubahsuaian dilakukan bermula daripada meniliti rekabentuk projek jika terdapat alat-alat yang tidak perlu digunakan bagi mengurangkan kos dan mesin berat. Pengubahsuaian ini amat penting bagi memastikan produk yang dihasilkan memuaskan serta mengikut aspek yang telah ditetapkan. Jika produk yang dihasilkan mengikuti spesifikasi yang betul, keselamatan yang tinggi serta memudahkan pengguna, ia mungkin dapat dipasarkan. Produk yang berpatutan harga serta memenuhi kehendak pengguna mampu memasuki pasaran.

(26)

26 3.3.5 Pengujian (EVALUATION)

Proses pengujian adalah amat penting dalam proses penghasilan sesuatu rekabentuk projek. Pengujian juga menentukan kestabilan, keupayaan, kebolehgunaan, objektif yang ditetapkan dan keselamatan projek yang dihasilkan. Kerja-kerja pemasangan dan ujikaji bagi projek ini adalah dilakukan selepas proses pengukuran dan proses pemotongan dilakukan. Kerja pemasangan yang dilakukan adalah mengikut perancangan yang dilakukan pada peringkat awal. Selain itu, ujikaji adalah amat penting dan bertujuan untuk memastikan setiap pengukuran yang dilakukan adalah tepat dan menjamin kestabilan dan keselamatan struktur projek.

3.4 LUKISAN BERBANTU KOMPUTER

Setelah kami mengenal pasti keperluan dan kriteria yang perlu ada dalam projek ini,kami mula melakar beberapa lukisan bagi rekabentuk projek. Seterusnya, semua ahli kumpulan telah mencapai kata sepakat untuk memilih rekabentuk ini sebagai projek kami. Proses perlaksanaan projek akan dijalankan mengikut jadual perancangan.

Rajah 3.4.1 Lukisan Berbantu Komputer Isometri

(27)

27 Rajah 3.4.2 Lukisan Berbantu Komputer Pandangan Sisi

Rajah 3.4.3 Lukisan inventor

(28)

28 3.5 KOS PROJEK

Jadual 3.5 menunjukkan kos untuk penghasilan projek pengemek tin. Dalam jadual ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dengan harga yang lengkap berserta unit.

Bil

Bahan

Kos

1

Mild steel

RM62.00

2

Plat keluli besi

RM50.00

3

Bolt,nut,washer

RM15.00

4

Square hollow

section

RM10.00

5

Batang rod

RM5.00

6

Car manual jack

RM70.00

Jumlah

RM212.00

Jadual 3.5 Kos Projek

3.6 PEMBUATAN PROJEK

Rajah 3.6.1 Memotong plat besi

(29)

29 Rajah 3.6.2 Membuat lubang

Membuat lubang pada bahan projek menggunakan mesin gerudi di bengkel projek.

Rajah 3.6.3 Mengukur dan menanda

Mengukur dan menanda bahan projek untuk memastikan bahan dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan.

(30)

30 Rajah 3.6.4 Mengimpal

Mengimpal bahan projek mengikut bentuk projek yang telah ditetapkan.

Rajah 3.6.5 Menggerudi

(31)

31 Rajah 3.6.6 Melarik

Melarik bahan projek mengikut seperti yang ditetapkan selepas membuat uji kaji.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian ini menunjukkan bahwa terdapat hubungan yang positif antara Alokasi Dana Desa dengan pembangunan desa dan juga terdapat persepsi positif masyarakat

Landasan teori, dalam bab ini dijelaskan tentang teori pendukung yang digunakan untuk pembahasan dan cara kerja dari rangkaian Teori pendukung itu antara lain tentang

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran

Halaman Game Indoor 3 Prototipe Jika user memilih game 4, user akan masuk pada tampilan game seperti lapangan permainan bowling dimana user mengikuti pergerakan