• Tidak ada hasil yang ditemukan

Apa Itu Pengurusan Kewangan docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Apa Itu Pengurusan Kewangan docx"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Apa Itu Pengurusan Kewangan

Date: Monday, November 22 @ 00:00:00 MYT Topic: Bisnes & Pengurusan

Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu.

Pengenalan Konsep Pengurusan Kewangan Pada zaman dahulu kala, kita dapat menukarkan batu-batu yang cantik dan berseni seperti nilam dan zamrud dengan barang-barang yang diperlukan. Selepas itu, muncul pula zaman di mana manusia menggunakan cengkerang-cengkerang siput sebagai medium pertukaran. Akhirnya, zaman yang lebih maju melahirkan mata wang yang diterima umum dalam bentuk logam seperti wang syiling dan juga wang kertas sebagaimana yang ada pada hari ini. Melangkah setapak lagi ke hadapan, manusia mula menggunakan kad-kad pintar sebagai pengganti kepada wang yang bersifat fizikal. Evolusi ini juga melahirkan beberapa cabang ilmu sains sosial yang sangat berguna dalam kehidupan manusia sehingga ke hari ini seperti ilmu perakaunan, ekonomi, kewangan dan matematik.

Apa Itu Kewangan Pada zaman sekarang, setiap organisasi sama ada pihak kerajaan mahupun firma swasta memerlukan wang untuk beroperasi. Ini termasuklah organisasi yang tidak bermatlamatkan keuntungan (non-profit organization) yang menjalankan aktiviti kebajikan. Dalam erti kata lain, wang digunakan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan. Semua manusia yang normal memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa. Kerana itu kita dapat lihat di sekeliling kita ada sesetengah pihak yang terperangkap dengan hutang kad kredit dan hutang-hutang lain yang bertimbun. Tidak kurang pula yang terpaksa diisytiharkan muflis akibat masalah kewangan. Begitu juga dengan firma-firma perniagaan yang terpaksa gulung tikar akibat masalah kewangan yang teruk. Oleh kerana itu ilmu kewangan ini harus dipelajari dan difahami oleh setiap individu tidak kira sama ada mereka adalah seorang pegawai, petani, suri rumah mahupun para penganggur. Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang.

Mengurus kewangan pula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu. Umpamanya, apabila firma ingin meningkatkan untung bersih, maka para pengurus perlulah berusaha meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil. Ini dicapai menerusi integrasi dan usaha secara kolektif daripada kesemua jabatan dan bahagian yang ada dalam sesebuah organisasi. Daripada kenyataan tersebut, suatu lagi rumusan dapat diberikan iaitu, mengurus kewangan bukan hanya melibatkan kakitangan Jabatan Kewangan dan Akaun sahaja, malahan ianya memerlukan kerjasama kesemua bahagian dalam organisasi. Secara umum, bidang kewangan mempunyai tiga cabang disiplin yang besar dan ianya menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada para graduan dan masyarakat.

(2)

graduan daripada pelbagai bidang terutamanya bidang kewangan sering diambil bekerja dengan syarikat-syarikat broker saham, syarikat pengurusan saham amanah dan bank-bank saudagar yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan pelaburan. Mereka yang memilih bekerja di syarikat insurans juga terlibat dalam tugas-tugas melabur premium insurans yang diterima ke dalam portfolio-portfolio pelaburan yang menguntungkan. Golongan yang berminat menjadi perunding kewangan juga, pada ketika ini memerlukan pengetahuan luas dalam bidang pelaburan. Ini jelas menerusi silibus yang diperkenalkan dalam peperiksaan CFP atau Certified Financial Planners. Pengurusan Kewangan Korporat Bidang ini melibatkan penyertaan kakitangan organisasi secara menyeluruh dan paling banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan di dalam bidang kewangan. Hal ini berlaku disebabkan keperluan kepada pengurusan kewangan korporat dalam setiap organisasi.

Antara tugas yang dilakukan dalam bidang ini ialah pembuatan keputusan berhubung; •Keputusan pelaburan syarikat.

•Strategi syarikat supaya memperoleh dana bagi memenuhi keperluan pengembangan perniagaan.

• Keputusan penerbitan saham baru di pasaran dan sekuriti-sekuriti hutang yang lain. • Keputusan pembiayaan hutang jangka panjang dan jangka pendek.

Selain keputusan-keputusan strategik di atas, para pengurus syarikat juga akan terlibat dalam pembuatan keputusan rutin syarikat seperti:

• Pembayaran dan penerimaan tunai harian. • Pemberian kredit kepada pelanggan.

• Merancang perbelanjaan pengiklanan dan promosi.

• Penentuan ganjaran kepada pengurus dan kakitangan.

(3)

Bentuk Organisasi Perniagaan.

Terdapat tiga bentuk organisasi perniagaan yang paling utama di negara ini meliputi; perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat korporat. Hampir 80 peratus badan perniagaan di negara ini adalah berorientasikan milikan tunggal dan perkongsian. Namun begitu, berdasarkan jumlah jualan dalam Ringgit Malaysia (RM) hampir 90% didominasi oleh perniagaan berbentuk syarikat korporat. Perniagaan Tunggal Bagi perniagaan tunggal, ianya dimiliki dan diurus oleh seorang individu sahaja. Pemiliknya memiliki semua aset perniagaan dan bertanggungjawab ke atas semua liabiliti perniagaan. Selain itu, semua keuntungan daripada perniagaan akan dinikmati oleh pemilik dan semua kerugian ditanggung oleh pemilik.

Kelebihan perniagaan tunggal boleh dijelaskan seperti berikut:

•Kos menubuhkan perniagaan ini adalah rendah kerana dokumentasi penubuhannya adalah

sedikit.

•Pemilik perniagaan hanya dikenakan cukai pendapatan individu sahaja.

•Rahsia perniagaan tidak diketahui oleh pihak umum. Ini kerana perniagaan tunggal tidak perlu mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang awam.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan perniagaan tunggal seperti;

•Pemilik perniagaan tunggal mempunyai liabiliti tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mengalami kerugian, harta peribadi pemilik perlu digunakan bagi membayar segala hutang perniagaan.

•Jangka hayat perniagaan agak singkat kerana apabila pemilik perniagaan itu mati atau tidak lagi berminat menjalankan perniagaan, perniagaan tersebut terpaksa dibubarkan.

•Perniagaan tunggal biasanya mempunyai keupayaan menjana modal secara terhad. Perniagaan Perkongsian Perniagaan berbentuk perkongsian wujud apabila terdapat dua atau lebih individu yang bersetuju menjalankan perniagaan bersama-sama. Perniagaan perkongsian yang biasa wujud di Malaysia terdiri daripada Perkongsian Terhad dan Perkongsian Am. Di bawah Akta Syarikat 1965, Seksyen 14 (3)(b), bagi mewujudkan sesebuah perniagaan perkongsian, jumlah ahli mestilah tidak melebihi dua puluh orang. Namun begitu, syarat jumlah ahli tidak melebihi 20 orang ini boleh diberikan pengecualian kepada perniagaan-perniagaan berteraskan profesional seperti perkhidmatan kedoktoran, perakaunan dan guaman. Dalam perniagaan perkongsian juga dibenarkan seorang atau beberapa orang rakan kongsi mempunyai status perkongsian terhad. Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi dalam perniagaan tersebut mestilah mempunyai status perkongsian am.

Daripada aspek kebaikan perniagaan perkongsian, ianya boleh dijelaskan seperti berikut:

(4)

•Cukai hanya dikenakan ke atas pendapatan para pekongsi dan bukannya ke atas pendapatan perniagaan.

•Rahsia perniagaan perkongsian juga terpelihara daripada diketahui umum disebabkan firma perkongsian tidak perlu menyediakan laporan kewangan awam.

Walau bagaimanapun, masih juga terdapat beberapa kelemahan perniagaan perkongsian seperti; •Rakan kongsi yang berstatus rakan kongsi am, mempunyai liabiliti tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mengalami kerugian, harta peribadi rakan kongsi itu terpaksa digunakan bagi menyelesaikan hutang perniagaan.

•Sekiranya salah seorang daripada rakan kongsi am menarik diri atau meninggal dunia, perkongsian akan dibubarkan.

•Pindah-milik dalam perniagaan perkongsian sukar dilakukan kerana ia memerlukan persetujuan kesemua rakan kongsi terlebih dahulu.

Syarikat Korporat Jika dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perniagaan perkongsian, sesebuah syarikat korporat mempunyai kelainan yang tersendiri. Syarikat adalah sebuah entiti yang wujud dan diperbadankan secara berasingan daripada pemiliknya (pemegang saham). Ini bermaksud, sekiranya syarikat mengalami kebankrapan, pihak penghutang hanya boleh menuntut bayaran setakat jumlah sumbangan modal kesemua pemegang saham sahaja. Oleh kerana terdapat pengasingan antara pemilik dan syarikat, ia sebenarnya memberi kelebihan kepada pemilik syarikat atau pemegang saham. Penubuhan syarikat juga adalah lebih sukar. Pemilik perlu terlebih dahulu mendaftarkan nama syarikat di pejabat Pendaftar Syarikat atau Registrar of Companies. Selain itu, ia perlu menyediakan segala kertas kerja dan dokumen pendaftaran seperti memorandum dan artikel persatuan yang melibatkan kos guaman yang besar. Antara ciri syarikat korporat ialah ia boleh memiliki aset, boleh menanggung liabiliti dan menjual sekuriti kewangan bagi mendapatkan modal.

Antara kelebihan perniagaan berbentuk ini ialah;

•Pemegang saham syarikat (pemilik) mempunyai liabiliti terhad sekadar jumlah dana yang dilaburnya sahaja.

•Kesinambungan hayat sesebuah syarikat korporat itu adalah berterusan dan tidak akan tergugat sekiranya salah seorang daripada pemilik menarik diri atau meninggal dunia.

•Keupayaan mendapatkan pinjaman luar lebih yang lebih baik kerana institusi kewangan lebih sanggup menyediakan pinjaman yang besar kepada syarikat jika dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perkongsian.

(5)

•Cukai dikenakan sebanyak dua kali oleh kerajaan. Ini bermaksud, keuntungan syarikat akan dikenakan cukai korporat manakala pemilik syarikat dikenakan cukai atas dividen yang diterima di penghujung setiap tahun.

•Rahsia perniagaan syarikat sukar dilindungi daripada diketahui umum. Ini kerana, syarikat disyaratkan supaya menyediakan dan menyiarkan laporan kewangan tahunan mereka kepada masyarakat awam.

Matlamat Utama Perniagaan Dalam konteks kewangan,

Objektif utama setiap kakitangan pengurusan syarikat adalah bagi meningkatkan kekayaan pemegang saham syarikat ataupun kekayaan pemilik syarikat. Objektif ini tercapai apabila harga saham syarikat dapat dimaksimumkan seberapa banyak yang mungkin. Sebagai contoh, pada akhir Januari 2002, harga saham Syarikat Telekom ialah RM8.50 sesaham dan pada akhir Februari 2002, harganya ialah RM8.75 sesaham manakala pada akhir Mac 2002, harganya ialah RM9.00 sesaham. Ini menunjukkan, terdapat peningkatan secara konsisten dalam harga saham Telekom. Oleh itu, bolehlah dikatakan pengurusan Syarikat Telekom berjaya memaksimumkan harga saham Telekom dan seterusnya meningkatkan kekayaan pemegang saham. Persoalannya sekarang apakah kaitan antara harga saham dan kekayaan pemegang saham. Sekiranya seseorang membeli satu unit saham Telekom pada bulan Januari, mengikut contoh di atas kosnya ialah RM8.50 sesaham. Selepas pembelian dilakukan, secara automatik pembeli saham tersebut menjadi salah seorang daripada ribuan pemilik saham Telekom. Sekiranya beliau memegang saham tersebut selama tiga bulan mulai Januari dan kemudiannya menjual saham itu pada bulan Mac, beliau akan mendapat sedikit keuntungan daripada pegangan saham selama tiga bulan. Ini kerana harga saham Telekom semasa beliau melepaskan pegangannya melonjak kepada RM9.00 sesaham. Dengan keuntungan sebanyak RM0.50 sesaham, ini bermakna pihak pengurusan syarikat Telekom berjaya memaksimumkan kekayaan pemegang saham melalui peningkatan harga saham. Aspek yang paling penting dalam memaksimumkan kekayaan pemegang saham atau pemilik syarikat ialah pihak pengurusan mestilah terlebih dahulu memastikan berlakunya peningkatan dalam harga saham syarikat.

(6)

pengurusan dan boleh mengurangkan keberkesanan usaha memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Antaranya ialah tanggungjawab sosial, halangan undang-undang dan kadar bunga.

Tanggungjawab Sosial: Bagi menerangkan bagaimana faktor ini mempengaruhi keuntungan syarikat, kita akan menggunakan contoh sebuah syarikat yang menghasilkan bahan kimia pencuci. Biasanya dalam proses penghasilan bahan kimia pencuci, akan terhasil juga bahan-bahan kimia buangan ataupun ‘by product’. Bahan-bahan kimia buangan ini tidak lagi berfaedah bagi proses seterusnya. Oleh itu, syarikat juga bertanggungjawab mengurus pelupusan bahan-bahan kimia buangan ini sebaik mungkin supaya tidak mencemarkan alam sekitar atau membahayakan orang ramai. Langkah terbaik bagi melupuskan bahan kimia ini ialah dengan membina loji pelupusan. Biasanya loji ini bernilai berjuta-juta ringgit dan pembinaannya akan meningkatkan kos pengurusan dan kos pengeluaran syarikat. Apabila kos meningkat, maka ianya mengurangkan angka keuntungan syarikat. Apabila keuntungan menurun, keupayaan syarikat membayar dividen juga berkurangan. Berdasarkan model pertumbuhan Gordon, apabila dividen menurun, harga saham syarikat juga menurun dan menyukarkan syarikat meningkatkan kekayaan pemegang saham atau pemilik syarikat.

Halangan Undang-Undang: Ada kalanya undang-undang yang diadakan oleh kerajaan boleh menjejaskan keuntungan sesebuah syarikat dan kemudiannya memberi kesan ke atas harga saham dan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Contohnya, undang-undang pengambilan buruh asing di sektor perkilangan. Pada amnya, kilang-kilang mengupah buruh asing supaya bekerja di kilang mereka kerana gaji yang dibayar lebih murah berbanding gaji buruh tempatan. Oleh sebab itu, pengambilan buruh asing dapat menjimatkan kos pengilang dan seterusnya meningkatkan keuntungan mereka. Namun begitu, sekiranya kerajaan menghalang pengambilan buruh asing, pengilang tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengupah buruh tempatan. Sudah pasti dengan mengupah buruh tempatan ianya akan meningkatkan kos dan seterusnya menjejaskan keuntungan. Berdasarkan model pertumbuhan Gordon juga, selepas keuntungan terjejas, pemberian dividen akan mengecil dan akhirnya harga saham syarikat terjejas. Apabila harga saham terjejas, proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham terbantut.

(7)

Sekiranya syarikat melakukan pinjaman sewaktu kadar bunga tinggi, pembayaran faedah ke atas pinjaman juga menjadi tinggi. Apabila pembayaran kadar faedah meningkat, kos pengurusan dan operasi syarikat akan meningkat dan ini mengurangkan keuntungan syarikat. Keupayaan membayar dividen juga menurun dan mengakibatkan penurunan harga saham syarikat. Ini menyukarkan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Tugas Kakitangan dan Pengurus Kewangan Tanggungjawab kakitangan dan pengurus kewangan dalam sesebuah organisasi adalah sangat penting dan strategik. Ini disebabkan pengukuran pencapaian dan kekukuhan syarikat biasanya diukur daripada sudut kewangan. Darjah kompleksiti pengurusan kewangan syarikat pula lebih bergantung kepada saiz syarikat atau firma tersebut. Umpamanya, bagi sebuah kedai runcit, pengurusan kewangannya tidaklah begitu rumit untuk dilakukan. Hanya pemilik kedai berkenaan sahaja yang diperlukan bagi mengurus segala rekod-rekod kewangan perniagaan. Sebaliknya bagi sebuah syarikat korporat yang besar, ia memerlukan struktur jabatan kewangan yang kompleks. Syarikat-syarikat korporat biasanya mempunyai sebuah jabatan kewangan yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar Kewangan dengan dibantu oleh Penolong Pengurus Besar Kewangan, akauntan, ketua juruaudit, pegawai pelaburan, pegawai penganalisis kewangan, pegawai sistem maklumat dan sebagainya. Tugas yang dijalankan oleh para pengurus kewangan dan kakitangan di bawahnya boleh dibahagikan kepada lima bahagian seperti di bawah;

•Ramalan dan Perancangan Kewangan Tugas membuat ramalan dan perancangan kewangan boleh dikaitkan dengan proses menyediakan belanjawan syarikat. Dalam aspek ini, para pengurus kewangan mendapatkan maklumat daripada jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Pemasaran dan Jabatan Pengeluaran supaya membuat ramalan jualan dan hasil pada masa hadapan.

•Keputusan Pelaburan dan Pembiayaan Seterusnya, pengurus kewangan dan kakitangannya juga perlu membuat keputusan-keputusan memilih alternatif pelaburan yang terbaik untuk syarikat ceburi. Selain itu, keputusan pembiayaan juga perlu dilakukan dengan cara menentukan bentuk-bentuk sumber pembiayaan jangka panjang dan jangka pendek yang boleh digunakan bagi meningkatkan jumlah modal syarikat. Umpamanya menerusi kertas komersial, debentur, terbitan bon, saham dan saham keutamaan.

•Koordinasi dan Kawalan Tugas kakitangan dan pengurus kewangan juga adalah berinteraksi dengan kakitangan di jabatan lain bagi memastikan perjalanan operasi syarikat adalah cekap. Kawalan ke atas aliran tunai masuk dan keluar, polisi kredit syarikat, ketersediaan sumber dana dan seumpamanya perlu dilakukan oleh mereka. Ini memastikan segala perancangan atau belanjawan yang dibuat dapat dipenuhi oleh semua jabatan.

•Berurusan Dengan Pasaran Wang dan Modal Oleh kerana tugas mengurus kewangan tidak dapat dipisahkan dengan pasaran wang dan modal, maka menjadi tanggungjawab para pengurus kewangan supaya berurusan dengan pihak-pihak luar yang terlibat dengan tugas-tugas menerbitkan saham, menerbitkan bon, melabur lebihan wang dan sebagainya dalam pasaran wang dan modal. Ini termasuklah syarikat broker saham dan bank-bank saudagar.

(8)

kontrak-kontrak urus niaga pasaran derivatif. Hubungan Agensi dan Masalah Agensi Hubungan agensi wujud apabila seorang prinsipal seperti pemilik (pemegang saham) sesebuah syarikat melantik dan memberi kuasa kepada seseorang agen (individu) sebagai wakilnya supaya membuat keputusan atau mengurus syarikat tersebut bagi pihaknya.

Sebagai contoh, Datuk Kamal Sani adalah pemegang saham utama Syarikat Q&C Berhad. Datuk Kamal mengambil keputusan melantik Encik Alinor, Encik Ramaswaty dan Encik Lee Soon sebagai pengurus syarikat dan memberi mereka hak membuat keputusan-keputusan dalam syarikat. Dengan pelantikan ketiga-tiga mereka ini dan penyerahan kuasa mengurus dan membuat keputusan, hubungan agensi sudah terhasil. Sebaliknya, jika Datuk Kamal hanya melantik ketiga-tiga mereka ini sebagai pencuci pejabat, maka hubungan agensi tidak wujud di sini. Ini kerana kuasa yang diberikan kepada mereka tidak mencukupi bagi mengurus syarikat tersebut bagi pihak Datuk Kamal sebagai pemilik syarikat.

Masalah Agensi Sebagai seorang agen yang dilantik bagi mewakili prinsipal, kesemua pengurus syarikat haruslah bertindak sejajar dengan matlamat dan kehendak prinsipal. Walau bagaimanapun, masalah agensi akan timbul sekiranya ketiga-tiga orang pengurus yang dilantik tadi membuat keputusan perniagaan dan berperilaku secara tidak konsisten atau menyimpang daripada matlamat prinsipal. Umpamanya, mereka tidak berusaha memaksimumkan kekayaan Datuk Kamal sebagai pemegang saham atau pemilik syarikat.

Contoh keputusan-keputusan perniagaan atau perilaku yang tidak konsisten dengan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham adalah;

•Membuat keputusan membeli kapal terbang peribadi bagi keperluan para pengurus yang berharga berjuta-juta ringgit dan pembelian ini menambahkan beban hutang syarikat. Semakin banyak syarikat berhutang, semakin banyak kadar faedah yang perlu dibayar lalu mengurangkan keuntungan syarikat dan menjejaskan peluang memaksimumkan kekayaan pemegang saham.

•Pembayaran bonus yang terlalu tinggi kepada pengurus syarikat sehingga mengurangkan jumlah keuntungan syarikat. Kesannya, keupayaan membayar dividen kepada pemegang saham semakin rendah.

Langkah Mengurangkan Masalah Agensi:

Masalah agensi boleh dikurangkan menerusi langkah-langkah seperti berikut:

•Menawarkan saham syarikat kepada para pengurus Penawaran saham kepada kakitangan (ESOS) biasa berlaku dalam syarikat-syarikat besar seperti Maybank dan Telekom. Dengan penawaran saham ini, secara langsung, para pengurus syarikat akan turut menjadi pemilik syarikat. Seperti biasa sebagai pemilik syarikat mereka mahukan kekayaan mereka dimaksimumkan. Cara terbaik adalah dengan membuat keputusan perniagaan yang akan meningkatkan keuntungan syarikat dan bukannya membuat keputusan atau perilaku yang menjejaskan keuntungan. Justeru itu, para pengurus akan bekerja dengan lebih bertanggungjawab dan menumpukan kepada usaha-usaha mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan.

(9)

pengurus dan kakitangan syarikat. Bagi mengatasinya, para pemilik haruslah bersedia meningkatkan manfaat pekerjaan kepada golongan tersebut supaya mereka dapat bekerja dengan lebih gigih bagi mencapai apa yang diharapkan oleh pemilik syarikat.

Antara yang boleh dilakukan termasuklah meningkatkan gaji, menambah elaun-elaun perkhidmatan, memberi bonus tahunan dan kecemerlangan, menyediakan kemudahan perumahan dan kenderaan yang lebih baik, mewujudkan skim manfaat persaraan yang lebih menarik dan menguntungkan kakitangan serta memberikan kemudahan rekreasi dan cuti yang lebih baik.

•Ancaman pengambilalihan berbentuk hostile takeover Sekiranya perlu, para pemilik syarikat boleh juga memberi kesedaran kepada para pengurus berkenaan ancaman pengambilalihan syarikat berbentuk hostile takeover.

Sekiranya keputusan atau perilaku mereka menjejaskan keuntungan, lalu dicerminkan menerusi kejatuhan harga saham syarikat di pasaran saham, maka ini membuka peluang kepada syarikat lain mengambil alih syarikat mereka dengan cara pembelian saham di pasaran terbuka. Contohnya jika Syarikat Merah Muda Berhad mampu memiliki 51% daripada saham Syarikat Q&C Berhad hasil daripada pembelian saham-saham tersebut di Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini bermakna, pemilikan syarikat ini sudah bertukar tangan secara ‘hostile takeover’. Selalunya hostile takeover akan menyebabkan pengurusan Syarikat Q&C Berhad dirombak dan pastinya Syarikat Merah Muda Berhad mahukan pengurus mereka sendiri menguruskan Syarikat Q&C Berhad. Para pengurus sedia ada iaitu Encik Alinor, Encik Ramaswaty dan Encik Lee Soon akan dilucutkan daripada jawatan mereka.

Rumusan

Mengurus kewangan adalah suatu bidang disiplin ilmu pengurusan perniagaan yang sangat penting difahami oleh semua pihak. Tidak kira sama ada seseorang itu adalah suri rumah, pelajar ataupun berkhidmat dalam jabatan kewangan mahupun di bahagian-bahagian lain dalam sesebuah syarikat. Secara khusus bidang kewangan boleh dipecahkan kepada tiga sub-bidang yang lain. Matlamat utama kewujudan firma perniagaan sama ada berbentuk perniagaan tunggal, perkongsian atau syarikat korporat adalah bagi memaksimumkan kekayaan pemegang saham atau pemilik syarikat. Ianya dapat dicapai dengan usaha keras kakitangan syarikat memaksimumkan harga saham. Ini dapat dicerminkan menerusi jumlah dividen yang mampu dibayar dan kadar pertumbuhan syarikat sebagaimana yang ditunjukkan menerusi model pertumbuhan Gordon. Namun begitu, hubungan agensi di antara para pengurus dengan pemilik syarikat kadangkala tidak begitu baik dan ianya disebut sebagai masalah agensi. Ini dapat diselesaikan menerusi beberapa kaedah seperti pemberian saham kepada kakitangan, pembaikan terhadap manfaat pekerjaan dan juga ancaman pengambilalihan hostile oleh syarikat lain apabila harga saham syarikat jatuh di pasaran saham.

Referensi

Dokumen terkait

 pada kuadran kuadran I I (Turn (Turn Agresif) Agresif) yang yang artinya artinya dalam dalam pelaksanaannya pelaksanaannya manajemen manajemen strategi, ruang

sebaya, dan lingkungan sekitar sehingga menumbuhkan rasa aman dan nyaman dalam penerimaan sosial dan harga dirinya. Bali merupakan kawasan pariwisata, yang tidak hanya

Penelitian ini bertujuan untuk membandingkan kualitas sifat fisik ransum komplit bentuk wafer yang dibuat pada berbagai komponen hijauan dengan lama penyimpanan yang berbeda

The Directorate General of Customs and Excise of the Department of Finance of the Republic of Indonesia and the Korea Customs Service of the Republic of Korea

Sejauh ini belum diperoleh informasi mengenai pemanfaatan VCO yang mengandung karotenoid wortel dalam pembuatan sabun mandi padat, teristimewa informasi mengenai

Beberapa penelitian yang telah dilakukan yaitu pemanfaatan limbah tahu sebagai bahan penyerap logam berat seperti krom, kadmium, dan besi dalam air lindi TPA (Tempat

Alhamdulillahhirobbil’aalamin, puji syukur penulis panjatkan kehadirat Allah SWT, karena atas rahmat-Nya penulis dapat menyelesaikan penelitian yang berjudul “ Hubungan

Kaos dengan desain sablon bertemakan nilai konservasi dari Unnes yang unik dan menarik sesuai dengan selera mahasiswa, dengan ini akan lebih mudah memperkenalkan