• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persaingan dan Pertapakan Kuasa-kuasa Eropah di Kepulauan Borneo menjelang Abad ke-18.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Persaingan dan Pertapakan Kuasa-kuasa Eropah di Kepulauan Borneo menjelang Abad ke-18."

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Persaingan dan Pertapakan Kuasa-kuasa Eropah di Kepulauan Borneo

Kedatangan pengembara, pedagang dan syarikat perdagangan telah meneroka jalan ke Timur untuk mencari peluang ekonomi dan wilayah jajahan. Kepulauan Borneo telah menjadi tarikan utama kuasa-kuasa Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Persaingan di antara kuasa-kuasa Eropah bagi memperluaskan pengaruh semakin kuat pada abad ke 17. Menjelang abad ke 18 hanya beberapa kuasa Eropah yang berjaya bertapak di kepulauan Borneo, antaranya Sepanyol, Amerika, Belanda dan British. Kertas ini bertujuan membincangkan persaingan kuasa-kuasa Eropah di Kepulauan Borneo menjelang abad ke-18. Persaingan kuasa telah berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah dalam mencapai aspirasi mereka untuk menakluki Kepulauan Borneo dengan melakukan perluasan kuasa, mendapatkan tanah jajahan, menguasai perairan Borneo dan aktiviti perdagangan. Hasil kajian merumuskan bahawa kuasa-kuasa Eropah seperti Sepanyol, Portugis, Amerika, Perancis, Jerman, Belanda dan British bersaing dalam meluaskan kuasa mereka di Kepulauan Borneo. Persaingan tersebut akhirnya mendapati bahawa Belanda dan British berjaya menyingkirkan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Belanda bertapak di Kalimantan manakala British di Brunei, Labuan, Borneo Utara dan Sarawak. Justeru, perluasan kuasa melalui mekanisme merkantilisme dan imperialisme menyebabkan British dan Belanda berjaya mendapatkan wilayah-wilayah di Borneo.

Kata kunci : Kepulauan Borneo, Kuasa-kuasa Eropah, ekonomi, persaingan dan perluasan kuasa, pertapakan.

Pengenalan

Kepulauan Borneo1 merupakan pulau ketiga yang terbesar di dunia. Dari segi geografi, Pulau Borneo terletak di tengah-tengah laluan perdagangan yang luas dan menguntungkan, tanah yang

1Kepulauan Borneo merupakan kepulauan ketiga yang terbesar di dunia. Ia juga merupakan pulau yang terbesar di

▸ Baca selengkapnya: moquette dan fatimi pada abad ke -13 adalah

(2)

subur untuk memenuhi segala keperluan manusia, perairan yang dalam amat sesuai bagi kapal dagangan berlabuh, hasil bahan mentah yang lumayan, hasil hutan yang banyak menjadi tarikan kepada para pedagang seperti cina dan Arab2 datang berdagang ke Kepulauan Borneo.

Kepulauan Borneo terdiri daripada beberapa wilayah iaitu Brunei, Borneo Utara, Sarawak dan Kalimantan. Manakala, Labuan merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di utara Brunei. Setiap wilayah ini mempunyai situasi politik, ekonomi dan sosial yang berbeza. Kebanyakan wilayah di Borneo ini dikuasai oleh kerajaan-kerajaan tempatan yang berpengaruh seperti Srivijaya, Majapahit, dan Brunei. Tiada suatu pun kuasa-kuasa Eropah yang datang berdagang ke Kepulauan Borneo sebelum abad ke-16. Sehingga pada abad ke-16, sudah mulai kelihatan kelibat kuasa-kuasa Eropah datang berkunjung ke Kepulauan Borneo dengan membawa agenda tersendiri iaitu mencari peluang ekonomi, mencari wilayah jajahan, menguasai kawasan perairan Borneo dan meluaskan kuasa mereka. Maka, dengan adanya kemajuan dalam pengangkutan, kapal dagangan dan kapal perang telah digunakan oleh kuasa-kuasa Eropah mulai melebarkan sayap mereka ke Kepulauan Borneo yang dipercayai mampu memberikan pulangan ekonomi yang lumayan. Satu persatu kuasa Eropah datang ke Kepulauan Borneo iaitu Portugis, Sepanyol, Amerika, Jerman, Itali, Belanda dan British.

Kronologi kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke Kepulauan Borneo

Pendudukan kuasa-kuasa Eropah di sekitar Kepulauan Borneo telah bermula pada abad ke-16.3 Kuasa Eropah yang paling awal datang ke Borneo adalah Portugis iaitu pada tahun 1518 telah dicatat oleh Pigafetta seorang ahli sejarah Itali yang bersama-sama dengan Magellan dan kumpulan pengembara telah berlabuh di Brunei. Rentetan daripada kedatangan Magellan ke

2 Kepulauan Borneo turut diketahui oleh ramai pedagang misalnya pedagang Arab menyatakan bahawa Borneo

kaya dengan emas, barang kemas dan rempah. Borneo pernah menjadi sebahagian daripada taklukan empayar Sri Vijaya yang berpusat di Sumatra sejak abad ke-12 dan telah jatuh ke tangan Majapahit yang menjalankan pentadbiran berpusat di Jawa pada abad ke-14. Begitu juga, Borneo pernah berhubung dengan kerajaan China semasa pemerintahan Dinasti Ming (1370 -1430) dan pada abad ke-15, Borneo di bawah kekuasaan empayar Brunei.

3 Pengembara dari Eropah yang pertama melawat Kepulauan Borneo adalah Friar Odoric iaitu pada tahun 1322.

(3)

Borneo, ia turut diikuti oleh pasukan pengembaraan daripada Portugis yang lain terdiri pedagang dan golongan mubaligh Kristian pada tahun 1526 dan 1530 seterusnya menubuhkan loji perdagangan dan melakukan penyebaran agama katolik. Seterusnya, kuasa Eropah yang kedua adalah Sepanyol yang mana telah sampai ke Filipina dan berminat untuk berdagang di Brunei pada tahun 1521. Sepanyol dikatakan pernah menyerang Brunei pada tahun 1645 kerana kegiatan ganas lanun di perairan Brunei yang mengganggu aktiviti perdagangan mereka di Brunei.4 Setelah itu, kuasa Eropah Belanda turut datang ke Borneo dan mula mendirikan loji perdagangan pada tahun 1600. Kedatangan kuasa-kuasa Eropah telah diikuti oleh kuasa British pada tahun 1609 di mana mereka telah membina loji perdagangan di Brunei dan Balambangan.5

Kuasa Sepanyol telah memulakan langkah untuk memulakan aktiviti perdagangan di Kepulauan Borneo apabila mereka menjalinkan perdagangan dengan pedagang Cina. Jalinan hubungan perdagangan telah berlaku di antara Sepanyol dengan pedagang Cina di Brunei. Selain itu, pendudukan Sepanyol di Filipina pada 19 June 1571 telah memberikan kesan kepada Brunei kerana Filipina terletak di pengaruh kuasa Brunei.6 Hal ini menyebabkan Brunei menghantar pasukan tentera untuk menyerang Manila tetapi tidak berjaya. Bagi menghadapi krisis tersebut, perwakilan daripada kerajaan Sepanyol telah pergi melawat Brunei pada tahun 1573 untuk membuat jalinan perdagangan di pelabuhan Brunei. Brunei pula tetap mempertahankan hak mereka tetapi di akhir perjuangan tersebut, mereka terpaksa akur dengan Sepanyol.

Dalam pada itu, gabenor Portugis di Moluccas telah mengganggap diri mereka sebagai kuasa Eropah pertama yang menduduki Kepulauan Borneo selain daripada Sepanyol. Gabenor Portugis tersebut membuktikan bahawa melalui siri-siri ekspedisi pengembaraan mereka pada tahun 1526 merupakan titik permulaan pendudukan kuasa Eropah di Kepulauan Borneo. Begitu juga, Portugis turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan mana-mana pelabuhan di Kepulauan Borneo seperti Pelabuhan Banjarmasin, Tanjungpura dan sebagainya terutamanya di

4Marie Sybillie de Viene. Brunei: From the Age of Commerce to the 21st Century. National University of Singapore Press. Singapore. 2015. Hlm.57.

5J.Kathirithamby-Wells. The British West Sumatran Presidency 1760 – 1785 : Problems of

Early Colonial Enterprise. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. 1977. Hlm.10.

(4)

kawasan Barat Borneo. Kegiatan perdagangan telah dijalankan dengan giat di antara pedagang Eropah dengan kerajaan tempatan. Antara barang yang diperdagangkan adalah seperti sarang burung, rotan, rempah, dan kapur barus. Kekayaan hasil bumi Kepulauan Borneo ini telah menjadi tarikan kepada kuasa-kuasa Eropah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

Keberadaan kuasa Portugis menjalankan aktiviti perdagangan di Kepulauan Borneo menjadikan ia sebagai kuasa dominan kerana belum ada lagi mana-mana kuasa Eropah yang berlayar ke situ. Mereka telah menguasai pelabuhan-pelabuhan yang wujud pada jangkamasa tersebut demi kepentingan ekonomi mereka. Namun begitu, sekitar awal abad ke-16,7 aktiviti perdagangan yang dimonopoli oleh Portugis ini telah dihidu oleh Belanda.8 Kedatangan kuasa Belanda ini dimulakan oleh seorang pedagang dan pengembara iaitu Oliver Van Noort yang mana telah berlabuh di Brunei pada Disember 1600. Kedatangan pedagang Belanda ini telah membawa kepada perluasan kuasa mereka di Kepulauan Borneo dan berusaha menyingkirkan kuasa Portugis daripada memonopoli perdagangan di Kepulauan Borneo. Belanda berjaya memonopoli perdagangan di Kepulauan Borneo terutamanya di Pelabuhan Banjarmasin kerana pelabuhan tersebut menghasilkan lada yang menjadi komoditi utama yang turut menjadi permintaan tinggi di Eropah.9 Kesan daripada penyingkiran tersebut, Portugis hilang hak monopoli perdagangan di pelabuhan-pelabuhan sekitar Kepulauan Borneo.

Kedatangan sebuah lagi kuasa Eropah iaitu British ke Kepulauan Borneo memperlihatkan kerancakan persaingan kuasa-kuasa Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan. British dipercayai telah datang ke Kepulauan Borneo pada tahun 1609 yang mana jalinan hubungan perdagangan berlaku dengan Sukadana untuk mendapatkan belian. Begitu juga,

7 Pengembara dari Eropah yang pertama melawat Kepulauan Borneo adalah Friar Odoric iaitu pada tahun 1322.

Ludovico Berthema dari Bologna pada tahun 1503 dan 1507, disusuli oleh kuasa Eropah iaitu Portugis oleh pengembara Lorenzo De Gomez pada tahun 1518, Sepanyol pada tahun 1521 yang menemui Filipina di Pulau Mactan, Belanda pada tahun 1600 manakala British pada tahun 1609.

8 Orang-orang Portugis giat melakukan aktiviti perdagangan di pelabuhan Banjarmasin untuk mendapatkan kapur

barus, berlian, dan batu bezoar sekitar akhir abad ke-16 sebelum munculnya kuasa Eropah Belanda dan Inggeris. Belanda mulai menguasai Banjarmasin untuk memonopoli perdagangan lada dan berjaya mengeksport komoditi lada tersebut ke Eropah pada abad ke-17.

9 Ita Syamtasiyah Ahyat. Kesultanan Banjarmasin pada Abad ke-19: Ekspansi Pemerintah Hindia-Belanda di

(5)

kedatangan East India Company (EIC) pada tahun 1698 ke Borneo menyebabkan kompeni dagangan tersebut membuka kilang di Banjarmasin. Namun, pembukaan kilang di Banjarmasin ini tidak kekal lama kerana mendapat reaksi yang negatif daripada pemerintah dan penduduk tempatan dengan menghancurkan loji perdagangan yang didirikan serta menutup semua laluan sungai.10 Selain itu, kapal-kapal British turut dihapuskan oleh mereka dan cubaan menghalau kompeni dagangan EIC telah berjaya iaitu pada tahun 1706. Dalam masa yang sama, musuh ketat dagangan British iaitu Belanda telah membuka kawasan perdagangan baharu di selatan Borneo. Pelabuhan perdagangan baharu ini telah dikunjungi oleh ramai pedagang daripada Kepulauan Melayu yang menggunakan perahu-perahu kecil untuk berdagang.

Kuasa-kuasa Eropah yang lain seperti Amerika, Jerman, Perancis dan Itali turut datang ke Kepulauan Borneo. Bagaimanapun kegiatan mereka bersaing mendapatkan wilayah jajahan di Kepulauan Borneo adalah terhad berbanding British dan Belanda. Persaingan kuasa-kuasa Eropah dipengaruhi oleh beberapa sebab yang melibatkan faktor dalaman dan luaran sesebuah wilayah di Borneo. Faktor-faktor ini menyebabkan kuasa-kuasa Eropah berusaha untuk campurtangan dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi sesebuah wilayah. Antaranya adalah:

a. Faktor Dalaman

Krisis dalam Hal Ehwal Pentadbiran

Kepulauan Borneo terdiri daripada beberapa wilayah iaitu Brunei, Borneo Utara, Sarawak, Labuan dan Kalimantan mempunyai entiti politik sendiri. Setiap wilayah ini dikuasai oleh pemerintah yang menjalankan hal ehwal pentadbiran samada di peringkat atasan dan bawahan. Di Borneo, Brunei mempunyai kuasa yang lebih dominan berbanding kuasa-kuasa tempatan yang lain. Kesultanan Brunei telah melalui zaman kegemilangannya dari abad ke-15 sehingga abad ke-17 yang telah memerintah sebahagian besar bahagian di utara Borneo. Kegemilangan Kerajaan Kesultanan Brunei telah menguasai seluruh wilayah Sarawak, Borneo Utara, Kepulauan Sulu dan Filipina sehingga tahun 1840.11 Namun begitu, Kesultanan Brunei mengalami zaman kejatuhan pada akhir tahun 1841 sehingga terpaksa menyerah sedikit demi

10 Graham Irwin. Nineteenth-Century Borneo: A Study in Diplomatic Rivalry. Donald Moore Books. Singapore.

1967. Hlm. 131.

11D.S. Ranjit. Brunei 1839 – 1983: The Problems of Political Survival.Oxford University Press. Singapore. 1984.

(6)

sedikit wilayah Sarawak khususnya kepada seorang pedagang Inggeris iaitu James Brooke pada tahun 1842. Akhirnya wilayah-wilayah tersebut digelar sebagai British Borneo yang merangkumi beberapa wilayah iaitu Sarawak, Borneo Utara, dan Brunei. Kegemilangan kerajaan Brunei tanpa disedari cuba dihapuskan sedikit demi sedikit oleh kuasa-kuasa Eropah. Wilayah-wilayah yang ditadbir oleh kerajaan Kesultanan Brunei menjadi sasaran kuasa-kuasa Eropah untuk dijadikan wilayah jajahan mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan kerajaan Brunei mengalami permasalahan dalam pentadbiran khususnya krisis dalam kepimpinan pemerintah.

Kelemahan dalam pemerintahan berlaku berpunca dari ketua pemerintah yang mempunyai ideologi politik yang berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah, ketua memainkan peranan penting untuk mentadbir negara dengan mengambil kira segala aspek tanpa berat sebelah. Jika dilihat pada abad ke-15 sehingga 19, kebanyakan kerajaan di sekitar Kepulauan Melayu mahupun Kepulauan Borneo telah mengalami zaman kegemilangan sehingga mampu menguasai banyak wilayah jajahan. Setiap wilayah jajahan ini harus mengakui ketuanan kerajaan yang menakluki mereka dengan menyediakan hadiah atau hantaran setiap tahun sebagai tanda taat setia. Wilayah jajahan ini ditakluki oleh kerajaan yang kuat atas alasan untuk menerima perlindungan, mendapatkan bantuan keselamatan dan ketenteraan, perkahwinan diraja, penyebaran agama Islam, hal-hal perdagangan dan sebagainya. Sesuatu wilayah yang ditakluki kadangkala tidak mempunyai kemampuan dari segi keselamatan dan ketenteraan yang menyebabkan mereka mudah ditakluki oleh kerajaan yang kuat. Manakala, mana-mana kerajaan yang kuat akan digeruni oleh pihak lawan disebabkan memperoleh wilayah jajahan yang banyak.

Sekitar abad ke-16 terdapat beberapa kerajaan yang terdapat di Kepulauan Borneo telah mencapai zaman kegemilangan iaitu kerajaan Brunei, Banjarmasin, dan Kutai. Kegemilangan kerajaan tersebut adalah disebabkan oleh kepimpinan berwibawa seseorang pemerintah. Kerajaan Brunei misalnya, telah menjadi sebuah kerajaan yang gemilang pada jangkamasa abad ke-16. Raja Awang Alak Betatar di Brunei yang menggunakan gelaran Sultan Muhammad Shah12

12 Raja Awang Alak Bertatar dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah apabila beliau memeluk agama Islam.

(7)

telah mengarahkan agar pusat pentadbiran kerajaan Brunei tua berpindah ke Kota Batu. Raja Awang Alak Betatar berusaha untuk menjadikan Kota Batu sebagai pelabuhan perdagangan yang menjadi tumpuan para pedagang.13 Pada jangkamasa tersebut, Brunei telah berjaya melepaskan diri daripada cengkeman kerajaan Majapahit.14 Pelabuhan Kota Batu telah menjadi pusat perdagangan entreport yang mana para pedagang mendapatkan hasil hutan dan bahan mentah daripada pelabuhan tersebut.

Semasa Brunei di bawah Sultan Bulkiah, ia mulai berkembang menjadi sebuah empayar yang menjadi tumpuan para pedagang. Hal ini kerana, perluasan kuasa yang dilakukan oleh Sultan Bulkiah menyebabkan wilayah jajahan Brunei bertambah. Pada jangkamasa tersebut, Brunei dikatakan telah menguasai perairan Kepulauan Borneo sehingga ke perairan Sulu dan Mindanao. Hal ini membuktikan bahawa kekuasaan kerajaan Brunei pada jangkamasa tersebut menyebabkan kerajaan Brunei menjadi salah sebuah kerajaan maritim yang berpotensi tinggi dalam perdagangan antarabangsa kerana kejatuhan kerajaan Melaka yang ditawan oleh Portugis.

“The capture of Malacca by the Portuguese in 1511, on the other hand probably gave Brunei new importance as a possible successor to Malacca in the Malayo-Muslim world. It is possible that the Arab and Indian Muslim merchants who once made Malacca their headquarters in the Malay Archipelago now began to frequent Brunei.”

Selain itu, kedudukan kerajaan Brunei yang strategik iaitu terletak di laluan perdagangan antarabangsa menyebabkan ia menjadi tumpuan para pedagang yang datang daripada seantero Asia Tenggara dan telah menarik minat kuasa-kuasa Eropah. Bagaimanapun menjelang abad ke-19 kerajaan Brunei mengalami zaman kejatuhan berpunca daripada kelemahan pemerintahan.

China. Hal ini menunjukkan bahawa, hubungan Brunei dengan China sememangnya sudah terjalin sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah.

13 Bilcher Bala. Thalassocracy: A History of the Medieval Sultanate of Brunei Darussalam. Percetakan CCS

Sdn.Bhd. School of Social Sciences Universiti Malaysia Sabah, Sabah. 2005. Hlm.77.

14 D.S. Ranjit. Brunei 1839 – 1983: The Problems of Political Survival. Oxford University Press. Singapore.1984

(8)

Pada abad ke-16 juga, sudah muncul kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis dan Sepanyol yang datang berdagang ke pelabuhan Brunei. Dari saat tersebut, Portugis dan Sepanyol menyimpan hasrat untuk menakluki Brunei kerana kedudukan yang strategik dan fungsi pelabuhan Kota Batu yang menjadi pelabuhan entreport untuk memperoleh bahan mentah dan hasil-hasil hutan. Sepanyol telah menyerang Brunei pada tahun 1578 kerana ingin menduduki Brunei namun percubaan tersebut gagal. Selain itu, sekitar abad ke-17 sehingga 19, kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke Kepulauan Borneo telah bersaing untuk mendapatkan wilayah jajahan. Brunei yang juga menguasai keseluruhan wilayah Kalimantan telah mengalami kejatuhan apabila sikit demi sedikit wilayah-wilayah yang ditadbir mereka telah jatuh ke tangan kuasa-kuasa Eropah seperti British dan Belanda untuk mendapatkan wang pampasan. Melalui cara tersebut, raja-raja memperoleh kekayaan hasil daripada wang pampasan.

Krisis kepimpinan berlaku selepas kemangkatan Sultan Abdul Mumin yang mana pengganti nya iaitu Pangeran Hashim telah dilantik untuk menaiki takhta.15 Akan tetapi, beberapa orang yang berpengaruh di istana dan ketua-ketua wilayah enggan menerimanya sebagai pemerintah baru yang sah. Keadaan tersebut menyulitkan kerana perlantikan Pangeran Hashim tidak disukai ramai. Dalam pada itu, kuasa British melihat bahawa situasi yang dihadapi dalam pemerintahan Brunei merupakan peluang keemasan bagi mereka untuk melakukan campur tangan untuk menyelesaikan kemelut politik. Lantas, kuasa British campur tangan dalam pentadbiran Brunei dengan menempatkan seorang pegawai residen pada tahun 1906. Oleh itu, berdasarkan daripada kronologi peristiwa yang berlaku dalam kerajaan Brunei, kelemahan pemerintah menyebabkan kuasa-kuasa Eropah berjaya mendapatkan wilayah jajahan dan campurtangan dalam hal pentadbiran Brunei.

Hal ini jelas memperlihatkan bahawa, pembesar-pembesar pada jangkamasa tersebut tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk menjadi seorang pembesar. Maka, kelemahan dalam pentadbiran dan ketiadaan entiti politik yang kukuh dan kuat memberi peluang kepada kuasa Eropah terutama British untuk meluaskan pengaruh mereka. Oleh hal yang demikian, kelemahan dari aspek pentadbiran telah mencetuskan kekacauan di Kepulauan Borneo dilihat

(9)

oleh British sebagai “turning point” untuk campurtangan di Kepulauan Borneo. Para pembesar Melayu pula seakan-akan hilang arah apabila tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut dan tanpa berfikir panjang mereka terus meminta bantuan daripada British. British pula dianalogikan sebagai “orang mengantuk disorongkan bantal” apabila permintaan tersebut dilihat sebagai satu jalan untuk memudahkan mereka campurtangan di Kepulauan Borneo.

Isu Perlanunan

Sejak awal abad ke-18 telah berlaku kegiatan perlanunan yang berleluasa di sekitar perairan Kepulauan Borneo, lautan di Asia Tenggara, dari Canton ke Makassar dan dari Singapura ke kawasan Papua New Guinea. Kegiatan perlanunan ini didominasi oleh lanun-lanun daripada etnik Iranun dan Balangingi yang mempunyai kepakaran untuk melakukan kegiatan merompak, menyerang kawasan petempatan atau kerajaan-kerajaan pelabuhan di sekitar wilayah-wilayah Asia Tenggara dan merampas barang-barang dagangan yang dibawa ke kepulauan rempah, Singapura, Manila, Batavia, Kepulauan Borneo serta menculik manusia untuk dijual dan dijadikan hamba16. Penggunaan hamba pada ketika itu mendapat permintaan yang tinggi untuk mengerjakan hasil laut seperti kuda laut dan sarang burung sehingga pada pertengahan abad ke-19 perdagangan dengan China giat dilakukan. Di Sulu-Mindanao atau Kepulauan Sulu, kawasan tersebut telah menjadi kawasan yang terkenal dengan kegiatan perlanunan. Motif sebenar mengapa Iranun dan Balangingi melakukan rompakan dan penculikan mempunyai banyak pertikaian. Namun, kegiatan rompakan dan penculikan yang dilakukan oleh etnik Iranun dan Balangingi ini dapat dibuktikan dalam konteks ekonomi dan politik yang menyentuh kepada persaingan di antara kerajaan Malayo-Muslim dan kuasa-kuasa maritim Eropah yang telah menduduki Cotabato dan Sulu lantas membina pangkalan tentera serta keperluan ketenteraan.

Kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke rantau Asia Tenggara dan Kepulauan Borneo bermula abad ke-16 telah merakam suatu gambaran situasi ekonomi dan politik yang baru. Pertembungan global di antara kuasa Eropah dan kerajaan tempatan dalam konteks ideologi, politik, budaya telah mencipta sejarah apabila kuasa Eropah meluaskan kuasa mereka ke wilayah Kepulauan

16James Francis Warren. 2001. Iranun and Balangingi: Globalization, Maritime Raiding and the Birth of Ethnicity.

(10)

Borneo. Dalam membawa agenda tersebut ke Kepulauan Borneo, kuasa-kuasa Eropah berhadapan dengan serangan rompakan daripada lanun-lanun Iranun dan Balangingi kerana kapal-kapal Eropah ini melalui perairan di sekitar Kepulauan Sulu menuju ke Kepulauan Borneo.17 Kuasa-kuasa Eropah terpaksa berhadapan dengan serangan lanun kerana ia dianggap menceroboh kawasan perairan mereka. Berhadapan dengan permasalahan tersebut akhirnya memberikan suatu penetapan bahawa kawasan tersebut terkenal dengan kawasan kegiatan perlanunan. Hal ini seperti yang diperjelaskan oleh James Francis Warren iaitu:

“The heartland of “piracy” in the Southeast Asia has been considered for centuries to be in the waters around the southern Philippines and Borneo, especially the Sulu and Celebes seas”.

Sekitar abad ke-18 dan 19, kegiatan perlanunan ini telah mendatangkan permasalahan kepada para pedagang, pelaut, pengembara dan mubaligh-mubaligh Arab serta Kristian yang datang ke sekitar wilayah Asia Tenggara. Penggunaan kapal-kapal dagangan yang bersaiz besar, kapal-kapal perang dan perahu-perahu yang digunakan oleh para pedagang yang datang dari seluruh pelusuk Kepulauan Melayu dan Eropah telah diganggu lanun-lanun yang berkeliaran di kawasan perairan dengan merompak, merampas dan membunuh para pedagang yang datang berdagang. Kegiatan ini telah mengganggu keselamatan para pedagang yang berdagang sekitar wilayah di Asia Tenggara. Oleh hal yang demikian, kuasa-kuasa Eropah telah mengambil tindakan untuk membanteras kegiatan perlanunan di sekitar perairan Kepulauan Sulu dan Borneo dengan menggunakan kapal-kapal perang untuk menghapuskan aktiviti perlanunan tersebut. Dengan menghapuskan aktiviti perlanunan ia membolehkan kegiatan perdagangan mereka berjalan dengan lancar.

b. Faktor Luaran

Jangkamasa abad ke-16 menandakan permulaan kuasa-kuasa Eropah mulai bersaing di Kepulauan Borneo untuk mendapatkan wilayah jajahan, kepentingan ekonomi dan meluaskan kuasa empayar mereka. Dalam membincangkan permulaan persaingan kuasa-kuasa Eropah pada jangkamasa abad ke-16, fokus perbincangan akan menganalisa faktor yang mempengaruhi persaingan kuasa dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah dalam memperjuangkan agenda mereka.

17James Francis Warren. The Sulu Zone 1768 – 1898: The Dynamics of External Trade, Slavery and Ethnicity in the

(11)

Kepentingan Ekonomi

Perlumbaan kuasa-kuasa besar telah berlaku melibatkan Portugis, Sepanyol, Amerika, Belanda, Jerman dan British untuk mendapatkan wilayah jajahan terutamanya di Kepulauan Borneo. Perlumbaan kuasa-kuasa besar ini dilihat sebagai persaingan sengit yang mana kuasa-kuasa besar menggunakan realpolitik untuk mendapatkan wilayah jajahan. Realpolitik merupakan suatu tindakan yang mana ia menghalalkan apa jua tindakan untuk mencapai matlamat. Dukungan matlamat realpolitik tersebut telah menyebabkan kuasa-kuasa Eropah sedaya upaya mendapatkan wilayah jajahan bagi memenuhi perluasan kuasa melalui dasar imperialism seterusnya aspirasi ekonomi mereka. Melihat kepada keperluan tersebut, kuasa-kuasa Eropah berusaha untuk mencari wilayah jajahan yang sesuai yang mempunyai nilai ekonomi.

Semenjak awal abad ke-16, Portugis, Sepanyol, Belanda dan British telah merangka strategi tetapi dalam jangkamasa yang berbeza untuk mewujudkan perhubungan dengan wilayah-wilayah di Kepulauan Borneo. Namun, usaha yang dilakukan tersebut menemui kegagalan kerana terdapat serangan lanun-lanun mahupun orang-orang tempatan yang menganggu keselamatan para pedagang Eropah. Walaupun menghadapi serangan tersebut, ia tidak mematahkan usaha kuasa-kuasa Eropah untuk memperjuangkan agenda mereka di Kepulauan Borneo. Kedudukan kepulauan Borneo yang terletak di laluan perdagangan antarabangsa menyebabkan ramai pedagang yang datang ke pelabuhan Kota Batu, Banjarmasin, Pontianak, Bantam dan sebagainya. Terdapat pendapat juga menyatakan bahawa, Borneo menjadi kurang penting sebagai tempat kawalan bagi perjalanan ke Maluku, tetapi ia berpontensi menjadi sebuah wilayah yang penting sebagai pusat entrepot di antara Selat Melaka dengan negeri China.18 Potensi kepulauan Borneo untuk menjadi sebuah pusat entrepot telah dijangka oleh kuasa-kuasa Eropah ini dengan melihat jaringan perdagangan yang dilakukan terutamanya dengan Negara China.

18 Graham Irwin. Nineteenth-Century Borneo: A Study in Diplomatic Rivalry. Donald Moore Books. Singapore.

(12)

Sekitar abad ke-5 lagi kerajaan China sudah menjalankan perdagangan dengan Kepulauan Borneo terutamanya di pelabuhan Brunei dan Santubong.19 Antara hasil perdagangan yang diperdagangkan adalah teh, lada hitam, emas, belian, kapur barus, rotan, lilin, kayu balak dan bahan-bahan makanan seperti agar-agar, tripang, sirip ikan yu dan sarang burung. Selain itu, tongkang-tongkang Cina banyak yang singgah di Kepulauan Borneo seperti di Banjarmasin, Santubong dan sebagainya.20 Begitu juga, di sekitar pantai timur laut Borneo dan Mindano terdapat gugusan pulau-pulau kecil yang dipanggil Kepulauan Sulu. Alexander Dalrymple iaitu seorang pegawai syarikat di Madras dan juga seorang pengembara yang mempunyai pengalaman di kawasan Laut Timur berpendapat Kepulauan Sulu boleh dijadikan sebagai satu pusat perdagangan yang baik. Dalrymple turut menyatakan dua tujuan mengapa Kepulauan Sulu mempunyai potensi yang bagus iaitu sebagai sebuah tempat yang sesuai untuk penyebaran barang dagangan Inggeris dan India di Kepulauan Melayu tetapi juga dapat menarik jong-jong dagangan Cina untuk belayar ke selatan.21 Begitu juga, Dalrymple berpendapat bahawa akan ada sebuah pusat perdagangan di Sulu atau di Borneo kerana Inggeris berusaha untuk mengembangkan penggunaan lalulintas perdagangan sehingga ke tempat-tempat yang jarang dilalui di segenap pelosok penjuru Asia Tenggara.

Walaupun tempoh persaingan untuk mewujudkan perdagangan dengan kepulauan Borneo menghadapi cabaran, kuasa-kuasa Eropah ini tetap meneruskan visi mereka. Atas faktor ekonomi, penguasaan jaringan perdagangan di utara Borneo menjadi percaturan mereka. Hal ini kerana, kedudukannya terletak di tengah-tengah jalan perkapalan antara Singapura dan Hong Kong yang juga merupakan jalan perdagangan yang baru selain Selat Melaka.22 Oleh itu, kedudukan Borneo yang dianggap merupakan jalan perdagangan yang baru semakin penting di antara negeri China dan Australia timur melalui Laluan Palawan dan Laut Sulu.

Wilayah jajahan

19Graham Saunders. A History of Brunei. Oxford University Press. New York. 1994. Hlm.23.

20Ibid., hlm. 5

21 Graham Irwin. Nineteenth-Century Borneo: A Study in Diplomatic Rivalry.Hlm. 5.

(13)

Persaingan dalam perebutan tanah atau wilayah jajahan baru menjadi percaturan kuasa-kuasa Eropah pada abad ke-17 sehingga 18. Kuasa-kuasa Eropah mengalami cabaran kerana terpaksa berhadapan dengan pemerintah dan penduduk tempatan yang menghalang tindakan mereka untuk menakluki wilayah tersebut. Keadaan ini menyebabkan kuasa-kuasa Eropah berusaha menggunakan cara diplomasi untuk berbincang dengan pemerintah dengan menandatangani perjanjian. Cubaan demi cubaan dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Sepanyol, Amerika, Belanda dan Inggeris menakluki tanah jajahan di Kepulauan Borneo. Hanya melalui mekanisme campur tangan di dalam pentadbiran tempatan menyebabkan kuasa-kuasa Eropah ini mampu bertapak di Kepulauan Borneo.

Pencarian wilayah jajahan oleh kuasa-kuasa Eropah semakin sengit pada abad ke-17 apabila satu persatu kuasa Eropah datang ke Kepulauan Borneo. Dimulai oleh Portugis dan Sepanyol, seterusnya Belanda, Amerika dan Inggeris mencari wilayah jajahan dengan berharap bahawa wilayah jajahan tersebut memberikan pulangan ekonomi yang lumayan. Hal ini turut disebabkan oleh perubahan dasar dan polisi kuasa-kuasa Eropah di Eropah yang bersaing untuk meluaskan empayar mereka dengan mencari wilayah jajahan di Asia Tenggara terutamanya di Kepulauan Borneo. Misalnya, percubaan Portugis ingin menakluki Brunei, Sepanyol ingin menakluki Brunei tetapi akhirnya menakluki Filipina, Amerika pula berusaha menakluki Brunei yang turut menyebabkan kejatuhan kerajaan Brunei, Borneo Utara turut ditakluki oleh dua orang saudagar Amerika iaitu Moses dan Torrey tetapi disebabkan oleh masalah kewangan mereka meninggalkan Borneo Utara dan seterusnya Amerika menakluki Filipina selepas ditakluk Sepanyol.23 Jerman juga turut berminat dengan wilayah Sulu dan Borneo Utara. Kuasa Jerman dijangka menjadi kuasa yang kuat dan berpengaruh yakni menjadi saingan kepada kuasa-kuasa lain terutama mengancam kepentingan Inggeris di Borneo dan Tanah Melayu. Lord Kimberly pernah menyatakan bahawa;

“The Jermans would be a too powerful neighbours and their presence in Borneo would exercise a disturbing influence in the Malay Peninsula.”

Oleh itu, setiap kuasa Eropah ini mempunyai matlamat yang sama dalam mendapatkan wilayah jajahan cuma strategi yang digunakan adalah berbeza. Di akhirnya, kuasa-kuasa Eropah ini berjaya mendapatkan wilayah jajahan mereka sendiri dalam menggunakan pelbagai cara.

(14)

Dasar Pemerintah Eropah

Kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke Kepulauan Borneo sekitar abad ke-16 dan abad seterusnya turut berlandaskan dasar yang telah ditetapkan oleh pemerintah mereka. Pada peringkat permulaan kuasa-kuasa Eropah ini menjalankan dasar tidak campurtangan di wilayah yang ingin ditakluki oleh mereka. Namun begitu selepas kesan daripada revolusi perindustrian di Eropah pada abad ke-18 terutama kuasa British, pucuk kepimpinan di England telah bertukar kepada Parti Liberal yang memperkenalkan polisi baru iaitu Begitu juga, perkembangan politik di Eropah mendorong kepada dasar campurtangan British di tanah jajahan. Hal ini dapat dilihat apabila berlakunya peralihan kuasa Parti Demokratik kepada Parti Liberal telah mengubah dasar dan polisi British. Semasa pemerintahan Parti Demokratik, dasar dan polisi British adalah tidak terlibat atau tidak campurtangan dalam mana-mana badan pentadbiran tanah jajahan mereka. Misalannya, sepanjang 81 tahun pentadbiran Negeri-negeri Selat (NNS) di bawah kerajaan India, kerajaan British mematuhi polisi yang telah ditetapkan iaitu tiada sebarang campurtangan digalakkan di Negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu. Namun, selepas peralihan kuasa tersebut, Parti Liberal telah mengambilalih pentadbiran dan menetapkan dasar dan polisi baharu yang menyebabkan British boleh melaksanakan dasar campurtangan di tanah jajahan mereka. Perkembangan politik di Eropah telah meluaskan lagi dasar imperialism British yang sememangnya menjadi objektif dan polisi mereka untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia Tenggara. Hal ini kerana, kompeni dagangan British mempunyai kepentingan di Tanah Melayu yang menjurus kepada aspek ekonomi.

(15)

mereka ke rantau Asia Tenggara, Afrika dan sebagainya.24 Penerokaan dan penjajahan mampu dilaksanakan oleh Jerman kerana mereka menguasai kepakaran dalam bidang kekapalan. Oleh itu, untuk melakukan misi penjajahan dan penerokaan bukanlah satu masalah kepada Jerman kerana mereka mempunyai keistimewaan tersebut.

Dalam pada itu, kuasa Eropah yang terkesan dengan tindakan Jerman adalah British. Bagi mengelakkan kehadiran pedagang Jerman di rantau Asia khususnya di Kepulauan Borneo, Lord Kimberly telah menggalakkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) untuk meluaskan pengaruh mereka ke atas Borneo Utara. Tambahan pula, Sepanyol turut berusaha untuk melakukan tindakan yang sama dengan meluaskan pengaruh kekuasaan di Borneo Utara dengan hasrat menempatkan beberapa pegawai mereka di beberapa kawasan di Borneo Utara. Hal ini menunjukan, persaingan berlaku di antara tiga kuasa Eropah yang masing-masing mempertahankan kekuasaan pengaruh mereka. Lantas, British mulai mengorak langkah cepat melalui penubuhan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) mentadbir Borneo Utara lalu menguatkuasakan perjanjian perlindungan 1888 dengan wilayah jajahannya. Manakala, di Sarawak, British turut menguatkuasakan perjanjian perlindungan pada tahun 1888 bagi mengelakkan perluasan kuasa Eropah lain. Tidak ketinggalan juga, wilayah Brunei turut diletakkan di bawah perjanjian 1888.25 Langkah ini adalah merupakan tindakan pihak British yang mahu mengelakkan campurtangan Jerman mahupun Perancis di Brunei. Lord Salisbury pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, Jerman yang di bawah pemerintahan Bismarck kemungkinan ingin mengambil kesempatan terhadap situasi pentadbiran kerajaan Brunei yang kian merundum. Usaha berterusan dan strategik yang diambil oleh pihak British telah menghalang perluasan pengaruh Jerman di Kepulauan Borneo. Sebaliknya, langkah ini telah memperkukuhkan kedudukan British di kepulauan Borneo.

Kesimpulan

Kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke Brunei pada abad ke-16 telah mengubah landskap politik di Borneo dan perubahan momentum perdagangan di Asia Tenggara. Dua perkara yang terkesan

(16)

iaitu pertama perkembangan agama Islam di Asia Tenggara dan Tanah Melayu serta pembukaan kawasan jalinan perdagangan di antara Eropah dan India yang julungnya berlaku pada abad ke-16 lantas membuka jalan kepada kuasa-kuasa Eropah untuk datang ke Asia Tenggara. Berdasarkan perbincangan mengenai persaingan dan pertapakan kuasa-kuasa Eropah di Kepulauan Borneo menjelang abad ke-18 dapat dirumuskan bahawa setiap kuasa Eropah ini mempunyai kepentingan masing-masing. Dengan menggunakan kekuatan dan pengaruh yang ada, mereka berjaya memperoleh wilayah jajahan melalui mekanisme merkantilisme dan imperialism. Kuasa British berjaya mengenepikan pesaingnya yang lain kerana menggunakan strategi campur tangan di dalam sistem pentadbiran wilayah tersebut. Berdepan dengan kuasa-kuasa Eropah lain yang semakin menekan, British mengadakan perjanjian perlindungan 1888 yang meliputi wilayah Brunei, Borneo Utara, dan Sarawak. Melalui kaedah campurtangan dalam bidang pentadbiran sahaja mampu mengelakkan campurtangan daripada kuasa-kuasa asing yang lain. Namun, British menghadapi persaingan dengan Belanda apabila Belanda mulai mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Sambas dan Pontianak. Menyedari hakikat tersebut, British berusaha untuk menyekat kuasa hegemoni Belanda di Borneo.

Belanda yang merupakan pesaing utama British telah berjaya meluaskan kuasa hegemoni mereka di wilayah Kalimantan. Bagi memastikan hegemoni kuasa Belanda kekal di Kalimantan, mereka telah meletakkan pegawai-pegawai bertugas di setiap wilayah di Kalimantan. Dengan cara itu, Belanda campurtangan dalam pentadbiran kerajaan-kerajaan tempatan dan menjalankan agenda mereka untuk mendapatkan pulangan ekonomi yang lumayan. Oleh itu, kuasa-kuasa Eropah yang lain seperti Portugis, Sepanyol, Amerika, dan Jerman terpaksa beralih arah ke wilayah yang lain seperti Kepulauan Sulu dan Filipina. Persaingan kuasa-kuasa Eropah menjelang abad ke-18 ini diakhiri dengan pertapakan dua kuasa Eropah iaitu British yang menguasai wilayah Brunei, Borneo Utara dan Sarawak yang turut digelar sebagai British Borneo manakala Belanda menguasai wilayah Kalimantan dan digelar sebagai Belanda Borneo.

(17)

Belanda berjaya bertapak di Kepulauan Borneo. Meskipun mempunyai ideologi politik yang berbeza, kedua-dua kuasa ini mempunyai agenda yang sama iaitu mendapatkan wilayah jajahan dan pulangan ekonomi yang lumayan.

RUJUKAN

Bilcher Bala. 2005. Thalassocracy: A History of The Medieval Sultanate of Brunei Darussalam.

School of Social Sciences Universiti Malaysia Sabah, Sabah. Percetakan CCS Sdn.Bhd.

de Viene, Marie Sybillie. 2015. Brunei: From the Age of Commerce to the 21st Century. Singapore. National University of Singapore Press.

D.S Ranjit Singh. 1984. Brunei 1839 – 1983: The Problems of Political Survival. Singapore. Oxford University Press.

Irwin, Graham. 1967. Nineteenth-Century Borneo: A Study in Diplomatic Rivalry. Singapore. Donald Moore Books.

Ita Syamtasiyah Ahyat. 2012. Kesultanan Banjarmasin pada Abad ke-19: Ekspansi Pemerintah Hindia-Belanda di Kalimantan. Kota Tangerang Selatan: Penerbit Serat Alam Media.

Warren, James Francis. 1981. The Sulu Zone 1768 – 1898: The Dynamics of External Trade, Slavery and Ethnicity in the Transformation of Southeast Asian Maritme State.

Singapore.

National University of Singapore Press.

_________. 2001. Iranun and Balangingi: Globalization, Maritime Raiding and the

Birth of Ethnicity. Borneo Research Bulletin. Universiti Malaysia Sarawak. Vol.32: 126-145

J.Kathirithamby-Wells. 1977. The British West Sumatran Presidency 1760 – 1785: Problems of Early Colonial Enterprise. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Spencer, St. John. 1994. The Life of Sir James Brooke: Rajah of Sarawak from His Personal Papers and Correspondence. New York. Oxford University Press.

Saunders, Graham. 1994. A History of Brunei. New York. Oxford University Press.

(18)

Referensi

Dokumen terkait

Hal yang sama pula bila dibandingkan antara P1 hingga P3, yang juga berbeda tidak nyata, diduga karena kemampuan ayam broiler untuk menghasilkan bobot badan akhir

Hal ini kemungkinan dipengaruhi oleh kondisi ekologi daerah stasiun II yaitu sungai Gambir yang merupakan daerah perairan yang mengandung unsur hara paling tinggi

Biaya pembatalan ini juga berlaku bagi peserta yang oleh karena sesuatu dan lain hal mengganti tanggal keberangkatan atau pindah ke jenis tour yang lain. Pembatalan sebagian

Dalam penulisan skripsi ini dibatasi hanya pada Analisa Teknik untuk mengatasi Performasi Ketel Uap terhadap produksi uap yang dihasilkan dari parameter

Arus kas yang digunakan (diperoleh) untuk aktivitas pendanaan (Penurunan) / (Kenaikan) bersih kas dan setara kas. Kas dan setara kas awal tahun Kas dan setara kas akhir tahun

keakuratan dan pemenuhan basis pengetahuan sebesar 73%, memiliki tampilan aplikasi yang menarik dan mudah digunakan (80%), dinilai telah cukup memberikan data dan informasi

Strategi yang digunakan guru dalam pembelajaran shalat terhadap anak tunadaksa adalah dengan cara pembelajaran yang maksimal dengan menggunakan berbagai metode dan

Dari hasil ini dapat dikatakan bahwa Komunikasi Sosial yang berisi kegiatan Pembinaan kesadaran bela negara apabila dimaksimalkan dan di Komunikasikan dengan baik,