• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah SJK(C) Kwang Chien, Sarikei

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sejarah SJK(C) Kwang Chien, Sarikei"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah SJK(C) Kwang Chien, Sarikei

SRB Kwang Chien, Sarikei telah ditubuhkan dengan rasminya pada awal tahun 1927. Ia terletak di Jalan Kubu, Sarikei. Penubuhannya adalah hasil usaha daripada beberapa orang peniaga yang terkenal di Daerah Sarikei. Dengan penubuhan awal sekolah atas masalah kewangan, maka pihak sekolah terpaksa meminjamkan rumah papan daripada Persatuan Kong Wai Siew Sarikei untuk dijadikan bilik darjah. Bilangan murid pada masa itu ialah lebih kurang 40 orang. Luas sekolah ialah 4694 sq. metres.

Sejarah Sekolah Mengikut Kronologi

Tahun Peristiwa

1927 - Alamat sekolah terpaksa dipindahkan ke sebuah bangunan yang terletak di belakang Dewan Huai Ren, Sarikei

- Nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Rendah Bantuan Kwang Chien Sarikei

- Encik Ting Mang dan Encik Chai King Sii masing-masing telah dipilih sebagai Pengerusi dan Naib Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah. Manakala Encik Tiong Lok Ting telah ditawarkan sebagai Guru Besar yang pertama

1928 - Encik Siaw Nam Kung telah dipilih sebagai wakil untuk memohon alamat sekolah yang tetap daripada pihak Jabatan Pendidikan. Dengan

kerjasama daripada ahli-ahli Lembaga Pengurusan Sekolah dan bantuan kewangan yang diperoleh daripada kutipan komisen penjualan lada hitam (seringgit setan), sebuah bangunan sekolah yang berharga dua belas ribu ringgit telah siap dibina untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah pada tahun 1930

1944 - Sekolah Rendah Bantuan Kwang Chien terpaksa ditutup kerana Zaman Pendudukan Jepun

1946 - Sekolah dibuka semula setelah Jepun menyerah kalah

- Encik Siaw Nam Kung telah dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, manakala Encik Yeu King Sui pula dilantik sebagai

Guru Besar sekolah

1951 - Murid-murid sekolah telah bertambah kepada bilangan lebih kurang dua ratus orang

- Sebuah bangunan konkrit telah siap dibina pada tahun 1952 dengan bantuan kewangan daripada orang awam dan penduduk-penduduk tempatan. Kemudahan-kemudahan seperti tempat penginapan guru, tandas murid, dan tangki air juga disediakan

(2)

1980 - Encik Yii Ming Kai telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan sebagai Guru Besar sekolah

- Beliau telah memohon daripada pihak jabatan bagi menambahkan bilangan kelas Tahun Satu kepada dua buah kelas

1988 - Bilangan guru telah bertambah ke 17 orang dengan bilangan murid seramai 357 orang kelas bertambah sebanyak 9 buah

- Dengan bantuan kewangan daripada pihak Jabatan Pendidikan dan Yang Berhormat Datuk David Teng Lung Chi serta golongan peniaga tempatan, sebuah bangunan sekolah yang berharga tujuh puluh ribu ringgit telah siap dibina bagi menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah

1991 - Sebuah bangunan yang mempunyai tiga buah bilik darjah telah siap dibina bagi menampung bilangan murid yang seramai 494 orang

- Bilangan guru sekolah telah bertambah ke 22 orang dan bilangan kelas sebanyak 12 buah. Perbelanjaan keseluruhan untuk membina bangunan itu ialah sebanyak dua puluh tiga ribu ringgit

1993 - Sebuah bangunan tiga tingkat telah siap dibina dengan bantuan kewangan sebanyak lima puluh peratus (Dua ratus tiga puluh dua ribu ringgit) daripada Kementerian Pendidikan

- Yang Berhormat Datuk Abang Abu Bakar bin Abang Haji Mustapha, Yang Berhormat Datuk Law Hieng Ding, dan Yang Berhormat Datuk David Teng Lung Chi bersama-sama menghulurkan bantuan kewangan sebanyak enam puluh lima ribu ringgit untuk membina bangunan tersebut

1997 - SRB Kwang Chien, Sarikei telah dinaikkan taraf ke Gred A oleh

Kementerian Pendidikan. Encik Wong Hing telah dilantik sebagai Guru Besar yang baru mulai 16.12.1997. Beliau telah melaporkan diri pada

23.12.1997. Ketika sekolah dipimpin oleh Encik Wong Hing, beliau telah berusaha dengan bekerjasama dengan Lembaga Pengurus Sekolah untuk memohon bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Bahagian Sarikei untuk mendindingkan ruangan kosong di tingkat bawah bangunan 3 tingkat

2000 - Ahli Lembaga Pengurus Sekolah bagi tempoh 2000 ~ 2002 telah

ditubuhkan. Ia diketuai oleh Encik Tan Pok Onn selaku pengerusi, Encik Yii Ming Kai sebagai Setiausaha Agung, Encik Lau @ Law Ngi Tung sebagai Bendahari Kehormat dan 12 orang ahli pengurus

2001 - Radio dan TV Pendidikan dipindahkan ke bilik Guru lama. Astro dipasang dan ditonton oleh murid-murid. Pelajaran Muzik dijalankan di situ. Bilik Guru lama ini telah ditukar menjadi bilik Alat Pandang Dengar (APD). Pada pertengahan tahun 2001, pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM9,000.00 dalam bentuk material untuk membaikpulih tandas murid. Kini, kedua-dua tandas murid mencapai tahap kebersihan yang memuaskan. Pada akhir tahun 2001, pihak sekolah diberi peruntukan sebanyak RM10,000.00 dalam bentuk material untuk memagari kawasan sekolah. SJK(C) Kwang Chien, Sarikei telah mengorak langkah sebagai sebuah sekolah perintis di Bahagian Sarikei yang membuka kelas komputernya dengan bantuan daripada

(3)

Edutech Computer Sdn. Bhd., Kuching. Perjanjian di antara Edutech Computer Sdn. Bhd., Kuching dengan wakil ahli Lembaga Pengurus Sekolah, Dr. Yap Ah Ming dan Encik Federick Wong Kuok Kwong telah dimeteri pada 18.09.2001 dan kelas komputer dibuka dengan rasminya pada 19.09.2001

2002 - Edutech Computer Sdn. Bhd., Kuching telah membekalkan sebuah komputer bagi kegunaan perpustakaan. Sekolah ini menuju ke arah sekolah bestari dengan menggunakan „Smart School Library‟ dan „Smart School Management‟. Pada pertengahan tahun 2002, sekolah ini

menggunakan sistem peminjaman buku dan pentadbiran secara berkomputer. Pihak sekolah telah diberi peruntukan sebanyak

RM90,000.00 oleh kerajaan pusat untuk membina sebuah stadium bola keranjang. Kerja pembinaan bermula dalam bulan Disember 2001 dan siap pada awal Januari, 2002. Akan tetapi, stadium bola keranjang tersebut tidak didirikan dengan pentas dan tidak dilengkapi dengan perparitan yang baik serta tidak dipasang dengan api. Walau bagaimanapun, aktiviti permainan, PJ dan perhimpunan diadakan di stadium tersebut

- Memenangi johan bagi “Promosi Persekitaran Sihat, 2002” anjuran Jabatan Kesihatan dengan hadiah RM5,000.00 dan piala pada 09.03.2002 di Dewan Suarah Sarikei oleh YB William Mawan

- Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ke Pertandingan PSS Cemerlang di peringkat kebangsaan tahun 2002 - Pemasangan penghawa dingin di bilik Guru Besar, bilik Penolong Kanan dan

bilik Guru pada 04.06.2002 dengan kos RM8,500.00. Jendela-jendela di bilik-bilik tersebut termasuk bilik-bilik PSS telah dipasang dengan jendela “tinted glass” yang bernilai RM3,000.00 pada 31.05.2002

- Jabatan Pendidikan Bahagian Sarikei telah memberi peruntukan RM3,500.00 untuk menaiktaraf Taman Sains dan sebuah kolam pancutan. Di samping itu, blok Tahun 1 dan 2 telah dibuat pendawaian semula dengan peruntukan RM4,156.60 dari Jabatan Pendidikan Bahagian Sarikei

- Sekolah ini menempa sejarah dengan memperkenalkan „Smart School Library Dan Management‟ yang dibekalkan oleh Edutech Computer Sdn. Bhd. Ia telah mula beroperasi dengan sepenuh-penuhnya mulai 05.06.2002. Semua murid dan staf yang ingin meminjam dan memulangkan buku-buku perpustakaan dijalankan dengan sistem berkomputer

- Pusat Sumber Sekolah mengubah wajah dalam bentuk prasarana pada cuti akhir tahun 2002. Lantainya diturap dengan jubin. Bilik dipasang dengan 2

unit hawa pendingin. Rak perpustakaan diganti dengan kemudahan yang termoden. Sudut-sudut PAK ( pembelajaran akses kendiri ) dan sudut- sudut bacaan ditingkatkan. Hiasan dalaman diperbaharui untuk

melahirkan suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran khususnya dan aktiviti membaca amnya

2003 - Sekolah telah dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Bahagian Sarikei untuk Anugerah Sekolah Harapan (kategori luar bandar), peringkat Negeri Sarawak 2003. Sekolah telah berjaya mendapat anugerah tersebut. Anugerah tesebut telah diterima pada sambutan Hari Guru, peringkat negeri yang diadakan pada 24.05.2003 di Dewan Suarah Sibu. Ia dilakukan oleh YB Datuk Seri Haji Adenan Satem

(4)

2004 - Sekolah dicalonkan untuk Anugerah Sekolah Harapan Negara, peringkat kebangsaan

- Sekolah dicalonkan untuk pertandingan 3K, ( kebersihan dan kesihatan ) peringkat kebangsaan pada tahun 2004. Penyampaian anugerah 3K ( kebersihan dan kesihatan ), peringkat kebangsaan telah dilangsungkan di SMK St. Thomas pada 30.09.2004. Sekolah ini memenangi sagu hati dalam anugerah tersebut. Sekolah ini telah berjaya merangkul pingat Emas bagi Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), peringkat negeri Sarawak pada tahun 2003. Penganugerahan telah diadakan di Limbang

2005 - Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah dinaiktaraf dengan membuat siling gantung dan dipasang dengan lampu „down-light‟ pada bulan Ogos 2005. Laluan masuk ke depan sekolah telah diturap semula pada bulan Disember 2005. Kos pembaikan yang bernilai RM5,500.00 telah dibiayai oleh Encik William Liang

2006 - Pihak sekolah telah berusaha untuk membekalkan setiap orang guru dengan sebuah komputer menjelang sesi persekolahan 2006. Kelas

komputer baru berjaya dijalankan dengan prasarana yang terkini mulai sesi persekolahan 2006. Perjanjian di antara Syarikat Dynabook Computer

Sdn. Bhd. dengan Lembaga Pengurus Sekolah telah dimeteri selama 4 tahun

- Satu blok bangunan 2 tingkat yang terdiri daripada 4 buah bilik. Pembinaan blok tersebut telah siap digunakan pada bulan Februari 2006. Kini bangunan ini menampung 3 buah bilik darjah, iaitu Tahun 3 Hijau, Tahun 3 Biru, Tahun 3 Kuning dan Bilik BOSS (SPBT) yang berhawa dingin. Bangunan ini menelan belanja RM121,864.00

2007 - Bilik BOSS Kwang Chien telah memenangi Johan di peringkat negeri Sarawak pada tahun 2007 dan layak ke pertandingan BOSS di peringkat kebangsaan. Pada 2008, sekolah ini sekali lagi mewakili negeri Sarawak dalam pertandingan bilik BOSS di peringkat kebangsaan

- Sekolah dihakimi oleh 3 orang penilai dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Anugerah Sekolah Cemerlang, peringkat kebangsaan. Sekolah menerima berita baik bahawa sekolah telah memenangi anugerah tersebut. Majlis Anugerah Sekolah Cemerlang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 23.11.2007. Ia disempurnakan oleh YB Dato‟ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Rombongan ke majlis anugerah terdiri daripada Encik Wong Hing, Guru Besar, Puan Ho Suok Ting, Puan Lam Mei Lai, Puan Wong Leh Yeng, Puan Suhana bte. Abdul Rahman (PT) dan adik Teng How Ann (Ketua Murid) Di bawah Anugerah Sekolah Cemerlang, sekolah ini telah diberi

peruntukan khas seperti yang berikut :

(a) Lawatan Guru Besar : RM20,000.00 (b) Lawatan Guru : RM18,000.00 (c) Lawatan Murid : RM100,000.00 (d) Bekalan : RM46,500.00 (e) Harta Modal : RM38,800.00

(5)

(f) Penyelenggaraan bangunan: RM108,500.00 (g) Imbuhan setiap staf : RM500.00

- Pada 28 November hingga 5 Disember 2007, Encik Wong Hing telah mengikuti rombongan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melakukan lawatan kerja ke New Zealand sebagai imbuhan Anugerah Sekolah Cemerlang. Pada 17.12.2007 hingga 21.12.2007, sekolah ini mencatat sejarah membawa 40 orang murid di bawah 6 orang staf (termasuk 2 orang AKS) melancong ke Semenanjung Malaysia

- Penyelenggaraan bangunan di bawah peruntukan Anugerah Sekolah Cemerlang telah berjalan dengan lancar. Projek-projek yang terlibat ialah menaiktaraf dengan mensimen permukaan gelanggang bola keranjang dan sekitarnya, menukar pintu besi masuk (depan dan belakang) ke pintu keluli, menukar tempat letak kereta staf (depan), menaiktaraf tandas guru dan murid dengan menjubin lantai dan dinding, menukar mangkuk kencing yang dipasang pada dinding tandas lelaki serta membuat siling dan dipasang dengan „down-light‟

2008 - Pada 24 hingga 27 Mei 2008, satu rombongan terdiri daripada 3 orang guru dan 17 orang murid telah melancong ke Semenanjung Malaysia selama 4 hari di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan dengan baki peruntukan lawatan murid dalam negeri di bawah Anugerah Sekolah Cemerlang

- Pada 3 November 2008, sekolah telah diwakili oleh Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Puan Lam Mei Lai, Guru SPBT, Puan Ngu See Hoon, dan 4 orang murid dari Kelab SPBT untuk menghadiri Majlis Anugerah Pengurusan BOSS Cemerlang, peringkat kebangsaan di Selangor. Sekolah ini telah memenangi tempat ke-3

- Pada penghujung tahun 2008, sekolah telah mewujudkan Pusat Akses dengan kewangan sekolah

2009 - Pada 28.02.2009, sekolah telah memenangi Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) Sarawak bagi sesi 2007/2008 dalam kategori Pengurusan Alam Sekitar yang terbaik. Hadiah yang diterima termasuklah trofi, sijil dan wang tunai RM1,000.00. Pada tahun 2009, sekolah ini telah dicalonkan dan berjaya memenangi Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang, peringkat negeri

2010 - Pada bulan Februari 2010, sekolah telah memenangi Anugerah Sekolah Bestari Luar Bandar, peringkat kebangsaan

- Pada pertengahan tahun 2010, Lembaga Pengurusan Sekolah di bawah pimpinan Encik Tan Pok Onn dan ahli-ahlinya telah sebulat suara bersetuju untuk membina pintu gerbang yang menelan belanja RM18,000.00. Pada penghujung tahun 2010, sekolah telah dinobatkan sebagai Sekolah Bestari 5 Bintang

2011 - Sekolah diberi peruntukan khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak 2 kali berjumlah RM121,000.00 untuk pembangunan fizikal sekolah. Pada penghujung tahun 2011, tingkap kelas yang berbentuk

(6)

„louvres‟ telah ditukarkan ke „sliding window‟. Sekolah telah dinobatkan Anugerah Sekolah Rendah Cemerlang 3K, peringkat negeri Sarawak pada tahun 2011

2012 - Sekolah memenangi Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang, peringkat negeri dan seterusnya mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan

- Sekolah Johan bagi Anugerah BOSS (Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah), peringkat negeri Sarawak

- Cuti akhir tahun 2012, semua bangunan dalam dan luar telah dicat semula yang menelan belanja RM42,661.80

- Lembaga Pengurusan Sekolah merancang membina pagar sekolah yang bersimen ( bahagian depan sekolah ) dan koridor berbumbung sebagai tempat berteduh bagi ibu bapa murid menunggu untuk menjemput anak-anak mereka. Projek tersebut menelan belanja RM30,742.00.

2013 - Menerima bantuan peruntukan sebanyak RM100,000.00 daripada YB Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pendidikan

- Sekolah ini juga memenangi Johan bagi Pertandingan PIBG, peringkat daerah Sarikei.

2014 - Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah, peringkat negeri - Naib Johan

- Dengan kerjasama PIBG, semua bilik darjah telah dilengkapi dengan projektor dan visualiser

- Lembaga Pengurusan Sekolah telah memasang 2 buah penghawa dingin di dalam bilik darjah Tahun 6 Hijau, 6 Biru dan 6 Kuning

- Pertandingan Lorong/Laluan PPDa, peringkat negeri – Tempat ke-3

- Anugerah DST (Digital Story Telling) Animation, peringkat negeri - Johan - Menerima peruntukan RM100,000.00 daripada Kementerian Pendidikan

Malaysia untuk projek penambahbaikan tandas dan bilik darjah. - Tandas murid lelaki dan perempuan dinaik taraf

- Tempat membasuh tangan dibina di luar tandas murid

- Sekitar kawasan tandas murid dan kantin sekolah diletakkan jubin

- Bilik stor diubahsuai untuk menjadi bilik Pendidikan Islam dan Bilik Kualiti

2015 - Bekas pelajar menaja kerusi plastik murid sebanyak 150 buah (RM28 sebuah)

- Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah, peringkat negeri – Johan - Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah, peringkat kebangsaan dan

memperoleh Naib Johan. Hadiah yang diterima termasuk Wang tunai RM2,500.00, Sijil Pengiktirafan, Trofi dan satu set buku

- Menyertai Pertandingan Anugerah PPDa, peringkat negeri dan mendapat Naib Johan

- Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo, peringkat kebangsaan – Naib Johan - World Taekwondo Hanmadang di Korea – Lee Hock Xiang (Johan) dan Lee

Xue Wei (Naib Johan) - 5 Bintang SSQS

- Pertandingan Projek Inovasi Kelab & Persatuan Sekolah Rendah, peringkat negeri – Naib Johan

(7)

- Pertandingan Projek Inovasi Kelab & Persatuan Sekolah Rendah, peringkat negeri (Kategori Pembentangan Terbaik Ke-4)

- Kejohanan Bola Tampar PB12 MSSM : Kong Ying Ying (Naib Johan) - Kejohanan Bola Tampar LB12 MSSM : Yeen Kim Ming (Ke-5)

- National Space Challenge, Prime Minister‟s Trophy, peringkat kebangsaan : Penyertaan

- Kejohanan Wushu sekolah rendah mengikut umur, peringkat zon tengah : Naib Johan

- Pertandingan Bola Tampar LB12, Daerah Sarikei : Johan - Pertandingan Bola Tampar PB12, Daerah Sarikei : Johan - Pertandingan Kangaroo Matematik, peringkat kebangsaan :

Hadiah Grand Prix – 1 murid

Pingat Emas – 10 murid

Pingat Perak – 6 murid

Pingat Gangsa – 2 murid

Hadiah Honourable Mention – 11

- Pertandingan Robotik, peringkat negeri : Tempat ke-7 - Pertandingan Saintis Muda, peringkat bahagian : Ke-3

- Pertandingan Landskap dan Hiasan Lampu anjuran Majlis Daerah Sarikei bersempena Pesta Sarikei, 2015 : Ke-3

- Pembinaan pagar bersimen di bahagian belakang sekolah - Penwujudan Pusat Sumber RIMUP

2016 - Pelantikan AJK Lembaga Pengurusan Sekolah baharu bagi sesi 2015-2017 yang diketuai oleh Kapitan Lau Hieng Ping

- Menerima peruntukan sebanyak RM60,000.00 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

- Kerja menjubin 5 buah kelas dan varendah di Tingkat 1 dan 2 serta anak tangga di blok pentadbiran

- Exco baharu PIBG, 2016 diketuai oleh Puan Lau Ling Nga

- Bilik mesyuarat dinaik taraf dengan memasang „white board‟ dan ICT yang canggih

- Pembantu Tadbir, Puan Moinca Wong Yieng Ping yang berkhidmat selama 20 tahun bersara pilihan umur 56 tahun pada 16.06.2016

- Pembantu Tadbir baharu, Puan Dayang Arpah Binti Awang Abdullah melaporkan diri pada 4 Juali 2016

- Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah (Luar Bandar) – Tempat Ketiga

- Penerima bagi Pencapaian Tahap Bestari, Kategori Sekolah Rendah, sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah, peringkat kebangsaan : Johan (Menerima tropi, sijil penghargaan, 3 buah LCD (sumbangan RM5,000 daripada Yayasan Pencinta), sumbangan RM10,000 daripada MDEC [ Digital Making Kit ]

2017 - Menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM30,000.00 daripada

keluarga mendiang Encik Tan Pok Onn, bekas Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah untuk mewujudkan Galeri Sejarah Sekolah

(8)

- Menerima peruntukan daripada KPM sebanyak RM70,000.00 untuk projek penyelenggaraan bangunan sekolah. Projek-projek yang dijalankan termasuklah

 Menaiktaraf pentas sekolah ( di stadium tertutup ) dengan menampal jubin yang bernilai RM6,500.00

 Kerja menampal jubin bagi bilik darjah Tahun 2 Hijau, 2 Biru, 3 Hijau, 3 Biru, 4 Hijau, 4 Biru, 4 Kuning, 5 Hijau dan Bilik TMK serta tangga dan varendah ( bagi blok Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 ).

- Menerima peruntukan ( RTP ) daripada YB Dato‟ Sri Huang Tiong Sii, Ahli Dewan Undangan Negeri, N.45, Repok Sarikei sebanyak RM67,713.00 untuk projek penyelenggaraan bangunan sekolah. Projek-projek yang dijalanlan termasuklah

Menampal jubin bagi bilik darjah Tahun 1 Hijau, 1 Biru dan 2 Kuning serta lobi dan varendah, menukar kesemua 24 buah pintu kayu (Tahun 1 Hijau, 1 Biru, 2 Hijau, 2 Biru, 2 Kuning dan Bilik TMK ) dan menukar siling di luar varendah Tahun 2

- Pemenang bagi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum peringkat negeri : Johan

- Pemenang bagi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum peringkat kebangsaan : Johan

- Peruntukan untuk SJK(C) Berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) oleh KPM pada bulan Disember, 2017 : RM50,000.00

(9)

SENARAI NAMA GURU BESAR DAN TEMPOH PERKHIDMATAN

Bil.

Nama Guru Besar

Tempoh Perkhidmatan

1.

Encik Tiong Lok Ting

1926 - 1929

2.

Encik Hii Chung Ting

1930

3.

Encik Lee Siew Tieng

1931 - 1933

4.

Encik Boo Yew Wu

1936

5.

Encik Yeo Wei Rang

1937

6.

Encik Ting King Sing

1938 - 1942

7.

Encik Yeu King Sui

1946

8.

Encik Yeu King Min

1947

9.

Encik Ting King Sing

1948 - 1952

10.

Encik Tiong Chung Chin

1953

11.

Encik Yii Chu Leong

(Memangku)

1953 - 1956

12.

Encik Tiong Chung Chin

1956

13.

Encik Wong Siew Tuang

1957 - 1979

14.

Encik Lau Kung Thai

(Memangku)

1979 - 1980

15.

Encik Yii Ming Kai

1980 - 1996

16.

Puan Wong Mee Lang

(Memangku)

1997

17. Encik Wong Hing

24.12.1997 –

Referensi

Dokumen terkait

(perbuatan atau kejadian yang sedang terjadi dan terus berulang-ulang) Bentuk dari aspek ini menggunakan morfem rangkap yaitu bentuk ている. pada contoh di atas menyatakan

Ibnul Qoyyim berkata, “Termasuk perkara yang mengagumkan jika seseorang menjaga dirinya dari makanan yang diharamkan, atau berbuat zalim, berzina, mencuri, meminum

Sapari, (Kompas, 20 April 2001) melakukan pengamatan implementasi kebijakan MBS di Kecamatan Puri Kabupaten Mojokerto dan menyimpulkan bahwa pada umumnya sekolah telah

mencoba mengkaji beberapa hal, yakni : (1) analisis dengan metode parametrik (baik deterministik maupun stokastik) apakah menghasilkan nilai TE yang berbeda dengan metode

Menurut Dawam Rahardjo penafsiran dari sudut ilmu manajemen akan merefleksikan pengertian bahwa yang disebut "khalifah" itu tidak lain adalah seorang manajer sumber-sumber

Gambaran hasil penelitian pengetahuan suami tentang alat kontrasepsi kondom diwilayah kerja Puskesmas Karassing 2018, sebagian besar pengetahuan responden dalam

o Analisis dan Identifikasi Kebutuhan Tahapan ini sebagai tahapan awal untuk melakukan identifikasi kebutuhan sistem keuangan berbasis aplikasi perangkat lunak, sehingga

TAPM yang berjudul Pengaruh Penempatan Kerja dan Kompetensi Terhadap Kinerja Aparatur Sipil Negara melalui Motivasi di Badan Pengelola Keuangan dan Aset Daerah Kabupaten Tana