• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIT 8 MEMBACA DAN MENULIS KANAK-KANAK 5 KE 6 TAHUN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "UNIT 8 MEMBACA DAN MENULIS KANAK-KANAK 5 KE 6 TAHUN"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 74

UNIT 8

MEMBACA DAN MENULIS KANAK-KANAK 5 KE 6 TAHUN

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari bab ini, pelajar boleh:

1. Menerangkan tunjang bahasa dan komunikasi kurikulum prasekolah.

2. Melaksanakan pengajaran membaca dan menulis dalam kalangan kanak-kanak TADIKA.

PENGENALAN

Bagi kanak-kank 5-6 tahun, istilah literasi iaitu bertutur, bercakap, mendengar, visual literasi seperti melihat dan melukis, dan juga pemikiran kritis (bukan hanya membaca dan menulis). Selain itu, literasi teknologi (seperti permainan komputer dan aktiviti pencarian internet, faks, e-mel), budaya popular (contohnya filem, teater, seni), literasi berfungsi (carta, peta jalan, jadual waktu), dan bahasa lain adalah lebih sesuai bagi generasi abad ke 21.

Semasa berusia lima tahun, kanak-kanak tadika telah belajar memahami semua struktur tatabahasa dalam bahasa ibunya. Dia boleh mendengar dan menceritakan kisah yang kompleks, bermain dengan bahasa dengan berima dan menyenaraikan kata-kata yang bermula dengan bunyi yang sama. Mereka juga telah mula meneroka hubungan antara pertuturan dengan pembacaan serta penulisan. Mereka mempelajari bunyi huruf dan mengabungkannya untuk membentuk perktaan dan ayat. Mereka menggunakan kemahiran ini untuk membuat cerita, membaca buku mudah dan menulis mesej ringkas.

Oleh kerana kanak-kanak prasekolah akan beralih ke darjah satu, pendidik perlu menyediakan mereka dengan kemahiran membaca dan menulis yang sepatutnya supaya mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran kelak.

(2)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 75

PEMETAAN KONSEP

KANDUNGAN

8.1 Kurikulum KSPK

Kurikulum KSPK Pendekatan Mengajar Membaca dan Menulis PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-

KANAK 5 KE 6 TAHUN

BM 1.0 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

BM 2.0 Kemahiran

Membaca

BM 3.0 Kemahiran

Menulis

Model Bawah ke

Atas

Model Atas ke Bawah Model

Interaktif

Kaedah

Fonik Kaedah

Berasaskan Cerita

Kaedah Berasaskan Pengalaman Kaedah

Berasaskan Gambar

Pengajaran Strategi Membaca dan Menulis

Strategi membaca

Strategi Menulis K-W-L

DRTA

Peniruan dari persekitaran

Menulis Bersama-

sama Peniruan

cerita

(3)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 76

Tunjang Komunikasi

Tunjang komunikasi terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa adalah instrumen untuk kanak-kanak membangunkan idea atau pandangan mereka tentang dunia persekitarannya. Tunjang komuniksai ini boleh dilaksanakan pada masa pembelajaran bahasa dan boleh digabung jalinkan kepada pelbagai tunjang yang lain. Selain dari itu kemahiran bahasa dan komunikasi dan boleh diterapkan dalam pelbagai aspek rutin harian di prasekolah. Kemahiran bahasa ini diorganisasikan dalam kemahiran mendengar dan bertutur; kemahiran membaca;dan kemahiran menulis.

Keempat-empat kemahiran ini adalah penting bagi memperkembangkan komunikasi lisan dan asas literasi murid untuk pembelajaran mereka seterusnya.

Antara objektif bagi Tunjang komunikasi ialah;

1. Memberi respon secara bertatasusila

terhadap pelbagai bahan rangsangan yang didengar.

2. Berkomunikasi dan menyampaikan idea.

3. Membaca dan memahami ayat mudah.

4. Menulis perkataan,frasa dan ayat mudah.

Di samping itu daripada isi kandungan kurikulum, KSPK juga menekankan aspek seni bahasa juga dalam penyampaian isikandungan kurikulum. Aspek seni bahasa merujuk kepada;

1. Pembelajaran berlaku dengan baik jika kanak-kanak sendiri yang membina proses pembelajaran dan juga menyelesaikan masalah berkaitan.

2. Bahasa dapat dipelajari secara efektif dengan mengabungkan kesemua aspek bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis).

3. Bahasa adalah proses aktif iaitu kanak-kanak membina makna dengan menggunakan pelbagai sumber (perbincangan, buku, suratkhabar, lawatan, internet dll).

4. Bahasa dipelajari dalam konteks dan bukan secara berasingan, iaitu proses pembelajaran berlaku dengan baik menggunakan isu atau tema yang berkaitan dengan kanak-kanak.

5. Kanak-kanak diberi peluang untuk membuat refleksi terhadap pembelajaran ataupun Soalan Ulangkaji.

6. Kanak-kanak berpeluang untuk berkomunikasi atau menyampaikan dalam pelbagai mod/ medium tentang apa yang telah mereka pelajari.

7. Pendidik, rakan sebaya, ibu bapa atau komuniti memberikan pelbagai bentuk maklum balas bagi membantu pembelajaran.

(4)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 77

8. Penilaian berterusan adalah bertujuan bagi merancang proses pembelajaran kanak-kanak.

9. Pembelajaran bahasa adalah peribadi dan berkaitan dengan latar belakang kanak-kanak.

10. Pembelajaran bahasa berkembang dari bahasa ibunda kanak-kanak dan pengalaman sosial dan budaya mereka.

Aktiviti pembelajaran boleh dirancang dan dilaksanakan berdasarkan standard kandungan berikut:

STANDARD KANDUNGAN

BM1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

BM1.1 Mendengardanmemberi respons terhadap pelbagai bunyi di persekitaran

BM1.2 Mendengar, memahami dan memberi respons secara geraklaku dan lisan

BM1.3 Mendengar dan mengecam bunyi bahasa BM1.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah BM1.5 Bertutur untuk menyampaikan idea BM2.0 KEMAHIRAN MEMBACA BM2.1 Menguasai kemahiran prabaca

BM2.2 Mengenal huruf abjad

BM2.3 Membina dan membaca sukukata dan perkataan

BM2.4 Membaca dan memahami frasa dan ayat BM2.5 Membaca dan memahami bahan baca BM2.6 Memupuk bacaan luas

BM3.0 KEMAHIRAN MENULIS BM3.1 Menguasai kemahiran pratulis BM3.2 Menguasai kemahiran menulis

Bagaimanakah anda hendak menyepadukan komponen bahasa dengan komponen yang lain semasa proses pnp?

(5)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 78

Bahasa dan literasi digunakan merentas kurikulum di dalam di dalam kelas pendidikan awal kanak-kanak.

Ianya di gunakan mempelajari sesuatu, mengingati, memberitahu sesuatu, dan menyampaikan maklumat baik aktiviti yang dirancang mahupun aktiviti di dalam kelas, kesemuanya menggunakan bahasa dan literasi.

Bermula dengan menyambut kedatangan kanak-kanak, Pendidik dan kanak-kanak menggunkan bahasa dan komunikasi. Apabila kanak-kanak ditunjukkan nama mereka pada jadual kedatangan dan juga mencari label nama mereka untuk menyimpan barang periabadi mereka, kesemuanya menggunakan bahasa dan literasi. Begitu juga semasa rutin harian seperti masa makan, mandi, bermain di luar keas, akan turut menggunakan bahasa dan literasi. Pendidik sepatutnya menggunakan peluang ini untuk menunjukkan contoh penggunaan bahasa yang standard (bukan bahasa dareah), betul (tidak pelat) dan memggunakan nada bahasa yang rendah (tidak menjerit) apabila berbual atau member arahan kepada kanak-kanak. Ini akan dapat membimbing kanak-kanak menggunakan bahasa dengan betul dan juga bersopan.

Bahasa dan literasi boleh disepadukan melalui aktiviti pembelajaran, misalnya semasa pemerhatian di luar kelas, kanak-kanak digalakkan membaca buku nota bagi mencatatkan hasil pemerhatian mereka.

Begitu juga semasa ujikaji galakkan kanak-kanak melaporkan hasil ujikaji dalam bentuk lukisan mahupun tulisan. Bagi aktiviti bercerita, galakkan kanak-kanak menyambung cerita , dan bercerita kepada rakan mereka rekaan cerita tersebut.. Semasa aktiviti matematik, kanak-kanak yang boleh digalkkan mennbincangkan mengapa terdapat perbezaan antara dua objek selain dai menanda di dalam gambar perbezaan objek tersebut. Pendidik boleh juga meminta kanak-kanak mengemukakan ramalan bagi sebab perbezaan ini. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat mempertingkatkan bahasa dan literasi, malahan kemahiran berfikir aras tinggi kanak-kanak.

Kurikulum bahasa dan literasi juga perlu dirancang supaya berlaku dalam konteks semulajadi melalui interaksi rutin dan perbualan harian dan juga antara juga dalam bentuk aktiviti yang dirancang. Ini adalah supaya kurikulum literasi yang dilaksanakan menepati definisi literasi yang memegang prinsip bahawa literasi berkembang sepanjang hayat setiap individu. Ia perlu direalisasikan melalui membaca, menulis, berkomunikasi dan juga melalui bahasa lisan, cetakan teks dan juga dalam format digital (NAEYC, 2010).

Perlaksanaan kurikulum bahasa dan literasi juga harus seimbang iaitu mengunakan strategi yang berstruktur dan sistematik (kesedaran fonologi/fonemik, fonik, pengejaan perkataan, kelancaran, perbendaharaan kata, pemahaman, dan penulisan) dan juga strategi yang bersifat autentik dan bermakna kepada kanak-kanak (Bacaan bersama, membaca dan juga penulisan bebas). Strategi berstruktur bertujuan mempastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran bahasa dan literasi yang perlu dikuasai, sementara strategi yang berbentuk autentik dan bermakna bertujuan untuk menggunakan literasi dalam keadaan sebenarnya dan juga penggunaan pelbagai teks berkualiti tinggi dalam pelbagai genre yang merangkumi:

teks naratif, maklumat dan puisi.

8.2 Pendekatan Mengajar Membaca dan Menulis bagi Kanak-kanak 5-6 tahun

Pendidik-Pendidik mengamalkan pelbagai kaedah dalam usaha mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak. Antara pendekatan mengajar membaca ialah dengan berpandukan model bawah ke atas, atas ke bawah dan juga interaktif.

(6)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 79

a) Model Bawah ke Atas

Pendekatan fonetik cuba untuk mewujudkan penyatuan dalam minda kanak-kanak antara 'graphemes' (simbol bertulis) dan 'fonem' (bunyi) bahasa. Melalui penggunaan latihan berulang untuk menghubungkan ini antara teks dan bunyi melalui susunan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik. Oleh itu pengamal teori ini banyak mengambil rujukan daripada teori perlakuan iaitu pembelajaran adalah hasil daripada pengulangan ataupun latihan.

Pendekatan fonetik memegang prinsip bahawa keupayaan kanak-kanak untuk 'membaca' teks tertulis adalah penting bagi membina pemahaman makna. Oleh itu pendekatan ini berpegang pada konsep bahawa pembelajaran harus bermula daripada unsur-unsur bahasa yang kecil dan bergerak kepada unsur yang lebih besar. Ia juga menekankan pembelajaran yang bermula dari yang mudah dahulu kepada pembelajaran yang sukar. Walaupun terdapat kritikan bahawa pembelajaran secara fonetik ini membosankan kanak-kanak kerana ianya bukan melalui pengalaman dan juga pengetahuan sedia ada kanak-kanak, namun disebabkan pendekatan ini adalah tradisi yang telah membawa banyak kejayaan, maka pendekatan ini masih mendapat sambutan dalam kalangan Pendidik pada masa kini. Antara kaedah membaca yang menggunakan pendekatan fonetik ini ialah:

 Kaedah abjad

 Kaedah fonik (phonic)

 Kaedah gabung kata.

Dewasa ini kebanyakan tadika menggunakan kaedah fonik kerana kaedah fonik memudahkan kanak-kanak untuk membaca dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh itu pengajaran kemahiran membaca bagi bahasa Melayu dan Inggeris boleh berlaku serentak.

I. Kaedah Fonik

Kaedah fonik (phonic) menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa.

Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah fonik bermula dengan memperkenalkan bunyi vokal dan seterusnya memperkenalkan bunyi konsonan. Setelah kanak-kanak tahu beberapa bunyi vokal dan konsonan (1/3 daripada keseluruhan abjad) mereka akan didedahkan pula dengan sukukata, perkataan dan seterusnya ayat. Langkah pengajaran adalah seperti berikut:

1. Perkenalkan bunyi vokal dan konsonan. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal

a /a/ e /eh/ o /oo/

Boleh juga mengajar bunyi abjad secara permulaan bunyi perkataan seperti

(7)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 80

• /a/ adik, abang, api,

Seterusnya kanak-kanak diperkenalkan dengan bunyi konsonan

b /beh/ k /keh/ s /sss/

2. Huruf vokal dicantumkan dengan huruf konsonan bagi membentuk suku kata.

• bu bu ba ba bi bi

3. Membentuk perkataan. Kanak-kanak mencantumkan dua suku kata bagi membentuk perkataan mudah.

• b / u + k / u = buku

Kanak-kanak akan membunyikan kesemua huruf dalam perkataan bagi mendapatkan makna perkataan.

4. Membentuk ayat. Kanak-kanak akan mencantumkan rangkaian perkataan bagi membentuk ayat.

• Saya ada buku.

Pada pendapat anda, bagaimana hendak mengetahui tahap pembacaan kanak-kanak?

Panduan pengajaran dan pembelajaran umum menggunakan pendekatan fonetik

Pengajaran berbentuk sistematik adalah perlu bagi mengajar kanak-kanak kemahiran membaca. Bagi mengajar mengikut pendekatan fonetik, urutan pengajaran pendekatan fonetik adalah susunan urutan pengajaran secara sistematik bagi kesemua kaedah ialah:

 Suku kata terbuka

 Suku kata tertutup

 Perkataan mempunyai diagraf

(8)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 81

 Perkataan mempunyai diftong

 Imbuhan

Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, pastikan tahap pengetahuan fonetik sedia ada kanak-kanak melalui penilaian. Pendidik perlu menyediakan perancangan mengikut kebolehan kanak-kanak serta mengambil kira minat kanak-kanak. PdP perlu seimbang antara belajar sambil bermain dan hands-on yang mempunyai objektif untuk mencapai sesuatu kemahiran literasi. Sediakan bahan bantu mengajar dan lampiran kerja yang sesuai atau tulisan secara bebas bahan bacaan atau book making untuk kanak-kanak bagi mengukuhkan pembacaan dan juga penulisan mereka.

PdP adalah berbentuk individu untuk kanak-kanak yang agak ketinggalan. PdP bagi kanak-kanak yang sederhana boleh dilakukan dalam kumpulan kecil. Sementara, bagi kanak-kanak yang maju PdP boleh dilakukan secara belajar bersama ataupun individu dengan pemantauan minimum.

b) Model Atas ke bawah

Golongan konstruktivist percaya yang kanak-kanak belajar dengan proses membina daripada pengetahuan sedia ada. Justeru golongan konstruktivist percaya yang kanak-kanak mula belajar dari perkataan-perkataan yang memberi makna kepada mereka. Bahan bacaan sebenar seperti buku cerita, surat atau kad ucapan adalah bahan yang digalakkan mengikut pendekatan keseluruhan Bahasa. Oleh itu mengajar membaca bermula dari membacakan kanak-kanak buku cerita dan dari buku tersebut kanak-kanak diajar mengeja perkataan yang bermakna kepada mereka. Proses ini dikenali sebagai mencerakin:

buku

bu ku

b u k u

(9)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 82

Pendekatan ini membawa kepada model atas ke bawah iaitu pengajaran membaca bermula dari ayat, perkataan, suku kata dan seterusnya huruf. Kaedah ini dikatakan dapat menarik minat kanak-kanak kerana ianya bermula dengan sesuatu yang bermakna kepada kanak-kanak seperti buku cerita. Pendekatan keseluruhan Bahasa ini memfokus kepada kefahaman kanak-kanak dan diharapkan jika kanak-kanak memahami apa yang dibaca, mereka akan bermotivasi untuk meneruskan bacaan. Oleh itu pemilihan teks yang sesuai dengan minat dan juga kebolehan kanak- kanak adalah kritikal bagi menjamin minat dan juga keyakinan kanak-kanak untuk terus membaca.

Antara kaedah yang menggunakan model ini adalah:

I. Kaedah berasaskan cerita

Kaedah berasaskan cerita ialah Pendidik menggunakan cerita yang diceritakan kepada kanak-kanak, ataupun menggunakan buku cerita yang digemari oleh kanak-kanak. Melalui bahan tersebut Pendidik akan;

• Bacakan cerita tersebut atau menjalankan kaedah bercerita kepada kanak-kanak.

• Minta kanak-kanak sebutkan perkataan-perkataan yang mereka ingati daripada pembacaan tadi.

• Tuliskan perkataan tersebut. Ajar kanak-kanak mengeja perkataan yang dipilihnya tadi.

• ATAU berdasar bahasa berirama atau lagu yang kanak-kanak tahu, minta kanak-kanak tukar perkataan tertentu. Fokus kepada perkataan tersebut. Nyanyikan semula lagu baru.

(10)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 83

II. Kaedah berasaskan gambar

Kaedah berasaskan gambar ialah Pendidik menggunakan gambar yang menarik minat kanak-kanak.

Gunakan gambar tersebut untuk mencungkil kosa kata, perbincangan atau penerangan dari kanak- kanak. Bagi tujuan membina kosakata;

Pendidik menunjukkan gambar kepada murid.

Minta murid sebutkan apa yang terdapat dalam gambar.

Ajar murid menulis dan membaca perkataan yang disebutnya tadi.

ATAU Jika murid boleh menceritakan mengenai gambar Pendidik boleh menuliskan cerita tersebut.

Kemudian menguna beberapa perkataan dalam cerita itu untuk mengajar murid

‘mengejanya’ dan ‘membaca’nya.

III. Kaedah berasaskan pengalaman

Pembelajaran melalui pengalaman adalah penulisan atau penceritaan oleh kanak- kanak berdasarkan pengalaman yang mereka alami. Contohnya kanak-kanak yang dibawa melawat ke suatu tempat yang menarik akan menulis atau menceritakan semula pengalaman tersebut. Begitu juga jika ada aktiviti pemerhatian yang dilakukan di dalam bilik darjah

(11)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 84

contohnya semasa melakukan pendekatan projek, Pendidik boleh membimbing kanak-kanak menulis tentang apa yang mereka alami atau pelajari. Aktiviti pengalaman bahasa biasanya merupakan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar.

 Oleh kerana teks yang digunakan adalah dari kanak-kanak maka ianya mudah diingati oleh mereka.

 Minta kanak-kanak melukis di atas kertas.

 Bincangkan tentang gambar. Pendidik menulis cerita yang diceritakan oleh kanak- kanak.

 Pendidik membacakan cerita kepada kanak-kanak.

 Kanak-kanak akan cuba membaca cerita yang dibuatnya sendiri.

Mengikut Multiple Intelligence oleh Howard Gardner kanak-kanak belajar melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah melalui visual spatial (rakaman imej). Terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan ini. Mereka biasanya tidak suka mengeja akan tetapi tahu jika sesuatu perkataan tidak lengkap. Kaedah ini juga sesuai diajar kepada kanak-kanak telah menguasai pembacaan supaya mereka dapat membaca dengan lebih cekap dan juga seronok melakukan penulisan berdasarkan cerita ataupun pengalaman mereka.

c) Model interaktif

Model bawah ke atas dan juga atas ke bawah memiliki kekuatan masing-masing. Dengan mengabungkan kedua-dua model adalah yang terbaik kerana Pendidik dapat menggunakan gabungan daripada kedua kaedah ini bagi membantu pengajaran bacaan kanak-kanak. Bacaan adalah satu persepsi dan proses kognitif. Selain itu, pembaca mahir mesti dapat menggunakan maklumat menggunakan sensori deria, sintaktik, semantik, dan pragmatik untuk menyelesaikan tugas tersebut. Menurut Rumelhart (1985) pelbagai sumber maklumat berinteraksi dalam cara yang kompleks semasa proses membaca. Tambahan pula kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza, jadi Pendidik boleh menggunakan kaedah yang sesuai dengan kebolehan dan juga cara belajar kanak-kanak tersebut. Gabungan dua pendekatan ini dipanggil model interaktif.

Model membaca interaktif adalah model bacaan yang mengunakan interaksi proses Bawah ke Atas dan juga Atas ke Bawah secara serentak sepanjang proses pembacaan. Model ini menggunakan konsep bahawa proses membaca adalah kompleks dan boleh menggunakan gabungan model. Melalui model interaktif, kanak-kanak diajar supaya memfokus kepada teks dan juga pada masa yang sama meneka maksud teks menggunakan pengetahuan sedia ada mereka.

Oleh itu Pendidik boleh menggunakan gabungan pengajaran dari kedua-dua model bagi membina kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak.

Dalam contoh gambar di bawah, Pendidik menggunakan makanan kegemaran kanak- kanak sebagai tema pembelajaran. Kanak-kanak diminta untuk membuat ayat yang berkaitan

(12)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 85

dengan makanan kegemarannya. Pendidik membimbing kanak-kanak untuk menulis ayat yang telah direka oleh kanak-kanak tersebut.

Oleh itu Pendidik perlu mengetahui minat atau pengetahuan sedia ada kanak-kanak bagi memilih bahan bacaan atau penulisan yang sesuai dengan minat dan kebolehan kanak- kanak. Pendidik boleh juga menggunakan pendekatan fonetik yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak bagi melatih mereka mengeja secara eksplisit supaya kebolehan mengeja mereka turut berkembang. Pada masa yang sama pengunaan bahan bacaan yang berkaitan dengan minat dan pengetahuan kanak-kanak akan dapat memotivasikan kanak-kanak untuk membaca dan menulis dengan lebih efisien. Oleh itu Pendidik perlu menyediakan bahan yang berkaitan dengan pengajaran fonetik secara sistematik dan juga menyediakan buku bacaan yang autentik untuk dibaca oleh kanak-kanak. Disamping itu penulisan yang berasaskan pengalaman, menulis bebas boleh juga dilakukan dalam kalangan kanak-kanak dengan bimbingan Pendidik.

Bagaimana anda hendak membantu kanak-kanak untuk membaca dan menulis ayat dari pengalamnnya sendiri?

(13)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 86

8.3 Pengajaran Strategi Membaca dan menulis

a) Strategi membaca

Membaca adalah proses kognitif yang kompleks melibatkan simbol untuk menyampai dan menerima maklumat. Semasa membaca kanak-kanak melakukan aktiviti menerima, menganalisis dan mentafsir untuk memperoleh maklumat daripada penulis dalam media tulisan. Kesemua proses membaca ini agak sukar bagi kanak-kanak menguasainya. Oleh itu pendidik perlu membantu memerolehan kemahiran ini dengan menunjuk cara serta bimbingan berperingkat. Antara strategi membaca yang boleh digunakan ialah kaedah K-W-L (Know What Learn), kaedah DRTA (Directed Reading Thinkig Aloud) dan lain-lain.

i) KWL

KWL merupakan kaedah membaca yang digunakan untuk membimbing murid melalui penerokaan teks dengan tujuan:

Merangsang pengetahuan sedia ada murid.

Menetapkan tujuan membaca.

Memantau kefahaman murid.

Membaca untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid.

Mencetus dan mengembangkan idea.

Menggalakkan murid meneroka apa yg mereka hendak belajar.

Antara langkah bagi KWL ialah memilih teks yang sesuai, dan lakukan pembacaan di ruang yang ada papan putin. Pendidik melukis carta di bawah, dan mengisi carta bersama kanak-kanak semasa proses KWL berlangsung.

K: What we know Apa yang kami tahu?

W: What we want to learn Apa yang ingin kami tahu?

L: What we have learnt Apa yang kami pelajari?

 Peringkat K (Know): Murid diminta menyatakan pengetahuan sedia ada mereka berkenaan topik yang diberi. Guru dan murid mencatatkan maklumat di bahagian K(Know).

(14)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 87

 Peringkat W ( What): Murid mencetus persoalan tentang apa yang mereka ingin tahu berkenaan topik. Pendidik atau murid diminta mencatat apa yang mereka ingin tahu berkaitan dengan topik di bahagian W.

 Peringkat L (Learn): Murid membaca teks dan menyenaraikan maklumat baru yang diperoleh berkenaan topik tersebut pada bahagian L. Pendidik dan kanak-kanak boleh membincangkan maklumat yang diperoleh.

ii) DRTA

Strategi DRTA adalah bagi menunjuk cara strategi pemahaman bagi menggalakkan kanak-kanak membuat persoalan tentang teks, membuat andaian/jangkaan dan mengukuhkan andaian/jangkaan melalui pembacaan. DRTA bertujuan untuk;

Menggalakkan murid sebagai pembaca aktif dan berfikir.

Mengaktifkan pengetahuan sedia ada murid.

Memantau pembacaan dan pemahaman murid.

Mengukuhkan kemahiran membaca dan pemikiran kritis.

Antara langkah bagi DRTA ialah memilih teks yang sesuai, dan lakukan pembacaan di ruang yang ada papan putih. Pendidik melukis carta di bawah, dan mengisi carta bersama kanak-kanak semasa proses DRTA berlangsung.

Direct

Sebelum Membaca

Reading

Semasa Membaca

Think

Selepas Membaca

 Peringkat D (Direct): Guru merangsang pengetahuan sedia ada murid berdasarkan tajuk dan ilustrasi tajuk.

 Peringkat R (Reading): Murid mendengar sebahagian cerita dari guru dan murid menjana maklumat dan membuat andaian semasa aktiviti membaca.

 Peringkat T (Think): Murid membuat refleksi dari keseluruhan cerita dan melihat samada andaian mereka tepat atau tidak.

Melalui kaedah di atas kanak-kanak akan mempelajari strategi membaca yang baik. Mereka bukan sahaja membaca teks malahan berfikir tentang teks tersebut yang merupakan kemahiran kritikal bagi pembelajaran abad ke 21.

(15)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 88

b) Strategi Menulis

Kemahiran menulis bagi kanak-kanak adalah bermula dari kemahiran mekanis iaitu menulis bagi tujuan melatih motor halus. Namun begitu kemahiran menulis berubah kepada penulisan yang lebih tinggi iaitu menulis bagi mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Antara kaedah yang boleh di gunakan ialah

i) Peniruan dari persekitaran

Kanak-kanak masih diperingkat melatih kemahiran motor halus dan baru mengenali abjad dan di peringkat pembaca baharu. Mereka boleh digalakkan menulis dengan meniru penulisan huruf, perkataan atau ayat dari buku, white board serta dari papan tanda, poster ataupun objek yang terdapat dipersekitarannya.

ii) Menulis Bersama-sama

Setelah kanak-kank boleh membaca (tahap pembaca awal) mereka telah mula suka menulis idea mereka tetapi tidah tahu bagaimana hendak melakukan proses penulisan. Pada masa ini pendidik bertugas sebagai pemudahcara bagi menunjuk cara kaedah penulisan. Tujuan kaedah menulis bersama ialah untuk memodelkan proses pemikiran yang terlibat semasa proses menulis. Pada masa ini kanak-kanak juga belajar tentang proses penulisan dengan menyusun teks bersama-sama. Antara langkah bagi menulis bersama ialah;

Menerangkan tujuan penulisan tersebut

Murid melontarkan dan menjana idea masing-masing.

Pendidik dan kanak-kanak memilih satu topik. (Skop yang khusus)

Pendidik menggalakkan sesi perkongsian idea (sumbang saran).

Pendidik menunjukkan proses penulisan. (menulis sambal menerangkan mengapa penggunaan ejaan tertentu atau perkataan yang dipilih atau ayat yang betul)

Pendidik berbincang bersama kanak-kanak. (Samada perlu penambahan, perubahan dll)

Proses penerbitan semula dan refleksi.

iii) Penulisan cerita

Berdasarkan cerita yang telah diketahui oleh kanak-kanak, galakkan kanak-kanak menulis semula cerita tersebut. Pendidik boleh juga menyediakan gambar bersiri tentang cerita tersebut sebagai penduan penulisan kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak TASKA masih lagi diperingkat pratulisan dan penulisan masih diperingkat mekanis.

Tetapi bagi kanak-kanak TADIKA, penulisan haruslah menjangkau kepada pengeluaran idea yang perlu bagi

(16)

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK Page 89

melatih mereka menjadi pelajar yang baik. Untuk ini pendidik perlu bijak membimbing penulisan mereka dari peringkat mekanis kepada peringkat mentalis.

KESIMPULAN

Setiap kanak-kanak adalah unik, terpulang kepada pendidik untuk mentafsir keperluan kanak-kanak dan juga cara mereka belajar. Melalui penilaian yang berterusan pendidik boleh membina kaedah pengajaran yang sesuai dengan kebolehan dan juga minat kanak-kanak tersebut. Diharapkan setiap kanak-kanak tidak akan ketinggalan dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis.

SOALAN ULANGKAJI

1. Dengan menggunakan satu RPH, terangkan bagaimanakah anda hendak mengabungkan pendekatan interaktif di dalam satu aktiviti pnp bagi mengajar kanak-kanak membaca perkataan?

2. Di dalam kelas anda terdapat kanak-kanak yang bijak, tetapi dia tidak suka belajar membaca.

Nyatakan pendekatan yang sesuai untuk anda gunakan bagi mengatasi masalah ini?

KATA KUNCI

1. Pendekatan Atas ke bawah 2. Pendekatan Bawah ke atas 3. Pendekatan Interaktif 4. Diagraf

5. Diftong

RUJUKAN

Alvermann, D. E., Unrau, N., & Ruddell, R. B. (2013). Theoretical models and processes of reading (Vol. 978, No. 0-87712). International Reading Assoc.

Gardner, H. (2011). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. Basic books.

Walker, B. J., & Rivers, D. (2003). Supporting struggling readers (Vol. 41). Pippin Publishing Corporation.Rumelhart, D. (1985). Toward an interactive model of reading. In H. Singer, & R. Ruddell (Eds.), Theoretical models and processes of reading. Newark DE: International Reading Association.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam konteks sirkulasi pengetahuan di atas, yang dimaksud penciptaan adalah adanya kemauan dari SDM untuk mengeluarkan pengetahuan yang masih bersifat tacit agar

Kegiatan telah dilaksanakan dengan anggaran sebesar Rp.. 41 | Jumlah kabupaten/kota yang mendapat pembinaan tentang klinik B.2. INDIKATOR KINERJA TUPOKSI. Indikator Kinerja

Secara stratigrafi s, ke sembilan satuan batuan gunung api tersebut adalah Satuan Batuan Gunung Api Soreang (SV), Baleendah (BV), Pa- ngalengan (PV), Tanjaknangsi (TV), Kuda (KV),

Dari hasil analisis regresi pada Gambar 2, panjang stek memiliki pengaruh yang tidak berbeda nyata atau tidak berpengaruh terhadap potensi hasil panen..

Theory used in this paper is The function theory, when Pagoda Shwedagon give a positive situation and a better life for people when they using dan visit.. The purpose of

Kondisi pemenuhan kebutuhan tak terlepas dari sebuah proses dinamika perubahan ke arah konstruksi nilai-nilai yang disepakati bersama dalam sebuah masyarakat (dan bahkan proses yang

Barang /Pekerjaan tersebut telah diterima/diselesaikan dengan lengkap dan baik.. Pejabat Pemeriksa

Jakarta: Lembaga Penerbit Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia. Yogyakarta: Gadjah Mada University