• Tidak ada hasil yang ditemukan

Maklumat Obesiti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Maklumat Obesiti"

Copied!
55
0
0

Teks penuh

(1)

Maklumat Obesiti

Budaya pemakanan punca obesiti

2011/04/28 - 06:57:14 AMCetakEmel Kawan

JANGANLAH nasi lemak dipersalahkan gara-gara semakin ramai pelajar sekolah mengalami obesiti. Saya bersetuju dengan majoriti masyarakat yang berpendapat nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti dalam kalangan murid sekolah. Sebenarnya yang salah dan penyumbang utama kepada menularnya gejala obesiti dalam kalangan murid sekolah ialah budaya pemakanan masyarakat Malaysia terutama budaya makan malam seperti makan lewat malam di restoran 24 jam dan restoran makanan segera.

Mengikut beberapa jurnal pemakanan terkemuka, jumlah kalori yang dihasilkan oleh nasi lemak hanyalah 400, jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan murtabak (722 kalori), mee/bihun goreng (510 kalori), kuey teow goreng (743 kalori), nasi goreng biasa (637 kalori), nasi campur (620 kalori), nasi claypot (898 kalori) dan banyak lagi.

Nasi lemak bagaimanapun boleh dikurangkan lagi kalorinya jika penggunaan santan dikurangkan atau ditukar kepada susu.

Idea menyaring nasi lemak di sekolah adalah sesuatu yang aneh kerana dalam pada kita asyik berkempen bagi mempopularkan nasi lemak kepada pelancong dan

masyarakat di luar negara sebagai satu tarikan yang istimewa di negara ini, mengapa pula Kementerian Pelajaran hendak membunuh kredibiliti nasi lemak.

Sebenarnya banyak faktor lain yang turut menumbang kepada obesiti dalam kalangan murid sekolah seperti permainan dalam talian, laman sembang sosial, sikap ibu bapa, saluran televisyen berbayar, restoran makanan segera.

NORHISYAM MOHAMAD, Kota Sarang Semut, Alor Setar. 'Banyak kerja perlu dibuat atasi masalah obesiti pelajar' 2011/04/24 - 03:34:38 AMCetakEmel Kawan

Kurikulum sekolah pentingkan akademik, abai kesihatan

(2)

bahasa ilmiahnya, obesiti. Jari menuding ke banyak arah; kantin, nasi lemak dan makanan ringan antara yang dipersalah. Tidak terkecuali peniaga kecil di luar sekolah. Rentetannya, pelbagai pendapat dan cadangan diluah supaya kegemukan murid tidak berterusan jadi masalah. Wartawan Berita Minggu, ROHANIZA IDRIS dan HAZIRAH CHE SAB menemu bual Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), Prof Dr Ismail Mohd Noor yang juga profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad

Ali Hassan untuk berkongsi pandangan mereka. Ismail Mohd Noor

SESUAI dengan nama persatuan ini, apakah MASO pernah membuat kajian mengenai masalah obesiti murid?

MASO secara umumnya tidak terbabit secara langsung dalam penyelidikan, tetapi ahli kami yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerap menyumbang data kajian mereka kepada MASO. Contohnya, kajian UKM dan Nestle yang saya buat menunjukkan trend obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun meningkat di antara 2001/2002 hingga 2007/2008. Mengikut kajian itu, pada 2001/2002, sebanyak 11 peratus murid sekolah rendah mengalami masalah berat berlebihan, manakala 9.7 peratus dikategorikan obesiti. Keseluruhan kajian mendapati 20.7 peratus atau seorang daripada lima murid mengalami berlebihan berat badan. Kajian pada 2007/2008 (di kawasan sama selepas enam hingga tujuh tahun)

menunjukkan masalah berat badan berlebihan meningkat kepada 12.8 peratus dan obesiti meningkat 13.7 peratus atau kepada 26.5 peratus atau seorang daripada empat murid mengalami masalah berlebihan berat badan. Kajian antarabangsa pada

2001/2002 menunjukkan berat badan berlebihan di kalangan murid di Malaysia adalah 16 peratus termasuk dalam kategori tinggi berbanding kebanyakan negara di rantau Pasifik.

Apakah punca obesiti dan jika dipecahkan mengikut bangsa, siapakah paling ramai mengalami masalah ini?

Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik. Secara umum ia membabitkan pengambilan makanan berlebihan dan aktiviti fizikal yang rendah atau kurang. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan tenaga (kalori). Ia dapat dilihat melalui pilihan dan jumlah makanan yang diambil.

Malaysia mewah dengan makanan dan banyak pilihan termasuk makanan segera, makanan ringan dengan harga murah tetapi mengandungi kalori, lemak dan gula

(3)

tinggi selain pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Pilihan dan jumlah aktiviti fizikal kanak-kanak turut mempengaruhi, tempat riadah tidak cukup malah kebanyakan kanak-kanak kini bergerak guna kenderaan. Menonton televisyen atau komputer pula antara dua hingga empat jam, selain didedahkan pelbagai alat elektronik yang menjimatkan tenaga. Perbandingan data 2002 dan 2008 mengikut etnik

mendapati kanak-kanak India peningkatan paling tinggi obesiti tetapi secara

keseluruhan Cina dan Melayu lebih tinggi daripada India. Murid Melayu obes meningkat daripada 19.1 peratus pada 2002 kepada 26.1 peratus enam tahun kemudian,

peningkatan 7.1 peratus; Cina pula daripada 25.6 peratus kepada 27.6 peratus, manakala murid India daripada 16.9 peratus kepada 26.1 peratus. Jelas jumlah murid India obes meningkat lebih besar berbanding Melayu, manakala kadar obesiti murid Cina hanya dua peratus, membuktikan mereka melakukan sesuatu yang betul dalam aspek pemakanan. Tiada data perbandingan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak mengikut taraf kehidupan keluarga tetapi perbandingan kawasan bandar dan luar bandar dalam kajian sama mendapati wujud peningkatan. Di bandar, berat badan berlebihan bertambah daripada 22.4 peratus kepada 28.1 peratus, manakala di luar bandar meningkat daripada 17.6 peratus kepada 24.2 peratus. Kesimpulannya kedua-dua kawasan menunjukkan peningkatan, namun kadar peningkatan di luar bandar lebih tinggi.

Boleh dikatakan masalah ini disebabkan gaya pemakanan sejak kecil, sikap ibu bapa yang ikut kemahuan anak, pengaruh iklan atau mudahnya makanan ringan diperoleh? Bergantung kepada keadaan, banyak faktor peningkatan kadar obesiti kanak-kanak di negara ini. Ibu bapa dan penjaga perlu bertanggungjawab kepada pengambilan

makanan anak kerana ia berkait rapat dengan tahap kesihatan dan pembesaran mereka. Namun perubahan persekitaran sosial termasuk faktor kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak memantau pemakanan anak menyebabkan masalah kesihatan dan berat berlebihan. Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa saja kerana ini tidak

menyelesaikan masalah. Kita juga harus melihat perspektif lebih luas termasuk industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sasaran pemasaran dengan menampilkan iklan serta label makanan yang menarik golongan itu. Pengaruh iklan kepada kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara mengharamkan kempen atau

pengiklanan pemasaran makanan untuk mereka. Di Malaysia pula, kadar pertumbuhan dan pembukaan cawangan baru restoran makanan segera tumbuh seperti cendawan lepas hujan dan harga makanan terendah di dunia. Lebih hebat kini ada pula sistem pesanan dan penghantaran makanan terus ke pintu rumah. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian sejak mereka dalam kandungan lagi. Kajian mendapati pertambahan berat badan sebelum dan ketika ibu mengandung dua faktor penting menentukan obesiti kanak-kanak begitu juga berat badan bayi ketika dilahirkan. Kajian

(4)

antarabangsa juga mendapati kadar obesiti kanak-kanak yang diberi susu ibu kurang 22 peratus berbanding bayi diberi susu formula. Ada juga kajian di negara membangun mendapati masalah obesiti membabitkan bayi bawah satu tahun, namun tidak dapat dipastikan sama ada ada kajian itu turut membabitkan Malaysia.

Kajian terhadap kanak-kanak lima hingga enam tahun yang dipilih secara rawak dari 72 tadika persendirian di Lembah Klang mendapati purata masalah berat badan berlebihan kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah 9.7 peratus dan 9.2 peratus. Makanan

sebenarnya sangat penting untuk proses pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Jadi, kita perlu lihat tingkah laku dan tanda menyebabkan mereka mengambil makanan berlebihan, kita juga perlu melihat saiz hidangan, minat mereka terhadap makanan berlemak dan minuman manis, makanan ringan dan tabiat makan sambil menonton televisyen. Corak aktiviti seharian kanak-kanak juga perlu dilihat. Peringkat prasekolah atau tadika adalah tahun penting mencegah obesiti kerana ia tempoh pembangunan jaringan lemak yang biasanya dari usia tiga hingga tujuh tahun. Jika peningkatan indeks jisim badan (BMI) bermula sebelum usia empat hingga enam tahun, kajian

menunjukkan mereka berisiko tinggi obes apabila dewasa. Kajian juga menunjukkan tabiat menonton televisyen di kalangan kanak-kanak berisiko menyebabkan

peningkatan berat badan, namun bergantung kepada faktor sosiodemografi kanak-kanak itu.

Apakah perlu program atau subjek khusus di sekolah bagi mengatasi masalah ini? Kurikulum sekolah hanya menitikberatkan pencapaian akademik, tidak peka keadaan kesihatan kanak-kanak. Kurikulum aspek pemakanan perlu dimulakan pada peringkat prasekolah atau tadika lagi untuk membimbing mereka mengenai jenis makanan yang sesuai bagi setiap peringkat umur. Penentuan BMI untuk murid baru diperkenalkan di negara kita, sedangkan di Amerika Syarikat (AS) mula pada umur dua tahun lagi. Panduan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah memasukkan kegiatan fizikal dalam aktiviti harian mengikut umur. Tiada masa tidak harus jadi alasan. Berjalan atau berbasikal ke sekolah, menjalankan aktiviti fizikal pada waktu rehat di sekolah, naik tangga daripada naik eskalator atau lif, menyertai aktiviti sukan adalah panduan sesuai untuk kanak-kanak. Sekolah juga perlu mengadakan program untuk semua dan

tekanan perlu diberi kepada keseronokan daripada persaingan atau kemenangan. Kerajaan sudah melarang jualan makanan ringan dan minuman bergas, manakala nasi lemak dihadkan di sekolah. Adakah ia dapat mencegah obesiti murid?

Masalah kualiti makanan di kantin sekolah sudah dititikberatkan dan perlu sokongan semua pihak termasuk ibu bapa. Obesiti disebabkan pelbagai punca, sukar hendak

(5)

menuding jari kepada satu-satu jenis makanan. Kita mesti ada pilihan sesuai dan kanak-kanak perlu dididik memilih makanan berkhasiat. Cara sesuai ialah membuat label makanan mengikut kandungan nutrien atau khasiatnya. Seperti lampu isyarat juga iaitu merah – perlu dihindarkan, jingga – kurangkan dan hijau – disarankan. Bagi

larangan jualan minuman bergas dan bergula seperti sirap, ia langkah baik namun sekolah mesti ada mesin air sebagai alternatif. Pada pendapat saya, langkah diambil sekarang adalah permulaan baik tetapi realitinya masih banyak perlu dibuat jika kerajaan mahu menangani masalah ini.

Mohamad Ali Hassan

SEBAGAI persatuan mewakili ibu bapa dan guru, apakah cara yang paling bernas pada pandangan Datuk untuk mengatasi obesiti murid sekolah ini?

Satu pendekatan menyeluruh perlu diambil, tidak boleh hanya bertumpu kepada satu pihak kerana ia memerlukan semua pihak mengambil tindakan seiring. Dalam hal ini, perlu juga kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan serta

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama sekolah, ibu bapa, pengetua atau guru besar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Golongan ini perlu menyambut baik usaha menangani masalah kesihatan terutama obesiti pelajar. Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan ialah pelaksanaan peraturan dan undang-undang. Tidak cukup mengeluarkan panduan yang perlu diikuti pengusaha kantin, tetapi pelaksanaannya tidak dijalankan. Kita dapat melihat

keberkesanan peraturan itu apabila pelaksanaannya diambil berat oleh pihak

bertanggungjawab yang mengawasi dan memantau keadaan supaya ia tidak hanya tinggal panduan.

Kerajaan perlu tegas dengan pengusaha kantin dan senarai hitam mereka yang tidak mematuhi panduan makanan menyihatkan. Pastikan juga pengusaha kantin beroperasi di satu sekolah kerana aduan diterima menunjukkan ada pengusaha beroperasi di dua atau tiga sekolah menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan makanan sihat kerana operasi yang besar. Bagi saya nasi lemak bukan isunya, tetapi jumlah dan kualiti nasi lemak itu sendiri. Jika diambil sedikit dan diseimbangkan dengan pengambilan sayur dan protein, ia tidak mengapa.

Mungkin Datuk mempunyai pendapat lain bagi memastikan apa juga yang mahu dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini mencapai tujuannya?

Satu lagi perkara yang perlu diperhalusi dan difikirkan sedalam-dalamnya ialah merekodkan BMI (Indeks Jisim Tubuh) murid. Satu perbincangan meja bulat perlu

(6)

diadakan untuk tujuan ini. Perkara pertama harus dilihat adakah guru bersedia dengan tugas itu sedangkan ia membebankan tugas sedia ada. Kerajaan juga perlu mengambil kira sama ada guru, pelajar, ibu bapa serta penjaga faham dengan konsep BMI kerana jika tidak, ia tiada maknanya. Perlu juga melihat keperluan tindakan susulan jika rekod BMI pelajar menunjukkan peningkatan dan apakah tindakan susulan kepada masalah ini. Paling saya bimbang unsur ini disalah guna dan memberi kesan kepada pelajar apabila mereka memasuki bidang pekerjaan. Jika rekod menunjukkan peningkatan BMI secara konsisten, industri selalunya keberatan mengambil golongan itu bekerja kerana masalah kesihatan yang dikaitkan dengan obesiti.

Untuk menjayakan program ini, pastikan pengusaha kantin memahami konsep menjual makanan dan minuman menyihatkan serta yang lebih penting, halal untuk pelajar Islam. Tinjauan mengejutkan wajar kerap dibuat di kantin, luar sekolah dan terhadap bas atau van yang menjual makanan ringan kepada pelajar. Tindakan seperti menggantung lesen boleh diambil terhadap yang ingkar. Saya pasti matlamat menyediakan makanan menyihatkan kepada pelajar boleh dicapai jika kementerian membuat penilaian dan mengkategorikan makanan dijual dengan tiga, dua atau satu bintang.

Ibu bapa dan guru perlu kerap datang dan merasa makanan yang dijual kepada pelajar, beri teguran membina kepada pengusaha kantin untuk lebih bertanggungjawab dalam penyediaan makanan. Saya rasa enam bulan sekali lakukan tinjauan mengejut ke kantin adalah memadai. Kerajaan boleh meniru sekolah swasta yang bekerjasama dengan pakar pemakanan menyediakan menu harian.

Apakah lagi peranan yang boleh dimainkan ibu bapa dan PIBG dalam menangani isu ini?

Ingin saya tegaskan ibu bapa tidak boleh lepas tangan dalam isu ini. Mereka perlu memastikan khasiat pemakanan anak. Ibu bapa wajar bertanyakan anak apakah yang dimakan di kantin. Pengambilan makanan seimbang disertai senaman membantu

kecerdasan otak. Jadi pantau pemakanan anak dan galakkan mereka sertai pergerakan fizikal. Saya juga syorkan ibu bapa mendidik anak mengambil makanan mengikut

piramid makanan. PIBG boleh melanggan majalah kesihatan mengenai pemakanan sihat dan letakkannya di sekolah. PIBG juga perlu memasukkan aspek keselamatan makanan dan kesihatan fizikal sebagai agenda mesyuarat yang dibentangkan setiap kali mesyuarat serta memikirkan tindakan bersesuaian dengan semua masalah berbangkit mengenai isu pemakanan pelajar.

Jika perlu wujudkan jawatankuasa tetap dan bekerjasama dengan wakil tiga kementerian tadi untuk pantau dan buat pemeriksaan mengejut dari semasa ke

(7)

semasa. Menjadi tanggungjawab PIBG untuk membawa chef terkenal berceramah di sekolah bagi mempromosi dan menghebahkan kepentingan makanan seimbang khususnya makanan tempatan. Kita perlu ada kesedaran buah-buahan tempatan lebih baik berbanding import. Boleh juga jemput pakar pemakanan membincangkan cara terbaik menyediakan makanan.

Bagaimana dengan PIBGN, apakah sudah ada langkah diambil berhubung isu sama? PIBGN sudah membuat panduan mengenai program pemakanan sihat dan akan

mengadakan siri jelajah dengan kerjasama hak kementerian untuk mempromosikannya. Kita khuatir jika langkah segera tidak diambil, generasi akan datang berdepan fobia empat G iaitu Gemuk, Gedempol, Gendut dan Gondol yang berpunca daripada makanan. Soal sudah terlambat untuk kerajaan bertindak dalam isu ini tidak timbul kerana apa yang lebih penting apabila timbul kesedaran, teruskan program. Dalam sibuk berbicara mengenai obesiti, mungkin ada masalah lain berkaitan pemakanan di kalangan pelajar yang perlu juga diberi perhatian?

Isu penting lain yang turut menuntut perhatian ialah kecenderungan pelajar perempuan di sekolah menengah tidak mengambil makanan. Program diet tidak seimbang untuk menguruskan badan menyebabkan masalah anoreksia menular. Ia juga keadaan yang membahayakan kesihatan. Saya sarankan ibu bapa duduk makan dengan anak

perempuan dan pastikan mereka makan kerana ada kalanya mereka sekadar bermain dengan makanan. Kita bukan saja hendak pastikan obesiti dapat diatasi tetapi juga anoreksia kerana kedua-duanya tidak menyihatkan generasi muda kita.

Pemakanan sihat elak obesiti

BAGI mengurangkan masalan obesiti di kalangan pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia akan memulakan usaha mengambil data berat badan unggul setiap pelajar sebanyak dua kali setahun berbanding sekali sebelumnya.

Tujuan utama data ini diambil sebanyak dua kali ialah untuk melihat sejauh manakah program budaya pemakanan sihat dapat memberikan kesan.

Bagi memberikan kesedaran dalam kalangan pelajar, seluruh kantin sekolah akan dipamerkan poster yang mengandungi tahap kalori sesuatu jenis makanan yang bakal diambil manakala para pengendalinya dilarang menjual makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (makanan luput tarikh dan semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin,

(8)

gambar, belon dan lain-lain), gula-gula dan coklat, makanan yang dijeruk, makanan ringan dan minuman beralkohol.

Jenis-jenis makanan yang tidak digalakkan dijual pula ialah mi segera, konfeksi ais dan ais krim, teh dan kopi, minuman berperisa kabornat, makanan berkrim atau bersalut gula dan makanan yang diproses (burger, nugget dan sosej).

Buku panduan tersebut turut menggariskan tanggungjawab pengendali kantin sekolah, Jawatankuasa Kantin Sekolah, pengetua atau guru besar dan proses perolehan

penyewaan serta pengurusan kantin.

Usaha menerbitkan buku panduan ini adalah menerusi kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam aspek ukuran tahap kebersihan, prosedur pengendalian kantin bagi mengelakkan sebarang masalah keracunan dan membantu mengatasi masalah obesiti dalam kalangan pelajar.

Berdasarkan satu kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia terdapat peningkatan yang ketara masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak

sekolah yang berumur enam hingga 12 tahun iaitu dari 9.7 peratus (2001) kepada 13.7 peratus (2007).

Meskipun peningkatan tersebut tidak membimbangkan, jika pembudayaan kaedah pemakanan sihat dan mengubah jenis-jenis pemakanan tidak dilaksanakan, tahap obesiti masyarakat Malaysia dijangka akan meningkat dengan cepat.

Faktor yang mendorong kepada peningkatan tahap obesiti ialah disebabkan kegemaran ibu bapa membawa anak-anak mereka keluar makan pada waktu malam dan kanak-kanak gemar mengambil jenis-jenis makanan ringan.

Faktor cara makan juga boleh menyumbang kepada masalah obesity bila mana makanan tersebut tidak dikunyah dengan sempurna sebelum ditelan oleh seseorang. Masyarakat juga dilihat semakin kurang melakukan aktiviti fizikal dan lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan menonton televisyen, gajet elektronik dan permainan video, melayari Internet serta tidur selepas kekenyangan.

Artikel

Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0130&sec=Pendidikan& pg=pe_03.htm#ixzz2voL2qofy

(9)

BINCANGKAN TENTANG MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA. HURAIAN ANDA HENDAKLAH DIKAITKAN DENGAN MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN MENURUT EWISE DAN SIMNETT (1986).

TUGASAN KURSUS QGU 3013

KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN.

BINCANGKAN TENTANG MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA. HURAIAN ANDA HENDAKLAH DIKAITKAN DENGAN MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN MENURUT EWISE DAN SIMNETT (1986).

ISI KANDUNGAN. CATATAN

1. PENDAHULUAN DAN DEFINISI, MATLAMAT DAN OBJKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN.

2. DEFINISI OBESITI DAN PANDANGAN MENURUT

EWELES DAN SIMNETT (1986).

3. FAKTA, KAJIAN DAN ANALISA BERKAITAN OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA.

(10)

DI MALAYSIA.

5. KESAN-KESAN OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA.

6.0 CARA MENANGANI MASALAH OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA.

7. RUMUSAN.

8. RUJUKAN.

(11)

1.1 Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:- i. Kesihatan Diri dan Keluarga

ii. Gaya Hidup Sihat

iii. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

1.2 Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat

mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

1.3 Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

1.4 Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak upaya. Definisi ini melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan, iaitu aspek negatif (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau lemah ), dan aspek positif (kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial).

1.5 Perkataan “kesihatan” dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lama untuk perkataan heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepada kesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara keseluruhan termasuklah integriti, sihat atau kesejahteraan.

1.6 Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain. Kesihatan holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi tersebut. Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial, rohaniah dan seksual.

1.7 Matlamat Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan

(12)

gaya hidup sihat. ( wikipedia.org). Objektif pendidikan kesihatan dirancang dan digubal agar murid-murid boleh mencapai perkara-perkara seperti berikut :

a. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.

b. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan.

c. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

d. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.

e. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan. ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

1.8 .Objektifnya pula adalah untuk :

a. Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid. b. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat. c. Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan. d. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.

1.9 Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan

kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

1.10 Similarly, Ewles dan Simnett (1999) menyenaraikan lima pendekatan yang berkaiatan iaitu

a. Pendekatan medis (preventif). Pendekatan ini dikonsepkan pada keberadaan penyakit. Hal ini digunakan untuk mencegah penyakit dan kematian imunisasi.

(13)

b. Pendekatan Perilaku. Pendekatan ini bertujuan untuk mendorong masyarakat agar mengamalkan perilaku sihat yang mendorong masyarakat bebas membuat pilihan tentang perubahan perilaku yang berkaitan penambahbaikan tahap kesihatan.

c. Pendekatan edukasis. Pendekatan ini mengutamakan proses belajar melalui dialog dan diskusi dengan mengintegrasikan kehidupan dengan model pendidikan.

d. Pendekatan perubahan sosial merupakan suatu pendekatan ini harus menjamin bahwa sihat lebih mudah dicapai dan memberikaan perhatian bahawa kesihatan adalah untuk semua.

e. Pendekatan berpusat pada klien pula merupakan pendekatan berdasarkan hubungan seimbang antara pemudahcara dengan individu klien yang lebih mendorong klien

membuat pilihan positif.

2.0 DEFINISI OBESITI DAN PANDANGAN MENURUT EWELES DAN SIMNETT (1986).

2.1 Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

2.2 Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang

digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).

Formula BMI ialah : Kurus Kurang 20.6 Normal 20.7 - 26.4 Gemuk 26.5 - 30.9 Obesiti 31.0 - 45.2 Bahaya Lebih 45.3

Jika kita ingin mengetahui berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, bolehlah menggunakan pengiraan BMI seperti berikut: Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

(14)

--- tinggi(m) x tinggi(m)

2.3 Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut meraka, dalam

melaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan berikut :

a. Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.

b. Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu atau masyarakat itu.

c. Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharapkan orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah nasibnya.

d. Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.

3.0 FAKTA, KAJIAN DAN ANALISA BERKAITAN OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA.

3.1 Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

3.2 Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak

berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

3.3 Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

3.4 Standard Pengiraan Obesiti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan

(15)

kanak-kanak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards. 3.5 PETALING JAYA 17 April – Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel

Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013, di sini hari ini. Tambahnya, langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lalu adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup lebih sihat.

4.0 PUNCA-PUNCA OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA. 4.1 Secara umumnya faktor- faktor yang menyebabkan obesity adalah

seperti keturunan dan faktor genetik, tiada senaman yang mencukupi, nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak, hormon, pengambilan ubat/ rawatan dan jangkitan virus.

4.2 Melalui kajian antara faktor obesity di kalangan pelajar di Malaysia adalah seumpama:

a. Makan makanan rendah/bebas lemak. Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya

kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus.

b. Tidur terlalu sedikit/banyak. Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2

setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

c. Minuman bergas. Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus.

(16)

Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

d. Mengelak waktu makan. Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

e. Makan terlalu cepat. Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari. 4.3 Minuman manis antara punca utama obisiti dikalangan pelajar di Malaysia. a. Baru-baru ini kecoh seketika akan pengharaman penjualan minuman bergas (berkarbonat) di sekolah-sekolah oleh Kerajaan Malaysia, meskipun pada hakikatnya minuman bergas sudah lama tidak dijual di kantin-kantin di kebanyakan sekolah.

b. Sekali lagi di sini, mengapa mesti minuman karbonat dipersalahkan, sedangkan penjualan „minuman-minuman manis‟ yang lain masih lagi dihalalkan? Apakah yang membezakan komposisi nutrien minuman bergas dan minuman-minuman yang lain seperti milo ais, sirap bandung, atau teh tarik?

c. Berbeza dengan teh tarik yang mungkin sebahagian kecil nilai kalorinya hadir berpunca daripada sumber lemak dan protein, minuman ringan hanya mengandungi gula ringkas semata-mata, dan kalori yang wujud dalam minuman ini juga datang daripada gula semata-mata. Kebiasaannya minuman ringan tidak mengandungi protein dan lemak. Perumpamaan untuk komposisi minuman ringan adalah seperti berikut: Air kosong + Gula + Perisa + Karbonat = Minuman ringan/bergas.

d. Lebih gula, lebihlah dahaganya. Ini kerana gula yang terkandung dalam minuman ringan adalah merupakan karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refined carbs). Pengambilan karbohidrat ringkas seperti ini akan menggalakkan pembebasan insulin dengar kadar yang banyak dan mendadak dari pankreas yang berfungsi untuk membawa gula ringkas tadi masuk ke dalam sel, lalu menukarkannya kepada glikogen di sana.

e. Ini sekaligus akan membuatkan paras gula dalam darah jatuh secara mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan masih memerlukan „sumber

(17)

makanannya‟ – ini mengakibatkan anda akan berasa lebih dahaga (tidak puas dengan apa yang diminum tadi). Akibatnya, sama ada anda akan menambah lagi minuman ringan ini, atau menghabiskan terus sebotol yang dibeli.

f. Oleh kerana gula merupakan karbohidrat yang sudah diproses, maka badan tidak akan mengambil masa yang lama untuk mencernakannya. Sifat gula yang mengandungi tinggi glycemix index (G.I) akan membuatkan ia cepat memasuki aliran darah dalam bentuk glukosa, dan dibawa ke serata sel dalam tubuh badan melalui darah dengan bantuan hormon yang kita kenali sebagai insulin.

g. Sel tidak memerlukan terlalu banyak glukosa untuk menjalankan fungsinya, lalu apakah yang akan berlaku jika ia menerima terlalu banyak glukosa? Glukosa yang berlebihan akan ditukarkan kepada glikogen dan disimpan sementara di dalam sel sehinggalah ia akan digunakan kelak. Namun, persoalan seterusnya akan timbul, apakah yang akan berlaku jika paras glikogen di dalam sel menjadi terlalu tinggi? Glikogen tersebut akan dibawa dan disimpan didalam hati, dan HANYA akan diguna pakai apabila badan berada pada fasa lapar, seperti puasa, dan bersukan berintensiti tinggi (kardio).

5.0 KESAN-KESAN OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA. 5.1 Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan, kegagalan system perkumuhan, kanser dan sebagainya.

5.2 Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai berpunca daripadaberat badan yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau prediabetes).

5.3 Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir, lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik. 5.4 Tambah beliau lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.

5.5 Masalah obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana disifatkan sebagai „virus‟ yang memberi tekanan emosi dan menimbulkan kegelisahan.

5.6 Apabila kegemukan dialami oleh seseorangpelajar , persepsi terhadap dirinya juga berubah, termasuk hilang daya tarikan, malah menjadi bahan cemuhan di

(18)

6.0 CARA MENANGANI MASALAH OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA.

6.1 Secara umumnya pihak sekolah telah mengalurkan beberapa langkah dan antaranya adalah:

a. Pertama – Akui yang anda telah memungkiri janji dengan sendiri. Tetapi jangan salahkan diri anda. Ini bukan soal moral, hanya ianya tidak menjadi kalau anda tidak mengenalpasti atau mencari janji yang dimungkiri dan mengakuinya.

b. Kedua – Kenalpasti impak kemungkiran tersebut ke atas kehidupan anda dan mengambil tanggungjawab ke atasnya (bukan menyalahkan masakan ibu).

c. Ketiga – Perbaharui janji dan komited untuk mengotakannya. d. Keempat - Laksanakan. Just Do It (macam kata Nike)

6.2 Panduan semasa menyediakan makanan merupakan antara elemen penting dan berkesan. Panduan ini merangkumi aspek seperti:

a. Kikis dan buang lemak yang kelihatan pada bahan masakan

b. Kurangkan memasak menggunkan bahan berminyak. Gunakan cara kukus, bakar, rebus, panggang, tumis atau gunakan gelombang mikro.

c. Ubah suaikan resepi masakan dengan mengurangkan santan, susus, daging dikurangkan dan ditambahkan kekacang untuk serat.Tambhkan bawang, rempah, herba, jus limau nipis, cuka atau perasa asli tanpa lemak.

d. Kikis dan buang air rebusan yang berlemak.

e. Sayur dan buah penting untuk diet seimbang. Ia mempunyai rasa yang murni dan mempunyai kepelbagaian warna, rupa yang menarik. Jadikan ia sebagai

sebahagian daripada menu harian yang juga merupakan sumber utama

f. Karbohidrat kompleks, Serat, Vitamin terutama A, C dan E dan juga sumber garam mineral terutama kalium dan kalsium. Sama sekali tidak mengandungi kolestrol dan amat rendah kandungan Lemak, kalori dan Natrium. Kebaikan boleh menjadi snek yang mudah disediakan, menghilang dahaga dan lapar, merangsang serta melawaskan sistem penghadaman, mencegah sembelit, mengurangkan penyakit dalam sistem penghadaman dan beerapa jenis kanser.

6.3 Pakar pemakanan, Dr Che Ridzuan Hashim Rozaini berkata, terdapat lima petua mengekalkan kesihatan sempurna iaitu menerusi pengambilan makanan

seimbang, minum air secukupnya, melakukan riadah, tidak merokok dan cukup rehat. 6.4 Cara diet yang betul secara asas perlu diamalkan oleh pelajar yang mengalami masalah obesiti seperti beberapa panduan diet yang betul di bawah;

(19)

a. Ambil protein yang mencukupi. Tubuh secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari. (makan berprotein daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang).

b. Elakkan perut daripada lapar. Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress. Anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal. Hidangkan buah-buahan di atas meja makan anda.

c. Usah abaikan lemak. Tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin. Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal. Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun. Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.

6.5 Pelajar perlu menambah karbo selepas senaman. Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. 6.6 Jangan tidur ketika lapar. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan

pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

6.7 Kitaran Kalori merupakan salah satu langkah yang boleh di lakukan i dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari

berlakunya metabolisma yang rendah ini. Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga

menjadikan diet anda lebih menarik.

6.8 Jadualkan „Cheat Day‟ dengan menjadualkan „Cheat Day‟ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk „Cheat Day‟ dari anda memilih untuk makan tidak terkawal.

6.9 Saratkan dengan serat kerana serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnya

(20)

anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu

menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear. Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol.

6.9 Kawal pengambilan minuman yang manis (menyebabkan pengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari) Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini

dengan air suam atau air kosong.

6.10 Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product) dengan kerap, cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

6.11 Jangan berlapar dalam jangka masa yang panjang. Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan

berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

6.12 Pelajar boleh ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

6.13 Minum lapan gelas air setiap hari.Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

(21)

6.14. Para pelajar perlu mengelakkan minum minuman yang bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. Setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

6.15 Kurangkan pengambilan garam.Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda

menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6.16 Para pelajar diseru agar mengambil sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

6.17 Makanlah dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

6.18. Kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil. Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 6.19. Makan dengan kerap. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

6.20 Pelajar perlu kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan dan jangan simpan ianya di dalam peti ais anda.

6.21 Amalkan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing seperti:

a. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet. b. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

c. Renang adalah latihan menyeluruh.

d. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.

e. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

(22)

6.22 Ambil makanan yang berempah kerana sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

6.23 Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

6.24 Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda.

6.25 Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Pelajar lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. 6.26 Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam

makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak atau hindari minyak atau lemak haiwan. 6.21 Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. 6.22 Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari.

6.23 Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda. Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera.

(23)

6.24 Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3. Pelajar disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu

menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus. 7. RUMUSAN

8.1 Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya. Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.

.2 Guru Besar atau Pentabdir haruys memainkan peranan utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komuniti sekitar. Program-program yang dirancang atau inigin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan

kesedaran timbul.

8.3 Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.

8. RUJUKAN

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999,Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999,Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Pesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan Jasmani/Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

(24)

http://www.kesihatan.biz/Punca_Gemuk.php http://www.jomdiet.com/obesiti-antara-tanda-awal-penyakit-kronik/ http://www.top5reason.com/index.php/5-tabiat-yang-menjadi-punca-gemuk/ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Mengatasikegemukan/Article/index _html http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/minuman-manis-dan-kegemukan/ http://enamanja.tripod.com/makan3.htm http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/8-tip-mudah-diet-malaysia/ http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2014/01/bincangkan-tentang-masalah-obesiti.html Obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia

Kementerian kesihatan akan melancarkan garis panduan makanan sihat yang dijangka diedarkan pada bulan hadapan.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat

demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian

Pelajaran. Senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.

Menurut beliau lagi, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di

(25)

kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat. Ini kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah.

Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza. Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.Kanak-kanak sering disogokkan dengan iklan makanan fast-food,snack di television yang mempunyai tinggi lemak dan gula.Iklan-iklan ini akan menarik minat kanak-kanak untuk membelinya dah ditambah lagi dengan gaya hidup yang tidak aktif,ia akan mendatangkan kemudharatan kepada mereka kelak. Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah

mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lagi pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.Masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.“Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video,

penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti,” katanya.

(26)

Tambahan pula,Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti

biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.

Maka,diharapkan garis panduan makanan sihat itu dapat membantu kanak-kanak mengambil makanan yang sihat ketika di sekolah dan keluarga juga harus memainkan peranan dengan menukar corak pemakanan dengan mengamalkan pemakanan

seimbang dan luangkan masa untuk aktiviti-aktiviti yang fizikal dan sukan.

Memanjakan anak-anak dengan memberi makanan yang tidak sihat mungkin akan membuat anak- anak gembira namun ibu bapa sebenarnya memberi risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit.Tambahan pula,kos perubatan yang tinggi dan kadang kala ia tidak mampu untuk mengubati penyakit tersebut.Jadi Cegah sebelum terlambat.

Tangani obesiti kanak-kanak Oleh SUHANA VERU

REMAJA Malaysia berisiko obes jika berterusan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. - Gambar hiasan

PADA bulan April tahun lalu, kerajaan menguatkuasakan larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat di kantin sekolah bagi membendung risiko obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Langkah itu dilakukan berikutan Malaysia dilaporkan sebagai

(27)

negara yang menghadapi masalah obesiti paling tinggi di Asia Tenggara dan berada di tangga keenam di Asia.

Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar makanan terkemuka, Nestle (Malaysia) Berhad baru-baru ini menganjurkan forum obesiti untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah obesiti selain membincangkan kaedah-kaedah untuk menangani masalah tersebut.

Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Peter R.Vogt berkata, forum tersebut adalah inisiatif pihaknya untuk memberi kesedaran mengenai penyakit itu.

“Nestle telah memulakan beberapa inisiatif dengan menyediakan pendidikan mengenai pemakanan dan cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.

“Salah satu program yang dijalankan ialah program Healthy Kids Nestle iaitu usaha untuk mendidik kanak-kanak ke arah pemakanan dan gaya hidup sihat serta

menangani cabaran kekurangan khasiat dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak,” katanya pada forum obesiti di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Peter, pada tahun 2007 pihaknya bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menjalankan satu kajian susulan mengenai status pemakanan berkhasiat dan tabiat pemakanan dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah bagi menentukan perubahan.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2001 mendapati berlaku peningkatan sebanyak 12 peratus dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, peserta forum berpeluang berinteraksi dengan panel Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) dan Persatuan

Pemakanan Malaysia (NSM).

Naib Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), Profesor Dr. Norimah A. Karim berkata, kajian yang dijalankan bersama Nestle berhubung status pemakanan dan tabiat makan pelajar sekolah rendah di Malaysia pada tahun 2007 hingga 2008 menunjukkan satu daripada tiga pelajar sekolah rendah ke sekolah mengabaikan sarapan pagi.

Menurutnya, banyak faktor boleh dikaitkan dengan kegemukan. Antaranya termasuklah pengambilan makanan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.

(28)

“Kajian yang dijalankan ke atas lebih 11,000 murid sekolah rendah menunjukkan, kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

“Bahkan, kajian mendedahkan golongan tersebut lebih kerap makan makanan segera dan ringan. Mereka juga gemar menonton televisyen, bermain permainan kanak-kanak dan video turut menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti,” ujarnya.

Sehubungan itu, untuk menggalakkan kanak-kanak mengamalkan cara hidup sihat mereka perlu dididik melalui corak pemakanan yang seimbang.

“Dalam konteks ini, usaha menangani obesiti bukan sahaja terletak di tangan pihak sekolah tetapi juga ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa.

“Sepatutnya ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak untuk mengamalkan gaya hidup sihat sejak kecil. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka memilih makanan yang sihat,” nasihat Dr. Norimah.

Sementara itu, Dr. Chin Yit Siew daripada Bahagian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang membentangkan kajian mengenai risiko obesiti dan kecelaruan pemakanan dalam kalangan remaja di negara ini turut bersependapat dengan Dr. Norimah.

Katanya, golongan itu terdedah dengan risiko obesiti kerana mengabaikan pengambilan makanan dan makan mengikut hawa nafsu.

“Pendek kata, remaja Malaysia sememangnya berisiko obes kerana mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat,” jelasnya.

Pengarah Bahagian Pemakanan, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Rokiah Don pula berharap pengeluar makanan perlu lebih bertanggungjawab dalam memasarkan produk-produk mereka.

“Mereka perlu peka dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Sebarang iklan yang keluarkan oleh syarikat makanan di televisyen perlu mematuhi akta berkenaan supaya masyarakat kita tidak disajikan dengan makanan yang tidak berkhasiat,” jelasnya.

Artikel

Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0206&pub=kosmo&sec=v aria&pg=va_01.htm#ixzz2voM9cWWV

(29)

OBESITI OH OBESITI..

20:45 TUMMY TIED NO COMMENTS

asalah lebih berat badan dan obesiti di peringkat dunia dianggarkan melebihi 1.1 billion. Penyakit kronik ini tidak hanya berlaku di negara-negara maju malahan negara-negara yang membangun. Di Malaysia, masalah ini lebih serius berbanding negara-negara Asia lain.

Obesiti???

Obesiti boleh dimaksudkan sebagai lebihan lemak yang terkumpul dalam tisu lemak sehingga menyebabkan kesihatan seseorang terjejas. Bagaimanapun, individu yang obes tidak hanya dibezakan mengikut jumlah lemak yang berlebihan tetapi juga mengikut kedudukan lemak yang terkumpul didalam badan. Semestinya, lemak yang berlebihan di kawasan abdomen adalah paling berisiko tinggi untuk mendapat penyakit (WHO 1998).

(30)

Pengumpulan lemak pada bahagian abdomen berisiko tinggi untuk pelbagai penyakit Kelaziman obesiti: Dulu dan Sekarang

Melalui Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS II) yang dilakukan pada tahun 1996, 16.6 daripada penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah lebih berat badan dan 4.4% mengalami obesiti.

Seterusnya, kajian NHMS II pada tahun 2006 pula mengesahkan 29% adalah lebih berat badan dan 14% adalah obes.

Hal ini menunjukkan kelaziman obesiti makin meningkat dari tahun ke tahun di Malaysia.

Terbaru, kajian yang dijalankan pada tahun 2011 yang lalu, kekerapan obesiti adalah 19.5%. Lebih banyak wanita yang mengalami obesiti (22.5%) berbanding lelaki (14.1%). Kaum India mencatatkan jumlah paling banyak obesiti (24.6%) diikuti kaum Melayu (23.2%) dan kaum China paling sedikit (8.2%).

Secara purata,

(31)

Kanak-kanak pun obes ke??

Ya, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga turut bertambah. Masalah ini tidak hanya berlaku kepada orang dewasa tetapi juga kepada kanak-kanak.

Kajian yang dijalankan di sekolah kawasan Lembah Klang, kelaziman obesiti dalam kalangan remaja lelaki bertambah daripada 1% pada tahun 1990 kepada 6% pada tahun 1997.

Pada tahun 1998, kelaziman obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 7 tahun adalah sebanyak 6.6% dan 13.5% dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun. Manakala pada tahun 2011, kajian yang dijalankan dalam kalangan pelajar darjah 4, 5 dan 6 di 65 buah sekolah di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan 17.9% adalah lebih berat badan dan 16.0% pula adalah obes.

(32)

Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan pada 2015 kelak, lebih ramai manusia mati akibat masalah kegemukan berbanding masalah kelaparan.

Jadi, buat semua, ayuh kita sama-sama berusaha ke arah berat badan yang ideal. Turunkan berat badan untuk kepentingan diri sendiri, agama, bangsa dan negara Kita boleh!!

Rujukan

WHO. (1998). Obesity: Preventing and managing the global epidemic. Report of a WHO Consultation on Obesity. Geneva: World Health Organisation.

Blog rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. http://blogmoh.moh.gov.my/the-malaysian-association-for-the-study-of-obesity-maso-2009-conference/

(33)

Mohamud WN (2011). Prevalence of overweight and obesity among adult Malaysians: an update. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition. 2011;20(1):35-41.

Fatimah A (2001). The effectiveness of childhood obesity intervention program and the psychosocial factors involved in maintaining weight changes in urban areas.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi Awam 2001. Kuala Lumpur, 25 – 26 October 2001: 654-659.

Ismail MN & Tan CL (1998). Prevalence of obesity in Malaysia. Country report at the Regional Advisory Board meeting on obesity, Manila, Phillipines.

Serene Ting EH, Shamarina S, Mohd Nasir MT (2011). Familial and

Socio-environmental Predictions of Overweight and Obesity among Primary School Children in Selangor and Kuala Lumpur. Mal J Nutr. 17(2): 151-162.

Masalah obesiti kian meruncing 3 0 Google +1 0 0

Cetak

Oleh ARDYHANSAH AMAT

BUDAK gemuk! Budak gemuk! Budak gemuk! Sindiran sinis seperti itu pasti

menyakitkan hati mereka yang mengalami berat badan berlebihan, terutama kanak-kanak atau remaja di bangku sekolah.

Namakan apa saja - gedempol, bulat, debab, gempal atau obesiti - masalah itu pasti mahu dielakkan satu ketika dulu, sama ada bagi ibu bapa atau individu itu sendiri. Kini, bentuk badan berlemak dan besar bukan lagi pertikaian bagi masyarakat kita yang semakin bersikap lebih terbuka dan mementingkan keperibadian seseorang berbanding bentuk fizikal.

Umumnya, masalah berat badan berlebihan adalah masalah global kerana dialami di setiap negara. Hampir satu bilion penduduk dunia mengalami masalah lebihan berat badan dan 300 juta daripadanya mengalami obesiti.

(34)

GEMUK...boleh menyebabkan rasa kurang yakin dan rendah diri terhadap kemampuan sendiri.

Malaysia juga tidak ketinggalan berdepan masalah ini, yang mana menunjukkan peningkatan saban tahun sejak 15 tahun lalu.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2011 mendapati, sebanyak 15.1 peratus rakyat negara ini mengalami masalah berat badan berlebihan berbanding 4.4 peratus pada 1996.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, Saiful Adli Suhaimi, 43 peratus orang dewasa di Malaysia dikategorikan sebagai obes, 26 peratus lagi kanak-kanak sekolah rendah manakala 20 peratus di kalangan remaja.

“Obesiti terjadi apabila wujud lebihan lemak yang menyebabkan pertambahan berat badan. Ia terjadi akibat pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, garam, minyak dan lemak secara berlebihan.

“Keadaan ini semakin meruncing apabila gaya hidup tidak aktif menyebabkan kalori pada makanan diambil tidak dapat dibakar dengan baik lalu menyebabkannya disimpan dalam tubuh,” katanya.

Makanan bergula, garam dan berlemak adalah fenomena biasa dan mudah didapati di negara ini. Masak lemak cili padi, nasi lemak, masak rendang, mi goreng mamak dan

(35)

roti canai antara makanan berlemak dan berkolesterol tinggi yang sentiasa menjadi pilihan ramai kerana rasanya sedap.

Justeru, tidak dapat dinafikan, makanan tempatan yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia antara faktor penyumbang utama kepada masalah kegemukan.

Selain itu, kewujudan restoran dan gerai makanan yang beroperasi 24 jam menggalakkan lagi tabiat buruk pemakanan.

Bangsar dan Kampung Baru misalnya, mendapat jolokan syurga makanan bagi

masyarakat kota kerana lebih separuh restoran dan gerai makanan di sana beroperasi 24 jam sehari.

Pada masa sama, lambakan restoran makanan segera yang sebahagiannya turut beroperasi sepanjang hari turut menjadi faktor penyumbang kegemukan kerana ia sering menjadi pilihan generasi muda, khususnya pelajar sekolah.

Apatah lagi, suasananya yang jauh lebih selesa serta kemudahan Internet secara percuma menyebabkan mereka lebih gemar menghabiskan masa di restoran makanan segera, sekali gus terbiasa makan makanan di sana.

Saiful Adli berkata, beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengukur tahap kegemukan seseorang, misalnya melalui Indeks Jisim Tubuh (BMI).

“Bagaimanapun, orang ramai juga boleh menggunakan kaedah ukur lilit pinggang dalam menentukan tahap obesiti. Secara purata, ukur lilit pinggang bagi wanita hendaklah tidak melebihi 32 inci, manakala lelaki pula 36 inci.

“Jika ukuran pinggang melebihi lilitan itu, individu terbabit boleh dikategorikan mengalami kegemukan atau obesiti,” katanya.

Apapun, masalah kegemukan atau obesiti boleh mengundang pelbagai kesan buruk, sama ada daripada segi kesihatan fizikal mahupun mental.

Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Rosni, 27, mengakui pernah mengalami tekanan perasaan kerana obes ketika zaman sekolah menyebabkannya sering diejek kawan hingga membuatkan dirinya mudah terasa dan berkecil hati. “Memang jika difikirkan, tiada apa perlu dirisaukan dengan saiz badan saya kerana ayah dan ibu juga mempunyai saiz badan sama.

(36)

“Namun disebabkan saiz saya jauh lebih besar daripada rakan sekolah sejak sekolah rendah lagi, saya sering diejek dan dipanggil „giant‟ (gergasi),” katanya.

Akibat selalu dipersendakan, Rosni akhirnya menyisihkan diri dan banyak

menghabiskan masa dengan menelaah pelajaran di rumah berbanding bergaul dengan rakan sebaya.

“Walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran, saya menghadapi masalah berkomunikasi dengan baik. Malah, dalam beberapa ujian yang memerlukan komunikasi atau pembentangan, saya pasti mendapat markah rendah.

“Terus terang, saya tiada keyakinan diri kerana bentuk badan sebegini. Mana tidaknya, hendak mencari pakaian seperti budak remaja lain pun sukar kerana saiz baju terhad. “Memang membosankan kerana perlu berada di rumah hampir setiap masa, tetapi ia jauh lebih baik daripada terus dipersendakan orang ramai,” katanya.

Pernah Rosni hilang sabar sehingga memukul rakan sebaya sekolah rendah dulu yang selalu mengejeknya sehingga mendatangkan kecederaan, tetapi akhirnya dia

disalahkan kerana dikatakan terlalu sensitif, selain tidak layak berlawan dengan budak bersaiz kecil.

“Sejak itu, saya mengelak berkawan dengan semua orang,” katanya.

Selain masalah mental dihadapi, pesakit obesiti berisiko menghidap penyakit berbahaya lain seperti sakit jantung, asma, kencing manis dan kanser.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/26

Minda: Makanan berkhasiat bantu pembelajaran

Dalam hal ini, makanan tidak sihat dan tidak berkhasiat menyumbang kepada

ketidakseimbangan tumbesaran kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dan juga mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun iaitu satu tempoh perkembangan yang penting dalam tumbesaran seseorang.

(37)

Mengamalkan gaya hidup sihat melalui mengawal makan adalah langkah paling baik dan berkesan bagi mengelakkan kegemukan atau obesiti di kalangan kanak-kanak terutama murid sekolah rendah dan menengah.

Kalangan pelajar terutamanya kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar seharusnya mereka dipastikan hanya makan makanan baik dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan susu selain perlu dididik menjauhi makanan ringan yang boleh menjejaskan tumbesaran.

Kajian menunjukkan kebanyakan makanan ringan masa kini banyak mengandungi gula, garam, pewarna dan perasa tiruan yang boleh mengakibatkan kerosakan gigi,

menyumbang kepada obesiti, masalah buah pinggang dan pelbagai penyakit berbahaya.

Kesan daripada pengambilan makanan ringan berlebihan menyebabkan kanak-kanak terutama pelajar akan berada dalam keadaan mengantuk, letih, tidak bermaya di dalam kelas, tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan cepat lupa. Sedangkan bagi seseorang pelajar mereka perlu sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas dan dapat menumpukan pelajaran dengan sepenuh perhatian.

Ada juga kalangan mereka yang makan berlebihan terutama makanan mengandungi lebih lemak menyebabkan kegemukan. Apabila gemuk pelbagai penyakit boleh menyerang antaranya darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Justeru Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan melarang juadah mengandungi gula, garam dan lemak berlebihan tidak dibenarkan dijual di kantin sekolah. Kajian menunjukkan 10,000 sekolah rendah dan menengah terbabit di seluruh negara. Peraturan tersebut membabitkan 5.3 juta pelajar di sekolah rendah dan

menengah.

Sehubungan itu, kerajaan menguatkuasakan peraturan melarang penjualan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat selain mengurangkan kekerapan hidangan yang menggemukkan. Juadah nasi lemak kini hanya dibenarkan dijual seminggu sekali. Makanan seperti nasi lemak setiap hari memang tidak elok kerana mengandungi lemak dan mendedahkan kita kepada risiko mendapat pelbagai penyakit.

Makanan di kantin sekolah dikatakan mengandungi banyak minyak dan kalori didakwa tidak memberi khasiat yang diperlukan kerana tiada pemantauan berkala. Makanan seperti nasi lemak, kentang goreng, kurang sajian sayur-sayuran, buah-buahan yang menyebabkan ketidakseimbangan yang diperlukan tumbesaran badan. Pengusaha

(38)

kantin bukan saja perlu mengurangkan kekerapan menjual nasi lemak tetapi juga makanan ringan yang digoreng seperti nugget.

Dalam melaksanakan langkah tersebut juga, pengusaha kantin sekolah digalakkan menggunakan santan rendah lemak bagi mengelakkan obesiti di kalangan pelajar. Selain isu makanan, semua guru juga diwajibkan mencatatkan Indeks Jisim Badan (BMI) dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding hanya memasukkan berat badan dan tinggi seseorang dalam amalan sebelum ini.

Bagaimanapun, kesatuan guru tidak mahu perkara ini menjadi beban kepada guru dan suatu langkah yang bijak perlu diambil bagi menanganinya. Antaranya, kerjasama pelajar juga penting dalam usaha mengelakkan kegemukan dan obesiti demi menerapkan amalan penjagaan kesihatan diri.

Dalam menangani masalah obesiti di kalangan pelajar, semua pihak mesti memainkan peranan penting dan berkesan. Ibu bapa juga memainkan peranan bagi memastikan anak-anak tidak terdedah dengan makanan tidak sihat, makanan segera di rumah dan semasa berada di luar.

Pihak sekolah juga perlu memantau penjualan makanan ringan sama ada di koperasi sekolah, di kantin dan di pekarangan iaitu di luar pagar sekolah. Peniaga juga jangan mengharapkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya kepada kanak-kanak dengan menjual makanan sesuka hati.

Kesan negatif terhadap pengambilan makanan ringan ini dikatakan mengandungi kesan jangka pendek iaitu mudah mengalami pelbagai penyakit seperti batuk, selesema, badan tidak bermaya di samping kesan jangka panjang yang boleh membantutkan tumbesaran dan menyebabkan obesiti.

Kajian menunjukkan obesiti menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan yang menyumbang kepada kegemukan. Apabila badan gemuk akan

menyebabkan pelbagai penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Sementara itu, kajian mendapati hampir tiga juta rakyat Malaysia yang kebanyakannya kanak-kanak dan remaja mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000. Daripada kajian itu 25.6 peratus terdiri daripada masyarakat India, Melayu 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.

Referensi

Dokumen terkait

Sebagai contoh pada materi cara bertamu dengan unggah- ungguh yang tepat, maka dapat dibuat wayang karakter pemilik rumah (orang tua) dan yang bertamu

Dalam Mekanika Kuantum, konsep momentum angular memegang peran yang sangat penting serupa dengan yang terjadi pada. Mekanika Klassik, disini momentum angular dihubungkan dengan

Puji syukur saya panjatkan ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkanrahmat dan hidayah-Nya, sehingga saya dapat menyelesaikan Tesis yang berjudul

Berdasarkan berbagai alasan dan kepentingan untuk meyadarkan keperluan akan keamanan nasional di bidang informasi dan sebagai pembelajaran dari kasus penyadapan oleh

1. Perilaku manusia memegang peranan penting baik terhadap perkembangan nyamuk vektor malaria maupun perubahan lingkungan yang mengarah kepada terbentuknya breeding

Penelitian mendukung pendapat Sawardi (2018) bahwa preposisi dapat mengalami pelesapan karena faktor kejelasan argumen. Kebaharuan penelitian ini terletak pada

Tujuan penelitian ini : 1) menganalisis dan menguji kontribusi pola asuh orang tua terhadap hasil belajar matematika, 2) menganalisis dan menguji kontribusi lingkungan

Segala puji dan syukur kehadirat Allah SWT, atas berkatnya yang berlimpah yang telah memberikan segala Rahmat dan Hidayah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Skripsi ini