• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PANDUAN PENDAFTARAN DAN PERATURAN AM PELAJAR"

Copied!
40
0
0

Teks penuh

(1)

1

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

DAN

PERATURAN AM PELAJAR

Politeknik Hulu Terengganu,

Jalan Pengkalan Gawi, Kuala Jeneris

21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu

Terengganu Darul Iman

(Tel: 09-682 5555 / 013 2635457

Fax: 09-682 5556)

Laman Web: www.pht.edu.my

ARAHAN:

Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan sewajarnya agar

urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.

(2)

4

A: MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Sila baca maklumat berikut dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar proses pendaftaran anda dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya memulakan pengajian di Politeknik dengan selesa.

(Pendaftaran anda akan terganggu sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.)

A1. HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar Politeknik H ulu Terengganu (PHT) seperti maklumat berikut:

Maklumat Pendaftaran

Semua Calon Pelajar Program Diploma

Tarikh Rujuk Surat tawaran

Masa Rujuk Surat tawaran

Tempat Dewan Besar, Batu Bersurat, PHT

Penginapan Asrama – Kampus Politeknik Hulu Terengganu menyediakan sebanyak 800 tempat penginapan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan semua pelajar baharu semester satu

DIWAJIBKAN untuk tinggal di asrama.

A2. PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN

Sewaktu mendaftar pelajar hendaklah berpakaian sempurna dengan rupa diri yang kemas seperti berikut:

a) Pelajar lelaki hendaklah memakai BAJU KEMEJA PUTIH bertali leher dan SELUAR ‘SLACK’

HITAM (GELAP), serta memakai stoking dan KASUT HITAM.

b) Pelajar perempuan hendaklah memakai sama ada BAJU KURUNG PUTIH (tanpa corak), KAIN

SARUNG HITAM DAN KAIN TUDUNG HITAM(pelajar muslim) atau ‘BLOUSE’ PUTIH (tanpa

corak) DAN SKIRT LABUH HITAM (pelajar non-muslim) yang kemas dan bersopan serta

memakai stoking dan KASUT HITAM (bertutup penuh).

c) Bagi pelajar lelaki rambut mestilah kemas, rambut hendaklah PENDEK DENGAN PARAS

BELAKANG TIDAK MELEBIHI PARAS KOLAR BAJU, PARAS TEPI TIDAK MELEBIHI PARAS ATAS TELINGA DAN PARAS DEPAN TIDAK MELEBIHI PARAS DAHI

A3. MINGGU TRANSFORMASI SISWA

Semua pelajar baharu Politeknik Hulu Terengganu WAJIB mengikuti PROGRAM MINGGU

TRANSFORMASI SISWA (MTS) selepas mereka mendaftar. Sila rujuk aturcara program seperti

yang terdapat di dalam buku program yang akan diedarkan pada hari pendaftaran nanti.

Semasa MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) berlangsung, pelajar-pelajar hendaklah

(3)

5

A4. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

Sila bawa semua dokumen asal seperti kad pengenalan, sijil SPM/Politeknik/Kolej komuniti, Borang-borang berkaitan yang telah lengkap seperti Borang-borang HEP1 – HEP6, gambar berukuran passport (5 keping), slip bayaran yuran-yuran berkaitan serta keperluan-keperluan lain yang dinyatakan dalam buku panduan pendaftaran atau perkara yang difikirkan perlu untuk di bawa.

Gambar Pelajar

Sediakan 5 keping gambar warna terbaharu anda yang bersaiz pasport atau kad pengenalan untuk dibawa pada hari pendaftaran nanti. Sila catatkan nama penuh dan program anda di belakang setiap gambar.

Panduan gambar adalah seperti berikut:

 Pelajar lelaki hendaklah berbaju kemeja & bertali leher serta berambut pendek dan tidak diwarnakan.

 Pelajar perempuan hendaklah berbaju kurung atau blouse. Bagi pelajar Perempuan Islam

hendaklah bertudung.

PENTING:

Sekiranya kehilangan sijil SPM/SPMV, anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Jika tidak, anda tidak dibenarkan mendaftar.

Bagi lulusan Sijil Politeknik atau Kolej Komuniti, sebarang kehilangan sijil/transkrip perlu dirujuk kepada Politeknik atau Kolej Komuniti yang mengeluarkan sijil/transkrip mereka.

PERINGATAN:

Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL dan tidak membuat pembayaran

seperti yang dinyatakan maka pendaftaran anda AKAN DITOLAK dan TIDAK DIBENARKAN

(4)

6

A5. MAKLUMAT YURAN

Semua pelajar MESTI membuat bayaran di bank berkenaan sebelum datang mendaftar pada

hari pendaftaran (Yuran Pengajian & Yuran Asrama). Manakala pembayaran di kaunter

pendaftaran secara tunai adalah untuk Bayaran Pelbagai/barangan keperluan sem 1 SAHAJA.

(a) Maklumat Am Pembayaran

a. Pelajar perlu membuat TIGA (3) jenis bayaran iaitu:

Bayaran 1 (Yuran Pengajian) – Bank In Bayaran 2 (Yuran Asrama) – Bank In Bayaran 3 (Bayaran Pelbagai) - Tunai

b. Walaupun bayaran dibuat di bank yang sama, setiap pembayaran perlu dibuat dalam

slip yang berasingan. Ini untuk memudahkan urusan semasa penyemakan dan

penyimpanan dokumen di dalam fail peribadi pelajar nanti.

c. Slip bayaran bank yang telah dibuat perlu dibawa untuk ditunjukkan semasa pendaftaran

nanti. Sila catatkan nama, no kad pengenalan dan nama program di setiap Slip

Bank anda. Anda dinasihatkan untuk membuat satu salinan fotostat bagi simpanan

sendiri.

d. Calon tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal menunjukkan resit pembayaran yang telah dibuat pada hari pendaftaran.

e. Pelajar yang mendapat tajaan/pembiayaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau

swasta DIMESTIKAN membawa bersama surat pengesahan penajaan semasa mendaftar.

Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja ataupun dalam proses permohonan kepada penaja hendaklah dijelaskan oleh calon sebelum hari pendaftaran.

(b) Pengembalian Wang Yuran (Pelajar Tidak Melapor Diri)

Bagi calon yang telah membuat pembayaran yuran tetapi tidak melapor diri pada hari pendaftaran, anda boleh mendapatkan semula wang tersebut dengan mengemukakan surat permohonan ke alamat berikut:

Pengarah

Politeknik Hulu Terengganu

Jalan Pengkalan Gawi, Kuala Jeneris 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu Terengganu Darul Iman

(U/P: Jabatan Hal Ehwal Pelajar) Dokumen yang diperlukan adalah:

i) Surat permohonan pembayaran balik yuran (format surat boleh di dapati di Pejabat Hal Ehwal Pelajar)

ii) Salinan kad pengenalan pemohon.

iii) Resit/slip bayaran yang ASAL beserta satu (1) salinan fotostat. iv) Salinan buku akaun bank/ slip maklumat akaun bank milik pemohon.

Sila ambil perhatian bahawa permohonan tersebut mestilah dikemukakan dalam

tempoh 30 hari daripada tarikh pendaftaran. Permohonan yang lewat tidak akan

(5)

7

A6. CARA MEMBUAT BAYARAN YURAN & BAYARAN PELBAGAI

JENIS

BAYARAN

YURAN PENGAJIAN - (RM 200.00) YURAN ASRAMA - (RM 360.00)

BAYARAN PELBAGAI / BARANGAN SEM 1 - (RM 300.00)

CARA BAYARAN

Bayaran hendaklah di buat di Bank Islam (BIMB)

atas nama “POLITEKNIK KPT

(No akaun tidak diperlukan)

(Rujuk bahagian ”KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN)

Bayaran TUNAI di kaunter Koperasi Politeknik Hulu Terengganu

Semasa hari pendaftaran

A7 JADUAL BAYARAN YURAN DAN BAYARAN PELBAGAI PELAJAR BAHARU

SEMUA PELAJAR BAHARU

PEMBAYARAN YURAN BERMULA (Rujuk makluman semasa)

JABATAN PROGRAM AKAUN POLITEKNIK KPT AKAUN POLITEKNIK KPT AKAUN KOPERASI Yuran Pengajian Yuran Asrama Bayaran Pelbagai / Jabatan Perdagangan Diploma Akauntansi RM 200.00 semester RM360.00 semester RM 300.00 Semester 1 shj Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Diploma Pengurusan Pelancongan RM 200.00 semester RM360.00 semester RM 300.00 Semester 1 shj

NOTA:

BAYARAN PELBAGAI / BARANGAN PELAJAR BARU SEM 1

Bayaran ini merangkumi bayaran untuk Minggu Transformasi Siswa, peralatan pelajar baru, insurans, kad pelajar, saham koperasi, cadar, bantal, baju politeknik dan lain-lain yang dibenarkan.

(6)

8

A8. PANDUAN & KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, ASRAMA DAN

BAYARAN PELBAGAI / PENDAFTARAN DI BANK ISLAM (BIMB)

A) KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN (RM200.00) dan BAYARAN ASRAMA

(RM360.00)

i. PERBANKAN INTERNET (bagi pemilik akaun bank islam sahaja)

1. Layari www.bankislam.com.my

2. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”

3.

Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank

Islam.

4. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

5. Pilih POLITEKNIK KPT (yuran pengajian & asrama) pada bahagian senarai Universiti. 6. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”

7. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”

8. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak di debitkan dan sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”

9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.. 10. Klik "Confirm" untuk menuruskan pembayaran atau sebaliknya.

11. Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran.

Nota: Pelajar perlu melakukan proses pembayaran secara berasingan (yuran pengajian & asrama)

ii. MESIN ATM BANK ISLAM (bagi pemilik akaun bank islam sahaja)

Selepas Log-In

1. Pilih menu LAIN-LAIN

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

3

.

Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT

4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar (cth: 801212185456)

6. Pilih Bil yang ingin dibayar (Politeknik KPT RM200) / (Politeknik KPT RM360)

7. Sahkan Amaun dan Transaksi selesai (SIMPAN Resit).

Nota :

* Ulang Langkah 1-7 untuk melaksanakan proses pembayaran bagi setiap bayaran { yuran pengajian (RM200) / yuran asrama (RM360) } yang dibuat.

(7)

9

iii. MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM

1. Pilih menu YURAN IPT/ BILL PRESENTMENT

2. Masukkan: NO KAD PENGENALAN PELAJAR

3.

Paparan YURAN : PILIH JENIS BAYARAN

POLITEKNIK KPT RM200-

Yuran Pengajian

POLITEKNIK KPT RM360-

Yuran Asrama

4. Sahkan data dan masukkan wang (RM200 / RM360)

5. Sahkan jumlah kemasukkan wang

6. Transaksi selesai dan (SIMPAN Resit).

Nota :

* Ulang Langkah 1-6 untuk melaksanakan proses pembayaran bagi setiap bayaran { yuran pengajian (RM200) / yuran asrama (RM360) } yang dibuat.

B) KAEDAH BAYARAN PELBAGAI / BARANGAN PELAJAR SEM 1

i. Bayaran TUNAI di kaunter Koperasi Politeknik Hulu Terengganu sebanyak RM

300.00 semasa hari pendaftaran.

*Bayaran ini merangkumi bayaran untuk Minggu Transformasi Siswa, peralatan pelajar baru, insurans, kad pelajar, saham koperasi, cadar, bantal, baju politeknik dan lain-lain yang dibenarkan.

 Sila layari spmp.pht.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk capaian ke laman web pendaftaran online.

 Calon pelajar program sijil khas politeknik tidak perlu membuat pendaftaran online. Pendaftaran anda akan dilakukan semasa hari pendaftaran di politeknik.

 Pendaftaran online hanya boleh di lakukan sekurang-kurangnya selepas 24 jam pembayaran yuran di jelaskan.

(8)

10

A9. TATACARA PENDAFTARAN on-line MELALUI SPMP (SISTEM PENGURUSAN

MAKLUMAT PELAJAR

1. Membuat semua pembayaran

2. Login http://spmp.pht.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp selepas 24 Jam membuat pembayaran dan paparan berikut akan keluar.

3. Masukkan No MyKad pelajar. Klik teruskan

Paparan berikut akan keluar SEKIRANYA semua pembayaran telah dibuat

Klik Teruskan Untuk Pendaftaran. Paparan berikut akan keluar, kemudian klik CETAK SLIP

Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Online Politeknik Hulu Terengganu

Sila cetak maklumat am pendaftaran Politeknik Hulu Terengganu

Semak Status bayaran pendaftaran

Data bayaran pendaftaran yang dibuat hanya akan diterima pihak Politeknik Hulu Terengganu sehari selepas bayaran dibuat

Pendaftaran Online (dalam talian)

Sila Klik Pendaftaran Online PSB setelah status bayaran yuran diterima oleh pihak Politeknik Hulu Terengganu

(9)

11

(10)

12

A10. ISU-ISU PENDAFTARAN Online di SPMP

1. Langkah 4 tidak “muncul”

- Calon belum membuat pembayaran dan pembayaran perlu dibuat segera di mana-mana cawangan

BIMB.

-

Sekiranya pembayaran telah dibuat sila hubungi JHEP PHT ditalian 09-682 5555 / 013-2635457

dengan segera.

Semakan Bayaran Pelajar Baharu Online Politeknik Hulu Terengganu

Data Bayaran Anda Masih Belum Ada Dalam Pengkalan Data Politeknik Hulu Terengganu

Data Bayaran Anda Masih Belum Ada Dalam Pengkalan Data Politeknik Hulu Terengganu Anda Ditawar Dengan Asrama, Tetapi Tiada Rekod Bayaran Asrama Dijumpai Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Online Politeknik Hulu Terengganu

(11)

13

2. Calon belum menghantar Borang Jawapan Tawaran (BJT) sila hubungi JHEP PHT ditalian 09-682

5555 samb: 302 jika telah berbuat demikian.

3. Dokumen calon ada percanggahan maklumat. Sila hubungi JHEP PHT ditalian 09-682 5555 /

013-2635457 dengan segera untuk maklumat lanjut.

Maaf jawapan penerimaan anda masih belum diterima atau diproses, sila hubungi JHEP Politeknik Hulu Terengganu

Maaf dokumen jawapan penerimaan anda ada percanggahan maklumat, sila hubungi JHEP Politeknik Hulu Terengganu

(12)

14

B: MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR

B1. BAYARAN YURAN PENGAJIAN

A. Semua pelajar perlu menjelaskan yuran pendaftaran sebelum melapor diri di SPMP (iHelp) & politeknik.

B. Pembayaran YURAN PENGAJIAN (RM200) dan YURAN ASRAMA (RM360) boleh dilakukan

melalui kaedah berikut :

i) MESIN ATM BANK ISLAM SAHAJA

1. Pilih menu LAIN-LAIN

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

3. Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT

4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

6. Pilih Bil yang ingin dibayar (Politeknik KPT RM200 / Politeknik KPT RM360)

7. Sahkan amaun yang ingin dibayar

8. Transaksi selesai dan ambil Resit Nota :

* Ulang Langkah 1-8 untuk melaksanakan proses pembayaran bagi setiap bayaran { yuran pengajian (RM200) / yuran asrama (RM360) } yang dibuat.

ii) MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM SAHAJA

1. Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT

2. Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR

3. Paparan YURAN : PILIH JENIS BAYARAN

• POLITEKNIK KPT RM200- Yuran Pengajian • POLITEKNIK KPT RM360- Yuran Asrama

4. Sahkan data dan masukkan wang (RM200 / RM360)

5. Sahkan jumlah kemasukkan wang

6. Transaksi selesai dan ambil Resit

*Nota : Ulang Langkah 1-6 untuk melaksanakan proses pembayaran bagi setiap bayaran { yuran pengajian (RM200) / yuran asrama (RM360) } yang dibuat.

YURAN / BAYARAN

PELAJAR SENIOR

BAYARAN ON-LINE YURAN PENGAJIAN RM200 YURAN ASRAMA RM360 BAYARAN PELBAGAI

BAYARAN INSURAN RM35 (sem 3,5,7,9) shj

BAYARAN KEPERLUAN ASRAMA RM75

(13)

15

B2. BAYARAN PELBAGAI

BAYARAN INSURANS (RM35) & BAYARAN KEPERLUAN ASRAMA (RM75) boleh

dilakukan melalui kaedah berikut :

i) KAEDAH 1 : PEMBAYARAN MELALUI BANK ISLAM SAHAJA

1. Gunakan kaedah Bank in wang seperti biasa menggunakan Mesin ATM

2. Pilih Menu PEMBAYARAN DEPOSIT

3. Masukkan Nombor Akaun berikut : 1305 3010 0017 68

4. Sahkan nama Pemilik Akaun : KOPERASI POLITEKNIK HULU TERENGGANU

5. Masukkan wang RM 35.00 / RM75.00

6. Sahkan jumlah

7. SIMPAN RESIT (Sila bawa semasa Pendaftaran bersama Penasihat Akademik)

8. Selesai

ii) KAEDAH 2 :

Bayaran secara TUNAI kepada Pihak Kooperasi (wakil sah syarikat insuran) semasa hari pendaftaran

B3. LAPOR DIRI

A. Lapor diri pelajar senior

i. Setelah 24 jam pembayaran di bank, layari spmp.pht.edu.my :-

1. Login > iHelp > Lapor Diri Senior > Daftarkan Saya 2. Cetak Slip Pengesahan Lapor Diri Senior

ii. Sekiranya butang Lapor Diri Senior tidak berfungsi, antara kemungkinan ialah :-

1. Maklumat penjaga, maklumat DUN & Parlimen tidak dikemaskini. Sila kemaskini di menu iHelp.

2. Saman politeknik yang tertunggak. Sila jelaskan saman dan kemaskini rekod bayaran pegawai HEP.

B. Lapor diri kepada Penasihat Akademik (PA)

i. Serahkan kepada PA :-

1. Slip Pengesahan Lapor Diri Senior (SPMP iHelp) 2. Keputusan peperiksaan sesi semasa (SPMP iExam)

3. Salinan & resit asal yuran pendaftaran (Yuran Pengajian RM200 & Bayaran Pelbagai RM150)

C. Pelajar lewat lapor diri (SPMP)

i. Pelajar perlu mengisi Borang Lewat Lapor Diri dari Jabatan HEP untuk pengaktifan

(14)

16

B4. PENDAFTARAN KURSUS

Pendaftaran Kursus

i. Setelah mendaftar di iHelp, pelajar perlu mendaftar kursus di iDaftar. Sila rujuk PA untuk memastikan kursus yang perlu dipilih.

1. Login > iDaftar > Daftar | Padam Kursus > Pilih

ii. Pelajar boleh berbincang dengan PA untuk menyusun jadual waktu dan memilih kursus

(15)

17

C1. LATAR BELAKANG PHT

Politeknik Hulu Terengganu atau dengan singkatannya PHT merupakan salah sebuah politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memulakan operasi pada 2 Mei 2008 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan menawarkan 2 program utama iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.

Pada Jun 2010, PHT telah memindahkan operasi ke Daerah Hulu Terengganu dengan menyewa salah sebuah bangunan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu di Bandar Kuala Berang. Kini, PHT mempunyai hampir 400 orang pelajar dengan kekuatan kakitangan seramai 78 orang yang terdiri daripada pelbagai kelulusan. Antara jabatan utama yang terdapat di PHT ialah Jabatan

Perdagangan, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti dan Jabatan Pengajian Am.

Selaras dengan visi dan misi KPT, PHT menawarkan beberapa kemudahan kepada para pelajar dan kakitangan seperti bilik kuliah, makmal komputer, bilik TECC, perpustakaan, surau, kiosk dan sebagainya. Bagi menambahkan lagi keselesaan, PHT juga mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Hulu Terengganu untuk menyediakan kemudahan seperti dewan, padang, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan juga kemudahan akses Perpustakaan Awam Hulu Terengganu.

C2. PANDUAN LOKASI DAN PENGANGKUTAN

Maklumat lokasi Politeknik Hulu Terengganu boleh dirujuk di lampiran atau anda boleh melayari

laman web www.pht.edu.my

C3. KEMUDAHAN PENGINAPAN (ASRAMA/KAMSIS)

Bagi memastikan para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di

politeknik, mereka DIWAJIBKAN untuk tinggal di asrama yang disediakan. Manakala bagi pelajar

senior semester 2 dan ke atas, mereka yang ingin kemudahan penginapan asrama perlu membuat permohonan pada setiap hujung semester. Tawaran penginapan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama.

Untuk keselesaan pelajar tinggal di kamsis politeknik, barangan-barangan berikut perlu disediakan sendiri:

• 1 pasang lengkap Baju Melayu (warna bebas) – siswa Muslim. • 1 pasang Baju Kurung (warna bebas) – siswi Muslim.

• Songkok berwarna hitam – siswa Muslim. • Tudung – siswi Muslim.

• Kasut ke kuliah dan kasut sukan.

• Pakaian harian secukupnya untuk ke kuliah. Sila rujuk perkara B5 – Peraturan Pakaian dan Rupadiri Pelajar.

• Barang kemas tidak digalakkan.

Kedai Koperasi Politeknik (mini market) ada menjual semua keperluan para pelajar meliputi keperluan peribadi (seperti baldi, berus & ubat gigi, sabun mandi dan lain-lain) dan keperluan untuk ke kuliah (seperti alatulis, kalkulator saintifik dan lain-lain). Pelajar boleh mendapatkan segala keperluan mereka di situ dan harga barangan yang dikenakan adalah pada kadar yang berpatutan.

(16)

18

C4. KEPERLUAN PERBELANJAAN DAN SARA HIDUP DI POLITEKNIK

Pelajar perlu menanggung sendiri perbelanjaan seharian mereka semasa mengikuti pengajian di Politeknik. Antara kos yang terlibat termasuklah perbelanjaan makan dan minum seharian, keperluan pembelajaran seperti buku nota, alatulis & fotostat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pelajar boleh memohon pinjaman/biasiswa pendidikan daripada senarai penaja pinjaman yang bersedia memberi kemudahan tersebut. Perkara tersebut akan diuruskan oleh pihak Politeknik selepas pelajar mendaftar.

C5. PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR

Semua pelajar adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar beragama Islam) dan sopan seperti pakaian ke pejabat. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. Pelajar lelaki mesti berambut pendek dan tidak dibenarkan memakai sebarang barangan kemas.

Peraturan-peraturan ini perlulah diikuti oleh semua pelajar pada hari pendaftaran nanti dan juga di sepanjang pengajian di Politeknik Hulu Terengganu. Berikut adalah pakaian dan rupadiri yang dibenarkan dan peraturan rambut sepanjang masa sebagai pelajar Politeknik Hulu Terengganu. Pelajar yang melanggar akta/peraturan yang ditetapkan oleh politeknik boleh dikenakan tindakan disiplin atau denda seperti yang termaktub di dalam Akta 174.

(17)

19

C6. PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR SEMASA HARI PENDAFTARAN

JANTINA PELAJAR PERKARA

Pelajar Lelaki

o Baju Kemeja (Putih) dan bertali leher.

o Seluar panjang (slack-berwarna hitam).

o Kasut bertutup (warna gelap).

o Rambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan.

Pelajar Perempuan

o Baju kurung ATAU blouse (Putih) dan berkain labuh (Hitam).

o Bertudung hitam (bagi muslim)

o Pakaian mestilah sopan di mana ianya tidak ketat dan labuh.

o Kasut bertutup (warna gelap).

o Kain labuh berwarna hitam

C7. PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR PHT SEMASA KELAS DAN MAJLIS RASMI

PERKARA PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN

a) Pakaian

- ke kuliah (semua pelajar)

o Kemeja lengan panjang/pendek.

o Tali leher.

o Seluar panjang (slack) yang tidak ketat.

o Seluar ketat / jeans dilarang.

o Baju kurung/Blouse

o Kain/Maxi/Skirt labuh & longgar

o Seluar panjang (slack) yang tidak ketat

o Seluar ketat / jeans dilarang.

b) Kasut o Kasut yang sesuai dan berstokin

(kulit/kain/sukan).

o Selipar, terompah, capal, selipar

dan sebagainya adalah dilarang.

o Kasut yang sesuai dan berstokin (kulit/kain/sukan).

o Selipar, terompah, capal, selipar dan sebagainya adalah

dilarang.

c) Rambut o Pendek, kemas dan tidak

diwarnakan.

o Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju.

o Aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga.

o Aras depan tidak melebihi dahi

o Tidak botak kecuali syariat agama

o Kemas dan beridentitikan pelajar perempuan.

o Pelajar Islam dimestikan

bertudung seperti syariat agama.

o Tidak mewarnakan rambut.

d) Perhiasan o Sebarang bentuk perhiasan

adalah dilarang kecuali cincin daripada bahan bukan emas.

o Tidak digalakkan memakai

barang kemas.

o Dilarang mencukur bulu kening

(18)

20

(19)

21

*Ibubapa / waris dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat / No Telefon Penasihat

Akademik para pelajar.

Politeknik Hulu Terengganu, Jalan Pengkalan Gawi, Kuala Jeneris 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu

Tel: 09-682 5555 / 013 2635457 / 019 3566548 Website: http://www.pht.edu.my

Jabatan / Unit / Pegawai Ext:

Pejabat Pengarah 101

Timbalan Pengarah Akademik 305

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik 306

Pejabat Perhubungan Awam PHT (PRO) 320

Ketua Unit HEP 302

Pegawai HEP (Pengambilan & Data) 302

Pegawai HEP (Pinjaman/Biasiswa) 323

Pegawai HEP (Disiplin & J/K Perwakilan Pelajar) 304

Pegawai HEP (Kebajikan & Insurans) 331

Pegawai HEP (Kemudahan Rumah Sewa / Penginapan) 304

Unit Kaunseling 328

Unit Peperiksaan 325

Unit Latihan Industri 319

Unit Kebudayaan, Sukan dan Ko-Kurikulum 324

Ketua-ketua Jabatan Akademik:

Ketua Jabatan Perdagangan (JP) 309

Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) 307

Ketua Jabatan Pengajian Am (JPA) 311

(20)

D: PERATURAN UMUM PELAJAR POLITEKNIK

1. KAD PELAJAR

1.1. Kad Pelajar mestilah sentiasa dipakai semasa berada di alam kampus.

1.2. Kad Pelajar mestilah dipakai pada baju/ jaket/ blazer/ pada paras dada supaya sentiasa boleh dilihat dengan jelas.

1.3. Kad Pelajar mestilah dipakai dengan mempamerkan bahagian gambarnya di hadapan. 1.4. Kad Pelajar TIDAK boleh diconteng, ditukar butiran/ gambar atau diubahsuai.

1.5. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai Kad Pelajar pelajar lain.

1.6. Pelajar yang Kad Pelajarnya hilang/rosak / tamat tempoh perlu memohon yang baru kepada pegawai Hal-Hal Pelajar dengan bayaran kos gantian yang ditetapkan oleh politeknik.

2. MENGHADIRI KULIAH / BENGKEL

Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah/bengkel atau lain-lain pengajran berhubung

dengan kursus pengajiannya dan MESTILAH:

2.1. Kehadirannya tidak kurang 80%;

2.2. Berada dalam bilik kuliah/bengkel mengikut jadual yang ditetapkan; 2.3. Mendapat kebenaran bertulis Ketua Jabatan untuk tidak hadir;

2.4. Memberi alasan bertulis yang munasabah untuk mendapat kelulusan ketidakhadirannya dari pihak politeknik sekiranya perkara (2.3) di atas tidak diperolehi terlebih dahulu.

3. KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN

3.1. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan kampus Politeknik. 3.2. Segala kemudahan yang disediakan oleh politeknik hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab, cermat, selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan bahan-bahan yang digunakan.

3.3. Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara semua kemudahan yang terdapat di politeknik supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara.

3.4. Pelajar dipertanggungjawab untuk menentukan / memastikan semua suis lampu /kipas/alat hawa dingin /komputer/ mesin ditutupkan (off) sebelum meninggalkan kelas/bengkel /makmal/dewan kuliah.

4. HARTA BENDA

Perbuatan merosakkan harta benda politeknik seperti perabot, peralatan dalam bilik/ makmal/ bengkel, kenderaan rasmi politeknik atau menconteng dinding notis rasmi pekeliling rasmi atau merosakkan tanaman di dalam kampus adalah menjadi suatu kesalahan tatatertib.

(21)

5. PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN / BADAN PERTUBUHAN / KUMPULAN DAN PARTI POLITIK.

5.1. Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli mana-mana parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Menteri atau wakil kuasanya.

5.2. Pelajar TIDAK dibenar menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang diharamkan.

5.3. Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan di luar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah.

5.4. Penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen atau risalah di dalam ataupun di luar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah.

6. BAHAN-BAHAN LUCAH, DADAH, RACUN, MABUK DAN BERJUDI

6.1. Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa

bahan lucah, dadah, racun atau minuman keras.

6.2. Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah

di dalam atau di luar kampus.

6.3. Pelajar TIDAK dibenarkan mengedar, membahagi-bahagi atau mempamerkan apa-apa

bahan lucah untuk tujuan mendapat/ tanpa bayaran atau apa-apa alasan lain.

6.4. Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa

perkakas, alat, radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah rekabentuk atau dimaksudkan untuk digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan cara cucuk atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.

6.5. Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau didapati dalam

keadaan mabuk di dalam atau luar kampus.

6.6. Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, atau menjalankan, atau menyertai

apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar kampus.

7. GANGGUAN KETENTERAMAN

7.1. Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik, melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik kuliah / dewan kuliah/ bengkel/ makmal/ perpustakaan/ pejabat pentadbiran atau berhampiran dengannya.

7.2. Pelajar TIDAK dibenarkan menimbulkan suasana kacau-bilau, huru-hara atau

menghasut pelajar-pelajar menentang pihak berkuasa politeknik.

1.1. Pelajar boleh menyuarakan segala rasa tidak puas hati melalui saluran tertentu seperti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atau peti cadangan.

8. PENCERAMAH LUAR

Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah sebelum menjemput pihak luar untuk memberi ceramah /perbincangan kepada pelajar di dalam atau di luar politeknik. Kebenaran ini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan.

(22)

9. KESALAHAN - KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN. PENGGANTUNGAN / PEMBUANGAN PELAJAR DARI POLITEKNIK.

Di antaranya:

9.1. Mencemar nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarnya dalam atau di luar kampus politeknik dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik sama ada di dalam atau di luar kampus politeknik dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik. 9.2. Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di politeknik. 9.3. Merosak, mencacat (vandalisme) harta benda milik politeknik, kerajaan, awam atau

orang perseorangan.

9.4. Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar politeknik daripada menjalankan tugasnya yang sah.

9.5. Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji, poster, lambing dan lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar kampus.

9.6. Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kampus dengan tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukkan politeknik atau pihak lain.

9.7. Menjalankan perniagaan/ perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kampus tanpa kebenaran bertulis daripada pihak politeknik.

9.8. Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai politeknik, kakitangan atau pelajarnya.

9.9. Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputuan pihak politeknik tanpa melalui saluran yang ditetapkan.

9.10. Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau loteri.

9.11. Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras/ bahan kimia yang memabukkan, mengkhayalkan.

9.12. Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk memabukkan atau mengkhayalkan.

9.13. Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan pertunjukan bahan-bahan lucah.

9.14. Memberi atau menyebar maklumat palsu.

9.15. Mengengkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan politeknik yang diberi kuasa.

9.16. Memalsukan tanda tangan atau cop rasmi pihak berkuasa politeknik lain atau pihak lain yang terlibat dengan politeknik.

9.17. Melakukan ugutan atau'ragging' pada bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar kampus.

9.18. Berkelakuan biadab dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar politeknik atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan.

9.19. Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama ada di dalam atau di luar kampus.

9.20. Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah sama ada di dalam atau di luar kampus. 9.21. Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang.

(23)

9.22. Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana kawasan kampus.

9.23. Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan menculik.

9.24. Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamer senjata berbahaya seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain-lain.

9.25. Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah.

9.26. Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan atau menjual.

9.27. Terlibat dengan pemboikotan/ pemulauan aktiviti sah politeknik.

9.28. Terlibat dengan demonstrasi yang tidak dibenarkan di luar atau di dalam kampus politeknik.

9.29. Menimbul / menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan.

9.30. Memungut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.

9.31. Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan yang diharamkan oleh politeknik atau kerajaan.

10. LARANGAN MEROKOK

Pelajar DILARANG merokok di mana-mana kawasan kampus politeknik.

11. HAL-HAL LAIN

11.1. Pelajar TIDAK boleh terlibat dalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan atau

aktiviti lain, sama ada sepenuh atau separuh masa, yang pada pendapat Pengarah adalah tidak diingini.

11.2. Pelajar politeknik dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej politeknik sama ada di dalam atau di luar kampus

11.3. Pelajar digalak menggunakan peti cadangan yang disediakan untuk memberi cadangan.

11.4. Pelajar yang bukan penghuni asrama TIDAK dibenarkan berada di asrama lelaki atau

perempuan atau menggunakan segala kemudahan yang terdapat di asrama kecuali kafetaria atau surau.

11.5. Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan dan Undang-Undang Khas Peperiksaan, bengkel, woksyop, makmal, perpustakaan, asrama dan lain-lain yang telah dan akan dikeluarkan oleh politeknik dari semasa ke semasa.

11.6. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

(24)

12. PERATURAN KAMSIS / ASRAMA

12.1. PENEMPATAN PELAJAR DI KAMSIS/ASRAMA POLITEKNIK

12.1.1 Politeknik menyediakan kemudahan kamsis / asrama yang terhad kepada

pelajarnya. Hanya pelajar yang ditawarkan tempat di kamsis / asrama akan

ditempatkan sepertimana yang ditentukan oleh Pengarah atau wakil kuasanya.

12.1.2 Keputusan pemilihan bagi mendiami kamsis / asrama adalah muktamad dan

pelajar MESTI patuh pada keputusan itu.

12.1.3 Pelajar tidak dibenarkan menumpang mana-mana bilik asrama / kamsis

sementara menunggu keputusan pemilihan. Pelajar perlulah mencari tempat

tinggal sendiri sehinggalah ditawarkan asrama / kamsis.

12.1.4 Pengarah mempunyai hak mutlak untuk memilih mana-mana pelajar atau

orang perseorangan atau perkumpulan bagi mendiami kamsis / asrama

politeknik.

12.1.5 Proses penempatan pelajar ke kamsis asrama dibuat setiap semester.

Permohonan boleh di buat dengan mengisi borang permohonan yang boleh

diperolehi di Pejabat Kamsis / Unit Hal Ehwal Pelajar atau website Politeknik.

12.1.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh menarik balik tawaran tempat tinggal di

kamsis/ asrama atas sebab-sebab kepentingan politeknik pada bila-bila masa.

12.2 BAYARAN

12.2.1 Yuran kamsis/ asrama hendaklah dibayar sepenuhnya untuk sesuatu semester

bagi tiap-tiap semester pengajian politeknik sepanjang penginapan di kamsis

asrama. Penghuni yang hendak meninggalkan kamsis/ asrama pada pertengahan semester tidak akan dikembalikan wang yuran yang telah dibayar.

1.2.2 Yuran kamsis / asrama hendaklah dijelaskan sebelum pelajar dibenarkan menduduki kamsis / asrama. (Rujuk Kaedah pemabayaran Yuran Asrama) 12.2.3 Bayaran untuk kad kamsis/ asrama dibuat semasa pendaftaran kamsis/

asrama, bayaran tambahan lain akan dikenakan untuk membuat kad kamsis/ asrama kali kedua dan seterusnya.

12.2.4 Harta benda kamsis/ asrama yang dirosakkan atau dihilangkan oleh penghuni/

sekumpulan penghuni hendaklah diganti oleh penghuni/ sekumpulan penghuni

berkenaan dengan segera apabila diarahkan oleh Pengarah atau wakil

kuasanya.

12.2.5 Kadar bayaran gantirugi dan sebagainya adalah tertakluk kepada penetapan

(25)

12.3 TATATERTIB AM KAMSIS /ASRAMA

12.3.1 Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam biliknya lengkap dan sempurna semasa mula menduduki bilik. Sebarang kekurangan atau kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan kamsis asrama dengan segera.

12.3.2 Penghuni hendaklah berkelakuan baik serta berhemah tinggi dan hendaklah sentiasa memelihara suasana harmoni di kamsis/ asrama.

12.3.3 Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik kamsis asrama. Penghuni kamsis/ asrama tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana pelajar lain, tetamu atau pelawat di mana-mana bilik kamsis asrama.

12.3.4 Semua peralatan yang terdapat di bilik kamsis asrama TIDAK boleh diubah

kedudukannya atau diubahsuai tanpa kebenaran daripada Pengarah atau

wakil kuasanya.

12.3.5 Kebersihan bilik adalah tanggungjawab penghuninya. Penggunaan cadar dan

sarung bantal DIMESTIKAN.

12.3.6 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri. Bilik hendaklah sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan.

12.3.7 Bertukar bilik tanpa kebenaran daripada Pengarah atau wakil kuasanya adalah

TIDAK dibenarkan.

12.3.8 Semua penghuni bertanggungjawab ke atas bilik, aras dan blok mereka secara

berkumpulan.

12.3.9 Penghuni TIDAK dibenarkan membawa sebarang jenis senjata ke dalam

Kamsis / asrama.

12.3.10 Sebarang bentuk 'ragging' TIDAK dibenarkan.

12.3.11 Pelajar lelaki DILARANG memasuki kawasan kamsis/ arama perempuan atau

sebaliknya.

12.3.12 Seorang penghuni TIDAK boleh melakukan sesuatu untuk menghalang atau

menahan seseorang pegawai, pekerja atau wakil politeknik memasuki bilik

penghuni menetap itu untuk menjalankan tugas-tugas dan kewajipannya.

12.3.13 Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah penghuni mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa.

12.3.14 Selepas jam 10.30 malam, hanya penghuni kamsis/ asrama sahaja yang boleh

berada di dalam kawasan kamsis/ asrama.

12.3.15 Penghuni TIDAK dibenarkan menghadiri atau mengelola apa-apa jenis

perjumpaan atau perhimpunan di kawasan kamsis/ asrama kecuali dengan kebenaran betulis daripada Pengarah atau wakil kuasanya.

12.3.16 Penghuni hendaklah sentiasa membawa/ ada di bawah kawalannya kad kamsis/ asrama semasa berada di kawasan kamsis/ asrama.

12.3.17 Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik kamsis/ asrama hendaklah dengan mendapat kebenaran pihak berkuasa kamsis asrama terlebih dahulu Penggunaan radio, cakera padat dan pemain kaset adalah dibenarkan dengan

(26)

syarat tidak menganggu ketenteraman penghuni lain. Penggunaan fon telinga adalah digalakkan.

12.3.18 Pengarah atau wakil kuasanya boleh, dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan yang difikirkan perlu dan

sesuai untuk memelihara ketenteraman atau tatatertib di dalam kamsis / asrama.

12.3.19 Sebarang bentuk penyambungan/ pendawaian elektrik(wiring) di dalam kamsis

/ asrama adalah DILARANG sama sekali. Mana-mana penghuni yang

melakukan penyambungan/ pendawaian elektrik adalah dianggap merosakkan harta benda atau bangunan politeknik dan pihak politeknik berhak menuntut gantirugi dan mengenakan tindakan tatatertib.

12.3.20 Penghuni DILARANG memasuki kawasan kediaman kakitangan kecuali

dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya.

12.4 PERATURAN MENGOSONGKAN BILIK KAMSIS/ ASRAMA

12.4.1 Penghuni hendaklah mengosongkan biliknya apabila diarah, pada masa yang

telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

12.4.2 Sebelum keluar, bilik hendaklah dibersihkan terlebih dahulu oleh penghuninya.

Sekiranya berlaku kerosakkan, kekotoran, pencemaran atau kehilangan

peralatan serta kemudahannya, penghuni akan diminta membayar gantirugi. 12.4.3 Penghuni hendaklah memindahkan kesemua barang miliknya dari bilik.

Sebarang peralatan dan barang-barang yang ditinggalkan disifatkan sebagai tidak diperlukan dan pihak kamsis/ asrama boleh membuangnya.

12.4.4 Penghuni hendaklah menutup suis lampu, kipas, tingkap dan mengunci pintu

sebelum meninggalkan bilik.

12.4.5 Kunci hendaklah diserahkan sendiri ke Pejabat Penyelia Kamsis/ Asrama

selewat-lewatnya pada hari akhir mengosongkan atau notis pengosongan bilik waktu pejabat.

12.5 PERATURAN KELUAR MASUK HARIAN, HUJUNG MINGGU DAN CUTI PENDEK

12.5.1 Semua penghuni kamsis/ asrama yang keluar dari kawasan kampus politeknik

atas urusan harian dibenarkan bermula jam 7.00 pagi dan dikehendaki

masuk semula ke kamsis/ asrama tidak lewat dari jam 7.00 malam pada hari

yang sama kecuali dengan kebenaran bertulis diberikan oleh warden. Setiap penghuni kamsis/ asrama hendaklah melapor diri di Pondok Pengawal ketika keluar dan masuk ke kamsis/ asrama. Kad kamsis/ asrama perlu ditinggalkan di Pondok Pengawal ketika keluar.

12.5.2 Penghuni kamsis/ asrama TIDAK dibenarkan bermalam di luar kamsis/ asrama

kecuali mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pengarah atau

wakil kuasanya. Penghuni DIMESTIKAN merekod maklumat yang dikehendaki

di Pondok Pengawal dan melapor semula apabila kembali ke kamsis /asrama.

12.5.3 Semua penghuni kamsis/ asrama yang bermalam di luar kampus pada hujung

(27)

tidak lewat dari jam 7.00 malam hari terakhir cuti kecuali dengan kebenaran bertulis yang diberikan oleh warden.

12.6 PERATURAN MENERIMA TETAMU

12.6.1 Tetamu penghuni kamsis/ asrama hendaklah dilayan di kafetaria atau di tempat

yang disediakan.

12.6.2 Pelawat yang bukan pelajar politeknik dikehendaki mengambil pas pelawat

yang boleh diperolehi di Pondok Pengawal Keselamatan semasa memasuki kawasan politeknik.

12.6.3 Masa melawat adalah seperti berikut:

Hari Kuliah -4.00 petang hingga jam 7.00 petang

Cuti Hujung Minggu/ Umum -8.00 pagi hingga jam 7.00 petang

12.7 MEMASAK DAN MAKANAN

12.7.1 Penghuni kamsis/ asrama DILARANG memasak.

12.7.2 Penghuni DILARANG menggunakan pemanas air (immersion heater). Air

panas boleh didapati dengan memasak menggunakan cerek yang disediakan atau dari "water dispenser".

12.7.3 Hanya bahan-bahan makanan yang halal di sisi Agama Islam sahaja

Dibenarkan dibawa masuk ke kamsis/ asrama.

12.7.4 Penghuni DILARANG menggunakan bilik kamsis/ asrama sebagai tempat

makan makanan yang mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan salur air dan elektrik, dan juga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan penghuni lain.

12.8 PERATURAN BERPAKAIAN

12.8.1 Setiap penghuni yang masuk ke kafetaria hendaklah berpakaian kemas dan

sesuai. Pakaian sukan (seluar pendek) yang lusuh dan berpeluh, pakaian tidur atau baju singlet TIDAK dibenarkan di dalam kafetaria.

12.8.2 Pelajar lelaki DILARANG berkain pelekat/ sarung dalam kafetaria.

12.8.3 Pakaian TIDAK boleh disangkut pada tingkap atau tempat lain melainkan pada

ampaian yang disediakan.

12.8.4 Pakaian hendaklah disimpan dalam almari yang telah disediakan. 12.8.5 Penghuni yang hendak menggosok pakaian mereka hendaklah berbuat

demikian di bilik yang telah dikhaskan.

12.8.6 Penghuni adalah dinasihatkan supaya berpakaian kemas dan tidak menjolok mata pada setiap masa di kawasan kamsis/ asrama.

12.8.7 Memakai pakaian yang dianggap kurang sopan seperti seluar pendek, baju yang tidak berlengan atau pakaian yang bertulis kata-kata hina, logo parti politik atau mempunyai gambar atau lukisan yang tidak bersesuaian dengan

budaya ketimuran TIDAK dibenarkan.

12.8.8 Rambut hendaklah sentiasa kemas. Rambut yang mengerbang atau rambut yang beraneka fesyen adalah tidak dibenarkan.

(28)

berlebihan.

12.8.10 Pelajar lelaki DILARANG memakai sebarang perhiasan diri.

12.9 LARANGAN MEMELIHARA BINATANG

12.9.1 Penghuni DILARANG memelihara atau menternak apa-apa jenis binatang di

dalam bilik atau kawasan kamsis/ asrama.

12.9.2 Sebarang jenis binatang yang terlepas masuk ke kawasan kamsis/ asrama

hendaklah diserahkan atau dilaporkan kepada warden.

12.10 IKLAN, NOTIS, MAKLUMAN, RISALAH DAN LAIN-LAIN

12.10.1 Iklan dan notis hanya boleh ditampal dengan kebenaran Pengarah atau wakil

kuasanya di papan notis yang disediakan sahaja.

12.10.2 Semua iklan dan notis ditampal hendaklah ditanggalkan semula setelah tamat

tempoh pemberitahuan.

12.10.3 Semua poster atau hiasan dinding bilik TIDAK boleh menggunakan paku

kecuali alat penyangkut gambar atau 'poster hanger' yang sesuai yang mana gamnya tidak merosakkan dinding.

12.10.4 Penghuni DILARANG mengotorkan dinding atau mana-mana bahagian

bangunan kamsis/ asrama dengan apa cara sekali pun.

12.11 KESELAMATAN HARTA BENDA

12.11.1 Untuk mengelakkan kecurian, penghuni hendaklah memastikan biliknya sentiasa dikunci.

12.11.2 Penghuni TIDAK digalakkan menyimpan wang yang berlebihan dan peralatan

berharga di dalam bilik.

12.11.3 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri. 12.11.4 Kes kecurian hendaklah dilaporkan dengan segera kepada warden.

12.12 LARANGAN BERNIAGA DI KAMSIS/ ASRAMA

12.12.1 Penghuni TIDAK dibenarkan berniaga di mana-mana kawasan kamsis/

asrama kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya.

12.12.2 Semua penghuni yang membeli makanan atau barangan di kafetaria atau di kedai koperasi adalah bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri.

12.13 KESELAMATAN, KEBAKARAN DAN BANTUAN KECEMASAN

12.13.1 Penghuni yang nampak punca api hendaklah bertindak dengan bijaksana untuk memadamkannya atau berhubung terus dengan warden atau Jabatan Bomba dan Penyelamat. Penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan pantas dan berkumpul di satu tempat yang selamat.

12.13.2 Perkara-perkara yang menjadi punca kebakaran seperti penggunaan ubat nyamuk, pelita, lilin atau sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan

kebakaran berlaku TIDAK dibenarkan

(29)

warden dengan segera. Jika warden tiada, hendaklah menghubungi mana-mana wakil aras, pensyarah atau pengawal keselamatan.

12.13.4 Jika penghuni sakit, rakan sebilik atau searasnya bertanggungjawab

melaporkannya kepada warden dengan segera.

12.13.5 Pelajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis ancaman atau ugutan hendaklah melaporkan dengan segera kepada Pengarah atau wakil kuasanya.

12.14 LALULINTAS DI KAWASAN KAMPUS

12.14.1 Pelajar yang tinggal di kamsis / asrama dibenarkan membawa sebarang

kenderaan yang sah sahaja.

12.14.2 Pelajar yang dibenarkan membawa kenderaan bermotor ke kampus adalah

tertakluk kepada Peraturan Am Lalulintas Politeknik.

12.14.3 Semua kenderaan pelajar TIDAK DIBENARKAN berlegar-legar di dalam

kawasan kampus. Keberadaan kenderaan pelajar hanya di kawasan yang dibenarkan oleh pihak Politeknik sahaja.

12.14.4 Kenderaan hendaklah dipandu TIDAK melebihi had laju yang ditetapkan

(30km/j) di dalam kampus.

12.14.5 Penunggang motosikal dan pembonceng dimestikan memakai topi keledar

dan membonceng berlainan jantina adalah satu kesalahan.

12.14.6 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja .

Pelajar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan mereka di tempat yang

dikhaskan untuk pensyarah /kakitangan politeknik.

12.14.7 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa dan semasa membatal atau

menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

12.15 TEMPAT-TEMPAT KEMUDAHAN

12.15.1 Penghuni hendaklah menggunakan semua tempat kemudahan dengan cermat dan bertanggungjawab.

12.15.2 Penghuni bagi sesuatu aras bagi sesuatu blok itu adalah bertanggungjawab ke

atas kebersihan bilik air, tempat lalu-lalang, bilik membasuh, tangga atau apa-apa sahaja tempat kemudahan bagi aras atau blok tersebut.

12.15.3 Penghuni yang menggunakan tempat kemudahan atau peralatan hendaklah

sentiasa bersikap timbang rasa kepada mereka yang ingin menggunakan

kemudahan tersebut atau kepada orang lain.

12.16 SURAT/ SURAT BERDAFTAR/ BUNGKUSAN/TELEGRAM

12.16.1 Surat akan diedarkan melalui peti edaran surat kecuali surat berdaftar. 12.16.2 Surat berdaftar dan bungkusan adalah di bawah urusan Pejabat Am Politeknik. 12.16.3 Telegram yang diterima akan disampaikan terus kepada penerima.

12.16.4 Semua pertanyaan berkenaan dengan surat hendaklah dibuat di Pejabat

(30)

12.17 BERKEMPEN

12.17.1 Sebarang kempen bagi tujuan apa jua sekali pun hendaklah mendapatkan

kebenaran dari Pengarah atau wakil kuasanya.

12.17.2 Jika dibenarkan oleh Pengarah atau wakil kuasanya untuk berkempen, Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengenakan had dan syarat.

12.18 BILIK MANDI DAN BILIK BASUH PELAJAR

12.18.1 Penghuni kamsis/asrama adalah bertanggungjawab secara kumpulan ke atas kebersihan bilik mandi dan bilik basuh pelajar serta laluan aras masing-

masing dan memastikan kebersihannya dijaga.

12.18.2 Pembaziran adalah ditegah dan penghuni hendaklah mempunyai rasa

bertanggungjawab ke atas penggunaan air dan elektrik. Segala kerosakan

atau kebocoran hendaklah dilaporkan segera kepada pihak pengurusan.

12.18.3 Penghuni kamsis/ asrama TIDAK dibenarkan membuang sampah atau

sebarang jenis bahan asing ke dalam tandas. Penghuni aras akan dipertanggungjawabkan ke atas kes-kes tersumbat yang disebabkan oleh kecuaian atau salahguna oleh penghuni aras berkenaan.

12.19 AKTIVITI SOSIAL, PERHIMPUNAN, TAKLIMAT, KULIAH DAN CERAMAH

12.19.1 Penghuni kamsis/ asrama yang berkenaan adalah dikehendaki menghadiri,

mengikuti dan mengambil bahagian di dalam apa-apa perjumpaan,

perhimpunan, ceramah, taklimat, dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak berkuasa kamsis/ asrama dan politeknik.

12.19.2 Sebarang bentuk aktiviti sosial di kamsis/ asrama dan persekitarannya adalah

TIDAK dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis Pengarah atau wakil

kuasanya terlebih dahulu

12.19.3 Sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima (5) orang di kamsis/ asrama

atau persekitarannya tanpa kebenaran pihak berkuasa kamsis/ asrama TIDAK

dibenarkan.

12.19.4 Sebarang bentuk ceramah atau apa jua kegiatan yang melibatkan kakitangan

politeknik atau orang luar dari kamsis/ asrama mestilah mendapat kebenaran

Pengarah atau wakil kuasanya.

12.19.5 Sebarang perlakuan pelajar politeknik yang boleh mencemarkan nama baik

politeknik adalah DILARANG.

12.19.6 Penghuni kamsis/ asrama TIDAK dibenarkan bergiat, berkecimpung,

melibatkan diri atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik atau kumpulan haram.

12.19.7 Pelajar yang berdua-duaan dalam keadaaan yang kurang sopan dan

mencurigakan dengan pelajar atau orang luar di mana-mana kawasan kampas politeknik adalah DILARÁNG.

(31)

12.20 KAWASAN LARANGAN

12.20.1 Kawasan blok kediaman pelajar perempuan adalah kawasan larangan kepada pelajar atau pelawat lelaki dan sebaliknya.

12.20.2 Sebarang bentuk perbincangan yang berhubung dengan hal-hal akademik atau aktiviti ko-kurikulum di antara pelajar lelaki dan perempuan secara berkumpulan perlu dibuat dalam keadaan yang sopan di kafetaria/ mana-mana tempat yang disediakan sahaja sehingga jam 10.30 malam.

12.20.3 Pelajar-pelajar dibenarkan masuk ke bilik warden dan penyelia kamsis/ asrama atas urusan rasmi sahaja.

12.20.4 Pelajar TIDAK dibenarkan naik ke mana-mana kawasan bumbung kamsis

asrama atau masuk ke dalam mana-mana bilik pengagihan elektrik atau mana mana bilik di kawasan kamsis/ asrama yang diisytihar atau ditanda sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran pihak berkuasa asrama.

12.20.5 Kawasan pentadbiran dan akademik adalah kawasan larangan mulai jam 5.00

petang kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya.

12.20.6 Kawasan kafetaria yang meliputi kaunter pengurusan, dapur, bilik-bilik penginapan kakitangan kafetaria adalah kawasan larangan bagi semua pelajar.

12.21 SOLAT

15.21.1 Pelajar muslim digalakkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah di surau politeknik setiap hari.

15.21.2 Khusus di bulan Ramadhan, semua pelajar muslim digalakkan menunaikan solat Tarawih secara berjemaah di suaru politeknik.

12.22 RIADAH

12.22.1 Semua kegiatan sukan hendaklah bermula selepas waktu solat Asar dan hendaklah berakhir 15 minit sebelum waktu solat Maghrib.

12.22.2 Pakaian pada waktu riadah hendaklah bersesuaian dan tidak menjolok mata. 12.22.3 Aktiviti sukan hanya boleh dijalankan di dalam kawasan yang ditetapkan.

(32)

13. PERATURAN PELAJAR LUAR KAMSIS/ASRAMA

13.1 Pelajar mestilah mematuhi semua Peraturan Am Politeknik yang berkuatkuasa

sepanjang tempoh pengajian/ kursus/ latihan di politeknik.

13.2 Pelajar yang menetap/ menyewa di luar kawasan kampus mestilah

berkelakuan baik, berhemah tinggi dan sentiasa memelihara suasana harmoni di kawasan sekeliling rumahnya.

13.3 Sebarang bunyi-bunyian seperti radio/ televisyen/ gitar yang dipasang/ dimainkan hanya sekadar boleh didengar dalam rumah sahaja dan tidak mengganggu jiran- jiran sebelahan/ sekeliling.

13.4 Kebersihan dan keselamatan harta benda adalah tanggungjawab bersama

penghuni rumah tersebut.

13.5 Pelajar lelaki dan pelajar perempuan TIDAK dibenarkan tinggal serumah.

13.6 Pelajar lelaki DILARANG memasuki rumah pelajar perempuan dan begitu juga

sebaliknya.

13.7 Pelajar TIDAK digalakkan berkumpul di luar kawasan rumah.

13.8 Pelajar TIDAK dibenarkan mempamerkan simbol atau bendera mana-mana

parti politik di kawasan rumahnya.

13.9 Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Politeknik dan Peraturan- Peraturan Jawatankuasa Penduduk Setempat.

14. PERATURAN PERPUSTAKAAN 14.1 ARAHAN AM PERPUSTAKAAN

14.1.1 DILARANG bercakap kuat serta membuat bising sehingga boleh mengganggu

pengguna-pengguna lain.

14.1.2 DILARANG makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan

menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan.

14.1.3 DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan

mana-mana buku, majalah atau apa-apa bahan cetak kepunyaan Perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut.

14.1.4 DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan

mana-mana harta kepunyaan Perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada barang tersebut.

14.1.5 DILARANG menggunakan telefon mudah alih.

14.1.6 Pengguna-pengguna mesti mematuhi peraturan-peraturan mengenai bilanga buku-buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

14.1.7 Peminjam bertanggungjawab ke atas bahan yang dipinjam. Bagi

bahan yang dihilangkan, peminjam akan dikenakan bayaran harga semasa sebagai kos gantian bahan tersebut. Dalam kes-kes di mana gantian tidak mungkin, Jawatankuasa Perpustakaan akan menentukan harga gantian kes demí kes.

14.1.8 Penggantian kad baru akan dikenakan bayaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Politeknik.

(33)

14.1.9 DILARANG membawa masuk beg ke dalam perpustakaan.

14.1.10 Pengguna perpustakaan hendaklah menunjukkan semua barang termasuk beg tangan, folder dan sebagainya kepada petugas perpustakaan untuk diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan.

14.1.11 Semua pertukaran alamat pengguna hendaklah dimaklumkan kepada pihak

perpustakaan.

14.1.12 Pengguna hendaklah berpakaian yang sesuai mengikut Peraturan Am Politeknik.

14.2 PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN

Pengguna layak meminjam buku daripada koleksi pinjaman dan koleksi pinjaman terhad. Cara meminjam adalah seperti berikut:

14.2.1 Koleksi Pinjaman

Untuk meminjam buku-buku koleksi ini, pengguna hendaklah menulis nama dan bahagian (kakitangan), nombor pendaftaran (pelajar) pada kad buku yang terdapat di dalam buku yang hendak dipinjam. Serahkan buku, kad serta kad pinjaman perpustakaan kepada kakitangan di kaunter untuk diuruskan pinjaman tersebut.

14.2.2 Koleksi Pinjaman Terhad

Untuk meminjam buku-buku dari koleksi ini, sama seperti pinjaman biasa cuma

tempoh pinjaman lebih singkat.

14.2.3 Tempahan

Pengguna boleh menempah buku-buku yang dipinjam oleh pengguna lain dengan mengisi borang tempahan. Pengguna akan diberitahu melalui papan kenyataan di perpustakaan

14.3 BILANGAN BUKU DAN TEMPOH PINJAMAN

KATEGORI BILANGAN BUKU TEMPOH PINJAMAN

Koleksi Pinjaman Koleksi Terhad 4 Buah 1 Buah 2 minggu 1 hari 14.4 HAL-HAL LAIN

14.4.1 Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau

kerosakan barang-barang persendirian yang diletak atau tertinggal di dalam luar/perpustakaan.

14.4.2 Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang melanggar

sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan Politeknik untuk keluar dari perpustakaan.

(34)

14.4.3 Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna memulangkan bahan-bahan pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya.

14.4.4 Penggunaan ruang perpustakaan untuk tujuan lain perlu mendapat kelulusan

Politeknik.

14.4.5 Pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh dikemukakan kepada

Pegawai Perpustakaan.

14.4.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau

menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

15. PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS. 15.1 KENDERAAN RASMI POLITEKNIK

15.1.1 Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan

memohon dan mendapatkan kelulusan Pengarah.

15.1.2 Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan,

kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.

15.2 KENDERAAN PERSENDIRIAN

15.2.1 Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan oleh pelajar setelah

didaftar dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.

15.2.2 Semua kenderaan bermotor yang digunakan mestilah mempamerkan pelekat

kenderaan yang sah yang dikeluarkan oleh politeknik.

15.2.3 Semua kenderaan hendaklah diletakkan ditempat yang dikhaskan dan disusun

dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik.

15.2.4 Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam kampus.

15.2.5 Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan

selamat untuk digunakan.

15.2.6 Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor perlu mematuhi peraturan-

peraturan berikut:

a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.

b) Mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh politeknik.

c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi

bising yang kuat atau yang diubahsuai

d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng

motosikal. Membonceng berlainan jantina tidak dibenarkan.

e) Memakai baju pantul cahaya semasa menunggang/ membonceng

motosikal adalah digalakkan.

f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.

g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan

jalanraya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan jalan.

(35)

15.2.8 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatalkan atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

15.3 HUKUMAN KESALAHAN LALULINTAS

Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalulintas boleh dikenakan hukuman secara pentadbiran.

16. PELANGGARAN PERATURAN

Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini boleh dikenakan tindakan berikut:

16.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh politeknik

16.2 Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan [(Kaedah 48, Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)].

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana- mana dua atau lebih atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu

disatukan sekali:

i. amaran

ii. denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00)

iii. penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua

kemudahan- kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan

iv. penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama

tempoh yang ditentukan:

v. penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan

peperiksaan di Institusi:

vi. penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh

yang ditentukan:

vii. pembuangan daripada Institusi, oleh pihak berkuasa tatatertib”.

“Hukuman” “Hukuman Tatatertib”

(36)

PETIKAN JADUAL KEDUA, AKTA 174,

AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976 UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAHAGIAN II, TATATERTIB AM

1. Larangan-larangan Am

- Kaedah 3 (a). (b). (e), (d). (e), (f), (g), (h), (i), (j), dan (k) 2. Kehadiran di Kuliah – Kaedah 4

3. Latihan Amali- Kaedah 5 (1), (2), dan (3) 4. Pakaian dan Penampilan Diri - Kaedah 6 5. Masuk Peperiksaan - Kaedah 7

6. Sekatan Mengenai Penggunaan teks kuliah, dan lain-lain - Kaedah 8 (1), dan (2) 7. Mengorganisasi dan sebagainya perhimpunan-perhimpunan- Kaedah 9 (1), (2), dan

(3)

8. Mempunyai, memiliki dan menggunakan pembesar suara-pembesar suara dan sebagainya - Kaedah 10 (1)

9. Membuat, mengguna, menunjukkan, dan sebagainya, panji-panji plakad-plakad dan sebagainya - Kaedah 11 (a), (b), dan (c)

10. Menerbitkan dan sebagainya dokumen-dokumen - Kaedah 12 (1), dan (2) 11. Aktiviti-aktiviti pelajar di luar kampus - Kaedah 13

12. Pelajar bertugas dalam pekerjaan dan sebagainya - Kaedah 14

13. Rayuan-rayuan berhubung dengan institusi dan sebagainya - Kaedah 15

14. Bantahan pelajar terhadap kemasukan pengeksklusian dan sebagainya, orang-orang daripada kampus - Kaedah 16

15. Judi dalam kampus - Kaedah 17

16. Minum atau memiliki liquor dan mabuk- Kaedah 18 (1), dan (2) 17. Bahan-bahan lucah - kaedah 19 (1), (2), dan (3)

18. Dadah dan racun - Kaedah 20 (1), (2), (3), (4), (5), dan (6) 19. Kebersihan di dalam kampus - Kaedah 21

20. Membuat bising yang menggusarkan dan mengganggu - Kaedah 22 21. Tempat tinggal atau tidur di kampus - Kaedah 23

22. Memasuki bahagian-bahagian larangan kampus atau bangunan-bangunan - Kaedah 24

23. Kad Pelajar - Kaedah 25 (1), (2), dan (3) 24. Keengkaran - Kaedah 26

(37)

BAHAGIAN III, TATATERTIB ASRAMA

1. Memasuki atau berada dalam bilik pelajar menetap - Kaedah 27 (1), dan (2)

2. Menghalang, dan sebagainya, pegawai-pegawai dan lain-lain, daripada masuk dan menjalankan tugas-tugas - Kaedah 28

3. Berada di luar asrama pada waktu malam - Kaedah 29

4. Berada di dalam premis asrama selepas pukul 11.00 malam - Kaedah (30)

5. Cermat pada menggunakan premis asrama dan larangan-larangan - Kaedah 31 (1), (2), (3), dan (4)

6. Pelajar tidak boleh berpindah bilik tanpa mengikut kebenaran terlebih dahulu - Kaedah 32

7. Pelajar menetap hendaklah mengosongkan atau berpindah tempat tinggal apabila dikehendaki oleh institusi - Kaedah 33 (1), (2), dan (3)

8. Kuasa warden untuk memberi perintah atau arahan berkenaan dengan ketenteraman dan tatatertib - Kaedah 34

BAHAGIAN IV, TATATERTIB LALULINTAS

1. Kebenaran bertulis bagi pelajar-pelajar yang menyimpan, memiliki atau mempunyai kereta motor di dalam kampus - Kaedah 35 (1), (2), (3), (4), dan (5)

2. Daftar kereta-kereta motor pelajar - Kaedah 36 3. Had laju - Kaedah 37

4. Kereta motor hendaklah dipandu atas jalan kereta sahaja - Kaedah 38 5. Memandu kereta di atas koridor, dan sebagainya - Kaedah 39

6. Meletak kereta secara menghalang - Kaedah 40

7. Menggunakan ruang letak kereta yang diperuntukkan - Kaedah 41 8. Membonceng - Kaedah 42 (1), (2), dan (3)

9. Arahan dan tanda lalulintas hendaklah dipatuhi - Kaedah 43

10. Menggunakan lesen memandu dan kad pelajar apabila diminta - Kaedah 44 11. Menghalang perjalanan lalulintas - Kaedah 45

12. Pemakaian Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) - Kaedah 46 (1), dan (2) 13. Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib- Kaedah 47 (1), (2), dan (3)

(38)

LAGU POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Politeknik adalah warisan kita

Membekal tenaga bidang teknikal

Bersama membina kmajuan Negara

Malaysiaku tercinta

Ilmu akhlak mulia asas jaya

Itulah amalan hidup kita

Di mana sahaja Politeknik berada

Harapan tetap sama

Chorus: Politeknik ku sanjung jasa-jasamu

Mencipta lembaran sejarah

Harapan impian kan menjadi nyata

Tekad, takwa, usaha

Penentu arah

Maju Politeknik ayuh maju

Semangatmu merestui perjuangku

Teknologi teras pembangunan Negara

Referensi

Dokumen terkait

Oleh itu, semua pelajar semester satu (1) akan ditawarkan kolej kediaman. PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK SANDAKAN SABAH.. Sila rujuk pelan lokasi Politeknik Sandakan Sabah yang

Pastikan semua borang pendaftaran (HEP1 – HEP6) telah dilengkapkan sebelum mendaftar dan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran. Calon hanya akan didaftarkan sebagai pelajar

Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama / bayaran pelbagai di Bank Islam (M) Berhad (BIMB).. Pihak Politeknik

Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama / bayaran pelbagai di Bank Islam (M) Berhad (BIMB).. Pihak Politeknik KPT

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar (MAKP) Politeknik Melaka diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam

a) Semua bentuk bayaran PERLU DIBUAT SEBELUM HARI PENDAFTARAN. b) Sila pastikan setiap pembayaran adalah yang ditulis ATAS NAMA PELAJAR SENDIRI. c) Pelajar yang mendapat

(B) NO. b) Sila pastikan setiap pembayaran adalah yang ditulis ATAS NAMA PELAJAR SENDIRI. c) Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah

Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama / bayaran pelbagai di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad