• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERMASALAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERMASALAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN D"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PERMASALAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID CINA

Oleh :

Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Bin Jamian Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

arasid@educ.upm.edu.my

Abstrak: Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam mengajarkan Bahasa Melayu terhadap murid-murid Cina. Di samping itu juga untuk mengenal pasti sikap dan minat murid Cina dalam pembelajaran Bahasa Melayu serta kaitannya dengan faktor keluarga, guru, bahan bantu mengajar dan juga pihak pengurusan sekolah. Kaedah tinjauan dilakukan iaitu dengan menggunakan soal selidik kepada 100 orang guru dan 300 orang murid Cina tingkatan dua di sekolah-sekolah yang dipilih di Negeri Sembilan. Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah mengajar murid-murid Cina antaranya iaitu masalah sikap dan minat guru Bahasa Melayu sendiri, masalah pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai digunakan, masalah bahan bantu mengajar yang tidak pelbagai dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sama kerap digunakan. Manakala daripada persepsi murid-murid Cina pula, dapatan menunjukkan bahawa murid-murid Cina juga mempunyai masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu sikap dan minat mereka sendiri terhadap pembelajaran Bahasa Melayu tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan faktor keluarga, bahan bantu mengajar dan guru serta pihak pengurusan sekolah. Kesimpulannya, guru-guru Bahasa Melayu perlu mengikuti kursus motivasi dalam perkhidmatan supaya mereka lebih perkasa dengan pendekatan, kaedah dan teknik terkini. Dalam mengatasi masalah murid-murid Cina yang tidak aktif dalam pelaksanaan program bahasa Melayu, dicadangkan agar pihak sekolah menganjurkan aktiviti-aktiviti bahasa Melayu yang menepati minat murid dan di samping itu dapat mencungkil bakat serta kebolehan mereka.

(2)

Abstract: The main purpose of this research is to identify the usage of the approach, method, and the technique which are being used by teachers in teaching Bahasa Melayu to the Chinese students. Besides that, it also to identify the attitude and interest of the students in Bahasa Melayu subject with the relation between the family factors, teacher, teaching aid and the school management. Observatory methods were conducted by giving out questionnaire to 100 teachers and 300 Form two Chinese students from selected schools in Negeri Sembilan. The findings showed that, Bahasa Melayu teachers faced several problems in teaching the Chinese students, namely, the teachers’ attitude and the interest, approach problems, method and technique which are suitable to be used, the teaching aid problems which are not varied and the usage of the same teaching aids. Meanwhile, from the Chinese students perception, findings showed that, the problems faced by the students are the interest and attitude towards the subject, which do not have significant relation to family, teaching aid and teacher along with the school management. As a conclusion, Bahasa Melayu teachers must attend in-service motivation courses so that they will be familiar with the approach, method and up-to-date techniques. In order to overcome the problems with the Chinese students who are not active in Bahasa Melayu programme implementation, it is advised that the school management should organize Malay language activities which suit the students’ interest.In addition to that, it must able to enhance their talents and abilities.

Key words: Teaching and Learning Bahasa Melayu, Chinese students; Bahasa Melayu teachers; Secondary School Integrated Curriculum

Pendahuluan

(3)

Dalam konteks wawasan 2020, reformasi pendidikan yang bermula dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal dengan rapi dan teliti setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak, sama ada daripada ahli-ahli akademik mahupun bukan ahli akademik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal bagi memenuhi keperluan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang sosial di dalam negara kita.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.”

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)

Matlamat pendidikan juga bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berketrampilan dalam berbahasa. Untuk merealisasikan hasrat murni ini, murid-murid mestilah mempunyai wawasan diri, sikap yang positif dan bermotivasi tinggi terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Pembelajaran Bahasa Melayu menjadi penting kepada murid-murid setelah Kementerian Pendidikan Malaysia menyeragamkan pelaksanaan dasar pendidikan bahasa. Melalui dasar ini bahasa pengantar peperiksaan menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu murid-murid perlu menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Bagi menjayakan matlamat ini, guru-guru wajib memastikan bahawa pengetahuan berbahasa diajar dengan berkesan tentang pengetahuan bahasa Melayu untuk membolehkan murid-murid berjaya dalam peperiksaan formal. Guru perlu juga mendidik murid-murid menggunakan bahasa Melayu secara betul dan bersesuaian dengan keperihalan keadaan dalam pertuturan harian. Masalah ini jelas pada penggunaan ganti nama diri. Terdapat murid, khususnya murid penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang tidak faham tentang penggunaan perkataan-perkataan ‘kamu’, ‘awak’, ‘anda’, ‘encik’, atau ‘cikgu’. Bagi mereka, tidak ada apa-apa perbezaan penggunaan antara perkataan-perkataan tersebut. Jika keadaan ini berterusan, berkemungkinan akan menimbulkan perasaan kurang senang atau salah tanggapan kepada orang yang berinteraksi dengan mereka. Oleh itu, suatu penyelesaian yang menyeluruh harus diambil bagi menangani gejala ini agar tidak terus menjadi parah terutama kepada murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Guru Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru-guru dikehendaki mengajar kemahiran lisan, bacaan, pemahaman, dan penulisan dari berbagai-bagai jenis retorik dan tatabahasa dan juga Komponen Sastera (KOMSAS). Untuk mengajar kesemua komponen ini memerlukan keyakinan mengajar dan sikap yang positif agar matlamat yang ingin diperoleh tercapai.

(4)

murid-murid bukan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu masih kurang memuaskan. (Abdul Rasid Jamian dan Zulkifli Abu Zarin, 2008)

Bertitik tolak dari perkara di atas, didapati bahawa KBSM menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan guru terutamanya guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar murid-murid bukan Melayu. Pada dasarnya, murid-murid bukan Melayu ini telah mempelajari Bahasa Melayu di sekolah sekurang-kurangnya selama enam tahun iaitu ketika berada di peringkat sekolah rendah. Namun begitu, kecemerlangan pencapaian dalam Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid bukan Melayu agak belum boleh dibanggakan. Permasalahan ini ada kaitannya dengan masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Masalah ini wujud di semua peringkat sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah rendah, dan juga di sekolah menengah atas. Ini disokong oleh Nurul Huda Ong Abdullah (2010), iaitu guru perlu memainkan peranan dalam meningkatkan motivasi murid-murid ke tahap yang maksimum.

Pemasalahan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Bukan Melayu

Permasalahan dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu terdapat banyak pandangan daripada pengkaji-pengkaji. Antaranya iaitu menurut Zulkifley Hamid (1996), membicarakan tentang masalah yang dihadapi oleh murid-murid bukan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut beliau, murid-murid bukan Melayu sukar mendapat keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan Bahasa Melayu.

Manakala menurut Abdul Hamid Mahmood (1990), dalam kajiannya mendapati bahawa kesalahan penggunaan perkataan atau istilah banyak dilakukan oleh murid-murid bukan bumiputera terutamanya oleh murid-murid Cina. Menurut beliau lagi, kurangnya pendedahan terhadap bahasa Melayu merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan keadaan demikian. Dalam kajian yang dilakukan oleh Nursidah Ab. Hamid et al. (2010) pula menyatakan bahawa 89% murid bukan Melayu lemah dalam penguasaan tatabahasa. Manakala menurut Chew dan Lee (2009), dapati murid-murid Cina di SRJKC gagal menguasai sebutan dan penulisan Bahasa Melayu.

Jelaslah bahawa murid-murid Cina memang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu. Masalah yang dihadapi oleh mereka ini disebabkan oleh faktor dalaman yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan juga faktor luaran seperti pengaruh persekitaran, kaedah pengajaran guru yang kurang berkesan dan lain-lain lagi.

Objektif Kajian

Secara umumnya objektif kajian ini ialah menganalisis permasalahan pengajaran Bahasa Melayu yang dihadapi oleh guru yang mengajar murid-murid Cina dan juga mengenal pasti masalah murid-murid Cina dalam mempelajari Bahasa Melayu.

Objektif khusus kajian ini adalah:

(5)

2. Meninjau masalah pendekatan, kaedah, teknik dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru yang mengajarkan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Cina,

3. Mengenal pasti masalah sikap dan minat murid-murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu,

4. Mengenal pasti faktor keluarga dan guru yang mempengaruhi sikap dan minat murid-murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu, dan

5. Meninjau faktor bahan bantu mengajar dan pihak pengurusan sekolah yang mempengaruhi sikap dan minat murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu.

Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah berdasarkan objektif yang dinyatakan di atas iaitu:

1. Sejauh manakah sikap dan minat guru yang mengajar Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Cina?

2. Apakah masalah pendekatan, kaedah, teknik dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam mengajarkan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Cina?

3. Sejauh manakah masalah sikap dan minat murid-murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu?

4. Sejauh manakah faktor keluarga dan guru mempengaruhi sikap dan minat murid-murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu?

5. Sejauh manakah faktor bahan bantu mengajar dan pihak pengurusan sekolah mempengaruhi sikap dan minat murid-murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu?

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif. Menurut Mohd. Majid Konting (2005) penyelidikan deskriptif adalah untuk menjelaskan sesuatu fenomena. Penjelasan yang diberi adalah berdasarkan faktor-faktor atau pemboleh ubah-pemboleh ubah yang belum dikenal pasti.

Jenis penyelidikan deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan. Mohd. Majid Konting (2005) menjelaskan bahawa kajian tinjauan digunakan untuk mengukur pemboleh ubah-pemboleh ubah yang berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal sebab pemboleh ubah itu wujud. Kajian ini akan meninjau masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran murid-murid Cina di tingkatan dua di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan, Malaysia.

Sampel Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan berdasarkan tujuan (purposive). Sampel kajian terdiri daripada 100 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di kelas-kelas yang terdiri murid-murid Cina dan 300 murid-murid Cina di Negeri Sembilan, Malaysia.

(6)

Pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk guru dan murid untuk mengumpul data mentah. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan komputer. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan program SPSS (Statistical Packages for The Social Sciences). Menurut Mohd. Majid Konting (2005), program SPSS ini merupakan salah satu daripada pakej perisisan komputer yang digunakan untuk memproses dan menganalisis data penyelidikan, khususnya penyelidikan sosial dan pendidikan. Program SPSS dibina khusus untuk penganalisisan data yang banyak dan berulang-ulang dengan cepat dan cekap.

Proses menganalisis data dilakukan berlandaskan objektif kajian. Pengkaji menggunakan statistik perihalan untuk menerangkan data mentah. Pengkaji akan menggunakan petunjuk seperti frekuensi dan peratus serta min dan sisihan piawai untuk menerangkan pemboleh ubah tertentu yang terlibat dalam kajian ini.

Dapatan Kajian

Latar Belakang Guru

Jadual 1: Jantina Responden

Jadual 1 di atas, menunjukkan taburan jantina responden. Dapatan menunjukkan sebahagian besar daripada responden adalah perempuan iaitu seramai 75 orang (75%), manakala lelaki pula adalah 25 orang (25%).

Jadual 2: Taburan Umur Responden

Umur Bilangan Peratus

21 – 30 tahun 20 20

31 – 40 tahun 60 60

41 – 50 tahun 18 18

51 – 60 tahun 2 2

JUMLAH 100 100

Dalam jadual 2, taburan umur guru Bahasa Melayu pula, data menunjukkan bahawa kebanyakan responden berumur antara 31- 40 tahun iaitu seramai 60 orang (60%). Ini diikuti pula dengan responden yang berumur antara 21-30 tahun iaitu seramai 20 orang (20%). Sementara responden yang berumur antara 41-50 tahun adalah seramai 18 orang (18%), dan 2 orang responden yang berumur antara 51-60 tahun (2%).

Jadual 3: Pengalaman Responden Mengajar Bahasa Melayu

Pengalaman mengajar Bilangan Peratus

0 – 4 tahun 16 16

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 25 25

Perempuan 75 75

(7)

5 – 9 tahun 36 36

10 – 14 tahun 46 46

25 – 29 tahun 2 2

JUMLAH 100 100

Jadual 3 di atas pula menunjukkan bahawa guru yang mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 0 hingga 4 tahun seramai 16 orang (16%), dan 5 hingga 9 tahun adalah seramai 36 orang (36%). Manakala, 46 orang responden (46%) mempunyai pengalaman mengajar 10 hingga 14 tahun. Terdapat 2 orang responden (2%) yang mempunyai pengalaman mengajar 25 hingga 29 tahun.

Sikap dan Minat Guru dalam Pengajaran Bahasa Melayu Terhadap Murid Cina

Jadual 4: Minat Responden dalam Pengajaran Bahasa Melayu  

Minat Bilangan Peratus

Sangat berminat 11 11

Berminat 59 59

Kurang berminat 26 26

Tidak berminat 4 4

JUMLAH 100 100

Merujuk jadual 4, dapatan menunjukkan bahawa seramai 59 orang (59%) sekadar berminat mengajar Bahasa Melayu. Manakala 26 orang (26%) kurang berminat mengajar Bahasa Melayu. Seramai 11 orang (11%) pula sangat berminat dan hanya 4 orang (4%) tidak berminat mengajar Bahasa Melayu.

Jadual 5 : Objektif Utama Responden Mengajar

Objektif Bilangan Peratus

Supaya murid lulus peperiksaan 43 43

Supaya murid dapat

menggunakan bahasa Melayu dengan betul

48 48

Sebagai memenuhi kehendak tugas

9 9

(8)

Namun begitu, dapatan pengkaji dapati sebenarnya responden bertanggungjawab atas profesionalisme mereka. Ini dapat dipaparkan melalui dapatan kajian dalam Jadual 5 menunjukkan bahawa 48 orang (48%) responden memilih objektif utama mereka mengajar adalah supaya murid-murid dapat menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Seramai 43 orang (43%) responden mengatakan objektif utama mereka adalah supaya murid-murid lulus peperiksaan dan 9 orang (9%) mengatakan objektif utama mereka sebagai memenuhi kehendak tugas.

Jadual 6: Perancangan Pengajaran Responden

Perancangan Bilangan Peratus

Berdasarkan buku teks dan sukatan pelajaran

59 59

Berdasarkan sukatan pelajaran sahaja

41 41

Berdasarkan buku teks sahaja

0 0

JUMLAH 100 100

Berdasarkan perancangan pengajaran pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa 59 orang (59%) responden merancang pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan buku teks dan sukatan pelajaran. Responden yang merancang pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran sahaja adalah seramai 41 orang (41%). Tiada responden yang merancang berdasarkan buku teks sahaja. (Rujuk Jadual 6)

Jadual 7: Kekerapan Memberi Latihan

Perancangan Bilangan Peratus

Sangat kerap 19 19

Kerap 62 62

Jarang-jarang 19 19

JUMLAH 100 100

Jika dilihat dalam kekerapan memberi latihan bertulis, dapatan menunjukkan bahawa 62 orang (62%) responden kerap memberikan latihan kepada murid-murid, masing-masing 19 orang (19%) responden sangat kerap dan 19 orang (19%) jarang-jarang memberikan latihan kepada murid-murid.(Rujuk Jadual 7)

Jadual 8: Kekerapan Memberi Rangsangan dan Motivasi

Rangsangan Bilangan Peratus

(9)

Kadang-kadang 61 61

Tidak pernah 5 5

JUMLAH 100 100

Dalam jadual 8 pula, menunjukkan sikap dan minat guru dalam pengajaran Bahasa Melayu iaitu dapatan memperlihatkan bahawa 61 orang (61%) responden mengatakan mereka kadang-kadang memberi rangsangan kepada murid-murid mereka untuk menghayati bahasa Melayu dengan baik. Manakala 34 orang (34%) responden selalu memberi rangsangan dan 5 orang (5%) responden tidak pernah memberi rangsangan kepada murid Cina untuk menghayati bahasa Melayu dengan baik.

 

Jadual 9: Tahap Penguasaan bahasa Melayu Murid Cina

Rangsangan Bilangan Peratus

Baik 0 0

Sederhana 51 51

Lemah 49 49

JUMLAH 100 100

 

Akhirnya, responden menyatakan tahap penguasaan bahasa Melayu murid Cina mereka adalah sederhana 51 orang (51%) dan selebihnya iaitu 49 orang (49%) responden mengatakan tahap penguasaan bahasa Melayu adalah lemah. Ini membolehkan guru membuat perancangan yang lebih rinci dan bersistematik. (Rujuk Jadual 9)

Permasalahan Pendekatan, Kaedah dan Teknik Serta Bahan Bantu Mengajar dalam Mengajar Murid-Murid Cina

Pengajaran seseorang guru perlu berlandaskan pendekatan, kaedah dan teknik dan dibantu dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Pengemblengan semua aspek yang dinyatakan itu akan menghasilkan kesan pembelajaran yang cemerlang. Dalam kajian ini pengkaji ingin mengenal pasti pendekatan, kaedah dan teknik serta penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Melayu terhadap murid Cina yang digunakan oleh guru.

Jadual 10: Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran

Item Min Sisihan Piawai

Saya merancang dengan teliti setiap aktiviti dan isi pelajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid Cina

2.55 0.55

Saya kerap menggunakan kaedah dan teknik yang pelbagai semasa mengajar mata pelajaran BM kepada murid-murid Cina

2.75 0.72

Saya menghadapi masalah dalam menyampaikan isi pelajaran BM yang menarik dan sesuai kepada murid Cina

1.90 0.45

Isi pengajaran yang disampaikan sesuai dan selaras dengan pendekatan, kaedah dan teknik.

(10)

Isi pengajaran yang disampaikan disusun mengikut prosedur iaitu yang mudah didahulukan dan yang rumit dikemudiankan

2.35 0.59

Saya mempelbagaikan pola interaksi antara guru dengan murid, misalnya guru dengan kumpulan, guru dengan individu dan murid dengan murid

2.70 0.66

Saya selalu mengaitkan pelajaran yang diajar dengan minat dan pengalaman lalu murid

2.60 0.75

Saya selalu memberi galakan kepada murid Cina untuk mengemukakan pendapat proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung

2.25 0.64

Saya selalu memberi peluang kepada murid Cina untuk bertanya jika mereka tidak faham apa yang saya sedang ajar

2.00 0.65

Saya membenarkan murid Cina menggunakan bahasa ibunda mereka (selain bahasa Melayu) ketika pengajaran dan pembelajaran BM sedang berlangsung

2.30 0.66

KESELURUHAN 2.35 0.64

* PETUNJUK:

1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS)

Berdasarkan Jadual 10 di atas, dapatan menunjukkan bahawa item saya kerap menggunakan kaedah dan teknik yang pelbagai semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid Cina memperoleh min skor tertinggi iaitu 2.75, sp = 0.72. Ini diikuti dengan responden menyatakan saya selalu mengaitkan pelajaran yang diajar dengan minat dan pengalaman lalu murid iaitu min 2.60, sp = 0.75 dan saya merancang dengan teliti setiap aktiviti dan isi pelajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid bukan Melayu iaitu min 2.55, sp = 0.55. Manakala item saya menghadapi masalah dalam menyampaikan isi pelajaran Bahasa Melayu yang menarik dan sesuai kepada murid-murid Cina memperoleh min skor terendah iaitu 1.90, sp = 0.45. Min keseluruhan bagi item-item pendekatan, kaedah dan teknik ini adalah 2.35 dan sisihan piawai 0.64.

Manakala dapatan berkaitan pola interaksi pula, dalam jadual 10 di atas, responden menyatakan bahawa saya mempelbagaikan pola interaksi antara guru dengan murid, misalnya guru dengan kumpulan, guru dengan individu dan murid dengan murid memperoleh min 2.70, sp = 0.66. Ini diikuti pula oleh item saya membenarkan murid menggunakan bahasa ibunda mereka (selain bahasa Melayu) ketika pengajaran dan pembelajaran BM sedang berlangsung iaitu min 2.30, sp = 0.66 dan saya selalu memberi galakan kepada murid bukan Melayu untuk mengemukakan pendapat proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung memperoleh min 2.25, sp = 0.64. Manakala item yang paling rendah iaitu saya selalu memberi peluang kepada murid untuk bertanya jika mereka tidak faham apa yang saya sedang ajar iaitu min 2.00, sp = 0.65.

(11)

Item Min Sisihan Piawai

Saya kerap menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar Bahasa Melayu.

2.55 0.76

Saya berupaya menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan kaedah dan teknik pengajaran.

2.40 0.75

Saya berupaya merangsang minat yang tinggi dalam diri murid Cina dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai.

2.10 0.79

Saya selalu mempelbagaikan bahan bantu mengajar dalam pengajaran saya.

2.55 0.69

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu membebankan saya

2.15 0.75

Saya kerap menggunakan buku teks dalam pengajaran saya 2.15 0.75

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik jika saya menggunakan bahan bantu mengajar.

Berdasarkan jadual 11 di atas, walau pun pengajaran yang berfokus kepada kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik perlu dibantu dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Dapatan berkaitan penggunaan bahan bantu mengajar, menunjukkan bahawa item saya kerap menggunakan bahan bantu mengajar Bahasa Melayu dan item saya selalu mempelbagaikan bahan bantu mengajar dalam pengajaran saya memperoleh min yang tertinggi iaitu masing-masing 2.55 dan sisihan piawai 0.76 dan 0.69. Ini diikuti dengan item saya berupaya menyediakan bahan bantu mengajar yamg sesuai dengan kaedah dan teknik pengajaran memperoleh min 2.40, sp = 0.75. Manakala item proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik jika saya menggunakan bahan bantu mengajar memperoleh min yang terendah iaitu 1.65, sp = 0.59. Jelas menunjukkan bahawa kebanyakan guru mempunyai iltizam dalam membantu murid-muridnya dalam pembelajaran. Ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pencapaian murid-muridnya.

Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid-Murid Cina

Demografi Murid

Jadual 12: Jantina Responden

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 125 42

(12)

Jumlah 300 100

Beberapa perkara dikenal pasti untuk mendapatkan gambaran tentang murid Cina tingkatan dua yang menjadi responden kajian ini. Jumlah responden lelaki adalah seramai 125 orang (42%), manakala perempuan pula ialah 175 orang (58%). (Rujuk Jadual 12)

Jadual 13 : Pekerjaan Ibu Bapa/Penjaga Responden

Pekerjaan Bilangan Peratus

Kakitangan kerajaan 42 14

Kakitangan swasta 126 42

Berniaga 78 26

Lain-lain 54 18

JUMLAH 300 100

Berdasarkan jadual 13 di atas, dari segi pekerjaan ibu bapa atau penjaga responden seramai 126 orang (42%) bekerja sebagai kakitangan swasta, 78 orang (26%) sebagai peniaga, 54 orang (18%) adalah kakitangan kerajaan dan pekerjaan-pekerjaan lain ialah 42 orang (14%).

Jadual 14: Bahasa Utama Responden Bertutur dengan Ahli Keluarga

Bahasa utama Bilangan Peratus

Bahasa Cina 270 90

Bahasa Inggeris 30 10

JUMLAH 300 100

Merujuk jadual 14 di atas, bahasa utama yang digunakan oleh responden untuk bertutur dengan ahli keluarga didapati bahasa Cina adalah bahasa pertuturan utama bagi sebahagian besar responden iaitu seramai 270 orang (90%), manakala bahasa Inggeris menjadi bahasa pertuturan utama dengan ahli keluarga bagi 30 orang responden (10%).

Jadual 15: Penguasaan Bahasa Melayu Ahli Keluarga Responden

Penguasaan Bahasa Melayu Bilangan Peratus

Tidak baik 70 23

Kurang baik 225 75

Baik 5 2

JUMLAH 300 100

(13)

kurang baik. Terdapat 70 orang (23%) menyatakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan ahli keluarga mereka tidak baik, manakala 5 orang (2%) saja yang menyatakan penguasaan bahasa Melayu ahli keluarga mereka baik. (Rujuk Jadual 15)

Sikap dan Minat Murid Cina Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu

Jadual 16: Sikap dan Minat Responden

Item Min Sisihan Piawai

Saya belajar BM kerana ia mata pelajaran yang diwajibkan

3.18 0.56

Pelajaran BM amat mengelirukan dan susah untuk dipelajari

3.12 0.56

Saya menghadapi masalah dalam pembelajaran BM. 3.10 0.46

Saya tidak boleh menulis tulisan BM. 1.90 0.71

Keseluruhan 2.48 0.58

*PETUNJUK :

1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS)

Merujuk Jadual 16 di atas, iaitu berkaitan dengan sikap dan minat murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa item saya belajar Bahasa Melayu kerana ia mata pelajaran yang diwajibkan memperoleh min skor yang tertinggi iaitu 3.18, sp = 0.56. Ini diikuti oleh pelajaran BM amat mengelirukan dan susah untuk dipelajari iaitu min 3.12, sp = 0.56 dan saya menghadapi masalah dalam pembelajaran BM iaitu min 3.10, sp = 0.46. Manakala item saya tidak boleh menulis tulisan Bahasa Melayu memperoleh min skor terendah iaitu 1.90, sp = 0.71. Min keseluruhan bagi item-item dalam aspek sikap dan minat responden ini adalah 2.48, sp = 0.58.

Faktor Keluarga dan Guru yang Mempengaruhi Sikap dan Minat Murid Cina

Jadual 17: Faktor Keluarga yang Mempengaruhi Sikap dan Minat Responden

Item Min Sisihan Piawai

Ibu bapa saya menghantar saya ke kelas tambahan atau kelas tuisyen Bahasa Melayu.

2.64 0.78

Ibu bapa saya mengambil berat tentang prestasi pelajaran Bahasa Melayu saya.

(14)

Ibu bapa saya menggalakkan saya membaca bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Melayu

2.48 0.54

Ibu bapa dan keluarga saya selalu bertutur dalam Bahasa Melayu.

Berdasarkan Jadual 17 di atas, dapatan kajian berkaitan dengan faktor keluarga yang mempengaruhi sikap dan minat murid-murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu memperlihatkan bahawa min tertinggi iaitu 2.64, sp = 0.78 adalah bagi item ibu bapa saya menghantar saya ke kelas tambahan atau kelas tuisyen Bahasa Melayu. Manakala min kedua tinggi pula ialah 2.54, sp = 0.71 iaitu bagi item ibu bapa mengambil berat tentang prestasi pelajaran Bahasa Melayu saya. Manakala min yang terendah pula adalah 2.00, sp = 0.57 iaitu item bagi ibu bapa dan keluarga saya selalu bertutur dalam bahasa Melayu.

Jadual 18: Persepsi Murid Terhadap Guru

Item Min Sisihan Piawai

Guru Bahasa Melayu saya akan menegur saya sekiranya saya tidak menyiapkan latihan-latihan yang diberikan.

2.64 0.60

Guru Bahasa Melayu saya memberikan latihan atau kerja rumah yang mencukupi untuk mempertingkat pencapaian saya dalam Bahasa Melayu.

2.54 0.58

Pelajaran Bahasa Melayu yang disampaikan oleh guru Bahasa Melayu saya sangat menyeronokkan dan tidak membosankan

2.08 0.78

Keseluruhan 2.36 0.61

*PETUNJUK :

1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS)

(15)

Persepsi Murid Cina dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Terhadap Faktor Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dan Pihak Pengurusan Sekolah

Jadual 19: Persepsi Murid Terhadap Faktor Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Item Min Sisihan Piawai

Saya akan menumpukan perhatian yang lebih terhadap pengajaran guru sekiranya guru menggunakan bahan bantu mengajar

3.40 0.57

Penggunaan bahan-bahan tambahan atau selain buku teks menjadikan pengajaran guru menarik

3.34 0.63

Guru Bahasa Melayu saya kerap menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran

2.08 0.44

Keseluruhan 2.79 0.54

*PETUNJUK :

1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS)

Berkaitan dengan faktor bahan bantu mengajar yang mempengaruhi sikap dan minat murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa item saya akan menumpukan perhatian yang lebih terhadap pengajaran guru sekiranya guru menggunakan bahan bantu mengajar memperoleh min tertinggi iaitu 3.40, sp = 0.57. Ini diikuti dengan item penggunaan bahan-bahan tambahan atau selain buku teks menjadikan pengajaran guru menarik memperoleh min 3.34, sp = 0.63. Manakala item guru Bahasa Melayu saya kerap menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajarannya memperoleh min terendah iaitu 2.08, sp = 0.44.

Jadual 20: Persepsi Murid Terhadap Faktor Pihak Pengurusan Sekolah

Item Min Sisihan Piawai

Pengetua atau pihak pentadbir sekolah saya mengambil berat tentang pencapaian Bahasa Melayu murid-murid Cina

2.58 0.67

Perpustakaan sekolah saya mempunyai buku dan bahan bacaan lain dalam bahasa Melayu yang lengkap

(16)

Pihak sekolah pernah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa saya untuk membincangkan pencapaian Bahasa Melayu saya

1.56 0.67

Keseluruhan 2.06 0.63

*PETUNJUK :

1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS)

Dalam jadual 20 pula berkaitan tentang faktor pengurusan sekolah pula, didapati min tertinggi adalah 2.58, sp = 0.67 iaitu bagi item pengetua atau pihak pentadbir sekolah saya mengambil berat tentang pencapaian Bahasa Melayu murid-murid Cina. Ini diikuti oleh item perpustakaan sekolah saya mempunyai buku dan bahan bacaan lain dalam bahasa Melayu yang lengkap iaitu min 2.34, sp = 0.56. Manakala min yang terendah adalah 1.56, sp = 0.67 iaitu bagi item pihak sekolah pernah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa saya untuk membincangkan pencapaian Bahasa Melayu saya.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini amat memerlukan bantuan dan sokongan serta motivasi yang tinggi daripada pihak guru dan pentadbir sekolah. Inilah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh guru dan pentadbir sekolah.

Cadangan

Berikut adalah antara beberapa cadangan yang dikemukakan.

1. Guru-guru yang tidak berminat, bosan dan rasa terbeban mengajar perlu diberikan kursus motivasi beberapa kali dalam masa perkhidmatan supaya guru-guru sentiasa bersemangat dan mempunyai sikap yang positif terhadap tugas-tugas mereka. Sebagai seorang manusia biasa, guru juga kadang kala semangatnya akan luntur atau berkurangan disebabkan oleh pelbagai faktor luaran ataupun dalaman. Dengan adanya motivasi yang disediakan khas untuk guru-guru, maka guru-guru akan kembali bersemangat, berminat untuk mengajar bersungguh-sungguh dan seterusnya dapat menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan sepenuhnya.

(17)

kemampuan penguasaan bahasa murid-murid mereka. Dengan cara ini, guru akan dapat mencari pendekatan pengajaran yang sesuai untuk murid mereka.

4. Guru-guru juga mestilah melengkap diri dengan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kemampuan guru sendiri dalam bahasa Melayu hendaklah ditingkatkan terutamanya dari segi tatabahasa, sintaksis, ejaan dan sebutan. Guru perlu menyedari hakikat bahawa matlamat akhir pengajaran mereka adalah untuk membakukan penggunaan bahasa Melayu kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, adat resam dan kebudayaan.

5. Masalah murid-murid Cina yang tidak aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dapat diatasi jika pihak guru terutamanya guru kanan mata pelajaran dan guru persatuan Bahasa Melayu berusaha untuk melibatkan seberapa ramai murid Cina dalam aktiviti-aktiviti persatuan agar dapat membantu meningkatkan penguasaan dan kemahiran bahasa Melayu mereka. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan Bahasa Melayu perlulah aktiviti yang menarik minat dan bersesuaian dengan peredaran masa dan umur murid. Aktiviti yang dijalankan perlu mempunyai objektif yang jelas dan tepat serta dapat mencungkil bakat serta kebolehan murid-murid. Dalam hal ini juga, pihak pentadbir sekolah perlulah memilih guru-guru Bahasa Melayu yang benar-benar aktif agar persatuan Bahasa Melayu.

6. Masalah ibu bapa atau penjaga yang tidak mengambil berat pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak mereka dapat diatasi jika pihak sekolah sering mengadakan pertemuan dengan ibu bapa atau penjaga murid-murid. Dalam pertemuan tersebut pihak sekolah boleh bertukar-tukar pendapat dan memberi cadangan serta panduan kepada ibu bapa atau penjaga bagaimana untuk mempertingkat pencapaian Bahasa Melayu anak-anak mereka. Implikasi Kajian

Pengajaran merupakan satu bentuk yang bersistematik. Guru perlu mahir dalam mengemblengkan semua aspek pedagogi dalam membantu peningkatan pencapaian murid-murid. Berkaitan pendekatan, kaedah dan teknik ini, menunjukkan bahawa sebahagian besar guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah yang dikaji menghadapi masalah untuk menyampaikan isi pelajaran Bahasa Melayu yang menarik dan sesuai kepada murid-murid Cina. Ini berkemungkinan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah tersebut yang masih tidak mengetahui untuk menyampaikan pengajaran mereka dengan cara yang sesuai dan dapat menarik perhatian murid-murid Cina untuk mempelajari Bahasa Melayu. Para guru disarankan berusaha untuk memenuhi kehendak murid-murid mereka khususnya dalam menarik minat mereka untuk belajar.

Kaedah dan cara pengajaran yang tidak pelbagai mungkin akan menjadikan pengajaran guru Bahasa Melayu hambar dan membosankan murid-murid. Apabila rasa bosan dan jemu menguasai diri murid-murid maka sukarlah bagi mereka untuk memahami serta menguasai pembelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya akan timbul pelbagai masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

(18)

samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar akan mengganggu masa kerana mereka khuatir tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran. Akhirnya ialah guru-guru juga merasakan penggunaan bahan bantu mengajar boleh menimbulkan kebisingan dan ini akan mengganggu kelas-kelas yang lain.

Kesimpulan

Para guru Bahasa Melayu berjaya menunjukkan sikap yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian mendapati kebanyakan guru Bahasa Melayu di sekolah yang dikaji iaitu 55% yang berminat untuk mengajar Bahasa Melayu. Hanya sebahagian daripada guru-guru tersebut iaitu 45% yang kurang dan tidak berminat untuk mengajar Bahasa Melayu.

Tugas utama seorang guru adalah mengajar, mendidik dan menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Namun demikian, pemasalahan timbul apabila kadang kala tugas mengajar itu menjadi terlalu membebankan. Terdapat 50% daripada guru-guru yang tersebut mengajar Bahasa Melayu di samping dua mata pelajaran yang lain. Manakala 50% lagi guru Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu beserta satu mata pelajaran yang lain. Guru-guru ini rasa terbeban di samping tugas-tugas sampingan pentadbiran. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran. Mereka juga terpaksa membuat persediaan mengajar yang lebih banyak. Ini kerana objektif utama seseorang guru mengajar adalah penting untuk menentukan hala tuju pengajarannya. Berdasarkan kajian menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu mempunyai pelbagai objektif pengajaran dan ada kemungkinan guru-guru Bahasa Melayu ini bermasalah untuk menentukan objektif pengajaran yang tepat dan bersesuaian.

Di samping itu, guru-guru Bahasa Melayu juga bermasalah untuk mempelbagaikan pola interaksi antara guru dengan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Dapatan menunjukkan bahawa hanya 30% guru Bahasa Melayu yang mempelbagaikan pola interaksi sewaktu mengajar, contohnya interaksi antara guru dengan individu, guru dengan kumpulan dan murid dengan murid. Akhirnya, 75% guru Bahasa Melayu bermasalah untuk mempelbagaikan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa ada kemungkinan guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah yang dikaji sukar untuk mempelbagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sama sahaja sepanjang proses pengajaran akan menjadikan pengajaran yang disampaikan oleh seseorang guru itu hambar dan kurang mendapat perhatian murid-murid. Hal ini ditegaskan oleh Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001) bahawa penggunaan bahan pengajaran yang menarik dapat mempertingkat motivasi murid-murid.

(19)

mahir menggunakan bahasa Melayu dan juga akan menyukarkan mereka untuk menguasai bahasa Melayu dengan betul dan tepat. Masyarakat hari ini kurang peka dan sensitif dengan penggunaan bahasa Melayu dalam pertuturan mereka.

Dari aspek sikap dan minat murid-murid Cina pula, masalah dikenal pasti dari sudut sikap mereka yang belajar Bahasa Melayu hanya kerana mata pelajaran yang diwajibkan untuk mereka belajar. Kajian mendapati 92% murid Cina mempelajari Bahasa Melayu kerana ia mata pelajaran yang diwajibkan. Ini bermakna jika Bahasa Melayu tidak diwajibkan ada kemungkinan mereka tidak mahu belajar Bahasa Melayu.

Selain itu, mereka bermasalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu kerana mereka merasakan Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang susah dan mengelirukan. Terdapat 90% yang bersetuju bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu amat mengelirukan dan susah untuk dipelajari. Kekeliruan dan kesukaran mereka mempelajari Bahasa Melayu berkemungkinan menyebabkan mereka bermasalah untuk belajar Bahasa Melayu dan seterusnya bersikap negatif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa guru Bahasa Melayu mengajar.

Dari segi sokongan keluarga pula, didapati bahawa faktor keluarga mempunyai pengaruh yang lemah terhadap sikap dan minat mereka untuk mempelajari Bahasa Melayu. Namun begitu, kajian menunjukkan bahawa terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen untuk memastikan anak-anak mereka lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan. Dan juga ibu bapa mereka mengambil berat tentang prestasi pembelajaran Bahasa Melayu. Ini kemungkinan kerana mereka mengetahui bahawa Bahasa Melayu adalah mata pelajaran lulus dalam peperiksaan.

(20)

Bibliografi

Abdul Hamid Mahmood. (1990). ‘‘Penguasaan Bahasa Malaysia baku di kalangan pelajar-pelajar”, Jurnal Dewan Bahasa, 34: 4 April, hlm. 613-615.

Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud. (2001). Media pengajaran: Pengajaran bahasa dan sastera. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian dan Zulkifli Abu Zarin. (2008). “Penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah.” Prosiding KONPEN 2008. 1-4 Jun.

Chew Fong Peng dan Lee Tan Luck. (2009). “Masalah pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar Cina dan Melayu di Kuala Terenganu”. Kertas kerja 2nd International Conference Issues in Language Teaching and Learning Amongst Non-Narative Speaker:Language Competence and Performance, 2-3 Disember.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norsidah Ab. Hamid, Jamaludin Badushah, dan Fairose Sulaiman.(2010). “Kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan pada peringkat menengah rendah”. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidik Bahasa Melayu, 12-18 Jun.

Nurul Huda Ong Abdullah. (2010). “Motivasi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan Melayu.”Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidik Bahasa Melayu, 12-18 Jun.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

URAIAN JUMLAH ANGGARAN NOMOR URUT REALISASI SISA ANGGARAN SKPD DINAS KOPERASI, USAHA KECIL DAN MENENGAH. LAPORAN REALISASI ANGGARAN UNTUK TAHUN YANG BERAKHIR SAMPAI DENGAN 31

Dukungan anggaran tersebut telah diatur dalam Pasal 171 Undang-Undang Nomor 36 Tahun 2009 tentang Kesehatan, yang menyebutkan besaran alokasi anggaran bidang

Di Kota Kotamobagu terdapat beberapa kelurahan yang menempati area Resiko 4 dan 3 yang artinya memiliki permasalahan - permasalahan sanitasi seperti kurangnya Perilaku

Baik bapak-lbu yang saya hormati terhadap asas-asas yang diusulkan oleh Pak Mahfud.. maupun tambahan asas dari bapak - lbu yang lain maupun dari usulan pemerintah ini menjadi bagian

Berdasarkan pentingnya pengaruh salinitas terhadap mikroalga dalam pertumbuhan, kepadatan, dan senyawa bioaktif (protein, lemak, karbohidrat, dan pigmen)

Tingkat kebisingan yang dihasilkan oleh mesin diesel dengan murni bahan bakar solar ( single fuel ) terlihat lebih tinggi pada keseluruhan pembebanan yang diberikan dari pada sistim

Hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat hubungan yang signifikan antara gugus kendali mutu yang terdiri dari Partisipasi ( ), Kegiatan Sukarela (

Pada DAS Cimanuk, hasil analisis HGA menunjukan bahwa kabupaten hulu (Garut, Sumedang, dan Majalengka), memiliki HGA yang surplus (HGA lebih besar dari air yang dimanfaatkan),