PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB) merupakan sebuah syarikat percetakan yang ditubuhkan yang mempunyai 12 cawangan/Kedai di Seluruh Malaysia. Kami mencari calon yang berkelayakan untuk menyertai kami.
PENYELIA PERANCANG (GRED II)
(KUALA TERENGGANU)
Tanggungjawab: Memahami arahan yang terdapat dalam doket dengan membuat semakan arahan yang terdapat didalam doket
Merancang dan membuat jadual untuk pergerakan doket di bahagian pengeluaran dengan mengisi kapasiti mesin melalui sistem
ERP dan excel
Merekod semua pergerakan doket kedalam Work In Progress (WIP) production dan membuat pindaan tarikh penyerahan kepada
pelanggan setelah mendapat pengesahan akhir pruf
Menilai kapasiti mesin yang sesuai untuk memastikan penggunaan mesin adalah efisyen dan cekap
Memastikan dokumen yang dihasilkan mengikut SOP seperti doket, PR, spefifikasi kerja, dan lain-lain dokumen perancang
Membuat pengesahan bahan melalui MCC kepada stor
Merancang aktiviti kerja yang dihantar kepada vendor/ supplier mengikut arahan kerja dan tetapan masa yang peruntukan
Merekod dan menyimpan semua dokumen di bahagian perancang mengikuti prosedur dan pematuhan audit seperti ISO
Memastikan segala peraturan dan pematuhan Keselamatan dan Kesihatan diikut dan menyampaikan maklumat berkaitan Safety,
Health & Environment (SHE) kepada personel
Syarat-syarat:
Mempunyai kelulusan Diploma Percetakan atau SPM atau setaraf dengan memiliki Sijil Percetakan adalah satu kelebihan
Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang Percetakan sekurang-kurangnya 5 tahun
Boleh bekerja dengan sendiri dan secara berpasukan
Boleh bekerja lebih masa jika diperlukan
Boleh melaporkan diri dengan kadar segera
Kami menyediakan ganjaran pakej yang menarik termasuk elaun tetap pengangkutan, faedah perubatan, kemasukan ke hospital & pembedahan untuk diri dan tanggungan serta insuran hayat dan kemalangan diri.
Calon dikehendaki mengemukakan biodata lengkap termasuk:
Butir-butir tanggungjawab kerja sekarang
Gaji semasa dan dipohon
Gambar berukuran pasport
Sijil & dokumen berkaitan termasuk slip gaji terkini
ke alamat berikut:
Pakej ganjaran akan sepadan dengan pemohon:
Kelayakan
Pengetahuan
Pengalaman Berkaitan
Kemahiran
Sila hantarkan permohonan sebelum 30 September 2017. Hanya calon – calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.
PNMB Kuala Terengganu
Percetakan Nasional Malaysia Berhad Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu Terengganu
Tel: 609-620 4154 Fax: 609-622 3278 Email: [email protected] Ibu pejabat PNMB
Jabatan Modal Insan
Percetakan Nasional Malaysia Berhad Jalan Chan Sow Lin
50554 Kuala Lumpur