• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbezaan corak pemerintahan Jepun di Ta

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perbezaan corak pemerintahan Jepun di Ta"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH MALAYSIA | TT 10203 TUGASAN INDIVIDU

Soalan 4. Bandingkan corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak

NAMA : NUR ADIBAH BINTI JOMRAH @ OSMAN NO. PELAJAR : BP 14110

PROGRAM : PENDIDIKAN DENGAN SAINS SOSIAL (HT17) PENSYARAH: DR. LEE BIN HI

(2)
(3)

1.0 PENGENALAN

Sebelum datangnya kuasa Jepun ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, negeri-negeri ini adalah di bawah kekuasaan dan pemerintahan British. Kemudian berlaku kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialis dengan cepat apabila pihak Jepun berjaya memusnahkan pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Pearl Habour, Hawaii semasa serangan mengejut pada 8 Disember 1941. Hal ini menyebabkan Jepun berjaya mengambil alih kuasa British apabila British terpaksa mengundurkan diri daripada serangan yang dilakukan oleh Jepun iaitu dengan menggunakan kereta kebal perang semasa serangan tersebut. Dari situlah bermulanya pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak apabila Jepun berjaya memasuki Tanah Melayu dengan adanya bantuan dari Thailand.

Kemudian, Meiji telah melakukan pembaharuan pada tahun 1868 dan hal ini menunjukkan kebangkitan kuasa Jepun muncul sebagai satu kuasa imperialis baru du rantau Asia.1 Negara kita telah diperintah oleh Jepun selama kira-kira tiga setengah tahun, iaitu dari 15

Februari 1942 sehinggalah 15 Ogos 1945. Antara pendorong pihak Jepun menguasai Tanah Melayu ialah mereka memerlukan bahan mentah untuk industri dan faktor sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat kerana Jepun telah menguasai China dan China telah dikuasai oleh Jepun melalui perang China-Jepun kedua 1937.

Serangan jepun ke atas Asia Tenggara adalah sebahagian daripada rancangan besar negara tersebut untuk membentuk ‘Pemerintahan Baru Asia Timur Raya’ yang menganggap rantau ini sebagai satu ‘lingkungan kesemakmuran’.2 Jepun menggunakan pelbagai slogan untuk menarik

sokongan penduduk Asia Tenggara3 supaya meyakini mereka bukan penjajah malah sebagai

penyelamat orang Asia dan meyakini penduduk tempatan supaya anti-British.

Walaupun jangka masa pemerintahan Jepun ini pendek, namun pemerintahannya masih menjadi trauma dan dianggap sebagai zaman gelap oleh penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini terjadi akibat banyak kesan negatif dalam pentadibran Jepun. Terdapat persamaan juga perbezaan dalam corak pemerintahan Jepun dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

1 Abdul Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad. (1996). Imperialisme Jepun dan Konsep Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya dalam Jurnal Jebat Bil 24, hlm 3

2 Ma’rof Redzuan (1997). Kenegaraan Malaysia : Ringkasan Sejarah Awal Malaysia. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.Kuala Lumpur. Hlm 35

(4)

2.0 Corak Pemerintahan Jepun

2.1 Corak Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu 2.1.1Politik

Dalam aspek politik, terdapat pelbagai pembaharuan yang berlaku semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu terutama dari sudut pentadbiran yang jelas dilihat bahawa Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri tetapi hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.4 Namun, Sultan tetap diberi elaun seperti semasa

pemerintahan British. Ini kerana Jepun telah menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya. Hal ini bermula apabila tujuan Pemerintahan Tentera di Tanah Melayu adalah untuk meminta Sultan-sultan menyerahkan hak kedaulatan mereka serta negeri-negeri mereka. Kemudian terbukti lagi apabila Sultan-sultan diugut jika enggan menyerahkan hak kedaulatan, pihak Jepun enggan mengiktiraf mereka sebagai Sultan dan meminggirkan mereka iaitu dengan memaksa mereka meletak jawatan.

Namun begitu, dasar pemerintahan Tentera Melayu bertukar pada bulan Disember 1942. Pihak Jepun telah bersedia mengiktiraf taraf Sultan-Sultan di Tanah Melayu.5

Sehubungan dengan itu, satu persidangan telah diadakan pada 20 Januari 1943 yang dihadiri oleh Sultan-sultan dari Negeri-negeri Melayu dan Sumatera di Singapura. Dalam persidangan tersebut Jepun telah mengumumkan dasar barunya kepada Sultan-sultan.6

Gelaran Sultan yang digunakan telah diiktiraf dan Sultan-sultan dibayar elaun sama-rata seperti sebelum perang.

Corak pemerintahan Jepun atas Tanah Melayu adalah bersifat ketenteraan, dan Tanah Melayu dikenali dengan nama Malai Baru (Melayu Baru) oleh pihak Jepun pada ketika itu.7 Pihak Jepun melakukan dua pembahagian pentadbiran di Tanah Melayu, iaitu

pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah.8 Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan

dan mengukuhkan penguasaan mereka ke atas Tanah Melayu. Dalam pentadbiran pusat ini, pihak Jepun telah menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera, dan diketuai oleh

4 Mohd .Isa Othman (2002). Hlm 281.

5 Zainal Abidin Abdul Wahid et al, op cit., hlm 256 6Ibid, hlm 256

(5)

Pengarah Agung yang berpusat di Singapura dengan bantuan oleh pusat Mahkamah, Biro pentadbiran dan Majlis Pusat. 9 Seterusnya dalam pentadbiran wilayah pula adalah di

bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri dan gabenor wilayah pula merupakan ketua bagi setiap wilayah tersebut. 10 Mejar General Manaki Keishi selaku

Ketua Pentadbiran Tentera mengetuai pentadbiran tentera yang dilaksanakan di kedua tempat ini dan urusan pentadbiran am dilakukan oleh Kolonel Watanable Wataru.

Seterusnya bagi dalam aspek keselamatan pula, pihak Jepun telah mengadakan Perkhidmatan Sulit Jepun (Tekkikan) Polis Tentera (Kempeitai), Angggota Jabatan Penyiasat (Toko) dan polis biasa bagi tujuan jaminan keselamatan dan keamanan negeri pada ketika itu.11 Peranan pasukan keselamatan ini jelas apabila pasukan polis yang

ditubuhkan di Tanah Melayu telah ditempatkan di pekan-pekan dan bandar-bandar kecil di Tanah Melayu untuk memastikan keselamatan dan tidak terdapat mana-mana pemberontakan berlaku. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga beberapa pasukan polis yang ditempatkan di beberapa bahagian di Tanah Melayu untuk memantau dan memastikan tiada kekacauan berlaku. Bagi kemudahan pengenalan diri, satu sistem Pendaftaran Keluarga telah diadakan dengan memberikan satu keping Sijil Hidup dengan aman.

Untuk mengekalkan keamanan di Tanah Melayu pula, pihak Jepun telah mewujudkan aspek kehakiman . Ketenteraan awam (April 1942) Jepun telah mengadakan mahkamah tentera yang dikendalikan oleh Jeneral Yamashita, undang-undang dan hukuman yang dikenakan ialah berdasarkan undang-undang dan hukuman ketenteraan di negara asal. Undang-undang dan hukuman ketenteraan tersebut ialah apabila terdapat mana-mana pihak yang disyaki terlibat dalam sesuatu kesalahan jenayah atau terlibat dengan pemberontakan atau anti-Jepun, sama ada bersalah atau tidak kedua-duanya tetap akan dikenakan hukuman diseksa atau hukuman mati. Disebabkan undang-undang yang kejam itu penduduk di Tanah Melayu tidak berani menyuarakan apa-apa pendapat.

9 Ibid,.

10 Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 258

(6)

Namun begitu, Terdapat juga mahkamah yang mengalami perubahan di Tanah Melayu pada ketika itu.12 Sebagai contoh ialah apabila mahkamah Terengganu telah dibahagikan

kepada 3 jenis mahkamah iaitu mahkamah Koto Hoin atau Mahkamah Besar, Mahkamah Ciho Hoin atau Mahkamah Jajahan dan Mahkamah Kaikyo Hoin atau Mahkamah Kadi.

2.1.2 Penyerahan Negeri-negeri Melayu Utara Kepada Thailand

Atas rasa terhutang budi Jepun terhadap Thailand, iaitu semasa bantuan kerjasama Thailand yang diberikan kepada Jepun semasa dalam usaha merampas Tanah Melayu, satu perjanjian telah ditandatangani di Bangkok, Thailand pada 20 Ogos 1943. Perjanjian tersebut ditandatangani di antara Duta Jepun ke Thailand, Teiji Tsubukami dan Perdana Menteri Thailand, Field Marshall Phibul Songram, iaitu mengenai mengenai penyerahan negeri-negeri utara Tanah Melayu (Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis) serta dua Wilayah Shan, dari pihak pentadbiran Tentera Jepun kepada pihak Pentadbiran Tentera Thailand.13 Bukan itu sahaja, malah Jepun juga pernah berjanji untuk menyerah kembali

negeri-negeri Melayu dan dua wilayah Shan itu yang dahulunya kepunyaan Thailand kepada Kerajaan Thailand sekiranya Jepun diberi bantuan dan kerjasama dalam usahausaha penaklukan Tanah Melayu.14

2.1.3 Ekonomi

Dari segi ekonomi pula, dasar pentadbiran Jepun telah mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu untuk kegiatan perindustrian dan hanya untuk membiayai tentera dan peperangan. Untuk menjayakan agenda Jepun menguasai ekonomi Tanah Melayu, Jepun telah menukar dasar ekonomi Tanah Melayu daripada ekonomi usaha bebas kepada ekonomi kawalan untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang menjalankan dasar tutup pintu. Hal ini akan memudahkan lagi Jepun untuk menguasai dan mengaut keuntungan ekonomi di Tanah Melayu apabila tiada ancaman dari negara-negara luar dan semua kegiatan ekonomi seperti industri bank, pengangkutan, perlombongan dan estet-estet

12 Abdullah Zakaria Ghazali. (1996). Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, 1942-1945: Pentadbiran Jepun dan Thai dalam Jurnal Jebat Bil 24, hlm 63

13 Kobkua Suwannathat Pian. (1996). Hubungan Thai-Jepun Semasa Perang Dunia Kedua dan Kesannya-kesannya Terhadap Negeri-negeri Melayu Utara dalam Jurnal Jebat Bil 24, hlm 45

(7)

yang dahulunya dikuasai oleh pemodal Eropah dan China kini telah dimonopoli oleh Jepun.

Selain itu, Jepun juga telah menjalankan dasar ekonomi sara diri terhadap penduduk Tanah Melayu. Perkara ini disebabkan oleh sekatan bekalan makanan oleh British ke Jepun telah berlaku semasa perang, iaitu apabila perkapalan telah dihalang oleh kapal selam tentera British. Disebabkan sekatan bekalan makanan dan pakaian, harga menjadi semakin naik apabila barang-barang tersebut sukar untuk diperoleh. Oleh sebab itu, Jepun menggalakkan ekonomi sara diri iaitu memperkenalkan pemerintahan ekonomi bersifat “Self Sufficient” ataupun sara diri.15 Orang Jepun bertindak merampas barang

makanan peniaga tanpa memberikan sebarang bayaran. Maka, masyarakat bertindak menyorok bahan makanan mereka untuk dijual di pasaran gelap dengan harga yang lebih mahal dan berbaloi. Sebagai contoh, pada awal tahun 1942, para petani di Kelantan terpaksa menyorokkan bekalan beras mereka untuk diseludup ke Terengganu dan Pahang dengan harga yang sangat tinggi, iaitu di antara $10 hingga $13 untuk segantang. Harga ini adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan harga biasa iaitu 50sen untuk beras kelas pertama. 16

Dalam pemerintahan ekonomi yang bersifat sara diri, Jepun telah menjadikan kegiatan pertanian sebagai kegiatan harian sebagai langkah mengatasi masalah kekurangan makanan di Tanah Melayu. Terutamanya penanaman padi, Jepun menggalakkan penduduk tempatan untuk mengutamakan penanaman padi agar dapat menampung kekurangan makanan dan menyeimbangkan pengeluaran makanan supaya mencukupi. Sebagai sokongan kepada rancangan ini, Jepun telah menjalankan Rancangan 3 tahun sara diri dengan cara memperkenalkan penanaman padi 2 kali setahun. Oleh itu, ekonomi di Tanah Melayu secara keseluruhannya adalah merosot dan terbantut apabila berlaku peningkatan masalah pengangguran kerana tiada penduduk berani untuk menjalankan perniagaan dan peniaga pula terpaksa berhenti berniaga kerana takut apabila sering dizalimi oleh pihak Jepun degan merampas bekalan makanan yang

15 Wan Noraini Wan Ahmad. (1986). Pendudukan Jepun (1942-1943) dan Thai (1943-1945) di Kelantan: Kesan ke Atas Masyarakat Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm 44-45

(8)

dijual, kemudian kebuluran juga berlaku apabila sekatan makanan berlaku,lambakan penduduk yang melebihi sumber makanan terjadi kerana pihak Jepun membawa tentera-tentera dan mengutamakan bekalan makanan untuk tentera-tenteranya cukup berbanding bekalan makanan penduduk tempatan, dan inflasi turut berleluasa apabila berlaku pencetakan wang pokok pisang yang tidak terkawal sehingga berlakunya lambakan wang lalu menyebabkan harga barangan menjadi mahal di Tanah Melayu.

Namun begitu, terdapat satu langkah positif Jepun dalam usaha menstabilkan ekonomi di Tanah Melayu. Jepun telah menggalakkan penduduk tempatan untuk menabung dengan cara menubuhkan bank-bank perdagangan untuk menarik minat penduduk tempatan menyimpan wang mereka. Contoh bank yang telah ditubuhkan oleh Jepun ialah Yokohama Speci & Ltd Bank dan Perak People Park Bank. 17 Tetapi tiada

sambutan dari penduduk tempatan dan akhirnya banyak perusaah diambil alih Jepun contohnya syarikat Nippon Seiteetsu Kabushki Kaisha dan The Tojo Kabuski.18

2.1.4 sosial

Dari segi sosialnya pula, digambarkan kehidupan penduduk tempatan Tanah Melayu adalah sangat menyedihkan dan dalam derita. Hal ini turut dibuktikan oleh Joginder Singh Jessy di dalam bukunya yang ada menyatakan penduduk Tanah Melayu hidup dalam keadaan terhimpit, menderita, melarat dan ketakutan. Pada masa itu, Jepun telah mengambil pemuda-pemuda Malaya untuk di bawa ke sempadan Malaya-Siam-Burma (sekarang Myanmar) untuk membina jalan keretapi maut. Semasa menjalankan tugas tersebut, ramai penduduk Malaya yang disuruh bekerja dan dilayan tanpa rasa perikemanusiaan sehingga ramai yang terkorban tanpa diberikan bekalan makanan dan rehat.

Walaupun demikian, jika dibandingkan layanan Jepun terhadap penduduk tempatan, pemerintahan Jepun memberi keistimewaan kepada penduduk Melayu, manakala penduduk Cina pula ditindas dan dizalimi dengan tidak berperikemanusiaan.

17 Ghazali Mayudin. (1978). Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945. Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 57

(9)

Hal ini berlaku apabila pihak Jepun mengambil orang Melayu sebagai polis dan mengkehendaki mereka memburu dan menangkap orang-orang Cina untuk diseksa dan dibunuh. Tan Deng Eng dalam bukunya History of Malaya and Singapore menyatakan:

tindakan kejam terhadap orang Cina di Negeri-negeri Melayu disebabkan orang Cina dan Negara China adalah musuh lama Jepun, iaitu sejak perang China-Jepun lagi”.

Oleh itu, terbuktilah melalui petikan dari karya Tan Deng Eng yang menceritakan bahawa pihak Jepun melayan orang Cina dengan kejam disebabkan oleh dendam sejak perang China-Jepun yang pernah berlaku. Kekejaman pihak Jepun bertambah terbukti lagi apabila wujudnya pengenalan Dasar Sook Ching atau ‘Dasar Pembersihan’ yang diperkenalkan oleh Kawamuraoishi secara sistematik pada 21 Februari. 19 Dasar tersebut

telah menyebabkan ribuan orang Cina terbunuh. 20 Bukan itu sahaja, Jepun melakukan

kekejaman kepada orang Cina dengan cara membakar kediaman, merampas barang-barang, merogol gadis-gadis dan yang paling menyedihkan apabila Jepun menyuruh orang-orang Cina menggali luang kubur mereka sendiri sebelum dibunuh. Seramai 40 000 orang Cina terdiri daripada wanita dan kanak-kanak telah dibunuh sehingga Mei 194021.

Kezaliman yang berlaku terhadap orang Cina menyebabkan mereka sangat membenci orang-orang Melayu dan masalah perkauman antara kedua-dua kaum ini bertambah hebat sehingga menyebabkan mereka berdendam dengan orang-orang Melayu. Hal ini terbukti apabila wujud permusuhan hebat antara orang Cina dan orang melayu selama 14 hari,di mana Gerila Bintang Tiga yang terdiri daripada orang-orang Cina telah bertindak membunuh orang Melayu dengan kejam di Muar dan Batu Pahat (Johor),

19Yoji Akashi. (1970). Japanese Policy Towards The Malayan Chinese 1941-1945. Journal of Southest Asian History Vol 1, hlm 68.

20 Mohd Isa Othman. op cit., hlm 285

(10)

Sungai Manik (Perak) Titi (Negeri Sembilan) dan beberapa kawasan lain di Perak dan Selangor22.

Bukan itu sahaja, sekolah Inggeris dan Cina juga ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat dan China. Hal ini kerana bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa musuh dan dilarang penggunaannya. Malahan kebudayaan Jepun juga cuba diserapkan ke dalam aspek kewangan apabila Jepun bertindak melarang penggunaan mata wang yang dikeluarkan oleh British. Lagu kebangsaan Jepun iaitu ‘kimigayo’ dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah, manakala bahasa Jepun iaitu Nippon Go menjadi bahasa pengantar di sekolah Melayu.23 Namun begitu, Langkah Jepun menjadikan bahasa Jepun sebagai

bahasa rasmi di Kelantan tidak berjaya. Bahasa Melayu rumi dan jawi serta bahasa Inggeris digunakan dalam surat perjalanan pentadbiran. Contohnya di Terengganu, pegawai kerajaan diarahkan mendaftar nama untuk mengikuti kursus bahasa Jepun yang diadakan di bangunan Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman.

2.2 Corak Pemerintahan Jepun di Sabah

Serangan terhadap Sabah oleh pihak Jepun mula dilancarkan pada 4 Jun 1942, kemudian tawanan kawasan-kawasan di Sabah pula berlaku satu per satu. Pulau Labuan dan Beaufort ditawan oleh Jepun pada 3 Januari 1942, Kota Kinabalu pula ditawan pada 9 Januari 1942, Sandakan 19 Januari 1942, Tawau 24 Januari 1942, Lahad Datu 27 Januari 1942, Kudat 1 Mei 1942 dan Pantai Barat Sabah jatuh sepenuhnya kepada pihak Jepun pada bulan Mei 1942. Disebabkan oleh keberkesanan strategi Jepun semasa melakukan serangan di Sabah, iaitu dengan penggunaan basikal ke kawasan-kawasan Sabah serta bantuan ketenteraan seperti kapal perang, British gagal mempertahankan Sabah dan terpaksa berundur diri. Tambahan pula pada ketika itu askar-askar British tidak ada di sekitar Sabah. Oleh itu bermulalah penjajahan Jepun di Sabah sehingga tahun 1945. 24

22Abdul Halim Saad et al. op cit., hlm 476 23 Ibid,. hlm 287

(11)

2.2.1 Politik

Setelah pihak Jepun berjaya menguasai Sabah, Sabah dengan serta-merta diisytiharkan sebagai sebahagian daripada tanah jajahan Jepun, atau “Nai Nippon” Kemudian dari segi politik juga, tentera Jepun mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik. Jepun telah membuat pembahagian kawasan pentadbiran, iaitu setiap kawasan dibahagikan mengikut wilayah dan kawasan ini mempunyai gelaran khas iaitu Shiu. Jepun meletakkan ketiga-tiga tanah jajahan Brunei, Sarawak & Sabah dibawah satu entiti yang dikenali sebagai Baruneo Kita25. Pembahagian kawasan pentadbiran di Baruneo Kita terbahagi kepada lima

struktur. Pertama, daerah Kuching merupakan Shiu bahagian I dan II merujuk kepada bahagian Borneo Barat serta Kepulauan sekitarnya. Daerah Kuching telah dijadikan Pusat Gabenor Jeneral bagi Baruneo Kita. Kedua, Shiu bahagian III yang merujuk daerah Sibu dan yang ketiga ialah Miri sebagai Shiu bahagian IV dan Shiu bahagian V ialah Brunei. Keempat adalah Seikai Shiu yang merujuk kawasan Pantai Barat Borneo Utara dan Labuan manakala yang kelima adalah

TokaiShiu merujuk kawasan Pantai Timur Borneo Utara.

Pada waktu yang sama, Dalam setiap Shiu terdapat seorang ketua pengarah yang dilantik dan bertanggungjawab kepada Ketua turus Angkatan tentera26. Setiap kawasan mempunyai Gabenor yang mengetuai operasi

pentadbiran didalam kawasannya. Gabenor ini turut dibantu oleh Ketua tempatan yang bertugas menjaga hal ehwal Ken atau daerah dalam Shiu. Terdapat 5 bahagian khusus di bawah kuasa Ketua Turus Pertahanan sejak Mei 1942 iaitu Pentadbiran, Kempeitai, Industri Kewangan, Perakaunan dan Perisikan. Ketua turus pertahanan pertama ialah Leftenan Jeneral Marques Toshihara Maeda sebagai de fecto chief executive27. Maeda dibantu Snoncho atau ketua staf iaitu

Major Jeneral Yoshinabu Manaki. Mereka berdua mempunyai kepakaran dalam

25 Arkib Negeri Sabah. 2010. Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua. Sabah, Pengarah Arkib Negeri Sabah dan Dewan Bahasa & Pustaka: Hal 13

(12)

strategi ketenteraan. Pentadbiran yang dijalankan oleh mereka berdua menjadikan pentadbiran yang sistematik ke atas Borneo.

Disebabkan sistem pembahagian kawasan pentadbiran yang dilaksanakan, sistem pentadbiran tentera Jepun menjadi lebih tersusun. Pembahagian kawasan pentadbiran ini memudahkan proses pentadbiran dijalankan mengikut kawasan. Hal ini sangat penting bagi pihak tentera Jepun kerana kawasan Borneo merupakan kawasan yang sangat luas. Sekiranya Jepun menggunakan satu sistem pentadbiran sahaja keberkesanan untuk mengusai Borneo sukar. Pembahagian kawasan ini jelas memudahkan pihak Jepun untuk menguasai Borneo termasuklah Sabah sendiri. Setiap kawasan yang dibahagikan dan mempunyai pegawai pentadbir yang dibantu pegawai bawahan menjadikan pentadbiran Jepun untuk menguasai Sabah menjadi lebih efektif.

Jepun telah menggunakan penduduk tempatan dalam pentadbiran mereka. Perkara ini berlaku kerana Jepun telah kehilangan pegawai yang sedia dihantar ke Sabah untuk menjalankan hal ehwal pentadbiran. Sejumlah pegawai berpengalaman dari Jepun yang dihantar untuk melicinkan pentadbiran telah gagal sampai ke Sabah apabila kapal laut yang membawa pegawai tersebut telah ditenggelankan di perairan berhampiran Santubong, Sarawak oleh tentera Belanda28. Hal ini menyebabkan Jepun mencari alternatif lain iaitu penglibatan

penduduk tempatan dalam pentadbiran Jepun.

Terdapat beberapa pegawai tempatan yang dilantik oleh Jepun bagi melicikan tugas pentadbiran di Sabah29 iaitu Kenchiji yang merupakan Residen

Bahagian dan bertugas sebagai perantara Guncho dan Gabenor di setiap wilayah. Kenchiji juga turut dibantu oleh Guncho. Guncho ialah Pegawai Daerah yang mentadbir setiap daerah. Jawatan ini dijawat oleh pembesar tempatan yang bertujuan untuk menjimatkan kos pentadbiran dan memudahkan Jepun untuk mengawal rakyat tempatan serta memberi peluang penduduk tempatan menyertai urusan politik selaras kemampuan mereka. Guncho juga merupakan penghubung 28 Arkib Negeri Sabah. 2010. Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua. Sabah, Pengarah Arkib Negeri Sabah dan Dewan Bahasa & Pustaka: Hal 14

(13)

antara kerajaan dan penduduk tempatan bagi sebarang laporan permasalahan yang dialami penduduk tempatan. Seterusnya pula ialah Jawatan Ketua Anak Negeri yang menghubungkan Guncho dengan penduduk kampung. Tugas utamanya ialah sebagai pengumpul dan pencari kerja sukarela dari tanah besar dan pulau-pulau untuk dijadikan buruh paksa. Jawatan ini pernah di sandang oleh Datu Harun, bapa kepada Tun Datu Mustapha. Selepas beliau meninggal, jawatan disandang oleh Tun Datu Mustapha sendiri.

Antara lain juga ialah Ketua kampung. Ketua Kampung diberi lencana serta surat kuasa. Terdapat dua bentuk lencana iaitu 5 bintang tanda merah ditengah dan gambar helang mengembangkan sayapnya ditengah bintang yang hanya khusus untuk pemimpin tempatan berpangkat tinggi. Tugasannya ialah menyelia dan mengarahkan penduduk menanam tanaman makanan serta memungut sumber makanan diberikan kepada Kerajaan Jepun serta merekrut pemuda sebagai buruh kasar. Jawatan paling kecil ialah Jikeidan yang akan melaporkan setiap masalah, situasi kampung, keupayaan daya pengeluaran dan populasi kampung dari masa ke semasa. Penglibatan penduduk tempatan dalam pentadbiran Jepun merupakan langkah bagi memudahkan proses pentadbiran. Penggunaan penduduk tempatan dalam pentadbiran juga adalah teknik Jepun bagi mengurangkan tentangan daripada penduduk tempatan.

2.2.2 Ekonomi

Dari segi ekonominya pula, pihak Jepun mengutamakan sektor pertanian di Sabah.Hal ini kerana Jepun percaya Sabah yang kaya dengan sumber pertanian dapat membawa keuntungan yang lumayan kepadanya. Kerajaan Jepun sanggup membelanjakan sebanyak 5 juta Yen bagi menjalankan penyelidikan dalam mengenal pasti potensi pertanian yang terdapat di Sabah. Dari sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh SBBU berubah secara drastik sistem ekonomi mengikut acuan sendiri. Pihak Jepun telah memperkenalkan Pelan Pengeluaran 5 Tahun30 dan menjadikan Sandakan sebagai pusat utama kegiatan ekonomi,

pembekal makanan bagi Sabah dan juga merancang pembinaan pelabuhan sebagai

(14)

memudahkan kapal dagang berlabuh. Selain Sandakan, Jesselton turut Jepun jadikan sebagai pusat kegiatan ekonomi.

Pengeluaran padi sebanyak dua kali ganda di Sabah telah berjaya mengurangkan beras import sebelum ini oleh SBBU. Hal ini telah menyebabkan sebanyak 700.000 tan pengeluaran berjaya dilakukan dan 1400.000 tan beras berjaya dihasilkan. Oleh itu, Strategi Jepun dalam mengeksploitasi pertanian di Sabah telah membuktikan keberkesanannya dengan beberapa pelaksanaan seperti pengenalan pelan pengeluaran, mewujudkan pusat utama kegiatan pertanian dan membina pelabuhan kapal dagang. Namun begitu, disebabkan oleh sistem kerah iaitu sistem buruh paksa telah menyebabkan masalah buruh di Sabah yang turut menyebabkan skim ini tudak bergerak seperti dalam perancangan

Dalam pengurusan kewangan di Sabah pulak, dari penggunaan wang SBBU, pihak Jepun tukar kepada wang kerajaan Jepun yang dikenali sebagai Wang Pisang. Kemudian pihak Jepun menubuhkan pusat kewangan sendiri atau bank 31 iaitu Soutern Region Development, Yokohama Special Bank dan

cawangannya di Sandakan dan Miri. Pihak Jepun juga menggalakkan penduduk menabung iaitu dengan penduduk yang mempunyai wang melebihi $30.00 diwajibkan untuk menabung di bank. Namun begitu, cara Jepun ini tidak begitu membawa kesan yang baik, iaitu apabila Jepun memperkenalkan sistem wang kecemasan32 di kawasan pantai timur yang bertujuan untuk membayar gaji buruh

kasar di estet. Cara ini didapati kurang sistematik dan dicetak hanya menggunakan kertas biasa sahaja kerana Jepun pada ketika itu masih tidak mempunyai mesin pencetak wang. Oleh itu, Jepun telah menghadapi masalah ketidakstabilan mata wang dalam pasaran disebabkan wang yang baru diperkenalkan dan masalah inflasi yang berlaku selepas pertempuran di Coral Sea. Dapat dirumuskan penguasaan Jepun dalam bidang kewangan Sabah tidak begitu berkesan apabila sistem-sistem yang diperkenalkan telah membawa kesan yang tidak baik seperti inflasi akibat ketidakseimbangan mata wang yang baru

(15)

diperkenalkan. Jepun juga telah memperkenalkan sistem pungutan cukai daripada penduduk-penduduk tempatan.33

2.2.3 Sosial

Dari segi aspek sosial di Sabah adalah banyak persamaan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. pendidikan merupakan wadah yang terpenting dalam melahirkan insan yang taat setia kepada Maharaja Jepun pada ketika pendudukan Jepun. Hal ini kerana pelajar disuntik dengan semangat yang kuat dari Negara asal, iaitu untuk sentiasa bersedia berkorban, berdisiplin serta ketahanan diri untuk melahirkan pelajar citra Nippon Seishin.

Selain itu, Untuk memastikan pendidikan yang dijalankan oleh pihak Jepun berkesan di Sabah, pihak Jepun memansuhkan sekolah-sekolah jenis vernakular dan mengharamkan bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Kemudian sistem sekolah-sekolah tersebut digantikan dengan sistem Negara Jepun, iaitu guru tempatan dilatih di Brunei untuk berbahasa Jepun dan pelajar sekolah pula disuntil dengan semangat Yamato Damashii (kejepunan)34.

Dari segi layanan Jepun kepada penduduk tempatan, Jepun tetap dengan sikap mereka yang anti kepada orang-orang Cina. Maka layanan sosial kepada orang Cina di Sabah adalah yang paling teruk sekali jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Mereka yang ingkar akan dipenjarakan tanpa bicara dan diseksa dengan kejam seperti dijemur di tengah panas. Tindakan Jepun yang paling kejam adalah menyeksa dan membunuh penduduk tempatan.

2.3 Corak Pemerintahan Jepun di Sarawak

33Buyong Adil. op cit., hlm 40

(16)

Pentadbiran Jepun di Sarawak adalah berpusat di Kuching, sehingga Jepun menyerah kalah pada 11 September 1945.35 Jepun mula menduduk Sarawak pada 25 Disember

1941 dan corak pemerintahan Jepun di Sarawak adalah bersifat ketenteraan di bawah tanggungjawab tentera Jepun ke-37 (bahagian penyelidikan) , iaitu Setno Yamada.

2.3.1 Politik

Untuk peluasan kuasa Jepun di Sarawak, Sabah, Brunei, dan Sarawak telah digabungkan oleh Setno Yamada di bawah satu unit pentadbiran dan organisasi pemerintahan Jepun yang dinamakan sebagai Borneo. Kemudian Jepun menubuhkan lagi sebuah Majlis Penasihat yang ahlinya terdiri daripada pembersar Melayu dan ketua-ketua masyarakat Sarawak, iaitu Datu Abang Sulaiman, Datu Pahlawan Abang Haji Mustapha Haji Moasili dan Abang Openg, Pegawai Bumiputera (Native Officer) dan Tuanku Bujang bin Tuanku Osman mewakili Pegawai perabangan dari Kuching dan Sibu masing-masingnya, sementara Haji Abdul Rahman Haji Kassim mewakili orang Melayu umumnya.36

Dari segi kawalan keselamatan di Sarawak pula, pasukan pengawal keselamatan adalah terdiri daripada penduduk tempatan. Mereka berkhidmat sebagai polis rahsia untuk pihak Jepun, iaitu untuk memantau keadaan di Sarawak dan menangkap mana-mana yang disyaki anti-Jepun dan ingin melakukan pemberontakan dan seumpamanya. Sama seperti di Tanah Melayu dan Sabah, kempeitai ialah pasukan polis Jepun yang ditubuhkan untuk menggantikan polis tempatan. Kempeitai sangat ditakuti kerana kekejaman dan cara-cara penyeksaan yang diamalkan oleh mereka. Ramai yang bersifat anti Jepun dibunuh oleh Kempeitai.37

2.3.2 Ekonomi

Disebabkan oleh agenda Jepun yang hanya ingin mengaut keuntungan utuk negaranya semata-mata, kedatangan Jepun ini telah menyebabkan keadaan

35 UMS HT17. (2012). Kajian Lapangan Sejarah ke Sarawak: Pendudukan Jepun di Sarawak. Kuching: Muzium Negeri Sarawak.

(17)

ekonomi di Sarawak pada masa itu jatuh dan tidak memuaskan. Hal ini disebabkan oleh Jepun menjalankan Dasar Tutup Pintu kerana bimbang campur tangan kuasa Barat yang lain akan menggugat penguasaannya ke atas Sarawak. Dasar yang dijalankan itu juga telah menyebabkan tahap pengeluaran komoditi sumber-sumber ekonomi utama di Sarawak jatuh merosot seperti petroleum, lada hitam, kayu balak, padi, sagu dan getah. Situasi yang membuatkan penduduk tempatan hidup dalam bertambah menderita ialah apabila perusahaan getah dan perusahaan lada hitam serta sagu terpaksa ditutup kerana tahap ekonomi yang semakin jatuh dan digantikan dengan kawasan perusahaan tanaman yang menghasilkan sumber makanan bagi meneruskan atau menyara penghidupan mereka. Oleh itu, Jepun telah menggalakkan penduduk bercucuk tanam melalui Dasar Mengumpulkan Makanan yang dijalankan.

Dalam sistem kewangan di Sarawak, seperti di Tanah Melayu dan Sabah, Jepun turut memperkenalkan mata wang Jepun “wang pokok pisang”. Pengenalan mata wang ini dikatakan untuk menyelaraskan sistem mata wang yang digunakan di Sarawak. Namun, Pencetakan dan pengedaran wang yang meluas ini telah memberi kesan yang ketara, iaitu berlakunya inflasi yang mana membawa kepada kejatuhan kepada nilai matawang tersebut akibat daripada penawarannya yang melebihi permintaan.38

2.3.3 Sosial

a. Pertubuhan Kaum Ibu

(18)

Empat perwakilan dari keturunan suku kaum yang besar di Kuching iaitu Melayu, Cina, India dan Iban merupakan isi pertubuhan kaum ibu di Sarawak ini.39 Contohnya, Orang Melayu diwakili oleh Puan Lily Eberwine,

perwakilan Cina diwakili oleh Puan Mary Ong, perwakilan India diwakili oleh Puan Gopal dan perwakilan Iban diwakili oleh Puan Barbara Bay. Pemimpinnya dipilih oleh Setno Yamada.

Tujuan Pertubuhan kaum Ibu ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul besi yang tidak terpakai dan mengadakan pasar ria untuk memungut wang dan dijadikan hadiah kepada Saldadu Jepun. Pertubuhan Ibu ini juga dikerah untuk mengadakan kumpulan tarian dan nyanyian untuk pertunjukan pentas. Selain itu, mereka juga dikerah bagi menanam pokok ubi kayu untuk menyara kehidupan kerana pada ketika itu, bekalan makanan seperti beras amat sukar didapati.

b. Menerapkan Adat Jepun

Hal ini ada dicatat oleh Kratoska 1998:324 dalam bukunya Japanese Occupation of Malaya : A Social and Economic History terbitan Hurst & Company, London 1998, iaitu antara usaha awal yang dilakukan oleh Jepun ialah menerapkan adat orang Jepun kepada penduduk tempatan di Sarawak iaitu adat orang Jepun yang menundukkan kepala apabila bertemu antara satu sama lain sebagai tanda hormat kemudian diperkenalkan kepada orang umum mengenai adat ini. Lama-kelamaan, adat ini menjadi satu kebiasaan kepada orang ramai untuk menundukkan kepala apabila mereka bertemu.40

Nyanyian dan muzik juga dijadikan alat untuk menyebarkan budaya jepun ke atas penduduk tempatan, terutamanya murid-murid sekolah. Lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo diajar dan Setiap pagi murid-murid dikehendaki menyanyi lagu kebangsaan Jepun sambil tunduk hormat kepada Maharaja Jepun dan menghadap kearah Negara Jepun iaitu arah matahari naik. Usaha memperkenalkan adat dan budaya ini bertujuan menunjukkan unsur-unsur budaya

39Mohd. Haasbie Sulaiman. op cit., hlm 40

(19)

Jepun yang luhur, disamping memperlihatkan sikap Jepun yang menganggap orang Asia setaraf.

Hari-hari cuti umum dan kelepasan am dilaksanakan berasaskan kepada Jepun seperti hari kelahiran Maharaja Jepun, hari angkatan darat, laut dan udara, musim menuai Jepun dan lain-lain. Semuanya bertujuan untuk membiasakan orang ramai dengan hari kebesaran yang menunjukkan kebesaran Jepun, disamping memupuk rasa hormat kepada Negara Jepun. Malah haribulan British yang digunakan sebelumnya ditukarkan kepada haribulan dan sistem tahun Jepun, misalnya tahun 1942 ditukar menjadi 2602.41

Di dalam pendidikan di Sabah, Bagi mengikis budaya Barat, pemerintah Jepun menghapuskan segala bentuk pendidikan Barat. Bagi memenuhi tujuan itu, Jepun mengharamkan pengunaan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran bahasa inggeris di sekolah-sekolah. Sistem pendidikan Jepun memberi tumpuan kepada ketaatan dan kesetiaan kepada Maharaja Jepun, kepatuhan kepada kerajaan Jepun dan kerelaan seseorang untuk berkhidmat bagi Negara Jepun. Kemudian Jepun memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun iaitu

Nippon-go bagi menggantikan bahasa Inggeris sebagai usaha mendekatkan penduduk tempatan dengan adat dan budaya Jepun. Bahasa Jepun diajar disekolah-sekolah yang terdapat di Sarawak pada ketika itu. Semua urusan dalam sistem perhubungan seperti perkhidmatan pos dan telegraf wajib menggunakan bahasa Jepun.42

3.0 Perbandingan Corak Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dengan di Sabah dan Sarawak

Setelah diamati mengenai corak pemerintahan Jepun di kedua-dua Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak ini, secara keseluruhannya tidak dapat banyak perbezaan mengenainya. 41Paul H. Kratoska. op cit., hlm 331

(20)

Agenda Jepun untuk mentadbir Tanah Melayu dan Sabah dan Sarawak adalah sama, iaitu hanya untuk mengaut keutungan ekonomi untuk keuntungan negaranya sendiri. Sehinggakan Jepun sanggup membiarkan penduduk tempatan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak hidup dalam penderitaan, menganggur tanpa pekerjaan akibat takut dengan sifat zalim Jepun, kebuluran tanpa bekalan makanan akibat sekatan bekalan makanan yang dikenakan terhadap Jepun oleh British, perebakan penyakit berjangkit seperti beri-beri akibat kekurangan zat makanan, dan hidup dalam ketakutan.

Dari segi politiknya, secara keseluruhan tidak banyak perbezaan di dalam corak pemerintahannya, iaitu bersifat ketenteraan dan awam. Beberapa pasukan polis seperti kempeitai dilantik dan ditempatkan di kawasan-kawasan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk menjamin keamanan. Kemudian mahkamah juga diadakan mengikut sistem di negara Jepun menyebabkan tiada mana-mana pihak berani menimbulkan masalah di Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak akibat sistem mahkamah yang tidak berhati perut.

Perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu ialah di dalam aspek politik iaitu semasa Jepun menyerahkan Tanah Melayu (Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis) serta dua Wilayah Shan, kepada Thailand atas rasa terhutang budi dan janji. Kerana bantuan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Thailand terhadap Jepun semasa dalam usaha Jepun ingin menakluki Tanah Melayu, Jepun memberikan Tanah Melayu sebagai tanda berterima kasih. Manakala di Sabah dan Sarawak pula ialah berjalan seperti biasa dengan undang-undang bersistemkan negara asal Jepun. Pemerintahan menggunakan kuasa ketenteraan diamalkan dari awal pendudukan Jepun hinggalah Jepun menyerah kalah pada 11 September 1945 setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki di bom menggunakan bom atom oleh pihak berikat

(21)

ekonomi. Pencetakan wang pokok pisang yang tidak terkawal pada ketika itu juga telah menyebabkan wang terlalu banyak dan harga barangan terpaksa dinaikkan.

Seterusnya dari segi sosial, perkara yang paling jelas adalah Jepun tetap memusuhi orang-orang Cina tidak kira di Tanah Melayu, Sarawak ataupun Sabah akibat dari perasaan dendam Jepun semasa perang China-Jepun yang pernah berlaku, sehinggakan mereka melantik perisik-perisik yang terdiri daripada penduduk tempatan Melayu untuk memburu dan menangkap orang-orang Cina untuk diseksa dan dibunuh. Wanita dan kanak-kanak turut tidak terkecuali dirogol, diseksa dan dibunuh. Kekejaman pihak Jepun dalam mentadbir ini juga dapat dilihat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Selain itu dasar penjepunan dijalankan di dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Penghapusan sekolah vernakular Cina dan Inggeris digantikan dengan sekolah yang menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar, dari bahasa ke adat dan budaya Jepun. Penjepunan ini bukan sahaja digunakan di dalam sistem pendidikan, begitu juga di ibu pejabat, dan di kawasan pengurusan yang lain. Tujuan Jepun untuk mengamalkan sepenuhnya konsep “Penjepunan” dalam politik, ekonomi dan sosial tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata untuk menjadikan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah sebagai tanah jajahan mutlak mereka di mana ketiga-ketiga kawasan ini menumpahkan taat setia kepada Jepun dan Maharaja Jepun sendiri. Walaubagaimanapun, negara matahari terbit ini tidak dapat mencapai hasrat tersebut kerana mereka akhirnya mengalah kepada pihak British dan berikat yang datang kembali untuk membalas serangan pihak Jepun. Secara keseluruhannya, aspek politik, ekonomi dan sosial di ketiga-tiga kawasan ini mempunyai persamaan yang ketara. Penduduk tempatan hidup dalam ketakutan dan seksaan dari pihak Jepun

4.0 Kesimpulan

(22)
(23)

Rujukan

Abdul Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad. (1996). Imperialisme Jepun dan Konse

Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya dalam Jurnal Jebat Bil 24. Diambil pada

17 April 2015 daripada http://www.ukm.my/jebat/v2/

Abdul Halim Saad et al. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara

Malaysia.

Abdullah Zakaria Ghazali. (1996). Pentadbiran Tentera Jepun 1942-1945. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Abdullah Zakaria Ghazali. (1996). Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, 1942- 1945:

Pentadbiran Jepun dan Thai dalam Jurnal Jebat Bil 24. Diambil pada 15 Mei 2012 daripada http://www.ukm.my/jebat/v2/.

Buyong Adil. (1981). Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ghazali Mayudin. (1978). Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945. Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haji Mohamad Hasbie Sulaiman. Perjuangan Anti-Cohession Sarawak. Kuching:

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. 1989.

Ma’rod Redzuan. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

1997.

Mazlan Abdullah. (1978). Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications

(24)

Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd. 2002.

Mohd. Hasbie Sulaiman. (1999). Perjuangan Anti-Cession Sarawak. Kuching: Semasa Press

Sdn. Bhd.

Pengarah Arkib Negeri Sabah dan Dewan Bahasa & Pustaka.. Pengisahan Sabah: Perang

Dunia Kedua. Sabah, Arkib Negeri Sabah.2010.

Paul H. Kratoska. (1998). The Japanese Occupation of Malaysia ( A Social & Economic History. USA: University of Hawaii Press.

Paul H. Kratoska dan Abu Talib Ahmad. (1989). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu:

Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM. Pulau Pinang: Universiti Sains

Malaysia.

UMS HT17: Kajian Lapangan Sejarah ke Sarawak (2012). Pendudukan Jepun di Sarawak.

Kuching: Muzium Negeri Sarawak

Referensi

Dokumen terkait

• Dapat menjelaskan secara kualitatif sistem koordinat equatorial ( defenisi ekuator langit, asensiorekta, deklinasi, titik kutub Utara dan Selatan langit, titik Aries dsb).

Serat selulosa dari batang ubi kayu diaplikasikan sebagai filler pada film komposit berbasis LDPE.. Penambahan filler selulosa pada film komposit mengakibatkan peningkatan

Untuk pemodelan arsitektur enterprise pada RSBI SDN Galunggung mengacu pada proses-proses jenjang pendidikan dasar khususnya RSBI SDN Galunggung dengan menggunakan TOGAF

Masjid Nurul Falah Pondok Bojongsari Sawangan - Guru Kelas 193 NUR AINI,S.S - MI Muhammadiyah 2 kukusan jl juragan Sindang raya RT 05/01 Kukusan Beji 021-7872440 Guru Kelas 194

Sehingga dapat meminimalisir permasalahan ruang di Kecamatan Bakauheni pada masa mendatang.Metode analisis penelitian yang dilakukan memiliki yaitu analisis

kesuluruhan ikan lebih toleran terhadap perubahan suhu air, beberapa species mampu hidup pada suhu air mencapai 29⁰C, sedangkan jenis lain dapat hidup pada suhu air yang

Sedangkan untuk memenuhi kebutuhan atas supervisor dan officer telah disiapkan jenjang pendidikan Management Trainee dengan durasi +/- 4 bulan, yang didalamnya mencakup Basic

students’ problems. The method of this research was classroom action res earch in three cycles. Through Observation checklist, field note and writing assessment the