• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah menurut pandangan sarjana tokoh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah menurut pandangan sarjana tokoh"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PENGERTIAN SEJARAH

MENURUT PANDANGAN

SARJANA MUSLIM DAN BARAT

Pendahuluan

Manusia

dan peristiwa adalah dua perkara yang amat berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, sejarah tidak dapat dipisahkan dari rentetan kehidupan manusia masa lampau hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi berterusan yang tiada penghujungnya.

Pada hakikatnya, kepentingan sejarah telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran Al-Karim. Ulama telah menganggarkan kira-kira satu perenam daripada Al-Quran adalah terdiri daripada kisah-kisah sejarah. Salah satu contoh ayat Al-Quran yang menyentuh tentang sejarah yang disebut sebagai ‘kisah’ adalah seperti berikut:

Terjemahannya:

Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang yang belum mengetahui.1

Manakala dalam Surah al-Qasas, sebahagian besarnya menceritakan kisah Nabi Musa (as) menentang Firaun dan kaumnya. Antaranya ialah:

Terjemahannya:

(2)

Terjemahannya:

Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi seorang dari Rasul-rasul Kami. Setelah itu dia dipungut oleh orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orangnya adalah golongan yang bersalah.3

Manakala Surah al-Kahfi pula menceritakan kisah sekumpulan pemuda yang tidur di dalam gua. Antara ayatnya ialah:

Terjemahannya:

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashabul Kahfi” dan “Ar-Raqim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”. Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu,

(3)

tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar;

sesungguhnya mereka itu orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.4

Pengertian Sejarah Secara Umum

Pengertian sejarah sebenarnya amat kompleks untuk diperbincangkan. Sejarawan mendefinisikan sejarah mengikut ide masing-masing yang dipengaruhi oleh zaman, tempat dan budaya masing-masing. Sebagai contohnya pengertian sejarah dari segi bahasa itu sendiri berbeza menurut sesuatu bangsa.

Dalam bahasa Melayu perkataan sejarah itu sendiri mempunyai pelbagai makna tetapi maksudnya sama. Menurut Kamus Dewan, sejarah bererti asal-usul

(keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo dan tawarikh.5

Menurut R.O. Winstedt, perkataan sejarah berasal dari bahasa Arab yang membawa makna salasilah, tawarikh dan babad.6 Melalui kenyataan Winstedt ini, sejarawan Melayu seperti Ibrahim Alfian dan Mahayuddin Yahaya berpendapat, perkataan sejarah berasal dari perkataan Arab ‘syajarat’ (ةرجش ) yang bererti pohon. Pohon atau pokok yang mempunyai dahan dan ranting dinisbahkan kepada salasilah dan jurai keturunan yang bercabang-cabang.7

Perkataan tawarikh yang diguna pakai oleh orang Melayu sekitar awal abad ke 19 dikatakan juga diambil dari perkataan Arab ‘al-tarikh’ (خيراتلا). Selain dari ‘tawarikh’ antara istilah yang agak popular digunakan ketika itu adalah ‘hikayat’ dan ‘riwayat’. Ketiga-tiga istilah ini telah digunapakai sehingga tahun 1950an dan 60an.8 Akhir tahun 1960an, perbicaraan sejarah telah menggunakan istilah ‘sejarah’ secara menyeluruh, namun begitu, istilah ‘riwayat’ terus digunakan bagi merujuk karya-karya pensejarahan yang berbentuk biografi dan riwayat hidup.9

Manakala dalam bahasa Inggeris perkataan ‘history’ yang berasal dari perkataan Yunani, ‘historia’ adalah membawa maksud penyelidikan. Namun terdapat perbezaan antara perkataan historia zaman Yunani dengan perkataan history pada zaman moden. Historia adalah karya-karya sejarah yang berunsur mitos dan legenda. Manakala history adalah karya sejarah yang berdasarkan kajian dan penyelidikan. Contoh karya Yunani ialah Illiad dan Odyssey yang dihasilkan oleh Homer. Antara sejarawan Yunani yang terkenal ialah Herodotus yang menghasilkan Historia pada abad ke 5 SM, buku tersebut dianggap sebagai karya ulung orang Yunani dalam bidang sejarah.10

(4)

Ta’rikh juga didefinisikan sebagai catatan peristiwa yang dikaitkan dengan masa, waktu dan haribulan atau zaman.

Perkataan ‘tarikh’ digunapakai oleh bangsa Arab yang bermaksud sejarah secara umum, tahun-tahun dan kronologi. Perkataan tersebut kebiasaannya menjadi tajuk kepada penulisan sejarah yang hebat seperti Tarikh At-Tabari, Tarikh al-Rusul wal-Muluk dan Tarikh al-Andalus. Perkataan ‘tarikh’ juga digunakan sebagai tajuk bagi kamus seperti Tarikh Al-Hukama oleh Ibn Al-Kifu.14

Saydina ‘Umar al-Khattab dikatakan sebagai orang pertama yang melahirkan istilah ‘tarikh’, tujuannya untuk membezakan makna sejarah di zaman Yunani dan Jahiliyah dengan makna sejarah di zaman Islam. Ta’rikh adalah suatu istilah yang diarabkan. Ia berasal dari bahasa Parsi ‘mah roz’. Pada zaman pemerintahan Saydina ‘Umar, pada suatu ketika Abu Musa al-Asy’ari menulis surat kepada Khalifah ‘Umar, beliau berkata: “Kami telah menerima sepucuk surat daripada khalifah, tetapi kami tidak tahu apa yang nak dibuat. Kami ada menerima arahan bayaran pada bulan Syaaban, tetapi kami tidak tahu Syaaban yang mana satu, yang lepas atau yang akan

datang.” Ada pendapat lain yang menyebut mengenai peristiwa ini mengatakan sebaliknya, iaitu Saydina ‘Umar yang menerima surat daripada Abu Musa untuk pembayaran bulan Sya’ban dan Saydina ‘Umar menanyakan persoalan yang sama. Hurmuzan, raja al-Ahwaz yang ditawan dalam peperangan Fars berada dalam tawanan Saydina Umar. Beliau berkata: “Orang Ajam mempunyai takwim mereka yang dipanggil mah roz.” Rentetan daripada itu, Saydina ‘Umar berkata: “Ajarlah manusia tentang masa (ta’rikh) kerana dengan itu mereka boleh mengatur urusan perniagaan mereka dengan baik.” Dari perkataan inilah diarabkan menjadi mu’arikh dari kata akar ta’rikh. Setelah berbincang, orang-orang Islam mengambil tahun penghijrahan Nabi Muhammad (saw) sebagai permulaan takwim Hijrah. Oleh itu permulaan penggunaan tahun Hijrah dikuatkuasakan pada tahun ke 17 Hijrah. 15

Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sarjana Muslim

Kebanyakan tokoh sarjana Islam cuba membuat pembaharuan dari segi teori, metod dan pengkaedahan sejarah Islam daripada bentuk hanya mencatat tarikh-tarikh tertentu secara kronologi kepada pensejarahan berdasarkan zaman-zaman tertentu atau tema-tema tertentu. Untuk menjelaskan tentang erti sejarah mengikut

pandangan sarjana muslim, tokoh-tokoh zaman awal dipilih. Ini kerana tokoh-tokoh inilah yang meng-hasilkan teori tentang sejarah mengikut pandangan mereka sendiri. Berbeza dengan sarjana muslim zaman moden, mereka mendefinisikan sejarah dengan merujuk kepada tokoh-tokoh yang lebih awal dari mereka.

(5)

tabii seperti geografi, fizik dan alam metafizik. Sejarah juga membicarakan tentang manusia, tokoh-tokoh tertentu atau lebih khususnya penyebar-penyebar agama. Disebabkan oleh terpengaruh dengan hadis, beliau lebih suka menggunakan perkataan khabar (jamak: akhbar) daripada tarikh (jamak:tawarikh) bagi sejarah. Pada pandangan beliau khabar lebih umum kerana sebarang berita atau peristiwa dianggap sebagai khabar, manakala tarikh hanya merujuk kepada era, masa atau kronologi bagi peristiwa tertentu sahaja.

Kesimpulannya, pengertian sejarah menurut al-Iji ialah suatu ilmu mengenai alam yang dicipta Allah (swt) yang mengandungi ruang lingkup masa dan peristiwa yang menjadi objeknya ialah makhluk itu sendiri terutama manusia dan kesan daripada aktiviti-aktiviti manusia tersebut melahirkan maklumat dan peristiwa. Matlamat dan tujuannya ialah mengkaji kedudukan pemimpin-pemimpin atau individu-individu yang terkenal di dunia, dan juga pelbagai jenis manusia yang dijadikan Allah di dunia ini. Faedahnya yang paling utama ialah untuk mengakui hasil penciptaan Allah (swt) dengan kewujudan alam ini.16

Al-Kafiyaji atau nama sebenarnya Muhyiddin Muhammad bin Sulayman

adalah seorang ahli sejarah Islam dari Turki yang lahir di Anatolia pada tahun 788H/1386M dan meninggal pada 879H/1474M. Kitabnya mengenai sejarah Islam ialah Al-Mukhtasar fi Ilm al-Tarikh. Kitab ini merupakan monograf tertua tentang pensejarahan Islam. Al-Kafiyaji telah meng-gunakan pendekatan ilmu-ilmu agama seperti fekah dan hadis dalam penulisan sejarah. Menurut beliau, pensejarahan ialah cabang ilmu yang mengkaji ruang masa dan keadaannya dan juga suasana-suasana yang berkaitan dengannya serta memberikan penentuan dan waktunya.

Al-Kafiyaji telah menjelaskan erti ‘ta’rikh’ dalam buku-nya, iaitu dari segi bahasa adalah masa dan waktu. Dari segi istilah pula ‘ta’rikh’ bermaksud penentuan masa yang sesuai bagi masa lalu, sekarang dan akan datang. Ada juga yang mengatakan ta’rikh itu bermaksud waktu bagi satu-satu peristiwa yang pertama kali terjadi dan terus merebak, seperti terjadinya sesuatu agama, atau kejadian-kejadian besar seperti angin taufan, gempa bumi dan lain-lain malapetaka di langit dan di bumi. Pendapat lain pula mengatakan bahawa ta’rikh ialah tempoh tertentu di antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Menurut al-Kafiyaji, semua definisi di atas adalah benar, terpulanglah kepada individu tersebut untuk memilih yang mana satu.17

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Abd Ar-Rahman bin Muammad

(732/1332-808/1406) adalah seorang sejarawan Arab yang cukup terkenal dengan buku Mukaddimahnya. Beliau lahir di Tunis dengan mendapat pendidikan di Andalus. Ahli sejarah berpendapat kaedah yang digunakan oleh Ibn

Khaldun dalam penulisan sejarah beliau adalah berbeza dengan ahli sejarah tradisi seperti Al-Iji dan Al-Kafiyaji kerana pendekatan yang digunakan lebih global seperti menggabungkan ilmu agama yang berbentuk naqliyyah dengan ilmu bukan agama yang berbentuk aqliyah.

(6)

tekanan politik dari negara-negara Barat. Oleh itu penekanan aspek tamadun

diutamakan untuk menyedarkan umat Islam pada masa itu bahawa perubahan telah berlaku dalam sejarah manusia. Tamadun material mesti berjalan seiring dengan tamadun rohani.

Oleh yang demikian, menurut Ibn Khaldun, tarikh atau sejarah adalah disiplin ilmu yang dipelajari secara luas oleh banyak bangsa dan kaum. Sejarah mengandungi penelitian dan usaha mencari kebenaran (tahqiq), penjelasan yang halus tentang sebab dan asal benda; pengertian dan pengetahuan tentang substansi, esensi, dan pengetahuan tentang bagaimana dan sebab terjadinya peristiwa-peristiwa.18

Mukaddimah menurut Lewis merupakan ensiklopedia sintesis sains sosial yang sangat penting menolong ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan karya-katya sejarah yang benar dan ilmiah. Kaedah yang digunakan oleh Ibn Khaldun adalah

merangkumi dua aspek penting iaitu pertama, melihat sesuatu peristiwa itu, dan kedua mengetahui sebab sesuatu peristiwa itu berlaku. Dalam bahagian

pendahuluan kitab Mukaddimah, Ibn Khaldun menyebut bahawa sejarah adalah suatu disiplin ilmu yang memiliki pelbagai pendekatan. Sejarah membuat kita faham akan hal ehwal sesuatu bangsa terdahulu kerana ia boleh dilihat melalui perilaku mereka. Oleh itu sejarah menurut beliau adalah sesuatu yang merujuk kepada peristiwa khusus mengenai suatu zaman dan bangsa. Perbicaraan umum tentang keadaan sesuatu daerah, bangsa dan zaman itu merupakan dasar bagi ahli sejarah. Kebanyakan permasalahan sejarah dibangun di atas dasar tersebut dan maklumat sejarah itu menjadi jelas oleh dasar tersebut.19

Dengan penjelasan di atas, jelas bahawa pemikiran dan falsafah sejarah Ibn Khaldun tidak dipengaruhi oleh pemikiran dan falsafah Yunani. Sebaliknya idea-idea sejarah Ibn Khaldun telah mempengaruhi pemikiran persejarahan orang-orang Barat. Ini bertepatan dengan pendapat F. Rosenthal yang mengatakan bahawa perkembangan persejarahan Eropah pada abad ke 17 M dan seterusnya telah banyak dipengaruhi oleh persejarahan Islam.

Pengertian Sejarah menurut Sarjana Barat

Menurut E. H. Carr, sejarah ialah suatu proses berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.20

(7)

kepada fakta-fakta untuk mengkaji sejarah.

Menurut G. Geff, sejarah yang biasa difahami ialah pengajian tentang masa lalu seseorang dan menjurus kepada manusia yang tinggal dalam sesebuah kelompok sosial. Sejarah bukan sahaja berkaitan dengan individu atau masyarakat tertentu sahaja tetapi ia berkaitan dengan pelbagai manusia yang hidup dalam pelbagai masyarakat. Sejarah membincangkan tentang dunia yang dibentuk oleh manusia itu sendiri.21

Menurut Robert V. Daniels, sejarah adalah memori pengalaman sekelompok manusia. Jika ia dilupakan atau dibiarkan maka tamatlah kisah tentang manusia. Tanpa sejarah kita tiada pengetahuan terhadap siapa kita atau bagaimana kita menjadi seperti ini, seperti seorang penjenayah yang hilang ingatan dan berada dalam gelap. Sejarah adalah rakaman masa lalu yang menggambarkan emosi, nilai, kesuaian yang membolehkan hidup kita lebih bermakna yang memberi seseorang individu sesuatu untuk terus hidup, berjuang atau untuk mati. Dengan mengkaji peristiwa-peristiwa masa lalu, maka akan mewujudkan semangat ketaatan kepada negara, agama mahupun kelas-kelas dalam masyarakat. Sejarah juga merupakan inspirasi untuk mengamalkan sesuatu yang dianggap tradisi dan memuliakannya.22

A. Marwick pula membahagikan pengertian sejarah kepada tiga; pertama, sejarah merupakan keseluruhan masa lalu seperti sebenarnya berlaku; kedua, sejarah merupakan percubaan manusia menghurai dan mentafsir masa lalu, dan ketiga, sebagai kajian yang sistematik terhadap masa lalu untuk suatu displin ilmu.23

Kebanyakan pendapat sarjana Barat tersebut adalah berbentuk moden kerana kajian sejarah zaman mereka tidak lagi mencontohi kajian sejarah zaman Yunani. Kajian sejarah mereka berdasarkan penyelidikan dan fakta yang sahih dan bukan lagi berbentuk mitos dan legenda.

Walaupun sejarawan Barat menggunakan kaedah penyelidikan dalam penulisan sejarah mereka tetapi mereka tidak boleh lari daripada pengaruh tokoh-tokoh sejarah Yunani mengenai pengkaedahan dan falsafah sejarah. Daripada pengaruh tersebut di atas menurut Collingwood, ringkasnya sejarah berdasarkan sarjana Barat ialah penyelidikan (research), tindak tanduk masyarakat (human actions), pemikiran (self knowledge) dan penyusunan semua pemikiran yang telah dikaji (interpretation of evidence).

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa perbezaan tentang pengertian sejarah mengikut pandangan sarjana Muslim dan Barat. Sejarah mengikut pandangan Barat lebih terpengaruh dengan erti sejarah orang Yunani. Manakala Islam tidak

terpengaruh dengan mana-mana bangsa lain. Ini bermakna sarjana Islam

(8)

Nota Kaki

1 Al-Quran al-Karim, Surah Yusuf: ayat 3. 2 Al-Quran al-Karim, Surah Qasas: ayat 4. 3 Al-Quran al-Karim, Surah Qasas: ayat 6-8. 4 Al-Quran al-Karim, Surah Al-Kahfi: ayat 8-13.

5 Teuku Iskandar(peny.), Kamus Dewan, Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm: 1133. ‘Tambo’ yang dimaksudkan di sini adalah riwayat dahulu kala. (Ibid., 1277).

6 R.O. Winstedt, Kamus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Marican & Sons Sdn Bhd., 1970, hlm 272. ‘Babad’ yang dicatatkan dalam Kamus Dewan adalah juga

bermaksud sejarah, tambo dan riwayat.

7 Penggunaan perkataan sejarah telah digunapakai dalam Sejarah Melayu pada abad ke 17 lagi dan pernah digunakan oleh Raja Ali Haji dalam buku beliau Tuhfat Al-Nafisuntuk membicarakan sejarah Bugis.

8 Mohd Yusof Ibrahim, 1977, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977, hlm: 6.

9 Ibid.

10 Chamber’s Encylopedia, Vol VII, New Revised Edition, London: International Leraning System, 1971, hlm. 118-119.

11 Joyce M. Hawkins,Kamus Oxford Fajar, Edisi Kedua, Shah ALam: Penerbit Bakti, 1997, hlm:181.

12 H.A. R. Gibb and J. H. Kramers, Shorter Encylopedia of Islam, Leiden: E.J. Brill, 1961, hlm: 578.

13 Munir Baalbaki, Al-Mawrid Al-Quareeb, Lebanon: Dar Al-Ilm li Al-Malayin, Beirut, 2001, hlm. 28.

14 First Encylopedia of Islam 1913-1936,Vol VIII, New York: E. J. Brills, 1987, hlm: 672.

15 Rizqullah Manquaris as-Sarqi, Tarikh Duwal al-Islam, juz 1, ilmiyah. t.tp, 1986, dalam mukaddimah.

16 Mahayudin Hj. Yahaya, Ensiklopedia Sejarah Islam, Vol V, Bangi: Penerbit UKM, 1989, hlm: 1529 &1563-4.

17 Untuk keterangan lanjut Lihat Mahayudin, Ensiklopedia Sejarah Islam, yang memetik ulasan megenai buku Tuhfat al-Faqir ila Sahib al-Sarhir dari F. Rosenthal, A History of Muslim Historiography, Leiden, E. J. Brill, 1968)

18 Ibn Khaldun, Mukadimah Ibn Khaldun, terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm. ix.

19 Mahayudin, Ensiklopedia Sejarah Islam, hlm: 1561.

(9)

Inc., hlm: 3-4.

Referensi

Dokumen terkait

Pelat 9 lubang memiliki efisiensi tertinggi karena meskipun daya input sedikit lebih besar tetapi waktu yang diperlukan lebih singkat sehingga membutuhkan energi

Pada umumnya, hukum positif Indonesia menetapkan bahwa tanah yang telah tiada pemilik atau ahli waris dikembalikan kepada umat (dalam hal ini dimiliki oleh negara), karena bumi

Menentukan Tujuan Dalam menghadapi anak (peserta didik) masa kini seorang pendidik dituntut untuk memiliki kecerdasan emosi dan sosial, suatu kemampuan untuk

Pasaman Barat, hasil wawancara dengan Jainul Abidin selaku Kepala Kantor bahwa dalam melaksanakan apa yang menjadi tujuan dari Unit Layanan Modal Mikro (ULaMM) Syariah adalah

Penilaian acuan patokan (PAP) merupakan penilaian yang diacukan pada tujuan instruksional yang harus dikuasai oleh siswa, sedangkan penilaian acuan norma (PAN)

Namun pada kenyataannya akses masyarakat - miskin terutama- terhadap tanah sangat kecil, bahkan hilang akibat pengaturan pemerintah dalam sektor ini tidak mendukung

Permintaan terhadap bahan bakar terus mening- kat seiring dengan pertambahan jumlah penduduk dan kemajuan industrialiasi, sementara ketersediaan bahan bakar fosil

Untuk mencatat biaya tambahan dalam penggabungan dengan Sand Penyesuaian yang diperlukan untuk menggabungkan neraca perusahaan induk dan perusahaan anak ditentukan