• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pertama Tafsir Zaman Mutaakhirin Kedua

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pertama Tafsir Zaman Mutaakhirin Kedua"

Copied!
52
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN

UNIT 1 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (TAFSIR DAN TERJEMAHAN)) 4

Hasil pembelajaran 4

Pengenalan 4

Maksud tafsir 5

Sejarah perkembangan tafsir 5

Klasifikasi tafsir 10

Maksud Tafsir bi al-Riwayah (Tafsir bi al-Ma’thur) 10 Maksud Tafsir bi al-Diwayah (Tafsir bi al-Ra’yi) 13 Maksud Tafsir Isyari

UNIT 2 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (KEMEWAHAN MEMBAWA

KEHANCURAN (AL-ISRA’: 16-21)) 21

Hasil pembelajaran 21

Kefahaman ayat 21

Kalimah Mufradat 22

Intisari ayat 23

Pengajaran ayat Penilaian

26 26

KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (ISTIQAMAH DALAM BERAGAMA

( HUD: 112-115)) 27

Hasil pembelajaran 27

Kefahaman ayat 27

Kalimah Mufradat 28

Intisari ayat 28

Pengajaran ayat Penilaian

29 30

UNIT 3 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (ASAS DAKWAH ISLAMIYAH

(FUSSILAT: 33 – 36)) 31

Hasil pembelajaran 31

Kefahaman ayat 31

(2)

Intisari ayat 32 Pengajaran ayat

Penilaian

35 35

KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (PENGAMPUNAN ALLAH DAN

CELAAN KEPADA PENGIKUT LANGKAH SYAITAN. (AL-NUR : 21-26)) 36

Hasil pembelajaran 36

Kefahaman ayat 36

Kalimah Mufradat 37

Intisari ayat 38

Pengajaran ayat Penilaian

40 42

UNIT 4 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (BATASAN AURAT

(AL-NUR : 30-31)) 43

Hasil pembelajaran 43

Kefahaman ayat 43

Kalimah Mufradat 44

Intisari ayat 45

Pengajaran ayat Penilaian

48 48

UNIT 5 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS (GALAKAN BERKAHWIN

(AL-NUR : 33-35)) 49

Hasil pembelajaran 49

Kefahaman ayat 49

Kalimah Mufradat 51

Intisari ayat 51

Pengajaran ayat 53

Penilaian Rujukan

(3)

UNIT PELAJARAN 1

KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS

(TAFSIR DAN TERJEMAHAN))

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan maksud tafsir dari segi bahasa dan istilah.

2. Membincangkan sejarah tafsir pada zaman Nabi, Sahabat, dan Tabi’in. 3. Membezakan antara tafsir bi al-Ma’thur, tafsir bi al-Ra’yi dan Tafsir al-Isyari. 4. Mengetahui terjemahan tafsir dengan cara yang betul.

5. Mengenalpasti syarat-syarat pentafsir (penterjemah).

PENGENALAN

Gambar kitab-kitab tafsir.

ebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, saya yakin dan percaya anda telah mengetahui berkaitan dengan ilmu tafsir berdasarkan gambar di atas. Pada pendapat anda, adakah ilmu tafsir merupakan ilmu yang sangat penting di dalam Islam? Benarkah ilmu ini membuatkan umat Islam akan memahami ayat-ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia?

Adakah anda sedar Allah SWT telah mentakdirkan setiap perutusan Rasul dengan menggunakan bahasa kaumnya. Ini adalah untuk memastikan segala pengajaran yang terkandung di dalam al-Quran dapat difahami dan dimaklumi seterusnya diamalkan di dalam kehidupan seharian. Namun, adakah anda mengetahui isi kandungan al-Quran dengan jelas? Adakah anda mengetahui sejarah ilmu tafsir ? Adakah anda tahu ilmu tafsir itu terdapat klasifikasi-klasifikasinya? Adakah anda mampu untuk mentafsir al-Quran?

(4)

Terbahagi kepada period

2- Zaman Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in

Apakah yang dimaksudkan dengan tafsir?

Dari sudut bahasa tafsir (

رسفت

) atas wazan (

ليعفت

), bererti penjelasan, penerangan atau pembukaan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 33:



























Maksudnya: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis Segala yang mereka katakan itu).

Sementara dari sudut istilah ialah suatu ilmu yang di dalamnya membahaskan mengenai al-Quran dari aspek dalil-dalil (tanda-tanda) untuk menentukan atau mengenali serta memahami maksud firman Allah SWT atas kadar kemampuan manusia.

Tahukah anda sejarah perkembangan Tafsir

?

Sejarah perkembangan secara lebih terperincinya dapat dibahagikan kepada peringkat berikut:

1- Zaman Nabi dan Sahabat.

Sebagaimana yang kita ketahui, Nabi merupakan ahli tafsir dan pentafsir yang paling pakar dan arif. Hal tersebut berikutan bagindalah yang diberikan mukjizat berupa al-Quran, memahaminya dan menyampaikannya kepada seluruh umat manusia. Pertumbuhan ilmu tafsir telah bermula semenjak pada zaman Nabi lagi. Cuma, terdapat perbezaan di antara pentafsiran yang dilakukan oleh Nabi dengan

1- Zaman Nabi dan Sahabat.

(5)

pentafsiran ahli tafsir lain ialah dari sudut pengertiannya sahaja. Nabi mentafsir melalui hadis Baginda yang mana ia merupakan ulasan dan penerangan terhadap al-Quran. Tafsir yang dibuat oleh Nabi atau disampaikan oleh Baginda melalui hadis merupakan tafsir yang paling tinggi nilainya dan ia adalah benar dan muktamad.

Tafsir sahabat pula mempunyai tiga perkara asas.

Pertama: Mereka berpegang bahawa dalam mendalami dan membuat tafsiran al-Quran hendaklah merujuk kepada al-Quran itu sendiri kerana apa yang datang secara jumlah di dalam al-Quran akan datang menerangkan pada ayat lain. Mana yang datang secara mutlak maka pasti akan datang yang am sesudahnya. Jika terdapat ayat yang umum akan terdapat pula ayat yang mengkhususkannya.

Kedua: Mereka berpegang atau merujuk kepada Nabi yang merupakan penerang dan penjelas al-Quran. Para sahabat akan segera menemui Nabi sekiranya mereka menemui sebarang masalah yang tidak difahami atau tersalah faham mengenai penafsiran al-Quran.

Ketiga: Mereka mentafsir al-Quran berdasarkan fahaman dan ijtihad mereka sendiri. Sahabat ketika tidak menemui sebarang tafsiran dari Quran sendiri dan juga tidak dapat dari Nabi lalu mereka mentafsirkan al-Quran menggunakan ijtihad mereka sendiri. Ini adalah kerana mereka orang Arab tulin yang menguasai bahasa Arab dengan fasihnya serta memiliki kefahaman yang baik mengenainya. Di samping itu mereka juga mengetahui tentang kesusasteraannya.

Cuba fikirkan sumber ilmu tafsir pada zaman nabi dan sahabat?

Nyatakan tiga sumber ilmu tafsir pada zaman nabi dan sahabat?

Berpegang kepada al-Quran.

Berpegang kepada penjelasan Nabi.

(6)

2- Zaman Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in

Zaman ini bermula pada awal abad kedua Hijrah hingga abad keempat Hijrah. Sebagaimana masyhur dan terkenalnya para sahabat yang mentafsirkan al-Quran secara ma’thur maka tidak kurang juga di kalangan

para tabi’in. Ini adalah kerana mereka pernah menjadi murid kepada sahabat dan juga kerana mereka

berpegang kepada punca sebagaimana berpegangnya sahabat yang terdahulu dengan puncanya iaitu Nabi. Selain dari itu mereka mendapat kelebihan dengan adanya ijtihad dan juga pandangan-pandangan yang baru dalam tafsir yang bersesuaian dengan maksud al-Quran.

Ulama pertama yang berusaha ke arah penulisan dan mencatat tafsir berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk buku adalah daripada kalangan Tabi’in yang dipelopori oleh Mujahid. Selepas batu asas yang dibuat oleh Mujahid, maka muncullah kemudiannya ulama lain yang bertungkus lumus untuk mengumpulkan tafsir ayat-ayat al-Quran yang asalnya berselerak dan ada di tempat yang berbagai-bagai. Ulama terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk mengumpulkan segala tafsir ayat-ayat al-Quran yang berselerak itu ialah:

i. Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah. ii. Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah. iii. Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah. iv. Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada tahun 398 Hijrah.

Cuba fikirkan sumber ilmu tafsir T

abi’in?

Berpegang kepada al-Quran.

Berpegang kepada penjelasan Nabi.

Berpegang kepada tafsiran sahabat.

Berpegang kepada pandangan golongan ahli kitab.

(7)

Huraikan biografi dua daripada ulama tafsir berikut:

i. Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah. ii. Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah. iii. Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah. iv. Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada tahun 398 Hijrah.

3- Zaman Tadwin

Untuk penjelasan lebih terperinci, zaman Tadwin tersebut dapat dikhususkan kepada dua peringkat zaman iaitu:

Pertama: Tafsir zaman Mutaakhirin

Zaman ini berlangsung selama 8 abad, iaitu bermula dari awal abad keempat Hijrah hingga abad kedua belas Hijrah. Untuk penjelasan, pada zaman inilah perkembangan pentafsiran al-Quran mengalami perkembangan yang pesat. Di mana beratus-ratus kitab tafsir yang besar telah dihasikan. Pada tahun 322 hingga 542 Hijrah merupakan tahun berlangsungnya perkembangan pentafsiran al-Quran dengan gemilang sekali. Dalam jarak masa tersebut, ahli tafsir telah melakukan penyemakkan semula terhadap riwayat-riwayat tafsir yang diragui, khasnya berasal daripada Israiliyyat dan Nasrani. Antara lain juga ulama pada masa itu juga telah melakukan usaha untuk menyelaraskan tafsiran mereka sesuai dengan perkembangan pemikiran umat Islam yang ada pada masa itu. Pada masa itu terdapatlah kitab-kitab tafsir yang secara khususnya menitik beratkan aspek-aspek tertentu, sebagai contoh:

i. Tafsir yang ditinjau dari sudut ilmu bahasa dab tatabahasa, antaranya Tafsir Kasyaf oleh

al-Zamakhsyari, Tafsir Ma’ani al-Quran olh al-Zajjaj, Tafsir al-Basit oleh Wahidi.

ii. Tafsir yang menitik beratkan tentang sifat-sifat Allah SWT diantaranya ialah Tafsir Mafatih al-Ghaib oleh Imam Razi.

Pertama: Tafsir

Zaman

Mutaakhirin

Kedua: Tafsir

(8)

Kedua: Tafsir Zaman Moden

Pada peringkat zaman moden,pentafsiran al-Quran itu berlaku atau bermula pada awal abad keempat belas Hijrah atau akhir abad ke 19 Masihi. Pada masa itu khasnya sebahagian besar negara Islam berada di bawah penjajahan Barat serta mengalami penjajahan dari sudut mental, ekonomi, politik dan cara hidup. Pada masa itu umat Islam mengalami bermacam bentuk penindasan, di mana agama Islam dihina dan dicemari. Lantaran itu, beberapa orang mujaddid Islam telah bangkit dan berjuang untuk mengubah nasib umat Islam dan negara Islam.

Antara mujaddid dan reformasi Islam yang bangkit untuk meniup kembali semangat rantau Islam yang bebas merdeka ialah Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh al-Dahlawi di India, Haji ahmad Dahlan di Indonesia dan lainnya. Ekoran daripada lahirnya reformasi tersebut, maka semangat tajdid itu telah mempengaruhi tafsir al-Quran. Di mana kitab tafsir yang disusun serts dikarang pada waktu itu tidak lagi dengan mewarisi riwayat-riwayat lama yang disandar atau dipetik daripada sahabat, tabi’in dan tabi’

tabi’in semata, mata tetapi ia lebih banyak memasukkan pendapat dan ijtihad sendiri daripada ayat-ayat al-Quran yang ditafsirkan menurut konteks dan keperluan Islam dan umat Islam semasa. Di antara kitab-kitab tafsir yang disusun dan ditulis pada peringkat moden ini ialah:

i. Tafsir al-Mannar oleh Rasyid Reda.

ii. Tafsir Mahasin al-Ta’wil oleh Jamaludin al-Qasimi. iii. Tafsir al-Jawahir oleh Thantawi Jauhari

iv. Tafsir al-Maraghi oleh Ahmad Mustafa al-Maraghi. v. Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh Syed Qutb.

Cuba fikirkan sumber ilmu tafsir zaman Mutaakhirin?

Berpegang kepada al-Quran.

Berpegang kepada penjelasan Nabi.

Berpegang kepada tafsiran sahabat.

Berpegang kepada pandangan golongan ahli kitab.

(9)

Klasifikasi Tafsir

Secara ilmiah, tafsir dapat diklasifikasikan kepada tiga bahagian.

Bolehkah anda klasifikasi tafsir? Adakah anda mampu menyebutkannya sekarang? Adakah mampu memberikan contoh bagi setiap tafsir-tafsir tersebut?

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir bi al-Riwayah(Tafsir bi al-

Ma’thur)

?

Tafsir bi al-Riwayah(Tafsir bi al-Ma’thur)

Tafsir bi al-Riwayah atau Tafsir bi al-Ma’thur ialah tafsir berdasarkan al-Quran atau Hadith ataupun perkataan sahabat untuk menjelaskan kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah SWT Oleh kerana itu, Tafsir bi al-Riwayah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1- Penafsiran al-Quran dengan al-Quran.

Contohnya: firman Allah SWT dalam surah al-Tariq ayat 1-3:





































Maksudnya: Demi langit dan "At-Taariq dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "al-Taariq" itu? (al-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya).

Klasifikasi Tafsir

Tafsir bi al-Riwayah (Tafsir bi al-Ma'thur)

Tafsir bi al-Dirayah

(10)

Oleh itu, dapatlah kita ketahui bahawa terdapat ayat lain yang disertakan terus untuk menerangkan makna ayat lain yang disertakan terus untuk menerangkan makna ayat yang mempunyai maksud yang tersirat. Allah SWT sendiri yang membongkar rahsia keajaiban cakerawala. Jelaslah kepada kita bahawa maksud al-Tariq yang muncul pada malam hari di sini ialah sejenis bintang yang boleh menembusi cahaya (Seolah-olah seperti komet). Inilah yang dikatakan sebahagian ayat al-Quran mentafsirkan ayat lain.

2- Penafsiran al-Quran dengan Hadith Nabi SAW

Penafsiran al-Quran dengan menggunakan hadis Nabi SAW yang ada kaitan dengan ayat itu. Ini kerana tidak semua ayat al-Quran dapat ditafsirkan dengan ayat al-Quran yang lain. Rasulullah SAW lebih megetahui apa yang dimaksudkan oleh Allah SWT berbanding manusia. Terdapat banyak ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh Baginda melalui hadis.Sebagai contoh firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 60:





Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Al-Quran menjelaskan ayat (ةوقلا) iaitu kekuatan secara umum. Sedangkan kekuatan atau kelengkapan perang yang sewajarnya boleh didapati daripada sabda Nabi SAW yang berbunyi:

) )اثاث( ىمرلا ةوقلا نأ اأ(

Maksudnya: Sesungguhnya kekuatan itu ialah pada balingan panah dan sebagainya. Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. (Hadis riwayat Muslim).

(11)

3- Penafsiran al-Quran dengan pendapat para sahabat.

Sahabat adalah mereka yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW dan sempat melihat penurunan wahyu ke atas baginda SAW Oleh itu, mustahil berlaku penyelewengan dan pembohongan daripada mereka. Bahkan, merekalah paling memahami si kandungan Quran berbanding generasi selepasnya kerana al-Quran diturunkan di dalam bahasa mereka iaitu bahasa Arab. Sebagai contoh firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 5:















Maksudnya: Iaitu (Allah) al-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Al-Hafiz Ibn Hajar RH. telah menyatakan dalam kitab Fath al-Bari: Dinukilkan daripada imam al-Barawi RH dalam kitab

tafsirnya iaitu tafsir Barawi: Ibn Abbas menegaskan kebanyakan ahli tafsir berpendapat bahawa makna

)ىوتسا(

ialah

kedudukan paling tinggi.

Kesimpulannya tafsir bi al Ma’thur dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

Penafsiran

al-Quran

dengan

al-Quran

Penafsiran

al-Quran

dengan

Hadis Nabi.

Penafsiran

al-Quran

dengan

pendapat

(12)

Peringatan!

Kita wajib mendahulukan tafsir yang dikelaskan oleh Rasulullah SAW berbanding tafsir lain. Ini kerana baginda lebih mengetahui maksud sebenar yang dikehendaki oleh Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 1:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Ibn Kathir berkata: Apa yang dimaksudkan dengan jangan kamu mendahului Allah SWT dan Rasulnya ialah janganlah kamu mendahului pendapat dan perbuatan sebelum Allah SWT dan rasul menetapkan hukumnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir bi al-Dirayah (Tafsir bi al-

Ra’yi)

?

Tafsir Dirayah (Tafsir bi al-Ra’yi)

afsir bil al-Ra’yi (tafsir berdasarkan fikiran) ini juga disebut tafsir bi al-‘Aqli, tafsir bi al-Dirayah (tafsir berdasarkan pengetahuan) atau tafsir bi al-Ma’qul bagi mufassir yang menggunakan ijtihad mereka dan tidak didasarkan pada riwayat sahabat dan tabi’in. Sandaran mereka adalah bahasa arab, budaya Arab yang terkandung di dalamnya, pengetahuan tentang gaya bahasa sehari-hari dan kesadaran akan pentingnya sains yang amat diperlukan oleh mereka yang ingin menafsirkan al-Quran . Para ulama memberi beberapa defenisi yang agak berbeza mengenai tafsir bi al-Ra’yi diantaranya:

Menurut Muhammad Ali al-Shabuni: “Tafsir bi al-Ra’yi adalah Ijtihad yang didasarkan kepada dasar-dasar yang shahih, kaidah yang murni dan tepat, biasa diikuti dan sewajarnya diambil oleh orang yang hendak mendalami tafsir Quran atau mendalami pengertiannya, dan bukan bermaksud mentafsirkan ayat-ayat al-Quran berdasarkan kata hati atau kehendak sendiri.”

Menurut Manna’ al-Qaththan: “Tafsir bi al-Ra’yi adalah metode penafsiran yang dipakai oleh mufassir dalam menerangkan makna yang hanya berlandaskan kepada pemahamannya yang khusus dan mengambilnya hanya berdasarkan pada akal saja, dan keterangan tersebut tidak berlandaskan pemahaman syara’ dan yang berdasarkan kepada nash-nasnya.”

(13)

Syarat-syarat Tafsir bi al-Ra’yi ini diantaranya:

Kriteria-kriteria diatas haruslah dipenuhi para mufassir, agar tidak menimbulkan kekeliruan di dalam menafsirkan al-Quran.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir Isyari?

afsir Isyari adalah tafsir yang menta`wilkan ayat tidak menurut zahirnya namun disertai usaha menggabungkan antara yang zahir dan yang tersembunyi. Manna Khalil al-Qattan menyatakan bahwa setiap ayat mempunyai makna zahir dan makna batin (tersembunyi). Makna zahir ialah segala sesuatu yang segera mudah difahami akal fikiran sebelum yang lainnya, sedangkan makna batin adalah isyarat-isyarat tersembunyi yang hanya nampak dan diketahui maknanya oleh para ahli tertentu (ahli suluk).

Menurut kaum sufi, setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin. Makna zahir adalah yang segera mudah difahami oleh akal fikiran sedangkan yang batin adalah yang isyarat-isyarat yang tersembunyi dibalik itu yang hanya dapat diketahui oleh ahlinya. Isyarat-isyarat kudus yang terdapat di balik ungkapan-ungkapan al-Quran inilah yang akan tercurah ke dalam hati dari limpahan ghaib pengetahuan yang dibawa ayat-ayat. Itulah yang biasa disebut tafsir Isyari.

5.Mengetahui prinsip-prinsip dan menguasai ilmu yang berhubung dengan agama Islam.

6.Menguasai ilmu yang berhubungan dengan ayat yang ditafsirkan

3. Menguasai ilmu-ilmu yang berhubungan dengan ilmu al-Qur’an, seperti Hadis dan Usul Fiqh.

4. Beraqidah yang benar.

1. Memiliki pengetahuan bahasa Arab dan selok beloknya.

2. Menguasai ilmu-ilmu al-Qur’an

(14)

Dengan kata lain Tafsir al-Isyari adalah suatu tafsir di mana mufassir berpendapat dengan makna lain tidak sebagai yang tersurat dalam al-Qur`an, tetapi penafsiran tersebut tidak diketahui oleh setiap insan kecuali mereka yang hatinya telah dibukakan dan disinari oleh Allah, yakni orang-orang yang saleh iaitu mereka yang telah dianugerahkan pemahaman dan pengertian dari Allah (al-Rasikhun). Beberapa contoh karya tafsir Isyari yang terkenal antara lain: Tafsir al-Naisabury, Tafsir al-Alusy, Tafsir Ibnu Araby.

Syarat-syarat Pentafsir (Penterjemah).

alamullah adalah kalam yang mulia. Untuk membuat komen atau tafsiran terhadapnya sudah pastinya seseorang itu memiliki beberapa syarat dan kelayakan untuk dibenarkan membuat tafsiran terhadap al-Quran. Antara syarat-syaratnya ialah:

 Sah iktikad atau pegangannya terhadap agama. Sekiranya seseorang itu tidak benar pegangannya terhadap agama Islam pastinya tidak dapat dipercayai pendapatnya mengenai Kalamullah.

 Suci hati dan perasaannya serta fikirannya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur duniawi. Jika tidak akan jadilah tafsiran yang dibuat berlandaskan fahaman atau mazhab melampau seperti tafsiran Muktazilah, Qadariyah, Jabariyah dan sebagainya.

 Memulakan tafsiran terhadap sesuatu ayat al-Quran dengan al-Quran juga. Ini adalah kerana apa yang bersifat umum dalam sesuatu ayat sudah pasti akan datang ayat lain yang mengkhususkannya dan sebagainya.

 Sekiranya tidak ada ayat dari al-Quran hendaklah mentafsirkannya dengan sunnah kerana ia penerang bagi al-Quran.

 Sekiranya tidak terdapat hadis yang menerangkan hendaklah mentafsirkan berdasarkan pendapat sahabat. Ini adalah kerana mereka merupakan orang yang menyaksikan tanda-tanda dan keadaan penurunan al-Quran dan juga disebabkan mereka memiliki kefahaman yang sempurna dan benar serta amal soleh yang tiada tandingannya.

 Selepas sahabat juga tidak diperoleh hendaklah merujuk kepada pendapat Tabiin.

 Memiliki ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab. Ini penting kerana al-Quran telah diturunkan dalam bahasa Arab yang mempunyai gaya bahasa yang amat tinggi. Pengetahuan yang luas dalam bahasa tersebut penting untuk membuat tafsiran al-Quran.

 Memiliki dan menguasai ilmu-ilmu usul yang berkaitan dengan al-Quran seperti qiraat, tajwid, fekah, tauhid dan sebagainya.

 Memiliki kefahaman yang tajam terhadap sesuatu perkara terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah al-Quran dan syariat yang diterangkan di dalam al-Quran. Ini akan membolehkan seseorang itu membuat kesimpulan tentang sesuatu hukum secara tepat dan benar.

(15)

Antara kaedah dan prinsip yang terbaik dalam mentafsirkan al-Quran iaitu :

1. Menggabungkan antara riwayat dan dirayah iaitu menggabungkan aspek nas atau dalil yang sahih dan hasil pemikiran yang jelas yang menggabungkan antara warisan turath dan semasa.

2. Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran kerana al-Quran, satu bahagian darinya saling membenarkan bahagian yang lainnya. Satu bahagian mentafsirkan bahagian yang lain.

3. Mentafsirkan al-Quran dengan hadith yang sahih.

4. Mempergunakan tafsir sahabat dan tabi’in kerana para sahabat adalah murid madrasah Nabi Muhammad. Dengan madrasah itu, mereka mendapat ilmu dan kefahaman dari Rasulullah.

5. Mengambil kemutlakan bahasa iaitu menggunakan kaedah dan prinsip bahasa Arab yang betul dan standard bertepatan dengan uslub nahu dan balaghah.

6. Memperhatikan konteks kalimat di tempat dalam ayat. Ayat itu harus dikaitkan dengan konteksnya yang ada. Ia tidak boleh diputus hubungannya dengan yang sebelumnya dan yang selepasnya.

7. Memperhatikan asbab al-Nuzul kerana ia penting dalam memahami dan mentafsirkan al-Quran.

8. Menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dalam mencari kefahaman. Ia tidak memaksakan kehendak dirinya terhadap al-Quran dan mentafsirkannya agar bersesuaian dengan kehendak dirinya atau mazhabnya.

Bincangkan kaedah dan prinsip terbaik dalam mentafsirkan al-Quran.

. Quraish Shihab menyebutkan keperluan mentafsir al-Quran kerana al-Quran diturunkan untuk manusia sepanjang zaman dan tempat. Oleh itu, umat dituntut berinteraksi memahami al-Quran sebagaimana tuntutan yang pernah ditujukan kepada masyarakat yang menyaksikan turunnya al-Quran. Memahami dan mentafsir al-Quran merupakan tuntutan dan perintah al-Quran sendiri selama mana penafsiran tersebut dilakukan secara sedar dan bertanggungjawab. Menurutnya, walaupun Islam memberi kebebasan untuk mentafsirkan al-Quran namun ia mempunyai batas-batas yang perlu patuhi sebagaimana dalam setiap disiplin ilmu. Mengabaikan pembatasan-pembatasan tersebut akan menimbulkan pemikiran yang songsang dalam kehidupan. Islam juga membezakan antara penafsir dengan seorang yang hanya menguraikan tafsiran tersebut. Menurut M. Quraish Shihab, mentafsir berbeza dengan berdakwah dan berceramah berkaitan dengan tafsir al-Quran. Seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat penafsir, tidaklah bererti terlarang untuk menyampaikan huraian tafsir, selama huraian yang dikemukakannya berdasarkan pemahaman ahli tafsir yang memenuhi syarat-syarat penafsir. Tetapi apabila ia berdiri untuk mengemukakan pendapat-pendapatnya dalam bidang tafsir, ia perlu memiliki syarat-syarat tersebut.

(16)

uhammad al-Ghazali memperjelaskan kemurnian dan keaslian al-Quran. Al-Quran al-Karim adalah satu-satunya wahyu yang masih kekal di dunia ini, kitab yang tidak didatangi kebatilan. Kekalnya keaslian al-Quran ini merupakan penghormatan tertinggi kepada manusia daripada ketandusan warisan nubuwwah yang terdahulu. Menurutnya sikap umat Islam kini telah berubah dalam memahami al-Quran kerana mereka tidak menghiraukan al-al-Quran yang telah memberi kehormatan yang tinggi kepada manusia. Selanjutnya Muhammad al-Ghazali berkata : Tetapi sikap dan pendirian kaum Muslimin terhadap al-Quran yang telah memberi penghormatan kepada mereka sungguh menyedihkan. Semenjak beberapa kurun, dakwah al-Quran telah dibekukan, risalah Islam laksana sungai yang sudah kering airnya atau piala yang sudah tersumbat mulutnya. Umat yang dipilih oleh Allah SWT supaya berurusan dengan al-Quran secara aktif sudah seperti kaum Jahiliyah dahulu yang pekak telinga mereka daripada mendengar bacaan al-Quran, hiruk-pikuk dalam majlis al-Quran secara terang-terangan mendustakan Rasulullah SAW sehingga baginda mengadu kepada Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 30:

Maksudnya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran sesuatu yang tidak diacuhkan”.

Adapun orang-orang Islam hari ini, apabila mereka mendengar al-Quran mungkin mereka mengeluh ataupun diam, namun akal mereka lali dan deria mereka berserakan, berjalan di lembah yang asing, seolah-olah

dipanggil dari tempat yang jauh.” Muhammad al-Ghazali menghuraikan sikap kaum Muslimin terhadap al-Quran memerlukan kajian yang mendalam. Umat Islam hari ini hanya menumpukan perhatian dari segi bacaannya sahaja tanpa ada usaha untuk memahami, mengerti dan menyelami, secara mendalam makna dan maksud al-Quran.

Muhammad al-Ghazali sedih apabila didapati mereka yang berinteraksi dengan al-Quran secara tuli dan buta amat banyak. Mereka hanya mampu mendengar tapi tidak memahaminya. Sikap ini hendaklah dilenyapkan dan dijauhkan. Umat harus membaca dan mengkaji al-Quran sebaik mungkin dan memahami makna dan maksudnya. Mengkaji al-Quran bermaksud membacanya, memahaminya, memikirkannya serta mengungkapkan peraturan-peraturan Allah yang ada di dalam diri manusia atau alam seluruhnya di samping mengemukakan faktor-faktor kekuatannya dalam menghadapi tamadun masa kini. Mengkaji al-Quran juga adalah untuk mengetahui pengajaran atau hukum hakamnya, balasan baik dan ancaman buruk serta apa saja yang diperlukan oleh manusia di dalam membina peradaban. Beliau juga menjelaskan aliran-aliran penafsiran al-Quran seperti aliran penafsiran secara ma’thur, penafsiran hukum, penafsiran kalamiyyah, dan penafsiran al-Bayani. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan serta kecacatan dalam aliran-aliran

tersebut. Beliau menjelaskan bahawa yang mencacatkan aliran penafsiran ini (ma’thur) pada pandangannya

ialah mengaitkan ayat-ayat al-Quran dengan hadith-hadith yang kebanyakannya da‘if. Ia menghalang usaha untuk mencetuskan pemikiran al-Quran kepada matlamat-matlamat yang syumul di dalam penafsiran, lalu menjadi asas kepada media penyebaran hadith-hadith da‘if yang menjadi asas pemikiran para mufassirin pada masa kini.

Beliau juga menerangkan penafsiran hukum yang telah dibuat oleh ahli tafsir, iaitu penafsiran ayat-ayat menurut hukum-hukum yang ditetapkan oleh para fuqaha dan cara-cara mereka menetapkan hukum. Mereka hanya mementingkan ayat-ayat hukum dan membataskan hukum pada hukum syarak tanpa

(17)

maksud-maksud yang lain. Di sini perlu sedikit pembetulan. Perlu diketahui setiap aliran-aliran tersebut mempunyai kebaikan dan dasar tersendiri. Kita tidak boleh menafikan kelebihan yang disumbangkan oleh aliran-aliran tersebut. Tetapi apa yang diinginkan ialah hubungan dengan al-Quran penuh dengan kesedaran sehingga dapat menanggapi dimensi-dimensi dan maksud-maksudnya. Penggunaan hadith-hadith da‘if yang begitu lemah sanadnya adalah satu keaiban yang perlu dibersihkan daripada tafsir-tafsir al-Quran.

Cari maklumat melalui buku-buku rujukan, artikel jurnal dan laman web bagi mendapatkan maklumat mengenai ilmu tafsir, sejarah dan pembahagiannya dengan lebih lanjut bagi memantapkan lagi kefahaman anda mengenai perkara-perkara tersebut. Usaha anda sangat diperlukan bagi meluaskan lagi maklumat anda sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

RINGKASAN

 Tafsir dari sudut bahasa tafsir (رسفت) atas wazan (ليعفت), bererti penjelasan, penerangan atau pembukaan.

 Tafsir dari sudut istilah ialah suatu ilmu yang di dalamnya membahaskan mengenai al-Quran dari aspek dalil-dalil (tanda-tanda) untuk menentukan atau mengenali serta memahami maksud firman Allah SWT atas kadar kemampuan manusia.

 Sejarah perkembangan secara lebih terperincinya dapat dibahagikan kepada period iaitu pada zaman nabi dan sahabat, zaman tabiin dan zaman tadwin.

 Secara ilmiah, tafsir dapat diklasifikasikan kepada tiga bahagian Iaitu Tafsir bi al-Ma’thur, Tafsir bi al-Ra’yi dan Tafsir Isyari.

 Tafsir bi al-Riwayah atau Tafsir bi al-Ma’thur ialah tafsir berdasarkan al-Quran atau Hadith ataupun perkataan sahabat untuk menjelaskan kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah SWT Oleh kerana itu, Tafsir bi al-Riwayah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian.

 Tafsir bil al-Ra’yi (tafsir berdasarkan fikiran) ini juga disebut tafsir bi al-‘Aqli, tafsir bi al-Dirayah (tafsir berdasarkan pengetahuan) atau tafsir bi al-Ma’qul bagi mufassir yang menggunakan ijtihad mereka

dan tidak didasarkan pada riwayat Sahabat dan Tabi’in.

(18)

 Tafsir Isyari adalah tafsir yang menta`wilkan ayat tidak menurut zahirnya namun disertai usaha

menggabungkan antara yang zahir dan yang tersembunyi.”Manna Khalil al-Qattan menyatakan bahawa setiap ayat mempunyai makna zahir dan makna batin (tersembunyi.

 Memiliki kefahaman yang tajam terhadap sesuatu perkara terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah al-Quran dan syariat yang diterangkan di dalam al-Quran. Ini akan membolehkan seseorang itu membuat kesimpulan tentang sesuatu hukum secara tepat dan benar.

 Al-Quran al-Karim adalah satu-satunya wahyu yang masih kekal di dunia ini, kitab yang tidak didatangi kebatilan. Kekalnya keaslian al-Quran ini merupakan penghormatan tertinggi kepada manusia daripada ketandusan warisan nubuwwah yang terdahulu.

 Umat harus membaca dan mengkaji al-Quran sebaik mungkin dan memahami makna dan maksudnya. Mengkaji al-Quran bermaksud membacanya, memahaminya, memikirkannya serta mengungkapkan peraturan-peraturan Allah yang ada di dalam diri manusia atau alam seluruhnya di samping mengemukakan faktor-faktor kekuatannya dalam menghadapi tamadun masa kini.

 Seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat penafsir, tidaklah bererti terlarang untuk menyampaikan huraian tafsir, selama huraian yang dikemukakannya berdasarkan pemahaman ahli tafsir yang memenuhi syarat-syarat penafsir. Tetapi apabila ia berdiri untuk mengemukakan pendapat-pendapatnya dalam bidang tafsir, ia perlu memiliki syarat-syarat tersebut.

KATA KUNCI

1. Tafsir 2. Sejarah Tafsir

3. Klasifikasi Tafsir 4. Sumber Tafsir

(19)

PENILAIAN

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir?

Bolehkah anda memberi maksud dari segi bahasa dan Istilah?

__________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

Terangkan sumber-sumber ilmu tafsir?

__________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

Terangkan Klasifikasi tafsir?

__________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan sejarah perkembangan tafsir secara jelas serta datangkan bersama contoh bagi setiap peringkat?

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir bi al-Ma’thur?

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir bi al-Ra,yi?

Apakah yang dimaksudkan dengan Tafsir Isyari?

(20)

UNIT PELAJARAN 2

KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS

(KEMEWAHAN MEMBAWA KEHANCURAN (AL-

ISRA’: 16

-21))

Hasil Pembelajaran

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Meyakini bahawa setiap amal perbuatan di dunia dirakam sebagai bukti pada hari pembalasan kelak. 2. Mengetahui bahawa Allah tidak menjatuhkan hukuman kepada manusia sebelum menggariskan sebuah

peraturan.

3. Mengetahui bahawa kemurahan Allah berlaku umum di dunia akan tetapi kasih sayang-Nya hanya kepada orang yang beriman dan mengutamakan kehidupan di akhirat.

Setiap perbuatan di dunia akan menjadi bukti pada hari pembalasan kelak.

(21)

16. Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

17. Dan berapa banyak umat-umat yang Kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hamba-Nya.

18. Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya Dalam dunia apa Yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya Dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

19. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak bagi-Nya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

20. Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (Wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).

21. Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

Nyatakan konsep ar-Rahman dan ar-Rahim dan bincangkan perbezaan konsep antara dua nama Allah tersebut?

Kalimah Mufradat

ان ْرمأ

- kami perintahkan

دْيرن ْنمل

- bagi orang yang Kami kehendaki 

اًم ْ مْذم

- keadaan terhina

(22)

Intisari Ayat

16. Allah SWT menjelaskan bahawa apabila Dia berkehendak untuk membinasakan suatu negeri, Dia memerintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri tersebut supaya mentaati Allah terlebih dahulu. Maksudnya, apabila sesuatu kaum telah melakukan kemaksiatan dan kejahatan secara meluas, wajar jika mereka dikenakan seksaan dengan cara menghancurkan negeri mereka dengan bencana alam sebagai balasan yang setimpal, namun kerana keadilan-Nya, seksaan tersebut tidak segera dijatuhkan sebelum memberikan peringatan kepada pada pemimpin mereka untuk menghentikan kemaksiatan dan kejahatan kaumnya dan kembali taat kepada Allah.

Menurut sejarah terdahulu, mereka tidak mahu mendengar peringatan itu, sebaliknya mereka menjadi penderhaka dengan cara membangkang dan menentang peringatan yang disampaikan sehingga kepada tahap memperolok-olokkannya. Justeru, sebagai balasan wajar ke atas perlakuan mereka, mereka dimusnahkan dari muka bumi dengan azab seksaan berupa bencana alam. Itulah ketentuan Allah yang tidak dapat dielak, Allah menghancurkan negeri tersebut sehancur-hancurnya sehingga tidak sedikit pun yang tersisa, baik rumah-rumah mereka mahupun harta kekayaan mereka.

17. Seterusnya Allah SWT mengisahkan kaum-kaum yang mengalami nasib serupa setelah zaman Nabi Nuh. Mereka dibinasakan kerana membangkang utusan-utusan Allah. Ayat ini merupakan penegasan terhadap ayat sebelum ini yang menyatakan bahawa setiap kaum yang membangkang utusan Allah pasti akan mengalami nasib yang serupa dengan umat-umat terdahulu. Di akhir ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa balasan tersebut merupakan balasan yang bijaksana dan adil kerana Allah cukup mengetahui tindak tanduk mereka dan Maha Melihat dosa-dosa hamba-hamba-Nya.

18. Kemudian Allah SWT menyebutkan bahawa terdapat dua golongan manusia iaitu, golongan yang mencintai kehidupan dunia dan golongan yang mencintai kehidupan akhirat.

Di dalam ayat ini Allah SWT menyebutkan golongan yang pertama sedangkan golongan yang lain, disebutkan dalam ayat berikutnya. Ketika menyebut golongan yang pertama, Allah SWT menyatakan bahawa barang siapa yang berkehendak agar kehidupan dunia yang kenikmatannya mereka rasakan dengan segera, maka Allah SWT menyegerakan keinginan mereka itu di dunia sesuai dengan kehendaknya.

Pernyataan ini ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempercayai adanya hari kebangkitan dan hari pembalasan, sehingga mereka berkeyakinan bahawa tidak ada kehidupan lain sesudah kehidupan di dunia ini. Itulah sebabnya mereka terlalu tamak dan rakus terhadap kekayaan dunia dan kemewahannya, padahal kehidupan dunia serta kenikmatannya adalah bersifat sementara. Itulah sebabnya, kehidupan di dunia serta kemewahan itu digambarkan oleh Allah SWT sebagai suatu yang segera dapat diperoleh, tetapi segera pula musnah.

(23)

Sedang di akhirat mereka akan mengalami penderitaan yang seburuk-buruknya kerana menyesali perbuatan yang tercela, dan jauh pula dari nikmat Allah.

19. Di dalam ayat ini Allah SWT menyebutkan golongan yang kedua. Allah SWT menyatakan bahawa barang siapa yang berkehendak kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan dirinya sedang beriman, maka dia akan mendapat balasan yang baik. Orang-orang yang berkehendak kehidupan akhirat bermaksud orang yang mendamba kebahagiaan hidup di akhirat, ia berusaha untuk mendapatkannya dengan mematuhi bimbingan Allah serta menjauhi tuntutan hawa nafsunya. Orang sedemikian menganggap kenikmatan di dunia serta kemewahannya sebagai nikmat Allah yang digunakan sebagai sarana untuk kepentingan mengabdi kepada Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.

Orang sedemikian akan mendapat balasan baik dari Allah dengan pahala yang melimpah ruah sebagai imbalan daripada amalannya yang soleh dan ketabahannya melawan hawa nafsu. Ia akan dimasukkan ke dalam syurga firdaus dan kekal selama-lamanya di sana.

Di dalam ayat ini disebut tiga syarat yang harus dipenuhi agar seorang itu mencapai kebahagiaan yang abadi iaitu:

1. Adanya kehendak untuk melakukan sesuatu perbuatan dengan mengutamakan kebahagiaan akhirat atas kepentingan duniawi.

2. Hendaklah melakukan amalan-amalan dengan niat untuk mencapai kebahagiaan akhirat iaitu dengan jalan mentaati perintah Allah dan selalu mendekatkan diri kepada-Nya.

3. Hendaklah dia menjadi orang mukmin kerana iman merupakan dasar sama ada diterima atau tidak amal perbuatan seseorang. Seseorang yang hatinya kosong dari iman, tidak mungkin akan menerima kebahagiaan abadi tersebut.

Lakukan suatu perbuatan dengan niat untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

(24)

bersama-sama. Bahkan, mereka akan diberikan rezeki dan dibiarkan mengembangkan keturunan, kerana kemurahan-Nya tidak terhalang dengan sebab ingkarnya seseorang kepada-Nya. Sebab itu, kedua-dua golongan itu sama-sama dapat menikmati kelazatan hidup di dunia sesuai dengan usaha masing-masing. Walau bagaimanapun, kedua-dua golongan itu tidak akan merasakan kasih sayang Allah pada tahap yang sama. Berdasarkan kepada kedua-dua golongan tersebut, golongan yang mengutamakan kehidupan akhirat, akan dimasukkan ke dalam syurga sedangkan golongan yang satu lagi adalah sebaliknya.

21. Allah SWT memerintahkan kepada seluruh manusia agar memperhatikan kemurahan Allah SWT kepada kedua-dua golongan tersebut. Dapat dilihat bahawa Allah SWT melebihkan satu golongan daripada golongan yang lain, sungguh pun kedua-dua golongan tersebut berusaha untuk mencari rezeki dan kenikmatan dunia namun, akibatnya adalah berbeza-beza. Allah memberikan nikmat kepada golongan yang mengutamakan kehidupan dunia menyebabkan mereka bertambah ingkar kepada Allah, sebaliknya Allah memberikan nikmat kepada mereka yang mengutamakan kehidupan akhirat agar mereka semakin mensyukuri zat yang memberikan nikmat itu.

Bincangkan secara ringkas latar belakang kaum nabi Nuh dan nyatakan bentuk-bentuk kemungkaran yang telah dilakukan oleh mereka sehingga mendapat azab daripada Allah.

Allah menurunkan azab kepada kaum nabi Nuh yang ingkar terhadap perintah-Nya.

Nyatakan ciri-ciri golongan yang mencintai kehidupan duniawi lebih daripada kehidupan akhirat.

(25)

Pengajaran Ayat

a. Semua amalan manusia akan dirakam di dalam sebuah kitab. Rakaman itu menjadi bukti bagi mereka dan akan diperlihatkan di dari pembalasan.

b. Rakaman itu menjadi bukti yang tidak mampu dibantah kerana rakaman itu merupakan hasil perbuatan kita sendiri.

c. Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah Allah, ia sendirilah yang akan menerima pahalanya, sedangkan siapa yang berbuat sesuatu yang menyimpang dari hidayah Allah, maka ia sendirilah yang akan menerima akibatnya. Hal ini menunjukkan, tidak mungkin seseorang dijatuhkan hukuman sebelum dibentangkan perundangan sebagai sebuah peraturan.

d. Kemurahan Allah SWT berlaku umum di dunia, dicurahkan kepada mereka yang beriman kepada-Nya atau pun tidak. Tetapi kasih sayang-Nya hanya kepada mereka yang beriman dan mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

e. Kenikmatan yang diberikan kepada manusia menjadi dugaan kepada mereka. Barang siapa yang mendapat nikmat Allah kemudian bersyukur kepada-Nya, dia akan mendapat keredaan-Nya. Sedangkan mereka yang mendapat nikmat Allah namun mengingkarinya, mereka akan mendapat kemurkaan-Nya.

PENILAIAN

1. Nyatakan dua golongan yang disebut dalam potongan ayat al-Quran di atas dan huraikan ciri-ciri golongan tersebut?

2. Berdasarkan potongan ayat al-Quran di atas, apakah syarat seseorang itu memperoleh kebahagiaan abadi?

(26)

(ISTIQAMAH DALAM BERAGAMA ( HUD:112-115))

Hasil Pembelajaran

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengikuti jejak langkah Rasulullah untuk terus bersama baginda dalam pendirian akidah dan tidak sekali-kali bergeser sedikit pun daripada jalan yang lurus.

2. Mengelakkan diri daripada cenderung kepada orang-orang yang zalim.

3. Beristiqamah dalam mengerjakan solat, menyusuli perbuatan jahat dengan perbuatan baik dan sentiasa mendidik diri dengan sifat sabar.

Kefahaman Ayat

sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

113. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

114. Dan dirikanlah sembahyang (Wahai Muhammad, Engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. perintah-perintah allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

(27)

Kalimah Mufradat

ا ْ غْطت ا

- janganlah kamu melampaui batas 

را َنلا يفرط

- tepi siang (pagi dan petang)

لْيَللا نِم اًفلز

- bahagian permulaan daripada malam

Sentiasa tetap dan teguh di jalan Allah.

Jelaskan maksud melampaui batas dan apakah ciri-ciri orang yang melampaui batas dalam beragama?

Intisari Ayat

112. Pada ayat ini Allah SWT memberikan tuntutan kepada Nabi Muhammad SAW mengenai perkara yang sepatutnya ia lakukan ketika umatnya melancarkan tentangan dan meragukan al-Quran yang dibawa. Tuntutan tersebut ialah, Nabi Muhammad SAW hendaklah tetap pada pendiriannya, berjalan di atas jalan yang lurus, benar dalam menyampaikan syariat yang diamanahkan, sabar dalam melaksanakan risalah dan menghalang lintasan hati untuk meninggalkan wahyu hanya kerana kekejaman fitnah umatnya.

Begitu juga dengan orang-orang yang telah sedar dan insaf serta bertaubat dari kemusyrikan dan kekafirannya di samping beriman bersama Muhammad SAW supaya tetap dalam pendiriannya, mempertahankan akidah tauhidnya dan tidak sekali-kali tergeser dari jalan yang lurus dan benar yang telah diimani dan diyakininya, kerana Allah SWT melihat dan mengetahui segala perkara tersebut.

(28)

pertolongan daripada mereka dan seolah-olah menjadikan sebagai pemimpin kerana hal ini menjadikan orang mukmin tidak akan mendapat petunjuk.

114. Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan agar kaum Muslimin mendirikan solat lima waktu sehari semalam iaitu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’ lengkap dengan rukun serta syaratnya dengan tekun.

115. Manakala dalam ayat ini pula, Allah SWT memerintahkan kaum Muslimin agar sentiasa bersikap sabar. Sabar dalam ayat ini bermaksud tabah dan tahan menghadapi segala kesulitan di dalam menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Sikap sabar dan kewajipan solat merupakan amalan yang saling berkaitan dan dapat dijadikan penolong untuk mengatasi segala kesulitan yang dihadapi sehingga pada akhirnya dapat mencapai cita-cita yang diidamkan dengan mudah.

Elakkan diri daripada orang Zalim.

Nyatakan lima bentuk kezaliman yang besar dalam Islam.

Sebutkan lima ganjaran bagi orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah beserta dalil daripada al-Quran.

Pengajaran Ayat

(29)

b. Orang-orang mukmin jangan sekali-kali cenderung kepada orang-orang zalim, meminta bantuan dan pertolongan daripada mereka seolah-olah menganggap mereka sebagai pemimpin kerana hal ini akan menjadikan diri mereka termasuk dalam kalangan orang-orang zalim dan akan dimasukkan ke dalam neraka, dan sudah tentu tidak ada seorang pun yang akan dapat menolong mereka.

c. Allah memerintahkan agar mendirikan solat lima waktu sehari semalam lengkap dengan rukun dan syarat-syaratnya mengikut waktu yang telah ditetapkan. Selain itu, Allah menganjurkan supaya melakukan perkara kebaikan sebagi susulan kepada perbuatan yang tidak baik kerana tindakan ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil akibat daripada perkara tidak baik yang telah dilakukan.

d. Allah SWT memerintahkan kaum Muslimin agar sentiasa sabar, pahala sabar tidak akan disia-siakan, sebaliknya akan disempurnakan tanpa batas.

Sentiasa bersabar dengan ujian Allah.

Bincangkan pernyataan, “Allah menganjurkan supaya melakukan perkara kebaikan sebagi susulan kepada perbuatan yang tidak baik kerana tindakan ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil akibat daripada perkara tidak baik yang telah dilakukan”.

PENILAIAN

(30)

UNIT PELAJARAN 3

KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS

(ASAS DAKWAH ISLAMIYAH (FUSSILAT: 33

36))

Hasil Pembelajaran

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Sentiasa bertutur dengan perkataan yang baik dan berperilaku dengan kelakuan yang baik. 2. Menolak suatu kejahatan dengan cara yang baik agar musuh berlembut hati.

3. Memohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan.

Kefahaman Ayat

33. Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

34. Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

(31)

36. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Kalimah Mufradat



- engkau dihasut





- sahabat karib

Perkataan yang baik ialah menyeru kepada jalan Allah.

Bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan “ahsanu qaulan” (perkataan yang baik)?

Jelaskan maksud bentuk-bentuk dakwah berikut: a. Dakwah bi al-Hal

b. Dakwah bi al-Lisan

Intisari Ayat

(32)

paling cinta kepada Allah, Allah memperkenankan seruannya dan ia menyeru manusia agar memperkenankan seruan itu. Sebahagian ulama lain berpendapat bahawa ayat ini bermaksud umum, ia merujuk kepada semua yang menyeru orang lain mentaati Allah. Rasulullah termasuk orang yang paling baik perkataannya, kerana beliau menyeru manusia kepada agama Allah.

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang mempunyai perkataan yang baik, wujud dalam perkataannya ciri berikut:

i. Orang yang menyeru orang lain untuk mengikuti agama tauhid, mentauhidkan Allah dan taat kepada-Nya.

ii. Mengerjakan amal soleh, taat melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

iii. Orang yang menjadikan agama Islam sebagai agama dan memurnikan ketaatan hanya kepada-Nya.

Dengan menjelaskan ciri-ciri perkataan baik tersebut, secara tidak langsung Allah SWT menegaskan kepada Rasulullah SAW bahawa tugas yang diberikan kepada baginda merupakan tugas yang paling mulia. Justeru, baginda perlu tetap dalam melaksanakan dakwah, tetap sabar menghadapi kesukaran-kesukaran dan rintangan-rintangan yang datang daripada orang-orang kafir.

Berdasarkan ayat ini, dapat difahami bahawa perkara paling utama yang perlu dilaksanakan oleh seseorang Muslim ialah memperbaiki diri terlebih dahulu, dengan memperkuat iman di dada, mentaati segala perintah Allah, dan meninggalkan segala larangan-Nya. Setelah itu, barulah diikuti dengan tugas untuk menyeru orang lain agar mengikuti agama Allah. Orang yang bersih jiwanya, kuat imannya selalu mengerjakan amal soleh, ajakannya lebih diperhatikan orang, kerana ia menyeru orang lain dengan keyakinan yang kuat berserta dengan suara yang mantap dan tidak ragu-ragu.

34. Ayat ini menjelaskan bahawa kebaikan yang diredai Allah dan diganjari dengan pahala tidak sama dengan keburukan yang dibenci dan mengakibatkan azab daripada Allah. Dalam perspektif yang lain, orang yang berdakwah menyeru kepada Allah tidak sama dengan orang yang suka mencela para pendakwah tersebut.

Allah SWT seakan-akan menyatakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Muhammad, jika kamu mengerjakan kebaikan, maka engkau akan memperoleh ganjaran kebaikan ini berupa penghargaan selama hidup di dunia dan pahala yang besar di akhirat nanti. Sedang orang-orang yang kafir yang mengerjakan kejahatan akan memperoleh penghinaan di dunia dan di akhirat mereka akan memperoleh azab yang pedih. Janganlah balas kejahatan mereka dengan kejahatan. Jika engkau membalas kejahatan dengan kejahatan tentulah mereka akan memperoleh kerugian yang berlipat ganda kerana itu balaslah kejahatan dengan kebaikan.

(33)

demikian lambat laun mereka akan menilai sendiri perbuatan mereka, dan menimbulkan malu kepada mereka kerana tindakan-tindakan mereka itu.

Allah SWT menjelaskan hasil yang akan diperoleh orang-orang yang beriman, jika mereka membalas perbuatan buruk orang-orang kafir dengan perbuatan baik. Allah SWT mengatakan: Jika kamu berbuat demikian hai orang-orang yang beriman, tentulah permusuhan mereka kepadamu itu akan berubah menjadi persahabatan, kebencian akan berubah menjadi kecintaan. Ibnu Abbas berkata: Allah Ta’ala pada ayat ini menyuruh berlaku sabar ketika marah, penyantun terhadap orang yang bodoh, memaafkan kesalahan orang. Jika seseorang mengerjakan perkara demikian Allah memelihara mereka dari syaitan dan pada akhirnya musuh-musuh akan tunduk dan patuh kepadanya.

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki mencela Qanbar hamba Ali bin Abi Talib yang telah dimerdekakannya. Maka Ali memanggilnya: Ya Qanbar tinggalkanlah orang yang mencelamu itu, biarkanlah ia, semoga Tuhan Yang Maha Penyayang meredai, dan syaitan menjadi marah. Menurut Muqatil: ayat ini turun berhubungan dengan Abi Sufyan. Dia adalah seorang musuh Rasulullah yang paling besar. Tetapi kerana kesabaran dan sikap Nabi yang baik kepadanya, Abu Sufyan telah menjadi sahabat Nabi yang akrab, dengan mengadakan hubungan semenda.

35. Pada ayat ini Allah SWT menjelaskan cara yang paling baik menghadapi orang-orang yang kafir iaitu sabar menghadapi kesulitan dan kesengsaraan, dapat menahan marah, tidak berdendam dan suka memaafkan. Anas RA dalam mentafsirkan ayat ini menjelaskan dengan pernyataan bahawa “sabar yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah, apabila seseorang dimaki oleh orang yang lain ia berkata: “Jika engkau memakiku dengan alasan yang benar, mudah-mudahan Allah SWT akan mengampuni dosamu, jika engkau memakiku dengan alasan yang tidak benar, mudah-mudahan Allah SWT mengampuni

dosa-dosaku”.

Nasihat agar berlaku sabar, menahan marah dan suka memaafkan kesalahan orang lain merupakan suatu nasihat paling utama dan tinggi nilainya, yang dapat menerima nasihat itu hanyalah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang akan memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Berkata Qatadah: erti ayat “keuntungan yang besar” ialah syurga, maksud ayat iniialah: “kesabaran itu hanya dianugerahkan kepada orang-orang yang akan masuk syurga”.

(34)

Bincangkan metode dakwah rasulullah di Mekah sebelum peristiwa hijrah ke Madinah.

Rasulullah berdakwah di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah.

Nyatakan persediaan yang perlu dilakukan oleh pendakwah sebelum turun ke medan dakwah?

Pengajaran Ayat

a. Orang yang paling baik perkataan dan perbuatannya ialah orang yang:

i. Menyeru orang lain memeluk agama Allah SWT ii. Mengerjakan amal soleh

iii. Mengatakan: “Aku berserah diri kepada Allah, Tuhan semesta alam.

b. Tolaklah kejahatan dengan cara yang baik, mudah-mudahan musuhmu akan menjadi temanmu yang akrab.

c. Sifat sabar, dapat menahan marah dan suka memaafkan orang lain merupakan sifat ahli syurga.

d. Jika syaitan menggodamu, mohonlah perlindungan kepada Allah.

PENILAIAN

1. Berdasarkan ayat di atas sebutkan ciri-ciri perkataan yang baik?

(35)

(PENGAMPUNAN ALLAH DAN CELAAN KEPADA PENGIKUT LANGKAH SYAITAN

(AL-NUR : 21-26))

Hasil Pembelajaran

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Meyakini bahawa pembawa berita bohong akan diazab Allah dengan azab yang pedih.

2. Menjelaskan bahawa orang yang menuduh orang lain berzina hendaklah membawa bersama empat orang saksi.

3. Meyakini bahawa Allah murka kepada orang yang mempercayai berita palsu tanpa usul periksa. 4. Meyakini bahawa lidah, tangan dan kaki akan menjadi saksi atas perbuatan manusia di dunia pada hari

pembalasan di akhirat nanti.

5. Meyakini bahawa setiap balasan yang diterima ketika berada di akhirat nanti adalah berdasarkan kepada amal masing-masing ketika berada di dunia.

6. Mengetahui bahawa wanita-wanita tidak baik untuk lelaki-lelaki yang tidak baik, begitu pula sebaliknya. 7. Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, begitu pula sebaliknya.

(36)

22. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar, dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui

23. Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

24. Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;

24. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.

25. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilan-Nya.

26. (lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Kalimah Mufradat



- hendaklah mereka memaafkan

(37)







- perempuan-perempuan Yang jahat





- mereka (yang baik) itu adalah bersih

Syaitan membawa manusia melakukan kemungkaran.

Intisari Ayat

21. Pada ayat ini, Allah SWT memperingatkan kepada orang-orang yang percaya kepada-Nya dan rasul-Nya agar mereka tidak menuruti ajakan syaitan, mengikuti jejak langkahnya, seperti suka dan senang menyebarkan aib dan perbuatan keji di antara orang-orang yang beriman. Barang siapa yang senang mengikuti langkah-langkah syaitan, pasti akan terjerumus ke lembah kehinaan, berbuat keji dan mungkar, kerana syaitan itu memang suka berbuat demikian. Oleh itu, jangan sekali-kali mencuba mengikuti jejak langkahnya. Sekiranya Allah tidak memberikan kurnia dan rahmat kepada hamba-Nya dan selalu membukakan kesempatan sebesar-besarnya untuk bertaubat daripada maksiat yang telah mereka lakukan, tentu mereka tidak akan bersih daripada dosa-dosa mereka yang mengakibatkan kekecewaan dan kesengsaraan, bahkan akan disegerakan azab seksa di dunia ini.

Allah dengan kekuasaan tertinggi pasti akan membersihkan hamba-Nya dengan menerima taubat mereka sama seperti hal Hassan Mistah dan lain-lain. Mereka dibersihkan dari penyakit nifak sekalipun mereka berperanan aktif dalam menyebarkan berita bohong yang dikenali sebagai “hadisul Ifki”.

(38)

Diriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan dan ditujukan kepada Abu Bakar RA ketika ia bersumpah untuk tidak memberikan bantuan apa pun kepada Mistah bin Usasah anak saudara perempuan ibunya kerana Mistah itu adalah salah seorang pelaku aktif dalam peristiwa yang dikenali sebagai “Hadisul ifki”.

Sesudah turun wahyu mengenai kebersihan Siti Aisyah daripada segala tuduhan kepadanya, dan setelah Allah SWT mengampuni orang-orang yang semestinya diampuni, serta diberikan hukuman had kepada orang-orang terlibat, maka Abu Bakar RA kembali ramah dan berbuat baik serta memberikan bantuan kepada Mistah. Orang-orang mukmin perlu memaafkan dan berlapang dada kepada semua orang yang terlibat atau dilibatkan dalam peristiwa “Hadisul ifki” jika mereka ingin diampuni oleh Allah SWT. Allah SWT Maha Pengampun, mengampuni dosa orang-orang yang taat dan menuruti perintah-Nya, Maha Penyayang kepada hamba-Nya dan tidak akan memberikan azab atas dosa yang dilakukan asalkan mereka melakukan taubat nasuha atas dosa yang dilakukan.

23. Pada ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang solehah, bersih hatinya dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya berbuat yang keji dan tidak senonoh seperti zina dan lain-lain, mereka akan dijauhkan dari rahmat Allah di dunia dan akhirat, di akhirat nanti akan ditimpakan azab yang amat pedih, sebagai balasan kepada perbuatan yang telah dilakukan. Orang sebegini merupakan sumber kepada berita yang menyakitkan hati wanita-wanita yang beriman, menyebarkan berita tersebut kepada orang beriman. Mereka menjadi ikutan buruk kepada orang-orang yang turut menyebarkan berita-berita keji tersebut.

24. Pada ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa orang-orang jahat yang bergelimang dosa di dunia akan mendapat balasan di akhirat nanti, mereka membantah dan mengingkari perbuatan jahat mereka, namun akan datang anggota tubuh mereka menjadi saksi. Akan datang lidah, tangan dan kaki mereka menceritakan apa-apa yang telah dikerjakan dahulu di dunia. Dengan kekuasaan Allah SWT anggota-anggota tubuh itu dapat berbicara dan bercerita.

25. Pada ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa di akhirat nanti, akan disempurnakan balasan amal perbuatan tiap-tiap manusia oleh Allah SWT, di sanalah pula mereka akan mengetahui bahawa azab yang dijanjikan kepada mereka yang berbuat dosa dan maksiat di dunia ini, benar-benar menepati janji-Nya dan menjelaskan sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya.

(39)

Dilarang bersumpah untuk tidak membantu kaum kerabat.

Siapakah golongan yang menurut ajakan syaitan dalam ayat di atas?

Bincangkan pernyataan “Wanita-wanita tidak baik untuk lelaki-lelaki yang tidak baik, begitu pula sebaliknya. Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, begitu pula sebaliknya”.

Pengajaran Ayat

a. Pembawa berita bohong mengenai diri Siti Aisyah RA terdiri daripada golongan mukmin juga. Allah SWT memberikan balasan setimpal kepada mereka, terutama tokoh-tokoh mereka dengan azab yang pedih.

b. Bukti bahawa berita itu bohong, pembawa berita tersebut tidak dapat menyediakan empat orang saksi yang diperlukan untuk membuktikan kebenaran mengenai tuduhan zina yang dilakukan.

c. Allah membenci orang-orang yang menerima dan mempercayai berita bohong, lalu menyebarkannya walhal mereka langsung tidak mengetahui asal usul berita tersebut, mereka menyangka perkara tersebut merupakan perkara kecil walhal ia adalah sesuatu yang besar di sisi Allah SWT.

(40)

e. Pada hari kiamat nanti, lidah, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi atas perbuatan mereka di dunia ini.

f. Ketika di akhirat nanti, Allah menyempurnakan balasan amal perbuatan tiap-tiap manusia dengan adil, mereka pada ketika itu akan mengetahui kebenaran Allah atas apa yang telah dijanjikan di dunia ini dan menjelaskan sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya.

g. Wanita-wanita tidak baik untuk lelaki-lelaki yang tidak baik, begitu pula sebaliknya.

h. Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, begitu pula sebaliknya.

i. Orang-orang yang dituduh dalam kes Hadisul ifki adalah bersih dari segala tuduhan dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia.

Wanita-wanita tidak baik untuk lelaki-lelaki yang tidak baik, begitu pula sebaliknya.

Huraikan prosedur yang perlu dilakukan untuk membuktikan kebenaran bagi suatu pertuduhan zina.

Apakah hukum menuduh wanita bukan muhson berzina?

PENILAIAN

1. Huraikan kisah Hadithul al-Ifk.

(41)

UNIT PELAJARAN 4

KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS

(BATASAN AURAT (AL-NUR : 30-31))

Hasil Pembelajaran

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menahan pandangan daripada memandang perkara maksiat dan menjaga kelamin daripada perbuatan haram.

2. Memelihara aurat sebagai wanita mukmin daripada golongan bukan mahram.

3. Memastikan diri agar sentiasa bertaubat kepada Allah untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

(42)

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Orang Islam hendaklah sentiasa menjaga pandangan mata.

Kalimah Mufradat









-yang zahir daripadanya





-janganlah mereka memperlihatkan

Gambar

Gambar kitab-kitab tafsir.

Referensi

Dokumen terkait

 Rambu yang menyatakan adanya perlintasan sebidang antara jalan dengan jalur kereta api dimana jalur kereta api dilengkapi dengan pintu perlintasan dengan rambu No.22a... 

Nama Penerima Bidang Keahlian Asal Daerah.. Luthan Koreografer

Bagaimana wujud rancangan Technospace di Yogyakarta yang berfungsi sebagai fasilitas hiburan dan juga apresiasi pendidikan, yang dapat mengekspresikan semangat kedinamisan dan

Band Pass Filter adalah jenis filter yang hanya melewatkan sinyal pada range frekuensi tersebut.. Range kedua frekuensi cut-off inilah

Bertolak dari gejala yang ditemukan pada anak kelompok B TK Sarodja Desa Hutadaa Kecamatan Talaga Jaya Kabupaten Gorontalo, maka dalam upaya meningkatkan kemandirian dalam

Osteoarthritis lutut dapat melibatkan salah satu atau semua dari tiga kompartemen lutut utama Osteoarthritis lutut dapat melibatkan salah satu atau semua dari tiga kompartemen

Produk Bolmut Ikan adalah kombinasi dari berbagai macam sumber daya alam yang merupakan produk diversifikasi dari hasil perikanan untuk di olah menjadi