• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah dan Asal Usul Masjid Jamek Tanju

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah dan Asal Usul Masjid Jamek Tanju"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

PENGHARGAAN

(2)

SENARAI KANDUNGAN

5.0 Sejarah dan Asal Usul Masjid 6

(3)

1.0 PENGENALAN

Masjid dapat diertikan sebagai tempat di mana saja untuk bersembahyang bagi orang Muslim seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W: ‘’Di manapun engkau bersembahyang, tempat itulah masjid’’. Kata masjid disebut sebanyak dua puluh lapan kali di dalam Al Quran iaitu berasal dari kata sajada-sujud, yang bererti patuh, taat serta tunduk penuh hormat dan takzim. Sujud dalam syariat iaitu berlutut, meletakkan dahi, kedua tangan ke tanah adalah bentuk nyata dari arti kata tersebut di atas. Oleh sebab itu bangunan telah dibuat khusus untuk solat dan disebut masjid yang bererti: tempat untuk sujud.

Hakikat bagi sesebuah masjid adalah tempat untuk melakukan segala aktiviti berkaitan dengan kepatuhan kpeada Allah semata. Oleh kerana itu, masjid dapat diertikan lebih jauh, bukan hanya sekadar tempat bersujud, pensucian, tempat solat dan bertayamum, namun juga ia sebagai tempat untuk meaksanakan segala aktiviti kaum muslim yang berkaitan dengan kepatuhan kepada Tuhan.

Masjid telah melalui serangkaian tahun-tahun terpanjang di sejarah hinggalah pada zaman sekarang. Ianya bermula dari Perang Salib sehingga Perang Teluk. Selama lebih dari 1000 tahun pula, arsitektur Masjid perlahan-lahan mulai menyesuaikan bangunan masjid dengan arsitektur moden.

Jauh sebelum Islam berkembang menjadi agama besar pada zaman Nabi Muhammad SAW, telah lahir para nabi dan rasul yang mendahuluinya.

(4)

terletak di luar kota madinah tepatnya sekitar 5 km di sebelah tenggara kota Madinah. Namun begitu, Masjid Quba yang saat ini berbeza dengan masjid quba pada saat zaman Rasulullah saw dulu, dimana saat ini yang berdiri adalah masjid yang telah direnovasi dan diperluas pada masa Kerajaan Arab Saudi. Renovasi dan perluasan masjid quba telah menghabiskan perbelanjaan sebesar 90 juta riyal dengan daya tampung hingga 20 ribu jamaah. Renovasi telah dilakukan pada tahun 1986.

Salah satu peninggalan sejarah kehidupan makhluk paling mulia Rasulullah Muhammad SAW yang masih dan akan terus disaksikan oleh dunia adalah Masjid yang beliau bangun di kota madinah yang kita kenal dengan nama Masjid Nabawi. Dari sejarah Masjid Nabawi yang telah didirikan oleh Nabi Muhammad SAW, dapat dijabarkan fungsi dan peranannya pada masa itu. Tembok di keempat sisi masjid ini terbuat dari batu bata dan tanah, sedangkan atapnya dari daun kurma dengan tiang-tiang penopangnya dari batang kurma. Sebahagian atapnya dibiarkan terbuka begitu saja. Selama sembilan tahun pertama, masjid ini tanpa cahaya di malam hari. Hanya di waktu Isya, diadakan sedikit cahaya dengan membakar jerami.

Kemudian melekat pada salah satu sisi masjid, dibangun kediaman Nabi saw. Kediaman Nabi ini tidak seberapa besar dan tidak lebih mewah dari keadaan masjidnya. Selain itu ada pula bahagian yang digunakan sebagai tempat fakir miskin yang tidak memiliki rumah.

(5)

Tercatat tidak kurang dari sepuluh peranan dan fungsi Masjid Nabawi iaitu sebagai tempat ibadah, perbincangan berbagai masalah termasuk ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, santunan sosial, latihan militer dan persiapan peralatannya, menawan tahanan dan juga pusat penerangan atau pembelaan agama.

Al Quran menyebutkan fungsi masjid antara lain dalam firmanNya:

Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut-sebut nama-Nya di dalamnya pada waktu pagi dan petang, orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli, atau aktiviti apapun dari mengingat Allah, dan (dari) mendirikan solat, membayarkan zakat, mereka takut pada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi guncang (QS An-Nur [24]: 36-37).

Wilayah Arab tempat di mana Islam mulai berkembang, merupakan padang pasir gersang di bahagian barat daya Asia. Namun demikian Arab menurut sejarah kuno merupakan wilayah strategik, ketika benua Australia dan Amerika belum dikenal orang ia merupakan simpul pertemuan tiga benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika. Kehidupan di Arab menjelang lahirnya Islam dikenal sebagai zaman jahiliah atau zaman kebodohan. Penduduk Arab pada ketika itu tidak mempunyai system pemerintahan yang dapat mengendalikan nilai-nilai moral, tidak berbeza dengan masyarakat primitif.

(6)

Dalam akhir abad VII, Islam mulai berkembang ke wilayah barat Mediterania dan Asia Tengah. Sejak itu, dengan tetap mendasarkan pada hokum Islam, kaum muslim mulai membangun berbagai sarana ibadah dengan berbagai gaya, berbeza satu tempat dengan tempat yang lain. Abad-abad berikut Islam telah menyebar ke Sepanyol, Afrika sebelah utara Sahara dan Maroko, ke Timur mulai dari Cina hingga Asia Tenggara. Perkembangan Islam meluas melalui Sepanyol hingga Asia tersebut membuat seni bina kemudahan ibadah Islam pada umumnya dan masjid khusunya semakin banyak.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif yang ditekankan dalam menghasilkan tugasan ini. Berikut adalah objektif kajian :

i. Mengenalpasti struktur-struktur binaan Masjid Jamek Tanjong Malim ii. Menghuraikan kesenian yang terdapat di setiap sudut masjid

iii. Menyatakan fungsi setiap binaan yang terdapat pada masjid

(7)

3.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan tugasan ini pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu :

3.1 Pemerhatian

Di dalam kaedah pemerhatian, pengkaji telah membuat pemerhatian di bahagian seluruh masjid iaitu dari segi seni bina masjid, bahan yang digunakan untuk mendirikan masjid tersebut, konsep yang diadaptasikan pada masjid, dekorasi dan susunan Al-Quran, dan sebagainya. Banyak yang dapat diperolehi dengan pemerhatian kerana setiap struktur kaedah ini memerlukan kita untuk berada dengan lebih dekat ke tempat kajian.

3.2 Temu Bual

Kaedah temubual adalah sangat penting di mana pengkaji menemu bual responden yang tahu akan latar belakang masjid tersebut. Hal ini akan membantu pengkaji dalam menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Dalam kaedah temu bual ini, pengkaji telah menemu bual seorang peniaga yang berniaga di kawasan masjid tersebut. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan di bahagian lampiran.

3.3 Perpustakaan

(8)

4.0 BATASAN KAJIAN

Batasan kajian pengkaji adalah memfokuskan keseluruhannya kepada Masjid Jamek Tanjung Malim. Pengkaji meletakkan skop dan batasan kajian kepada struktur dan binaan masjid secara khususnya. Dalam kajian ini, pengkaji membataskan bahan kajian hanya dengan melakukan analisis dan pemerhatian pada konsep dan unsur estetik yang terdapat pada ruangan masjid.

5.0 SEJARAH DAN ASAL USUL MASJID

Merupakan pusat ibadah bagi mereka yang beragama Islam. Dibina sejak tahun 1900, masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di daerah Tanjung Malim. Terletak di jalan utama menghala ke Ipoh dan Kuala Lumpur, masjid ini menjadi tumpuan utama untuk menunaikan ibadah. Masjid ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti kedai-kedai kecil, tadika Islam dan bilik-bilik sewaan. Masjid ini juga merupakan masjid tertua yang terdapat di daerah Tanjong Malim. Ia mula dibina pada 1926 dan diubahsuai pada tahun 1932 serta sering dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara yang hendak ke Utara atau Selatan Malaysia. Keunikan struktur bangunan ini adalah merupakan salah satu daripada daya tarikan utama mengapa masjid ini sering dikunjungi disamping tujuan utama mereka untuk menunaikan solat lima waktu.

(9)

tazkirah turut diadakan terutamanya selepas solat Subuh dan Maghrib. Kemudahan pengangkutan awam seperti stesen bas dan stesen kereta api yang berdekatan juga menyebabkan masjid ini menjadi kawasan tumpuan kepada masyarakat setempat dan luar. Tambahan lain, tumpuan masjid ini sentiasa meningkat dan padat dengan adanya institusi pengajian iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadikan masjid tempat berkumpulnya para pensyarah dan mahasiswa untuk melaksanakan aktiviti keagamaan, kebajikan dan pendidikan.

5.1 LOKASI MASJID

(10)

6.0 STRUKTUR MASJID 6.1 MENARA

Hampir setiap masjid di seluruh dunia ini memiliki menara di salah satu bahagian bangunannya. Biasanya menara berdiri di bahagian kanan atau kiri masjid. Menara masjid Jamek ini berada pada kedudukan kiri masjid. Kehadiran menara yang berdiri kukuh dan menjulang ke langit akan dapat menunjukkan kemegahan dan keindahan sebuah masjid. Menara pada masjid hanya rendah sahaja dan tidak terlalu tinggi.

(11)

6.2 KUBAH

Kubah merupakan lambang kebesaran islam iaitu megah dan indah. Pesona itulah yang terpancar dari sebuah bangunan masjid berkubah. Kubah merupakan elemen yang dapat menghadirkan ruang positif yang besar pada suatu bangunan. Ruang positif yang dihadirkan oleh kubah pada bangunan masjid membuat orang yang berada di dalamnya akan merasa selesa. Selain menghadirkan kesan megah, keberadaan kubah juga dapat membuat orang yang beribadah di masjid merasa kecil di hadapan kebesaran Tuhan yang menciptakannya.

Lebih dari itu, kubah juga memiliki fungsi sebagai penanda arah kiblat dari bahagian luar dan menerangi bahagian dalaman masjid. Secara umum, kubah berbentuk seperti separuh bola atau seperti kerucut yang permukaannya melengkung keluar dikenal sebagai 'kubah piring', hal ini disebabkan oleh puncak yang rendah dan dasar yang besar.

(12)

ditempatkan di atas rangka bangunan petak dengan menggunakan singgah kubah.

Kubah pada masjid Jamek Tanjong Malim adalah berbentuk ‘kubah bawang’ dan berwarna kuning keemasan. Kubah ini adalah jenis kubah bertangkup kerana bergabung dengan bumbung di mana setiap penjuru bumbung diletakkan pembesar suara untuk laungan azan.

6.3 BUMBUNG

Bumbung masjid ini adalah diperbuat daripada Metal Deck atau bumbung logam. Bumbung ini mempunyai kepelbagaian kegunaannya seperti atap bumbung, pagar dan dinding. Ia telah direka penggunaannya samada ditempat yang rata mahu pun tempat yang melengkung dan boleh digunakan pada hampir semua jenis bangunan. Ia juga boleh digunakan secara menegak ataupun melintang.

(13)

6.4 MIHRAB

Mihrab adalah sebuah ceruk di dinding sebuah Masjid yang menunjukkan Kiblat, iaitu arah Kaabah dimana orang Islam harus menghadapnya sewaktu bersolat. Dinding itu digelar dinding kiblat. Mihrab memberikan tanggapan sebuah pintu atau jalan ke Makkah. Ia berbeza dalam saiz tetapi biasanya dihias penuh. Mihrab pertama wujud pada era pemerintahan khalifah Umayyad al-Walid I (705–715).

(14)

Mihrab ini adalah dibuat daripada batu bata. Ia dihiasi dengan ukiran petak-petak pada dinding dan kelihatan menarik perhatian kerana tiga tingkap pada belakang mimbar itu memainkan peranan untuk memberi ruang kepada cahaya matahari masuk ke dalam masjid.

6.5 MIMBAR

Mimbar atau minbar adalah platform di dalam masjid di mana Imam akan berdiri untuk memberi khutbah atau ceramah sebagai contoh khutbah Jumaat, khutbah Aidil Fitri dan Aidil Adha. Mimbar yang tinggi membolehkan imam melihat jemaah yang ramai. Penggunaan mimbar sudah lama digunakan sejak zaman Rasulullah. Mimbar masjid sangat terkenal dengan kaligrafi yang indah. Penggunaan mimbar masjid tidak hanya di gunakan untuk berkhutbah namun juga boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tertentu seperti pengajian agama.

(15)

mimbar dan meraka akan dapat menyampaikan ceramah dengan lancar tanpa terhalang oleh apapun.

6.6 KOLAH

Kolah adalah berfungsi sebagai tempat untuk mengambi wudhuk. Kolah ada berbagai jenis kerana ianya tidak terhad kepada saiz yang besar dan ada juga kolah yang berada pada atas paip tempat mengambil wudhu. Selalunya kolah dapat memuatkan seberapa ramai orang yang mengambil wudhu berbanding dengan menggunakan paip. Hal ini dapat memudahkan orang ramai untuk mengambil wudhu dengan cepat.

(16)

6.7 LAPANGAN TERBUKA

Lapangan terbuka adalah ruang tempat untuk solat selain digunakan untuk berehat atau sebagainya. Lapangan terbuka yang ada pada Masjid Jamek adalah luas sekali dan menurut responden ia boleh memuatkan hampir 200 lebih orang yang datang untuk solat pada hari Jumaat.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjd seperti ceramah, pengajian agama dan sebagainya selalunya melibatkan ruangan di lapangan terbuka ini. Pengajian seperti mengaji juga dilakukan di lapangan terbuka bersama dengan kanak-kanak yang berusia 8 hingga 10t tahun.

(17)

6.8 PERMAIDANI

Permaidani bukan hanya sebagai penutup lantai, sekaligus ia memberikan warna tersendiri di ruangan. Bahan permaidani yang lembut dapat menciptakan keayamaan pada suasana masjid.

(18)

Setiap masjid selalunya menggunakan permaidani seperti yang di atas. Ia nampak lebih sesuai pada keadaan dan suasan masjid dan tidak berlaku kontra pada warna masjid.

Permaidani ini juga adalah lembut dan tidak terlalu keras atau kasar. Ia amat selesa terasa pada kaki dan dahi jika waktu sujud.

6.9 KALIGRAFI

Kaligrafi menjadi elemen yang dianggap oleh masyarakat sebagai satu hiasan yang harus atau mesti ada di dalam sesebuah masjid. Kaligrafi adalah seni menulis huruf bahagian dari seni, jadi terkait langsung dengan keindahan, dan kesenangan, yang juga ‘’disenangi oleh Allah’’-, telah dikutip dari tulisan Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin.

(19)
(20)

Kaligrafi yang ada pada papan tanda masjid dan papan jadual solat yang pernah digunakan ketika dahulu menunjukkan bahawa penggunaan kaligrafi berkembang pada ketika itu.

Papan tanda yang berwarna hitam itu adalah tentang pembinaan masjid tersebut yang telah dibina pada tahun 1932. Dan kedua-dua papan adalah menggunakan kaligrafi farisi. Kaligrafi Farisi adalah jenis kaligrafi yang sangat indah dan bernilai seni sangat tinggi.

6.10 DEWAN SOLAT

(21)

Dewan Solat Wanita

Ruang untuk solat atau yang disebut Liwan, biasanya bersaiz segi empat. Hal ini sesuai dengan tuntunan dalam solat bahwa setiap jemaah menghadap kearah kiblat dengan pandangan yang sama dan satu sama lain berdiri rapat. Solat berjamaah dipimpin oleh seorang imam, yang berada dtengah pada posisi paling ddepan. Dalam Islam secara tegas dipisahkan antara jemaah laki-laki dan wanita. Dengan demikian, sejak awal masuk, bersuci (wudhu) sampai pada waktu solat sebaiknya pemisahan itu telah dilakukan.

(22)

Ruang solat untuk wanita selalunya lebih kecil dan mampu memuatkan dalam 200 orang sahaja. Hal ini kerana keutamaan golongan wanita untuk menunaikan solat di masjid adalah kurang berbanding lelaki. Dewan solat wanita juga disediakan dengan beberapa kemudahan yang sama seperti di dewan solat lelaki.

7.0 UNSUR-UNSUR ESTETIK DALAM MASJID

Seni dalam islam lebih menonjolkan nilai suci (sakral) yang boleh dilihat nilai estetiknya. Nilai estetik islam sendiri lebih menonjolkan satu kesatuan bentuk yang berulang-ulang sehingga tercipta sesuatu yang harmonis dan seimbang. Keteraturan itu menggambarkan seni sebagai penhantar jiwa manusia ke tuhan, ke Allah. Dalam hadist Rasulullah menyebutkan Allah itu Indah dan menyukai keindahan. Dari sini dapat disimpulkan bahawa estetika juga ada dan berpengaruh penting dalam islam dan seni.

(23)

Nilai estetik yang terdapat pada Masjid Jamek Tanjung Malim adalah kelihatan pada kubahnya yang bergabung dengan bumbung bertangkup serta kubah-kubah kecil yang ada pada setiap penjuru kubah tersebut. Ia kelihatan agak unik dan cantik melalui pemerhatian pengkaji. Kubah merupakan tingkatan tertinggi dalam seni bina Islam.

Nilai estetik juga jelas kelihatan pada ukiran yang terdapat pada mimbar masjid. Ukiran yang digunakan sangat kemas dan teratur menyebabkan nilai estetik wujud dan memberikan satu pandangan yang menarik. Pemprosesan yang teliti dengan lenggokan unsur flora menghidupkan lagi corak yang dibuat. Jalinan sentuh jelas kelihatan dengan menggunakan teknik tebuk tembus atau arch. Ukiran yang dibuat pada mimbar ini lebih ke arah motif flora. Selain itu, pengukir juga selitkan unsur geometri dalam ukiran mimbar ini. Jadi ia menonjolkan nilai estetik yang jelas dan tinggi.

Seterusnya, nilai estetik juga dapat dilihat dari dekorasi dan corak yang ada pada tingkap masjid yang diserasikan dengan corak petak-petak pada bahagian dinding. Ia kelihatan menarik lagi apabila tulisan kaligrafi kufi yang ada pada atas tingkap menampakkan lagi keindahan pada masjid.

8.0 AKTIVITI MASJID

(24)

Masjid juga adalah tempat untuk berdiskusi, mengaji dan lain-lain yang tujuan utamanya mengarah pada kebaikan. Sesuai dengan hadits, dikatakannya: “dimana kamu bersembahyang, disitulah masjidmu”

Aktiviti yang dijalankan di masjid Jamek Tanjong Malim adalah seperti pengajian hafazan, mengaji, gotong-royong, kelas tajwid, ceramah-ceramah perdana, kuliah maghrib dan subuh, dan pengajian kitab.

Aktiviti kuliah sentiasa berjalan pada setiap minggu mengikut jadual tugasan yang telah dibuat oleh imam masjid. Setiap kuliah pula dibimbing oleh ustaz yang berbeza-beza mengikut tajuk kuliah yang disampaikan.

Aktiviti perniagaan juga turut dijalankan di masjid tersebut seperti perniagaan gunting rambut, kedai jahit, kedai elektrik dan kedai fotostat. Perkhidmatan yang disediakan ini merupakan hasil kerjasama dengan penduduk tempatan yang sudah lama bekerja di sana. Perkhidmatan tersebut juga menjadi salah satu tarikan kepada orang ramai untuk datang ke masjid untuk mendapatkan khidmat mereka.

Kedai Jahit Noor

(25)

dalam adalah sebuah kedai jahit yang menawarkan perkhidmatan menjahit pelbagai jenis baju.

Kedai Gunting Rambut

Kedai gunting rambut terletak paling ke hadapan bersebelahan dengan wakaf istirahat.

(26)

Di kedai ini perkhidmatan yang disediakan adalah fotostet, cetakan, binding, fax dan penyediaan kad jemputan atau kad perniagaan. Perkhidmatan kedai ini selalunya di datangi oleh pelajar dari UPSI.

Kedai Elektrik

Bersebelahan dengan kedai jahit, masjid ini juga mempunyai kedai elektrik yang menyediakan jualan barangan elektrik. Kedai ini juga turut menyediakan perkhidmatan plumbing dan wiring kepada pelanggan yang mahu mencuba khidmat di kedai ini.

9.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, masjid Jamek Tanjong Malim ini mempunyai identiti yang tersendiri dan ciri-ciri keislaman dan simbolik-simbolik islamik masih dikekalkan dan tidak dihapuskan. Hal ini kerana ia merupakan lambang kebesaran agama Islam. Masjid ini juga menggunakan konsep yang moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.

(27)

mahupun kemelayuan sebelum mengasaskan sesebuah masjid. Jika pengasas mahukan suatu yang berlainan dari orang yang membina masjid yang lain, pengasas tersebut tidak boleh lari dari tradisi keislaman dan kemelayuan. Hal ini kerana ia berkait rapat dengan orang islam. Masjid merupakan rumah ibadat bagi orang-orang Islam, oleh itu, seni binanya perlulah mengekalkan tradisi keislaman dan hiasan-hiasan islamik perlulah diterapkan di dalam setiap binaan sesebuah masjid. Sebagai contoh masjid yang telah dikaji oleh pengkaji iaitu Masjid Jamek, walaupun masjid ini agak berlainan dengan masjid-masjid yang lain, namun ianya masih mengekalkan tradisi keislaman dan juga kemelayuan.

Masjid ini juga adalah khazanah dan peninggalan yang tertua berada di Malaysia jadi sebagai seorang rakyat biasa dan masyarakat yang prihatin, seharusnyalah memberi satu impak positif dalam diri dan menjaga kesenian masjid ini agar tidak pupus begitu sahaja dari pandangan dan pengetahuan orang lain. Masjid ini juga merupakan salah satu masjid yang menjadi tempat persinggahan oleh orang yang bermusafir dan datang dari jauh. Seni bina yang ada pada masjid ini haruslah dikekalkan nilai estetikanya agar dapat menjadi satu peringatan dan warisan kepada anak muda.

10.0 RUJUKAN

Abdul Halim, N. (1995). “Seni Bina Masjid di Dunia Melayu – Nusantara”.

Bangi: Penerbit UKM.

(28)

Ahmad Ilyas, I. (1998). “Sejarah Masjid, Ciri-Ciri Pembentukan dan Pembinaan Masjid-Masjid Dunia, Malaysia dan Kuala Lumpur”. Petaling Jaya: Puncak Awal (M) Sdn Bhd.

Manja Mohd Ludin et.al (1995), “Aspek-Aspek Kesenian Islam”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Wilter, B., Thomas, S., and Bourquin, N. (2008). “Arabesque Graphic Design from the Arab World and Persia”. Berlin: Die Gestalten Verlag.

Yasin Hamid, S. (1978). “ Kaligrafi Islam”. London: Thames and Hudson.

Temubual bersama peniaga yang berniaga di Masjid Jamek, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

http://masjidtanjongmalim.wix.com/masjidtm#!kemudahan-masjid/c1rvy

(29)
(30)
(31)
(32)
(33)
(34)
(35)

CONTOH SOALAN TEMUBUAL DI MASJID JAMEK ,

TANJONG MALIM, PERAK, MALAYSIA

BIOGRAFI RESPONDEN :

NAMA : ABAS BIN DATO EMPAT BUYONG

UMUR : 54 TAHUN

PEKERJAAN : AHLI JAWATANKUASA MASJID

ASAL : KUANTAN, PAHANG

1. Sudah berapa lamakah anda menetap di sini?

2. Sejauh manakah pengetahuan anda tentang sejarah pembinaan masjid Alwi?

3. Pihak manakah yang selalu menyumbang kepada pembinaan masjid Jamek?

4. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan masjid Jamek berbanding masjid-masjid lain yang anda pernah kunjungi sebelum ini?

5. Apa yang anda gemari tentang masjid Jamek? Jelaskan.

6. Bagaimanakah sistem pentadbiran Masjid Jamek yang anda tahu?

7. Apakah aktiviti-aktiviti yang sering kali diadakan di Masjid Jamek?

Referensi

Dokumen terkait

Begitu pula halnya dengan Polban, dalam rangka mencapai tujuan organisasi perlu dilakukan identifikasi terhadap pengetahuan dan pemahaman dari unit dan jurusan

Studi proses pengolahan koktail dari tanaman nipah (Nypa fruticans wurmb) (kajian kadar gula sirup dan tingkat kematangan buah).

orang atau lebih, Industri Sedang adalah perusahaan dengan tenaga kerja antara 20 s/d 99 orang, Industri Kecil adalah perusahaan dengan tenaga kerja antara 5 s/d

 Sebuah memori mempunyai 128 alamat (maksimum) yang setiap. alamat terdiri dari

Pokja Kegiatan Pembangunan Saluran Drainase/Gorong-Gorong akan melaksanakan Pemilihan Langsung dengan pascakualifikasi secara elektronik (E- Lelang/E-procurement) untuk

• Perencanaan yang baik dan mudah dikontrol lingkungannya, akan memudahkan dalam pembentukan pemetaan kognitif. • Perencanaan perumahan

Tujuan : Diketahui pengaruh jus strawberry ( Fragaria vesca ) terhadap tekanan darah pada lansia penderita hipertensi di Dusun Depok Ambarketawang Gamping Sleman Yogyakarta..