CARA BACA BUKU UNTUK
UBAH HIDUP
PRINSIP & MINDSET PENTING PEMBACAAN SUPAYA JADI ILMU &
TINDAKAN BERGUNA UNTUK
TAMBAHBAIK KEHIDUPAN
Hakcipta © 2019 Bukhari Ramli
Diterbitkan oleh:
BRC
BR Collective Sdn Bhd 1160345-X
Anda dibenarkan untuk menyebarkan dan berkongsi fail PDF panduan ini dengan sesiapa sahaja TANPA sebarang perubahan dibuat kepada fail PDF ini.
Panduan ini disusunatur supaya mudah dibaca dengan smartfon.
Saya Bukhari Ramli. Bukan sifu. Bukan tok guru.
Bukan pakar. Bukan coach. Bukan jutawan. Takde duit kertas berkipas. Takde kereta besar. Takde rumah besar. Takde private jet.
Tak bercakap di pentas hebat. Tak pakai suit smart.
Tak masuk suratkhabar majalah TV. Takde kenal atau bergambar bergandingan dengan mana-mana selebriti artis orang kenamaan. Tak pernah dapat mana-mana award.
Proceed at your own risk.
“SAYA BUKANNYA TAK RETI BACA!”
Ye, kalau anda boleh membunyikan huruf-huruf ini, anda memang reti membaca. Tiada pertikaian pasal kebolehan anda membunyikan huruf-huruf ini.
Kalau cukup sekadar itu yang anda mahukan dari
‘membaca’, tidak perlu teruskan baca panduan ini lagi dah.
Panduan ini untuk manusia yang mahukan lebih daripada pembacaan:
1. Mahu dapatkan ilmu dari pembacaan.
2. Mahu proses pembacaan yang berkesan untuk ekstrak ilmu praktikal daripada huruf-huruf atas kertas (atau skrin).
3. Mahu mendapatkan kefahaman yang lebih daripada pembacaan.
4. Mahu susun ilmu supaya jadi tindakan yang berhasil.
5. Mahu bina tabiat membaca untuk membina hidup yang lebih baik.
Kalau anda mahukan LIMA perkara di atas, teruskan baca panduan ini…
KITA TAK PERNAH BELAJAR MEMBACA
Ada ke?
Pernah?
Kita belajar membunyikan huruf. Kita belajar sikit- sikit cara mendapatkan kefahaman daripada
pembacaan. Itu saja.
Sebenarnya, kita tak pernah belajar cara membaca untuk belajar jadi satu tindakan praktikal.
LUPAKAN APA KITA BELAJAR DI SEKOLAH
Errrr… kecuali bab belajar membunyikan huruf. Yang tu jangan lupa!
😂 😂 😂
“Membaca ni bosan la!”
No!
Membaca tak bosan.
Apa yang kita dipaksa baca di sekolah, itu bosan!
Semua dah besar panjang kan? Boleh dah
tinggalkan segala macam trauma yang kita dapat di sekolah masa cikgu suruh baca benda yang kita tak mahu.
Semua dah dewasa.
Ini masa untuk kita pilih advencer kita sendiri. Ini masa untuk kita pilih membaca secara ‘sedar’ untuk kelangsungan dan kemajuan hidup kita.
Ini membaca cara dewasa…
PRINSIP & MINDSET PENTING MEMBACA YANG KITA PERLU
FAHAM
Sebelum kita pergi kepada cara, kita perlu faham beberapa prinsip & mindset yang penting.
Kita rasa membaca tu susah sebab kita buat dengan cara yang salah. Sebab kita ada pemahaman yang salah.
Kita fahamkan dulu prinsip & mindset penting supaya kita menuju ke destinasi yang betul. Kita ‘try harder’
untuk membaca pun jadi jahanam kalau kita tak faham benda ni.
“BERSUSAH PAYAH PANJAT TANGGA YANG SALAH, TETAP TAK SAMPAI KE DESTINASI
YANG BETUL.”
Pembacaan aktif vs pasif
Ramai orang membaca dengan cara tergolek atas katil bersenang-lenang. Baca secara pasif. Telan je apa buku tu cakap.
Baca novel atau suratkhabar bolehlah macam tu.
Membaca untuk ubah hidup ialah aktiviti aktif. Kita tak boleh sekadar jadi penunggang pasif. Kita yang perlu jadi PEMANDU.
Kita perlu TERLIBAT dalam pembacaan supaya boleh jadi satu aktiviti yang mendatangkan hasil.
Kita akan kupas lebih lanjut nanti…
Membaca untuk maklumat
Baca suratkhabar atau baca novel ialah jenis membaca untuk maklumat.
“Ooooo, artis ni dah kahwin.”
“Mak bapak Harry Potter ni rupanya kena bunuh dengan Voldermort.”
Kita dapat maklumat. Adakah maklumat ini penting dalam kehidupan kita? Adakah maklumat ini
mengubah kefahaman dan perjalanan hidup kita?
Huruf-huruf beri maklumat. Kita terima maklumat.
Tiada apa yang perlu diproses.
Esoknya, boleh kata takde apa perubahan berlaku dalam hidup kita. Maklumat datang macam angin lalu.
Takde masalah pun membaca untuk maklumat.
Kebanyakan yang kita baca, jatuh dalam kategori ini.
Termasuklah saya.
Cuma…
Kita tak belajar sesuatu yang baru (sekadar dapat maklumat baru). Hidup kita tak berubah. Kita tak dapat apa-apa ‘competitive advantage’. Pembacaan begini tak membantu kita jadi lebih baik dalam buat kerja kita.
Tip:
Apa-apa benda yang senang dibaca tanpa perlu berfikir = membaca untuk maklumat.
(Nota tepi: Sebab tu saya tak suka orang komen,
“Thanks info,” pada posting / artikel ilmu. Itu
menunjukkan dia baca untuk maklumat. Esok lusa, takde apa yang berubah.)
Membaca untuk kefahaman
Membaca untuk kefahaman pula ialah satu binatang lain daripada membaca untuk maklumat.
Sambil kita membaca, apa yang kita baca bagi kita sudut pandang baru, ilmu baru, kefahaman baru…
Kita perlu BEKERJA untuk proses & hadam apa yang kita baca.
Hasilnya:
1. Kita belajar sesuatu yang baru.
2. Pandangan & kefahaman kita berubah.
3. Kita dapat ‘competitive advantage’ dengan
penambahan skill atau ilmu praktikal yang baru.
4. Kita jadi lebih baik dalam buat kerja kita.
5. Kita jadi manusia yang lebih baik.
Jadi…
Membaca untuk kefahaman — disebabkan kita perlu bekerja untuk proses & hadam — ialah satu
pembacaan yang SUSAH.
Membaca itu SUSAH!
“Saya nak baca, tapi susah la nak faham…”
Well, what do you expect?
Ye, memanglah susah faham. Sebab kita perlu proses & hadam.
Nak membaca untuk ubah kefahaman dan ubah
hidup kita, memanglah satu kerja yang susah. Sebab kita perlu UBAH hidup kita. Ada sesuatu yang perlu berubah dalam diri kita untuk kita dapatkan
kefahaman baru.
Kan ke kita membaca untuk ubah hidup?
Ubah hidup itu satu kerja susah.
Siapa punya kerja untuk ubah hidup tu? Kerja kita lah!
Takkan kita boleh anggap membaca untuk ubah hidup ni kerjanya senang lenang macam baca novel bergolek atas katil sambil pintal hujung bantal?
Ini satu benda yang kita kena terima.
Sebab membaca takkan jadi senang.
10 ribu kali kita komplen pasal membaca ni susah, tetap takkan jadi senang.
Kalau serius nak membaca (atau belajar) timba ilmu untuk ubah hidup, terima sajalah membaca ini satu kerja aktif. Bukan santai-santai baca ruangan
hiburan kat suratkhabar.
Membaca boleh jadi senang…
Ye, saya cakap tadi membaca kerja susah yang takkan jadi senang.
Sebab kita baca benda susah sampai kita faham dan LEVEL UP, kemudian kita baca benda lagi susah dan lebih dari kefahaman kita tadi. Kita LEVEL UP lagi.
Kita jumpa lagi cabaran lebih susah. Macam main game jugak.
Kerja membaca boleh jadi senang sebab…
Kita yang ubah diri kita supaya bagi kita membaca itu jadi satu benda yang kita buat selalu sampai kita tak rasa susah.
Kita bina tabiat membaca.
Kita PUSH diri kita baca benda yang susah faham.
Kita biasakan diri baca benda susah yang ‘atas’ sikit dari kefahaman kita sekarang.
Lama-lama, kita tak komplen dah pasal susahnya membaca. Lama-lama, kita yang ketagih nak
membaca benda susah supaya kita boleh LEVEL UP.
Setiap kali LEVEL UP kita dapat kepuasan, kita tambah skill baru, kita dapat kefahaman baru…
Benda ni macam dadah.
Kita dah jadi syok & ketagih!
Baca berkali-kali
“Saya baca sekali, tak faham la…”
Bacalah berkali-kali.
Kalau selama ini memang tak pernah membaca secara aktif, takkan tiba-tiba kita jadi handal baca sekali boleh faham?
Logik tak?
Kalau berlari anak satu hasta sekalipun tak pernah, takkan tiba-tiba boleh handal lari marathon sampai habis?
Kau gila?!
Bina tabiat membaca Jadi...
Lepas kita faham semua tu, kita akan nampak:
Sebenarnya bukan baca buku tu yang membantu ubah hidup kita.
Yang mengubah hidup kita ialah:
Kita ubah diri kita dan bina tabiat membaca.
Sebab bukan buku yang ubah kita.
Selama ni buku melambak-lambak ada kat luar sana.
Kita sama je macam tu.
Kita cuba-cuba baca buku pun, kita masih lagi sama takat tu juga.
Kita perlu ubah diri kita dulu supaya kita boleh serap apa yang buku-buku hebat tawarkan pada kita.
Kita perlu SIAPKAN diri kita supaya jadi orang yang boleh ambil manfaat hebat dari buku-buku hebat.
2 orang yang lain tahap pembacaan akan baca satu buku yang sama dengan kefahaman dan hasil
berbeza.
Poin bonus:
Baca buku yang sama berkali-kali.
1. Kita baca buku A. Kali pertama. Kita bermula kosong.
2. Kita buat kerja dengan ilmu & perubahan pandangan yang kita dapat dari buku A.
3. Kita baca buku A. Kali kedua. Kita tak lagi bermula kosong. Kita dah ada ilmu dari
pembacaan kali pertama & kita ada pengalaman hasil praktikkan pembacaan kali pertama.
4. Kita buat kerja dan teruskan kehidupan. Dengan pengalaman & ilmu hasil baca 2 kali.
5. Kita baca buku B. Kali pertama.
6. Kita baca buku A. Kali ketiga. Kali ini pun tidak bermula kosong. Sudah ada pembacaan kali pertama + praktikkan pembacaan kali pertama + pembacaan kedua + praktikkan pembacaan kali kedua + ilmu dari buku B.
Kita yang baca buku A kali pertama dengan kita yang baca buku A kali ketiga bukan lagi orang yang sama.
Kita baca buku A kali pertama dengan pandangan newbie.
Kita baca buku A kali kedua dengan pandangan orang yang pernah membaca dan praktikkan. Mata kita akan mula ‘filter’ dan nampak benda-benda yang kita tak nampak kali pertama baca.
Buku masih sama. Kita yang berubah.
Pandangan kita berubah.
Cara kita baca berubah.
Cara kita tangkap apa yang kita baca berubah.
APA TUJUAN KITA MEMBACA?
Apa yang kita mahu dari pembacaan?
Dalam konteks yang kita cerita dalam panduan ini, kita mahu perubahan hidup.
Jadi…
Membaca — dalam konteks ini — jadi tidak berguna jika tidak disertai dengan:
PERUBAHAN TINDAKAN & PERILAKU.
Jadi…
Macam mana cara baca buku yang berkesan?
CARA BACA BUKU YANG BERKESAN
Jom kita tengok satu-satu langkah demi langkah…
0. Tip mudah
Tiada perubahan tindakan & perilaku = tiada pembelajaran = tiada guna baca buku (dalam konteks mengubah hidup).
1. 3-5 tindakan
Sebelum mula baca buku, tetapkan apakah 3-5 tindakan yang kita mahu ubah atau mulakan.
Contoh:
A. Dengan baca buku ni, aku nak ubah pandangan pasal kenapa bisnes perlu ambil pekerja, tahu dan buat cara untuk ambil pekerja pertama & tahu dan buat cara untuk memilih pekerja yang betul.
B. Dari baca buku ini, aku nak tahu dan aku nak buat:
-
Rancangan marketing yang aku boleh buat dalam masa seminggu pertama-
Apa mesej yang mahu disampaikan kepada pelanggan-
Apa tawaran yang mahu diberi kepada pelanggan supaya pelanggan berbelanja lebih2. Pastikan tindakan & perubahan yang kita
tetapkan ini satu perkara yang konkrit dan jelas untuk dibuat
Salah: Aku nak buat jualan RM100,000 sebulan (sedangkan sekarang masih baru bermula).
Betul: Aku nak tahu apa 3 langkah yang aku boleh buat dalam masa seminggu pertama.
Nampak tak bezanya?
RM100,000 sebulan bukan satu benda konkrit yang kita boleh buat. Itu ialah hasil yang kita dapat. Ia bukan sesuatu yang boleh dikerjakan.
3-5 langkah yang boleh kita buat dalam masa
seminggu pertama pula ialah perkara konkrit yang kita boleh mulakan segera!
Petua: Kalau tindakan yang kita pilih tak boleh dibuat cepat, pecahkan lagi kepada yang lebih kecil &
konkrit.
3. Buru dan cari 3-5 tindakan tadi sampai dapat Macam singa kelaparan, masa kita baca buku, kita BURU 3-5 tindakan yang kita mahu buat tadi.
Semua pembacaan kita ditapis dengan kaca mata:
“Apa 3-5 tindakan yang aku nak ubah / mulakan?
Dah dapat ke belum?”
Kita tak perlu risau dengan buku yang ada berpuluh ribu perkataan dan berpuluh bab. Kita tapis
semuanya dengan niat awal kita tadi.
4. Ambil masa untuk hadam
Keluar saja ke dunia nyata lepas baca buku tadi tadi, duduk bertenang dulu. Mencangkung dulu. (Audiens BRC mesti tahu apa saya maksudkan dengan
‘mencangkung’.)
Tak perlu terus terburu-buru nak berlari tak tentu haluan. Ambil masa untuk hadam dulu.
“Apa yang aku faham dari pembacaan aku?”
Tulis nota sendiri semula. Guna PERKATAAN SENDIRI. Jangan salin ‘copy paste’.
Kalau kita tak boleh terangkan dengan perkataan sendiri, maknanya kita tak faham. Kalau kita tak boleh ajar orang apa yang kita baru belajar,
maknanya kita belum faham lagi. (Dah kalau tak faham, kenapa nak terburu-buru buat?)
4.5 Selami perasaan sendiri
Dalam pembelajaran, ini yang ramai orang tak buat.
“Apa yang aku RASA bila aku baru tahu pasal benda ni? Apa beza sebelum vs selepas aku tahu benda ni? Apa perasaan aku dengan potensi yang aku boleh buat dengan benda ni?”
Kita nak ubah diri. Kita kena kenal diri kita sebelum dan selepas proses perubahan.
‘Connect’ dan sedar dengan perasaan sendiri.
Salah: Yeah, aku rasa best.
Betul: OK, selama ni aku paham X, rupanya Y.
Barulah aku nampak kenapa selama ni aku salah.
Kalau aku tak faham Y ni, memang selamanya aku
‘stuck’ kat tempat sekarang. Memang Y ni satu benda yang sangat bernilai untuk aku faham.
Kat langkah ini, kita kenal perasaan sendiri dan kita ambil masa kejap untuk HARGAI ilmu yang kita baru dapat.
Kadang kita cepat sangat nak bergerak, kita tak sempat bersyukur dan menghargai anugerah rezeki ilmu yang kita baru dapat ni.
Jadi…
Ambil masa kejap.
‘Slow down’.
Bagi benda yang baru masuk ni meresap ke dalam jiwa kita.
5. Terus bertindak dalam beberapa hari terawal Selesai saja hadam, terus bertindak.
Pastikan tindakan tadi dibuat terus dalam minggu pertama selepas baca.
Makin lama kita tunggu, makin tipis kebarangkalian untuk kita buat apa-apa dengan ilmu baru ini.
Makin kita tangguh, makin cerah peluang untuk tak menjadi apa-apa.
5.5 Mencangkung sekali lagi
Dua minggu (atau sela masa yang sesuai untuk nampak sikit hasil) lepas buat tindakan, duduk semula dan buat penilaian.
Banyak kita belajar, lepas kita buat. Kita akan jumpa lebih banyak benda baru daripada setakat baca
faham sikit-sikit haritu.
Buat penilaian sekali lagi supaya kita boleh belajar dan tambah lagi kefahaman kita.
“Lepas baca haritu aku dah faham sikit, lepas aku dah buat ni apa kefahaman aku yang dah berubah?”
“Tengok hasil yang aku kerjakan ni, apa yang menjadi, apa yang tidak? Kenapa?”
“Apa perasaan aku lepas lalu satu kitaran baca >
hadam > buat ni?”
KATA KUNCI: BUAT & BERTINDAK!
Indikator paling jelas untuk ukur keberkesanan membaca buku:
Adakah kita berjaya mengubah / memulakan tindakan baru untuk majukan diri kita?
Sekarang…
Kita dah baca panduan ini, apa tindakan kita?
Apa yang saya tulis sebelum ini, sudah cukup untuk anda mulakan langkah. Baca berulang kali. Buat nota sendiri. Duduk mencangkung.
Kemudian terus buat!
Di bahagian BONUS seterusnya, saya kongsi
beberapa tulisan saya tentang membaca untuk anda lebih faham dan lebih serap…
“BUKU APA NAK BACA? MACAM MANA CARA PILIH BUKU?”
“Saya rasa banyak buku best. Itu nak baca, ini pun nak baca. Macam mana nak pilih buku yang bagus?
Nak tengok cover, tengok sinopsis, tengok penulis atau cari di senarai best seller?”
Pilih satu dan ‘move on’! Jangan hidup dalam keadaan tak ketentuan tak buat keputusan. Masa terus berjalan. Takkan mahu ‘stuck’ lagi?
Takkan sampai tahun depan masih lagi mahu duduk berfikir buku mana nak baca. Sedangkan dalam setahun tu dah boleh baca semua buku yang ditimbang tu.
Pokok pangkalnya, baca.
Kalau rasa buku tu tak bagus atau belum sampai masa untuk baca buku tu, tutup terus. Cari buku lain.
Takde syarat yang kita WAJIB habiskan baca buku yang kita mulakan. Tak suka, tukar buku lain. Rasa rugi beli? Itulah pelaburan kita.
Habiskan masa berlama-lama fikir tu tak rasa rugi ke? Masa lagi mahal tau!
Pilih satu dan teruskan kehidupan segera.
Makin banyak baca, makin pandai pilih. Makin banyak baca, makin develop taste sendiri.
Lama-lama baca, tengok cover, tengok kandungan pun dah boleh agak buku mana kena selera tekak, mana yang tidak.
“MACAM MANA NAK ADA MASA UNTUK BACA BUKU? SAYA SIBUK
TAU!”
Membaca bukannya satu aktiviti santai yang dibuat masa takde kerja baring atas hammock tepi pantai Caribbean.
Membaca ialah satu KERJA yang mesti dibuat dan ditetapkan masanya.
Sibuk macam mana pun kita tetap makan, minum, mandi, solat & berak setiap hari. Cari masa di celah- celah kehidupan yang sibuk.
Begitu juga membaca.
Masa tak pernah muncul tiba-tiba dihidang atas
dulang perak dan emas. Masa takkan boleh terjumpa di tepi jalan atau di rak-rak kedai.
Kita akan cari masa untuk benda yang kita rasa
penting. Kalau rasa tak penting, tak perlu buat. Kalau rasa penting, cari masa untuk buat. Hidup ini mudah.
Perubahan mindset ini yang perlu dibuat dulu.
Kalau tak tukar mindset ni, sampai bila pun takkan jumpa jawapan kepada soalan, “Macam mana boleh ada masa untuk membaca?”
Sebab masa tak muncul secara tiba-tiba!
“MACAM MANA NAK HADAM BUKU DENGAN MUDAH DAN PANTAS?”
Ada cara untuk hadam buku dengan mudah dan pantas.
Tapi untuk bagi mudah ni sebenarnya cara dia susah!
Hukum pembacaan berstrategi Bukhari Ramli yang pertama:
Satu-satu buku itu tidak penting.
Yang penting ialah tabiat membaca tu.
Hukum pembacaan berstrategi Bukhari Ramli yang kedua:
Ilmu daripada satu-satu buku itu tidak penting.
Yang penting ialah ilmu-ilmu yang berjiran,
berkawan, bersenyawa, bercakap-cakap antara satu sama lain hasil daripada habit membaca tadi.
Yang penting ialah kaitan yang kita boleh nampak antara ilmu-ilmu yang kita dapat.
Mengapa dua hukum ini penting?
1. Kita tidak taksub dengan satu-satu buku atau ilmu.
2. Kita lebih mudah mensintesis ilmu.
Saya boleh baca laju sebab:
Tiada ilmu baru di dunia ini.
Selalunya ilmu itu ditokok tambah, diubahsuai dan diadaptasi. Kalau kita dah pernah baca banyak buku dalam topik yang sama, nak baca satu lagi buku
dalam topik tu dah jadi senang.
Sebab banyak asas ilmu kita dah ada.
Umpama meneroka hutan. Kalau hutan itu sudah kita tebas dengan buku sebelum ini, perjalanan seterusnya jadi lebih mudah. Kalau dah selalu lalu jalan itu, dah ada jalan tar mungkin, mudah saja nak lalu.
Kadang-kadang, saya buka Amazon dan tengok table of content sesuatu buku. Aha! Dah tahu lebih kurang. Dah boleh agak isi kandungannya.
Jadi, bagaimana saya boleh baca buku dengan mudah?
Jawapan:
Macam kejayaan lain juga. Kita nampak mudah.
Overnight success memang nampak macam overnight success dari luar.
Kita tak nampak di sebalik overnight success itu ada ber-‘night-night’ tak tidur malam buka buku sambil menconteng atas kertas, buat lakaran supaya dapat kefahaman lebih dalam.
"[R]EADING ANY PARTICULAR BOOK IS A WASTE OF TIME COMPARED TO KEEPING
OUR PERSPECTIVE ABOUT BOOKS
OVERALL.”
“MACAM MANA TAK NAK BAGI LUPA APA YANG KITA BACA?”
Macam biasa…
Ini soalan yang salah.
Moh kita betulkan kepala otak kita…
Siapa yang dah lama follow Bukhari Ramli & BRC, ramai yang dah berjaya ada tabiat membaca dan berfikir.
Barulah namanya kemajuan!
😎 😎 😎
Membaca untuk apa?
Untuk dapat ilmu.
Dapat ilmu untuk apa?
Untuk amalkan.
Kalau amalkan, boleh lupa ke?
Kalau betul lupa, macam mana?
Baca je sekali lagi.
Kalau lupa lagi?
Baca lagi.
Kalau ada lupa, ada yang ingat?
Buka dan baca bahagian yang lupa. Bahagian yang ingat, tak payah baca.
Susah ke?!
Tiada larangan untuk baca buku berkali-kali.
Malah, lagi elok baca buku sama berkali-kali.
Kali pertama baca, faham sikit. Praktikkan.
Kali kedua baca, bertambah faham hasil baca lagi sekali + pengalaman praktikal sendiri + lebih tahu apa perlu dicari.
Kali ketiga baca, bertambah faham hasil baca lagi sekali + pengalaman praktikal sendiri + lebih tahu apa perlu dicari + bertambah faham hasil baca lagi sekali + pengalaman praktikal sendiri + lebih tahu apa perlu dicari.
Rugi ke baca berkali-kali?
Kita bukan dalam Program Nilam.
Nak baca banyak-banyak buat apa kalau tak faham?
Bukan ada pertandingan siapa baca buku paling banyak.
Kan dah mengejar TUJUAN yang salah tu?
Buku untuk dibaca dan dimanfaat.
Bukan untuk baca cepat-cepat nak pangkah dari senarai.
“A GOOD BOOK GETS BETTER ON THE SECOND READING. A GREAT BOOK ON
THE THIRD. ANY BOOK NOT WORTH REREADING ISN’T WORTH READING.”
~ NASSIM TALEB
Yang sebenarnya…
Kita susahkan benda.
Tak nak lupa la.
Tak nak baca sekali lagi la.
Mudah saja…
Balik semula kepada TUJUAN kita membaca.
Jawab dulu soalan ini:
MEMBACA UNTUK APA?
"READ 500 PAGES EVERYDAY. THAT'S HOW KNOWLEDGE WORKS. IT BUILDS UP LIKE
COMPOUND INTEREST."
~ WARREN BUFFETT
PETUA SPEED READING BUKHARI RAMLI
1. Jangan!
Membaca laju mungkin membolehkan kita baca banyak.
Tapi... kita mengorbankan tahap kefahaman.
Apa tujuan kita?
PILIH:
Mahu baca banyak buku ATAU mahu belajar daripada banyak buku yang bagus?
2. Kalau kita anggap membaca macam suatu kerja leceh yang kita mahu cepat selesaikan…
Mungkin ini bukan mindset yang bagus untuk kita masuk dalam 'dunia' membaca.
Patutlah kita sukar membaca kalau itu cara kita.
3. Membaca ialah gaya hidup.
Bukan larian pecut.
Manfaat membaca datang daripada tabiat membaca, BUKAN daripada bacaan sesebuah buku.
Ia satu dunia untuk kita kenal, selami dan biasakan.
4. Cara untuk baca cepat:
BANYAKKAN MEMBACA.
Banyak membaca akan buatkan kita boleh agak apa akan ada di depan.
Kita akan melihat teks bacaan sebagai satu pattern.
Lebih banyak kita baca, lebih banyak pattern ini kita kenal.
Maka, lebih cepat kita boleh hadam.
5. Baca banyak buku dalam bidang berkaitan dari kulit ke kulit.
6. Sampai satu masa, baca table of content saja sudah cukup.
Buku bukan tuan kita. Tidak perlu kita jadi hamba buku dan baca dari kulit ke kulit.
7. Jalan panjang ialah jalan paling singkat.
Luangkan lebih masa untuk fahami mendalam satu topik.
Lebih baik daripada baca cepat tapi tidak lekat.
Sudahnya perlu baca semula.
8. Buku pertama dalam satu topik memang susah kerana banyak perkara kita belum tahu.
Sesudah ada latar belakang yang kukuh, buku dan ilmu seterusnya akan jadi lebih mudah.
Sampai satu masa, kita sudah boleh agak apa yang buku itu mahu cakap.
Sampai di sini, kita boleh speed reading tanpa hilang kefahaman.
BUKAN kerana kita saja-saja baca laju.
Kita baca laju disebabkan banyak yang kita sudah faham.
9. Mungkin ada teknik baca laju tanpa hilang
maklumat. Kita boleh keluarkan semula maklumat yang dibaca.
Pilih:
Mahu sekadar 'muntahkan' semula maklumat ATAU mahu faham ilmu yang diserap?
PILIH:
Mahu jadi perakam maklumat ATAU faham, hadam, proses, adaptasi, sintesis, analisa maklumat supaya jadi ilmu praktikal + supaya boleh hasilkan idea
baru?
10. 9 prinsip di atas juga terguna pakai apabila kita mahu belajar dan kuasai bidang baru (menulis, bina rumah, melukis, bina bisnes, belajar marketing etc).
ALAT AJAIB YANG BOLEH BUATKAN KITA JADI BIJAK PANDAI &
SELESAIKAN MASALAH KITA DENGAN MURAH
Macam mana nak jadi pandai?
Macam mana nak kasi setel masalah yang berlambak ni?
Senang je.
Saya tak pandai.
Budak hingusan.
Budak baru belajar.
Kurang pengalaman.
Mentah.
Macam mana nak dapat pengalaman best?
Saya ada masalah.
Buntu saya hadap masalah ni.
Menung lama-lama pun tak jadi apa kat masalah saya ni.
Macam mana saya nak selesaikan masalah ni?
Saya jumpa satu alat ajaib ini.
Alat ajaib ini disediakan oleh orang bijak pandai sejak beratus beribu tahun dahulu.
Masalah kita sekarang bukan masalah baru. Berjuta manusia sebelum kita pernah alami masalah yang sama.
Bijak pandai, ahli falsafah, pemikir hebat semua dah pernah alami masalah yang kita hadapi sekarang.
Mereka bijak. Mereka dah selesaikan masalah tu.
Bukan itu saja... Mereka simpan penyelesaian masalah mereka ni dalam alat ajaib ini.
Yang bestnya:
Kita boleh beli alat ajaib ini untuk buat kita jadi lebih pandai & bantu selesaikan masalah kita dengan harga yang murah.
Berapa harga alat ajaib ini?
RM30.
RM50.
RM70.
Murah kan?
Kalau itupun kita rasa mahal, memang layak kita kekal bodoh dan tersangkut dalam masalah kita.
Apakah alat ajaib ini?
Buku.
Ye.
Buku.
Bijak pandai zaman berzaman dah pernah alami masalah yang kita alami.
Mereka dah selesaikan.
Mereka dah tulis pengalaman mereka dalam buku.
Kita boleh beli pengalaman kolektif ribuan tahun ni dengan harga murah.
Apa ke GILA kalau kita tak mahu ambil kesempatan atas nikmat rahmat ilmu bertulis ini?
Apa ke RUGI kalau kita tak gunakan alat yang boleh bantu cerahkan fikiran kita ini?
Apa ke SOMBONG kalau kita tak mahu buka pintu hati kita untuk terima alat ini?
“MACAM MANA NAK BACA BUKU?”
1. Ambil buku.
2. Baca buku.
3. Letak buku semula.
Siap!
Jangan susahkan.
Jangan beri alasan.
Buat!
Ini hidup kita. Siapa lagi yang nak kerjakan, kalau bukan kita?
DAPAT MANFAAT DARI PANDUAN INI?
1. Sebarkan panduan ini. Emelkan, forward-kan, kongsi melalui Whatsapp, Telegram dan
pemindahan menggunakan disket 😂
2. KLIK SINI dan follow page BRC. Jarang update. Sesekali update, memang padu bagi habis.
3. KLIK SINI dan follow profile Bukhari Ramli.
Yang ini selalu update.
4. KLIK SINI dan join Channel Telegram BRC.
Ayat pedas-pedas manja. Hati tisu jangan join.
5. Doakan yang baik-baik. Sebarkan perkara yang baik-baik. Jadilah manusia berilmu dan
bermanfaat. Jadikan dunia ini tempat persinggahan yang selesa untuk semua.