• Tidak ada hasil yang ditemukan

ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ASPEK KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN DALAM"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA: RUHAZILA BINTI ABIDIN

NO MATRIK: 218441

TRIMESTER KEENAM MOD EKSEKUTIF UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR

TUGASAN INDIVIDU:

ASPEK KOMUNIKASI DAN

KEPEMIMPINAN DALAM

ORGANISASI

SCCA2103

KOMUNIKASI KEPIMPINAN

PENSYARAH

(2)

i | M u k a S u r a t

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ... 2

2.0 KOMUNIKASI ORGANISASI... 3

2.1 Definisi Komunikasi Organisasi ... 3

2.2 Kemahiran Komunikasi... 4

2.3 Strategi dan Gaya Komunikasi dalam Organisasi ... 4

3.0 KEPEMIMPINAN ... 5

3.1 Definisi Kepemimpinan ... 5

3.2 Gaya Kepemimpinan Dalam Organisasi ... 6

4.0 TEORI KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN ... 7

4.1 Great Man Theories ... 8

5.0 KAITAN KOMUNIKASI DENGAN KEPEMIMPINAN ... 8

5.1 Komunikasi Kepemimpinan ... 9

5.2 Iklim Komunikasi dalam Organisasi ... 9

6.0 PERANAN KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI ... 10

7.0 KAJIAN KES: ASPEK KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN DALAM TELEKOM MALAYSIA BERHAD ... 13

7.1 Pengenalan ... 13

7.2 Komunikasi Kepimpinan dalam Telekom Malaysia Berhad ... 14

7.3 Cabaran dan Halangan Komunikasi Kepimpinan di Telekom Malaysia Berhad ... 18

8.0 KESIMPULAN ... 20

9.0 RUJUKAN ... 21

(3)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 2 1.0 PENGENALAN

Komunikasi kepimpinan adalah sangat penting dalam organisasi terutamanya antara

pengurusan dan pekerja. Komunikasi yang berkesan seharusnya bermula daripada

penglibatan pihak pengurusan dan dijalankan oleh semua peringkat ahli organisasi.

Kepimpinan pengurusan juga seharusnya menunjukkan sikap yang baik dan menjadi role

model kepada setiap pekerja. Ini akan menjadikan pihak pengurusan tersebut dipandang

tinggi, dihormati, nilai-nilai murni terbentuk dan secara langsung ia juga dapat membantu

menstabilkan dan mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Telekom Malaysia Berhad sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang terbesar

sudah tentu juga mengamalkan berbagai bentuk komunikasi dalam usaha mencapai matlamat

dan objektif syarikat. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, pihak pengurusan sentiasa

merangka dan merancang kaedah pelaksanaan yang boleh memberi faedah yang maksimum

kepada semua pihak yang berkepentingan. Walaupun demikian, masih terdapat jurang

komunikasi di antara satu pihak dengan pihak yang lain, terutama mengenai perkara-perkara

yang berhubung dengan pelaksanaan dasar pentadbiran. Dengan terdapatnya jurang

komunikasi telah mengakibatkan wujudnya kesamaran dalam menangani sesuatu isu.

Komunikasi kepimpinan yang berkesan amat penting dalam pembangunan organisasi.

Bagi mencapai objektif ini, setiap syarikat di Malaysia perlu menyusun strategi selaras

dengan kemodenan masa kini. Jika syarikat tidak mengambil langkah yang bijak,

(4)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 3 2.0 KOMUNIKASI ORGANISASI

2.1 Definisi Komunikasi Organisasi

Menurut Wikipedia, komunikasi merupakan proses interaksi yang bererti antara

hidupan dan merangkumi perbuatan menghantar matklumat dan proses untuk bertukar-tukar

maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik

secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan

mata, dan penulisan. Guffey & Loewy (2008) juga mentafsirkan komunikasi sebagai satu

proses di mana seseorang berkongsi pemikiran, idea, dan perasaan dengan orang lain dalam

cara yang difahami bersama.

Manakala, menurut Golhaber, 1993 (dalam Mohd Baharudin Othman & Mohd

Khairie Ahmad, 2009) komunikasi organisasi merupakan satu proses pembentukan dan

pertukaran mesej antara jaringan hubungan yang saling bergantungan untuk menangani

persekitaran yang tidak menentu. Selain itu, Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie

Ahmad (2009) juga mengatakan bahawa komunikasi dapat membentuk rasa dipercayai dan

diterima oleh organisasi. Apabila komunikasi terbentuk, pekerja organisasi tersebut dapat

mengetahui apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Segala jenis konflik dan perasaan tidak puas hati akan diselesaikan dengan kadar

segera secara baik dan berhemah melalui perbincangan dan akhirnya terbit kemaafan.

Apabila tiada konflik dan perbalahan yang wujud dalam organisasi, pekerja akan berasa

(5)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 4 2.2 Kemahiran Komunikasi

Setiap manusia mempunyai kelebihan untuk berinteraksi sesama manusia dan juga

dapat berkongsi pandangan dan pendapat. Komunikasi merupakan sumber maklumat bagi

pekerja dalam membuat keputusan, membantu mengenal pasti dan menaksir alternatif

tindakan. Maklumat-maklumat tersebut dapat disalurkan melalui komunikasi diantara rakan

sekerja, pihak atasan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Tidak kiralah komunikasi secara

interpersonal ataupun komunikasi secara bertulis, kedua-duanya dapat memberikan maklumat

yang diperlukan oleh pekerja terlibat.

Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen. Antaranya:

• Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan,

secara lisan dan bertulis.

• Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum

balas.

• Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.

• Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

2.3 Strategi dan Gaya Komunikasi dalam Organisasi

Selain itu, komunikasi juga memainkan peranan penting dalam mengubah sikap

pekerja, iaitu pekerja yang dimaklumkan akan mempunyai sikap yang lebih baik daripada

pekerja yang kurang bermaklumat. Pekerja yang bermaklumat akan sentiasa berada di

hadapan dan lebih mudah memahami apa yang dikehendaki oleh pihak atasan.

The Communication Zine (2013) mengatakan bahawa komunikasi juga membantu

(6)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 5 cara. Terdapat pelbagai peringkat hierarki dan prinsip-prinsip dan garis panduan yang pekerja

mesti mematuhi dalam organisasi tertentu. Pekerja mesti mematuhi dasar organisasi,

melaksanakan peranan tugas mereka dengan cekap dan menyampaikan apa-apa masalah kerja

dan aduan kepada ketua mereka.

Komunikasi untuk menyampaikan arahan ini biasanya menggunakan medium bertulis

seperti memo, emel, surat dan sebagainya. Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad

(2009) mengatakan bahawa arahan yang diberikan secara diplomatik dan halus akan

menjadikan pekerja lebih selesa, meningkatkan hubungan antara pekerja dan pihak atasan dan

tugasan yang dilakukan juga adalah dengan rela hati.

Koontz & Weihrich (2006) menyatakan bahawa peranan komunikasi dalam konteks

organisasi melibatkan penetapan dan penyebaran matlamat organisasi, menyusun rancang

untuk mencapai matlamat organisasi dan mengatur sumber manusia dan sumber-sumber lain

dengan cara yang paling cekap dan berkesan.

Oleh itu, komunikasi yang bersesuaian dapat membantu dalam mengawal fungsi

pengurusan dan melancarkan pengarahan sesuatu tindakan. Dapatlah disimpulkan bahawa,

komunikasi secara interpersonal mahupun komunikasi secara bertulis dapat membantu

pekerja dan organisasi dalam mencari dan mendapatkan maklumat dan ini dapat

memudahkan dan melicinkan aktiviti seharian.

3.0 KEPEMIMPINAN

3.1 Definisi Kepemimpinan

Kepimpinan ialah satu proses di mana pemimpin cuba mempengaruhi gelagat

(7)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 6 Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada pekerjanya yang menjalankan tugas. Jika

pekerjanya gagal menjalankan tugas maka gagal lah pemimpinya.

Menurut Abdullah dan Ainon (2005), kepemimpinan merupakan tingkahlaku yang

bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup dan dengan secara

sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin. Manakala, pemimpin

pula merujuk kepada orang yang mempunyai keupayaan untuk mendorong orang lain supaya

patuh dengan secara rela hati iaitu tanpa tekanan paksaan.

Terdapat beberapa konsep yang berkaitan dengan kepemimpinan. Antaranya adalah

proses pembentukan kumpulan berkesan, personaliti berkesan, kemampuan untuk

bekerjasama dan saling mempengaruhi, pembentukan pengaruh, kebolehan memujuk dan

juga interaksi yang berkesan. (Bass,1990).

3.2 Gaya Kepemimpinan Dalam Organisasi

Gaya kepimpinan merujuk kepada cara yang digunakan oleh seorang pemimpin untuk

mempengaruhi orang bawahannya. Pelbagai kajian telah dibuat tentang gaya kepimpinan

bagi seorang pemimpin. Antara kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari

Universiti Ohio, Universiti Michingan dan kajian oleh Blake dan Mouto.

Blake dan Mouto telah memperkenalkan petak pengurusan untuk menjelaskan gaya

kepimpinan. Dua demensi gaya telah dibentuk iaitu gaya kepimpinan yang mementingkan

pengeluaran yang terletak pada paksi x dan gaya kepimpinan mementingkan manusia yang

terletak pada paksi y. Terdapat 81 jenis gaya kepimpinan dan telah dikenal pasti lima gaya

(8)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 7

i. Gaya (1,1) atau gaya laissea-faire: Pemimpin kurang mengambil berat

pengeluaran dan hal-hal ehwal pekerja.

ii. Gaya (9,9) atau pemimpin demokratik: Pemimpin yang mengambil berat

tentang hal-hal pegeluaran dan kebajikan pekerja.

iii. Gaya (1,9) atau gaya sokong: Pemimpin yang lebih mengambil berat terhadap

pekerjanya

iv. Gaya (9,1) atau gaya autokratik: Pemimpin yang menitik beratkan hal-hal

pencapaian matlamat melalui operasi yang berkesan.

v. Gaya (5,5) atau gaya sederhana: Pemimpin yang mengambil berat tenang

hal-hal pengeluaran dan hal-hal-ehwal pekerja secara sederhana

4.0 TEORI KOMUNIKASI DAN KEPEMIMPINAN

Teori adalah merupakan hasil pemikiran penciptanya yang kebanyakannya

berdasarkan keadaan sosiopolitik, sejarah dan konteks dalam ruang lingkup kehidupan yang

dialami dan diperhatikan oleh penciptanya. Teori komunikasi adalah merupakan model atau

rajah-rajah yang menerangkan berkaitan fenomena-fenomena komunikasi yangdicipta

berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para sarjana. Ia menjelaskan permasalah

yang wujud dalam dunia komunikasi melalui penjelasan konsep-konsep yang terlibat dan

juga penetapan definisi. Beberapa kelebihan akan diperoleh apabila terminologi teori

komunikasi dan bentuk teori komunikasi difahami. Kebiasaannya, teori digunakan sebagai

sandaran ataupun asas untuk melihat sesuatu fenomena.

Banyak kajian berkaitan teori komunikasi dan ia merupakan kajian yang semakin

polular di abad 21. Menurut DePoy & Gilson (2011), komunikasi di katakan sebagai sesuatu

yang sukar untuk difahami tetapi mudah untuk dijelaskan. Oleh kerana itulah, terdapat

(9)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 8 pemahaman sendiri terhadap teori komunikasi dan mereka melihat komunikasi sebagai satu

fonomena daripada sudut yang berbeza. Teori-teori ini mungkin akan berubah mengikut

keadaan semasa. Ia akan diubah sekiranya teori tersebut tidak lagi releven dengan

persekitaran sesama.

Terdapat tiga pendekatan dalam teori kepemimpinan iaitu teori berasaskan kepada ciri

kepemimpinan, teori berasaskan kelakuan atau gaya kepemimpinan, dan teori berasaskan

kepada situasi atau kontigensi.

4.1 Great Man Theories

Teori kepimpinan Great Man menjadi popular sekitar abad ke 19 dimana ia

menjadi mitos di sebalik kejayaan pemimpin dunia yang sangat terkenal. Antaranya

adalah Abraham Lincoln, Julius Caesar, Mahatma Gandhi, dan Alexander the Great.

Mereka telah membuktikan bahawa peminpin yang hebat adalah lahir daripada diri

sendiri, tidak dicipta.

Teori Great Man menganggap bahawa keupayaan seseorang pemimpin adalah

bukan diwarisi atau dibuat, tetapi seorang pemimpin sememangnya dilahirkan untuk

menjadi pemimpin. Istilah Great Man yang digunakan pada masa itu adalah pemimpin

pada masa itu adalah merujuk kepada kualiti yang ada pada lelaki atau pemimpin

tersebut terutamanya dari segi kepimpinan ketenteraan.

5.0 KAITAN KOMUNIKASI DENGAN KEPEMIMPINAN

Kualiti hubungan yang pekerja bentuk dengan rakan sekerja sekeliling akan

(10)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 9 serta sokongan yang diperlukan bagi melaksanakan tugas dan kebolehan mereka untuk

memahami mesej dari ketua serta kemampuan mereka untuk melaksanakannya.

5.1 Komunikasi Kepemimpinan

Komunikasi kepemimpinan adalah sangat penting dan efektif dalam organisasi

terutamanya antara pihak pengurusan dan para pekerja. Komunikasi yang berkesan

haruslah bermula daripada penglibatan pihak pengurusan dan dilaksanakan dalam

semua peringkat di dalam sesebuah organisasi.

Selain itu, pihak pemimpin pengurusan atasan haruslah menunjukkan sikap

dan contoh yang baik kepada para pekerja mereka. Apabila komunikasi

kepemimpinan yang berkesan dilaksanakan, nilai-nilai murni akan terbentuk. Secara

tidak langsungnya, ia dapat membantu ke arah kestabilan dan pencapaian matlamat

organisasi. Para pekerja juga akan menghormati dan memandang tinggi kepada pihak

pengurusan atasan.

Kejayaan organisasi dan kejayaan peribadi pekerja adalah bergantung kepada

komunikasi yang jelas berasaskan pelbagai teknologi. Pemimpin berinteraksi dengan

persekitaran yang terdiri daripada pelbagai sumber manusia. Organisasi yang sedang

mengalami perubahan dan para pekerja menghadapi tugas-tugas baru yang mencabar.

Kecekapan organisasi juga bergantung bergantung kepada keberkesanan interaksi

dengan media.

5.2 Iklim Komunikasi dalam Organisasi

Menurut Hamilton & Parker (1997), gaya komunikasi seseorang dipengaruhi

(11)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 10 nilai kualiti perhubungan juga akan menjadi lebih baik. Jika iklimnya defensif,

seseorang pekerja itu akan merasa tertekan dan menyebabkan pekerja akan merasa

marah terhadap sikap organisasi yang mempunyai pengurus dan pekerja yang saling

mengesyaki dan tidak yakin dengan pekerja lain.

Mengikut Gibbs, 1961(dalam Rosli Bin Mohammed, 2007) iklim komunikasi

yang diamalkan bergantung daripada karekteristik perlakuan interaksi. Jalinan

hubungan yang terhasil daripada iklim yang bersifat menyangga akan menghasilkan

pekerja yang mempunyai minat terhadap kerja dan tahap produktiviti kerja yang

tinggi. Manakala iklim yang bersifat negatif atau defensif akan mengakibatkan

pekerja mempunyai sikap malas terhadap kerja yang dilakukan.

Selain itu, menurut Pace dan Faules, 1994 (dalam Rosli Bin Mohammed,

2007) iklim komunikasi yang diamalkan akan dapat mempertingkatkan komitmen

kerja yang tinggi. Iklim komunikasi diperihalkan berdasarkan darjah perlakuan

interaksi kerja yang jujur dan ikhlas, peluang untuk menyuarakan pendapat atau

cadangan, sokongan usaha penambahbaikan proses kerja dan sokongan dalam

tindakan.

6.0 PERANAN KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI

Kajian Mintzberg (2009) menunjukkan bahawa 80% masa yang digunakan oleh para

pengurus adalah untuk berinteraksi dengan orang lain secara bersemuka, merangkumi

interaksi dengan pekerja bawahan, rakan sekerja, pengurusan atasan, pelanggan dan juga

pembekal. Manakala, antara kajian lain pula menyatakan bahawa ketua atau pengurus

(12)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 11 pekerja bawahan mereka. Komunikasi tersebut adalah untuk menggerakkan anggota kerja

untuk mencapai matlamat organisasi mahupun matlamat peribadi.

De Ridder (2003) mengatakan bahawa peranan komunikasi mempunyai dua

matlamat. Pertama, komunikasi adalah bertujuan untuk memaklumkan (communicatio)

maklumat mengenai tugas da tanggungjawab, dasar-dasar organisasi dan isu-isu organisasi

yang berkaitan kepada para pekerja. Kedua, komunikasi (communicare) bertujuan untuk

mewujudkan sebuah komuniti organisasi atau menerapkan semangat kerja kumpulan kepada

organisasi (dalam Rosli Bin Mohammed, 2007).

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa komunikasi adalah sangat

diperlukan bertujuan untuk menetapkan dan menyebarkan matlamat sesebuah organisasi.

Dalam hal ini, komunikasi adalah bertujuan untuk menyusun rancangan kerja untuk mencapai

matlamat organisasi.

Menurut Jennings, 1960 (dalam Dr Raja Roslan et.al), orang yang dilantik menjadi

ketua dalam sesebuah organisasi adalah mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi

bersemuka yang baik. Dalam kajiannya, punca utama seseorang ketua dipecat adalah

disebabkan oleh masalah komunikasi iaitu tidak mempunyai kemahiran komunikasi

bersemuka yang baik.

Menurut Witerspoon (1997), komunikasi kepemimpinan secara langsung dan tidak

langsung bukanlah semata-mata sebagai refleksi antara kepimpinan atasan dan bawahan

sahaja. Individu boleh dipengaruhi oleh komunikasi yang diarahkan dalam organisasi.

Kegunaan maklum balas dan jangkaan yang terang dan teratur dari orang ramai juga boleh

mempengaruhi pemimpin. Komunikasi kepemimpinan secara tidak langsung pula boleh

(13)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 12 boleh mempengaruhi sikap ramai orang dalam organisasi dengan menggunakan cerita, simbol

dan kompenan lain dalam budaya organisasi. Mereka juga boleh mempengaruhi faktor luaran

dan dalaman dalam sesebuah organisasi dengan menggunakan bahasa dan aksi untuk

menunjukkan maksud yang tersirat.

Pearce & Conger (2002) pula menjelaskan bahawa komunikasi kepemimpinan adalah

bertujuan supaya pemimpin memahami dan mempraktikkan komunikasi yang digunakan

untuk mengerakkan seseorang kakitangan atau orang bawahan untuk bekerja. Pemimpin

haruslah dijadikan sumber inspirasi oleh para pekerja dan pemimpin juga haruslah

memfokuskan kepada faktor luaran dan juga dalaman. Maklumat dalam komunikasi

kepemimpinan akan diperolehi secara dual practice, iaitu dengan cara mengetahui tentang

tujuan sesuatu perkara itu, dan juga untuk mencari orang lain untuk berkomunikasi bagi

menghubungkan di antara minda atau pemikiran serta perasaan orang yang akan berhubung

nanti.

Bercerita juga merupakan salah satu cara yang paling bagus untuk menyampaikan

sesuatu mesej (Daft, 2002). Ini adalah kerana sesebuah cerita akan menghasilkan imaginasi

dan emosi dimana ia dapat membantu para pekerja untuk memahami mesej dan perkara

penting yang hendak disampaikan.

Stech, 1983 (dalam Dr Raja Roslan et.al) pula mencadangkan pemimpin yang

mengamalkan cara kepemimpinan dan berorentasikan individu ini menggunakan satu

komunikasi kepemimpinan yang lebih baik, iaitu selalu berkomunikasi dan menghayatinya,

berkomunikasi secara lisan, memberi maklumbalas dan minat yang baik semasa mendengar,

meminta dan bukan mengarahkan pekerja membuat kerja dan memberi pujian apabila ia

(14)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 13 perhatian apabila berkomunikasi secara tidak rasmi. Beliau juga menyebut bahawa pemimpin

yang berorentasikan arahan, menggunakan komunikasi kepemimpinan melalui

i. Kurang berkomunikasi dengan orang lain berbanding dengan pemimpin yang

berorentasikan individu kerana melihat komunikasi boleh mengganggu masa kerja

pekerja

ii. Memilih untuk menulis daripada berkomunikasi secara lisan

iii. Lebih gemar menguasai sesuatu perbualan

iv. Memberi arahan dan mengkritik

v. Menekan interaksi yang berinformasi dan peraturan-peraturannya

vi. Memberi perhatian kepada penggunaan bahasa-bahasa rasmi.

7.0 KAJIAN KES: ASPEK KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN DALAM TELEKOM MALAYSIA BERHAD

7.1 Pengenalan

Telekom Malaysia Berhad (TM) sebelumnya ia adalah sebuah badan kerajaan, namun

Jabatan Telekom Malaysia diperbadankan dan diswastakan pada 12 Oktober 1984 dan ia

dikenali sebagai Syarikat Telekom Malaysia Berhad. TM telah disenaraikan dalam Bursa

Malaysia pada 9 September 1990 (Wikipedia). Tujuan penswastaan ini adalah bertujuan

untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi, kecekapan bekerja serta meningkatkan keupayaan

dan kekerapan dalam kerja yang dinamik untuk menghadapi persaingan sama ada di dalam

mahupun di luar negara.

TM merupakan peneraju jalur lebar utama di Malaysia. TM menawarkan

(15)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

talian tetap. Sebagai pener

berkepentingan dalam perseki

neraju pasaran, TM didorong oleh pencip

ekitaran yang kompetitif. Kumpulan ini memb

galaman pelanggan melalui peningkatan kua

dan inovasi, tumpuan kepada peningkatan kece

pinan dalam Telekom Malaysia Berhad M komited untuk melaksanakan komunikasi ef

(16)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

komukasi mendatar banyak d

arahan mahupun informasi da

Dengan cara ini, maklumat yan

untuk menggalakkan kecenderungan be

nikasi di seluruh kumpulan diselaraskan denga

uhi keperluan organisasi yang pelbagai.

kan komunikasi yang efektif di kalangan peke

kan aset terbesar dalam menentukan samaada

ak. Komunikasi berbagai bentuk seperti komun

digunakan di TM. Ini adalah untuk memastik

daripada pegawai atasan dapat disalurkan kepa

yang diberikan dapat diterima dengan jelas.

(17)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

menjaga kualiti pekerjanya, s

pekerjanya tidak berada dalam

selalu turun padang untuk

pekerjanya. Hal ini juga akan

merasakan pengurusan sentia

dan non verbal juga digunakan secara menyelu

TM kebanyakannya menggunakan emel sebag

medium komunikasi utama yang digunakan ole

kepada pekerjanya. Manakala komunikasi

si harian yang tidak formal.

munikasi ataupun persekitaran komunikasi ya

erja pekerja. Oleh sebab itu, TM sentiasa

si tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang

, sentiasa memberikan motivasi yang tinggi

lam keadaaan yang defensif. Pihak pengurusan

uk memastikan bagaimana keadaan persek

an menyebabkan para pekerja lebih bersemanga

ntiasa mengambil berat tentang hal mereka

(18)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan

melancarkan program “Teami

menyemarakkan semangat ber

Annual Report 2011).

ming With Passion (TWP)”. Program ini adala

berpasukan dan semangat TM di dalam diri se

17 alah bertujuan untuk

(19)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 18 7.3 Cabaran dan Halangan Komunikasi Kepimpinan di Telekom Malaysia Berhad

Menjadi pemimpin itu sendiri merupakan suatu cabaran bagi setiap individu.

Seseorang pemimpin perlulah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, cabaran

dan halangan. Cabaran dan halangan ini boleh jadi positif tetapi selalunya adalah bersifat

negatif. Selain itu, cabaran ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu, cabaran luaran,

cabaran daripada ahli kumpulan sendiri, dan juga cabaran yang dicipta oleh seseorang

pemimpin itu sendiri.

Cabaran luar ini adalah merupakan cabaran daripada pihak luar seperti pelanggan,

masyarakat, pesaing dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Pemimpin yang hebat adalah

pemimpin yang boleh mengatasi krisis dan gangguan yang wujud di dalam kumpulannya.

Sebagai contoh, masalah hutang lapuk yang ditanggung oleh pelanggan TM. Pelbagai usaha

dan promosi telah dijalankan untuk memastikan hutang-hutang ini dapat dikurangkan.

Walaupun terdapat pelbagai cabaran, pemimpin yang hebat sentiasa berfikiran kreatif, kritis

dan positif untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Arahan yang diberikan oleh

pemimpin perlulah jelas bagi memastikan objektif ini tercapai dengan jayanya.

Kategori kedua iaitu cabaran daripada ahli kumpulan sendiri. Sebagai contoh, masalah

disiplin para pekerja yang perlu ditangani. TM sangat menitikberatkan masalah disiplin para

pekerjanya. Oleh itu, pemimpin atau ketua perlulah bijak mengambil tindakan yang

sewajarnya bagi menangani masalah tersebut. Selain itu, pemimpin juga perlu memastikan

persekitaran kerja yang baik bagi menjamin keseronokan kerja pekerjanya.

Selain itu, cabaran bagi seorang pemimpin juga mungkin adalah disebabkan ciptaanya

sendiri. Ini bermaksud, pemimpin tersebut mungkin kekurangan maklumat yang tepat,

(20)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 19 Komunikasi yang tidak berkesan oleh pemimpin akan menyebabkan maklumat yang ingin

disampaikan menjadi kabur dan tidak jelas. Oleh itu, setiap pemimpin perlu melengkapi diri

dengan maklumat yang mencukupi dan fakta-fakta yang dapat menyokongnya.

Seorang pemimpin haruslah pandai untuk mengatasi setiap masalah pada setiap

situasi, tidak kiralah sama ada masalah itu kecik ataupun masalah besar. Pelbagai usaha

dijalankan oleh TM bagi memastikan pemimpin dan pekerjanya sentiasa bersemangat dan

mampu mengatasi segala masalah dan halangan. TM sangat mementingkan nilai terasnya,

Nilai Kristal. Terdapat tiga teras utama iaitu komitmen menyeluruh kepada pelanggan,

integriti tanpa kompromi dan hormat dan prihatin. Nilai Kristal ini dipegang oleh setiap

individu dalam organisasi sebagai saluran tenaga dan pemikiran bagi mencapai matlamat.

Dengan adanya nilai teras ini, masalah yang dihadapi juga dapat diatasi dengan berhemat dan

(21)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 20 8.0 KESIMPULAN

Sebagaimana yang diketahui, komunikasi dan kepimpinan adalah dua terma yang

sangat bergantungan antara satu sama lain. Kedua-duanya sangat penting bagi memastikan

kelancaran sesebuah organisasi. Konsep komunikasi kepemimpinan perlu wujud untuk semua

ahli organisasi yang berminat untuk membentuk dan mempelajari cara komunikasi yang lebih

berkesan. Selain itu, kemahiran pengurusan juga dapat diperbaiki apabila kemahiran

komunikasi kepimpinan dipertingkatkan.

Para pemimpin juga perlulah mempunyai pelbagai kemahiran komunikasi

termasuklah penggunaan komunikasi formal dan tidak formal, komunikasi verbal dan non

verbal, dan juga komunikasi teknologi maklumat dalam organisasi. Setiap pemimpin juga

perlulah memahami kepelbagaian kemahiran komunikasi termasuklah komunikasi menegak,

komunikasi mendatar dan juga komunikasi melintang. Oleh yang demikian, pemimpin

perlulah sentiasa turun padang untuk memastikan keadaan pekerjanya.

Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa kejayaan atau pencapaian matlamat

sesebuah organisasi bukanlah bergantung kepada kecanggihan teknologi semata-mata, tetapi

(22)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 21 9.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Kemahiran interpersonal untuk guru. Kuala

Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Bass, B. M. (1990). Bass & Stogdill's Handbook of Leadership: Theory, Research &

Managerial Applications. New York: The Free Press.

DePoy, E., & Gilson, S. F. (2011). Human Behavior Theory and Applications: A Critical

Thingking Approach. London: Sage Pun.

Dr. Raja Roslan Bin Raja Abd.Rahman; Profesor Dr. Hj. Mohd. Salleh Hj. Hassan;Profesor

Madya Dr Ezhar Tamam;Profesor Madya Dr. Azahari Ismail;Dr Shamsuddin Ahmad.

(t.t). Komunikasi Kepemimpinan dalam Organisasi: Analisis Konsep dan Amalan

dalam Tiga Organisasi Terpilih.

Guffey, M. E., & Loewy, D. (2008). Business Communication: Process and Product. USA:

South-Western Cengage Learning.

Hamilton, C., & Parker, C. (1997). Communicating for Results:A Guide for Business and the

Professions. Singapore: Wadsworth Publishing.

Koontz, H., & Weihrich, H. (2006). Essential Of Management. Mcgraw-Hill.

Mintzberg, H. (2009). Managing. Edinburgh: Prentice Hall.

Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad. (2009). Pengantar Komunikasi. Sintok,

(23)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 22 Rosli bin Mohammed. (2007). Iklim Komunikasi dan Pencapaian Organisasi: Kajian Kes

Antara Dua Buah Organisasi Awam Malaysia.

The Communication Zine. (2013, 2 12). Didapatkan Feb 15, 2014, daripada The Importance

Of Effective Business Communication: http://thecommunicationzine.wordpress.com

TM Annual Report. (2011). Didapatkan Feb 27, 2014, daripada Telekom Malaysia Berhad:

https://www.tm.com.my

TM Annual Report. (2012). Didapatkan dari Telekom Malaysia Berhad:

https://www.tm.com.my

Wikipedia. (t.t). Didapatkan Feb 15, 2014, daripada Komunikasi:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi

Wikipedia. (t.t). Telekom Malaysia. Didapatkan Feb 27, 2014, daripada Wikipedia:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telekom_Malaysia

Witherspoon, P. D. (1997). Communicating Leadership: An Organizational Perspective.

(24)

SCCA 2103 Komunikasi Kepimpinan 23

Referensi

Dokumen terkait

Food bar adalah campuran bahan pangan (blended food) yang diperkaya dengan nutrisi, kemudian dibentuk menjadi bentuk padat dan kompak (a food bar form). Tujuan

Perubahan alih fungsi lahan mangrove ini dapat diketahui melalui perubahan tutupan lahan mangrove di kawasan pesisir Kota Banda Aceh periode 2004, 2009, dan 2014 yaitu

Persentase tutupan terendah terdapat di stasiun 4 atau lokasi Pulau Jagung pada zona perlindungan, sedangkan persentase tutupan karang paling tinggi berada pada stasiun

&ndi"ator juga dikembangkan sesuai dengan karakteristik satuan pendidikan potensi daerah dan peserta didik dan juga dirumuskan dalam rapat kerja operasional yang dapat

Dengan untaian Alhamdulillah dan puji syukur kehadirat Allah SWT atas segala rahmat, hidayah, dan karunia-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul

Hal diatas sejalan dengan yang diungkapkan oleh Pramudia (2006) dalam jurnal yang menyatakan bahwa, tujuan dari kegiatan orientasi peserta didik baru antara lain agar

Bab IV : Menjelaskan analisis terhadap positif di Indonesia dan hukum Islam dalam memberikan perlindungan hukum bagi anak yang menjadi korban tindak pidana

easil penelitian mengenai pola asuh makan ditemukan bahwa sebagian besar batita mengalami ketidakseimbangan pemenuhan zat giziI kurangnya dukungan yang diberikan oleh pelaku