• Tidak ada hasil yang ditemukan

DINAMIKA MALAYSIA 01 Sejarah politik dan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "DINAMIKA MALAYSIA 01 Sejarah politik dan"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

MODUL 1

SEJARAH, POLITIK DAN SOSIOLOGI PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan asas kepada pendekatan Dinamika Malaysia iaitu penggabungan tiga pendekatan ilmu iaitu bidang, sejarah,politik dan sosiologi. Sejarah ialah untuk melihat perkembangan-perkembangan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku pada masa lalu, politik menjadi asas untuk melihat sistem politik yang diamalkan di Malaysia daripada zaman tradisional sehingga selepas merdeka, manakala sosiologi ialah pendekatan untuk melihat ciri-ciri masyarakat dan perubahan masyarakat yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

PENGERTIAN SEJARAH

(2)
(3)

beliau berpandangan fakta sejarah mempunyai persamaan dengan gejala sains. Pendapat beliau telah mempengaruhi perkembangan persejarahan waktu itu.

Bagaimanapun ahli sejarah abad ke-20 seperti Kahler, Carr, Collingwood menyanggah pendapat beliau. Sebahagian daripada mereka berpendapat sejarah sebagai satu sains tidak dapat diterima akal (Yusof, 1975). Walsh (1951), salah seorang yang menyangkal pandangan Bury menyatakan, satu hal yang membezakan sejarah dan sains ialah dari segi sifat kesejagatannya. Pengadilan yang dibuat sejarah bukan sejagat. Berbeza dengan sains, seorang ahli fizik membuat suatu hukum untuk sesiapa sahaja yang bersetuju dengan hukum tersebut dan bersifat infiniti dari segi penerimaan manusia terhadap hukum itu. Sebaliknya sejarah melakukan pengisian tidak tentang semua manusia tetapi bersifat individu dan tidak sejagat. Dr. Sidi Ghazalba (1966) menegaskan terdapat perbezaan antara sejarah dan sains. Contohnya seorang ahli fizik menginduksikan kaedah umum dari perulangan, tidak sejarawan yang objeknya adalah jiwa manusia. Ia berusaha menerangkannya dalam keadaan tertentu dengan pemikirannya, menyelidiki alasan-alasan dan pengaruh-pengaruh dari luar. Begitu juga fakta sejarah tidak dapat diulangi sepertimana yang terdapat dalam sains tabii. Oleh itu sejarah hanya dianggap sebagai bidang sains kemanusiaan dan tidak sama dengan sains tabii.

(4)

yang melibatkan tamadun manusia yang mana melaluinya manusia dapat memahami elemen-elemen dalam tamadun mereka.

PENGERTIAN POLITIK

Manusia dan politik

Menurut ahli sains sosial, manusia mempunyai sistem masyarakatnya sendiri kerana manusia hidup bermasyrakat. Masyarakat wujud dalam kehidupan manusia kerana manusia sentiasa berinteraksi sesama mereka. Kita dapat mengenali masyarakat itu melalui tiga ciri iaitu (1) dua atau lebih individu berinteraksi (2) mereka mengambil kira bagaimana orang lain bertindak dan (3) mereka bertindak secara bersama untuk mencapai suatu matlamat (Dahl: 1981: 6). Kehidupan bermasyarakat diwujudkan oleh manusia untuk memenuhi kehendak dan tuntutan masing-masing agar keselamatan dan kebajikan mereka dapat dijamin. Ekoran daripada itu satu kecenderungan dilahirkan untuk bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain supaya tuntutan atau kehendak manusia dapat dicapai sebanyak mungkin tanpa merugikan manusia lain (Kamlin: 1986: 21)

(5)

semua masyarakat menyatakan mencuri itu salah, maka lahirlah undang-undang atau peraturan yang dibina untuk menjaga kebajikan dan keselamatan anggota masyarakat itu dari pencuri. Bagi masyarakat Islam yang menerima sistem Islam sepenuhnya dan meyakini, dan mengamalkannya pula, kesemua sistem atau hukum yang berkait dengan masyarakat mesti wujud berdasarkan kepada apa yang ditetapkan oleh tuhan (Allah) dan juga rasional manusia selagi tidak bertentangan dengan kehendak Allah.

(6)

sistem ekonomi bebas atau kapitalis yang mengizinkan individu mencari kekayaan menurut keupayaannya. Begitu juga dalam sistem politik komunis, pihak yang berkuasa ke atas negara ialah hanya Parti Komunis yang akan mengatur perjalanan hidup rakyat. Oleh itu, sistem ekonominya ialah pemilikan kekayaan oleh negara yang dikuasai oleh parti. Sesungguhpun begitu, oleh kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik, terdapat juga sesuatu sistem menerap suatu sub-sistem yang lain dengan tujuan untuk memperbaiki keadaan yang ada.

Secara ringkasnya hubungan dalam sistem masyarakat keseluruhannya dan hubungan antara sub-sistem dalam sistem masyarakat boleh dilihat dalam gambarajah di bawah:

Sistem sosial ( masyarakat)

Sebagai sub-sistem kepada sistem masyarakat, maka dengan sendirinya kita dapat memahami bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada aktiviti-aktiviti manusia. Negara yang lahir daripada sistem politik itu sendiri sebenarnya adalah tahap tertinggi daripada organisasi sosial manusia. Individu sendiri tidak boleh dipisahkan dari negara. Apabila ia dilahirkan ke dunia ia sudah diiktiraf sebagai sebahagiaan

Sistem ekonomi

Sistem politik

(7)

daripada sebuah negara yang mempunyai aturan tentang bagaimana bayi itu harus diberi hak sebagai rakyat. Bayi itu perlu didaftarkan menurut peraturan negara berkenaan sebagai tanda bahawa ia adalah warganegara sebuah negara. Dengan sebab itulah ungkapan Aristotle bahawa manusia adalah haiwan politik menjadi pegangan hingga kini oleh ahli Sains Politik Barat.

Politik

(8)

undang-undang sepertimana dalam ajaran Islam manusia tidak terlepas dari persoalan hukum kerana hukumlah yang mengatur kesemua sistem kehidupan manusia.

Perkataan politik sebenarnya berasal dari perkataan Yunani polis yang bererti negara bandar yang juga memberi pengertian sebuah negara. Dengan sebab itu banyak definisi mengenai politik atau pengalaman politik, biasanya dikaitkan dengan kegiatan-kegiatan yang berakar umbi pada masalah perubahan, penerusan dan pemeliharaan susunan, urusan dan keperibadian sebuah negara (Kamlin:1986:20). Dengan kata lain politik sentiasa sahaja timbul daripada ketidaksetujuan atas masalah-masalah pokok yang menyentuh pemerintahan, perhubungan antara negara dengan rakyat, kebajikan am, keadilan sosial, keselamatan negara, hubungan antarabangsa dan sebagainya yang wujud dalam sesebuah negara (Kamlin:1986:21).

(9)

nilai-nilai kekuasaan’. W.P. Shiverly (1987) dalam bukunya Power and Choice menyatakan:

“The two defining characteristics of politics, then, are (1) politics always involves the making of common decisions for group of people and (2) those decisions are made by some members of the group exercising power over other members of the group. Power can consist of a wide variety of tools that help one person affect the action of another”.

Berdasarkan definisi-definisi ini ternyata tidak ada satu definisi yang tepat dan skopnya adalah luas. Politik dalam pengertian yang lebih luas juga tidak terbatas kepada soal kekuasaan atau negara sahaja tetapi terdapat juga politik yang berkaitan dengan organisasi atau politik pejabat kerana ia juga melibatkan aspek seperti konflik, kekuasaan, perundingan dan pengaruh. Bagaimana pun oleh kerana politik asalnya adalah lahir dari kajian tentang negara dan pemerintahan serta negara adalah organisasi yang paling unggul yang dibentuk manusia, maka politik menurut perspektif sains politk Barat bolehlah dikatakan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan kekuasaan dan pengaruh yang dikaitkan dengan negara atau pemerintahan.

(10)

PENGERTIAN SOSIOLOGI

Antropologi dan Sosiologi merupakan antara bidang sains sosial yang popular di kebanyakan universiti. Antropologi bermaksud kajian tentang manusia (a study of man), manakala sosiologi ialah kajian tentang masyarakat manusia (human society). Bidang sosiologi biasanya menumpukan kepada aspek stratifikasi sosial, kelas sosial, budaya, agama, masalah sosial atau devien (seperti jenayah, masyarakat tak berumah, diskriminasi kulit putih dan hitam, dadah) perubahan sosial (seperti perbandaran, perindustrian, sekularisasi atau modernisasi) dan sebagainya. Pendekatan terkini mula berfokus kepada isu teknologi baru seperti Internet, masyarakat siber dan isu-isu globalisasi.

(11)

Jabatan sosiologi yang pertama ditubuhkan ialah London School of Economics and Political Science, United Kingdom pada tahun 1907, manakala institiut yang melahirkan mazhab pemikiran yang terkenal pula ialah Institute for Social Research University of Frankfurt yang kemudiannya dikenali sebagai Frankfurt School 1923 yang terkenal dengan mazahab critical theory. Antara persatuan sosiologi yang awal pula ialah Deutsche Gesellschaft für Soziologie (German Sociological Association) 1909 diikuti oleh International Sociological Association

(ISA), dalam 1949 (dipetik dari Wikipedia).

Terdapat beberapa bidang yang menjadi bidang utama sosiologi. Bidang-bidang tersebut ialah (dipetik dari Wikipedia):

 Organisasi sosial: kajian tentang institusi sosial, kumpulan sosial, stratifikasi sosial, mobiliti sosial, birokrasi, kumpulan etnik dan hubungan etnik, dan lain-lain seperti keluarga, politik, agama , ekonomi dan lain-lain.

 Psikologi sosial: kajian tentang nature manusia, sikap masyarakat, tingkah laku kolektif dan pembentukan keperibadian. Ia berkaitan dengan kehidupan kumpulan, sikap, kepercayaan yang

mempengaruhi kumpulan.

 Perubahan sosial dan disorganisasi: kajian tentang perubahan budaya dan hubungan sosial yang mungkin wujud dalam masyarakat, kajian tentang masalah semasa dalam masyarakat seperti kenakalan remaja, kriminal, dadah, konflik keluarga, perceraian, masalah kependudukan dan lain-lain.

(12)

kesakitan mental, kriminal, masalah dadah di kawasan bandar dan tempat di mana berlaku kepesatan pembangunan.

 Populasi dan demografi: mengkaji jumlah populasi, komposisi, perubahan, dan kualiti ekonomi, politik dan sistem sosial.

 Teori sosiologi dan kaedah: pemerhatian yang melahirkan teori dan kaedah membuat pemerhatian kehidupan kumpulan manusia.

 Sosiologi gunaan: menggunakan dapatan dari kajian sosologi tulin dalam pelbagai bidang seperti kriminologi, kerja sosial,

pembangunan komuniti, pendidikan, hubungan industri,

perkahwinan, kaunseling keluarga dan lain aspek atau masalah kehidupan seharian.

Secara ringkasnya skop dan topik bidang sosiologi ialah seperti berikut:

 Budaya

 Kriminaliti, devien, undang-undang dan hukuman.

 Sosiologi ekonomi

 Persekitaran

 Pendidikan

 Keluarga, gender, seksualiti.

(13)

 Internet

 Pengetahuan dan sains.

 Media

 Ketenteraan.

 Sosiologi Politik

 Hubungan ras dan etnik

 Agama

 Rangkaian sosial

 Psikologi sosial

 Startifikasi

 Sosiologi luar bandar dan bandar

 Kerja dan industri

PENDEKATAN SEJARAH, POLITIK DAN SOSIOLOGI DALAM DINAMIKA MALAYSIA

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Tengger Brang Kidul di Desa Ngadas kare- na masyarakat meyakini bahwa agama Buddha merupakan agama resmi negara yang relevan dengan keyakinan ke-Bu- da-an mereka.. Dominasi

Itulah kiat-kiat Azmil Mufarricha Fajarani yang akhirnya meraih predikat sebagai wisudawan terbaik jenjang S-1 dalam wisuda Maret 2017 dari Fakultas Perikanan dan Kelautan

Rekan-rekan asisten konsultan Pusat Layanan Psikologi Unika Widya Mandala Surabaya (Alethea, Glorry, Lambang, Putri Makmur, Evelyn) yang telah menjadi teman

Hasil didapatkan tidak ada hubungan antara variabel tingkat pengetahuan dan sikap terhadap perilaku partisipatif dalam deteksi dini kanker serviks pada paramedis wanita

Sedangkan, hasil penelitian yang telah dilakukan di MTs Al-Mudzakkirin Sadasari berdasarkan hasil analisis statistik yang diperoleh dari kelas eksperimen yaitu kelonpok yang

Tujuan penelitian ini untuk menentukan tingkat kemiripan sekuens barcode DNA tanaman Anggrek Payus Limondok (Phaius tancarvilleae) dengan spesies kerabatnya yang

Lithos filling machine adalah suatu mesin yang digunakan untuk pengisian pelumas ke dalam lithos (botol kemasan plastik ) yang menggunakan

Selanjutnya, bagaimana kemudian sehingga pelayanan bergeser atau berpindah/pemekaran dari desa Borgo ke desa Ranowangko yang sekarang sebagai suatu jemaat mandiri